RENCANA RHAMIS • OKTOlI£R 2014 Mewujudkan rakyat Malaysia ...€¦ · kan peluang latihan...

Preview:

Citation preview

  • +

    +-

    30 o · RENCANA

    Mewujudkan rakyat Malaysia progresif, bersatu hati

    D TARIQ ISMAIL

    Persefahaman antara kaum

    perlu dijalinkan kembali, hargai

    perbezaan demi

    kepentingan bersama

    S aya ingin mengutarakan beberapa perkara kepada rakyat Malaysia, bukan sa-haja kepada saudara seis-lam, tetapi juga yang ber-

    agama Kristian, Buddha, Hindu dan lainnya, dan tak kira sarna · ada Melayu,. Cina, India, Bidayuh, Kadazan, Iban, atau apa jua bang-sa. Nukilan saya ini untuk semua rakyat Malaysia.

    Izinkan saya perkenalkan diri saya. Arwah datuk saya adalah Allahyarham Tun Dr Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri Malay-sia ketika pentadbiran Allahyar-ham Tun Abdul Razak. Hidup kami sekeluarga diwarnai kehi-dupan Allahyarham - perwatakan dan pengaruh beliau meninggal-kan kesan mendalam kepada kamisebagai waris. Saya sebagai cucu beliau juga turut berasa ka-gum dan teramat peka terhadap nasib bangs a dan negara, seiring dengan harapan beliau yang rrienggunung . buat Malaysia ter-cinta.

    Atas dasar inilah, saya ingin me-luahkan perasaan risau, sedih dan runsing apatiila melihat nasib bangsa Melayu itu sendiri tatkala ini. Apa yang saya lihat di depan mata, Melayu berpecah-belah dek fahaman politik dan ideologi, se-hinggakan membawa kepada per-tengkaran dan pergaduhan. Ca-dan dan makian antara anak bangsa Melayu itu sendiri menjadi suatu kebiasaan dek ketidaksea-liran pendapat politik dan juga agama. Malah penyakit ini ter-bawa-bawa kepada pertengkaran dengan saudara kita yang ber-bangsa atau berfahaman lain. Ke-napa harus kita berpecah-belah · begini? Bukankah kita ini semua rakyat Malaysia?

    Peristiwa 13 Mei 1969 Ketika peristiwa 13 Mei 1969, bumi bertuah ini menjadi huru-hara dan berpecah-belah mengikut bangsa dan kaum. Masing-masing saling menuduh antara satu sama lain, dialah dalangnya. Keadaan kucar-kacir dan mengelirukan yang dihadapi Allahyarham datuk saya. Keputusan beliau akan tin-dakan yang wajar diambil dalam suasana sebegitu sarna ada me-nyatukan atau terus memecah-belahkan Malaysia. Bak kata pe-patah Melayu, ditelan mati emak, diluah mati bapa. . Tatkala itulah, kesedaran mula

    menular dalam sanubari Allah-yarham. Beliau -memahami ha-kikat bahawa untuk mentente-ramkan semua kaum yang diga-rap emosi, semua perusuh harus ditangkap dan dibicarakan tak ki-ra bangsa, sama ada Melayu, Cina mahupun India, sebagaijalan pe-nyelesaian dalam mengimbang-kan dan menjalinkan kembali tali

    silaturahim antara kaum. Kem-balikan persefahaman antara Kaum yang teIjalin sekian lama · semenjak sebelum Merdeka lagi, dan antara as as peIjuangan UM-NO.

    UMNO alami perubahan Sayangnya, apabila UMNO diolah menjadi UMNO baharu, prinsip asas yang mendorong perjuangan asal UMNO juga turut mengalami perubahan yang walaupun tidak begitu ketara, tetapi tetap me~bawa perubahan yang besar ke atas masa depan Malaysia. Pada waktu inilah UMNO mula men-corakkan propaganda mengeriai hak Ketuanan Melayu dan kewa-jipan ke atas bangsa Melayu untuk mempertahankan hak itu.

    Propaganda ini diolah menjadi mentera hikmat yang diterapkan hingga ke akar umbi terutama dalam kalangan mereka yang ku-rang berpelajaran. Kesan sampi-ngannya adalah kemunculan pi-hak tertentu dalam UMNO yang meraih kekayaan atas dasar mem-perkasakan bangsa Melayu itu sendiri.

    Dalam mendalami persoalan siapakah bangsa Melayu, saya ter-dorong untuk bertanya, adakah bangsa Melayu itu bangsa yang mempunyai pan dangan yang sengkek. .

    Adakah mungkin sayaini di-anggap 'kurang Melayu' hanya ke-rana saya kurang fasih berbahasa Melayu? Atau kerana saya warga

    . kota, anak bandar yang berpen-didikan asing? Atau adakah ke: rana saya ini seorang Muslim yang berpandangan progresn dan be-bas bergaul dengan pelbagai bang-sa termasuk India dan Cina. Saya rasa tidak.

    Sejak kebelakangan ini, saya di-sarankan supaya menyatukan in-telektual dan berfahaman seder-hana dalam kalangan masyarakat Melayu supaya bersatu dan bang-kit bersuara menentang ketidak-adilan. Pada pendapat saya, taktik ini tidak mampu menangani per-masalahan yang kita hadapi kini. Ia hanya pendapat intelek dari-pada kefahaman khusus intelek berkenaan. Tambahan pula, saya amat benci istilah 'Melayu ber-fahaman sederhana' kerana ia melambangkan seolah-olah ada perbezaan berkenaan etos Mela-yu.

    Jika kita fikirkan semula, pada zaman ihi bangs a Melayu diberi pelbagai gelaran - Sosialis, Nasio-nalis Haluan Kanan, Militan, Se-derhana dan bermacam lagi label. Seharusnya, kepelbagaian keper-cayaan dan fahaman seseorang tidak boleh disamaertikan dengan etnik seseorang. Bangsa Melayu itu berdiri teguh antara pelbagai etnik lain yang turut berkongsi

    II Apa yang soya lihat depan mota, Me/ayu berpecah-be/ah dekfahaman politik dan . ide%gi~ sehinggakan membawa kepada _ pertengkaran dan pergaduhan. Caeian dan makian antara anak bangsa Melayu Itu sendiri menjadi suatu kebiasaan dek ketidaksealiran pendapat politik dan juga agama"

    II Belia pula berperanan dalam

    . membentuk dan . menstruktur sebuah negara Malaysia yang mereka harapkan dan yang mereka jangkakan akan diwariskan kepada mereka. Sebaiknya pandangan belia ini diambil kira do/am mana-mana perancangan negarci agar mereka komited dan bersemangat po triotik "

    ® RHAMIS • OKTOlI£R 2014 I :, i I

    bumi bertuah.Malaysia ini. Semestinya, walaupun bangsa

    Melayu adalah kumpulanetnik paling ramai, ini tidak bermakna bangsa Melayu ini mempunyai hak mutlak untuk menentukan dan mewajibkan undang-undang dan tatacara hidup kita ke atas mereka yang . lain. Penggubalan undang-undang dan tatacara hi-

    . dup itu adalah hak seluruh rakyat berlandaskan kebaikan untuk se-mua dan bukan hanya bangsa ter-tentu. Ia suatu snat yang ego-tistikal jika kita memaksa kela-ziman bangs a Melayu supaya diterapkan kepada semua.

    Dalam perkara ini, bangsa dan etnik seseorang itu menjaditidak relevan. Sebagai rakyat Malaysia yang berpandangan Socially prog-ressive, kita harus melihat di se-balik warna kulit, fahaman etnik dan perwatakan bangsa untuk mencari penyelesaian permasala-han negara ini secara keseluru-hannya. Banyak lagi isu yang lebih kritikal yang kita hadapi kini yang antaranya disebabkan tabiat rak-vat Malaysia keseluruhannya yang suka memberi gambaran stereo-taip terhadap mana-mana pe-mimpin negara.

    Ia memakan ke akar umbi sis-tern pemerintahan negara dan bo-leh merobohkan negarajika tidak ditangani segera. Saya, secara pe-

    . ribadi tidak suka mengkritik sama ada pihak pemerintah atau pihak pembangkang. Saya lebih cende-rung bersnat proaktll dengan me-nawarkan fikiran, pendapat dan cadangan yang bernas kepada ma-na-mana pihak yang ikhlas ber-

    +

  • J

    +

    9 OKTOBER 2014 ® 'KHAMIS

    tindak bagi kebaikan rakyat dan negara.

    Sebagai contoh, mari kita ulas Dasar Ekonomi Baru dalam apa jua bentuk ia dibentangkan se-karang. Lewat ini, ada suara-suara yang semakin lantang menyaran-kan supaya dasar tindakan afir-matif berasaskan kaum dalam DEB dimansuhkan.

    Mansuhkan sistem berasas kaum tak realistik Sebagai seorang yang beq>anda-ngan socially progressive saya ber-pegang kepada sistem berasaskan merit, melihat kepada keadaan sistem sekarang dan perubahan besar yang harus dilalui, peman-suhan sistem berasaskan kaum pada saya adalah tidak realistik pada waktu ini.

    Perubahan yang harus dilaku-kan untuk mencapai sistem ber-. asaskan merit adalah terlampau besar dan berselirat. Kesan do-mino akibat perubahan yang men-dadak boleh meruntuhkan sistem

    . ekonomi Malaysia secara keselu-ruhannya. Sebarang perubahan polisi DEB harus diuraikan secara teliti dan hati-hati, sementara pe-laksanaan perubahan itu harus dirancaIlg dengan tegas.

    Betdasarkan pengalaman DEB yang lalu, polisi berasaskan merit tintuk masyarakat sosial yang progresif dan berasakan prinsip k.esaksamaan dan keadilan kepa-da semua adalah seperti berikut:

    • Pemansuhan istilah Bumipu-tera kerana ia telah tersasar dari tujtian asal dan hanya memberi -pengertian sebagai kriteria penga-

    gihan kekayaan negara dan bukan dari segi memperkasakan taraf so-sial dan ' budaya kaum dan etnik bergelar Bumiputera terutama bangsa Melayu itu sendiri.

    • Tindakan afirmatif untuk pe-merkasaan bangsa Melayu tetap diteruskan. Antaranya: -

    a. Institusi-institusi pembangu-nan sosial seperti MARA dan UiTM disaran berusaha membentuk masyarakat MeiflYU yang progresif dan berpandangan jauh;

    b. Mewujudkan undang-undang tenaga kerja yang bersifat afir-matif dalam mewujudkim pelu-ang pekerjaan yang adil dan sak-. sarna untuk graduan universiti tempatan terutama yang ber-bangsa Melayu. Jika kebolehan berbahasa Inggeris menjadi 'per-soalan, majikan perlu menyedia-kan peluang latihan berkenaan untuk pekerja yang memerlukan-nya;

    c. Peluang dan sokongan untuk pembangunan Perusahaan .Kecil dan Sederhana (PKS) yang lebih adil dan saksama kepada semua bangs a dengan kewujudan prog-ram dan dana bagi setiap golo-ngan utama masyarakat mengi-kut kadar taburan penduduk. Sya-rat wajib kelayakan perlu diteliti dengan lebih menyeluruh supayp. syarikat sekutu parti politik tidak termasuk dalam senarai mereka yang layak mendapat dana. Ke-wujudan dana dan program me-ngikut etnik ini perlu diberi jang-ka masa terhad sehingga 10 tahun yang mana dana dan program ini dapat digab'ijllgkan dan diagihkan mengikut keperluan sosial. Indus-

    tri 'utama yang disarankan men-jadi tumpuarr di bawah PKS ada-lah industri pertanian pada skala sederhana, perikanan, kejurute-raan, teknologi maklumat serta industri pemakanan;

    d. Tindakan . afirmatif dalam sektor pendidikan yang membo-lehkan pelajar paling cemerlang termasuk Cina dan India mem-peroleh tempat di menara gading dan memperoleh peluang mere-but biasiswa yang berkaitan;

    e. Tumpuan khusus untuk membangunkan dan menggalak-kan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di universiti dan institut penyelidikan tempatan berserta galakan dan insentif bagi syarikat berkaitan kerajaan serta sektor swasta menyumbang dana dan kepakaran bagi mengkomer-sialkan hasil · penyelidikan ke pe-ringkat antarabangsa;

    f. Pengurangan projek pemba-ngunan mega. Sebaliknya bajet perlu diselaraskan supaya keper-luan pertahanan negara dapat di-perkuatkan supaya lebih ber:ke-san;

    g .. Perkhidmatan awam perlu di beri tumpuan dari segi latihan dan diperkasakan supaya mendapat imbuhan selaras dengan sektor swasta agar tahap profesionalisma

    . dapat dipertingkatkan lagi. h. Memberi penekanan supaya

    mendakap kepelbagaian dalam masyarakat berbilang ini. lni bo-leh dilakukan dengan pemuWw-raan bangunan bersejarah, per-sembahan kebudayaan dan ma-cam-macam lagi. la juga tercapai melalui sistem pendidikan yang

    RENCANA 031

    terangkum dari mana generasi akan datang dapat bela jar . dan seterusnya mendakap kepelbaga-ian masing-masing.

    Konsep masyarakat sosial yang progresif juga menghendaki kita menumpukan us aha bagi mem-perkasakan golongan wanita dan belia.

    Tidak boleh dinafikan bahawa wanita memainkan peranan pen-ting dalam sejarah pembangunan Malaysia. Wanita adalah jentera

    - penggerak utama negara dan ber-peranan melahirkan golongan so-sial yang progresif.

    Belia pula berperanan, dalam membentuk dan menstruktur se-buah negara Malaysia yang me-reka harapkan dan yang mereka jangkakan akan diwariskan kepa-da mereka. Sebaiknya pandangan belia ini·diambil kira dalam mana-mana· perancangan negara agar mereka komited dan bersema-ngat patriotik.

    !I'angani' gplong~ berpandangan perkauman .Bagi menangani golongan yang berpandangan perkauman dalam kalangan Melayu itu sendiri, wa-laupun kita seharusnya tidak ter-jerumus dalam kancah kebencian mereka, tetapi kita tidak boleh mengabaikan mereka, sarna seka-

    . li. Dengan menutup telinga dan menidakkan amarah mereka, ia memperkuatkan lagi kepercaya-an golongan ini bahawa suara

    'M~layu tidak akan diendahkan, dan tidak kedengaran sarna se-kali.

    Golongan bersifat perkauman

    ini perlti diberi peluang berwa-cana dan berbincang akan hala tuju bangsa Melayu dan negara ini sendiri. Lambat laun, dengan ter-bentuknya Malaysia yang progre-sif dari segi sosial, suara perkau-man ini akan mula senyap, apa-bila mereka sedar bahawa perjuangan mereka tidak sia-sia seperti yang mereka jangkakan.

    Bagi saya, cadangan ini bukan saya ketengahkan hanya untuk mengharumkan nama atau men-cari kegemilangan. Sesungguh-nya, Allah swt telah menganu-gerahkan setiap ,kita dengan akal fikiran, dengan keupayaan ber-fikir . dan mentelaahperaturan . alam semesta. Saya percaya jika kita memanfaatkan anugerah ini, dan kita mengorak langkah kecil untuk memulihkan keadaan me-lalui nasihat dan cadangan pem-baikan kepada sistem sedia ada, ini adalah lebih baik daripada per-ubahan secara mendadak yang diuar-uarkan sesetengah pihak.

    Justeru, saya menyeru kepada sekalian rakyat Malaysia yang ber-sifat progresif dari segi sosial agar mencari jalan terbaik untuk me-ngemudi negara tercinta ini agar terus maju. Kita seharusnya menggalakkan pembabitan selu-iuh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, tak kira bang-sa, agama atau kepercayaan.

    Kita perlu menghargai perbe-zaan ini bagi menggubal dasar negara yang terangkum dan yang berkepentingan bagi negara ter-tinta. +

    Kem~a1ikan perjuangan asal Kita perlu kembali ke asal di mana bermulanya perjuangan kita iaitu' di pedalaman dan kampung yang menjadi nadi negara ini.

    Di sinilah sebenarnya masya-rakat Malaysia yang dari segi so-sialnya bersifat progresif yang sa-ya tercari-cari. Mereka inilahyang .. melambangkan kekayaan budaya dan sifat sosial yang terangkum kerana mereka ini tidak meng-hiraukan bangsa, agama atau ta-raf sosial dalam kehidupan ber-masyarakat.

    Di sini saya ingin mengajak ma-syarakat supaya kita membina si-laturahim dan cuba mengenali sa-tu sarna lain, berkongsi penga-laman, makan bersama, duduk bersama dan berjuang bersama. Kuasa sebenar negara ini terletak di tangan rakyatnya dalam ke-upayaan rakyat yang bersatu hati. Kita mampu menukar etos Ma-laysia dan tidak perlu menyokong suara sumbang yang melaungkan perubahan dengan cara menja-tuhkan kerajaan sedia ada.

    Apabila kita dapat bersatu hati dan senada dalam menyuarakan ketidakpuasan hati kita, kita juga akan dapat rhencapai kata sepa-kat dalam membentuk peruba-han yang kita ingin lihat. .

    Dengan itu, fikirkan masak-ma-sak persoalan ini - adakah anda ingin melihat pergolakan sivil ber-lakudi antara bangsa dan kaum di Malaysia ini? Atau anda ingin me-lihat anak anda serta generasi akan datang hidup dengan aman di bumi tercinta ini? Pilihan di tangan anda. Fikir-fikirkanlah.

    MewujudkanRakyatMalaysiaProgresifBersatuHati1MewujudkanRakyatMalaysiaProgresifBersatuHati2

Recommended