View
8
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERKARA
SEKAPUR SIREHPENGENALAN PERPUSTAKAANUNIT-UNIT DI PERPUSTAKAANKEAHLIAN DAN PENDAFTARANWAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAANKOLEKSI PERPUSTAKAAN PERKHIDMATAN / KELAYAKAN PINJAMANDENDABUKU HILANG PERKHIDMATAN PEMULANGAN BAHANPERKHIDMATAN PEMBAHARUAN TARIKH PINJAMANPERKHIDMATAN TEMPAHAN BUKUPERKHIDMATAN PERINGATAN PEMULANGAN BAHANPERKHIDMATAN PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN ( PAP ) / SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN ( SPP )PERKHIDMATAN ADUAN BUKU/BAHAN TIDAK DAPAT DIKESAN DI RAKPERKHIDMATAN RUJUKAN DAN BIMBINGANPERKHIDMATAN PANGKALAN DATA ATAS TALIANPERKHIDMATAN PERCETAKAN BAHANPERKHIDMATAN PENGIMBASAN (SCANNING)PERKHIDMATAN FOTOKOPIBILIK PERBINCANGANPERKHIDMATAN TAMBAH NILAIPERKHIDMATAN WIRELESSPERATURAN - PERATURAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN UNIT SISTEM DAN TEKNOLOGI MAKLUMATWEB OPAC (ONLINE PUBLIC ACCESS CATALOG)EQUIP (ELECTRONIC QUERY USING INTERNET PROTOCOL)TATATERTIB PERPUSTAKAANDIREKTORI PUSTAKAWANPELAN BANGUNAN
MUKA SURAT
23
4-67-8910
10-1112 1313141414
1515
15-1617181818191919
191920
21-2223-2728-30
ISI KANDUNGAN
1
SEKAPUR SIREH
2
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
Perpustakaan berperanan sebagai pemangkin kepada aktiviti-aktiviti utama dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Selain itu, perpustakaan mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam mewujudkan “budaya ilmu” khususnya menerusi pembacaan dan pengaksesan maklumat. Justeru itu, Perpustakaan Sultan Badlishah sentiasa berusaha menjadi perpustakaan yang dapat memberi dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti.
Selain itu, untuk menjadikan perpustakaan sentiasa relevan dan berdaya saing sebagai sebuah Perpustakaan Akademik yang tersohor dan disegani di rantau ini, maka perpustakaan juga perlu peka dengan keperluan semasa yang kian mendesak dan perlu memenuhi keperluan sumber rujukan untuk program akademik yang baharu dan membangunkan koleksi perpustakaan yang terkini dalam pelbagai bentuk.
Akhir kata, adalah menjadi harapan perpustakaan supaya pengguna dapat memanfaatkan semua kemudahan dan servis yang disediakan dengan sebaik mungkin. Perpustakaan juga akan meneruskan amanah yang diberikan dalam menyediakan sumber rujukan, perkhidmatan dan kemudahan yang sentiasa relevan dan selaras dengan keperluan generasi masa kini.
Sekian. Wassalam.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kebesaran dan rahmatNya saya berpeluang memberikan kata-kata aluan di dalam Buku Panduan Perpustakaan Sultan Badlishah. Dengan sukacitanya saya mengalu-alukan kedatangan semua siswa-siswi. Saya juga turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan anda melanjutkan pengajian di universiti ini.
Puan Azizah Binti KhasimKetua Perpustakaan
Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 yang pada peringkat awalnya terletak di Blok Akademik. Perpustakaan ini berpindah ke bangunan baru (tetap) pada pertengahan bulan Julai 2001 dan pada tahun 2002 perpustakaan telah menggunakan sistem perpustakaan berkomputer, iaitu ILMU (Intergrated Library Management Utilities). Seramai 750 orang pengguna dapat dimuatkan di perpustakaan ini pada satu-satu masa. Pada penghujung tahun 2002 perpustakaan ini telah dinamakan Perpustakaan Sultan Badlishah sempena nama ayahanda Baginda Sultan Kedah.
3
1. Menjadikan Perpustakaan Sultan Badlishah sebagai sebuah pusat maklumat yang cemerlang dari segi aspek kepelbagaian koleksi yang mantap dan terkini bagi menyokong misi, visi dan hala tuju universiti.
2. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pelanggan.3. Menyediakan koleksi perpustakaan yang terkini dan releven bagi menyokong
keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.4. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, cekap, tepat dan mesra kepada
pelanggan dalaman dan luar.5. Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, berkemahiran, beretika tinggi dan proaktif.6. Menyediakan prasarana dan suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti.
Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi tekini bagi menyokong pembelajaran dan penyelidikan dengan penyam-paian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH
MISI
\Menjadikan perpustakaan UiTM bertaraf dunia sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secara fizikal dan maya.
VISI
PENGENALAN
4
UNIT PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH
Perpustakaan Sultan Badlishah
Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi
Unit Perkhidmatan Maklumat
Unit Sistem dan Teknologi Maklumat
Unit Jurnal dan Pangkalan Data
Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal
Unit Pembangunan Sumber Ilmu
Unit Pentadbiran
Unit Jilid
1. Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi
2. Unit Perkhidmatan Maklumat
Unit Perkhidmatan Maklumat (UPM) bertanggungjawab dalam mengendalikan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna dalam menjadikan Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) sebagai sebuah pusat maklumat yang mantap dan terkini bagi menyokong hala tuju universiti. Objektif Unit Perkhidmatan Maklumat (UPM) adalah untuk menyokong sistem pengajaran, pembelajaran dan juga garis panduan serta bimbingan yang mantap kepada pengguna perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dan sumber rujukan yang sesuai dan terkini.
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi bertanggungjawab dalam melaksanakan perkhidmatan kepada pelanggan bagi menyokong Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) mencapai visi, misi dan hala tuju universiti. Objektif utama Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi ialah memberi perkhidmatan yang berkualiti serta mengirangkan pelanggan dan juga memastikan pengurusan koleksinya bersistematik dan terkawal.
5
3. Unit Sistem dan Teknologi Maklumat
4. Unit Jurnal dan Pangkalan Data
5. Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal
6. Unit Pembangunan Sumber Ilmu
Unit Sistem dan Teknologi Maklumat (USTM) adalah berperanan penting dalam membangunkan teknologi maklumat di perpustakaan. Unit ini turut menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan melaksanakan pelbagai program-program antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti mencetak, mengimbas dan mengakses maklumat, .
Unit Jurnal dan Pangkalan Data (UJPD) memainkan peranan dalam melanggan dan memberi perkhidmatan rujukan bahan majalah dan jurnal. Majalah dan jurnal yang dilanggan terdapat dalam bentuk bercetak dan juga pangkalan data atas talian. Penempatan jurnal adalah berdasarkan kepada kursus yang ditawarkan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti khidmat nasihat dan rujukan dan bengkel pangkalan data atas talian
Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal (UPBPT) adalah berperanan dalam menyediakan rekod bibliografik yang lengkap bagi bahan yang diperolehi oleh Perpustakaan Sultan Badlishah. Selain daripada itu, bahan-bahan yang diproses akan dijamin kualitinya agar rekod bahan-bahan perpustakaan dapat diakses dengan cepat dan proses capaian maklumat menjadi berkesan kepada semua pengguna perpustakaan.
Unit Pembangunan Sumber Ilmu (UPSI) berperanan dalam menguruskan pembelian buku-buku baru melalui cadangan dan permintaan daripada para kakitangan, mengurus pembelian buku-buku melalui pesta buku dan pameran buku. Selain itu, unit ini juga berperanan dalam menguruskan penerimaan buku-buku hadiah dari individu atau organisasi dan juga menguruskan penerimaan dan penyusunan judul buku.
6
7. Unit Pentadbiran
8. Unit Jilid
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
hUnit Pentadbiran (UP) bertanggungjawab menentukan pengurusan pentadbiran dan juga hal ehwal jabatan berjalan dengan lancar, cekap dan teratur. Bahagian ini juga berperanan memastikan segala rekod-rekod jabatan sentiasa dikemaskini dan tersimpan dengan baik. Unit ini juga menguruskan surat-menyurat, fail dan urusan pentadbiran jabatan dan pejabat.
Unit Jilid bertanggungjawab dalam menukar status buku yang perlu dijilid dan merekod bahan yang perlu dan telah dijilid. Unit ini juga membuat kerja-kerja penjilidan bahan seperti penyediaan kulit bahan, menjalankan kerja-kerja jilidan kulit keras dan penyediaan buku nota. Selain itu, unit ini juga mengendali dan menyelengara peralatan Unit Jilid, mengemaskini inventori bahan dan menyusun buku mengikut rak yang ditentukan.
7
KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN
Keahlian Perpustakaan Sultan Badlishah terbuka kepada pelajar dan kakitangan UiTM. Walaubagaimanapun, bagi kakitangan sementara dan sambilan, bayaran cagaran akan dikenakan. Untuk menjadi ahli, pengguna perlu mengisi borang Kad E dan menyerahkan borang tersebut ke Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi beserta dengan sekeping gambar berukuran ‘passport’. Keahlian perpustakaan akan dilucutkan sekiranya seseorang itu telah tamat pengajian atau berhenti dari UiTM.
Keahlian Ahli Dalaman
KAKITANGAN AKADEMIKDESKRIPSI JAWATAN BAYARAN CAGARAN
Sepenuh masa TIADAKontrak TIADASambilan RM100.00Sementara RM50.00Pemeriksa Luar TIADA
KAKITANGAN BUKAN AKADEMIKDESKRIPSI JAWATAN BAYARAN CAGARAN
Sepenuh masa TIADAKontrak TIADASambilan RM100.00Sementara RM50.00
JURULATIH / TUTORDESKRIPSI JAWATAN BAYARAN CAGARAN
Sepenuh masa TIADAKontrak TIADASambilan RM100.00Sementara RM100.00
PELAJARDESKRIPSI JAWATAN BAYARAN CAGARAN
Sepenuh masa / E-PJJ TIADAFLP / KLK / Matrikulasi TIADASarjana / Phd TIADA
KATEGORI BAYARAN KEAHLIAN(Tahunan)
CAGARAN BUKU(Boleh dituntut)
Ahli korporat RM2,000.00 1 naskah buku-RM300.00Maksimum 4 naskah
Alumni RM50.00 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah
Pesara Kerajaan dan Pesara UiTM
Percuma 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah
Kursus Pendek/ Program Francais
RM20.00 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah
Pegawai Kedutaan Percuma 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah (Kedutaan bertanggungjawab ke atas pinjaman)
Pelajar/ Kakitangan IPTA (PERPUN)
Kad matrik
(surat kebenaran dari institusi/ jabatan masing-masing bagi UM dan USM)
Pinjaman buku adalah melalui skim Pinjaman Antara Perpustakaan. Penggunaan Pusat/ Sudut IT dibenarkan tetapi perlu diberi keutamaan kepada warga UiTM terlebih dahulu
Pelajar/ Kakitangan kolej, universiti, politeknik dan jabatan kerajaan
Surat kebenaran dari institusi/ jabatan masing-masing
Pinjaman buku adalah melalui skim Pinjaman Antara Perpustakaan. Penggunaan Pusat/ Sudut IT dibenarkan tetapi perlu diberi keutamaan kepada warga UiTM terlebih dahulu
Pelajar/ Kakitangan IPTS dan Swasta
Surat kebenaran dari Ketua Perpustakawan/ TKP UPPPK, PSB
Rujukan sahaja
Pensyarah Kehormat/ Sambilan/ Sementara Fakulti Perubatan, UiTM
Percuma 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 2 naskah
Pelanggan Perseorangan (Harian)
RM20.00 (Harian) Ketua Pustakawan/ Ketua Perpustakaan cawangan diberi kuasa mempertimbangkan dan membenarkan kes-kes khas sahaja untuk membuat rujukan di perpustakaan UiTM
Pelanggan Perseorangan (Tahunan)
RM200.00 (Tahunan) 1 naskah buku – RM 300.00Maksimum 4 naskah
8
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
Keahlian Ahli Luar
9
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
SEMASA SEMESTERHARI MASA
AHAD – RABU8.30 PAGI – 6.45 PETANG8.30 PAGI – 10.30 MALAM
(Tertakluk Kepada Jadual Perkhidmatan)
KHAMIS 8.30 PAGI – 3.15 PETANG
JUMAAT & SABTU8.30 PAGI – 4.45 PETANG
(Mengikut jadual kuliahEMBA dan E- PJJ)
SEMASA CUTI SEMESTERHARI MASA
AHAD – RABU 8.30 PAGI – 4.45 PETANG
KHAMIS 8.30 PAGI – 3.15 PETANG
JUMAAT & SABTU TUTUP
• Sebarang perubahan waktu perkhidmatan adalah tertakluk kepada jadual Hal
Ehwal Akademik (HEA).• Kaunter pinjaman dan pemulangan bahan akan ditutup 30 minit lebih awal sebelum
tamat waktu perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk urusan pengemaskinian rekod dan data.
• Sebulan sebelum peperiksaan, waktu perkhidmatan perpustakaan akan dilanjutkan sehingga ke pukul 10.30 malam.
10
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
1. KOLEKSI RAK TERBUKA:Meliputi buku-buku daripada pelbagai bidang perkara yang boleh diakses secara terbuka dan dipinjam oleh ahli perpustakaan mengikut hak pinjaman masing-masing (mengikut kategori pelanggan) yang ditetapkan. Lokasi di aras 2 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna jingga.2. KOLEKSI RUJUKAN:Meliputi sumber-sumber rujukan seperti ensiklopedia, kamus, buku panduan, bibliografi, abstrak, direktori, indek, laporan, dan lain-lain. Bahan-bahan rujukan ini diletakan tanda ‘ruj’. Bahan dalam koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja. Lokasi koleksi ditempatkan di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna hijau.3. KOLEKSI PERKHIDMATAN MAKLUMAT:Menawarkan perkhidmatan rujukan, pinjaman buku rujukan terpilih, cakera padat, kaset, pita video, laporan tahunan, peta, rancangan perniagaan pelajar (ETR), penyelidikan pensyarah, prospektus, seminar, akhbar dan lain-lain dan juga penempatan Koleksi Kedah. Lokasi di aras 1 dan dilabelkan dengan pelekat berwarna merah.4. KOLEKSI JURNAL DAN MAJALAH:Menempatkan jurnal akademik, risalah, buletin dan majalah semasa serta berjilid. Koleksi ini hanya untuk rujukan dalaman sahaja, lokasinya di aras 2.
PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN Perpustakaan Sultan Badlishah sedaya upaya sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya. Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi:-
A. PERKHIDMATAN PINJAMANSemua pelajar dan kakitangan UiTM Kedah yang telah berdaftar sebagai ahli perpustakaan adalah layak untuk meminjam bahan perpustakaan.
CARA MEMINJAM BAHAN:-a) Koleksi Umum (Open Shelf).Peminjam perlu menyerahkan buku dan kad pelajar di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.b) Koleksi Terhad (KBR).Semua ahli perpustakaan dibenarkan meminjam bahan dari koleksi terhad selama 2 jam sahaja untuk sesebuah bahan. Peminjam perlu menyerahkan kad pelajar atau mengisi borang pinjaman bahan dan kepilkan kad pelajar pada borang tersebut.c) Bahan Terbitan Bersiri/ Jurnal.Merupakan koleksi terhad dan hanya untuk pinjaman dan rujukan dalaman. Hanya kakitangan UiTM sahaja dibenarkan meminjam keluar bahan ini. Tempoh pinjaman adalah 3 hari sahaja
11
KELAYAKAN PINJAMAN BUKU
KAKITANGAN AKADEMIKDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN
Sepenuh masa 30 29 HariKontrak 12 29 Hari
Sambilan 4 29 HariSementara 4 29 HariPemeriksa Luar 4 29 Hari
KAKITANGAN BUKAN AKADEMIKDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN
Sepenuh masa 20 29 HariKontrak 4 29 Hari
Sambilan 2 29 HariSementara 2 29 Hari
JURULATIH / TUTORDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN
Sepenuh masa 10 29 Hari
Kontrak 6 29 Hari
Sambilan 2 29 HariSementara 2 29 Hari
PELAJARDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN
Sijil / Pra 10 14 Hari
Sepenuh masa 20 14 Hari
E-PJJ/ FLP/ KLK 20 14 HariSarjana 40 29 HariPhd 60 29 Hari
AHLI LUARDESKRIPSI JUMLAH PINJAMAN TEMPOH PINJAMAN
Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan
4 29 Hari
12
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
DENDASetiap buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak 20 sen sehari tidak termasuk Cuti Umum.
KAKITANGAN AKADEMIKDESKRIPSI TINDAKAN
Sepenuh masa
Arahan pemotongan gaji selepas 49 hari dari tarikh pemulangan
KontrakSambilanSementaraPemeriksa Luar
KAKITANGAN BUKAN AKADEMIKDESKRIPSI TINDAKAN
Sepenuh masaArahan pemotongan gaji selepas 49
hari dari tarikh pemulanganKontrak
SambilanSementara
JURULATIH / TUTORDESKRIPSI TINDAKAN
Sepenuh masaArahan pemotongan gaji selepas 49
hari dari tarikh pemulanganKontrak
SambilanSementara
PELAJARDESKRIPSI TINDAKAN
Sijil / Pra
20 sen sehari(Tidak termasuk cuti umum)
Sepenuh masa
E-PJJ/ FLP/ KLKSarjanaPhd
AHLI LUARDESKRIPSI TINDAKAN
Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan 20 sen sehari
(Tidak termasuk cuti umum)
13
BUKU HILANGPengguna yang telah menghilangkan buku atau bahan bacaan perpustakaan boleh memilih untuk membayar ganti rugi atau menggantikan semula bahan yang dihilangkan. Bayaran gantirugi adalah mengikut harga pembelian bahan tersebut oleh pihak perpustakaan. Laporkan dengan kadar segera jika kehilangan bahan yang dipinjamkan di kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi (UPPPK).Tatacara bayaran buku hilang adalah seperti berikut:-
HARGA BUKU : RM __________ +HARGA PROSES : RM 20.00 (Tetap) +DENDA LEWAT : RM __________ (Sekiranya ada) JUMLAH : RM __________
*Sekiranya harga buku tiada di dalam rekod ILMU, harga buku (standard) yang digunapakai adalah seperti berikut:-
KATEGORI HARGA BUKU (RM)Dalam Malaysia RM 80.00 + RM 20.00 (proses)
Luar Negeri RM 150.00 + RM 20.00 (proses)
B. PERKHIDMATAN PEMULANGAN BAHANPerkhidmatan pemulangan buku boleh di lakukan di Kaunter UPPPK atau menggunakan mesin “Book Drop”.
14
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
C. PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN TARIKH PINJAMAN
i. Melalui TelefonPelanggan yang ingin melanjutkan tempoh pinjaman bahan boleh menelefon ditalian 04 – 456 2238 (Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi) sekiranya peminjam masih dalam tempoh bercuti atau tidak dapat datang ke perpustakaan. Pelanggan perlu menyatakan nombor kad matrik dan nombor aksess serta judul buku yang hendak diperbaharui. Semua urusan dikendalikan pada waktu pejabat sahaja.
ii. Melalui Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan KoleksiPerkhidmatan ini dibuka kepada semua pengguna perpustakaan sepanjang waktu perkhidmatan perpustakaan dibuka. Pelanggan perlu membawa buku yang hendak dilanjutkan tempoh pinjaman ke kaunter sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan bahan.
iii. Melalui Portal Perpustakaan Sultan BadlishahPelanggan perlu membuat pembaharuan sendiri dengan membuka Portal PSB di alamat http://kedah.uitm.edu.my/psb/ dan masukkan id penguna serta katalaluan kemudian klik pada ‘borrowing & renewal’.
Peringatan:-• Pembaharuan buku hanya dibenarkan sekali sahaja.• Sekiranya buku tersebut telah ditempah sistem tidak akan membenarkan
pembaharuan pinjaman dibuat.• Buku yang telah lewat tarikh pemulangannya tidak dibenarkan membuat
pembaharuan.D. PERKHIDMATAN TEMPAHAN BUKU
Pihak perpustakaan menyediakan kemudahan tempahan bahan yang sedang dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan buku ini boleh dilakukan melalui Web OPAC. Sila layari laman web perpustakaan di http://kedah.uitm.edu.my/psb/.
Buku yang telah ditempah boleh diambil di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi setelah bahan tersebut dipulangkan oleh pengguna sebelumnya. Sila kemukakan judul dan nombor panggilan bahan yang ditempah. Bahan-bahan yang telah ditempah ini akan disimpan di atas rak tempahan selama 7 hari sahaja.
E. PERKHIDMATAN PERINGATAN PEMULANGAN BAHANPihak perpustakaan akan menghantar surat peringatan kepada pengguna jika bahan tersebut masih belum dihantar selepas tarikh akhir sesuatu pinjaman. Surat peringatan ini dialamatkan ke kolej kediaman bagi surat peringatan pertama dan kedua. Bagi surat peringatan yang ketiga ia akan dihantar kepada waris pelajar.
15
F. PERKHIDMATAN PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN ( PAP ) / SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN ( SPP )
Buku/bahan yang tidak terdapat di dalam perpustakaan boleh diperolehi melalui Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) ini bukan sahaja melalui perpustakaan-perpustakaan yang terdapat di Malaysia tetapi juga dari perpustakaan luar negara.
Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna dikehendaki mengisi borang Pinjaman Antara Perpustakaan yang boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi.
Pengguna akan dikenakan bayaran berdasarkan pada harga yang telah ditetapkan oleh institusi yang membekalkan bahan. Bagi permohonan melalui Ketua Jabatan, pembayaran diuruskan melalui kod jabatan.
G. PERKHIDMATAN ADUAN BUKU/BAHAN TIDAK DAPAT DIKESAN DI RAKPerpustakaan menyediakan perkhidmatan pencarian bahan yang tidak dapat dikesan dirak oleh pengguna. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pengguna perlu mengisi Borang Aduan Buku/Bahan Tidak Dapat Dikesan Dirak. Sila dapatkan maklumbalas daripada perpustakaan selepas 2 hari bekerja dari tarikh membuat aduan.
H. PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN BIMBINGANPerkhidmatan yang penting bagi pengguna mendapat faedah yang maksimum dari koleksi perpustakaan ialah Perkhidmatan Rujukan dan Bimbingan yang disediakan oleh Unit Perkhidmatan Maklumat di aras 1. Ianya merangkumi perkhidmatan berikut:
a) Perkhidmatan Rujukan:Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pustakawan Rujukan dan dibantu oleh Pembantu Perpustakaan. Pengguna yang memerlukan bantuan khidmat rujukan dan nasihat boleh datang terus ke kaunter Rujukan dan berbincang dengan pegawai bertugas. Pengguna akan dibantu oleh Pustakawan dan kakitangan bertugas melalui khidmat nasihat dalam mencari dan mengenalpasti maklumat.
b) Kelas Kemahiran Maklumat (KKM):1. Kelas Kemahiran Maklumat Program bimbingan khusus adalah mengenai penggunaan perkhidmatan dan kemudahan di Perpustakaan Sultan Badlishah. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengguna tentang kemahiran menggunakan perpustakaan dan mencari maklumat mengikut kaedah yang cepat dan tepat.
2. Terdapat tujuh (7) modul iaitu:i. Penerangan mendalam mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan serta prosedur penggunaanya.ii. Kemahiran penggunaan WebOPAC/ WebINFOLINE.iii. Kemahiran Maklumat Portal PSB.iv. Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Atas Talian.v. Kemahiran Maklumat Pangkalan Data Dalaman : Koleksi Digital, CD-Tesis dan lain-lain.vi. Kaedah dan strategi pencarian maklumat.vii.Kaedah menganalisa kebolehpercayaan maklumat yang diperolehi.
16
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
3. Penyertaan, tarikh dan jangka masa:Pendaftaran dibuka sepanjang tempoh pengajian dengan mengisi Borang Pendaftaran yang disediakan di Kaunter Unit Perkhidmatan Maklumat. Manakala tarikh-tarikh kelas ditetapkan oleh pengguna mengikut kelapangan mereka dan kelas berlangsung selama 1 jam.
4. Kaedah Pengendalian Kelas:Kelas ini akan dikendalikan dalam jumlah yang kecil iaitu maksimum 10 orang pelajar dan minimum 5 orang pelajar, permohonan datangnya dari para pelajar sendiri dan lokasinya adalah di Unit IT, Aras 2.
Walaubagaimanapun sekiranya permohonan datangnya dari pensyarah bagi mengadakan kelas ini untuk pelajar-pelajarnya jumlah yang besar akan dilakukan di aras 3.
c) Pameran Semasa:Sekurang-kurangnnya setiap 3 bulan sekali satu tajuk pameran akan diadakan. Ini adalah bagi memberi maklumat terkini mengenai sesuatu isu.
d) Penyediaan Koleksi Rujukan:Unit Pengurusan Maklumat juga menyediakan bahan-bahan seperti:-
Rancangan Perniagaan Pelajar (ETR)Bahan ini merupakan hasil penyelidikan rancangan perniagaan dan penulisan asal pelajar sebagai memenuhi syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan diploma. Bahan ini boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat.
Laporan Penyelidikan Pelajar-Pelajar (DIDE)Bahan ini merupakan hasil penyelidikan dan penulisan asal pelajar sebagai memenuhi syarat untuk melayakkan mereka mendapat pengiktirafan diploma. Bahan ini juga boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat.
Soalan PeperiksaanKertas-kertas soalan peperiksaan semester yang lepas untuk kursus-kursus yang ditawarkan boleh didapati secara digital di dalam Portal Perpustakaan Sultan Badlishah melalui Bank Soalan.
Koleksi AkhbarKoleksi akhbar-akhbar terpilih di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris juga boleh didapati di Unit Perkhidmatan Maklumat seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star, Metro.
Bahan-bahan Rujukan TerpilihBahan-bahan rujukan ini terdiri daripada Buku Panduan, Laporan Tahunan, Akta, Undang-Undang dan Pekeliling, Koleksi Sejarah Kedah, Prospektus, Buku-buku KBR terpilih, pita video, kaset dan Cakera Padat.
17
I. PERKHIDMATAN PORTAL PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAHPortal Perpustakaan Sultan Badlishah boleh diakses melalui http://kedah.uitm.edu.my/psb/ . Di dalam portal ini, pelanggan boleh mengakses pelbagai maklumat terkini mengenai koleksi, perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Perpustakaan Sultan Badlishah.
J. PERKHIDMATAN TEKNOLOGI MAKLUMATPerkhidmatan yang terdapat di sini ialah melayari internet, mencetak, menaip tugasan dan mengimbas. Ianya disediakan kepada pengguna yang berdaftar dan menjadi ahli perpustakaan sahaja.
Pengguna dibenarkan menggunakan perkhidmatan ini selama 1 jam sahaja setiap seorang. Perkhidmatan ini hanya untuk tujuan ilmiah sahaja. Sebarang penyalahgunaan tidak dibenarkan (sila lihat peraturan perpustakaan).
• Setiap penggunaan dan tempoh had masa menggunakan komputer akan dikawal selia oleh sistem CMAPs.
• Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem CMAPs sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.
K. PERKHIDMATAN PANGKALAN DATA ATAS TALIANPengguna perpustakaan juga boleh mendapatkan maklumat melalui pangkalan data yang dilanggan melalui portal perpustakaan yang mengandungi teks penuh dan juga abstrak seperti berikut :-
Pangkalan Data
BLIS (Bernama Infoline)
Emerald
Ebsco Host
H.W. Wilson
Science Direct
Lexis Nexis
ACM Portal Pro Quest
E- books - Springer
Web Feat
CLJ Law
West Law
A to Z
Scopus
L. PERKHIDMATAN KATALOG PERPUSTAKAANPerpustakaan Sultan Badlishah menggunakan sistem ILMU (Integrated Library Management Utility) sebagai sistem pengkomputerannya dan membolehkan pelanggan mengakses maklumat lengkap bahan perpustakaan melalui OPAC (Online Public Access Catalogue). OPAC ini boleh didapati di terminal komputer yang disediakan di aras 1 dan 2 Perpustakaan Sultan Badlishah. Pelanggan juga boleh mengaksesnya melalui ‘Web OPAC’ di portal Perpustakaan Sultan Badlishah.
18
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
M. PERKHIDMATAN PERCETAKAN BAHANPerkhidmatan mencetak bahan disediakan dengan kadar bayaran bagi setiap muka surat adalah seperti di dalam jadual berikut:-
JENIS KERTAS DESKRIPSI WARNA HARGA (RM)
A4 Hitam Putih RM 0.30 senA3 Hitam Putih RM 0.60 senA4 Berwarna RM 1.00A3 Berwarna RM 2.00
• Pengguna bertanggungjawab di atas setiap kos cetakan sekiranya kesilapan cetakan yang dilakukan bukannya disebabkan oleh masalah peralatan tetapi disebabkan oleh pengguna itu sendiri.
• Hanya pengguna yang berdaftar dengan sistem CMAPs sahaja layak menggunakan kemudahan di unit ini.
• Semua urusan cetakan akan dikawal selia oleh sistem CMAPs, sistem ini akan membuat pengiraan berpandukan pada caj dan jumlah mukasurat yang dicetak.
N. PERKHIDMATAN PENGIMBASAN (SCANNING)Perkhidmatan ‘scanning’ disediakan secara percuma kepada pengguna di mana pengguna perlu melakukannya secara layan diri.
O. PERKHIDMATAN FOTOKOPIKemudahan fotokopi boleh didapati di aras 2 Perpustakaan Sultan Badlishah dan ianya dikendalikan oleh syarikat swasta.
19
P. BILIK PERBINCANGANTerdapat 2 Bilik Perbincangan yang disediakan untuk pengguna bagi kerja-kerja berkumpulan iaitu di aras 1 dan 2. Pengguna perlu membuat tempahan bilik di kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi sebelum menggunakannya.
Q. PERKHIDMATAN TAMBAH NILAIPengguna perlu menambah nilai untuk membuat sesuatu urusan cetakan. Kaunter tambah nilai hanya disediakan di Unit Perkhidmatan Maklumat dan Unit Sistem dan Teknologi Maklumat sahaja.
R. PERKHIDMATAN WIRELESSKemudahan internet tanpa wayar ini boleh diakses di semua aras di dalam perpustakaan tetapi pengguna perlu mengisi Borang Permohonan Perkhidmatan Wireless di Pejabat Unit Teknologi Maklumat UiTM Kedah.
PERATURAN - PERATURAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN UNIT SISTEM DAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT
1. Pengguna perlu mengisi borang kad E untuk menjadi ahli perpustakaan.2. Tempoh penggunaan komputer adalah selama 1 jam sahaja bagi setiap individu.3. Pembaharuan penggunaan komputer hanya dibenarkan sekali sahaja dengan
syarat tiada pengguna yang lain.4. Kakitangan bertugas berhak untuk meminda atau membatalkan penggunaan
komputer jika pengguna tidak mengikut peraturan yang disediakan.5. Penggunaan IRC (Internet Relay Chatting) dan email yang bukan bertujuan
untuk pembelajaran atau bukan akademik adalah dilarang.
**Sila rujuk kakitangan bertugas sekiranya terdapat masalah pada komputer yang sedang anda gunakan.
WEB OPAC (Online Public Access Catalog)
Perpustakaan Sultan Badlishah telah menggunakan sistem perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai sistem ILMU pada bulan Mei tahun 2002. Sistem ini merupakan satu pakej perisian yang dibentuk khas untuk kegunaan di perpustakaan. Pakej ini mengandungi maklumat mengenai koleksi bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan.
Pengguna-pengguna perpustakaan boleh membuat pencarian buku/bahan melalui web OPAC(Online Public Access Catalog) atau Katalog Umum Atas Talian. Web OPAC menyediakan beberapa kemudahan pencarian bahan melalui 3 jenis pencarian samada ‘leftstring’, ‘pattern’, atau ‘keywords’ menerusi pelbagai kaedah pengaksesan samada tajuk bahan, nama pengarang, perkara, penerbit, nombor siri, nombor panggilan, nombor ISBN/ISSN ataupun ‘any’.
Semua pengguna digalakkan menggunakan web OPAC untuk pencarian bahan bagi memastikan apakah kategori dan jenis bahan, di manakah lokasinya, nombor panggilan dan status bahan tersebut. Dengan kaedah ini ia dapat menjimatkan masa dan memudahkan pencarian sesuatu bahan.
20
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
EQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol)
EQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol) menawarkan paparan skrin yang membolehkan pengguna membuat pelbagai pilihan sub-menu untuk pelbagai fungsi. Sila klik pada mana-mana fungsi yang berkaitan seperti berikut setelah anda memasukkan id pengguna dan katalaluan. Ianya boleh dilakukan samada melalui Portal Perpustakaan Sultan Badlishah atau klik pada Web OPAC.
FUNGSI EQUIP (Electronic Query Using Internet Protocol)
PERKARA KEGUNAAN
Events Calendar Untuk melihat kalendar perkhidmatan perpustakaan.Web OPAC Untuk mencari bahan/buku di dalam koleksi
perpustakaan.Personal/Patron Detail(Account)
Untuk menyemak butiran keahlian perpustakaan dan menukar ‘password’.
Reservation Status Untuk melihat status tempahan buku.Fine (Receipting Transaction)
Untuk melihat urusan pembayaran.
Suggestion Box Untuk mengisi borang cadangan.New Arrivals Untuk melihat senarai tajuk buku baru yang siap
diproses dan boleh dibuat pinjaman.Article Browsing Untuk menyemak tajuk artikel jurnal dan projek
pelajar berdasarkan tajuk perkara.Find an Article(Web Info-line)
Untuk mencari bahan perpustakaan selain dari buku seperti Laporan Tahunan, Projek Pelajar, Prospektus, Disket, Seminar, Rancangan Perniagaan (ETR), Penyelidikan Pensyarah, Penerbitan UiTM dan Penerbitan Kerajaan.
Message & Reminder(ILMU Mail)
Untuk menyemak e-mail yang dihantar oleh pihak perpustakaan.
Item Request Untuk melihat senarai bahan yang telah dibuat permohonan.
Outgoing ILL Request(Beta) Untuk kemudahan pinjaman antara perpustakaan (dalam)
Incoming ILL Request(Beta) Untuk kemudahan pinjaman antara perpustakaan (luar)
Repository Browser Untuk mencari bahan dalam sistem mengikut bi-dang.
Borrowing & Renewal Untuk melihat buku yang dipinjam dan membuat pembaharuan pinjaman bahan.
z39.50 client Untuk membuat pencarian bahan melalui web opac di UiTM cawangan lain.
21
TATATERTIB PERPUSTAKAAN
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG
Pelanggan Perpustakaan Sultan Badlishah perlu mematuhi peraturan tatatertib perpustakaan semasa menggunakan perkhidmatan perpustakaan. Ini adalah untuk mewujudkan keselesaan kepada semua pelanggan.
BIL. KESALAHAN HUKUMAN1. Memasuki perpustakaan tanpa
kebenaran.• Amaran.
2. Menggunakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan tanpa kebenaran.
• Amaran.• Dilarang menggunakan mana mana
atau kesemua kemudahan perpustakaan selama satu bulan.
3. Tidak mempamerkan kad matrik UiTM atau kad pelawat.
• Pelanggan akan disenarai hitamkan sekurang-kurangnya 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.
4. Menyalahgunakan kad matrik UiTM.
• Pelanggan (pemilik & pengguna kad)akan disenarai hitamkan 1 bulan dari membuat pinjaman bahan.
• Dilarang memasuki perpustakaan selama 1 bulan.
• Tindakan tatatertib Hal Ehwal Pelajar (HEP).
5. Tidak mematuhi etika dan sahsiah rupa diri yang ditetapkan.
• Dilarang memasuki perpustakaan.
6. Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan seperti beg, bungkusan (kecuali beg tangan dan fail), payung, topi/topi keledar, pisau, gunting, makanan dan minuman.
• Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.
7. Makan, minum, merokok atau tidur di dalam perpustakaan.
• Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.
8. Membuat bising atau membuat sesuatu yang menjejaskan suasana pembelajaran.
• Diberi amaran atau diminta keluar dari perpustakaan.
• Pelanggan akan disenarai hitamkan 2 minggu dari membuat pinjaman bahan.
9. Mengalih atau menyalahguna bahan, koleksi, perabot, peralatan atau perkakasan perpustakaan.
• Diberi amaran dan diminta menyusun atur kembali.
10. Menempah kerusi meja. • Diberi amaran.
22
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
BIL. KESALAHAN HUKUMAN11. Memindahkan bahan
perpustakaan dari satu aras atau lokasi tanpa pinjaman.
• Diberi amaran dan diminta mengembalikan bahan ke tempat asal.
12. Menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan.
• Pelanggan akan disenarai hitam 1 semester dari membuat pinjaman bahan.• Surat Laporan Salah Laku akan dihantar ke Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk tindakan tatatertib.
13. Menyorok buku/bahan perpustakaan.
• Amaran.
14. Menyepahkan atau meninggalkan bahan perpustakaan di atas meja atau rak.
• Amaran.
15. Bercakap terlampau kuat menggunakan telefon bimbit.
• Diminta keluar dari perpustakaan.
16. Membuang sampah merata-rata tempat.
• Diberi amaran dan diminta mengutip sampah yang telah dibuat.
17. Berkelakuan sumbang atau berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan.
• Dilarang daripada menggunakan mana-mana atau kesemua kemudahan perpustakaan PSB selama 1 bulan.
• Amaran bertulis kepada Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).
18. Membawa keluar bahan perpustakaan tanpa kebenaran
• Pelanggan akan disenarai hitam selama 1 semester dari membuat pinjaman
bahan.• Surat Lapor Salah Laku akan dihantar
ke Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk tindakan tatatertib.
19. Menghilangkan bahan perpustakaan.
• Pelanggan akan disenarai hitamkan dari membuat pinjaman bahan sehingga menyelesaikan bayaran.
20. Kemusnahan bahan perpustakaan akibat banjir, kebakaran dan sebagainya.
• Pengesahan daripada Ketua Kampung, Polis dan Pegawai Daerah.
21. Kelewatan memulangkan buku/bahan perpustakaan.
• Pelajar akan disenarai hitamkan selama 1 semester daripada membuat pinjaman sekiranya denda melebihi RM10.00.
• Kakitangan UiTM akan disenarai hitamkan daripada membuat pinjaman.
22. Menyalahgunakan kemudahan (Bilik Perbincangan).
• Amaran lisan.
23
DIREKTORI PUSTAKAWANPERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH
KETUA PERPUSTAKAAN
NAMA : Azizah binti Khasim
JAWATAN : Pustakawan Kanan
EMAIL : yati@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562226
KETUA UNIT
NAMA : Atirah binti Ruslan
JAWATAN : Pustakawan
EMAIL : atirah469@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562232
NAMA : Noor Azlin binti Abdullah
JAWATAN : Pustakawan
EMAIL : noorazlin@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562227
NAMA : Mohd Amiruddin bin Mohd Nasir
JAWATAN : Pustakawan
EMAIL : mohdamiruddin@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562224
24
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
NAMA : Mohd Amin bin Zainol
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : amin513@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562240
NAMA : Mazuriah binti Ahmad
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : mazuriah141@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562231
NAMA : Norismaliza binti Che Oon
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : noris196@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562231
NAMA : Hasrizal bin MD Hasan
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : hasri789@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562231
UNIT JURNAL DAN PANGKALAN DATA
UNIT PEMBANGUNAN BIBLIOGRAFIK DAN PEMPROSESAN TEKNIKAL
NAMA : Noor Azlina binti Hamzah
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : nazlina362@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562240
25
NAMA : Noor Masyithah Mat Ya
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : masyithah@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562229
UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN DAN PENGURUSAN KOLEKSI
NAMA : Rozaini binti Yahaya
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : rozaini369@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562238
NAMA : Muzammil bin Mohd Mustaffa
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : muzammil490@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562238
NAMA : Noor Azlina Mat Esoff
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : azlinaesoff@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562238
NAMA : Rosdi bin Hamad Rodzi
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : rosdi427@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562229
UNIT PERKHIDMATAN MAKLUMAT
NAMA : Omar bin Zainol
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : omar6379@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562229
26
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
hNAMA : Muhamad Azrul bin Ayob
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan Kanan
EMAIL : azrul393@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562228
NAMA : Hamidah binti Mohd
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : hamidah959@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562228
NAMA : Mohd Zikrie bin Muhamad Saad
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : mzikrie145@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562228
UNIT PEMBANGUNAN SUMBER ILMU
UNIT PENTADBIRAN
NAMA : Faizul Zaman bin Sebudin
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : faizul487@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562228
NAMA : Mat Asri bin Baharom
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : matasri@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562228
NAMA : Mohd Rodzi Ayob
JAWATAN : Pembantu Am Pejabat
EMAIL : rodzi743@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562228
27
NAMA : Shazmie Huzni bin Mohd Sidik
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : shazmie@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562230
NAMA : Ahmad Badli bin Abd. Razak
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan Kanan
EMAIL : bad222@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562230
NAMA : Zakaria bin Muhamad
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : zack@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562230
UNIT SISTEM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
NAMA : Mohd Rostam Mohamad @ Ahmad
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : rostam@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562231
NAMA : Mohammad Ameerul Mohd Isa
JAWATAN : Pembantu Perpustakaan
EMAIL : ameer624@kedah.uitm.edu.my
TELEFON : 04-4562231
UNIT JILID
28
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
PELAN BANGUNAN ARAS 1PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH
29
PELAN BANGUNAN ARAS 2PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH
30
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
PELAN BANGUNAN ARAS 3PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH
31
DIREKTORI
Ketua Perpustakaan Sultan BadlishahTel: 04-456 2226
Helpdesk PSBTel:04-4562236
Unit Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan KoleksiTel:04-4562238
Unit Sistem & Teknologi MaklumatTel:04-4562230
Unit Perkhidmatan MaklumatTel:04-4562229
Unit Jurnal dan Pangkalan DataTel:04-4562230
Unit Pembangunan Sumber IlmuTel:04-4562228
Unit Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan TeknikalTel:04-4562231
Alamat:Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Kedah,
Peti Surat 187, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman
No. Tel(Pejabat) : 04-4562228, No. Faks: 04-4562225
URL: http://kedah.uitm.edu.my/psb/
32
Perp
usta
kaan
Sul
tan
Bad
lisha
h
DENGAN KERJASAMA
PERPUSTAKAAN SULTAN BADLISHAH&
JABATAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat:ENCIK AHMAD SUFI ALAWI BIN IDRIS
Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat:AANIS ADILLA BINTI ROSLI
AMIRAH FATINAH BINTI ISHAKFARAH NURUL AIN BINTI KAMARUDIN
KHAIRUL RIDzMAN BIN KHARUL ANWARNUR AMIRAH BINTI ANUARNUR IzzATI BINTI BAHRIN
NUR SYUHADA BINTI ABD HARISNURUL FATIHAH BINTI ABDUL RAHMAN
Recommended