View
162
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
Mata pelajaran : Sains
Kelas : 4 Anggerik
Tarikh : 6 April 2014 (Ahad)
Masa : 11.45 pagi - 12.45 tengah hari (60 minit)
Bil. Murid : 20 orang
Tema/Tajuk : Sains fizikal
Standard Kandungan :
6.1 Ukuran Panjang
Standard Pembelajaran :
6.1.2 Menjelas dengan contoh tentang panjang menggunakan alat yang tidak piawai
seperti :
1. Jengkal, hasta, depa dan tapak kaki.
2. Klip kertas, pensel, kapur tulis, penyedut minuman, benang, tali, dan anak
mancis.
6.1.3 menyatakan panjang boleh diukur dengan menggunakan alat piawai seperti
pembaris dan pita pengukurdengan menjalankan aktiviti.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh;
1. Menyenaraikan tiga daripada empat unit bukan piawai.
2. Menyenaraikan tiga daripada empat unit piawai.
3. Menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul.
Pengetahuan sedia ada : Murid sudah dan sedang mengalami tumbesaran diri
EMK : TMK , kreatif dan inovatif,
Kemahiran Berfikir : Membanding dan membezakan, menghubungkait
KPS/KMS : Memerhati dan menggunakan nombor.
BBB : kapur tulis, pensel.
Penilaian PdP : Lembaran kerja.
Fasa(Masa)
Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran
Catatan
Set Induksi(5 minit)
Guru memberi soalan kepada pelajar.
Guru menyoal murid, berapa jarak dari rumah ke sekolah?
Bahagian tubuh yang manakah boleh digunakan untuk mengukur?
Jenis aktiviti : Menyoal
-Guru memberikan masa untuk murid mencari jawapan.
- Murid memikirkan jawapan dan berbincang jawapan bersama guru.
- Guru menerangkan kepada murid tentang ukuran yang digunakan oleh manusia zaman dahulu untuk mengukur jarak.
Kemahiran saintifik:Komunikasi
Nilai murni :Berdikari,berani,yakin diri,hormat rakan
PencetusanIdea
(10 minit)
Menyatakan pelbagai cara untuk mengukur panjang.
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan 5 orang.2. Guru mengedarkan
jadual kepada ketua kumpulan.
3. Murid mengukur objek dengan jengkal, hasta, tapak kaki dan depa.
4. Murid juga mengukur menggunakan perlatan lain seperti pensel dan kapur tulis.
5. Murid mencatat ukuran dalam jadual.
6. Murid bandingkan jawapan dengan kumpulan lain.
7. Guru menerangkan bahawa alat-alat ukuran yang digunakan tadi dinamakan bukan unit piawai.
Kemahiran saintifik:Meramal,Mengelas
Nilai murni :Kerjasama,bertanggungjawab, jujur
BBB :kapur tulis, pensel
Penstrukturan semula
idea(25 minit)
Mengenalpasti unit piawai untuk ukuran panjang.
1. Guru meminta murid mengukur objek yang sama dengan menggunakan pembaris dan pita pengukur.
2. Murid mencatatkan ukuran dalam jadual yang berlainan.
3. Murid membandingkan jawapan dengan kumpulan
Kemahiran saintifik:Mengeksperimen,Pemerhatian
Nilai Murni :Berkerjasama
lain.4. Guru menerangkan bahawa
pembaris dan pita pengukur menggunakan unit piawai.
Jujur
BBM :pembaris, pita pengukur
Aplikasi(15 minit)
Mengenalpasti unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik.
1. Guru memperkenalkan unit mm, cm, m, dan km.
2. Guru menyoal objek yang diukur dengan menggunakan unit piawai di atas.
Nilai murni :Kerjasama,jujur, berani
Refleksi(5 minit)
Menyatakan ukuran piawai adalah penting dalam kehidupan harian.
1. Murid menyenaraikan contoh penggunaan ukuran panjang dalam kehidupan harian.
2. Murid menyatakan kepentingan pengukuran dalam kehidupan manusia.
Nilai murni :berani, yakin
LEMBARAN KERJA
SILA ISIKAN TEMPAT KOSONG :
Guna Anggota Badan
Lebar kelas = ____________kaki
Panjang kelas = _____________depa
Tinggi meja murid = _____________jengkal
Panjang meja guru = _____________hasta
Guna Peralatan
Tinggi kerusi = _____________batang pensel
Panjang tingkap =_____________batang kapur tulis
SILA ISIKAN TEMPAT KOSONG :
Lebar kelas = ____________m
Panjang kelas = _____________m
Tinggi meja murid = _____________cm
Panjang meja guru = _____________cm
Tinggi kerusi = _____________cm
Panjang tingkap =_____________cm
Recommended