View
19.729
Download
22
Category
Preview:
DESCRIPTION
MAKLUMAT MENGENAI PENGURUSAN PROJEK OLEH SEBUAH SYARIKAT KONTERAKTOR UNTUK SATU PROJEK PEMBINAAN.
Citation preview
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDINKM.8 JALAN PAKA23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMANTEL: 09-8400800
http://www.psmza.edu.my
-CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT-
CONSTRUCTION MANAGEMENT
TUGASAN TIGA
TAJUK:
PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN
Disediakan Oleh:
MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB13PKA08F2047SULIA BINTI ABDULLAH13PKA08F2035SUMARNI BINTI SHA’ARI13PKA08F2057
Disemak Oleh:ENCIK MOHD RUZI BIN HAMZAH
Lecturer Of Civil Engineering Department
Tarikh Hantar: 08 Oktober2009
TUGASAN INI TELAH DIJALANKAN OLEH
MOHD ABDUL WAFI ADHA BIN ABD WAHAB13PKA08F2047870804115727DKA6-S1DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
SULIA BINTI ABDULLAH13PKA08F2035871113115466DKA6-S1DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
SUMARNI BINTI SHA’ARI13PKA08F2057870405115252DKA6-S1DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
PENGHARGAAN
Assalamualaikum...Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu En. Mohd Ruzi Bin
Hamzah kerana memberi peluang kepada kami untuk menjalani tugasan luar bagi
subjek pengurusan pembinaan.
Terima kasih juga kami tujukan kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun
atas kerjasama yang diberikan semasa kami membuat lawatan ke Pejabat Daerah
Jabatan Kerja Raya.
Terima kasih ini juga kami kami sematkan buat Sheikh Mohd Indera Shahri
Bin Alias iaitu Pengurus Projek bagi Projek Membina Dan Menyiapkan Sebuah
Masjid Sungai Udang, Dungun Terengganu yang banyak memberi maklumat dan
tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini.
Buat rakan-rakan yang banyak membantu saya ucapkan terima kasih. Terima
kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk
menyiapkan Tugasan Ketiga Bagi Subjek C 5011 Pengurusan Pembinaan
Sekian, Terima Kasih
ISI KANDUNGAN
TAJUK M/SURAT
i. Ahli Kumpulan
ii. Penghargaan
iii. Pengenalan
iv. Maklumat Tentang Projek Pilihan
v. Lampiran Gambar (Bukti)
vi. Pihak Yang Terlibat
vii. Carta Organisasi Tapak Bina
viii. Lampiran Profil Syarikat
ix. Masalah Teknikal Utama
x. Teknik Penyelesaian
xi. Teknik Perancangan Yang Digunakan
xii. Lampiran Contoh CPM
xiii. Faktor Utama Dalam Perancangan Projek
xiv. Perlaksanaan Kontraktor Mengelakkan Projek Lambat
xv. Langkah Utama Apabila Memasuki Tapak Bina
xvi. Lampiran Kerja Utama Di Tapak Bina
xvii. Agenda Utama Dalam Mesyuarat Tapat
xviii. Lampiran Contoh Minit Mesyuarat
xix. Lampiran Contoh Diari Tapak
xx. Lampiran Contoh Surat Amaran
xxi. Lampiran contoh pelan
xxii. Lampiran Tambahan Daripada JKR
Pengenalan
Apabila seseorang kontraktor ditawarkan sesebuah projek, beliau akan
berusaha untuk melaksanakan projek tersebut dengan cara yang paling ekonomi
dan disiapkan dalam masa yang paling singkat.
Oleh yang demikian perancangan kerja dan kawalan adalah sangat penting
untuk memastikan pengurusan projek berjalan dengan sempurna.
Bagi memastikan setiap yang dirancangkan akan dilaksanakan, sesuatu
bentuk kawalan perlu diadakan bagi mengawasi setiap peringkat projek. Oleh itu
setiap kontraktor yang mendapat kerja disyaratkan untuk menyediakan satu jadual
perancangan kerja kepada pihak JKR untuk diluluskan.
Dalam tugasan kali ini, kami telah menjalankan satu lawatan tapak bagi
mengumpul segala maklumat berkaitan pengurusan projek pembinaan. Tugasan
yang di pertanggunjawabkan adalah menyatakan masalah yang dihadapi, teknik
perancangan yanh digunakan sertas addenda mesyuarat tapak yang dikendalikan.
Segala maklumat yang diperolehi dicatat dan di kongsi dalam laporan ini.
Laporan ini juga telah diterbitkan secara online menerusi laman sengsawang
kumpulan kami iaitu http://wafieadha.blogspot.com
Projek PilihanMembina Dan Menyiapkan Masjid
Sungai Udang, (1500 Jemaah), Dungun, Terengganu
No Kontrak
JKRNT(T) 6/2008
Nilai Kontrak
RM 3,960,550.00
Tarikh Mula
17 Mac 2008
Tarikh Siap
11 September 2009-10-05
Projek PilihanMembina Dan Menyiapkan Masjid
Sungai Udang, (1500 Jemaah), Dungun, Terengganu
No Kontrak
JKRNT(T) 6/2008
Nilai Kontrak
RM 3,960,550.00
Tarikh Mula
17 Mac 2008
Tarikh Siap
11 September 2009-10-05
Pihak Yang Terlibat Bagi
Membina Dan Menyiapkan Masjid Sungai Udang, Dungun
Pemilik
Majlis Agama Islam Dungun
Pegawai Penguasa
Jabatan Kerja Raya Malaysia
Pemborong Utama (Main Contractor)
Hajdin Bina Sdn Bhd
Sub-kontraktor
Busu Bin Ibrahim
CONTOH LAPORAN RINGKAS KONTRAK KERJA
TARIKH LAPORAN : 12 MAC 2008
1. MAKLUMAT ASAS
No. Kontrak : JKRNT (T) 6/2008
Tajuk : Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masji Sungai Udang (1500 Jemaah) Dungun Terengganu
2. MAKLUMAT PENGAWASAN
Pejabat Penyelia : JKR Dungun
Kementerian Pelanggan : Kementerian Pelajaran Malaysia
Pejabat Penyelaras : Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu
Kaedah Pengawasan : Jabatan
3. MAKLUMAT KONTRAKTOR UTAMA / NSC
Kontraktor : HAJDIN BINA SDN BHD
Alamat : 129, Kampung Tok Jiring, Jalan Kelantan, 2/060 Kuala Terengganu, Terengganu
No Pendaftaran PKK : 1104A990305
Kelas : “C”
Taraf : Bumiputera
Kontraktor NSC : -
4. MAKLUMAT KEWANGAN
Anggaran Tahunan Semasa : -
Bayaran Wang Pendahuluan : -
Perbelanjaan Hingga Kini :-
Kos Kontrak Asal : RM 3,960,550.00
Kos Kontrak Semasa : RM 3,960,550.00
5. MAKLUMAT KERJA
Tarikh Milik Tapak : 17 MAC 2008
Tarikh Siap Asal : 11 OKTOBER 2009
Tarikh Siap Semasa : -
Peratus Pencapaian : -
LAMPIRAN:
PROFIL SYARIKAT
KONTRAKTOR
MASALAH TEKNIKAL UTAMA YANG BERLAKU DI SEPANJANG TEMPOH PEMBINAAN
Masalah utama yang dihadapi oleh syarikat kontraktor ini sepanjang tempoh
pembinaan adalah;
Kelewatan Dorm – Bedasarkan Kehendak Pemilik
Kenaikan Harga Barang
Kelewatan Pembayaran Pihak Atasan
Kelewatan Dorm
Dari perbincangan yang dijalankan bersama pihak kontraktor, penerangan
yang diberikan membawa maksud pihak pemilik berhak untuk menukar atau
mengubah sebarang perincinan daripada pelan. Contoh kubah masjid boleh di tukar
mengikut kepuasan pemilik. Kos ini tersedia dan ditanggung sepenuhnya oleh harga
kontrak.
Ini menyebabkan kelewatan yang berlaku dan terpaksa di tanggung oleh
pihak kontraktor apabila pihak pemilik lewat memberi kata putus untuk perubahan
yang diinginkan
Kenaikan Harga Barang
Pada tahun 2008 kenaikan harga barang pembinaan amat tinggi sehingga
70%. Ini menyebabkan pihak kontraktor terpaksa menunggu keadaan harga stabil.
Dan terpaksa mencari pembekal utama yang mampu member kerjasama dengan
pihak kontraktor.
Walaubagaimanapun, pihak pegawai penguasa telah member tempoh
lanjutan selama 3 bulan disebabkan oleh kenaikan harga barang. Ini memberi
peluang kepada kontraktor untuk mencari pembekal bahan pembinnan.
Kelewatan Pembayaran Pihak Penguasa
Pihak kontraktor yang tidak menerima bayaran akan mengalami masalah
untuk menjalankan kerja pembinaan. Ini menyebabkan keleawatan yang berlaku
dalam kerja pembinaan. Kontraktor tidak dapat membayar segala peruntukan
bulanan untuk meneruskan kerja pembinaan.
KAEDAH MENGATASI MASALAH TEKNIKAL UTAMA
Kaedah yang digunakan oleh syarikat kontraktor ini bagi mengatasi masalah utama
adalah:
Menggunakan Modal Sendiri
Menggandakan Kerja Pembinaan
Menggunakan Modal Sendiri.
Pihak kontraktor ini terpaksa menggunakan modal sendiri bagi meneruskan
kerja pembinaan. Agar tidak mencapai kelewatan kerja yang terlalu lama. Segala
peruntukan iniakan ditanggung oleh pihak kontraktor. Dan pusingan bayaran akan
dilakukan jika bayaran dari pihak penguasa dirterima.
Menggandakan Aktiviti Pembinaan
Menurut pengurus projek, kerja pembinaan akan digandakan agar sentiasa
mengikut jadual kerja. Ini membantu pihak kontraktor menjalankan kerja dengan
sempurna. Segala bayaran upah akan mengikut jumlah jam bekerja. Ini amat
membantu untuk mempercepatkan kerja pembinaan dijalankan.
KAEDAH TEKNIK PERANCANGAN YANG DI GUNAKAN DALAM PROJEK
PEMBINAAN
Syarikat ini telah menggunakan teknik CPM iaitu Critical Pass Method
CPM amat mudah di fahami dan amat sistematik bagi kerja pembinaan ini.
Pihak kontraktor ini akan sentiasa memantau segala kerja pembinaan yang
dijalankan mengikut jadual cpm ini.
Ia memudahkan tugas pengurus projek untuk mengawal perlaksanaan kerja,
sama ada kerja-kerja yang dijalankan adalah lambat atau cepat sebagaimana yang
dirancangkan
CPM ini dapat member maklumat seperti apakah kerja-kerja yang dijalankan
pada bila-bilka masa dan tindakan yang boleh di ambil bagi melicinkan kerja
pembinaan.
CPM juga dapat member maklumat mengenai kedudukan keperluan tenaga
buruh, loji dan peralatan serta bahan-bahan yang diperlukan di tapak bina.
CPM dapat memberi garis panduan dalam mengawasi dan menyelia kerja
dan menentukan sama ada kemajuan kerja adalah sebagaimana yang telah
dirancangkan oleh pihak kontraktor. Ia juga dapat dijadikan asas untuk member
nasihat dan amaran awal kepada kontraktor untuk melicinkan perlaksanaan kerja
LAMPIRAN:
CONTOH C.P.M
FAKTOR UTAMA YANG PERLU DI BERI PERHATIAN DAN DI PERTIMBANGKAN DALAM MEMBUAT PERANCANGAN PROJEK YANG
BERKESAN
Factor utama yang perlu diberi perhatian dan dipertimbangan dalam membuat
perancangan projek yang berkesan adalah:
Factor Kewangan
Memberi Perhatian Garisan Merah (Dalam CPM)
Factor Kewangan
Menurut pengurus projek, kewangan merupakan salah satu aspek penting
dalam menjalankan kerja pembinaan. Pada masa kini, segala perkara yang ingin
dijalankan memerlukan system kewangan yang teratur. Ini disebabkan oleh
kegawatan ekonomi yang berlaku.
Pihak pembekal utama (supplier) ingin bayaran tunai jika berurusan dengan
mana-mana kontraktor. Ini mentebabkan kewangan yang mencukupi pasti mampu
melicinkan perjalanan projek.
Member Perhatian Pada Garisan Merah Dalam Cpm
Menurut pengurus projek, garisan merah di dalam cpm adalah membawa
naksud kerja yang tidak mempunyai masa apungan. Ia terpaksa diberi perhatian
yang serius semasa manjalankan lkerja pembinaan.
Ia harus di beri perhatian dan pertimbangan dalam membuat perangcangan
projek. Ia mampu member hasil yang lebih baik untuk kerja pembinaan.
LANGKAH YANG DI LAKSANAKAN OLEH KONTRAKTOR UTAMA BAGI MENGELAKKAN PROJEK LAMBAT SIAP ATAU TERTANGGUH
Langkah yang di laksanakan oleh kontraktor utama bagi mengelakkan projek lambat
siap atau tertangguh adalah
Mempercepatkan Projek Super Struktur
Menjalankan Kerja Pembinaan Mengikut Jadual CPM
Mempercepatkan Projek Super Struktur
Menurut pendapat pengurus projek, kerja super struktur perlu di beri
perhatian awal, kerana ia merupakan struktur utama dan mengambil masa yang
lama untuk disiapkan. Jika kerja pembinaan super struktur dapat disingkatkan atau
dipendekkan. Ia mampu menjimatkan masa untuk kerja-kerja yang lain.
Struktur yang besar mempunyi kerja yang amat banyak. Ia mengambil masa
yang agak lama untuk si bina. Penumpuan khusus perlu diberikan agar mampu
menjimatkan masa pembinaan struktur-struktur lain.
Menjalankan Kerja Pembinaan Mengikut Jadual CPM
Kerja pembinaan yang dijalankan perlu mengikut jadual CPM. Ia memastikan
kerja pembinaan tidak lewat. Jika pihak kontraktor mampu membina projek mengikut
jadual perancangan kerja. Ia memberi ketepatan masa yang terdapat di dalam
kontrak.
LANGKAH UTAMA YANG DI LAKSANAKAN OLEH KONTRAKTOR UTAMA APABILA MEMASUKI TAPAK BINA
Langkah utama yang di laksanakan oleh kontraktor utama apabila memasuki tapak
bina adalah:
Kerja Ukur
Setelah pihak kontraktor menerima tapak bina. Kerja ukur perlu dijalankan untuk
memastikan tapak pembinaan asal. Agar tidak melebihi kawasan lain.
Memasang Pagar Penghadang
Untuk memastikan kawasan pembinaan adalah kawasan larangan, maka kerja
pembinaan pagar penghadang perlu di lakukan segera agar menjaga keselamatan
orang awam.
Kedudukan Pejabat Tapak
Kontraktor akan menyediakan satu pejabat tapak bagi menguruskan sdegala hal
berkaitan pembinaan.
Ruang Untuk Sub-Kontraktor
Memberi ruang kepada sub-kontraktor untuk menjalankan urusan kerja pembinaan.
Antara kerja utama lain yang perlu dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah:
i. Membina Lokasi Sesalur Bekalan Perkhidmatan Tapak Bina
ii. Membina Jalan Masuk
iii. Membina Stor Barang Pembinaan
iv. Tempat Letak Loji
v. Pembersihan Tapak
vi. Tetapan Kiblat
AGENDA UTAMA YANG KEBIASAANNYA DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT TAPAK
Agenda utama yang kebiasaannya dibincangkan dalam mesyuarat tapak adalah:
Masalah Yang Berlaku
Kewangan
Cara Penyelesaian
Masalah Yang Berlaku
Semasa mesyuarat tapak dijalankan, isu masalah pembinaan adalah perkara utama
yabg akan dib angkitkan oleh pihak kontraktor. Ini membolehkan masalah ini di
kongsi bersama oleh pihak penguasa dan pihak kontraktor..ia mampu member
banyak peluang kepada pihak kontraktor untuk menyatakan masalah yang dihadapi.
Kewangan
Isu kewangan, merupakan salah satu agenda utama yang diperdebatkan dalam
mesyuarat tapak. Pihak penguasa mampu mendengar masalah kewangan yang
dihadapi oleh pihak kontraktor.
Cara Penyelesaian
Dengan mesyuarat tapak. Cara penyelesaian dapat di cari dan dikongsi. Ini memberi
peluang kepada semua pihak mengetahui segala kelemahan yang berlaku dalam
kerja pembinaan tersebut.
LAMPIRAN:CONTOH MINIT
MESYUARAT TAPAK
Kesimpulan
Dari segi pentadbiran di tapak bina adalah perlu untuk mendapatkan
kakitangan yang mahir dan berpengalaman dalam membuat kerja-kerja pembinaan,
kerja-kerja yang di sub-kontrak dan pembelian barang-barang binaan. Pengawasan
yang rapi adalahj diperlukan ke ayas kerja-kerja untuk mendapatkan hasil kerja yang
memuaska. Adalah perlu supaya kakitangan diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang
sesuai agar dapat nenjadikan mereka kakitangan yang dedikasi. Pemerhatian yang
teliti juga diperlukan untuk mengelakan kejadian-kejadian tidak ikhlas daripada
dilakukan.
Adalah lebih baik kontraktor itu sendiri melibatkan secara aktif dalam
menguruskan tapak binaannya supaya semua kerja pembinaan berjalan mengikut
peraturan dan jadual. Oleh itu, kontarktor mestilah faham dan mahir semua
peraturan kontrak, pengurusan, dan kerja-kerja pembinaan. Pengurusan di tapak
binamerupakan satu aspek yang sangat luas dan banyak perkara yang baru
dibincang, diperhati dan dikaji.
Masalah kewangan atau tidak cukup modal merupakan masalah yang sering
disuarakan oleh kontraktor. Dari segi kewangan, kawalan yang rapi sentiasa
diperlukan dari segi perbelanjaan. Kerana itu satu system kawalan kewangan dan
perbelanjaan hendakl;ah diadakan. Disamping itu, usaha-usaha hendaklah sentiasa
dibuat untuk menentukan supaya pembayaran-pembayaran oleh empunya projek
dapat diterima mengikut jadual.
Keperluan pentadbiran projek sangatlah mustahak untuk membolehkan kerja-
kerja di buat mengikut jadual. Selain daripada itu, kontraktor mestilah dapat
merancang dan mengawal kewangan, bahan dan tenaga pekerja.
Kesimpulan bedasarkan laporan atau kajian ini adalah semua kerja
pembinaan memerlukan system pengurusan yang sistematik agar kerja pembinaan
dapat dijalankan secara baik dan sempurna. Oleh itu, pihak kontraktor mestilah
memahami konsep pengurusan yang baik. Kontraktor harus menjalankan kerja
mengikut jadual yang diberikan agar selaras dengan kontrak yang ditanda tangani
semasa mendapat tawaran tender pembinaan.
LAMPIRAN:CONTOH KERJA UTAMA
DI TAPAK BINA
LAMPIRAN:
CONTOH DIARI TAPAK
LAMPIRAN:
CONTOH SURAT AMARAN
LAMPIRAN:
CONTOH SENARAI PELAN
UTAMA
Recommended