View
9
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
myPlus Persatuan Sahabat HIV Malaysia
myPlus adalah sebuah jaringan untuk Orang-orang yang Hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) di
Malaysia kini telah pun didaftar secara rasminya pada 3 Disember 2010 yang lalu. Pada mesyuarat
agung tahunan myPlus yang telah diadakan pada 17 April 2011 baru-baru ini, Jawatankuasa
Eksekutif (ExCO) pertama myPlus telah dilantik oleh lebih daripada 70 wakil komuniti yang hadir.
Untuk dua tahun berikutnya, myPlus akan diterajui oleh Presidennya, Andrew Tan, bersama 9 ahli
ExCOnya. ExCO pertama myPlus ini amat menghargai kepercayaaan serta amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepada mereka oleh komuniti ODHA di Malaysia. Berbekalkan
pengetahuan, pengalaman serta kemahiran setiap ExCO yang terdiri daripada orang lama serta yang baru dalam bidang HIV/AIDS,
adalah diharapkan matlamat utama myPlus dapat dikecapi bersama iaitu untuk memperluaskan dan memperkasakan jaringan komuniti
ODHA di Malaysia.
Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan, myPlus menganjurkan sebuah bengkel untuk memperkukuhkan jaringan dan advokasi ODHA.
Hampir kesemua 14 negeri telah diawakili, dengan matlamat utama bengkel untuk memperkasakan kemahiran dan pengetahuan para
peserta. Keistimewaan bengkel tersebut adalah apabila wakil dari Yayasan Spiritia dan JOTHI - rakan seperjuangan dari Indonesia,
berkongsi pengalaman serta pengetahuan mereka dalam menjalin kerjasama diantara organisasi-organisasi di peringkat akar umbi.
Pada sesi terakhir bengkel, semua peserta mengenal pasti kekuatan serta kelemahan program-program HIV/AIDS di negeri masing-
masing. Isu-isu yang diketengahkan akan digunakan oleh ExCO myPlus dalam merangka pelan tindakan untuk dua tahun berikutnya,
disamping maklumat dan maklumbalas yang akan diterima oleh wakil negeri yang lain.
CALENDAR
SCKL Marathon 2011
26 June 2011
www.kl-marathon.com
For more information contact
Zarinah @ +603 40451033
-------------------------------------------
ADVOCACY MEETINGS
Meeting at Sungai Buloh Hospital
on the launching of PAL Scheme
The launch of Standard Chartered
KL Marathon at Double Tree by
Hilton Hotel Kuala Lumpur
Exhibition at Pejabat Kesihatan
Kepong, Kuala Lumpur in
conjunction with ‘Program Bazar
Kesihatan Hidup Positif Tanpa
Dadah’ programme
Exhibition at Malaysian Medical
Association in conjunction with
‘Health Education Health
Awareness’ programme
PAL Scheme launch at Sungai
Buloh Hospital, Selangor
For more information contact Guna
@ +603 40451033
Sesi pengetahuan rawatan yang interaktif Sesi perkongsian
Para peserta bengkel khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
Recommended