View
264
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM PENGURUSAN HOTEL DI
JOHOR BAHRU
NAZIFAH BINTI CHE MAT NASIR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PELAKSANAAN HUKUM SYARIAH DALAM PENGURUSAN HOTEL DI
JOHOR BAHRU
NAZIFAH BINTI CHE MAT NASIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
iii
DEDIKASI
Ku lestarikan halaman ini buat…
Ayahanda dan bonda yang ku kasihi
Che Mat Nasir bin Mohd Yusof dan Hamidah binti Awang Hamad
Terima kasih kerana tidak jemu mendidik dan mendoakan kejayaanku
Buat pendidik dan pembimbing perjuanganku ini
Para pensyarah Fakulti Tamadun Islam,
Fakulti Pendidikan
Ilmu yang di curahkan ini akanku galas untuk mendidik anak bangsa dan
agama. Halalkan semua ilmu yang pernah kupelajari.
Buat adinda-adindaku yang tersayang
Nurwani, Che Siti Kursyiah, Muhammad Bukhari, Sidi Muhammad, Siti
Solihah, Che Siti Nabilah dan Che Siti Sarah, belajar bersungguh-
sungguh, semoga kejayaan milik kalian, kalian cukup bermakna dalam
hidupku.
Teristimewa kudedikasikan halaman ini buat teman-teman seperjuangan
iaitu pelajar tahun 4 SPI dan sahabat-sahabat yang ku kasihi sekalian
terruskan perjuangan agar hari-hari yang bakal di lalui seindah pertemuan
semalam dan kekal sebagai ingatan dalam doamu teman.
Akhir kalam, seutas kata dan sekalung ucapan
terima kasih penuh kesyukuran
agar nanti mendapat ganjaran
buat memberkati segala pengorbanan
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah
dan kurnia-Nya serta selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW,
dapat penulis menyempurnakan Tesis Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada
penyelia tesis, Dr. Tamar Jaya bin Nizar atas bimbingan dan dorongan yang tidak
jemu -jemu sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Juga buat pensyarah-pensyarah
Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan yang sering memberikan motivasi
dan tunjuk ajar. Semoga jasa baik kedua-duanya akan mendapat ganjaran dari-Nya.
Kerjasama daripada pelajaar-pelajar dan staf di UTM, Skudai amatlah dihargai.Tidak
lupa kepada pekerja hotel yang sudi memberi kerjasama di sepanjang proses
mengedarkan soal selidik.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Terima
kasih.
Sekian, Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik ialah tentang Pelaksanaan Hukum
Syariah Dalam Pengurusan Hotel Di Johor Bahru. Fokus kajian ini adalah untuk
mengenalpasti persepsi tetamu hotel terhadap perhotelan yang berlandaskan
pelaksanaan hukum syariah, yang kedua untuk mengenalpasti ciri-ciri pengurusan
hotel yang berlandaskan syariah dan untuk mengenalpasti prospek masa depan hotel
yang berkonsepkan syariah. Responden bagi kajian ini seramai 60 orang yang terdiri
daripada tetamu dan pekerja hotel. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal
selidik skala Likert lima mata yang mengandungi 30 soalan.Nilai kebolehpercayaan
alpha Crobanch yang diperolehi oleh pengkaji melalui kajian rintis ialah 0.774.
Dapatan kajian yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical
Packages for the Social Science (SPSS) version 15.0 bagi mendapatkan data bagi
kekerapan, peratusan dan min. Purata min dari objektif pertama ialah 4.886, objektif
kedua pula 4.660 dan objektif yang ketiga 3.960. Purata min keseluruhan ialah 4.242.
Hasil kajian menunjukkan persepsi tetamu hotel terhadap perhotelan yang
berlandaskan pelaksanaan hukum syariah , ciri-ciri pengurusan hotel dan prospek
masa depan hotel yang berkonsepkan syariah adalah tinggi. Akhir sekali dalam
kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian lanjut pada
masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The study conducted by researcher is the implementation of Syariah law in
Hotel Management amongst hotel at Johor Bahru. Therefore, the purpose of this
study is to identify the perceptions of hotel guests about the hotel management run
under the syariah law. Second, to identify the characteristics of syariah-based hotel
management. Third, to identify future prospects of the hotel which implementation
the concept of syariah. There were 60 respondents in this study consisting of hotel
guests. A set of questionnaire was used as the instrument of this study. Likert scale of
five points was used in this questionnaire which consists of 30 items. The coefficient
Crobanch’s Alpha obtained by researcher through the pilot study is 0.774. The data
were analyzed using the Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version
15.0 o obtain data on the frequency, percentage and mean. The mean of the first
objective is to 4.886, the second objective is 4.660 and the third objective is 3.960.
The mean average is 4.242. All the results showed that perceptions of hotel guests
about the hotel management that is based on the implementation of syariah law, the
characteristics of hotel management and the future prospects of the concept of
Islamic hotels are high. Several recommendations for further research is also
proposed at the end of the study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
xv
xvi
xvii
viii
BAB I PENGENALAN
1
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
1.8 Definisi / Istilah
1.8.1 Pelaksanaan
1.8.2 Hukum
1.8.3 Syariah
1.8.4 Pengurusan
1.8.5 Hotel
1.9 Kesimpulan
1
2
7
8
8
9
10
10
11
11
12
12
13
13
BAB II
SOROTAN KAJIAN
14
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Konsep Syariah
2.2.1 Sistem Pengurusan Dalam Islam
2.2.2 Sistem Ekonomi Dalam Islam
15
17
18
2.3 Pengertian Perniagaan Berlandaskan Syariah
2.3.1 Ciri – Ciri Khas Perniagaan Berlandaskan
Syariah
20
21
2.4 Definisi Hotel
2.4.1 Definisi Hotel Syariah
2.4.2 Ciri-ciri Pekerja Hotel
23
27
29
2.5 Pengurusan Mengikut Kerjaya Hotel
2.5.1 Pengurusan Makanan Dan Minuman
30
30
ix
2.5.2 Pengurusan Sumber Manusia Hotel
2.5.3 Pengurusan Bar
31
32
2.6 Perkembangan Industri Perhotelan
2.7 Kajian Lepas
2.8 Kesimpulan
32
34
35
BAB III METODOLOGI KAJIAN
36
3.1 Pendahuluan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.2.1 Pengumpulan Data Primer
3.2.2 Pengumpulan Data Skunder
36
38
38
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi Kajian 39
3.5 Sampel Kajian 40
3.6 Instrumen Kajian 40
3.7 Kajian Rintis 41
3.8 Kajian Sebenar 42
3.9 Analisis Data 43
3.10 Kesimpulan 44
BAB IV
ANALISIS DATA 45
4.1 Pendahuluan 45
x
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden.
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina.
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur.
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Kelulusan Akademik Tertinggi.
4.2.4 Latar Belakang Responden Samada Pernah
Menginap Di Mana-Mana Hotel di Johor
Bahru Atau Tidak.
4.2.5 Latar Belakang Jenis Hotel Yang Responden
Pernah Menginap.
46
46
47
47
48
49
4.3 Bahagian B: Analisis Persoalan Kajian
4.3.1 Analisis persepsi tetamu dan pekerja hotel
terhadap perhotelan yang berlandaskan
pelaksanaan hukum syariah
49
50
4.4 Bahagian C: Analisis Persoalan Kajian
4.4.1 Analisis ciri-ciri pengurusan hotel yang
berlandaskan syariah.
55
55
4.5 Bahagian D: Analisis Persoalan Kajian
4.5.1 Analisis prospek masa depan hotel yang
berkonsepkan syariah.
61
61
4.6 Rumusan Dapatan Soal Selidik
4.7 Kesimpulan
67
72
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 73
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan
5.1.1 Perbincangan Bahagian A:
Maklumat Latar Belakang Responden
5.1.2 Perbincangan Bahagian B: Persoalan Kajian
5.1.3 Perbincangan Bahagian C: Persoalan kajian
73
74
74
76
77
xi
5.2.5 Perbincangan Bahagian D: Persoalan kajian
5.2 Rumusan
5.3.1 Mengenalpasti apakah persepsi tetamu dan
pekerja hotel terhadap perhotelan yang
berlandaskan pelaksanaan hukum syariah.
5.3.2 Mengenalpasti ciri-ciri pengurusan hotel
yang berlandaskan syariah.
5.3.3 Mengenalpasti prospek masa depan hotel
yang berkonsepkan syariah
5.4 Cadangan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Kesimpulan
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
79
80
80
81
82
84
85
86
88
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK JADUAL HALAMAN
3.8 Jumlah sampel kajian 42
3.9 Skala tiga mata 43
3.10 Skala pengkaji 43
4.2 Taburan responden mengikut jantina 46
4.3 Taburan responden mengikut umur 47
4.4 Taburan responden mengikut kelulusan akademik 47
4.5 Taburan Responden Samada Pernah Menginap di
Mana-mana Hotel di Johor Bahru atau Tidak
48
4.6 Taburan jenis hotel yang responden pernah
menginap
49
4.7 Taburan skor bagi item 1 50
4.8 Taburan skor bagi item 2 50
4.9 Taburan skor bagi item 3 51
4.10 Taburan skor bagi item 4 51
4.11 Taburan skor bagi item 5 52
4.12 Taburan skor bagi item 6 52
4.13 Taburan skor bagi item 7 53
4.14 Taburan skor bagi item 8 53
4.15 Taburan skor bagi item 9 54
4.16 Taburan skor bagi item 10 54
4.17 Taburan skor bagi item 1 55
4.18 Taburan skor bagi item 2 56
4.19 Taburan skor bagi item 3 57
xiii
4.20 Taburan skor bagi item 4 57
4.21 Taburan skor bagi item 5 58
4.22 Taburan skor bagi item 6 58
4.23 Taburan skor bagi item 7 59
4.24 Taburan skor bagi item 8 59
4.25 Taburan skor bagi item 9 60
4.26 Taburan skor bagi item 10 60
4.27 Taburan skor bagi item 1 61
4.28 Taburan skor bagi item 2 62
4.29 Taburan skor bagi item 3 62
4.30 Taburan skor bagi item 4 63
4.31 Taburan skor bagi item 5 63
4.32 Taburan skor bagi item 6 64
4.33 Taburan skor bagi item 7 64
4.34 Taburan skor bagi item 8 65
4.35 Taburan skor bagi item 9 65
4.36 Taburan skor bagi item 10 66
4.37 Purata min keseluruhan bagi analisis-analisis
persoalan kajian.
66
4.38 Rumusan dapatan kajian bagi analisis persepsi
tetamu dan pekerja hotel terhadap perhotelan yang
berlandaskan pelaksanaan hukum syariah.
67
4.39 Rumusan dapatan kajian bagi analisis ciri-ciri
pengurusan hotel yang berlandaskan syariah.
68
4.40 Rumusan dapatan kajian bagi analisis prospek masa
depan hotel yang berkonsepkan syariah.
70
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK RAJAH HALAMAN
1.2 Perbezaan surau Hotel Nikko, Kuala Lumpur
dengan surau Hotel De Palma, Ampang.
4
1.3 Perbezaan Pengurusan Hotel Syariah dan Bukan
Syariah
4
2.4 Jenis-jenis tempat penginapan 24
2.5 Kemudahan yang disediakan di hotel. 25
2.6 Hotel bercirikan suasana syariah 28
xv
SENARAI SINGKATAN
JAIJ – Jabatan Agama Islam Johor
JAKIM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
K – Kekerapan
M – Min
PMR – Penilaian Menengah Rendah
RM – Ringgit Malaysia
S - Setuju
SAW – Sallallahu ‘alaihi wasallam
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPM – Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages for the Social Science
SS – Sangat Setuju
STPM – Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS – Sangat Tidak Setuju
SWT – Subhanahu Wa Ta’ala
TP – Tidak Pasti
TS – Tidak Setuju
UTM – Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI SIMBOL
α = Alpha
% = Peratus
n = Sampel
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
Fakulti Pendidikan, UTM.
C Case Processing Summary
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pertumbuhan pesat industri hospitaliti dan pelancongan antarabangsa
menggalakkan pembangunan industri pelancongan dan pelaburan daripada pelabur-
pelabur asing, maka industri hotel juga telah menjadi semakin penting. Di Malaysia,
sektor hospitaliti dan pelancongan menjadi antara penyumbang utama kepada
pendapatan negara. Pada tahun 2009, Malaysia menerima kedatangan 23.5 juta
pelancong yang menjana kira-kira RM51 billion melebihi sasaran 19 juta pelancong
yang ditetapkan sebelum ini. Keadaan ini memberikan gambaran positif kepada
prospek hospitaliti dan pelancongan di Malaysia (http://www.hmetro.com.my/:
21/05/2010).
Seperti yang diketahui, pengurusan industri perhotelan yang baik adalah hotel
yang menyediakan perkhidmatan mereka yang terbaik supaya pengunjung-
pengunjung hotel mereka akan berasa bahawa kedatangan mereka adalah disambut
dengan baik dan berasa selesa tinggal di hotelnya.
Menurut Powers dalam kajian yang lepas (Ting Kee San, 2005: 2), peranan
pengurusan dalam industri hospitaliti ialah memastikan setiap pelanggan adalah
disambut dengan baik, memastikan semua keinginan atau keperluan pelanggan
adalah dipenuhi dan memastikan operasi hotelnya akan berterusan dalam
membekalkan perkhidmatan dan mendapat keuntungan daripadanya.
Namun dewasa ini, pengurusan hotel yang menyediakan perkhidmatan
berlandaskan syariah di Malaysia jarang ditemui. Sesuatu pelaburan dalam
perniagaan haruslah berlandaskan syariat demi mencari keredhaan Allah. Salah satu
contoh negara yang mana hotel-hotelnya menjalankan konsep pengurusan
berlandaskan syariah ialah Indonesia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkataan „halal‟ membawa erti cara hidup orang Islam yang menitikberatkan
toyibban iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan yang sihat serta „halalan‟
(http://blog.hpa-online.net oleh Ainal Marhaton Abd Ghani: 21/09/2010). Islam
dengan jelas memerintahkan umatnya mengambil sesuatu yang halal dan
meninggalkan yang haram berdasarkan firman Allah SWT seperti dalam Surah Al-
Baqarah Ayat 172:
Maksudnya:
“Wahai orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan
kepada kamu”.
(Al-Baqarah 2: 172)
Islam itu sendiri adalah agama yang ingin membangunkan orang
perseorangan dan masyarakat di atas neraca yang lurus dan mahu mengembelingkan
kedua-duanya di atas keseimbangan yang secukup-cukupnya di mana hak-hak
perseorangan - dari segi hak perseorangannya - masih ada dan kebebasannya masih
dipelihara, sedangkan kebebasan itu tidak pula merosakkan masyarakat malah
manfaat untuknya (Cara hidup Islam – sayyid abu al-ala al mawdudi.pdf:
26/10/2010).
Pasaran produk halal bukan saja terhad kepada negara Islam dan penduduk
muslim malah penerimaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal kini semakin
meluas di kalangan masyarakat bukan Islam. Malaysia adalah sebuah negara yang
mana perkembangan perniagaan dengan latar belakang agama, iaitu Islam kian
berkembang dan maju. Di samping itu juga, galakan oleh kerajaan melalui dasar
pelancongan negara, industri pelancongan telah berkembang pesat terutama setelah
peristiwa 11 September 2001.
Tragedi 11 September di bumi Amerika Syarikat memberi kesan ketara
kepada pasaran halal pelancongan yang lebih besar. Jumlah kemasukan pelancong
Asia Barat meningkat mendadak, iaitu daripada 186,821 orang pada 2006 kepada
245,302; pada 2008 (264,338) dan Januari – September 2009 (252,756 orang).
Berdasarkan kepada potensi terhadap pelancongan Islam. Maka maklumat, keperluan
dan perkhidmatan asas berkaitannya perlu lebih mesra muslim.
Namun, di Malaysia sendiri, semua aspek itu masih belum dikategorikan
sebagai mesra muslim sepenuhnya, terutama pusat penginapan dan hotel yang
kebanyakannya tidak ada arah kiblat,surau yang sempit dan tidak selesa, makanan
dihidangkan benar-benar halal, kemudahan tandas tidak mesra bagi pengguna
muslim untuk membersihkan diri (http://www.bharian.com.my:22/10/2010).
Contohnya perbezaan tempat ibadat iaitu surau antara hotel 5 bintang dan hotel
Syariah 3 bintang seperti rajah 1.2.
Rajah 1.2: Perbezaan surau Hotel Nikko, Kuala Lumpur dengan surau Hotel De
Palma, Ampang.
Sumber: http://isuhangat.blogspot.com/2007/07/di-antara-surau-3-bintang-dan-5-
bintang.html
Jika dilihat pada rajah 1.2 surau hotel yang bertaraf tiga bintang
berkonsepkan syariah iaitu Hotel De Palma, Ampang mempunyai ruang yang lebih
besar, tersusun, bersih dan lengkap dengan keperluan ibadat tetapi sebaliknya hotel
bertaraf lima bintang yang tidak berkonsepkan syariah. Rajah berikut pula, adalah
perbezaan antara pengurusan hotel syariah dan hotel bukan syariah.
Rajah 1.3: Perbezaan Pengurusan Hotel Syariah dan Bukan Syariah
Penyambut tetamu hotel bukan syariah Penyambut tetamu hotel syariah
Sumber kiri: http://www.google.com.my/imglanding?q=sofitel-palm-resort-reception
Sumber kanan: http://www.medanku.com/madani-hotel-medan
Bilik tidur hotel bukan syariah Bilik hotel lengkap dengan sejadah dan
melatakkan bunga sebagai perhiasan. kain pelekat.
Sumber kiri: http://www.suriaresorts.com/cityhotel/index.php/
Sumber kanan: http://www.depalmahotel.com/facilities.html
Selama ini hotel masih kerap diidentitikan dengan hal-hal berbau negatif
(http://suaramerdeka.com/Hotel-SyariahIngin-Menjaga-CitraPerhotelan:27/08/2010).
Saban hari terpampang di dada-dada akhbar dan media eletronik yang dihangatkan
dengan tajuk-tajuk berita utama lagi terkini seperti keraguan terhadap status halal
makanan dan minumannya masih diragui, walaupun ada restoran melekatkan logo
halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ini akan melahirkan rasa tidak
selesa dan was-was pelangggan hotel terhadap pengurusan dan perkhidmatan yang
disediakan oleh hotel.
Pengkaji melihat masalah yang kedua dalam pengurusan hotel adalah
penyediaan makanan yang tidak halal. Daripada semakan di laman web e-halal
JAKIM, hanya 60 dapur hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal JAKIM
sedangkan bilangan hotel di Malaysia mencecah lebih 2,000. Suatu yang
menyedihkan apabila laporan mendedahkan bahawa hotel bertaraf lima bintang yang
dimiliki pengusaha bukan Islam memiliki kesedaran minimum terhadap kepentingan
untuk mendapatkan sijil halal bagi dapur mereka (http://www.bharian.com.my:
22/10/2010).
Faktor ini adalah penyebab nisbah hotel yang memiliki sijil halal ketika ini
terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan hotel di negara ini. Hanya sejumlah 32
daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara yang mempunyai sijil halal
(Http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peguamsyariemenulis_UmatIslamamil
mudahisumakananhalal/ Oleh Tuan Musa Awang: 20/09/2010).
Masalah ketiga yang timbul ialah pengkaji melihat pelaksanaan syariat dari
segi pengurusan iaitu aurat pekerja, perkhidmatan, dan sebagainya. Negara Malaysia
sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan cara hidup Islam tetapi dari segi
perkhidmatan sosial terutamanya dari sektor perhotelan, jika ditinjau kebanyakkan
pekerja hotel wanita yang beragama Islam tetapi tidak menutup aurat dan ada juga
yang dipaksa membuka tudung.
Kuala Lumpur 22 Feb (dalam http://www.utusan.com.my/utusan/:
21/09/2010). Seorang pengarah akaun sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu
negara kecewa apabila terpaksa melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak lebih
10 tahun lalu semata-mata kerana memakai tudung (www.pemudaumno.org.my:
20/09/2010).
Melalui pembacaan pengkaji, ini jelas bahawa kajian ini perlu untuk
mengetahui persepsi tetamu hotel tentang pelaksanaan hukum syariah dalam
pengurusan hotel di Johor Bahru. Justeru, kerana hingga kini hotel yang
berkonsepkan syariah di Malaysia masih boleh di hitung dengan jari dan hampir
belum ada sebuah hotel yang berani mengisytiharkan sebagai hotel syariah atau
paling tidak bersuasana syariah.
1.3 Pernyataan Masalah
Amalan pengurusan hotel yang mengikut syariat amat jarang ditemui atau
kita dengar. Kebanyakan hotel tidak dapat menyediakan keperluan yang boleh
memudahkan pelanggan Islam (http://cyberita.asia1.com.sg/ekoniaga: 22/10/2010).
Hotel syariah bermakna ia menurut peraturan syariah Islam dalam menjalankan
urusannya. Melihat kejayaan Islamic banking dalam industri perkhidmatan kewangan
negara yang menawarkan perkhidmatan muamalat berlandaskan syariah berjaya
diwujudkan dan telah diterima secara meluas, sebuah hotel Syariah-compliant atau
hotel Islam adalah hal yang jelas seterusnya. Kalau syarikat asing yang bukan Islam
pun wujudkan Islamic banking dan berjaya, apa salahnya hotel yang berkonsepkan
syariah juga diterima dalam industri perkhidmatan. Justeru itu, pengurusan dan
perkhidmatan dalam sektor perhotelan juga boleh dijadikan satu usaha ke arah
melahirkan sebuah negara Islam. Kajian ini penting untuk mengetahui penerimaan
masyarakat terhadap prospek masa depan hotel syariah jika dapat diwujudkan di
Johor Bahru.
Kajian ini juga tidak tertumpu kepada hukum syariat dalam menutup aurat
dan sebagainya. Akan tetapi pengkaji ingin mengetahui kepuasan pengunjung hotel
tentang persepsi mereka terhadap hotel yang bersuasana syariah. Ciri-ciri pengurusan
hotel seperti menyediakan surau yang selesa, alat kelengkapan solat, tandas mesra
muslim, aktiviti dakwah, kolam renang tertutup dan sebagainya masih tidak di
kategorikan mesra muslim sepenuhnya lagi.
1.4 Objektif Kajian
Melalui objektif kajian ini, sesuatu kajian yang telah dihasilkan akan menjadi
sempurna dan berfaedah. Oleh yang demikian, pengkaji telah menyenaraikan
beberapa objektif kajian seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti persepsi tetamu hotel terhadap perhotelan yang berlandaskan
pelaksanaan hukum syariah.
1.4.2 Mengenalpasti ciri-ciri pengurusan hotel yang berlandaskan syariah.
1.4.3 Mengenalpasti prospek masa depan hotel yang berkonsepkan syariah.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan yang
ingin di jawab dalam kajian ini ialah:
1.5.1 Apakah persepsi tetamu terhadap perhotelan yang berlandaskan pelaksanaan
hukum syariah?
1.5.2 Apakah ciri-ciri pengurusan hotel yang berlandaskan syariah?
1.5.3 Bagaimanakah prospek masa depan hotel yang berkonsepkan syariah?
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pihak yang
terlibat dalam pengurusan hotel, pelancong, tetamu hotel, pemilik, masyarakat Islam
serta perusahaan perkhidmatan hospitaliti yang lain. Menganalisis data-data yang
diperoleh daripada soalan kaji selidik yang diedarkan akan memberi gambaran yang
jelas terhadap persepsi pelanggan dan pihak pengurusan perhotelan terhadap hotel
yang bercirikan pelaksanaan hukum syariah.
Kajian ini juga memberi kepentingan kepada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) agar dapat memberi garis panduan kepada hotel-hotel yang
berlandaskan syariah. Manakala kajian ini juga, penting untuk Jabatan Agama Islam
Johor (JAIJ) agar dapat memantau dari semasa ke semasa terhadap hotel yang
bercirikan suasana syariah di sekitar Johor Bahru, agar pelaksanaan hotel
berlandaskan syariah menepati ciri-ciri atau garis panduan yang telah ditetapkan oleh
JAKIM.
Pengkaji berpendapat bahawa kajian ini juga penting bagi pelanggan Islam
kerana melalui kajian ini pengguna Islam dapat pendedahan awal bahawa hotel
bukan sahaja tempat persinggahan unuk bermalam tetapi terdapat hotel yang
menyediakan perkhidmatan untuk rohani dan jasmani. Selain itu, pelanggan dapat
menginap dengan selesa di hotel tidak ragu-ragu dan bimbang, malah dapat
memenuhi tuntutan wajib seperti melakukan ibadat solat, qiamullail, menghadiri
majlis ilmu dan sebagainya.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Tajuk kajian ini ialah pelaksanaan hukum syariah dalam pengurusan hotel di
Johor Bahru tetapi fokus batasan kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi
tetamu yang pernah menginap di mana-mana hotel di Johor Bahru terhadap
perhotelan yang berlandaskan pelaksanaan hukum syariah, ciri-ciri pengurusan hotel
dan seterusnya untuk mengenalpasti prospek masa depan hotel yang berkonsepkan
syariah. Pengurusan termasuklah memberi perkhidmatan seperti menyediakan surau,
alat solat, aktiviti sukan, kolam renang, restoran, makanan, minuman dan sebagainya.
Kajian ini hanya melibatkan 60 orang responden iaitu 30% diambil dari
populasi sebenar kajian, yang mana responden tersebut pernah menginap di hotel
atau pernah bekerja di mana-mana hotel di Johor Bahru. Dalam kajian,
kebolehpercayaan data yang dikumpulkan bergantung kepada jawapan yang
diberikan responden. Pengkaji akan mengedarkan borang kaji selidik secara rawak
kepada pihak tertentu seperti tetamu yang pernah menginap dimana-mana hotel di
Johor Bahru. Pengkaji memilih skop batasan ini kerana tetamu hotel adalah
pelanggan yang menginap dan menggunakan perkhidmatan hotel. Seperti yang sedia
maklum “Customer is always right” iaitu pandangan pelanggan selalunya tepat.
Segala penemuan dan hasil kajian adalah terbatas kepada populasi dan sampel kajian
yang di kaji oleh pengkaji.
1.8 Definisi / Istilah
Tajuk kajian ini ialah “Pelaksanaan Hukum Syariah Dalam Pengurusan Hotel
di Johor Bahru”. Beberapa istilah yang digunakan dalam pengkajian ini memerlukan
definisi yang terperinci. Definisi ini perlu kerana pengertian umum dengan
pengertian dalam kajian ini mungkin berbeza. Istilah-istilah tersebut adalah seperti
berikut:
1 .8.1 Pelaksanaan
Dalam kajian ini, pelaksanaan beerti proses (perihal, perbuatan)
melaksanakan (keputusan, perancangan, tugas dan sebagainya) (Kamus Bahasa
Melayu Nusantara, 2002: 1502). Manakala dalam Kamus Dewan edisi keempat
(2007: 871) pula pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses
melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan, tugas dan sebagainya.
1.8.2 Hukum
Dalam kajian ini hukum dari segi bahasa beerti menetapkan sesuatu atas
sesuatu atau tidak menetapkannya. Misalnya, menetapkan sifat panas api dan
menetapkan sifat dingin atas ais atau tidak menetapkannya. Menurut istilah ahli usul
fikah, hukum adalah khitab atau perintah Allah SWT yang menuntut mukalaf untuk
mengerjakan atau memilih antara mengerjakan dan tidak mengerjakan, atau
menjadikan sesuatu menjadi sebab, syarat atau penghalang bagi adanya yang
lain.Menurut istilah ahli fikah, hukum ialah kesan yang timbul daripada perbuatan
yang diperintahkan oleh Allah SWT (Ensiklopedia Islam, 2004: 128).
Manakala dalam Kamus Dewan edisi keempat (2007: 549) pula hukum dalam
kajian ini memberi makna peraturan yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dan
lain-lain), adat yang dianggap mesti dipatuhi, undang-undang atau aturan (peraturan,
sistem, susunan) mengikut hukum.
1.8.3 Syariah
Dalam kajian ini syariah boleh diertikan sebagai hukum-hukum yang
diperundangkan Allah SWT ke atas hamba-hambanya supaya mereka beriman dan
beramal dengannya yang boleh membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat (A.Monir Yaacob, 1988: 17)
Manakala menurut (Yusuf Qardhawi, 1996: 1) syariah ialah segala sesuatu
yang di tetapkan Allah kepada para hamba-Nya berupa dien (agama) atau dengan
kata lain segala sesuatu yang di syariatkan Allah berupa dien yang diperintahkan-
Nya, seperti shaum (puasa), solat, haji, zakat dan seluruh amal kebajikan.
1.8.4 Pengurusan
Dalam kajian ini pengurusan bermaksud kerja-kerja berkaitan dengan
pengendalian sesuatu syarikat atau perniagaan. (Kamus Za‟Ba: 1231). Manakala
dalam Kamus Dewan edisi keempat (2007: 1780) pula bermaksud perihal (kerja dan
sebagainya) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan dan
lain-lain).
1.8.5 Hotel
Dalam kajian ini hotel adalah suatu bentuk bangunan, lambang, syarikat atau
badan usaha penginapan yang menyediakan perkhidmatan penginapan, pembekal
makanan dan minuman serta kemudahan perkhidmatan lain di mana semua
perkhidmatan itu diperuntukkan bagi masyarakat umum, baik mereka yang
bermalam di hotel tersebut ataupun mereka yang hanya menggunakan kemudahan
tertentu yang dimiliki hotel itu (http://jurnal-sdm.blogspot.com).
Merujuk kepada (Ensiklopedia Dunia, 2005: 402) hotel ialah organisasi yang
menyediakan penginapan bermalam bagi orang ramai. Perkhidmatan asas hotel ialah
menyediakan penyediaan bilik untuk seseorang tidur atau menginap. Hotel
mempunyai sekurang-kurangnya sebuah restoran. Banyak hotel besar menawarkan
bilik dan perkhidmatan untuk mesyuarat dan ada sesetengahnya mempunyai kedai
serta menyediakan hiburan.
Dalam Kamus Dewan edisi keempat (2007: 546) pula bermaksud bangunan
tempat penginapan yang menyediakan makanan dan perkhidmatan – perkhidmatan
lain untuk orang luar yang datang mengunjungi sesuatu tempat.
1.9 Kesimpulan
Di dalam bab ini pengkaji membahaskan tentang pengenalan kepada kajian
yang akan dijalankan. Pengenalan kepada kajian ini disampaikan berdasarkan aspek
pernyataan masalah, matlamat kajian serta objektif-objektif yang hendak dicapai
dalam kajian ini. Di dalam bab ini juga terdapat aspek-aspek yang menceritakan latar
belakang kajian, skop kajian dan asas kajian.
Recommended