View
220
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI SUBJEK ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN (SPL 1112) DALAM KALANGAN PELAJAR DUA SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : ALWAHIDAH BT KAMIS
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai
oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang
dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Tarikh : 28 APRIL 2008 Tarikh : 28 APRIL 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan :
Nama penyelia :
Tarikh : 28 APRIL 2008
i
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI SUBJEK ASAS PENYEDIAAN
MAKANAN DAN PEMAKANAN (SPL 1112) DALAM KALANGAN PELAJAR
DUA SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)
ALWAHIDAH BT KAMIS
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
Saya akui tesis yang bertajuk ”Penggunaan Bahasa Inggeris Bagi Subjek Asas
Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112) Dalam Kalangan Pelajar Dua
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)” adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penulis : ALWAHIDAH BT KAMIS
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Buat Ayahanda dan Bonda
Kamis bin Omar Jeriah bt Hassan
Doa kalian mengiringi setiap detik perjalanan hidupku.
Tiap langkah kuingati pengorbanan ayahanda dan bonda
Buat Suami Tercinta
Hafizi bin Shukri
Terima kasih atas pengertianmu Dugaan serta pengorbanan akan kusimpan dilubuk kenangan.
Menyedarkan kita erti ketabahan dan tawakkal
Buat Ahli Keluarga
Pengertian, keikhlasan dan dorongan. Tidak termampu kulahir dengan kata-kata.
Buat Sahabat
Jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang hingga akhir hayat Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan
KurniaNya kajian ini dapat disiapkan bagi menyempurnakan penyelidikan ini bagi
memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi
(Kemahiran Hidup), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Johor.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Yusof bin Boon, selaku penyelia projek
sarjana muda ini, yang telah banyak berusaha untuk membimbing, menunjuk ajar serta
memberi sokongan padu kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.
Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada rakan- rakan seperjuangan yang yang turut membantu sepanjang kajian ini
dijalankan. Seterusnya penghargaan buat pelajar yang memberi kerjasama dalam
menjawab soal selidik. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-
individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan
kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian kes ini bertujuan mengkaji tentang Penggunaan bahasa Inggeris bagi
subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112) dalam kalangan pelajar
dua Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kepada 89 orang
responden. Kajian ini telah dijalankan di sekitar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Johor. Fokus utama kajian ini adalah berdasarkan empat persoalan kajian iaitu persepsi
pelajar, strategi pensyarah, sumber sokongan yang digunakan pelajar dan masalah yang
dihadapi pelajar ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek Asas Penyediaan
Makanan dan Pemakanan dalam bahasa Inggeris. Data dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dua SPH telah memberikan
tanggapan positif terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek ini. Menurut
responden, pensyarah telah menggunakan strategi yang amat berkesan iaitu dengan
menggunakan dwi bahasa ketika mengajar. Hasil kajian juga mendapati, pelajar telah
menggunakan internet sebagai bahan sokongan untuk menguasai subjek ini. Namun
begitu, beberapa masalah pelajar terutamanya masalah berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris telah dikenalpasti. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi
memastikan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek ini akan memberikan
kebaikan yang berpanjangan.
vi
ABSTRACT
This study case was conducted is to study about the usage of English for subject
Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112) among second year students of
Bachelor in Technology and Education (Living Skill). This research was carried out by
using the questionnaire as the instrument for 89 respondents. This research was
conducted at University Technology Malaysia, Skudai Johor. The main focus for this
study is based on four research question which is student perception, lecturer strategies,
students support resource and the problems faced by the students when teaching and
learning process was conducted in English. Data was analyzed using the Statistical
Package for Sciences (SPSS) version 15.0 to get the value of frequency, percentage and
mean. Research finding shows that second SPH students give positive reaction to the
usage of English in this subject. According to the respondents, lecturer had used a very
effective strategy which is by using two languages while teaching. Research outcome
founded that the students used internet as their support resource to conquer this subject.
Nevertheless, several problems especially problems in communication in English had
been identified from the students. So, a few recommendations were proposed to ensure
the usage of English in this subject will give a long term benefit to student.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DIDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
viii
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.9 Penutup 14
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kepentingan Bahasa Inggeris 16
2.3 Penulisan Berkaitan Teori Dan Kajian Lepas 17
2.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan 17
Bahasa Inggeris
2.3.2 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 19
2.3.3 Sumber Sokongan Untuk Meningkatkan 22
Kefahaman Pelajar
2.3.4 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Terhadap 25
Penggunaan Bahasa Inggeris
2.4 Penutup 27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 29
3.4 Populasi Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 30
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Kajian Rintis 32
ix
3.8 Analisis Data 33
3.9 Penutup 34
BAB 4 ANALISIS DATA 35
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang 36
Responden
4.3 Analisis Data Bahagian B : Persoalan Kajian 41
4.3.1 Persoalan Kajian 1 42
4.3.2 Persoalan Kajian 2 44
4.3.3 Persoalan Kajian 3 47
4.3.4 Persoalan Kajian 4 50
4.4 Penutup 52
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 53
5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 53
5.2.1 Latar Belakang Responden 54
5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan 55
Bahasa Inggeris
5.2.3 Strategi Yang Digunakan Oleh Pensyarah 56
Dalam Pengajaran
5.2.4 Sumber Sokongan Untuk Meningkatkan 57
Kefahaman Pelajar
5.2.5 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Dalam 59
Penggunaan Bahasa Inggeris
5.3 Rumusan 61
x
5.4 Cadangan Dapatan Kajian 62
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.6 Penutup 64
RUJUKAN 66
Lampiran A – D 71 – 75
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pecahan Item-Item Soal Selidik 31
3.2 Skala Pemeringkatan Lima Mata 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.2 Taburan Responden Mengikut Kawasan Tempat Tinggal 37
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian 38
Peperiksaan PMR Bagi MataPpelajaran Bahasa Inggeris
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian 39
Peperiksaan SPM Bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris.
4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Kelulusan 40
Kemasukan Pelajar Ke Universiti
4.6 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Subjek Asas 41
Penyediaan Makanan Dan Pemakanan
4.7 Skala Min 42
4.8 Taburan responden mengikut persepsi pelajar terhadap 43
penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek Asas Penyediaan
Makanan dan Pemakanan.
4.9 Taburan responden berdasarkan strategi yang digunakan oleh 45
pensyarah dalam pengajaran subjek Asas Penyediaan Makanan
dan Pemakanan.
xii
4.10 Taburan responden berdasarkan sumber sokongan yang 48
digunakan pelajar untuk menguasai subjek Asas Penyediaan
Makanan dan Pemakanan
4.11 Taburan responden berdasarkan masalah yang dihadapi pelajar 51
xiii
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
BBM - Bahan Bantu Mengajar
ABM - Alat Bantu Mengajar
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
UITM - Universiti Institut Teknologi Malaysia
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik Kejuruteraan
SPSS - Statistical Pakage for The Social Science
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
ICT - Information Communication Technology (Teknologi
Komunikasi dan Maklumat)
UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Akuan Individu 71
B Pengesahan Kesahan Item Soal Selidik 72
C Surat Permohonan Dapatkan Maklumat 73
D Set Borang Soal Selidik 75
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan negara kita telah memasuki era globalisasi untuk menjadikan
pendidikan negara ini lebih releven dengan tuntutan dan keperluan semasa. Pada masa
kini, bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan bahasa teknologi malah
menjadi bahasa mandatori untuk menguasai teknologi komputer dan bahasa komunikasi
antarabangsa. Bagi mereka yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik,
segala aktiviti dalam meningkatkan nilai tambah diri dan tahap mobaliti sosial mereka
akan menjadi terbatas di dalam negara sahaja.
Parlimen Malaysia (2004, dalam Tajul et al., 2007) telah meluluskan langkah-
langkah untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia melalui Kualiti
Pendidikan Tinggi bagi memastikan Malaysia menjadi pusat kecemerlangan akademik
yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan bertaraf dunia. Oleh itu, negara kita cuba
berusaha menjadikan universiti di Malaysia antara sepuluh universiti terbaik di Asia
2
Tenggara. Salah satu isu yang ditekankan dalam sistem ini adalah mengenai isu
penggunaan bahasa Inggeris.
Berhubung perkara di atas, untuk meningkatkan kebolehan masyarakat Malaysia
bagi menguasai bahasa sasaran ini, satu dasar perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah dilaksanakan mulai tahun 2003. Dasar
ini digubal berasaskan hakikat bahawa dengan menggunakan bahasa Inggeris, akan
memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat serta penemuan baru. Ini kerana,
kebanyakkan maklumat yang diperlukan itu terdapat di dalam bahasa Inggeris. Malah,
akan membolehkan pelajar mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media
agar mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi
yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris (Surat Pekeliling Ikhtisas, bil 11/2002).
Penggunaan bahasa Inggeris terus diperluaskan di dalam bidang pendidikan oleh
pihak kementerian dengan membuat pembaharuan dalam bidang Sains serta Teknologi.
Kementerian Pengajian Tinggi juga telah memberi jaminan pengajaran subjek Sains dan
Teknologi (S&T) dalam bahasa Inggeris tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa
Melayu selaku pengantar utama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara
ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr
Hassan Said berkata, bahasa Inggeris hanya digunakan untuk pengajaran Sains dan
Teknologi di IPTA sebagai kesinambungan kepada dasar kerajaan di sekolah. Beliau
berkata, subjek Sains dan Teknologi di sekolah kini diajar dalam bahasa Inggeris dan
langkah itu perlu disokong dengan pelaksanaannya diteruskan pada peringkat Institusi
Pengajian Tinggi (Berita Harian, 20 Julai 2007).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebelakangan ini pelbagai isu tentang penguasaan bahasa Inggeris di bincangkan
oleh pihak tertinggi pentadbiran kerajaan Malaysia dan isu ini diperdebatkan,
sehinggalah kabinet telah meluluskan resolusi baru dalam menangani masalah
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah malah di pusat-pusat pengajian
tinggi.
Menurut Ahmad Atory Hussain (2001), kini terdapat ura-ura pihak tertentu yang
mengubah pendekatan pengajaran bahasa Inggeris sehingga mahu menukar aliran bahasa
Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah kepada aliran bahasa Inggeris.
Sementara di IPT pula, menyarankan agar beberapa kursus diajar dalam bahasa Inggeris.
Pada pendapat beliau, terdapat tiga sebab isu ini timbul. Pertama, kerana dikatakan
pelajar-pelajar di IPTA sudah merosot komunikasi berbahasa Inggeris. Kedua, ledakan
teknologi maklumat yang hebat melanda dunia, maka keperluan bahasa Inggeris begitu
mendesak. Ketiga, kerana keadaan struktur ekonomi negara yang beralih daripada semi
perindustrian kepada perindustrian berat seperti perkilangan, perlancongan,
perkhidmatan, eksport-import dan juga komunikasi, komputer dan internet.
Menurut Laporan Rancangan Malaysia ke Sembilan (2006-2010) menyatakan
bahawa Institut Pengajian Tinggi akan mengambil langkah bagi mempertingkatkan
kefasihan pelajar menggunakan bahasa Inggeris dan menambah keupayaan mereka
mendapat pengetahuan serta menjalankan penyelidikan. Oleh itu, setiap warganegara
Malaysia yang berpendidikan harus mempunyai kecekapan dalam berbahasa Inggeris.
Ini kerana, di zaman teknologi maklumat ini tanpa penguasaan bahasa Inggeris, ilmu
yang berkaitan dalam pekerjaan sukar untuk dikuasai.
4
Penggunaan bahasa Inggeris yang lemah terutamanya di kalangan pelajar
amatlah membimbangkan. Masalah ini akan memberi implikasi negatif kepada graduan
lepasan universiti dalam mencari pekerjaan. Menurut Siti Mariam (2004, dalam Tajul,
2007), sejak sepuluh tahun yang lepas didapati tahap penguasaan bahasa Inggeris di
kalangan mahasiswa adalah lemah dan 4000 mahasiswa masih menggangur.
Berdasarkan laporan Datuk Mustapa Mohamed, tahap penguasaan bahasa Inggeris
pelajar IPTA masih berada di tahap kurang memuaskan. Hampir 30 peratus daripada
132,000 pelajar kolej komuniti, politeknik dan universiti awam hanya menguasai tahap 1
dan 2 Ujian Inggeris Universiti Malaysia (MUET), iaitu tahap terendah pada ujian
berkenaan. Datuk Mustapa Mohamed juga mengarahkan semua universiti perlu mencari
jalan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar (Berita Harian,
23 Januari 2007).
Untuk memastikan arahan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Pengajian
Tinggi dilaksanakan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah
drastik untuk menerapkan komponen-komponen baru dalam kurikulum pendidikan di
universiti ini. Ia selaras dengan perkembangan semasa demi memastikan graduan yang
lahir daripada universiti ini berkualiti terutamanya dari segi kemahiran berbahasa
Inggeris.
UTM telah mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris sebanyak 40 peratus di
dalam kuliah selaras dengan perubahan UTM kepada universiti bertaraf dunia pada
tahun 2010. Semua pensyarah telah diarahkan untuk menggunakan bahasa Inggeris di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Perbaharuan polisi berkaitan
pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek teras pengkhususan dalam bahasa Inggeris
merupakan suatu tindakan bijak yang telah dijalankan di universiti ini. Namun,
perlaksanaan ini merupakan satu cabaran besar bukan sahaja kepada pelajar malah turut
dirasai oleh pihak-pihak yang lain.
5
Perlaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris ini memerlukan kerjasama dan
penerimaan daripada semua pihak dalam menjayakan perbaharuan kurikulum ini.
Sharifah (2000), menjelaskan pelbagai kajian menunjukkan terdapat banyak perubahan
kurikulum telah gagal mencapai kejayaan di sebabkan pihak guru dan sekolah serta
pihak bertanggungjawab yang lain ingin melakukan sesuatu yang baru tetapi masih
terbelenggu dalam kerangka atau cara yang lama. Oleh itu, semua pihak yang terbabit
perlulah bekerjasama dalam memastikan program ini berjaya.
Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan merupakan salah satu subjek teras
program dan pengkhususan bagi pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di UTM Skudai, Johor. Mata pelajaran ini
merupakan salah satu subjek teras yang memerlukan kelas amali serta teori di dalam
melaksanakan pengajarannya (Academic and Internationalization UTM, 2007). Mata
pelajaran ini turut menerima tempias agar pensyarah menggunakan bahasa Inggeris di
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai langkah untuk mempertingkatkan
lagi tahap bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Ia penting bagi memastikan graduan
unversiti ini dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekaligus akan mudah
diterima di dalam pasaran kerja semasa.
Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam subjek ini,
sekaligus akan mempengaruhi kaedah penyampaian isi pelajaran serta tahap pencapaian
objektif pengajaran seseorang pensyarah. Ini kerana, tanpa penguasaan bahasa Inggeris
yang baik oleh pelajar, ia akan mendatangkan masalah kepada pelajar untuk memahami
sesuatu isi pelajaran. Jumrang (2004), jika pelajar tidak memahami segala penyampaian
serta pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan
bahasa, maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar
tersebut. Masalah kurangnya kefahaman terhadap isi pengajaran akibat daripada
penggunaan bahasa boleh mendatangkan masalah besar terutamanya ketika
6
melaksanakan kerja-kerja amali di bengkel. Ini berlaku, kerana pelajar sukar untuk
memahami maksud perkataan bahasa Inggeris tersebut.
Menurut pensyarah bahasa Inggeris UNITAR, Norirhan Hakimi Idrus, peranan
tenaga pensyarah penting dalam membantu pelajar mempertingkatkan penguasaan
bahasa Inggeris pelajar. Beliau turut menyarankan agar pensyarah perlu bijak dalam
memilih, menyediakan dan mempelbagaikan aktiviti dan bahan rangsangan supaya
setiap pelajar memperoleh manfaat daripada pembelajaran itu (Berita Harian, 14 April
2004). Menurut Ee Ah Meng (1997), pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin
kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran.
Dengan mengadakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan strategi
pembelajaran tertentu, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan
dengan lebih menarik dan berkesan. Ini kerana, aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang telah dilaksanakan di dalam bahasa Inggeris perlulah ceria dan menyeronokkan
agar tidak timbul sebarang tekanan terhadap pelajar tersebut. Menurut Nurhidayah
(2006), mengikuti pengajaran dengan rasa tidak puas hati akan menimbulkan berbagai
kesan kepada pelajar seperti kesukaran menguasai pelajaran, bersikap pasif dan
kehilangan minat terhadap mata pelajaran. Di samping itu, objektif pengajaran dan
pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pensyarah sukar untuk dicapai oleh pelajar
Kemudahan di dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran adalah
penting untuk memastikan tahap pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan. Ia
merangkumi bahan bantu mengajar, peralatan-perlatan yang digunakan dan sumber
rujukan yang memberi ransangan kepada pelajar (Ahmad Suhaimi, 1995). Malah, pelajar
juga mestilah perlu memikirkan keperluan mereka di dalam memperbaiki tahap
pencapaian. Menurut artikel daripada Harian Metro menyatakan bahawa graduan pada
masa kini malas untuk berusaha memperbaiki diri walaupun mereka mengetahui
kelemahan diri sendiri (Harian Metro, 7 Ogos 2007).
7
Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn mengingatkan
graduan supaya meningkatkan kemahiran diri, terutama dalam penguasaan bahasa
Inggeris dan komunikasi. Beliau turut menyarankan supaya graduan perlu menyiapkan
diri dengan mengikuti kursus bahasa sekiranya mereka menyedari bahawa mereka lemah
dalam bahasa Inggeris (Harian Metro, 7 Ogos 2007). Pelajar juga boleh mencari
pelbagai alternatif lain seperti penggunaan buku rujukan, penggunaan teknologi
multimedia seperti kelas online dan kamus elektronik. Dengan adanya bahan-bahan
bantuan dalam pembelajaran ini, membolehkan pelajar untuk menambahkan
pengetahuan dan juga meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu subjek yang
dipelajari.
Berdasarkan pernyataan berikut, satu kajian perlu dibuat untuk mengkaji
penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan. Ia
perlu diadakan dalam kalangan pelajar dua SPH (Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor kerana
mereka inilah kumpulan pertama yang menggunakan bahasa Inggeris di dalam subjek
Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112).
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek
Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam kalangan pelajar dua SPH. Kajian ini
akan menyentuh tentang persepsi pelajar terhadap dasar kurikulum yang baru
dilaksanakan ini, strategi yang telah digunakan oleh pensyarah ketika aktiviti pengajaran
8
dan pembelajaran berlangsung, sumber sokongan yang turut digunakan oleh pelajar
ketika pembelajaran subjek ini dan seterusnya berkaitan dengan masalah pelajar itu
sendiri ketika menjalani pembelajaran untuk subjek ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek
Asas Penyediaan Makanan dan pemakanan dalam kalangan pelajar dua SPH. Berikut
adalah objektif khusus kajian ini dijalankan :
i. Mengenal pasti persepsi pelajar dua SPH terhadap perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam bahasa
Inggeris.
ii. Mengenal pasti strategi pengajaran pensyarah bagi subjek Asas Penyediaan Makanan
dan Pemakanan yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.
iii. Mengenal pasti sumber sokongan yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai
subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang diajar dalam bahasa
Inggeris.
iv. Mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar ketika mengikuti pengajaran dan
pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam bahasa
Inggeris.
9
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang berikut:
i. Apakah persepsi pelajar dua SPH terhadap perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam bahasa
Inggeris?
ii. Apakah strategi yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang disampaikan dalam bahasa
Inggeris?
iii. Apakah sumber sokongan yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai subjek Asas
Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang diajar dalam bahasa Inggeris?
iv. Apakah masalah yang dihadapi pelajar ketika mengikuti pengajaran dan
pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang di sampaikan
dalam bahasa Inggeris?
1.6 Kepentingan Kajian
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan tertentu. Begitu juga
dengan kajian ini yang mana hasil yang diperolehi akan dapat memberikan satu
gambaran yang jelas tentang sejauh manakah perlaksanaan pengajaran bahasa Inggeris
10
untuk subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan. Selain daripada itu, adalah
diharapkan kajian ini akan dapat :
1.6.1 Membantu pihak JPTK Universiti Teknologi Malaysia khususnya mengenal pasti
masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajarnya
dalam membantu proses pembelajaran yang sedang dijalankan sekarang.
1.6.2 Memberikan maklum balas kepada pihak JPTK Universiti Teknologi Malaysia
tentang pendapat para pelajar terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek
Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan.
1.6.3 Membantu pelajar dua SPH Universiti Teknologi Malaysia untuk menyatakan
masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh mereka di dalam
proses pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan.
1.6.4 Membantu penyelidik-penyelidik masa hadapan untuk meneruskan kajian yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran subjek Asas Penyediaan
Makanan dan Pemakanan di dalam bahasa Inggeris.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek
Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam kalangan pelajar dua SPH. Fokus
penyelidik adalah untuk mengetahui persepsi pelajar, strategi yang digunakan oleh
pensyarah, sumber sokongan serta masalah yang telah dihadapi pelajar ketika menjalani
11
aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan
dalam bahasa Inggeris.
Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar dua SPH (Pendidikan Kemahiran
Hidup) yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar tahun dua SPH perdana sahaja.
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah penting yang sering digunakan oleh pengkaji dalam
kajian ini. Iaitu :
1.8.1 Penggunaan
Merujuk kamus dewan (1997), penggunaan di ertikan sebagai perihal
menggunakan sesuatu atau pemakaian. Penggunaan dalam kajian ini merujuk kepada
bahasa Inggeris yang telah digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan
12
1.8.2 Pelajar dua SPH
Mengikut kamus dewan (2002), pelajar ialah orang yang belajar, murid, orang
yang mengaji dan penyelidik ilmu. Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
individu yang sedang mengikuti kursus dua Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor
1.8.3 Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan
Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan merupakan salah satu subjek teras
program atau pengkhususan bagi pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) (Academic and Internationalization UTM, 2007). Subjek ini
merupakan salah satu subjek di mana ia akan memberikan pengalaman kepada pelajar
tentang pengurusan makanan termasuklah pengetahuan mengenai nutrisi makanan dan
penyediaan makanan.
1.8.4 Pengajaran
Pengajaran ialah sebagai satu proses menyampaikan kemahiran, ilmu
pengetahuan, sikap dan nilai-nilai (Ee Ah Meng, 1997). Konsep pengajaran dalam
konteks kajian ini adalah aktiviti mengajar yang dilakukan oleh pensyarah semasa
13
menyampaikan isi kandungan subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan di
dalam bahasa Inggeris.
1.8.6 Pembelajaran
Menurut Rahil dan Habibah (2007), pembelajaran ialah perubahan yang agak
kekal dalam tingkah laku dan dalam perkaitan mental hasil daripada pengalaman. Dalam
kajian ini, konsep pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan pelajar
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Asas Penyediaan Makanan dan
Pemakanan.
1.8.7 Strategi
Strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih satu-satu pendekatan serta
kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan (Ee Ah Meng, 1997). Dalam kajian ini, strategi ialah cara atau kaedah
pensyarah yang dinilai oleh pelajar ketika mempelajari subjek Asas Penyediaan
Makanan dan Pemakanan.
14
1.8.8 Masalah
Menurut Syarifah Alwiah (1986), masalah adalah satu situasi yang melibatkan
kesusahan atau keperluan bersama dengan suatu kekosongan antara masalah dan
penyelesaiannya. Dalam kajian ini masalah ialah kesusahan-kesusahan yang dihadapi
pelajar dua SPH terhadap penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek Asas Penyediaan
Makanan dan Pemakanan.
1.9 Penutup
Penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar universiti merupakan salah satu
langkah yang praktikal untuk dilaksanakan. Ia penting bagi memastikan kelemahan
pelajar akan dapat diatasi segera agar mereka mampu menembusi peluang pekerjaan
kelak. Namun, langkah-langkah awal perlulah di kaji serta dianalisis terlebih dahulu
agar ia tidak memberikan kesan sampingan terhadap pelajar itu sendiri. Dengan adanya
kajian ini, besar kemungkinan penyelidik dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan
dalam menyusun strategi untuk mempertingkatkan lagi kualiti akademik pelajar
terutamanya dalam subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan ini.
Recommended