View
411
Download
4
Category
Preview:
DESCRIPTION
esagsethth
Citation preview
SITI NAJWA BT MUHAMMAD (2011159949)
NUR SYAZA BT ADZHAR (2011756865)
NURUL FASIHA BT KHAIRUL UMAR (2011121321)
NUR ATIQAH BT HARIS (2011923083)
NOR SYAZWANI BT SULAIMAN (2011797619)
TUNKU INTAN SHAFINAZ BT TUNKU NAJMI (2011784063)
CTU 231
AMALAN PERAKAUNAN ISLAM DALAM BIDANG
MUAMALAT DI MALAYSIA
PN.FATHIAH BT FATHIL
PENDAHULUAN
• Perakaunan islam : rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan melibatkan pembayaran
(penerimaan) wang, rakaman perbelanjaan(penerimaan) wang pada ruang debit dan kredit buku kira-kira.
• Muamalat : semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang
seperti jual-beli, tukar- menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.
: tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan syariat Allah S.W.T yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial islam.
PERKARA YANG BERHUBUNG MUAMALAT
1. MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG)
Perkataan al-murabaha terbitan daripada kata kerja rabaha yang bermaksud saling memberi keuntungan di antara pembeli dan penjual.
Bay’ al-murabahah dapat digambarkan sebagai satu bentuk muamalat melalui konsep jualan tambah keuntungan.
Dengan menggunakan kaedah bay’ al-murabahah, pemilik barang (iaitu pihak bank) membuat perjanjian jual beli dengan pelanggan.
Konsep murabahah ini dalam konteks perkembangan sistem perbankan islam, sebenarnya telah mentransformasikan aktiviti pinjaman berbentuk konvensional kepada perjanjian kontrak jual beli yang bebas dari elemen riba, dimana pemiutang membeli bahan mentah, aset ataupun peralatan yang diminta oleh penghutang dan seterusnya pemiutang menjual barangan tersebut kepada penghutang pada harga yang lebih tinggi daripada harga pertama dan ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Contoh : Umpamanya seseorang berkata : "Barangku ini aku beli berharga RM100,sekarang berilah aku keuntungan 10%" lalu diterima oleh orang yang akan membeli.
-Maka penjual diatas mendapat untung RM10 dari modal belian beharga RM100.
2.WADI’AH (SIMPANAN)
Ertinya barang yang diserahkan (diamanatkan) kepada seseorang supaya barang itu
dijaga dengan baik. Jadi barang wadi’ah itu bererti barang amanat yang harus
dikembalikan kepada orang yang empunya, bila ia datang meminta.
Wadi’ah atau simpanan adalah konsep perbankkan islam yang hampir sama dengan
konsep akaun simpanan dalam perbankan konvesional.
Dalam konsep wadi’ah, bank dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah dana.
Contoh : seseorang pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank dan bank
akan menjamin pembayaran balik kesemua amaun deposit berkenaan atau sebahagian
daripada amaun belum jelas apabila pendeposit memintanya. Pendeposit mungkin
akan diberikan “hibah” (hadiah), atas budi bicara bank, sebagai satu bentuk perhargaan
kerana membenarkan penggunaan dana pendeposit oleh bank.
.
3. BAI’USSALAM (PENANGGUHAN PENYERAHAN BARANG)
Perkataan Salam itu asal maknanya serah atau tangguh, maksudnya disini iatu
menjual sesuatu barang yang disifatkan kepada tanggungan seseorang yakni
jual secara pesanan atau memesan barang.
Contoh: umpamanya Zaid berkata kepada si Ali : “buatkanlah saya satu seluar
dari kain wool (kain yang diperbuat daripada bulu biri-biri) yang berwarna
kuning muda, ukurannya 105cm panjang, 70 cm pinggang, 25.5cm besar kaki,
43cm lebar pinggul, kocek belakang satu dan sebagainya dengan harga
RM100”.
4. AL-IJARAH (UPAHAN)
Menurut istilah Bahasa Arab, kalimah ijarah merujuk kepada bayaran
yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai
ganjaran kepada apa yang dilakukannya.
Dalam islam terdapat dua jenis ijarah, iatu :
i. Ijarah yang berkaitan dengan sewa jasa : membalas jasa seseorang
dengan upah sebagai imbalan jasa yang disewa. Pihak yang menyewa
disebut sebagai mustajir, manakala pihak yang memberi sewa disebut
sebagai ‘jir/muajir dan biaya sewa disebut sebagai ujrah.
ii. Ijarah yang berhubung dengan sewa aset atau harta : memindahkan
hak atau aset tertentu kepada orang lain dengan imbalan biaya sewa.
Contoh: Ahmad datang membawa sepotong kain kepada seorang tukang
jahit untuk dibuat seluar, tukang jahit itu menjamin dalam pengakuannya,
bahawa seluar tersebut akan selesai tempoh 3 hari. Setelah sampai
waktunya si Ahmad datang mengambil seluarnya dan menyerahkan wang
sebanyak RM50 kepada tukang jahit itu.
5.AR-RAHNU (PAJAK GADAI)
Menjadikan harta benda sebagai jaminan atas hutang iaitu maksudnya
menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan
menjadi bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang itu nanti.
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya,
keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan.
Firman Allah S.W.T :
maksudnya: ‘Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu
berhutang) dan tidak kamu peroleh orang yang akan menuliskannya
maka boleh diserahkan saja jaminan yang dapat dipegang’
(surah Al-Baqarah ayat 283)
• Sabda Rasulullah s.a.w: maksudnya :
“dari Aisyah r.a bahawa nabi s.a.w pernah membeli makanan dari
seorang yahudi dengan cara berjanji dan dirungguhnya
(digadaikannya) sehelai baju besi”
(Riwayat Al-Bukhari &
Muslim)
6. AL-WAKALAH (BERWAKIL)
Ertinya seseorang yang menyerahkan sesuatu urusannya kepada orang
lain pada apa yang boleh diwakilkan menurut syarak, agar orang yang
diwakilkan itu dapat melakukan sesuatu yang diserahkan kepadanya
selagi yang menyerahkan itu masih hidup.
Al-Wakalah ini lebih berhubung dengan muamalat & munakahat seperti
bab jual beli dan bab perkahwinan dan lain-lain.
Tidak sah mewakilkan sembahyang, puasa dan lain-lain hal yang
bersangkut-paut dengan ibadah haji & umrah (kedua-duanya boleh
diwakilkan), sebab ibadah itu adalah perhubungan manusia dengan
Tuhannya.
7. AL-MUDHARABAH (BERKONGSI UNTUNG)
Bahasa : Musafir untuk berniaga.
Istilah : Kontrak dimana pemodal melaburkan hartanya untuk diusahakan oleh pihak lain dengan perkongsian untung manakala rugi ditanggung olehnya.
Mudharabah juga dikenali dengan nama qiradh iaitu potong, kerana orang yang memiliki harta memotong sebahagian hartanya untuk diniagakan melalui harta itu.
Kategori mudharabah terbahagi kepada dua jenis, iaitu :
i. Mudharabah mutlaqah : penyerahan modal oleh Shahib Al-Mal secara mutlak tanpa syarat.
: Mudharib bebas mengusahakannya tidak kira tempat, jenis barang, bentuk perusahaan, waktu, pelanggan atau pembekal asalkan mendatangkan keuntungan.
Mudharabah muqaiyadah : Penyerahan modal oleh Sahib Al-Mal dengan
syarat.
: Contohnya Mudharib hanya menjalankan
perusahaan di tempat-tempat tertentu
sahaja dan membeli barang daripada pembekal
tertentu. Jumhur ulama membenarkan
syarat ditentukan berkenaan tempat perusahaan,
jenis dan bentuknya.
Mudharabah juga dikenali sebagai Mu'amalah yang dimaksudkan disini
ialah aqad perjanjian yang dibuat oleh dua pihak :
Pihak pertama:Memberi sejumlah wang kepada pihak kedua supaya
berniaga,dengan syarat keuntungan dibahagikan antara keduanya mengikut persetujuan sebagaimana yang dijanjikan seperti 1/2,1/3 dan seterusnya.
Pihak kedua :Berusaha atau berniaga dengan modal yang diberikan oleh pihak pertama mengikut segala syarat yang dipersetujui kedua pihak.
8. AL-QARDH AL-HASAN (HUTANG TANPA SYARAT/JANJI)
Ialah hutang tanpa syarat atau janji untuk membayar balik lebih
daripada hutang tetapi memberi saguhati kepada tuan punya hutang
semasa membayar, bukan kerana syarat atau janji.
Dari sudut bahasa al-qardh dalam bahasa arab maknanya al-Qat’u yang
membawa maksud potongan. Justeru, al-Qardh al-Hasan membawa
maksud potongan yang baik.
Digunakan pada pinjaman kerana pinjaman itu adalah potongan ke atas
harta pemiutang yang diberikan kepada peminjam.
Tujuan diberi pinjaman ini adalah untuk menolong menyelesaikan
masalah kewangan atau keperluan peminjam itu.
9. AL-BAI BITHAMAN AJIL (JUALAN DENGAN HARGA TANGGUH)
Menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual
kepada pembeli dan di tangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu
masa yang di tetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.
Contohnya : Umpamanya kerusi antik, harga tunai RM2000, jika tangguh
RM2200.
Ianya juga dikenali sebagai BBA.
Pembiayaan BBA yang ditawarkan di bank Islam terbahagi kepada dua
bentuk kemudahan iaitu pembiayaan runcit dan pembiayaan korporat.
TERIMA KASIH…
Recommended