View
282
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
PAK 3055PERKEMBANGAN KOGNITIF
KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH: PUAN. SHEAL VALEKSHEMI A/P PALANIAPPEN
NAMA AHLI KUMPULAN:HAMAH LATHA A/P SUMNADE
KONG HUI LINLING NGEI JINGLOW JIA HUAN
MOHANACHELVI A/P KRISHNANMURTY
TAJUK:
MENAAKUL
DEFINISIMenurut Kamus Dewan Bahasa, menaakul
adalah membuat pertimbangan yang logik.Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah
penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu atau idea.
Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekililing.
Menurut tokoh:
Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan.
Menurut Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal.
Ia juga melibatkan pengetahuan asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan.
Menurut Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses mendapatkan maklumat dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu.
Keupayaan intelek menaakul membolehkan seseorang memahami idea dan konsep dengan lebih jelas untuk membuat kesimpulan yang munasabah.
Menurut PPK (2001), kemahiran menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekiranya seseorang individu menguasai kemahiran menaakul.
ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL
Menurut Calumet, Universiti Purdue asas kemahiran menaakul merupakan proses-proses asas kepada kognitif.
Terdapat 4 proses asas kemahiran menaakul iaitu menyimpan, mengguna semula, memadan dan prosedur ekskutif seperti ditunjukkan dalam carta berikut:
ASAS KEMAHIRAN MENAAKUL
menyimpan
Mengguna Semula
Memadan
Prosedur Eksekutif
1.Menyimpan
Proses ini membolehkan pemindahan maklumat kepada ingatan jangka panjang.
Antara kaedah yang digunakan adalah dengan membuat lakaran peta minda dan gambaran imej.
2.Mengguna Semula
Proses ini membolehkan maklumat digunakan semula daripada ingatan jangka panjang bagi menjana dan memahami idea baru.
3. MemadanProses ini membolehkan murid menentukan
maklumat yang diterima adalah sama ataupun berbeza daripada maklumat yang telah disimpan dalam memori jangka panjang.
Usaha memadan ini melibatkan lima jenis kemahiran iaitu:
i. Mengkategori/mengkonsepsi• Ia membolehkan murid mengelaskan sesuatu
objek atau idea .• Ia mempercepatkan proses pemikiran dan
memudahkan penghasilan generalisasi daripada maklumat yang diterima.
• Salah satu teknik ialah pemecahan kepada kumpulan(chunking).
• Contohnya, pelajar melihat bunga ros dan mengkategorikannya dalam kumpulan tumbuhan berduri.
ii. Ekstrapolasi/ Generalisasi
Ia membolehkan pelajar membuat padanan maklumat yang diterima pada sesuatu situasi kepada situasi lain.
Maklumat sedia ada boleh disesuaikan dengan situasi yang baru.
Contohnya, seorang pelajar yang mengetahui peraturan asas dalam permainan bola sepak boleh menggunakannya untuk memahami peraturan permainan ragbi.
iii. Penaakulan Analogi
Ia merupakan kemahiran melihat persamaan antara objek atau idea.
Pengetahuan sedia ada bagi objek atau idea terdahulu digunakan bagi memahami idea yang lain.
Ianya membolehkan murid menggabungkan dua asas kemahiran penaakulan iaitu mengkategori dan membuat generalisasi untuk menghadapi maklumat baru dengan lebih berkesan.
iv. Penilaian logik
Membandingkan sesuatu maklumat yang didapati dengan maklumat sedia ada dan sahih dan logik.
v. Penilaian Nilai
Penilaian adalah proses yang memadankan nilai baru dengan nilai sedia ada yang sudah disimpankan di dalam otak seorang kanak-kanak.
4. Prosedur EksekutifProsedur eksekutif iaitu peringkat merealisasi.Prosedur ini berperanan menyelaras kemahiran
bagi membantu pembinaan dan struktur kognitif yang baru dan menyusun semula yang lama.
Tiga kemahiran dilibatkan di dalam proses ini iaitu:
1.Penghuraian 2.Penyelesaian Masalah. 3.Penggubahan
Penghuraian
Adalah proses membuat inferen terhadap maklumat seperti di atas tadi untuk mendapatkan solusi.
Lebih-lebih lagi apabila maklumat sedia ada tidak lengkap dan menyukarkan murid-murid membuat pemahaman.
Penyelesaian masalah • Proses seterusnya ialah penyelesaian masalah
iaitu proses mendapatkan maklumat dan strategi bagi mengatasi halangan.
• Ia termasuklah prosedur penerangan masalah, penentuan hasrat, senarai cadangan penyelesaian dan penilaian, pemilihan strategi, pengujian cadangan penyelesaian, penilaian dapatan daripada cadangan penyelesaian dan kajian semula langkah-langkah tersebut seandainya diperlukan.
• Keseluruhan kreativiti dan pemikiran kreatif harus dikerah bagi menentukan kualiti penyelesaian yang diambil nanti.
Penggubahan
• Proses penggubahan adalah proses yang melahirkan maklumat baru untuk mengeluarkan idea secara bertulis atau lisan.
• Di dalam sekian banyak kemahiran menaakul hanya penaakulan logikal yang meliputi penaakulan inuktif dan deduktif digunapakai.
Penaakulan Induktif
Langkah Penggunaan:1.Teliti bebeapa contoh atau situasi yang
spesifik.2.Perhatikan ciri yang sepunya.3.Buat satu kesimpulan.
Penaakulan secara Deduktif
Langkah Penggunaan:1.Teliti situasi umum.2.Daripada situasi umum dapatkan contoh atau
situasi yang spesifik.
Kebaikan kemahiran menaakul
1.Menggalakkan murid-murid meneroka dan mengembara ke alam akal fikir secara tuntas untuk menjana idea baru apabila berhadapan dengan risiko.
2. Ia memerlukan kanak-kanak berfikir secara teliti dan fleksibel.
3. Kemahiran menaakul memerlukan minda yang stabil dan berasaskan faktor-faktor seperti berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, berani dan bijak menyoal, ghairah dengan rasa ingin tahu, mempunyai inisiatif berfikir sendiri dan fleksibel, saling bekerjasama, sanggup mengambil risiko, berpandangan jauh dan bijak membuat bandingan.
4.Menaakul adalah sebahagian daripada proses berfikir.
5.Kemahiran berfikir seperti berfikir secara kreatif dan kritis adalah penyumbang kepada gerak kerja penaakulan untuk menentukan logik dan rasionalnya sesuatu perkara.
6.Akhirnya ia akan membuahkan strategi berfikir iaitu konsep mengkonsepkan atau mengumpul kepada titik tumpu masalah, menyelesai dan membuat keputusan.
SEKIANTERIMA KASIH..
Recommended