View
103
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
AHLI KUMPULAN
NORHIDAYAHWATI BINTI SALIM
FATIMAH HIKMAH BINTI SAIPUL ANUAR
NOOR HAZIMAH BINTI ZAINUDDIN
SITI FAIRUS BINTI AHMAD
MUHAMMAD RUSDI BIN SAMSUDIN
LATAR BELAKANG
Hikayat MerongMahawangsa merupakan salah sebuah karya agung
Karya ini selesai disalin semula
iaitu pada tahun 1316.
Fakir diminta oleh sultannyaiaitu Sultan Muadzam Syah
untuk menulis hikayat.
Bertujuan untuk memastikan agar anak cucu keturunan sultan
Kedah mengetahui tentang asal usul, peraturan segala
raja-raja Melayu dan istiadat raja-raja Melayu.
Burong Garuda dengan Nabi
Allah Sulaiman
Angkatan Raja Merong
Mahawangsa yang telah dimusnahkan
Kerajaan Negeri Kedah
Pembukaan kerajaan baru
Pemerintahan Merong
Mahadipusat
Hubungan antara Kedah dan Siam.
Raja bersiung.
Mencari raja baharu
Kedatangan Islam
Ciri-ciri karya agung
Pemikiran dalam karya agung
Nilai budaya dan pandangan hidup
dalam karya
Nilai ilmu dalam karya agung
Teknik kepengarangan dan seni bahasa
dalam karya agung
Pemikiran dalam karya
Pembukaan Negeri Kedah
Penubuhan kerajaan
Asal usul raja dan kedaulatan pemerintahan
beraja.
Kedatangan Islam yang
merangkumi pemelukan raja
dan rakyat.
• “Maka sembah kaum gergasi itu, ‘ Patik sekalian pun lebih lagi kesukaan kerana patik sekalian ini tiada menaruh raja pada tempat ini, Jikalau demikian baiklah duli tuanku cuba
berangkat melihat tanah ini yang patut tempat hendak duduk. Maka Raja Merong Mahawangsa pun berangkatlah untuk melihat susuk tanah untuk diperbuat kota parit balai istana diiringkan kaun gergasi dengan segala menteri lalu bertemulah dengan tanah bumi yang
baik, terlalu indah tempat-tempatnya, menjadi tiadalah turun ke bahteranya, gila dengan membuat kota istana dengan balainya yang terlalu amat besarnya lagi dengan indahnya.
Setelah sudah balai itu maka dinamai akan dia “Langkasuka” kerana mengerjakan itu dengan makan minum dan bersuka-sukaan serta dengan beberapa binatang jenisnya daripada rusa, kijang, pelanduk, napuh, sapi dengan segala perburuan yang dimakan oleh sekaliannya.”
• (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 12)
“Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rum, sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini patutlah kita
namakan sesuatu akan dia. Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga
mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian,
hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.”
• (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
“Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja Merong Mahadipusat,
jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini, hendaklah anakku
rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang sebelah
selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini dan seorang sebelah matahari naik antara
timur laut.” (Hikayat Merong Mahawangsa,
halaman 30)
Anakandanya yang tua telah dihantar untuk membina sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Benua Siam. Anakandanya yang
tengah pula dihantar untuk membina kerajaan yang dinamakan Negeri perak
manakala anakanda perempuannya pula telah
memerintah sebuah kerajaan yang bernama Patani. Manakala
anakandanya yang akhir diberikan takhtanya untuk diwarisi apabila
baginda mangkat kelak.
Raja-raja Kedah berasal daripada Raja Merong Mahawangsa dari Rum.
Selepas Raja Merong Mahawangsameninggalkan zuriatnya di Negeri Kedah, ia
balik ke Rum. Daripada keturunannya lahirlah dinasti kesultanan Kedah
Raja-raja Kedah daripada keturunan Raja Merong Mahawangsa ini semuanya baik-baik
belaka kecuali Raja Phra Ong Maha PeritaDeria atau Raja Bersiung yang kejam dan
zalim.
“Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia pun menyarungkan
pedangnya serta bertitah, ‘ Baiklah, lalu berangkat keluar ke balai rong bertitah , ‘ Mana penghulu
biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh sulakan itu pada hari ini? Ambil
cawan itu, isikan darahnya, bawa ke mari kepada aku.” (Hikayat Merong
Mahawangsa, halaman 46 & 47)
Syeikh Abdullah yang mengikuti Penghulu Syaitan Iblis.
Penghulu Syaitan Iblis cuba untuk menyesatkan Raja PhraOng Mahawangsa dengan arak
dan air kencingnya, menyebabkan Syeikh Abdullah
menghalangnya
Syeikh Abdullah muncul di hadapan Raja Phra Ong
Mahawangsa
Kehadiran Syeikh Abdullah di hadapan Raja Phra Ong
Mahawangsa telah menyedarkan baginda kerana Syeikh Abdullah
telah menerangkan segala-galanya kepada baginda
Baginda telah dibukakan hati untuk menerima ajaran Islam
yang dibawa oleh Syeikh Mahawangsa
“Maka kata Raja Phra Ong Mahawangsa, ‘Jikalau demikian, hendaklah tuan hamba tolong
hamba sekalian ini, ajarkan agama Islam yang sebenar itu.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 100)
Titik tolak kepada pengislaman rakyat jelata yang berada di
bawah pemerintahannya
Perubahan pada namanya iaitu Raja Muzalfar Syah
Sistem pentadbirannya berlandaskan agama Islam.
NILAI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:
1081), nilai adalah taksiran harga, harga
sesuatu yang dibandingkan dengan harga
yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan
darjat, mutu, serta taraf.
•Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat
keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.
Nilai
BUDAYA Bahasa Inggeris (culture), berasal
daripada Latin iaitu colore (menanam atau
mengerjakan).
Secara umumnya, budaya bermaksud
segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh
manusia.
Sanskrit iaitu duddayah
perkataan jamak bagi buddhi yang bermaksud budi
pekerti atau akal.
PANDANGAN HIDUPDilihat melalui satu sudut
pandangan yang dipengaruhi
oleh satu sistem nilai
tertentu.
Daripada perspektif Islam,
pandangan tentang realiti atau
hakikat yang terjelma dari
mata hati manusia mengenai
kewujudan seluruh alam.
Pangangan Hidup
• Taat kepada perintah raja
• Menghormati ibu bapa
• Memuliakan orang tua
• Belas kasihan
Nilai
• Islam
• Hindu
• Adat perkahwinanBudaya
• Menghormati autoriti
• Percaya pada takdir
• Berpegang pada janji
• Menganggungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan
• Mengambil keputusan daripada tindakan yang difikirkan
• Sentiasa memelihara hubungan baik
• Pemenang akan berkuasa
• Memerintah dengan adil dan saksama
Pandangan
Hidup
NILAI
Taat pada raja
Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja Merong
Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian itupun
mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-ingat serta
memegang senjata masing2 tangan.
(HMM, hlm 6)
Menghormati orang tua
Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-lahan, “ Hai
ibuku, bahawa dengan sesungguhnya beta ini manusia juga. Betalah
anak raja Rom, hendak pergi kahwin dengan puteri anak raja Benua
China dengan beberapa buah bahtera…
(HMM, hlm 14)
Belas kasihan
Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalulah belas
kasihan hatinya mendengarkan hal anak raja Rom itu lalu ia
pun kembali pada tuan puteri persembahkan hal itu sekalianya
dengan suka tertawanya.
(HMM, hlm 14)
BUDAYA
Budaya Hindu
Maka sembah seorang menteri daripada dewa-
dewa, ‘Ada, tuanku, kepada dataran tanah besar sebelah
Pulau Seri namanya, ia membuat negeri serta hendak
menanti ambil kalau-kalau ada duli tuanku hidup.’
(HMM, hlm 21)
Adat PerkahwinanMaka Raja Merong Mahawangsa pun berangkatlah masuk ke istana
diiringkan oleh anakanda baginda itu serta menyuruh memulai kerja berjaga-
jaga mengerjakan anakanda baginda itu, dengan makan minum dan bersuka-
sukaan dengan beberapa banyak perburuan yang disembelih jadi tambul orang
berjaga-jaga itu, serta dengan segala permainan daripada gong, gendang,
serunai, nafiri, harbab, kecapi, dandi, muri, kopak, ceracap, serdam, bangsi,
nahara, menjadi empat puluh hari empat puluh malam yang berjaga makan
minum dengan segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian,
terlalulah ramainya. Setelah genaplah empat puluh hari, maka pada hari yang
baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah dikahwinkan anakanda
baginda itu dengan seorang anak raja perempuan, …
(HMM, hlm 29-30)
Budaya Islam
…Adapun yang harus bagi kita perbuat masjid
tempat sembahyang itu diperbuat gendangraya kepada
delapan hari sekali dipukul daripada pagi sampai waktu zuhur,
sembahyang Jumaat. Maka berhenti tanda berhimpun segala
anak mukim hendak sembahyang Jumaat kepada masjid itu,
kadar kedengaran bunyi dendang raya. …
(HMM, hlm 103)
PANDANGAN HIDUP
Pemenang akan berkuasa
Demi didengar oleh Raja Kelana Hitam, maka naik marahlah ia, mukanya
merah seperti bunga raya, serta titahnya, ‘Main yang mana kamu tewas dan
peperangan yang mana kamu sudah alah, tiada patutkah aku menjadi raja didalam
negeri Kedah? Jika tiada boleh aku menjadi raja dengan baik, maka kuambil juga
dengan senjataku. Maka hendaklah kamu katakan pada penghulu engkau itu, jikalau
ia hendak menggalang-galang dan menyekat kami sekalian ini hendak pergi ke negeri
Kedah itu, keluarlah ia ke medan peperangan melihatkan pertikaman kami, baik esok
atau sekarang ini, itupun yang mana jadi keseukaan kamu.’
(HMM, hlm 64)
Sentiasa memelihara hubungan baik
Maka utusan itupun diberinya persalinan, dan hadiah akan
paduka kakanda pula dengan beberapa pakaian yang indah2 dan kain yang
halus2 serta dipesan pula oleh Raja Seri Mahawangsa dengan titahnya,
‘Hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara kita, jika ia
beroleh anak beri jua khabar ke negeri Kedah ini, demikianlah kita
hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun, kita pesan taruh kepada anak
chuchu kita biar sampai kepada akhir zaman, nischaya tersebutlah nama kita
pada alam dunia ini tanda kita berkasih-kasihan.’
(HMM, hlm 38-39)
Pemerintahan yang adil dan saksama
Setelah itu lalu diperjamukan makan minum pula kepada sekaliannya itu
serta dengan memalu bunyi-bunyian dan mengajarkan Raja Phra Ong Mahaputisat
itu sharat orang menjadi raja: ‘Mahulah baik2, menaruh sabar dan mengasihani
diatas segala rakyat bala dan daripada hamba sahaya sekalipun mahulah dengan
adil dan murah hati dengan memberi derma kurnia sedekah akan fakir miskin
dan yang patut dibunuh sehari itupun hendaklah ditaruh sampai tiga empat
hari supaya dihalusi baik2 baru dibunuh…’
(HMM, hlm 71)
NILAI ILMU
Yayasan Karyawan (2000) terdapat beberapa
gambaran secara menyeluruh tentang budaya
ilmu orang Melayu. Gambaran ini diperoleh
daripada tradisi Melayu sumber ilmu yang
penting berkaiatan dengan pengalaman (
praktik ), abad dan budi. Ilmu berdasarkan
pengalaman dan pemerhatian lebih penting
daripada ilmu abstrak.
Nilai
Ilmu
Ilmu Etika(Ilmu tingkah
laku baik atau
buruk)
Ilmu
Estetika(Ilmu
keindahan
dan kesenian)
Ilmu
Kosmologi(Ilmu berkaitan
dengan alam)
Ilmu
Teologi(Ilmu
Ketuhanan-
dalam sudut
Islam)
HIKAYAT MERONG
MAHAWANGSA
ILMU TEOLOGI
“ Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai burung geroda, demi Tuhan yang
menjadikan aku, adapun jodo pertemuan itu di dalam batu atau di dalam kayu sekalipun
tiada yang dapat menceraikan dia’
(HMM, hlmn 3)
“…berbuat amalan ibadat sahaja kepada ALLAH subhanu wa taala dengan
membawa syariat Nabi Muhammad Rasullullah dengan kebetulan kitab Furqan yang
mulia lagi yang keramat, iaitu dinamakan Quran…
(HMM, hlmn 77)
“Maka sangatlah Shekh Abdullah Amani menghafaz Quran itu. Maka ia membaca tafsir
( HMM, hlmn 78)
ILMU ESTETIKA
“Maka Raja Merong Mahawangsa pun bertitah kepada sekaliannnya suruh beringat-
ingat alat senjata masing-masing tangan serta mengisi ubat bedil Meriam, jangan
dialpakan.”
(HMM, hlmn 6)
“…masing-masing memegang senjata. Maka Raja Merong Mahawangsa pun naiklah ke atas
beranda bahteranya itu dengan alat senjata serta memegang panahnya yang bernama
Berana Pura itu…”
(HMM, hlmn 8)
“…serta dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri, harbab,
kecapi, dandi, muri, kopak, ceracap, serdam, bangsi, nahara, menjadi empat puluh
empat malam…”
(HMM, hlmn29)
ILMU KOSMOLOGI “…hamba menceraikan anak raja kedua itu nescaya hamba undurlah daripada bawah langit dan atas bumi daerah
tempat kediaman segala manusia sekalian ini.”
(HMM, hlmn 3)
“Setelah demikian datang pula burung geroda itu kesaktian menurun hujan, angin ribut guruh itu, maka segeralah
ia …”
(HMM, hlmn 7)
“ Lalu terbanglah pula ia pergi menuju mahaligai Raja Benua China itu serta ia menurunkan angin ribut, taufan,
hujan, kilat, guruh, petir halilintar serta kelam kabut zulmat berdahanam bunyinya tiada siapa…”
(HMM, hlmn 1)
“…baharulah bertemu dan berhenti pada tanah yang baik kepada suatu anak sungai, airnya lepas ke laut, lagipun
tanahnya rata, orangnya pun banyak.”
(HMM, hlmn 33)
ILMU ETIKA “Maka Raja Merong Mahawangsa pun duduk di dalam negeri yang yang baharu
diperbuatnya itu, hingga sampai beroleh seorang putera laki-laki, terlalu baik rupa
parasnya, serta dengan besar, panjang nipis, agung-agungan, ditakuti oleh orang sekalian.”
(HMM, hlmn 25)
“Maka tiada berapa lamanya selang setahun maka baginda pun beroleh pula seorang anak
perempuan, itu pun terlalu sekali baik rupa parasnya, cantik manis,… Kemudian daripada
beberapa tahun pula mendapat lagi satu putera laki-laki yang terlalu baik rupa parasnya
mengikut kakanda baginda kedua itu. Maka budi pekerti serta akal bicara pun terlalulah
baik.
(HMM, hlmn 31)
Kepengarangan merujuk kepada keterampilan,
kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang itu
dalam berkarya.
Pengalaman diperoleh melalui bayangan, ingatan,
kutipan, pengaruh, pembacaan, pemerhatian,
pengamatan, kajian dan penyelididikan dan apa sahaja
unsur yang hadir termasuk yang bersifat konseptual
dan kontekstual.
Negara-negara ternama di daerah Kepulauan Melayu
telah mengabadikan sejarah awal masing-masing
dengan menghasilkan beberapa karya historiografi.
Seorang pengarang dari istana Kedah telah
menempa namanya yang tidak bertulis apabila beliau
menghasilkan Hikayat Merong Mahawangsa dan
meletakkan karya itu staraf dengan lain-lain karya
historiografi Melayu.
pengarang telah menggembelingkan fakta-fakta sejarah dengan unsur-unsur
mitos. Di antaranya ialah dalam kisah
Nabi Allah Sulaiman dan burung garuda
Raja Bersiung
Pemberontakan menentang Raja Bersiung.
Perhubungan dengan Siam.
Raja Buluh Betung dan Puteri Seluang.
Kedatangan Islam
Unsur realiti di dalam peristiwa ini ialah Nabi Allah Sulaiman sendiri
serta dengan mukjizatnya.
Unsur mitos pula muncul dalam bentuk burung garuda dan perkahwinan
Putera Raja Rom dengan Puteri Raja Cina. Pengarang telah mencadangkan
percantuman dua kuasa besar, satu dari sebelah barat dan satu dari sebelah
timur. Peristiwa inilah penting kerana membawa kepada pembukaan negeri
Kedah yang disebut oleh pengarang sebagai 'Langkasuka'.
Dari suatu sudut, pengarang menggambarkan Raja Bersiung sebagai tidak
berdaya mengendalikan nafsunya. Tumbuhnya siung bukanlah atas kehendak
dirinya sendiri. Pengarang ingin menyelitkan pembelaan seolah-olah Raja
Bersiung tidak patut dipersalahkan atas apa yang berlaku.
pengarang menganggap perbuatan memakan manusia itu
sesuatu yang ganjil dan gagah yang harus dikagumi. Dengan
ini pengarang menyatakan bahawa rajanya adalah berasal
daripada keturunan raja yang megah dan berani. Seluruh
peristiwa ini merupakan suatu mitos untuk merakamkan
keagungan asal usul raja.
Kedaulatan raja masih dijaga dengan tidak membenarkan
beliau jatuh ke tangan rakyat yang memburunya. Malah ia
dikatakan hilang begitu sahaja di dalam rumpun buluh betung.
Pengarang historiografi Melayu bukanlah pengarang
biasa untuk hanya mengemukkan sejarah negerinya.
Tanggungjawab lebih besar kerana ia juga harus
mempertahankan kedaulatan dan maruah rajanya.
Keistimewaan Hikayat Merong Mahawangsa yang
teragung ialah cara yang dipilih oleh pengarang untuk
mengisahkan bagaimana Raja Phra Ong Mahawangsa
memeluk agama Islam.
Pengarang mengatakan Islam yang sampai ke Kedah
itu telah dibawa oleh Sheikh Abdullah dari Baghdad.
Pilihannya wajar bukan sahaja nama itu mengandungi
'aura'nya yang terasing tetapi juga kerana Baghdad tidak
kurang pentingnya sebagai suatu pusat perkembangan
dan pentadbiran kerajaan Islam.
TEKNIK
PEMERENGGANAN
Perenggan adalah unit karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang
antara satu dan lain mempunyai hubungan dari segi makna dan tatabahasa.
Teknik Penyenaraian
Menulis dalam bentuk senarai dan mengikut urutan
Dalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan jikalau tiada denganjanji daripada Tuhan alam. Pertama rezeki…. Kedua, perkara yang memutuskanrezekinya…. Ketiga, perkaranya jodo pertemuan…
(hlm 20 baris 17)
Teknik Pentakrifan
Keterangan atau penjelasan yang sesingkat mungkin tentang sesuatu perkataan.
Sulalatus Salatin iaitu peraturan segala raja –raja.
( hlm 2 baris 3)
Teknik Percontohan
Benda (sebahagian benda-benda) yang sifat-sifatnya (rupa, macam, keadaan) sama dengan
semua benda daripada jenisnya, benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat-
sifatnya.
…serta dengan beberapa binatang jenisnya daripadarusa, kijang, pelanduk, napuh, sapi dengansegala perburuan yang dimakan oleh sekaliannya.
(hlm 12 baris 41)
Teknik Soalan Jawapan
“Siapakah tuan ini? (soalan) Berkata benarlah, jinkah atau
manusiakah?” ….. “Hai ibuku, dengan sesungguhnya beta ini manusia
juga”(jawapan)
(hlm 14 baris 13)
Teknik Jawapan Soalan
‘Kalau-kalau ada hidup (jawapan), apa jua katamu?’. (soalan)
(hlm 19 baris 5)
Teknik Soalan-Jawapan-Soalan
Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung Geroda,
apa khabarnya yang engkau berjanji hendak pergi berbuat?
Adakah dapat engkau perbuat seperti cakapmu itu atau
tiadakah?” (soalan) Maka sembah burung geroda, “Ya
Nabi Allah, sudahlah hambamu kerjakan seperti
kehendak hambamu itu.” (jawapan). Maka sabda Nabi
Allah Sulaiman, “Betapa perinya perbuatan engkau atas
kedua anak raja dua buah negeri itu?” (soalan)
(hlm 18 baris 9)
Teknik Urutan Ruang
Setelah sudah lengkap kota istana, kemudian segala menteri
hulubalang pun masing-masing berbuat rumah dan kampung,
diaturnya berkeliling kota rajanya.
(hlm 13 baris 4)
Teknik Perbandingan
“ Baik, perbuatlah oleh tuan hamba barang kuasa engkau, tetapipesanku kepada engkau tatkala sudah tetap engkau boleh
menceraikan jodo pertemuan manusia itu, hendaklah engkau datang ke
mari ceterakan kepada aku.”
( hlm 4 baris 1)
Teknik Falsafah
Maka tetaplah Raja Merong Mahawangsa dia atas takhta kerajaan dengan adilmurahnya.
(hlm 13 baris 19)
Teknik Pengkelasan
…segala raja – raja yang besar – besar yang bermakuta, dengan segala menteri danpara penggawa, hulubalang, sida – sida, bentara, biduanda sekalian, penuh
sesak di balai paesban agung…
( hlm 4 baris 31 )
Teknik Kontras masa
…makinlah bertambah-tambah rakyatnya daripada sebulan kepada sebulan,
daripada setahun kepada setahun, makin banyak segala orang pindah ke
negeri itu.
(hlm 30 baris 16)
RETORIK
Pemerian : Penulisan jenis deskriptif dan bertujuan menggambarkan
sesuatu idea.
Setelah ratalah sudah dicarinya lalu bertemulah dengan manusia yang tiadaberketahuan rupanya, penuh dengan kapang segenap tubuhnya, matanya juga terkelip-kelip.
(hlm 13 baris 40)
Pemujukan : Dalam retorik ini penulis berusaha mengubah dan
mempengaruhi pemikiran, keyakinan, dan pandangan pembaca.
“Hai mak inang, sabarlah dahulu, nanti datang burung geroda itu ke mari kita pinta
kepadanya segala pakaian”.
(hlm 15 baris 14)
Penceritaan : Menyampaikan sesuatu cerita iaitu menghubungkan beberapa
siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik
Adapun raja itu ayahnya daripada indera – indera dan bondanya itu asaldaripada dewa – dewa. Maka terbukalah pintu hatinya gemar dan suka iaberisteri akan anak Raja Gergasi, kerana puteri itu kecil lagi baik rupaparasnya dan asal bondanya daripada raksasa. Maka jadi tiadalah sukabondanya Raja Merong Mahawangsa akan dia beristeri akan tuan puteriitu. Maka oleh raja Merong Mahawangsa, barang ke mana ia pergidibawanya pergi isteri bersama – sama dengan dia, tiada ditinggalkandengan segala menteri, para penggawa, hulubalang, sida – sida, bentara, biduanda, rakyat sekalian, kerana Raja Merong Mahawangsa itu iaketahui ilmu kesaktian dan ditakuti oleh sekalian raja – raja.
(hlm 4 baris 40)
Penerangan : penerangan tentang sesuatu perkara dengan
terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.
Maka Nabi Allah Sulaiman tersenyum mendengar sembah burung geroda itu. Maka
sabda Nabi Allah Sulaiman kepada raja jin yang bernama Harman Syah,
“Hendaklah tuan hamba suruh akan menteri tuan hamba barang
seratus orang pergi ambil puteri anak raja China itu. Maka hendaklah
dibubuh ke dalam petinya ketiga berhamba itu serta dengan anak
raja Rom itu. Pada ketika ini juga mahu sekalian itu mari ke hadapan
hamba.”
(hlm 19 baris 15)
STILISTIK (GAYA BAHASA)
Menurut Abu Hassan ( 2012 : 15 ) dalam bukunya bertajuk Seni
Mengarang stilistik berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik
mengindahkan bahasa supaya tampak menarik tetapi maknanya akan
lebih mudah difahami dan lebih memberi kesan kepada khalayak
pembaca.
Strategi skema - penyimpangan atau perubahan dari segi bentuk ayat atau
susunan perkataan
Skema Keseimbangan
“Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segalaraja – raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui olehsegala anak cucu kita yang kemudian daripada ini, serta dikurniai dengansejarahnya.”
( hlm 1 baris 21 )
Skema Perulangan
Anafora- Pengulangan perkataan yang sama pada permulaan klausa.
Maka burung geroda itulah yang diam di pulau mencari makan. Maka burung itu pun pada masa zaman Seri Rama dan Anduman biasa masuk perang, banyak jugakesaktiannya dan banyak juga segala binatang yang terbang yang berjalan di bumi takutakan dia.
(hlm 2 baris 29)
Asonansi- Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam
suku kata yang diberi.…bedil meriam yang dipasang itu seperti bunyi guruh dan tagar, terlalu gempita, alamat di lautitu tiadalah.
(hlm 6 baris 8)
Aliterasi- Pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih
kata kata yang bersebelahan.
..dilihat oleh burung geroda terlalu banyak alat senjata yang datang hendak mengenai dia, maka iapun tiada ambil tahu kerana tiada memberi guna kepada burung geroda itu, …
(hlm 7 baris 10)
Epistrop- Pengulangan perkataan yang sama pada akhr klausa yang berturutan
Maka segera dipandang oleh utusan itu, dikenalnyalah bahawa utusan itu menteri pada raja Rom, lalu katanya pada orang Rom itu..
(hlm 26 baris 35)
Antiklimaks- Penyusunan kata-kata atau frasa
atau klausa dalam urutan kepentingan yang
menurun.Maka adalah antara sepuluh lima belas hari lamanya Raja Ong Maha Perita Deria bermain di dalam hutan rimba itu, lalu dihantarkan oleh gajah itu akan rajanya ke kota hingga sampaike balairung, ia menerumkan…
(hlm 44 baris 16)
Polisindeton- Pengulangan kata hubung…bahtera itu pun berkampunglah jadi suatu pula, serta melabuhkan sauhnya masing-masing, serta memegang alat senjata pada segenap tangan dan berjaga tali akar dan mengisi ubatsegala bedil meriam.
(hlm 9 baris 13)
Skema Penguguran
Elipsis- pengguguran sebahagian kata dalam suatu ungkapan, tetapi dapat
difahami dalam konteks berkenaan
Maka segera dipandang oleh utusan itu, dikenalnyalah bahawa utusan itu menteri pada
raja Rom, lalu katanya pada orang Rom itu,...
(hlm 26 baris 35)
Skema Ragaman
frasa yang tidak dapat dihimpunkan dalam salah satu kumpulan skema
Khusus – Umum- Sebut nama tempat khusus barulah secara umum
Maka pada malam itu… ia tiada di Gunung Jerai ia pergi keduanya ke negeriPatani mendapatkan rajanya.
(hlm 44 baris 27)
Strategi majaz - Majaz bermaksud memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat
difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk.
Majaz Pertentangan
Hiperbola- Penggunaan kata atau kiasan yang terdiri daripada ungkapan yang berlebih-
lebihan untuk menerangkan sesuatu.
…habislah mati orang berhamburan pada segenap laut itu, tiada lagi hidupbarang seorang jua pun.”
(hlm 18 baris 38)
Majaz Pertautan- gaya bahasa pertautan merupakan hubungan pertautan makna sama
ada yang bersifat simbolik, perumpamaan/ tamsilan.
Metonimi- Pengganti dengan menamakan sesuatu benda yang erat hubungannya
dengan perkara yang dimaksudkan.
… alat senjata pada segenap tangan dan berjaga tali akar dan mengisi ubat segala bedilMeriam
(hlm 9 baris 15)
Majaz Ragaman- Penggunaan strategi retorik yang tidak digolongkan
dalam kategori majaz yang sudah dibincangkan kerana kepelbagaian
bentuk dan struktur kemajaziannya
Ekslamasi- Penggunaan kata seru
“Hai Pusar Sempani Gembira, pergilah engkau lawan burun geroda itu”.
(hlm 9 baris 21)
Majaz Melayu
Simpulan bahasa
Maka anak raja Rom itu pun jatuhlah hatinya, jadi tiadalah takut keduanya ituakan burung geroda itu.
(hlm 17 baris 19)
KESIMPULAN Penghasilan karya agung yang menarik tentang kisah keturunan raja khususnya melibatkan
kerajaan negeri kedah.
Penceritaan yang menarik dengan menonjolkan beberapa aspek mengenai nilai budaya dan
pegangan hidup, nilai ilmu yang diamalkan.
Gaya penulisan yang menarik minat pembaca dengan menghasilkan teknik yang sesuai.
Dapat dijadikan pedoman untuk generasi yang akan datang.
SEKIAN
TERIMA KASIH
Recommended