View
355
Download
4
Category
Tags:
Preview:
DESCRIPTION
Belajar Asas Tune Gitar
Citation preview
1
About the author:
I’m a Youth Pastor with Grace Assembly of God ,Kota Kinabalu. I’ve been given the responsibility to lead the youth and music ministry in our church since end of 2003 up until now. I had the privilege of leading a cool bunch of youths and musicians. I’ve been playing acoustic guitar for the past 16 years and I am also a freelance Wordpress Web designer and internet marketer. Be my friend, Find me on Facebook.
https://www.facebook.com/cornelius.henry
Mazmur 33:3
"Nyanyikanlah bagi-Nya nyanyian baru; petiklah kecapi baik-baik dengan sorak-sorai!"
2
Bagaimana Menala (Tuning) Gitar Akustik Anda?
Anda masih ingat ketika anda mula belajar gitar dulu? Saya masih ingat lagi, saya belajar
asas tuning gitar dari buku. Dalam buku, tali A bunyinya sama dengan fret nombor 5 tali E.
Tali D pula, bunyinya sama dengan fret nombor 5 tali A. Begitulah seterusnya. Tidak susah
untuk menghafal asas ini, tapi untuk kita berjaya menala gitar adalah mengambil masa.
Setelah masa berlalu, dan kita biasa menala gitar, baru lah sedikit demi sedikit 'tuning' yang
kita buat tu tepat. :-)
Penalaan gitar amatlah penting dan wajib diketahui oleh setiap orang pemain gitar. Di dalam
ebook ini, anda akan diajar bagaimana menentukan nada setiap tali gitar yang betul supaya
bunyi not dan kord yang dihasilkan 100% berkualiti.
Nah sebelum kita bermula bermain, kita perlu menala atau tune gitar kita dengan betul dan kemudian barulah senang kita mau belajar atau bermain dengan pemain musik lain dalam team pujian dan penyembahan. Sila rujuk gambar di bawah untuk anatomi gitar akustik anda.
3
Teknik 5th Fret Guitar Tuning
Ini adalah cara yang paling mudah untuk memeriksa samada anda “in tune” ataupun “out of
tune” (bunyi sumbang) dan juga digunakan untuk menala gitar anda.
Open Strings – Untuk memainkan Open String bermaksud memetik suatu tali gitar tanpa
menekan apa-apa fret.
Pertama, Anda kena ada 1 tali gitar yang sudah “in tune” (kalau boleh tali E no. 6, yang
rendah), sebab dari tali no.6 ini, kita akan menala semua tali gitar yang lain (menggunakan
tali no.6 itu sebagai bunyi rujukan kita). Rujuk gambar di atas.
Gunakan gambar di atas sebagai rujukan anda, saya menganggap bahawa tali 6 (tali E
rendah) di gitar anda sudah pun intune..
1. Tekan fret ke-5 pada String 6, Jika gitar anda adalah setala atau hampir, maka jika
anda memetik fret ke-5 pada String 6 dan bandingkan dengan tali 5 terbuka,
seharusnya bunyinya sama. Pusingkan Tuning Peg pada tali 5 anda sehingga ia
sepadan dengan bunyi di String 6.
2. Sekarang tali 5 sudah Ok, kita bolehlah tune tali 4 dengan tali 5 tadi. Prosesnya sama
seperti sebelum ini, tekan fret ke-5 pada tali no.5 kemudian dan petik tali no. 5 dan
tali no.4 (Open String) , dan kemudian pusingkan tuning peg pada tali no.4 hingga ia
sepadan dengan tali no.5.
4
3. Ulangi proses seperti tadi, tekan fret ke-5 pada tali no.4 kemudian dan petik tali no.
4 dan tali no.3 (Open String) , dan kemudian pusingkan tuning peg pada tali no.3
hingga ia sepadan dengan tali no.4.
4. Sekarang ini, ada sedikit perubahan. tekan fret ke-4 pada tali no.3 kemudian dan
petik tali no. 3 dan tali no.2 (Open String) , dan kemudian pusingkan tuning peg pada
tali no.2 hingga ia sepadan dengan tali no.3.
5. Untuk tali terakhir iaitu tali no.1, tekan fret ke-5 pada tali no.2 pada kali ini dan petik
tali no. 2 dan tali no.1 (Open String) , dan kemudian pusingkan tuning peg pada tali
no.1 hingga ia sepadan dengan tali no.2.
Tablature Gitar untuk memeriksa tuning kita
Tab ini menunjukkan apakah fret dan tali yang perlu dimainkan untuk memeriksa tuning
anda.
E:----------------0--0-:
B:------------0--5----:
G:---------0--4-------:
D:------0--5----------:
A:---0--5-------------:
E:---5--------------0-:
Tips Tambahan: Sekiranya anda mempunyai tuning fork, anda boleh menjadikan itu sebagai
rujukan anda untuk menala note A (string 5) . Pada masa kini, kebanyakkan tuning fork
membunyikan nota A Hz=440, kerana ini adalah standard concert pitch yang digunakan
dalam orkestra .
5
Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada tuning fork atau piano (rujuk gambar di
bawah), atau alat penalaan lain, tidak mengapa. Anda boleh cuba mengagak bunyi dan
menala tali 6 itu sedekat mungkin melalui pendengaran dan selepas itu, anda tune setiap tali
gitar yang lain dengan merujuk kepada bunyi tali no.6 tadi.
.
Tuning Fork Keyboard
Walaupun mungkin ada sedikit tinggi atau rendah tapi tidak mengapa, yang penting bunyi
gitar anda selaras.
Bagi saya, setiap pemain gitar akustik WAJIB belajar menala gitar (Guitar Tuning) tanpa
bantuan alat penalaan seperti tuner. Tuner yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan
di kedai-kedai musik.
Setelah lama bermain gitar, sememangnya kita boleh menala gitar kita dengan tepat.
Saya pernah cuba tune gitar saya kemudian semak dengan 'digital tuner' dan memang
tepat:. Dari situ, saya kemudian mulalah belajar membuat tuning yang 'pelik-pelik'.
6
Mula-mula belajar buat tuning Drop D, lepas tu tuning EABEBE yang anda boleh dengar
penggunaannya dalam album Jars Of Clay. Dapatkan tutorial Tuning EABEBE di sini
Sila tonton video di link bawah
How to Tune a Guitar - 5th Fret Method
Menala (tuning) Gitar menggunakan teknik harmonic
Apakah itu harmonik?
Harmonik adalah bunyi yang boleh dibuat pada gitar yang bunyinya seperti loceng atau
kecapi. Kita boleh menggunakan harmonik untuk menala (tuning) gitar anda dengan cara
menyentuh lembut dengan jari pada fret tertentu lalu memetiknya.
Pertama, kita perlu belajar bagaimana untuk memainkan nota harmonik. Terdapat banyak
cara untuk memainkan suatu note harmonik tetapi kita hanya akan merangkumi cara yang
paling senang. Harmonik berlaku di banyak posisi di atas fret gitar. Bunyi harmonic yang
kuat sekali dan paling senang dimainkan adalah note yang ada di atas 3,4,5,7,9,12,19 dan
24. Harmonik pada tali gitar disebut natural harmonic.
Untuk memainkan bunyi harmonic, letakkan jari anda betul-betul di atas fret ke-12 pada tali
no.6 (tali yang paling besar). Sekarang sentuh sedikit tali gitar itu dengan menggunakan jari
anda. Jangan tekan kuat sangat. Lihat gambar di bawah.
Sekarang dengan tangan kanan anda, petik tali no.6. Anda akan mendengar bunyi seperti
loceng. Untuk mendapatkan bunyi yang lebih panjang, alihkan jari anda dari string sejurus
selepas anda memetiknya. Selepas beberapa kali mencubanya, anda pasti akan dapat
memainkan nota harmonik dengan mudah.
Sekarang cuba mainkan nota harmonik pada fret ke 5, 7 dan 12 sekarang. Sekiranya bunyi
harmonik anda tidak jelas dan tidak kuat, pastikan jari anda betul-betul berada di atas fret
yang anda ingin mainkan, dan cuba selaraskan kedudukan jari di atas fret gitar anda. Ingat,
jangan tekan terlalu kuat!.
7
Sekarang mari kita belajar bagaimana untuk menala gitar anda menggunakan teknik
harmonik.
Teknik Harmonik ini adalah lebih kurang sama caranya dengan teknik 5th Fret Guitar
Tuning di mana kita menggunakan nota-nota musik di atas tali gitar sebagai rujukan bunyi
untuk tali gitar yang kita hendak tune. Gunakan gambar di bawah sebagai rujukan anda.
atau
.Mula-mula, pastikan tali no.6 anda sudah ditala atau in tune menggunakan tuning standard
EADGBe. Tali no.6 anda seharusnya adalah E. Kita akan menggunakan tali no.6 sebagai tali
rujukan kita. Walaupun tali no. 6 anda tidak sama dengan bunyi E, tidak mengapa .
Teknik ini sangat berguna jika anda tidak memiliki tuner atau piano berdekatan dengan Sekarang , ikuti langkah-langkah ini:
1. Mainkan bunyi harmonik pada fret ke 5 di tali no.6 dan mainkan bunyi harmonic
pada fret ke 7 di tali no.5. Selaraskan bunyi dengan dengan memusing tuning peg tali
no.5 sehingga bunyi harmonic tali no.5 dan tali no.6 itu sama.
2. Mainkan bunyi harmonik pada fret ke 5 di tali no.5 dan mainkan bunyi harmonic
pada fret ke 7 di tali no.4. Selaraskan bunyi dengan dengan memusing tuning peg tali
no.4 sehingga bunyi harmonic tali no.4 dan tali no.5 itu sama.
8
3. Mainkan bunyi harmonik pada fret ke 5 di tali no.4 dan mainkan bunyi harmonic
pada fret ke 7 di tali no.3. Selaraskan bunyi dengan dengan memusing tuning peg tali
no.3 sehingga bunyi harmonic tali no.3 dan tali no.4 itu sama.
4. Mainkan bunyi harmonic pada fret ke 7 di tali no.6 dan mainkan bunyi harmonic
pada tali no.2 (Open) > Tali Open bermaksud anda tidak menekan mana-mana fret
atau memainkan bunyi harmoni di mana-mana. Selaraskan bunyi dengan dengan
memusing tuning peg tali no.2 sehingga bunyi keduanya menjadi sama. Tip: Jangan
petik tali no.2 terlalu kuat sehingga menengelamkan bunyi harmonik tali no.6. Petik
tali no.2 dengan lembut agar bunyinya sama kuat dengan bunyi harmonic tali no.6.
5. Mainkan bunyi harmonik pada fret ke 5 di tali no.2 dan mainkan bunyi harmonic
pada fret ke 7 di tali no.1. Selaraskan bunyi dengan dengan memusing tuning peg tali
no.1 sehingga bunyi harmonic tali no.1 dan tali no.2 itu sama.
Tips: Semasa kita menyelaraskan kedua bunyi harmonic itu, sepatutnya kita cuma
mendengar 1 bunyi atau NOTE saja. Sekiranya tuning kita lari, kita akan mendengar seperti
bunyi gelombang, atau sejenis vibrato (getaran). Lebih jauh note itu dari bunyi tuning
sebenar, lebih cepatlah juga bunyi gelombang itu.
Bunyi gelombang itu akan menjadi semakin perlahan sekiranya kita menghampiri bunyi
tuning yang betul dan akhirnya bunyi gelombang itu akan hilang semasa kita berada di Note
yang betul, dan akan kedengaran Cuma 1 note atau bunyi saja. Susah hendak saya jelaskan
dengan perkataan, tapi saya percaya lambat laun kamu akan dapat mengenal pasti bunyi
itu.
Mazmur 33:3 "Nyanyikanlah bagi-Nya nyanyian baru; petiklah kecapi baik-
baik dengan sorak-sorai!"
Cornelius Henry 0107965263 Youth Pastor Grace Assembly of God Borneo, Kota Kinabalu, Sabah
Recommended