View
239
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PINJAMAN PERUMAHAN: SATU PERBANDINGAN DI ANTARA PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN
Saya
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membu pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
_______________________ ________________________
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap:LOT 7288,PEKAN BATU 508200 SIK KEDAH
Tarikh: 20 APRIL 2010
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuastempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PINJAMAN PERUMAHAN: SATU PERBANDINGAN DI ANTARA PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN KONVENSIONAL
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
SABAR AFIFUDDIN BIN AHMAD SOBRI(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
_______ ________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Nama Penyelia: P. M DR.
HUSSIN BIN SALAMON
Tarikh: 20 APRIL 2010
Potong yang mana tidak berkenaan.Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
PINJAMAN PERUMAHAN: SATU PERBANDINGAN DI ANTARA KONVENSIONAL
SABAR AFIFUDDIN BIN AHMAD SOBRI
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
at salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
_______ ________________________(TANDATANGAN PENYELIA)
HUSSIN BIN SALAMON
20 APRIL 2010
Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak a/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan
Tandatangan : ..........
Nama Penyelia : P.M. DR. HUSSIN B. SALAMON
Tarikh : 2
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Pengajian Islam
: .................................................................................
P.M. DR. HUSSIN B. SALAMON
: 20 APRIL 2010
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Komputer Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
.......................................................................
PINJAMAN PERUMAHAN: SATU PERBANDINGAN DI ANTARA
PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN KONVENSIONAL
SABAR AFIFUDDIN B. AHMAD SOBRI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda serta
Pendidikan (Pengajian Islam)
FAKULTI PENDIDIKAN
APRIL 2010
“Saya akui ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya
sendiri kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
“Saya akui ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya
sendiri kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.”
: ........................................................................
: SABAR AFIFUDDIN B. AHMAD SOBRI
: 16 APRIL 2010
ii
“Saya akui ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya
sendiri kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap satunya telah saya jelaskan
.............
: SABAR AFIFUDDIN B. AHMAD SOBRI
iii
DEDIKASI
Khas Buat
Isteri Tercinta Aziana binti Mohd Bohari
Ayahanda Ahmad Sobri b. Abidah dan Mohd Bohari b. Darman
Serta Bonda Rusni bt. Man dan Sapinah bt. Sario…
Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu,
Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu
Tidak akan kulupakan
Menjadi kekuatan dan semangatku...
Menuju ke puncak kejayaan
Kekanda Syikin, Azlaini, Azlizawati, dan Fahmi
Tidak dilupakan...
Adinda, Naqiu, Ithifazuddin, Syiqah, Azwanis dan AzmiraHanis …
Berjuanglah hingga ke akhir hayat
Agar kebahagiaan diakhir noktahnya
Semoga keakraban kita kekal selamanya
Buat pensyarah-pensyarah (terutama Prof Madya Dr. Hussin b. Salamon)
yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu kepadaku...
Terima kasih di atas segalanya
Sahabat seperjuanganku..
Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan
Atas segala suka duka tika bersama
Tak mungkin kulupakan
Jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian
Pahit manis kita lalui
Akan ku abadikan diingatan hingga ke hujung nyawa
Salam penuh kasih sayang
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta selawat dan
salam buat Nabi Muhammad s.a.w., akhirnya laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ini dapat disiapkan dengan sempurna.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih
khas buat Prof. Madya Dr. Hussin b. Salamon selaku Penyelia Projek Sarjana Muda
di atas segala bantuan, tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang memberangsangkan
sepanjang menyiapkan projek ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam
(FTI) di atas tunjuk ajar yang diberikan bagi membantu melengkapkan lagi laporan
ini. Tidak dilupakan juga kepada staf FTI yang banyak terlibat dengan pengurusan
tesis ini.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta isteri
tercinta yang tidak jemu memberi sokongan moral dalam apa sahaja yang dilakukan.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana
sudi memberikan tunjuk ajar, kerjasama yang baik serta perkongsian idea. Semoga
segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.
Buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) sesi 2009/2010, terima kasih kerana memberikan sokongan dalam
usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan
kalian seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
v
ABSTRAK
Kajian secara kualitatif ini adalah bertujuan untuk melihat perbandingan
pinjaman perumahan mengikut konsep perbankan Islam dengan perbankan
konvensional. Penyelidik telah menjalankan temubual terhadap 3 orang pegawai
bank bahagian pinjaman perumahan daripada perbankan konvensional dan Bank
Muamalat serta 5 orang peminjam yang telah dipilih sebagai responden. Tiga
objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membandingkan kadar keuntungan
yang dikenakan oleh perbankan Islam dan perbankan konvensional dalam
pinjaman perumahan, untuk mengenal pasti kelebihan/manfaat membuat pinjaman
perumahan di perbankan Islam berbanding perbankan konvensional dan untuk
mengenalpasti caj-caj penalti atas kesalahan yang dilakukan oleh peminjam ke
atas pelanggaran perjanjian pinjaman perumahan yang dibuat. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kadar keuntungan yang
dikenakan oleh perbankan Islam adalah tetap dan tidak bertambah dibandingkan
dengan perbankan konvensional yang tidak tetap dan kadarnya bertambah
mengikut kadar pinjaman asas atau base lending rate (BLR). Manakala banyak
kelebihan dan manfaat yang ditawarkan oleh perbankan Islam amat berbeza
dengan perbankan konvensional yang hanya memfokuskan keuntungan semata-
mata atas pinjaman yang diberikan. Caj penalti tidak dikenakan oleh perbankan
Islam berbanding perbankan konvensional kerana caj penalti di dalam Islam dikira
riba dan haram. Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk
meningkatkan tahap kefahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap pinjaman
perumahan yang dilaksanakan oleh perbankan Islam. Kajian seterusnya turut
dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This qualitative research is intended to make a comparison between
housing loans offered by Islamic banking with housing loans offered by the
conventional banking system. Researcher have been conducting interviews with
three housing loans officers from the conventional banking system and Islamic
banking and 5 borrowers who are being selected as respondents. This study was
conducted to know the different rate of profit charged by Islamic banking as
compared to the conventional banking system, to identify the advantages/benefits
of making housing loans from the Islamic banking as compared to the
conventional banking system and, to determine penalties charge on borrowers of
their misconduct on the loans contract. Overall, research findings indicate that the
rate of profits imposed by the Islamic banking is fixed and does not increase as
compared to the conventional banking system which is base on fluctuate rate and
the base lending rate (BLR). There are many advantages offered by Islamic
banking as compared to the conventional banking system which is only focusing
on making profit. Penalty charges are not imposed by the Islamic banking system
as compared to the conventional banking as penalty charges in Islam is considered
usury and illegal. The researcher proposed a few suggestions on how to raise the
level of knowledge and understanding among community on housing loans
offered by Islamic banking. A further research is also suggested in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI SINGKATAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Konsep dan Istilah
1.8.1 Pinjaman
1.8.2 Perumahan
1.8.3 Perbankan Islam
1.8.4 Perbankan Konvensional
1
1
4
9
9
10
10
11
12
12
12
12
13
viii
1.9 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Senario pinjaman perumahan di Malaysia
2.2.1 Konsep pinjaman perumahan melalui perbankan
Islam di Malaysia
2.2.2 Pinjaman perumahan melalui Perbankan
Konvensional di Malaysia
2.3 Kadar keuntungan yang dikenakan oleh Perbankan di
Malaysia
2.3.1 Kadar keuntungan yang dikenakan oleh
Perbankan Islam
2.3.2 Kadar keuntungan yang dikenakan oleh
Perbankan Konvensional
2.4 Kelebihan membuat pinjaman di Perbankan Islam
berbanding Perbankan Konvensional
2.4.1 Hubungan perbankan Islam dan kepatuhan hukum
syariah
2.4.2 Produk pinjaman perumahan perbankan Islam
2.4.2.1 Definisi Bai Bithaman Ajil (BBA)
2.4.2.2 Rukun Bai Bithaman Ajil
2.4.3 Tugas Majlis Penasihat Syariah
2.5 Caj tambahan dan penalti atas perkhidmatan pinjaman
perumahan yang dilaksanakan perbankan Islam dan
perbankan konvensional di Malaysia
2.5.1 Wang baki beza
2.5.2 Wang proses
2.5.3 Wang kos guaman
2.5.4 Caj Penalti
2.5.5 Isu dalam kos pengurusan dan caj penalti dalam
14
14
14
15
17
18
18
19
21
21
23
24
26
27
28
29
29
30
30
31
ix
pinjaman perumahan perbankan Islam dan
perbankan konvensional
2.6 Kajian Lepas
2.7 Kesimpulan
32
33
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Metode Pengumpulan Data
3.3.1 Kajian Perpustakaan
3.3.2 Metode Temubual
3.4 Metode Komparatif
3.5 Metode Analisis Data
3.5.1 Metode Induktif
3.5.2 Metode Deduktif
3.6 Kesimpulan
34
35
35
36
37
38
39
39
39
40
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Kaedah Keuntungan Perbankan
4.3 Kelebihan dan manfaat membuat pinjaman perumahan
di perbankan Islam berbanding perbankan konvensional
4.4 Caj tambahan dan penalti atas kesalahan yang dilakukan
oleh peminjam ke atas pelanggaran perjanjian pinjaman
perumahan yang dibuat
4.5 Isu-isu perbankan Islam dalam pembiayaan perumahan
4.6 Kesimpulan
41
42
46
48
50
51
x
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Kaedah penetapan kadar keuntungan yang
diambil atas pinjaman oleh perbankan Islam dan
perbankan konvensional dalam pinjaman
perumahan yang dilaksanakan
5.2.2 Kelebihan dan manfaat membuat pinjaman
perumahan di perbankan Islam berbanding
perbankan konvensional
5.2.3 Bentuk-bentuk caj perkhidmatan atas pinjaman
yang dikenakan kepada peminjam.
5.3 Rumusan
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan kepada pihak perbankan Islam
5.4.2 Cadangan kepada pihak pemaju
5.4.3 Cadangan kepada Masyarakat Islam
5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Kesimpulan
52
53
53
56
59
61
63
64
64
65
65
66
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
67
72
xi
SENARAI SINGKATAN
AMBB Arab Malaysia Bank Berhad
BBA Bai Bithaman Ajil
BFR Base Financing Rate
BIMB Bank Islam Malaysia Berhad
BLR Base Lending Rate
BMMB Bank Muamalat Malaysia Berhad
BNM Bank Negara Malaysia
S.W.T. Subhanahu Wa Ta`ala
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap manusia yang dijadikan Allah di muka bumi ini mempunyai fitrah ingin
memiliki sesuatu termasuk dari segi harta mahu pun kekayaan hidup, bermula dari
kecil hinggalah yang besar. Manusia diuji dengan wanita cantik, pangkat takhta yang
memikat hati manusia serta harta mewah melimpah ruah. Kenikmatan dan keindahan
inilah mereka yang beragama Islam diuji sekali lagi dengan membuat pilihan dan
membuat perbezaan di antara yang halal mahupun yang haram untuk meneruskan
kehidupan hingga ke akhir hayat. Di antara garis panduan yang telah disyariatkan
sebagaimana firman Allah :
2
Maksudnya: Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan
dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih
baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi
harapan.
(Surah al-Kahfi 18:46)
Menurut Che Ros Zainol (2008: 58) keperluan asas minimum manusia terdiri
daripada 3 aspek iaitu, pakaian, makanan dan tempat tinggal. Setiap kehidupan
manusia memerlukan 3 perkara asas ini bagi memberi keselesaan kepada manusia
untuk menjadi pengabdi yang lebih baik kepada Allah S.W.T. Makanan perlu di
dalam kehidupan seharian agar manusia tidak kelaparan. Pakaian tidak diabaikan
agar manusia dapat menahan dari sejuk dan panas. Manakala yang lebih penting
adalah tempat berlindung ataupun kediaman/tempat tinggal manusia. Dalam konteks
Islam, sebagai ketua keluarga seorang suami harus memberikan tiga aspek asas ini
untuk keperluan keluarga ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan lebih utamanya
di akhirat.
Menyentuh persoalan tempat kediaman ia berkait rapat dengan bangunan atau
rumah, untuk didiami setiap manusia di dunia ini. Setiap individu dapat mengukur
kemampuan mereka dari segi kewangan sama ada untuk membeli atau menyewa
kediaman tersebut. Jika kemampuan yang dimiliki tidak memungkinkan mereka
untuk memiliki tempat kediaman untuk ahli keluarga, maka akan wujudlah
penempatan rumah setinggan. Banyak faktor mendesak seseorang mendiami rumah
setinggan, seperti taraf hidup yang terbatas, kemampuan kewangan tidak mencukupi
serta tanggungan besar untuk keluarga (Harian Metro, 16 Mei 2005).
Begitu juga dengan rumah yang dibeli. Dalam konteks perkembangan
semasa, dapat dilihat, masyarakat menghadapi kesukaran untuk memisahkan diri dari
amalan riba. Ini kerana dalam era globalisasi yang sangat bergantung kepada sistem
ekonomi kapitalisme, faedah atau bunga yang termasuk di dalam kategori riba yang
3
dilarang secara tegas oleh Islam (Didin Hafidhuddin 2002: 106). Terdapat perbankan
yang menawarkan kadar faedah yang rendah pada permulaan awal pembayaran
namun akan meningkat pada tahun yang berikutnya. Bagi pembeli yang hanya
melihat kemudahan dari sudut jangka pendek pada permulaan pinjaman, maka
konsep perbankan ini akan menjadi pilihan.
Pada hari ini, perbankan di Malaysia banyak menawarkan pelbagai faedah
kepada peminjam untuk membuat pinjaman perumahan. Pembeli rumah terjerat
dengan pelbagai faedah dan kemudahan tersebut dan membeli rumah tanpa melihat
kadar faedah yang dikenakan pada setiap bulan, caj- caj tersembunyi serta penalti
yang dikenakan kerana dikaburi dengan pelbagai kemudahan serta tawaran yang
menarik dari pihak perbankan.
Sistem perbankan Islam tidak dilihat sebagai suatu sistem yang syumul di
dalam merealisasikan pembelian rumah di Malaysia. Rata-rata masyarakat tanpa
berasaskan kajian menyebut perbankan Islam adalah tidak ideal dan menyusahkan
peminjam kerana kadar yang dikenakan pada permulaan pembelian rumah adalah
tinggi. Malah dapatan kajian Osman Sabran (2000: 45) menyatakan ada yang
mempertikaikan tentang perjalanan perlaksanaannya. Hal ini terjadi kerana
masyarakat tidak didedahkan dengan konsep sebenar sistem pinjaman perumahan
yang ditawarkan oleh perbankan Islam seperti Bank Islam dan Bank Muamalat
berbanding perbankan konvensional.
Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2009/1: 2), salah satu sebab kepada salah
faham tersebut kerana dihalangi oleh tembok kejahilan sehingga gagal memahami
konsep perbankan dan kewangan Islam. Jika ditinjau secara umumnya, perbankan
Islam lebih memberikan keuntungan untuk jangka masa panjang berbanding tawaran
pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh perbankan konvesional yang lebih
menawarkan pelbagai kemudahan bersifat jangka pendek dan tawaran-tawaran
sampingan untuk mengaburi peminjam untuk membeli rumah menggunakan produk
perbankan mereka.
4
Walaupun imbuhan dan hadiah serta tawaran yang ditawarkan kelihatan agak
menarik, setiap yang beriman kepada Allah mesti memilih jalan hak yang telah
disediakan walaupun manusia rugi di dunia berbanding keimanan kepada Allah
tergugat akibat daripada kesilapan yang kecil. Manusia perlu bertanggungjawab
mencari dan memastikan sumber yang didapati dan digunakan adalah berlandaskan
syariat Allah dan bebas daripada unsur haram dan syubhah. Sebagaimana Firman
Allah :
Maksudnya :Dan janganlah kamu makan (atau mengambil)
harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak
memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
(Surah al-Baqarah 2:188)
1.2 Latar Belakang Masalah
Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai bangsa yang
berbilang kaum serta kepelbagaian agama. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan
membangun memaksa masyarakat mengubah cara hidup yang bersifat tradisional
kepada cara hidup yang lebih moden. Masyarakat didedahkan dengan pelbagai
5
informasi di dalam mengharungi alam kehidupan termasuk dalam kemajuan sistem
perbankan dan kewangan Islam.
Sistem kewangan di Malaysia telah mengiktiraf sistem ekonomi Islam
sebagai satu sistem ekonomi yang berlandaskan undang-undang Islam. Matlamat
ekonomi Islam adalah untuk memastikan segala halatuju manusia yang berlandaskan
kepada sistem muamalat yang diatur dengan sebaiknya sepertimana yang
disyariatkan oleh Islam. Justeru itu, perlaksanaan terhadap sistem kewangan Islam di
Malaysia hendaklah mendapat sokongan daripada masyarakat Islam khususnya
dalam menjayakan sistem muamalat yang berteraskan kepada syariat Islam.
Dalam arus kemodenan yang dikecapi manusia pada hari ini, dapat dilihat
kebanyakan sistem perbankan di Malaysia telah berkembang maju sejajar dengan
Wawasan 2020. Sistem perbankan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu
sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam. Sistem perbankan
konvensional sudah lama bertapak di Malaysia dan telah mencapai status perbankan
yang stabil jika dibandingkan dengan perbankan Islam. Situasi ini berlaku kerana
perbankan konvensional mempunyai jumlah cawangan yang banyak di seluruh
negara dan telah bertapak sekian lama berbanding perbankan Islam yang secara
relatifnya masih muda walaupun telah berjaya meletakkan dirinya pada satu tahap
yang memuaskan (Utusan Malaysia, 17 Februari 2005).
Jika ditinjau kembali, sistem perbankan Islam mula mendapat sambutan baik
daripada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan
dengan wujudnya bank-bank Islam dan sistem perbankan Islam sejak pelancarannya
pada tahun 1984 di Malaysia. Dengan penubuhan bank Islam, masyarakat di
Malaysia dapat menentukan sama ada sistem kewangan Islam itu benar-benar
praktikal dan dapat memenuhi kehendak zaman serta menerimanya sebagai satu
alternatif kepada sistem urusan bank konvensional (Mustafa Dakian 2005: 37).
6
Rumah pada masa kini telah menjadi salah satu keperluan asas yang amat
penting kepada masyarakat di Malaysia. Justeru, pembiayaan perumahan oleh
sesebuah perbankan mahupun institusi kewangan diperlukan bagi memenuhi
keperluan asas yang utama di samping merealisasikan impian tersebut. Pembiayaan
perumahan yang ditawarkan oleh institusi perbankan terbahagi kepada dua jenis iaitu
pembiayaan perumahan secara Islam dan pinjaman perumahan perumahan secara
konvensional (Fadzila Azni Ahmad 2003: 2)
Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2009/2: 27) perbezaan utama pembiayaan
perumahan daripada perbankan Islam berbanding pinjaman perumahan daripada
perbankan konvensional adalah penghapusan unsur-unsur riba di dalam
pembiayaannya. Sistem Perbankan Islam lebih menekankan tiadanya unsur riba
kerana kadar bayaran bulanan di atas pembiayaan yang dikenakan adalah terlalu
tinggi mengikut konsep Bai Bithaman Ajil (BBA) berbanding perbankan
konvensional yang memberikan kadar faedah dan bayaran bulanan yang rendah atas
pinjaman dilakukan. Oleh itu peminjam memilih perbankan konvensional sebagai
salah satu medium urusan transaksi pembelian rumah.
Dalam pinjaman perumahan perbankan konvensional, peminjam tidak dapat
lari daripada terlibat secara langsung dengan amalan riba atau faedah sama ada
amaun yang kecil mahupun yang besar, berbanding dengan amalan perbankan Islam
yang tidak menerima amalan riba dalam transaksi perbankan tersebut. Ini sesuai
dengan larangan Islam itu sendiri yang melarang umatnya mengambil riba’. Firman
Allah S.W.T. :
7
Maksudnya : Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu
tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang
yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja
seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah
sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia
berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah
diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa
yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
(Surah al-Baqarah 2:275)
Jika diteliti, perbankan Islam memang meletakkan sejak dari awal lagi harga
jualan rumahnya dengan keuntungan kepada pelanggan dengan harga yang kelihatan
tinggi kerana pihak perbankan melaksanakan konsep BBA, tetapi pandangan
masyarakat Islam mengangap bahawa bayaran bulanan yang tinggi pada setiap bulan
pembayaran pembiayaan akan menyebabkan mereka rugi berbanding dengan
perbankan konvesional. Sistem perbankan Islam, telah dijelaskan transaksi sebegini
kerana mengikut konsep Murabahah dan Bai Bithaman Ajil. Berbanding dengan
perbankan konvensional, peminjam tidak mengetahui jumlah keseluruhan atas
pinjaman yang masih berjalan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada nilai base
8
lending rate (BLR) sehingga tempoh pinjaman yang dibuat tamat tempoh dan
dibayar sepenuhnya.
Seringkali masyarakat Islam di Malaysia terperangkap dengan tawaran yang
dilakukan oleh perbankan konvesional dalam membuat pinjaman perumahan kerana
mereka tidak berpandangan jauh kehadapan berbelas tahun akan datang dari tarikh
pinjaman perumahan akan dibuat.
Antara kelebihan dan manfaat melaksanakan pembiayaan perumahan di
perbankan Islam ialah wujudnya Majlis Penasihat Syariah yang mengawal selia
produk yang akan dikeluarkan. Berbanding perbankan konvensional yang hanya
melaksanakan pinjaman berasaskan kepada kadar faedah dan bunga tanpa ada
jawatankuasa tertentu untuk mengawal selia produk yang dikeluarkan. Selain itu
juga, perbankan Islam menawarkan pembiayaan perumahan dengan lafaz akad ijab
dan kabul yang tidak diamalkan di perbankan konvensional secara sempurna proses
akad tersebut. Menurut Osman Sabran (2000: 36), lafaz ijab dan kabul hendaklah
diucapkan dengan keredhaan kedua-dua belah pihak dan tidak sah akad ijab kabul
kecuali dengan keredhaan kedua-dua mereka.
Apabila kita memperkatakan tentang pinjaman perumahan, pasti ada
jawatankuasa tertentu yang menguruskannya. Pengurusan tersebut akan dikira
sebagai caj-caj tambahan yang dikenakan di dalam pinjaman perumahan di atas
konsep kos tambahan. Menurut Zaharuddin b. Abd Rahman (2009/2: 156) sebarang
kos memberi khidmat dan mengurus yang diletakkan seperti 2 peratus, 3 peratus
ataupun 4 peratus daripada jumlah pinjaman dengan alasan ia adalah kos mengurus
tidak boleh diterima.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Isu kadar keuntungan yang diambil oleh perbankan Islam berbanding perbankan
konvensional sering dipertikaikan masyarakat. Ungkapan dan sindiran yang menyatakan
pinjaman perbankan Islam lebih mahal daripada perbankan konvensional sering disebut
termasuk orang Islam sendiri. Malah, mereka beranggapan tiada kelebihan yang boleh
diperolehi daripada sistem yang dikatakan Islamik itu sama ada dari sudut mengaut
keuntungan tambahan mahupun pengecualian caj-caj tertentu atas pinjaman perumahan
yang diambil daripada sistem perbankan Islam. Kecelaruan kefahaman mereka terhadap isu
ini yang lahir dari kekurangan pengetahuan mereka dan hanya berasaskan kepada unsur
tanggapan kosong semata-mata perlu diperbetulkan. Justeru, penyelidik terpanggil untuk
membuat kajian terhadap pinjaman perumahan satu perbandingan di antara perbankan
Islam dan perbankan konvensional bagi memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat
terhadap isu ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi objektif yang berikut:-
i. Untuk mengetahui kaedah penetapan kadar keuntungan yang
dikenakan oleh perbankan Islam dan perbankan konvensional dalam
pinjaman perumahan yang telah dilaksanakan.
ii. Untuk mengenal pasti kelebihan/manfaat membuat pinjaman
perumahan di perbankan Islam berbanding perbankan konvensional.
10
iii. Untuk mengenal pasti caj tambahan dan caj penalti ke atas peminjam
yang membuat pinjaman perumahan di perbankan Islam dan
perbankan konvensional.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian yang telah ditimbulkan ialah:
i. Bagaimanakah kaedah penetapan kadar keuntungan yang dikenakan
oleh perbankan Islam dan perbankan konvensional dalam pinjaman
perumahan yang telah dilaksanakan?
ii. Apakah kelebihan/manfaat membuat pinjaman perumahan di
perbankan Islam berbanding perbankan konvensional?
iii. Bagaimanakah mengenal pasti caj tambahan dan caj penalti ke atas
peminjam yang membuat pinjaman perumahan di perbankan Islam
dan perbankan konvensional?
Recommended