View
23
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Jumal Melayu (9)2012: 227-240
Pembelajaran Bahasa Melayu SebagaiBahasa Kedua: Pengungkapan Idea dalam
Penulisan Pelajar Sekolah Menengahdi Malaysia
Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu BakarNor Hashimah Jalaluddin
Abstrak
Komponen penulisan karangan adalah salah satu komponen penting dalampembelajaran bahasa Melayu dan diuji dalam Kertas I Bahasa Melayudalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas kerja ini akanmembentangkan dapatan kajian mengenai penulisan pelajar sekolah menengahdi Malaysia yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua denganmemfokus pada pengungkapan idea dalam penulisan karangan. Secara khususnyakertas kerja ini melihat penggunaan ungkapan menarik dalam penulisan mereka.Ungkapan menarik yang dimaksudkan ialah penggunaan peribahasa, pantun,cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis,kosa kata yang cantik maksud, maksud ayat Al-Quran dan Iain-lain. Kajiandijalankan di lima kawasan iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabahdan Sarawak dan melibatkan lima belas buah sekolah (tiga sekolah di setiapkawasan). Dapatan umum kajian mendapati pencapaian para pelajar ini secaramajoritinya adalah di tahap sederhana dan lebih dari 20% dianggap lemah. Disamping itu pencapaian pelajar dari luar bandar didapati lebih baik dari pelajarbandar. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa majoriti pelajar ini yang mempelajaribahasa Melayu sebagai bahasa kedua masih di tahap tidak memuaskan keranatidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dengan yang demikian,usaha perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar untukmenguasai bahasa Melayu kerana bahasa adalah salah satu jambatan bagimengikat hubungan yang baik antara pelbagai kaum di Malaysia.
Kata kunci: Pembelajaran bahasa Melayu, penulisan karangan, bahasa kedua,ungkapan menarik, pencapaian pelajar
Abstract
The writing component is of the most important components in leaning theMalay language and it is tested in Bahasa Melayu Paper 1ofthe Sijil PeperiksaanMalaysia (SPM) exam. This paper will present the findings from a research
228
on the writings of secondary school students in Malaysia who are learningMalay as a second language by focusing on the phrasing of ideas in theiressays. Specifically, thispaper will look at theusage of interesting phrases intheir writings. Interesting phrases is defined asusing proverbs, pantun, slogan,quotation of speeches, wisdom words, quotation from hadiths (the sayings ofProphet Mohamad s.a.w), vocabulary ofpoetic words, translated meanings takenfrom Al-Quran and etc. the research was conducted infive areas namely; Kedah,Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah and Sarawak. The findings of the researchshow that for majority of the students, their performance is at intermediatelevel and more than 20% of the students are as weak. In addition, it is alsodiscovered that the performance ofstudents from rural areas are better that theircounterpart in urban areas. It is therefore, can beconcluded that majority ofthestudents who are learning Malay as second language are at the unsatisfactorylevel as they are still unable to use the language convincingly. As such, moreefforts have to beput in the endeavours to improve the students' performanceof Malay language because language is the bridge that links the harmoniousrelation between various races in Malaysia.
Key words: Malay language learning, essay writing, second language, interestingphrases, students' achievements
Pendahuluan
Di dalam sistem pendidikan di Malaysia subjek bahasa Melayu adalahsubjek wajib bermula di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkatsekolah menengah. Sebagai subjek wajib, banyak usaha telah dijalankanuntuk memastikan pelajar dapat menguasai bahasa Melayu denganbaik. Sama seperti pembelajaran bahasa-bahasa lain, bahasa Melayumerapakan satu mata pelajaran yang memerlukan pelajar menguasaikemahirantertentu,terutamanya kemahiranmembaca, bertutur, menulisdan seterasnya menguasai kecekapan menaakul, menghurai, merumus,mentafsir. Bagi pelajar yang memperolehi bahasa Melayu sebagaibahasa pertama, mereka mungkin tidak berkecenderungan menghadapikesukaran dalam menguasai subjek bahasa Melayu. Hal inikerana sebagaibahasa pertama, penguasaannya berlaku dengan cara'memperoleh' danbukannya melalui prosespembelajaran di dalam kelas. Situasi ini berbezadengan pembelajaran bahasa kedua kerana bahasa selalunya dipelajarisecaraformaldi dalamkelas dan hanyaberkembang melalui latihandanpengukuhan. Oleh itu, dorongan yangkuat dan sikap yangbaik adalahperlu untuk menguasai bahasa kedua.
229
Pembelajaran Bahasa Kedua
Pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar bukan penutur natif iaituyang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memerlukanperhatian yang lebih teliti. Oleh yang demikian, pelajar perlu melaluirancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu.
Bagi pelajar yang mempelajari subjek bahasa Melayu sebagaibahasa kedua, mereka memerlukan latihan dan pengulangan sehinggamembentuk satu tabiat. Ini dijelaskan oleh Rivers W.M (1964)yang menyatakan pembelajaran bahasa asing pada dasarnya adalahmerapakan satu proses mekanikal yang membentuk tabiat. Oleh itu,cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiatyang lain seperti belajar menaip, berenang, memandu, dan Iain-lain.Proses pembelajaran menetapkan jika sekali berjaya dilakukan denganbaik maka ia akan dapat diulangkan untuk seterusnya secara automatik.Jika proses penguasaan di peringkat awal seorang kanak-kanak,berkemungkinan besar dia akan melalui proses-proses yang sama denganproses penguasaan bahasa pertama, sementara proses penguasaan bahasakedua selepas peringkat awal kanak-kanak akan melalui tahap dan carayang agak berbeza dengan proses pemerolehan pengetahuan bahasapertama.
Dalam penguasan bahasa, individu yang mahir bercakap dalamsesuatu bahasa itu, tidak semestinya mahir dalam penulisan bahasatersebut. Ini adalah kerana kemahiran menulis perlu dipelajari,bukan sahaja bentuk atau corak yang berbeza, malah gaya bahasadan penyampaiannya juga agak berbeza. Keadaan yang sama jugadidapati dalam pembelajaran bahasa kedua. Kesukaran juga kadangkala berlipat ganda dalam mempelajari bahasa kedua terutama dalamkemahiran menulis. Penulisan di dalam bahasa kedua kadang-kalamendatangkan masalah apabila pelajar berfikir dalam bahasa pertamadan seterasnya menterjemahkannya ideanya ke dalam bahasa kedua. Iniakan memanjangkan masalah tersebut kerana gaya retorik kedua-duabahasa yang berbeza berkemungkinan menghasilkan penulisan yangtidak mematuhi retorik bahasa kedua. Connor (1996) melaporkan ramaipelajar asing mengalami masalah yang sama apabila mereka mempelajaribahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Situasi yang sama juga dihadapi oleh pelajar yang mempelajaribahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Bagi pelajar Melayu, merekamungkin tidak menghadapi masalah menguasai sistem bahasa Melayuseperti bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya
230
kerana bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi harian. Namunbegitu, dalam situasi pembelajaran yang formal ramus dan peraturanbahasa Melayu perlu dipelajari. Hal ini berbeza dengan pengajaranbahasa Melayu sebagai bahasa kedua, yang mana pembelajarannyamesti didahulukan dengan aktiviti lisan. Inibermakna aktiviti pengajaranharas bermuladaripada kemahiran mendengar, kemudian bertutur danseterusnya kepada membaca dan menulis.
Kemahiran Penulisan Bahasa Melayu
Dalam kemahiran menulis, persyaratan atau peraturan-peraturannya lebihbersifat standard dan formal berbanding dengan bahasa lisan (AbdulAziz Abdul Talib, 1991). Untuk menghasilkan penulisan yang efektif,penguasaan sistem bahasa sangatlah dipentingkan, kerana lazimnyabahasa tulisan perlu lebih teratur daripada bahasa lisan. Jadi, pelajar yangmempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, seharusnya menguasaibahasalisanterlebih dahulu, sebelum menguasai aspek penulisan. Dalampenulisan, pembaca tidak dapat melihat bahasa badan kitaseperti dalambahasa lisan, tetapi sebaliknya memfokuskan sepenuhnya terhadappernyataan maklumat danmesej yanglengkap danmenggunakan bahasayang teratur.
Bagi meningkatkan kemahiran menulis, pelajar tidak perlubergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran bahasa di dalam kelas,tetapi boleh meningkatkan kemahiran menulis melalui pembacaan.Sekiranya seseorang pelajar ingin menjadi seorang penulis yang baik,maka mereka perlu banyak membaca berbagai bentuk penulisan sepertibuku teks, novel, cerpen, akhbar, majalah dan Iain-lain bahan bacaan.Dengan ini, bukan sahaja menambahkan pengetahuan kepada pelajartersebut, malahmereka bolehmemperbaiki gayabahasa dalampenulisankarangan. Melalui pembacaan, pelajarboleh mengambil kosa kata danungkapan yangmenarik yangditemui danseterasnya menerapkannya didalam karangan mereka. Penggunaan kata-kata bombastik di sampingungkapan yang menarik, mampu menimbulkan nilai keindahan dalamsesuatu karangan tersebut.
Pengimplementasian kalimat yang berseni dalam karangan akanmewujudkan satu gaya bahasa yang indah dan seterasnya menjadikansesuatu penulisan itu lebih efektif. Antara ungkapan menarik yangboleh digunakan dalam penulisan ialah peribahasa. Peribahasa bolehdigunakan dalam apa jua bentuk penulisan karangan. Peribahasamerapakan alat komunikasi yangdigunakan dalammasyarakat Melayu
231
tradisional. Dengan penuh kesantunan dan kesopanan, orang Melayuakan menyampaikan pandangan mereka secara berkias iaitu denganberperibahasa (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh, 2009). Tujuannyaadalah untuk menjaga hati dan kedudukan terhadap orang yang ditegur.Dalam dunia penulisan pula, menyelitkan peribahasa dalam sesebuahkarangan bukanlah bertujuan menegur seseorang atau sesuatu pihak,tetapi digunakan bagi tujuan menggambarkan sesuatu keadaan, samaada digunakan untuk memuji, menggambarkan sifat manusia ataumenyampaikan pesanan (Azizul Rahman & Mohamad Saleeh, 2009).Di samping itu, dalam menghasilkan sebuah karangan yang bermutu,pelajar bukan sahaja perlu memberikan perhatian mereka terhadappenyampaian isi dan penguasaan tatabahasa, tetapi mereka juga perlumementingkan soal pemilihan leksikal dalam karangan mereka (AwangSariyan, 2004). Hal ini kerana, pengulangan sesuatu leksikal yang samadalam sesuatu penulisan boleh menjejaskan kualiti penulisan tersebutserta melahirkan rasa bosan terhadap pembaca.
Tugasan Penulisan
Bagi meneliti keupayaan penulisan pelajar yang mempelajari bahasaMelayu sebagai bahasa kedua, satu tugasan penulisan telah diberikankepada beberapa kumpulan pelajar. Jenis penulisan yang diberikan ialahpenulisan berasaskan rangsangan. Penulisan berasaskan rangsanganterkandung dalam bahagian A dalam Kertas I Bahasa Melayu dalamSijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Mengikut sukatan pelajaran bahasaMelayu, terdapat tujuh jenis bahan rangsangan untuk penulisanberasaskan rangsangan iaitu gambar, gambar rajah, ilustrasi kartun,pelan, iklan, petikan dan catatan. Untuk kajian ini, bahan rangsanganyang kami gunakan ialah gambar yang terdiri empat gambar bersiriyang memaparkan aktiviti-aktiviti yang boleh lakukan pada masalapang. Berdasarkan gambar-gambar yang diberi, pelajar dikehendakimenghuraikan tentang aktiviti-aktiviti berfaedah untuk mengisi masalapang.
Aktiviti penulisan berasaskan rangsangan ini bertujuan untukmenguji pemahaman para pelajar terhadap bahan rangsangan berkenaansecara keseluruhan dan menguji kecekapan mereka membuat tafsiranberasaskan rangsangan tersebut. Di samping itu, penelitian jugadibuat pada analisis pelajar terhadap bahan rangsangan tersebut danakhir sekali menguji pengetahuan pelajar tentang isu semasa. Jikaditeliti tujuan aktiviti penulisan berasaskan rangsangan ini, ada usaha
232
untuk mempelbagaikan kemahiran yang ditekankan. Ini selari denganpandangan semasa yang melihat literasi merentasi kemahiran membacadan menulis apabila pelajar dikehendaki mengaitkan rangsangan yangdiberikandengan isu semasa (NorsimahMat Awal, NadzrahAbu Bakat& Nor Hashimah Jalaluddin 2009; Kem 2000).
Seterusnya, kesemua esei telah diperiksa dengan teliti olehguru-guru yang berpengalaman memeriksa kertas peperiksaan SPM.Pemeriksaan esei tersebut adalah berdasarkan skima pemarkahan SPMyangdikeluarkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. Menurat skemapemarkahan bagi karangan berasaskan rangsangan, karangan yang baikmesti mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu memenuhidan menepati kehendak soalan, mempunyai isi-isi penting yang cukup,ideayang relevan dantersusun, menggunakan bahasa yang gramatis danbervariasi, kosakatayangluasdantepat, menggunakan ejaandantandabaca yang betul, dan menggunakan wacana yang lengkap dan ungkapanyang menarik. Penulisan pelajar-pelajar telah dinilai dan dibahagikankepada beberapa bahagian berpandukan skema pemarkahan yang telahditetapkan bagi memahami kaitan tahap pencapaian penulisan pelajardengan kesalahan yang dibuat.
Untuk melihat pencapaian pelajar secaraam, penilaian penulisantelah dinilai mengikut penilaian yang dibuat bersandarkan skemapenilaian di peringkat SPM; Cemerlang (26-30 markah), Kepujian (20-25 markah), Memuaskan (15-19 markah), Kurang Memuaskan (10-14markah) dan Pencapaian Minimum (01-09 markah). Walaubagaimanapun, bagi tujuan analisis, markah penulisan ini telah dirombak ke tigatahap; iaituCemerlang (20- 30), Sederhana (15-19)danLemah (1-14),bagi memudahkan penganalisian dan perbincangan.
Di samping itu, para pelajar juga telah diberikan satu set soal-selidik yang mengandungi soalan-soalan mengenai pesepsi merekaterhadap bahasa Melayu, strategi pembelajaran yang mereka gunakanuntuk mempelajari bahasa Melayu dan juga soalan yang bertanyakanpendirian dan pemahaman mereka terhadap komponen sastera dalampembelajaran bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kertas kerja inihanya akanmemfokuskan padamaklumat mengenai pencapaian merekadalam penulisan danpenulis akancubamengaitkannya dengan pesepsipelajar terhadap bahasa Melayu.
Responden Kajian
Kajianinimelibatkan 1,600 pelajartingkatan empatdi seluruh Malaysiayang dipilih secara rawak mengikut zon, iaitu zon tengah (Seremban,
233
Negeri Sembilan), zon timur (Kelantan), zon utara (Kedah), Sabahdan Sarawak. Walau bagaimanapun, hanya 1,523 set soal selidik yangditerima dan pecahannya adalah seperti berikut:
JADUAL 1 Pecahan Suku Kaum
Suku Kaum Bilangan Pelajar & Peratusan
Melayu 877 (57.6%)Cina 154(10.1%)Iban 66 (4.3%)India 54 (3.5%)Kadazan 30 (2.0%)Lain-lain 342 (22.5%)
Oleh kerana fokus kertas kerja ini adalah dari segi penguasaanbahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu yang mempelajaribahasa Melayu sebagai bahasa kedua, maka tumpuan perbincanganseterasnya adalah mengenai pencapaian para pelajar Cina, India, Ibandan Kadazan. Walaupun dalam kategori lain-lain terdapat pelajar dariperbagai suku kaum lain tetapi ianya terlalu rencam dan representasi bagisatu-satu suku kaum amat kecil, jadi kami berpendapat untuk memfokuspada empat suku kaum bukan Melayu yang utama ini iaitu Cina, India,Iban dan Kadazan.
Pemaparan Data
Bahagian pemaparan data ini akan dibahagikan kepada dua sub-bahagianiaitu pencapaian penulisan dan pesepsi pelajar terhadap bahasa Melayu.
Pencapaian penulisan
Para pelajar dikehendaki menulis karangan sepanjang 250 patah perkataandalam masa 45 minit. Penulisan karangan adalah berasaskan rangsangandan rangsangan yang diberikan ialah satu set yang mengandungi 4 kepinggambar mengenai aktiviti yang boleh dilakukan dalam masa lapang.Hasil penulisan para pelajar dinilai dari xujuh aspek iaitu straktur ayatdalam esei, penggunaan dialek dalam esei, kesalahan ejaan dalam esei,penggunaan ungkapan menarik dalam esei, kerelevanan, kematangandan kejelasan idea dalam esei. Namun begitu kertas kerja ini hanyaakan memfokus pada penggunaan ungkapan menarik dan kerelevanan,
234
kematangan dan kejelasan idea dalam esei. Paparanpencapaian secarakeseluruhan bagi pelajar Cina, India, IbandanKadazan adalah sepertidi bawah:
JADUAL 2 Pencapaian keseluruhan dalam penulisan
Kaum Cemerlang Sederhana Lemah Jumlah
Cina 28
India 8
Iban 6
Kadazan 8
92 13 133
32 10 50
55 4 65
18 3 29
Secarakeseluruhannya, pencapaian majoriti pelajarbukanMelayudalampenulisan adalahdi dalamkategori sederhana. Dalamkeempat-empat suku kaum yang difokuskan, didapati lebih dari 60%pelajar darisemua kategori kaum mempunyai keupayaan yang sederhana dalamkemahiran penulisan. Menuratguru yang memeriksa karangan pelajar,antarasebabtahappencapaianyang sederhanaialahmajoriti daribilanganpelajartidakmemaparkan penulisan yangbaikkeranatiadapenggunaanungkapan menarik dan tidak menunjukkan kematangan idea dalampenulisan.
Penggunaan Ungkapan Menarik
Penulisanyangbaikialahpenulisanyangbervariasi denganmenonjolkanpenggunaan ungkapan-ungkapanyang menarik. Penggunaan ungkapanmenarik bermaksud penggunaan peribahasa, pantun, cogan kata, frasamenarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, kosa katayang cantik maksud, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain. Berikut adalahpaparanmaklumat mengenai penggunaan ungkapan menarikparapelajar:
JADUAL 3 Ungkapan menarik dalam esei mengikut kaum
Suku/kaum Jumlah
Cina India Iban Kadazan
Ungkapan menarikAda 36 13 2 7 58
Tiada 98 37 64 22 221
235
Jadual 3 merupakan perbezaan penggunaan ungkapan menarikmengikut kaum. Hasil yang didapati menunjukkan seramai 36 pelajarCinamenggunakan ungkapanmenarikdalampenulisanmereka. Jumlahini diikuti olehpelajar India seramai 13 orang,pelajar Kadazan seramai7 orang dan pelajar Iban seramai 2 orang.
Antaraungkapanmenarikyang seringdigunakan olehparapelajarialah cogan kata "badan sihat otak cerdas", perampamaan "masa ituemas". Kedua-dua contoh ini sering digunakan oleh pelajar Cina danIndia. Manakala bagi pelajar Kadazan dan Iban pula, mereka lebihcenderungmenggunakanperibahasa seperti "berat sama dipikul, ringansama dijinjing", "melentur buluh biar dari rebungnya". Kecenderanganpenggunaan ungkapan menarikyangberbezamungkin adakaitandenganpersekitaran. Pelajar Cina dan India dalam kajian ini majoritinyaadalahdari kawasan bandar dan aktiviti bersukan adalah sesuatu yang biasa bagimereka. Oleh itu cogan kata "badan sihat otak cerdas" adalah mudahdikaitkan. Perampamaan "masa itu emas" juga boleh dikaitkan denganpersekitaran para pelajar ini. Corak gaya hidup di bandar yang derasdan mengandungi pelbagai aktiviti mengingatkan pelajar pada realitikehidupan yang cergas untuk menyelesaikan berbagai tugasan.
Kerelevanan, Kematangan dan Kejelasan Idea dalam Esei
Kerelevanan idea merujuk pada idea yang disampaikan bertepatan dengantema bahan rangsangan. Dalam konteks ini tugasan yang diberikanialah pelajar perlu menghuraikan aktiviti-aktivi yang boleh dilakukandalam masa lapang berdasarkan gambar-gambar yang diberikan. Olehitu pelajar perlu menghuraikan aktiviti berkelah, berkhemah, berriadahdan membaca sebagai aktiviti masa lapang.
Dari segi kejelasan idea pula ia merujuk pada penghuraian yangdilakukan dengan jelas dan teliti dan mudah difahami. Manakalakematangan idea pula bertujuan menguji pemahaman para pelajarterhadap bahan rangsangan yang diberi secara keseluruhan. Di sampingitu, ia juga bertujuan menguji keupayaan pelajar membuat tafsirandan analisis dari bahan rangsangan tersebut dan akhir sekali mengujipengetahuan pelajar tentang isu semasa. Berikut adalah paparan databerkenaan ketiga-tiga aspek tersebut:
236
JADUAL4 Kerelevanan idea dalam esei mengikut kaum
Kaum Tidak Ya Jumlah
Cina 57 77 134
India 25 25 50
Iban 29 37 66
Kadazan 2 27 29
Berdasarkanjadual 4 diatas, dapat dilihat bahawa secara umumnyamajoriti pelajar dari empat kaum (Cina, India, Iban dan Kadazan)yang difokuskan berjaya menghasilkan eseiyangrelevan dengan topikyang diberikan. Para pelajar berjaya menghuraikan aktiviti-aktivitiyang dipaparkan iaitu berkelah, berkhemah, beriadah dan membacadengan baik. Ini boleh dijangkakan kerana aktiviti yang dipaprkanbukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan aktiviti mereka. Aktiviti-aktivitisedemikian adalah sesuatu yang sering mereka lakukan semasa masalapang.
JADUAL 5 Kejelasan idea dalam esei mengikut kaum
Kaum Tidak Ya Jumlah
Cina 98 36 134
India 41 9 50
Iban 37 29 66
Kadazan 6 23 29
Kejelasan ideabermaksud pelajar mampu menjelaskan ideadenganjelas dan teliti serta mudah difahami. Pencapaian pelajar kaum Ibandan Kadazan adalah lebih baik berbandingpara pelajar Cina dan India.PelajarCinadan Indiadalamkajianini adalahpelajarsekolahmenengahkebangsaan dan kebanyakannya adalah dari kawasan bandar dan merekabanyakmenggunakan bahasanatif (bahasaCina atau Tamil) dan bahasaInggeris dalam berkomunikasi. Ini mungkin juga mempengaruhikeupayaan mereka untuk menyampaikan idea dengan teliti dan jelasdalam karangan.
Sementara itu, bagi pelajar Iban dan Kadazan yang memaparkanprestasi yang agak baik dari segi kejelasan idea mungkin boleh dikaitkandengan pemilihan bahasa mereka dalam komunikasi harian. Mohammed
237
Azlan Mis (2010) berdasarkan kajiannya menyatakan bahawa bagimasyarakat Iban di Sarawak, mereka memilih bahasa Melayu Sarawakuntuk berkomunikasi dalam situasi formal dan bahasa Iban dalam situasi
formal. Oleh yang demikian, pendedahan kaum Iban pada bahasa MelayuSarawak dalam situasi formal sedikit sebanyak telah membantu pelajarIban dalam penulisan karangan bahasa Melayu mereka.
JADUAL 6 Kematangan idea dalam esei mengikut kaum
Kaum Tidak Ya Jumlah
Cina
India
Iban
Kadazan
125 9 134
48 2 50
66 0 66
22 7 29
Dalam aspek kematangan idea pula, didapati majoriti pelajarCina, India, Iban dan Kadazan tidak berupaya menyampaikan ideadalam penulisan mereka secara matang. Seperti yang telah dijelaskansebelum ini, kematangan idea dalam esei diukur melalui kecekapanpelajar membuat tafsiran berasaskan rangsangan dan juga mengaitkandengan bahan semasa dan ini adalah satu keupayaan yang sukar dicapai.Keupayaan mengaitkan bahan rangsangan dengan bahan semasa adalahsatu keupayaan mencabar dan salah satu cara mencapainya ialah denganpembacaan yang meluas. Walau bagaimanapun, scenario pembacaandalam kalangan pelajar di Malaysia tidak begitu memberangsangkan.Menurat satu laporan akhbar, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia,Datuk Dr. Wee Ka Siong mengatakan bahawa para pelajar Malaysiakurang membaca dan bagi mereka yang membaca, mereka lebihcenderang memilih bahan bacaan yang ringan seperti majalah, komikdan suratkhabar (Suhana Md. Yusop, 2010). Kurang pembacaan danpemilihan bahan bacaan yang ringan ini juga menyumbang kepadaketidakupayaan pelajar untuk menghasilkan penulisan yang matang.
Pesepsi Pelajar Terhadap Bahasa Melayu
Seterasnya pula pencapaian pelajar yang agak sederhana bagi kempat-empat kaum mungkin boleh dikaitkan dengan pesepsi mereka terhadapbahasa Melayu. Antara soalan-soalan yang berkaitan dengan pesepsi yang
238
diberikan kepada parapelajar ialah yang berkaitan dengan kepentinganpenguasaan bahasaMelayuuntukmendapatkan pekerjaan, adakahbahasaMelayu bahasa yang dapat menyatupadukan semua kaum dan adakahbahasa Melayu melambangkan atau boleh dijadikan jati diri bangsaMalaysia. Berikut adalah paparan maklumat mengenai soalan-soalantersebut:
JADUAL 7 Penguasaan BM penting untuk mendapatkan pekerjaan
Kaum Tidak setuju Tidak pasti Setuju Jumlah
41Cina 23
India 6
Iban 0
Kadazan 2
90 154
40 54
61 66
20 30
Ketika ditanya mengenai kepentingan bahasa Melayu untukmendapatkan pekerjaan hampir semua pelajar dari semua kaummenyatakan mengakui kepentingan bahasaMelayu. Walaupun hakikatnyadi Malaysia, pengguasaan bahasa Melayu hanya diberikan keutamaanpada pekerjaan dalam badan kerajaan pelajar masih menyatakankepentingan bahasa Melayu untuk mendapatkan pekerjaan. Tahapkepekaan terhadap kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan pelajarini amat tinggi.
Soalan seterasnya ialahberkenaan peranan bahasaMelayusebagaibahasa yang menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia, papatranmaklumatnya adalah seperti berikut:
JADUAL 8 BM adalah bahasa yang dapat menyatukan semua kaum
Kaum Tidak setuju Tidak pasti Setuju Jumlah
Cina 31 45 78 154
India 5 15 34 54
Iban 2 8 56 66
Kadazan 3 3 24 30
Apabila para pelajar ditanya pendapat mereka mengenaikepentingan bahasa Melayu untuk menyatupadukan kesemua kaum diMalaysia lebih dari 50%pelajar pelajar dari keempat-empatkaum sedar
239
akan kepentinganya. Ini menunjukkan tahap kesedaran mereka mengenaikepentingan peranan bahasa Melayu untuk menyatupadukan pelbagaikaum di negara ini amat tinggi.
Soalan terakhir berkaitan persepsi pelajar terhadap bahasaMelayu ialah soalan yang berkaitan jati diri bangsa Malaysia, paparanmaklumatnya adalah seperti berikut:
JADUAL 9 BM mesti menjadi bahasa jati diri bangsa Malaysia
Kaum Tidak setuju Tidak pasti Setuju Jumlah
Cina 19 51
India 8 8
Iban 2 8
Kadazan 0 3
84 154
38 54
56 66
27 30
Di peringkat yang lebih kompleks dan umum pula iaitu mengenaiperanan bahasa Melayu dalam menentukan jati diri bangsa Malaysia, parapelajar ini (yang juga para remaja) sedar akan keperluan bahasa Melayuuntuk menentukan jati diri bangsa Malaysia. Oleh itu, kepentinganbahasa Melayu itu tidak dinafikan. Jelas sekali di sini bahawa persepsipara pelajar terhadap bahasa Melayu amat positif dan boleh diandaikanmenyokong cogan kata "bahasajiwa bangsa". Namun begitu pencapaianmereka yang sederhana dalam penguasaan bahasa Melayu (penulisan)tidak selari dengan persepsi yang tinggi terhadap bahasa Melayu.
Rumusan
Kertas kerja ini telah membentangkan dapatan kajian mengenaikeupayaan para pelajar bukan Melayu, khususnya keupayaan para pelajarCina, India, Iban dan Kadazan dalam menguasai bahasa Melayu denganmemfokus pada kemahiran menulis. Secara umumnya keupayaan parapelajar ini adalah di tahap sederhana. Walaupun pesepsi para pelajar initerhadap kepentingan dan keupayaan bahasa Melayu adalah amat positiftetapi ianya tidak selari dengan realiti iaitu pencapaian atau kemahiranmereka dalam bahasa Melayu. Oleh yang demikian, usaha perludipertingkatkan untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayumereka untuk mencapai kesejahteraan masyarakat kerana bahasa adalahsalah satujambatan untuk mengikat hubungan yang baik antara pelbagaikaum di Malaysia. Ini kerana apabila kemahiran bahasa Melayu mereka
240
meningkat iaakan meluaskan penggunaannya diantara kaum dandenganini akan mengikat hubungan yang baik antara kaum.
Rujukan
Abdul Aziz Abdul Talib. 1991. Kemahiran Bercakap danKemahiran Menulis.Pelita Bahasa Mei (5), him: 12-13. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Awang Sariyan. 2004. Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar danPendidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizul Rahman & Mohamad Saleeh. 2009. Bunga-bunga Bahasa untukPenulisan. Johor
Connor, U. 1996. Contrastive Rhetoric: Cross-cultural Aspects of Second-languageWriring. Cambridge: Cambridge UniversityPress.
Kem, R. 2000. Literacy and Language Teaching. Oxford: Oxford UniversityPress.
Krashen, S. 1986. Second LanguageAqusition andSecond Language Learning.Oxford: Pergamon Press.
MohammedAzlanMis. 2010. Lingua Francadi Sarawak: Aplikasi Teori PilihanBahasa. GEMA Online™ Journal of language Studies Vol. 10(2) 2010.Him: 97-116.
Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Mustaffa Omar. 2009. BahasaMelayu dan Remaja Malaysia: analisis Sosiokognitif. Dim. PresidingSeminar Kebangsaan Linguistik '09 (SKALi09).
Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar & Nor Hashimah Jalaluddin. 2009.Penggunaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan Pelajar-pelajarLuar BandardanBandardi Serawak: SatuPerbandingan. Dim. PresidingSeminar Kebangsaan Linguistik '09 (SKALi09).
Rivers W.M. 1964. The psychologist andtheforeign-language teacher. Chicago:University of Chicago Press.
Suhana Md. Yusop. 2010. Pelajar Malaysia kurang membaca buku. Kosmo, 5Jun 2010.
Zamri Mahamod. 2007. Psikolinguistik dalam Pengajaran dan PemerolehanBahasa Pertama dan Kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Zulkifly Hamid. 2006. Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran danPembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing SdnBhd.
Recommended