View
221
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT SEKOLAH BANDAR BATU PAHAT TERHADAP AKTIVITI AMALI
KIMIA
CHIN KONG FOO
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT SEKOLAH BANDAR BATU PAHAT TERHADAP AKTIVITI AMALI
KIMIA
CHIN KONG FOO
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
March, 2006
iii
iv
DEDIKASI
Untuk Ayah
Chin Wah
dan Emak
Lim Bee Hong
Terima kasih di atas dorongan, kesabaran, pengorbanan dan kasih saying daripada ibu
dan bapa untuk menjayakanku. Jasa daripada ibu dan bapa tidak akan anak lupai buat
selama-lamanya.
Kakak dan Adik perempuan yang disayangi
Sokongan dan kasih sayang daripada kakak dan adik perempuan membolehkan saya
terus berusaha tanpa ragu-ragu.
Rakan-rakan seperjuangan
Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup pada masa
akan datang.
v
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia Prof Madya
Dr. Abu Hassan bin Kassim atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Penghargaan juga diberikan kepada Fakulti Pendidikan, UTM, Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Jabatan Pelajaran Daerah Batu Pahat atas kebenaran bagi menjalankan kajian ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan untuk guru dan semua pelajar sekolah
menengah yang terlibat atas kesudian mereka untuk menjadi responden dalam kajian ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan
penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi dan sikap pelajar tingkatan
empat terhadap aktiviti amali kimia di sekolah. Empat aspek yang dikaji adalah
tanggapan dan minat pelajar terhadap amali, tahap penguasaan kemahiran,
penerapan sikap saintifik dan nilai murni di kalangan pelajar sains. Seramai 100
orang responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat
sains dari dua buah sekolah menengah Bandar Batu Pahat. Kajian ini telah
dijalankan dengan mengguna instrumen soal selidik yang mengandungi dua
bahagian: Bahagian A latar belakang responden dan Bahagian B adalah item
berbentuk skala likert yang mengandungi 30 item berasaskan empat aspek kajian.
Data dianalisis secara manual bagi mengira kekerapan dan peratusan. Data
dianalisis dengan mengenal pasti pencapaian kekerapan paling tinggi iaitu mod.
Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tanggapan yang baik dan
sangat berminat terhadap aktiviti amali kimia. Tahap penguasaan kemahiran
santifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar adalah baik. Semasa
melakukan amali, secara tidak langsung sikap saintifik dan nilai murni dapat
diterap di kalangan pelajar. Beberapa implikasi bagi kajian dicadangkan, batas
kajian dinyatakan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan turut
dikemukakan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research was to assess the perception and attitude of form
four students toward their school chemistry laboratory activities. The study was
mainly conducted on four aspects concluded the perception and interest of
students toward laboratory, scientific skill level possessed by students,
penetration of scientific attitude and moral values among science students. One
hundred form four science students which involved in this research had choose
randomly from two secondary school at Batu Pahat. A set of questionnaire
consisting of two parts namely Part A: the background of the respondent and Part
B: 30 statements regarding four research aspects were distributed to the
respondent. Data were analyzed manually by calculating of the frequency and
percentage. The results showed tat overall students do have a good perception
and huge interest on chemistry related laboratory activities. The scientific skill
level possessed by students in the school is also good. Finally, while doing
laboratory, the scientific attitude and moral values have penetrated among the
students indirectly. Some implications of the findings are suggested, limitation
are cited and some suggestions for further research are put forward.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang masalah 3
1.2 Pernyataan masalah 4
1.3 Objektif kajian 5
1.4 Kepentingan kajian 5
1.5 Skop kajian 6
1.6 Batasan kajian 7
1.7 Definisi istilah 7
1.7.1 Persepsi 7
1.7.2 Sikap 7
ix
1.7.3 Pelajar 8
1.7.4 Aktiviti amali 8
1.7.5 Kimia 8
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 9
2.0 Pengenalan 9
2.1 Matlamat kurikulum Kimia KBSM 10
2.2 Kepentingan amali Kimia KBSM 11
2.3 Pemerolehan pengetahuan 13
2.4 Minat 14
2.5 Kemahiran 15
2.5.1 Kemahiran saintifik 16
2.5.2 Kemahiran berfikir 17
2.5.3 Strategi berfikir 19
2.6 Sikap saintifik dan nilai murni 20
BAB III METODOLOGI KAJIAN 22
3.0 Pengenalan 22
3.1 Reka bentuk kajian 22
3.2 Populasi dan sampel 23
3.3 Instrumen kajian 23
3.4 Prosedur kajian 24
3.5 Kajian rintis 25
3.6 Analisis data 26
x
BAB IV ANALISIS DATA & PERBINCANGAN HASIL 28
4.0 Pendahuluan 28
4.1 Analisis data 28
4.1.1 Latar belakang responden 29
4.1.2 Persepsi dan sikap pelajar tingkatan
empat terhadap aktiviti amali kimia 30
4.1.2.1 Tanggapan pelajar terhadap
aktiviti amali kimia di sekolah 31
4.1.2.2 Minat pelajar terhadap aktiviti
amali kimia di sekolah 32
4.1.2.3 Tahap penguasaaan kemahiran-
kemahiran oleh pelajar melalui
aktiviti amali di sekolah 33
4.1.2.4 Penerapan sikap saintifik dan
nilai murni di kalangan pelajar
melalui aktiviti amali di sekolah 34
4.1.2.5 Keputusan keseluruhan bagi
Setiap aspek kajian 35
4.2 Perbincangan hasil 36
4.2.1 Latar belakang responden 36
4.2.2 Persepsi dan sikap pelajar terhadap
aktiviti amali 36
4.2.3 Tanggapan pelajar terhadap aktiviti amali
kimia di sekolah 37
4.2.4 Minat pelajar terhadap aktiviti amali kimia
di sekolah 38
4.2.5 Tahap penguasaan kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir oleh pelajar melalui
xi
aktiviti amali kimia di sekolah 39
4.2.6 Penerapan sikap saintifik dan nilai murni
di kalangan pelajar melalui aktiviti amali
kimia di sekolah 40
BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
KAJIAN LANJUTAN 43
5.0 Pendahuluan 43
5.1 Kesimpulan 43
5.2 Implikasi kajian 44
5.3 Cadangan kajian lanjutan 45
RUJUKAN 47
LAMPIRAN
A Borang soal selidik 50
B Surat pengesahan penyelidikan UTM 56
C Surat kebenaran Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 57
D Keputusan analisis data 60
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
2.1 Huraian objektif Kimia KBSM berasaskan tiga
domain 12
3.1 Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian 25
3.2 Jadual penilaian rujukan kriteria gred 28
4.1 Maklumat latar belakang responden 30
4.2 Taburan kekerapan dan tahap pencapaian berkaitan
dengan tanggapan pelajar terhadap aktiviti amali 31
4.3 Taburan kekerapan dan tahap pencapaian berkaitan
dengan minat pelajar terhadap aktiviti amali 32
4.4 Taburan kekerapan dan tahap pencapaian berkaitan
Tahap penguasaan kemahiran oleh pelajar melalui
aktiviti amali 33
4.5 Taburan kekerapan dan tahap pencapaian berkaitan
dengan penerapan sikap saintifik dan nilai murni di
kalangan pelajar melalui aktiviti amali 34
4.6 Keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian 35
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Sebagai sebuah negara
yang bermatlamat melangkah ke arah status negara maju pada tahun 2020, pendidikan
menjadi satu aspek penting bagi mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan
progesif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Demi merealisasikan matlamat ini,
tumpuan harus diberi kepada pendidikan sains yang merupakan suatu aspek penting
dalam proses globalisasi.
Sains di peringkat sekolah menengah merupakan mata pelajaran teras yang
bertujuan menerapkan pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni dalam
diri pelajar. Kurikulum sains Malaysia terbahagi kepada dua mata pelajaran teras dan
empat mata pelajaran elektif. Empat mata pelajaran elektif yang ditawar untuk sekolah
menengah tinggi adalah biologi, fizik, kimia dan sains tambahan (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2000).
2
Mata pelajaran Kimia KBSM adalah program dua tahun untuk pelajar tingkatan
empat dan lima sekolah menegah atas. Ia dirancang bagi membolehkan pelajar
memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep dan
aplikasinya dalam kehidupan harian (Abu Hassan, 2003).
Pada tahun 2002, kurikulum sains baru telah dilaksana setelah penyemakan
semula kurikulum Sains KBSM yang telah digunapakai sejak tahun 1989. Kurikulum
yang baru memberi penekanan terhadap pemerolehan dan penguasaan kemahiran
saintifik, di samping aspek kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan penerapan
sikap saintifik serta nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikrlum, 2000).
Kimia KBSM baru merupakan kesinambungan Kimia KBSM yang lalu dengan
membuat beberapa ubahsuaian terhadap kandungan serta pendekatan pengajaran-
pembelajaran. Pendekatan pengajaran-pembelajaran dalam Kimia KBSM baru
melibatkan proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran, secara
bersepadu dengan mengambil kira serta memanfaatkan kecerdasan pelajar yang berbagai
(Abu Hassan, 2003). Penekanan yang diberi dalam kurikulum Kimia KBSM yang baru
adalah ke atas bagaimana kemahiran dan strategi berfikir, kemahiran saintifik,
pembelajaran berfikrah, teknologi maklumat dan komunikasi dapat dimanfaat dalam
usaha meningkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran kimia di sekolah
dengan menggunakan strategi inkuiri dan penyelesaian masalah. Pelaksanaan
Kurikulum baru ini diharap dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang saintifik,
progesif serta berilmu. Dengan kata lain, masyarakat Malaysia yang dibentuk
seharusnya mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi, celik sains,
bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai
sumbangan sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam
dan sanggup untuk menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi (Abu Hassan,
2001).
3
1.1 Latar belakang masalah
Proses pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah mengikut perancangan yang
teliti, merangkumi pelbagai jenis aktiviti dan isi pelajaran, bagi mencapai objektif
pendidikan yang dihasratkan (Abu Hassan, 1999). Semasa merancang sesuatu proses
pengajaran-pembelajaran untuk mata pelajaran sains, teknik pengajaran yang biasa
diguna oleh guru adalah kaedah eksperimen. Kaedah eksperimen adalah satu kaedah
yang lazim dijalankan dalam pelajaran kimia. Dalam kaedah eksperimen, pelajar
menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea kimia tertentu.
Melalui aktiviti eksperimen, pelajar dilatih dan dibimbing menyelesaikan masalah
melalui penyiasatan, dengan menggunakan kemahiran dan strategi berfikir, kemahiran
proses dan kemahiran manipulatif (Abu Hassan, 2003). Tugas utama guru dalam kaedah
eksperimen adalah sebagai navigator dan pembimbing untuk membantu pelajar
membuat kesimpulan; di mana dikaitkan dengan objektif pengajaran.
Fenomena yang sering berlaku dalam kebanyakan sekolah adalah guru
menentukan apa yang perlu dilakukan atau tidak boleh dilakukan pelajar dalam makmal,
sebagaimana yang dicadangkan dalam buku teks atau buku kerja amali (Abu Hassan,
2003). Walaupun guru memberi peluang pelajar melakukan eksperimen dalam
kumpulan kecil, tetapi aktiviti dan bahan yang digunakan adalah seragam dalam semua
kumpulan. Kerja amali yang digunakan dalam makmal adalah terlalu stereotaip, tanpa
berusaha melibatkan kaedah stesyen atau serkis. Selepas melakukan eksperimen guru
memberi tahu pelajar jawapan yang betul, dan meminta pelajar membaiki sebarang
jawapan atau pemerhatian yang direkod salah oleh pelajar (Abu Hassan, 2003). Aktiviti
sedemikian hanya memberi peluang kepada pelajar untuk memahirkan tangan semasa
melakukan sesuatu kerja amali, tanpa berusaha untuk mengembangkan aspek kognitif,
afektif serta kemahiran proses sains; khususnya sikap positif terhadap sains, pemikiran
kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah (Abu Hassan, 2003). Akibatnya, objektif-
objektif yang digaris dalam kurikulum kimia tidak dapat dicapai sepenuhnya dan aktiviti
amali dalam makmal sekolah tidak dapat menimbulkan minat pelajar. Seterusnya pelajar
juga tidak dapat menguasai kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan sikap saintifik
4
serta nilai murni. Dengan kata lain, aktiviti makmal menjadi tidak bermakna; hanya
sekadar untuk melengkapkan sukatan pelajaran sahaja.
1.2 Pernyataan masalah
Selaras dengan perkembangan pendidikan semasa, penguasaan kemahiran
saintifik serta penerapan nilai murni pelajar mula dinilai dalam bentuk formatif bagi
menggantikan penilaian peperiksaan amali di peringkat SPM. Maka pada tahun 1999,
PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5, bagi menggantikan
Peperiksaan Amali Bagi mata pelajaran Biologi / Fizik / Kimia di peringkat SPM (Lee,
2002). Matlamat utama pelaksanaan PEKA adalah untuk mempertingkatkan penilaian
prestasi pelajar, khususnya melibatkan penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan
nilai murni, yang dilakukan secara formatif di peringkat sekolah (Abu Hassan, 2001).
Sehubungan dengan pelaksanaan PEKA di peringkat SPM, maka proses
pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah lebih banyak melibatkan aspek
penyiasatan dalam usaha memupuk sikap positif pelajar terhadap aktiviti amali. Dengan
kata lain, aktiviti makmal yang dirancang bukan saja harus menarik minat terhadap mata
pelajaran kimia, malah melalui aktiviti amali diharap dapat menerapkan nilai-nilai murni
dan sikap saintifik dalam diri pelajar. Di samping itu, aktiviti amali juga memberi
peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
Maka permasalahan utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pengajaran-
pembelajaran kimia di sekolah yang banyak melibatkan aktiviti amali:
i . Apakah tanggapan pelajar tingkatan empat terhadap aktiviti amali di
sekolah?
ii. Adakah pelajar berminat untuk melakukan amali kimia di sekolah?
5
iii. Adakah pelajar dapat menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir melalui aktiviti amali?
iv. Adakah sikap saintifik dan nilai murni diterap dalam diri pelajar melalui
aktiviti amali?
1.3 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi dan sikap pelajar
tingkatan empat terhadap aktiviti amali kimia di sekolah.
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk :
i) Mengenal pasti tanggapan pelajar tingkatan empat terhadap aktiviti amali
di sekolah.
ii) Mengenal pasti minat pelajar terhadap aktiviti amali di makmal.
iii) Mengkaji tahap penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
yang dikuasai oleh pelajar.
iv) Mengkaji penerapan sikap saintifik dan nilai murni di kalangan pelajar.
1.4 Kepentingan kajian
Pengajaran sains yang berkesan seharusnya selari dengan kaedah dan sikap yang
diguna oleh para saintis semasa mereka menyiasat fenomena alam; bukan setakat
menyatakan semula fakta dalam peperiksaan (Mohd. Ishak, 1999). Sehubungan dengan
ini satu kajian dirancang demi mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan aktiviti amali
6
kimia kepada proses pengajaran-pembelajaran kimia di sekolah. Selaras dengan
matlamat ini, kajian dijalankan dengan bertujuan untuk mengetahui persepsi dan juga
sikap yang ditunjuk oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti makmal sekolah.
Melalui maklumat dan maklum balas yang diperolehi daripada kajian diharap
dapat memberi manfaat kepada para pelajar untuk mengesan kelemahan diri dan
kemahiran-kemahiran yang tidak dikuasai, seterusnya memperbaikinya. Pihak sekolah
dan guru juga harus memberi perhatian kepada strategi mengajar dan pelajar-pelajar
supaya mereka tidak menghadapi sebarang masalah semasa merancang aktiviti amali.
Guru juga boleh merancang aktiviti-aktiviti makmal yang bersesuaian dengan minat
pelajar seterusnya meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada pihak
Kementerian Pelajaran dan institusi pendidikan dalam mengkaji dan merancang
kurikulum yang sesuai. Berasaskan kepada hasil kajian, mereka dapat mengenal pasti
dan memahami masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia
seterusnya pihak berkenaan boleh berusaha merancang satu kurikulum baru yang lebih
bersesuaian demi memperbaiki kelemahan yang ada.
1.5 Skop kajian
Kajian ini memberi tumpuan kepada persoalan yang berkaitan dengan persepsi
dan sikap pelajar terhadap aktiviti amali kimia di sekolah. Aspek-aspek yang dikaji
merangkumi pemerolehan pengetahuan, minat, kemahiran yang dikuasai dan sikap
saintifik dan nilai murni yang diterap dalam diri pelajar.
Recommended