View
204
Download
9
Category
Preview:
DESCRIPTION
perbandingan ini dibuat berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, Tatabahsa Asas dan Nahu Melayu Mutakhir
Citation preview
BML 3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Perbandingan Kata Adverba antara
Tatabahasa Dewan, Tatabahasa Asas dengan
Nahu Melayu Mutakhir
MOHAMMAD AZUL FAHAMI BIN SAPI (D201410) ISMP SEJ
FATIMAH AZRA BINTI CHE KAMARUZAMAN (D20141067688) ISMP SEJ
SUHAINA BINTI YUSOF (D20141067687) ISMP SEJ
KUMPULAN H
SEM 1, SESI 2015/2016
PENSYARAH
DR. ZURAINI BINTI RAMLI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
PENDAHULUAN
Tajuk yang dipilih bagi tugasan berkumpulan ialah Perbandingan Kata Adverba antara buku Tatabahasa
Dewan, Tatabahasa Asas dengan buku Nahu Melayu Mutakhir. Buku Tatabahasa Dewan mula
diterbitkan pada tahun 1986. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pula diterbitkan pada 1993 dan
sejak itu buku ini dicetak ulang sebanyak sepuluh kali, yang terakhir ialah cetakan kesebelas pada tahun
2006 manakala buku yang digunakan ini adalah buku Tatabahasa Dewan yang diterbitkan pada tahun
2009 dalam Edisi Ketiga oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Buku ini merupakan tulisan
atau kajian bersama oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid
Mahmood. Rujukan kedua pula ialah buku Tatabahasa Asas yang ditulis oleh Ahmad Khair Mohd Nor,
Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim. Buku ini diterbitkan pada
tahun 2012 di Kuala Lumpur oleh Penerbitan Salam Sendirian Berhad dan Persatuan Pendidikan Bahasa
Melayu Malaysia. Sementara itu, buku rujukan ketiga yang digunakan untuk dibuat perbandingan iaitu
buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima pula ditulis oleh Asmah Hj. Omar. Buku ini diterbitkan pada
tahun 2009 di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketiga-tiga buku ini digunakan untuk
membuat perbandingan dan perbezaan tentang kata adverba.
KONSEP / DEFINISI
Kata adverba merupakan salah satu kata yang tergolong dalam jenis kata tugas. Menurut buku
Tatabahasa Dewan, kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama,
dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba juga tidak dianggap sebagai
golongan kata utama bahkan kata tugas kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa
predikat. Sementara itu, buku Tatabahasa Asas pula menerangkan bahawa kata adverba juga dikenali
sebagai kata keterangan iaitu kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama.
Kata adverba tidak tergolong dalam golongan kata utama kerana kata ini tidak boleh menjadi unsur inti
dalam binaan frasa. Oleh sebab itu, kata adverba tergolong sebagai kata tugas. buku Nahu Melayu
Mutakhir pula menjelaskan bahawa kata adverba merupakan kata yang berfungsi pada hujung ayat
dalam struktur Subjek-Predikat-Objek-Ajung.
1
JENIS / BENTUK / GOLONGAN KATA ADVERBA
A) TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan yang dikarang oleh Nik Safiah Karim et. al., kata adverba dapat
digolongkan kepada empat bentuk atau jenis iaitu :
a) Kata adverba jati
b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif
c) Kata adverba yang asalnya kata kerja
d) Kata adverba bentuk gandaan
i. Kata adverba jati
Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada
golongan kata yang tediri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau
frasa sendi nama yang tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata lain.
Sebagai contoh :
1. Semalam 4. Saling 7. begini
2. Kelmarin 5. Sekali gus 8. begitu
3. Esok 6. Serentak 9. Pertama kali
Contoh ayat :
Pelancong itu akan tiba esok dari New Zealand
Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu
Pegawai itu sentiasa di sini.
ii. Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada
kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di
bawah :
1. Berjalan laju 3. Bertiup kencang
2. Ketawa besar 4. besar panjang
2
Contoh dalam ayat :
Penulis itu membayangkan air sungai itu mengalir lesu
Diana hampir terjatuh ketika meyidai kain basuhannya.
Anak bongsu Pak Hassan sudah besar panjang.
iii. Kata adverba yang asalnya kata kerja
Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata
kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya :
1. Berjalan mengiring 4. Tenang membiru
2. terbang meninggi 5. putih berseri
3. hitam berkilat 6. Tinggi mengawan
Contoh ayat yang menunjukkan kata adverba yang asalnya kata kerja :
ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring
kulit tuan puteri itu putih berseri
pemuda itu suka berenang menelentang.
iv. Kata adverba bentuk gandaan
Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang
berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata
adverba berganda seperti yang berikut :
a) Kata adverba penggandaan penuh
3
Kata Adverba Bentuk Gandaan
Kata adverba penggandaan penuh
Kata adverba penggandaan separa
Kata adverba penggandaan berentak
Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan
seluruh kata dasarnya. Sebagai contoh :
1. Betul-betul 4. Pura-pura
2. Sedikit-sedikit 5. Cepat-cepat
3. Jarang-jarang 6. Sama-sama
Contoh ayat :
Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah.
Simpanlah duit sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Kebelakangan ini dia jarang-jarang ke rumah saya.
b) Kata adverba penggandaan separa
Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya yang
mengadungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa
iaitu :
Penggandaan separa berawalan
Penggandaan separa berakhiran
i. Kata adverba penggandaan separa berawalan
Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada
proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalanya. Contohnya :
1. Berdikit-dikit 4. Terkedek-kedek
2. Bermalam-malam 5. Terkial-kial
3. Bersungguh-sungguh 6. Terburu-buru
Contoh ayat :
Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.
Pelajar itu menelaah bersungguh-sungguh untuk peperiksaannya.
Kakak menangis teresak-esak apabila menerima berita buruk itu.
Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se- boleh
4
juga menerima bentuk –nya. Contohnya:
1. Selama-lamanya 4. Sebodoh-bodohnya
2. Seikhlas-ikhlasnya 5. Setinggi-tingginya
3. Secepat-cepatnya 6. Semahu-mahunya
Contoh ayat :
Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu.
Saya yakin sesungguh-sungguhnya tentang keesaan Tuhan.
Pahlawan yang terkorban itu dikenang selama-lamanya.
ii. Kata adverba penggandaan separa berakhiran
Kata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang terhasil daripada
proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya. Sebagai contoh :
1. Gila-gilaan 3. Kecil-kecilan
2. Habis-habisan 4. Mati-matian
Contoh ayat :
Pasukan bola sepak negara bermain habis-habisan untuk mempertahankan
kejuaraannya.
Dalam bulan Ramadhan, ramai yang berniaga kecil-kecilan.
Para perajurit berjuang mati-matian mempertahankan tanah air.
c) Kata adverba penggandaan berentak
Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses
menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Contohnya :
1. Menangis teresak-esak 4. Lari lintang-pukang
2. Berbunyi hingar-bingar 5. Berjalan huyung-hayang
3. Berjalan mundar-mandir 6. Datang serta-merta
Contoh ayat :
5
Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari.
Mereka berlari susup-sasap untuk menyembunyikan diri.
Pemuda yang cedera itu berjalan huyung-hayang di kaki lima.
B) TATABAHASA ASAS
Buku Tatabahasa Asas dikarang oleh Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd
Zaini Othman dan Ton Ibrahim merupakan edisi yang pertama dan telah diterbitkan pada tahun 2012. Di
dalam buku ini terkandung beberapa isi yang penting misalnya penggolongan kata adverba, makna kata
adverba yang lain, kata pascakata, kata pembenda dan kata penekan.
1. Penggolongan kata adverba
Kata adverba terdiri daripada empat bentuk, iaitu:
i. Kata adverba jati
ii. Kata adverba yang asalnya kata adjektif
iii. Kata adverba yang asalnya kata kerja
iv. Kata adverba bentuk gandaan
(i) Kata adverba jati
Kata adverba jati merupakan sekumpulan kata yang berfungsi untuk menerangkan kata kerja atau frasa
kerja, kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata adverba jati tidak termasuk ke dalam
mana-mana golongan kata. Contoh kata adverba jati:
tadi, kelak, dahulu, nanti, tulat, esok, saling, langsung, begitu, semalam, serentak, sempat,
nyaris, begini, barangkali, kadangkala, kadang-kadang, acap kali, sekali gus
Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Dia kadang-kadang ke kedai itu.
2. Anis dahulu cantik.
3. Saya telah menziarahi Jamal semalam.
(ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif
6
Kata yang menerangkan kata kerja atau frasa kerja, kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Contohnya: bergerak perlahan, berjalan lancar, hampir roboh, tegak berdiri, berpura-pura tenang,
sakit tenat, mengalir deras, segera ke sana.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Program kami berjalan lancar.
2. Air sungai itu mengalir deras.
3. Maniam kerap ke pejabat pada hari Sabtu.
(iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja
Kata adverba jenis ini terdiri daripada kata kerja yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa
sendi nama. Contohnya: tidur bersandar, makan bersila, baring mengiring, bergerak berkumpulan,
tinggal bersama-sama, duduk berseorangan.
Contoh penggunaannya dalam ayat:
1. Mereka itu duduk bersila.
2. Pelajar sekolah itu datang berkumpulan.
3. Adik berjalan berjingkit
(iv) Kata adverba bentuk gandaan
Kata adverba boleh berbentuk gandaan. Kata adverba bentuk gandaan terdiri daripada:
a) penggandaan penuh
b) penggandaaan separa
c) penggandaan berentak
a ) Kata adverba penggandaan penuh
Contohnya: jarang.jarang, besar-besar, sama-sama, diam-diam, senyap-senyap, pura-pura, lambat-
lambat. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Kami bertindak senyap-senyap.
2. Pasangan pengantin itu sama-sama cantik.
(b) Kata adverba penggandaan separa
7
Contohnya: tersekat-sekat, terburu-buru, berhari-hari, teresak- esak, bergungguh-sungguh, sekali-kali.
Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Adik menangis teresak-esak.
2. Dia menghabiskan kerja itu berhari,-hari.
3. Dia menyiapkan tugasan itu berbulan-bulan.
Contoh kata adverba berbentuk gandaan separa dengan akhiran ‘-an’: habis-habisan, terang-terangan,
kecil-kecilan, ikut-ikutan. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Mereka mengadakan kenduri besar-besaran.
2. Ibu berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan.
3. Mereka melaksanakan projek itu sungguh-sungguhan.
Contoh kata adverba berbentuk gandaan separa dengan imbuhan "se-" dan pascakata "-nya': sebaik-
baiknya, selengkap-lengkapnya, semahu-mahunya, sebenar-benarnya, seboleh-bolehnya, setulus-
tulusnya, seindah-indahnya. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Saya akan bekerja sebaik-baiknya.
2. Adik menangis semahu-mahunya.
3. Mereka berlari selaju-lajunya.
(c) Kata adverba penggandaan berentak
Contohnya: lintang-pukang, kelam-kabut, ulang-alik, gundah- gulana, puntang-panting, riuh rendah,
bolak-balik, simpang-siur, selang-seli. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Mereka lari lintang-pukang.
2. Dia bercakap bolak-balik.
3. Jalan di situ simpang-siur.
2. Makna Kata Adverba
8
adverba waktu adverba jarak
adverba cara adverba keadaan
adverba ragam adverba perasaan
Kata adverba mempunyai makna yang banyak. Antara makna kata adverba ialah:
a) adverba waktu
Perkataan yang menerangkan masa berlakunya sesuatu perbuatan atau peristiwa dan keadaan.
Contohnya:
1. Amir hendak pulang sekarang.
2. Bas ekspres itu tiba lewat.
3. Abang baru pulang dari pejabat.
b) adverba cara
Perkataan yang menerangkan cara sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contohnya:
1. Hamid duduk menyendiri.
2. Kamu perlu berbuat begini.
3. Buruh itu berkerja bermati-matian.
c) adverba ragam
Perkataan yang menerangkan ragam atau keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan. Contohnya:
1. Saya tentu sampai di sana petang ini.
2. Pelajar itu betul-betul gembira dengan keputusan SPMnya.
3. Mohd Nor benar-benar baik.
d) adverba jarak
Perkataan yang menerangkan jarak yang berkaitan dengan kata kerja yang diterangkannya. Contohnya:
1. Zaini tinggal dekat dengan rumah saya.
2. Burung gagak itu terbang tinggi,
3. Datuk pergi jauh meninggalkan kita.
9
e) adverba keadaan
Perkataan yang menerangkan keadaan yang berlaku pada kata kerja, kata adjektif dan kata adverba.
Contohnya:
1. Askar itu berambut pendek.
2. itu disusun rapi.
3. Cili itu dipotong nipis.
f) adverba sifat perasaan
Perkataan yang menerangkan sifat perasaan bagi kata kerja. Contohnya:
1. Ibu berasa rindu sejak achik ke universiti.
2. Dia bercakap benar setia kali berbicara.
3. Anis ketawa riang menonton persembahan itu.
C) NAHU MELAYU MUTAKHIR EDISI KELIMA
Definisi :
Kata adverba ialah kata yang berfungsi pada ajung ayat dalam struktur Subjek-Predikat-Objek-Ajung.
Ayat :
Subjek Predikat Objek Ajung
Pewujudan Kata Adverba
Kata adverba boleh diwujudkan oleh kata selapis atau kata berlapis. Adverba yang diwujudkan oleh kata
selapis adalah seperti sana, situ, sini, tadi, sekarang dan sebagainya. Dalam bentuk berlapisnya kata
adverba ditandai oleh awalan se- dan akhiran –an.
I. Se-
10
Digunakan sebagai awalan adverba, se- mempunyai fungsi sebagai pengubah golongan. Dengan
itu, se- boleh diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja utama, kata kerja bantu dan kata sifat.
a) Se- + Kata Nama
Kata kerja yang menjadi dasar bagi pengimbuhan se- ialah kata nama waktu ,khususnya kata
masa dan waktu. Hasil dari pengimbuhan ini ialah semasa dan sewaktu, yang berfungsi sebagai
adverba waktu dengan makna “pada masa” dan ‘’ pada waktu.
b) Se- + Kata Kerja Utama
Kata kerja utama yang membolehkan mengambil awalan se- ialah kata kerja perbuatan gerak ,
yakni tiba, pergi, kembali, pulang dan sampai. Hasil dari pengimbuhan ini ialah kata-kata setiba,
sepergi, sekembali, sepulang dan sesampai. Se- dalam contoh-contoh ini mendukung makna
‘’waktu’’ dan oleh
(i) setiba(nya) = pada waktu (dia) tiba
(ii) sepergi(nya) = pada waktu (dia) pergi
(iii) sekembali(nya) = pada waktu (dia) kembali
Sesungguhnya datang adalah perbuatan gerak , penggunaan bahasa sekarang I ni belum
memperlihatkan adanya bentuk seperti *sedatang. kata perbuatan gerak yang sudah mendapat
awalan lain tidak boleh mengambil awalan se- ini. Dari itu tidak ada perkataan seperti
*sebaring(nya) dan sebagainya.
Demikian juga, kata perbuatan bukan gerak tidak boleh sama sekali diberi awalan se-. Oleh itu
tidak ada perkataan-perkataan seperti *setidur(nya), *sebaring(nya) dan sebagainya.
c) Se-+ Kata Kerja Bantu
Kata kerja bantu modalitas yang boleh mengambil awalan se- ialah mesti, boleh, dan dapat.
Hasil dari syarat. Dalam penggunaannya , perkataan-perkataan ini diberi penegasan dengan
meletakan nya sesudahnya : semestinya, sebolehnya, sedapatnya.
Untuk memastikan bahawa kata-kata itu adalah adverba syarat, lihatlah ayat-ayat berikut:
(1) (i) Semestinya dia sekarang sudah bekerja.
(ii) Kalau ikut apa yang mesti berlaku , dia sekarang sudah bekerja.
(2) (i) sebolehnya, dia hendak menyelesaikan pekerjaan itu sekarang juga.
(ii) Kalau boleh , dia hendak menyelesaikan pekerjaan itu sekarang juga.
11
Kata seboleh(nya) dan sedapat(nya) boleh digandakan dan hasilnya ialah seboleh-bolehnya dan
sedapat-dapatnya. Dalam bentuk gandaan ini kata-kata yang berkenaan berfungsi sebagai
adverba perhinggaan.
(3) (i) Seboleh-bolehnya dia ingin menyelesaikan pekerjaan itu secepat mungkin.
(ii) Sedapat-dapatnya orang itu berusaha keras menyara hidup anaknya.
Hendaknya diingat bahawa semesti, seboleh, dan sedapat tidak lagi berfungsi sebagai kata bantu,
mesti, boleh dan dapat. Perhatikan perbezaan makna di antara pasangan-pasangan berikut:
(4) (i) Dia semestinya datang.
(ii) Dia mesti datang.
(5) (i) Dia sebolehnya berusaha menyelesaikan pekerjaan itu hari ini.
(ii) Dia boleh menyelesaikan pekerjaan itu.
Kata kerja bantu aspek yang mengambil se- ini ialah belum, telah dan sudah, dan dari
pengimbuhan itu timbullah sebelum , setelah dan sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu
, misalnya:
(6) (i) Dia sudah memberitahu kita sebelum itu.
(ii) Setelah itu , dia pun beredar dari sini.
Kata seakan-akan tidaklah dihasilkan dari pengimbuhan se- kepada bentuk gandaan bagi kata
kerja aspek akan. Dalam hal ini kita katakan bahawa seakan-akan itu memasuki golongan yang
lain dari kata kerja dan dengan itu tidak boleh dihubungkan dengan kata kerja tersebut.
d) Se- + Kata Sifat
Pengimbuhan se- kepada kata sifat adalah produktif dibandingkan dengan pengimbuhan kepada
golongan-golongan lain. Dalam pengimbuhan ini nya diletakkan sesudah kata berlapis yang
berkenaan. Dengan cara yang demikian , wujud senarai adverba syarat seperti sebaiknya,
sepatutnya, seeloknya. Lihat ayat-ayat ini:
(7) (i) sebaiknya, kita tidak menjawab dia.
(ii) Sepatutnya, orang mudalah yang mengunjungi orang tua.
(iii)Seeloknya , kita bersalaman dahulu sebelum menjemput mereka masuk.
Seperti yang ternyata dari contoh-contoh di atas itu, kata sifat yang mengambil se… nya ini
terdiri daripada kata sifat tabii positif. Kata sifat tabii negatif seperti buruk, hodoh dan
sebagainya itu mengambil se … nya jenis ini. Dari itu tidak ada ayat-ayat seperti di bawah ini:
(8) (i) *Seburuknya, mereka mencaci kita.
12
(ii) * Sehodohnya, dia memakai gaun pendek.
Pengimbuhan se- boleh juga dikenakan kepada kata sifat gandaan. Dalam hal ini subgolongan
kata sifat yang boleh menjadi dasar kepada pengimbuhan ialah dari subgolongan tabii(positif dan
negatif), saiz, berat dan kapasiti, misalnya : sebaik-naiknya , seteliti-telitinya, seburuk-buruknya,
sehodoh-hodohnya, sepanjang-panjangnya, sebesar-besarnya, seberat-beratnya, seringan-
ringannya, sepenuh-penuhnya, sekosong-kosongnya.
Kata-kata dia atas itu berfungsi dalam adverba tolak ansur. Lihat contoh-contoh ini:
(9) (i) Sehodoh-hodohnya dia , ada juga manisnya.
(ii) Sepanjang-panjangnya galah itu, belum dapat sampai ke pucuk pokok.
Makna tolak ansur dalam adverba-adverba di atas itu boleh dilihat dengan jelasnya dalam ayat-ayat di
bawah ini.
(10) (i) Walaupun dia betul-betul hodoh, ada juga manisnya.
(ii) Sungguhpun galah itu sangat panjang,(galah itu) belum masih dapat sampai ke pucuk
pokok.
(iii) Walaupun badannya sungguh berat, masih boleh dia menari dengan lemah
gemalainya.
(iv) Meskipun bakul itu sudah cukup penuh,(bakul itu) masih boleh diisi lagi.
II. -an
Sebagai akhiran, adverba –an mendapat sebagai kata dasarnya kata gandaan dan kata
gandaan itu sebahagian besarnya menganggotai golongan karyaan. Hasil pengimbuhan –an
kepada kata gandaan yang seperti ini ialah adverba perhinggaan dan gaya, dan kata harapan.
Kata Dasar Adverba Perhinggaan
mati-mati mati-matian
habis-habis habis-habisan
Adverba Gaya
kecil-kecil kecil-kecilan
besar-besar besar-besaran
hebat-hebat hebat-hebatan
13
terang-terang terang-terangan
Kata harapan
mudah-mudah mudah-mudahan
Di samping itu, -an diimbuhkan juga kepada kata nama waktu yang digandakan, yakni yang
terbatas kepada kata sehari-hari dan semalam-malam. Hasil pengimbuhan kepada kata
sehari-hari an dan semalam-malaman. Boleh juga dikatakan bahawa kata-kata sehari-hari
dan semalam-malam itu sudah pun berfungsi sebagai adverba durasi sebelum diberi akhiran –
an.
PERBANDINGAN / DAPATAN / PERBINCANGAN
Berdasarkan ketiga-tiga buah buku yang dikaji iaitu buku Tatabahasa Dewan, Tatabahasa Asas
dan Nahu Melayu Mutakhir, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara kata adverba.
Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hanya menerangkan
tentang jenis atau bentuk kata adverba sahaja iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata
adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan yang terbahagi kepada
tiga iaitu kata adverba penggandaan penuh, kata adverba penggandaan separa berawalan dan berakhiran
serta kata adverba penggandaan berentak.
Sementara itu, buku Tatabahasa Asas pula menerangkan tentang bentuk kata adverba dan
makna kata adverba. Bentuk kata adverba yang dijelaskan dalam buku ini juga sama seperti buku
Tatabahasa Dewan iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif, kata adverba yang
asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan yang terbahagi kepada tiga iaitu kata adverba
penggandaan penuh, kata adverba penggandaan separa berawalan dan berakhiran serta kata adverba
penggandaan berentak. Dari segi makna kata adverba pula, dapat dibahagikan makna tersebut dalam
beberapa golongan. Antara makna kata adverba ialah kata adverba waktu, kata adverba cara, kata
adverba ragam, kata adverba jarak, kata adverba keadaan dan kata adverba sifat perasaan.
Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima pula menerangkan tentang definisi kata
adverba, pewujudan kata adverba dan subgolongan adverba. Pewujudan kata adverba mengikut buku
Nahu Melayu Mutakhir ini terdiri daripada awalan adverba se- dan akhiran adverba –an. Awalan
adverba se- dapat dibahagikan kepada se- + kata nama, se- + kata kerja utama, se- + kata kerja bantu
dan se- + kata sifat. Kata akhiran adverba –an berbeza dengan awalan adverba se- kerana kata dasarnya
14
terdiri daripada kata ganda dan hasil pengimbuhan kata ini hanya menerangkan tentang adverba
penghinggaan, kata adverba gaya dan kata harapan. Di samping itu, kata akhiran –an juga dapat
diimbuhkan kepada kata nama waktu yang digandakan seperti perkataan sehari-hari menjadi sehari-
harian iaitu berfungsi sebagai adverba durasi. Selain itu, buku ini juga memperihalkan tentang
subgolongan adverba yang terdiri daripada subgolongan waktu, syarat, tolak ansur dan sebagainya.
Jadual di bawah adalah bagi memperlihatkan perbezaan atau perbandingan antara ketiga-tiga buah buku
iaitu buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Tatabahasa Asas dan buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi
Kelima :
Tatabahasa Dewan Edisi
KetigaTatabahasa Asas
Nahu Melayu Mutakhir Edisi
Kelima
1. Definisi kata adverba
2. Bentuk kata adverba
Kata adverba jati
Kata adverba yang
asalnya kata adjektif
Kata adverba yang
asalnya kata kerja
Kata adverba bentuk
gandaan :
i) kata adverba
penggandaan penuh
ii) kata adverba
penggandaan separa
- kata adverba
penggandaan
separa berawalan
- kata adverba
penggandaan
separa
berakhiran
1. Definisi kata adverba
2. Bentuk kata adverba
Kata adverba jati
Kata adverba yang
asalnya kata adjektif
Kata adverba yang
asalnya kata kerja
Kata adverba bentuk
gandaan :
i) kata adverba
penggandaan penuh
ii) kata adverba
penggandaan separa
- kata adverba
penggandaan
separa berawalan
- kata adverba
penggandaan
separa
berakhiran
1. Definisi kata adverba
2. Pewujudan kata adverba
Se-
- Se- + kata nama
- Se- + kata kerja
- Se- + kata kerja
bantu
- Se- + kata sifat
-an
- Kata adverba
perhinggaan
- Kata adverba
gaya
- Kata harapan
Subgolongan
- Waktu
- Syarat
- Tolak ansur
15
iii) kata adverba
penggandaan
berentak
iii) kata adverba
penggandaan
berentak
3. Makna kata adverba
Kata adverba waktu
Kata adverba cara
Kata adverba ragam
Kata adverba jarak
Kata adverba keadaan
Kata adverba sifat
perasaan
KESIMPULAN
Berdasarkan tiga buah buku yang telah digunakan iaitu buku Tatabahasa Asas, Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga dan Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, perbandingan yang dikaji adalah berdasarkan kepada
kata adverba yang terdapat dalam buku ini. Terdapat perbezaan berkenaan kata adverba dalam buku
Tatabahasa Asas, Tatabahasa Dewan dan Nahu Mutakhir Melayu tersebut. Perbandingan yang terdapat
16
dalam ketiga-tiga buah buku ini adalah dari segi golongan kata yang dijelaskan dalam setiap buku yang
digunakan.
Dalam buku pertama iaitu buku Tatabahasa Asas menyatakan bahawa kata adverba ini lebih kepada kata
sifat. Dalam kata sifat ini mengandungi sifat berdasarkan waktu, ragam, jarak, keadaan dan sifat
perasaan manakala buku yang kedua pula iaitu buku Tatabahasa Dewan menyatakan kata adverba ini
mempunyai kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif , kata adverba yang asalnya kata
kerja dan kata adverba bentuk gandaan. Kata adverba bentuk gandaan pula mengandungi ganda penuh,
ganda separa yang mempunyai ganda separa awal dan ganda separa akhir dan ganda berentak.
Dengan adanya kajian sebegini , kekeliruan terhadap kata adverba mampu dikurangkan. Hal ini kerana ,
pendapat terhadap kata adverba ini berlainan dalam setiap buku yang ada. Oleh itu, dengan kajian yang
dilakukan ini, kata adverba mampu dijelaskan dengan terperinci kerana kata adverba mengandungi
golongan kata.
RUJUKAN
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas.
Kuala Lumpur : Penerbitan Salam Sendirian Berhad dan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
Asmah Hj Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
17
Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 2009. Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
18
Recommended