View
46
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
h
Citation preview
1
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
1.0 PENGENALAN
Dahagi 1857 merupakan antara peristiwa bersejarah dan amat penting dalam sejarah India.
Peristiwa ini berlaku dalam tempoh antara tahun 1857 hingga tahun 1858.1 Peristiwa ini
merupakan perang kemerdekaan yang jelas berlaku di salah sebuah negara dunia ketiga iaitu
India.2 Secara umumnya peristiwa Dahagi dikelaskan sebagai satu peristiwa pembunuhan
beramai-ramai orang Eropah yang berada di India.3 Hal ini kerana, di dalam peristiwa Dahagi
1857 ini, dianggarkan seramai hampir seribu orang Eropah terkorban dan separuh daripadanya
merupakan kaum wanita dan kanak-kanak.4
Dalam membicarakan mengenai peristiwa Dahagi 1857, pelbagai peristiwa
pemberontakan yang sememangnya jelas meliputi semua kawasan utara India dapat diketahui.
Tambahan pula pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau Sepoi
menentang Inggeris di India. Pemberontakan ini dikatakan titik permulaan perjuangan
kebangsaan menentang penjajah. Orang India juga menganggap pemberontakan ini sebagai
perang kemerdekaan. Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja,
pembesar dan nawab yang jelasnya telah mengganggu gugat kepentingan mereka yang selama
ini di kecapi sebelum kedatangan Inggeris. Tambahan lagi, orang India juga menganggap Dahagi
India yang tercetus pada tahun 1857 merupakan gerakan anti penjajah. Ia berlaku kerana
wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap aspek sosial dan politik yang dilakukan oleh pihak
Inggeris.
1 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 283.2 Eric Stokes. (1970). Traditional Resistance Movements and Afro-Asian Nationalism : The Context of the 1857 Mutiny Rebellion in India. The Past and Present Society.(48). United Kingdom : Oxford University Press. Hlm.100.3 Barbara English. (1994). The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857. The Past and Present Society. (142). United Kingdom : Oxford University Press. Hlm.141.4 Ibid.
2
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
Dahagi 1857 berlaku disebabkan pelbagai faktor, termasuklah tindakan British yang telah
mengubah sistem pentadbiran di India dan sekali gus telah memasukkan sistem Barat dalam
aspek-aspek tertentu dalam mentadbir India.5 Termasuklah dari aspek pendidikan, kebudayaan,
politik dan juga ekonomi masyarakat di India. Hal inilah menjadi salah satu faktor utama yang
membawa kepada berlakunya pemberontakan yang dikenali sebagai Dahagi 1857.
Pemberontakan ini berlaku di kawasan utara India, dan secara dasarnya diketuai oleh golongan
Sepoi.6 Bukan sahaja faktor malahan kesan daripada peristiwa Dahagi juga sangat jelas.
Sememangnya tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam sejarah India, dan hal ini
akan dibincangkan di dalam perbincangan ini iaitu mengenai sebab-sebab peristiwa Dahagi 1857
menjadi sangat penting dalam sejarah India. Sebab–sebab yang akan dibincangkan adalah
merangkumi persoalan mengenai perkara yang menjadikan Dahagi sebagai peristiwa yang amat
penting dalam sejarah India. Hal ini termasuklah bagaimana peristiwa ini menjadi titik tolak
kepada kemerdekaan India pada tahun 1947. Peristiwa bersejarah ini juga menjadi salah satu
pengaruh luar yang mendorong kepada kebangkitan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa peristiwa Dahagi mempunyai penyebabnya yang tersendiri
sehingga menjadikan peristiwa tersebut penting terutamanya dalam sejarah India.
5 Penjajah British di India dilakukan oleh pihak Syarikat HIndia Timur Inggeris (EIC) yang mendapatkan konsesi bagi menjalankan aktivti perdagangan dan penaklukan bagi pihak British ini ditubuhkan pada tahun 1600.6 Barbara English. (1994). The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857. The Past and Present Society. (142). United Kingdom : Oxford University Press. Hlm.141.
3
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
2.0 SEBAB DAHAGI PENTING DALAM SEJARAH INDIA
Dahagi India 1857 sememangnya peristiwa yang amat penting dalam sejarah India. Terdapat
banyak sebab yang mendorong kepada perkara ini berlaku. Sebab-sebab Dahagi 1857 amat
penting juga merangkumi pelbagai aspek, dan sebab-sebab tersebut adalah seperti berikut :
2.1 Dahagi adalah perang kemerdekaan pertama di India
Dahagi India 1857 dianggap penting disebabkan peristiwa ini adalah peristiwa pertama yang
berunsurkan perang atau pemberontakan untuk mencapai kemerdekaan di India.7 Hal ini kerana,
sebelum peristiwa Dahagi, tidak ada lagi pemberontakan dan peperangan yang tercetus semata-
mata untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pemerintah dan penjajah. Pemberontakan
sebelum ini adalah bersifat kewilayahan, dan tidak melibatkan keseluruhan India, hal ini jelas
berbeza dengan Dahagi 1857 yang melibatkan kawasan utara India. Fakta mengenai Dahagi
sebagai perang kemerdekaan pertama turut dinyatakan dengan jelas oleh V.D Savarkar.8
Seperti mana yang diketahui, sebelum ini peperangan di India tidak bersifat nasional,
malahan hanya memfokuskan kepada satu tempat sahaja, namun demikian di dalam peristiwa
Dahagi ini hampir semua kawasan di utara India terlibat dalam peristiwa ini.9 Peristiwa Dahagi
ini menjadi peperangan kemerdekaan pertama disebabkan banyak perkara. Antaranya adalah
disebabkan perubahan sikap masyarakat India, yang dahulunya hanya mengikuti arahan, namun
akhirnya memberontak dan inginkan kebebasan. Perang kemerdekaan pertama ini juga berlaku
7 Biswamoy Pati. (2007). Historian and Historiography : Situating 1857. Economic & Political Weekly, Vol.42, No.19. Economic and Political Weekly. Hlm. 1686.8 Ibid.9 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 283.
4
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
disebabkan oleh cara pentadbiran British yang bertentangan dengan kehidupan tradisional
masyarakat India.10 Peperangan dan pemberontakan ini secara umumnya dikaitkan dengan
golongan Sepoi yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran dan cara layanan pihak atasan
mereka.11 Aspek lain yang mendorong rasa tidak puas hati golongan Sepoi ialah pembahagian
gaji, pengambilan tentera am, masalah senjata dan keterpaksaan bekerja di luar India.
Pembahagian gaji antara tentera adalah tidak seimbang, hal ini kerana, tentera Sepoi tidak
mendapat gaji yang secukupnya malah dikecilkan lagi amaun mereka. Hal ini terbukti apabila
makanan harian mereka hanya dal dan roti, dan mereka juga hanya berangan untuk mendapatkan
barang yang mewah.12 Hal ini disebabkan oleh diskriminasi yang berlaku di antara tentera sama
ada tentera Barat dan juga tentera India yang terdiri daripada golongan Sepoi. Pemberontakan
Sepoi juga dikaitkan dengan penggunaan senjata Enfield Riffle yang pelurunya disalut dengan
minyak babi dan lembu,13 hal ini jelas bertentangan dengan adat dan kepercayaan penganut
utama di India iaitu Islam dan Hindu. Hal ini juga yang mendorong golongan Sepoi menentang
dan mencetuskan pemberontakan yang bersifat peperangan untuk memerdekakan India.
Perkara ini juga jelas menunjukkan bahawa pelbagai sebab yang menyebabkan
masyarakat India keluar dari kepompong dan cara hidup yang asal iaitu yang hanya menurut dan
mengikut arahan dan perintah pentadbir dan pemerintah sahaja. Walaupun pada awalnya hanya
golongan Sepoi yang kelihatan melakukan pemberontakan, namun sepanjang peristiwa Dahagi
ini, golongan petani dan golongan pemilik tanah juga bersama memberontak dan berjuang untuk
mendapatkan kemerdekaan. Hal ini kerana, mereka juga turut sama terseksa dan menghadapi
10 James Bryne. (1957). British opinion and Indian revolt. Rebellion 1857. Calcutta : People Publishing Houste. Hlm. 292.11 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 283.12 Surendra Nath Sen dan Maulana Abdul Kalam Azad. (1958). Eighteen fifty-seven. India: Publications Division. Hlm: 2213 Gregory Fremont-Barnes. (2007). The Indian Mutiny 1857-58. Great Britain : Osprey Publishing. Hlm.28.
5
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
masalah dengan penindasan dan perubahan ekonomi yang dilakukan oleh British.14 Selain itu,
peperangan ini turut disokong oleh masyarakat setempat, kerana perubahan dari aspek
kebudayaan dan aspek kepercayaan agama yang amat berbeza telah dilakukan oleh British di
India.15 Hal ini merujuk kepada sistem kasta dan juga kepercayaan agama Hindu, yang
mempercayai matahari dan kepanasan adalah kurniaan Tuhan,16 namun sebaliknya bagi orang
Eropah. Budaya adalah sesuatu yang menggambarkan cara hidup sesuatu kaum di sesuatu
tempat. Begitu juga masyarakat Hindu yang amat kaya dengan budaya yang kadang-kadang
tidak tercapai dek akal manusia untuk berfikir tentang kesahihannya. Budaya yang popular di
India adalah amalan sati. Amalan sati merupakan pengorbanan balu yang dibakar bersama-sama
dengan pembakaran mayat si suami. Amalan ini dianggap tidak berperikemanusiaan dan
menyalahi undang-undang alam. Maka, kerajaan British melalui Lord William Bentinck telah
menghapuskan amalan sati dan menghalang kegiatan Thugee.17 Penghapusan dan halangan yang
dilakukan oleh kerajaan British telah mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat Hindu
khususnya. Masyarakat Hindu merasakan kecewa apabila kerajaan British campur tangan dalam
soal budaya dan adat masyarakat mereka. Hal ini yang mendorong mereka memberontak dan
akhirnya mewujudkan peristiwa Dahagi 1857, dan hal ini sekali gus menunjukkan penglibatan
masyarakat Hindu dalam perang kemerdekaan ini untuk mendapatkah hak mereka semula.
Kesemua faktor ini secara langsung telah menyebabkan peperangan kemerdekaan
pertama ini berlaku. Tujuan utama peperangan ini jelas untuk mengeluarkan India daripada
penjajahan Eropah, sekali gus mendapatkan semula sistem pemerintahan India yang lama.
14 Barbara English. (1994). The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857. The Past and Present Society. (142). United Kingdom : Oxford University Press. Hlm.141.15 Ibid.16 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 283.17 William Howard Russell. (1957). My Indian Mutiny Diary. Landon: Cassell & Company LTD. Hlm: xvii.
6
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
Peperangan dan pemberontakan yang bermula pada 10 Mei 185718 ini jelas mempunyai tujuan
yang amat nyata, sekali gus untuk kebaikan India. Hal ini kerana, peperangan dan
pemberontakan ini melibatkan banyak pihak dan juga banyak tempat, dan bukan untuk
kepentingan individu tetapi untuk kepentingan bersama masyarakat dan juga negara India itu
sendiri. Walaupun ada sesetengah yang mengetengahkan kepentingan individu namun demikian,
peperangan yang mengikut peringkat dan tempat ini jelas bukan bersifat kewilayahan lagi tetapi
bersifat nasional.19
Semua penyataan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa peristiwa Dahagi
sememangnya perang kemerdekaan yang pertama, dan perang ini berlaku disebabkan oleh
pentadbiran British sendiri. Hampir kesemua sebab dan faktor tercetusnya peristiwa Dahagi ini
adalah disebabkan British yang terlalu bersifat autokratik dalam pentadbirannya sehinggakan
hampir keseluruhan aspek di India dimonopoli oleh British,20 hal ini termasuklah aspek sensitif
iaitu berkaitan dengan kasta, agama dan kepercayaan masyarakat India. Dahagi 1857
sememangnya satu pemberontakan yang berbentuk pembelaan dan jelas untuk memerdekakan
negara India daripada monopoli penjajah British.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa peristiwa Dahagi 1857 merupakan satu peristiwa
penting dalam sejarah India, hal ini disebabkan oleh peperangan tersebut merupakan peperangan
pertama yang melibatkan misi kemerdekaan di India. Hal ini jelas menunjukkan betapa
pentingnya peristiwa Dahagi dalam sejarah India, sehinggakan menjadi ingatan sehingga ke hari
18 Ibid. 19 Biswamoy Pati. (2007). Historian and Historiography : Situating 1857. Economic & Political Weekly, Vol.42, No.19. Economic and Political Weekly. Hlm. 1686.20 Ibid.
7
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
ini. Maka, jelaslah Dahagi sebagai perang kemerdekaan pertama menjadi salah satu sebab yang
menyebabkan peristiwa Dahagi 1857 amat penting.
2.2 Membabitkan banyak tokoh tempatan
Kepentingan Peristiwa Dahagi 1957 iaitu kewujudan tokoh politik tempatan bangun menentang
kuasa British. Pemimpin politik tersebut ialah Nana Sahib, Rani Lakshmir dan Tantia Tope.
Pihak British telah memperkenalkan Polisi Lesap Waris.21 Pengenalan polisi ini telah
menyebabkan pihak British akan mengambil alih pentadbiran tempatan sekiranya pemerintahan
tempatan tidak mempunyai waris yang sah daripada keturunannya untuk mengantikan
kedudukan pemimpin tersebut. Walau bagaimanapun, bagi pemerintah tempatan yang tidak
mempunyai waris yang sah daripada keturunannya ada yang melantik anak angkat sebagai
penerus pemerintah yang seterusnya sebagai nizam atau peshwa. Pihak British menganggap ini
sebagai suatu yang tidak sah maka British akan mengambil alih pentadbiran tersebut sehingga
tidak akan menganggap pelantikan anak angkat kepada pemerintah tempatan itu sah. Malah
British telah memulakan pentadbiran mereka mengikut corak tersendiri. Keadaan ini telah
berlaku kepada pemimpin politik tempatan seperti Nana Sahib, Tantia Topi dan Rani Lakshmir
sehingga terlibat sama dalam peristiwa Dahagi ini.
Nana Sahib telah bangkit menentang di Cawnpore. Cawnpore merupakan satu kawasan
yang dianggap sebagai Jalan Raya Utama terbesar kerana berada bersebelahan dengan sungai
Ganges. Bandar Cawnpore merupakan sebuah bandar yang penting kerana merupakan tempat
talian komunikasi antara pedagang-pedagang dan telah menjadi daya tarikan kepada pihak
British. Disebabkan oleh kepentingan ini, British cuba untuk mendapatkan bandar ini dengan
21 Harold E. Rough. (2004). The Victorians at War, 1815-1914 : An encyclopedia of British Military History. California : ABC-CLIO, Inc.Gregory Fremont-Barnes. (2007). Essential Histories : The Indian Mutiny 1857-1858. New York : Osprey Publishing. Hlm 25.
8
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
tidak mengisytiharkan kedudukan Nana Sahib sebagai pewaris pemimpin tempatan. Sebelum
pelantikan Nana Shahib, Cawnpore telah ditadbir oleh seorang Peshwa Baji Rao II22 merupakan
ayah angkat kepada Nana Sahib. Sebelum kematian, beliau telah melantik anak angkatnya untuk
menjadi pemerintah di Cawnpore pada tahun 1953. Walau bagaimanapun, British tidak bersetuju
dengan pelantikan ini dan menganggap ianya tidak sah. Sehingga Nana Sahib berjumpa dengan
pegawai British untuk mendapatkan wang pencen untuk dirinya tetapi tidak dilayan oleh pihak
British. Nana Sahib juga tidak dibenarkan untuk menggunakan gelaran peshwar walaupun bapa
angkat beliau telah melantik beliau sebagai pewaris. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada
Nana Sahib sehingga menjadi ketua angkatan tentera di Cawnpore bagi menentang British. Pada
6 Jun 1857, Nana Sahib bersama angkatan tenteranya telah menyerang pertahanan British di
Cawnpore.23 Walau bagaimanapun, tentera Nana Sahib telah dikepung oleh British pada 27 Jun
dan meminta untuk menyerah kalah. Tetapi tentera Nana Sahib telah lari bertempiaran
menggunakan bot dan Nana Sahib telah menyelamatkan golongan wanita dan kanak-kanak yang
telah berjaya menyelamatkan diri daripada di bunuh dengan kejam oleh pihak British dan
diletakkan di rumah wanita yang dikenali sebagai Bibighar24 seramai 200 orang. Setelah itu,
Nana Sahib telah memutuskan untuk meneruskan hidupnya untuk gantung diri dan terjun ke
dalam telaga. Tentera Jeneral Henry Hevelock telah berjaya mengalahkan pasukan
pemberontakan lagi pada 16 July 1857, dan Nana Sahib telah dilaporkan telah melarikan diri
daripada Bithur sehingga beliau tidak lagi kelihatan. Beliau juga telah dikatakan mati akibat
demam di Nepal pada 1859.25 Penglibatan Nana Sahib di dalam pemberontakan ini jelas
22 Harold E. Rough. (2004). The Victorians at War, 1815-1914 : An encyclopedia of British Military History. California : ABC-CLIO, Inc. Hlm 241. 23 Ibid, Hlm. 241.24 Ibid. Hlm. 241.25 Ibid. Hlm. 241.
9
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
menunjukkan bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh yang lahir disebabkan pentabdiran
British dan juga tokoh yang terlibat dalam peristiwa Dahagi ini.
Rani Lakshmi juga mengalami nasib yang sama seperti Nana Sahib di mana British tidak
mengesahkan kedudukan Rani Lakshmi sebagai pewaris yang seterusnya kepada takhta Jhansi.
Oleh itu, Rani Lakshmi telah menganggotai tentera Sepoi untuk menentang British. Semasa
pemberontakan berlaku, Rani Lakshmi telah melawan tentera British yang diketuai oleh Sir
Huge Rose. Apabila Jhansi berada dalam gengaman British, Rani Lakshmi telah pergi
meninggalkan Jhansi dan meneruskan penentangan di Kalpi pula. Rani Lakshmi telah bergabung
dengan Tantia Topi untuk menyerang dan menduduki Gwalior. Sir Huge Rose bersama dengan
tenteranya telah meningkatkan lagi sistem kententeraan untuk melawan dan menghentikan
serangan daripada Lakshmi. Mereka telah mendapatkan kembali Gwalior dan dalam
pertempuran di Morar dan Kotah. Rani Lakshmi telah terbunuh dalam serangan ke atas
British.26 Rani Lakshmi atau lebih dikenali sebagai Rani of Jhansi sememangnya terbukti sebagai
salah seorang tokoh yang terlibat dalam pemberontakan secara besar-besaran ini, walaupun
beliau merupakan seorang wanita, namun hal ini tidak menghalang perjuangan beliau untuk
menyelamatkan rakyat dan keluarga beliau.
Seterusnya pemimpin politik yang turut menganggotai pemberontakan tentera Sepoi iaitu
Tantia Tope. Tantia Tope merupakan seorang general dan ketua yang berkebolehan dalam
pemberontakan 1857. Beliau merupakan komander kepada tentera Nana Sahib. Beliau juga telah
menunjukkan kehebatan dalam mengatur strategi dan taktik serangan. Beliau juga telah terlibat
dalam peperangan melawan British lebih daripada satu tahun. Pada Julai 1857, apabila British
mengalami kekalahan teruk kepada tentera Nana Sahib di Kanpur yang mana Tantia Tope yang
26 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 285.
10
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
merupakan Jeneral kepada pasukan tentera. Tantia Tope juga menyertai Rani of Jhansi untuk
melawan British keluarkan mereka di India Pusat. Tetapi telah dikalahkan oleh Sir Hugh Rose.27
Beliau juga turut bekerjasama dengan Rani of Jhansi dan berjaya mengalahkan pasukan tentera
di bawah pasukan Sindhia walau bagaimanapun, beliau dikalahkan oleh Huge Rose pada
pemberontakan di Morar dan Kotah. Tantia sekali lagi telah ditangkap tetapi tidak pernah
menyerah, beliau telah lari dari satu tempat ke satu tempat sehingga beliau telah ditangkap oleh
Man Singh yang telah membawa beliau kepada British dan dikenakan hukuman gantung.28
Walaupun perjuangan yang dilakukan oleh Tantia Tope menemui kegagalan, namun penglibatan
beliau jelas membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh yang terlibat dalam
peperangan ini.
Oleh yang demikian, berdasarkan perbincangan mengenai sebab ini jelaslah bahawa
Dahagi 1857 juga menjadi peristiwa penting dalam sejarah India moden disebabkan peristiwa ini
melibatkan penglibatan ramai tokoh nasionalisme yang berjuang untuk melawan dan menentang
pentadbiran Barat di India. Tokoh-tokoh yang terlibat bukan sahaja membawa misi untuk
kawasan mereka, malahan juga untuk kepentingan India.
2.3 Melibatkan kawasan yang besar
Antara sebab lain yang menyebabkan Dahagi menjadi salah satu peristiwa penting dalam sejarah
di India iaitu disebabkan oleh peristiwa pemberontakan yang melibatkan kawasan yang luas.
Kawasan-kawasan yang terlibat sepanjang proses pemberontakan ini adalah meliputi kawasan
Utara India, terutamanya kawasan yang menjadi tumpuan orang Eropah seperti Lucknow, New
Delhi, Jhansi, Kalpi, Meerut dan Cawnpore.
27 T.A.Heathcote. (1995). The Military in British India : The Development of British Land Forces in South Asia 1600-1947. New York : Manchester University Press. Hlm. 99.28 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 284.
11
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
Kawasan utama yang terlibat dalam peristiwa Dahagi ini ialah Meerut. Peristiwa yang
berlaku di Meerut adalah peristiwa yang bermula dengan pemberontakan tentera askar berkuda
India dan juga regimen, disebabkan oleh dakwaan mengenai penggunaan sejenis senjata yang
menggunakan minyak babi dan juga minyak lembu.29 Hal ini menyebabkan pemberontakan
berlaku di kawasan Meerut. Pemberontakan yang berlaku di kawasan ini dicetuskan oleh
golongan Sepoi30 yang sememangnya merupakan masyarakat India yang telah dijadikan sebagai
askar dan tentera untuk British. Tindakan mereka memberontak di kawasan Meerut, telah
mengejutkan British, dan hal ini sekali gus membawa kejayaan kepada golongan Sepoi dalam
menawan Meerut, dan seterusnya menjadikan Meerut sebagai kubu pertahanan.31 Walaupun pada
peringkat awal, pemberontakan oleh golongan Sepoi hampir menemui kegagalan disebabkan
terdapat hamba yang setia kepada British ingin mematahkan rancangan tersebut,32 namun
kejayaan pemberontakan di Meerut tetap tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian jelaslah
bahawa, Meerut bukan sahaja tersenarai sebagai salah satu kawasan yang terlibat dalam
peristiwa bersejarah ini malahan Meerut juga menjadi kawasan pertama tercetusnya
pemberontakan ini.
Selepas Meerut, kawasan turut mendapat tempias dalam peristiwa Dahagi 1857 ini ialah
Delhi. Delhi yang merupakan kawasan utama pentadbiran empayar Mughal telah menjadi tempat
pertemuan semua orang daripada seluruh dunia, dan dalam pemberontakan dan peperangan ini,
Delhi telah menjadi kawasan seterusnya yang diserang oleh tentera daripada Meerut.33 Peristiwa
peperangan di kawasan Delhi, walau bagaimanapun tidak seperti di Meerut, hal ini kerana di
29 Francis Spencer Wigram. Hlm.5.30 Ibid.31 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.284.32 John Harris. (2001). The Indian Mutiny. Great Britain : Worsworth Editions Limited Cumberland House. Hlm.27.33 Ibid. Hlm.41.
12
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
kawasan ini tentera daripada Meerut terpaksa bergerak dalam dua rombongan, dan rombongan
dan pasukan ini tidak sampai dalam masa yang sama,34 menyebabkan keadaan amat sukar untuk
melakukan serangan secara serentak. Walaupun jarak di antara Delhi dan Meerut hanyalah 40
batu35 namun demikian perjalanan yang hanya bergantung kepada kawad menyebabkan masa
agak lama terpaksa diambil untuk sampai ke Delhi. Dalam peperangan di kawasan ini, pihak
British telah menggunakan senjata yang amat dibenci oleh masyarakat India iaitu Enfield Riffle,36
dan hal ini telah menyebabkan banyak nyawa terkorban di Delhi. Oleh yang demikian, jelaslah
Delhi juga turut terlibat dalam Dahagi 1857.
Di samping itu, kawasan Cawnpore yang merupakan kawasan yang dikuasai oleh
Wheeler iaitu seorang pegawai British, turut sama terlibat dalam peperangan kemerdekaan ini.
Pemberontakan di kawasan ini telah diketuai oleh Nana Sahib, yang tidak berpuas hati dengan
pentadbiran British dan tindakan British yang tidak mengiktiraf takhta yang sepatutnya menjadi
milik Nana Sahib. Peperangan di kawasan ini tercetus pada 3 Julai 1857.37 Selain Cawnpore,
Jhansi yang ditadbir oleh Rani Lakshmi, turut sama terlibat dalam peperangan dan
pemberontakan dahagi 1857 ini.38 Kawasan ini merupakan kawasan yang berada di bawah
pengaruh Dalhousie.39 Pemberontakan oleh Rani of Jhansi ternyata memberi impak yang besar
kepada pentadbiran British, walaupun pemberontakan di kawasan ini diketuai oleh seorang
wanita. Rani of Jhansi ini juga turut berjuang bersama Tantia Tope dan Nana Sahib dalam
34 Ibid.35 Michael Barthorp. (1994). The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59. United Kingdom : Osprey Publishing. Hlm.5.36 Ibid. Hlm.43.37 Ibid. Hlm.83.38 Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 285.39 Henry Herbert Dodwell. (1994). The Cambridge History of the British Empire, Volume 4. New York : Cambridge University Press. Hlm. 204.
13
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
menyelamatkan kawasan Kalpi.40 Oleh yang demikian, maka jelaslah bahawa Cawnpore, Jhansi
dan juga Kalpi juga turut sama terlibat dalam proses Dahagi 1857 ini.
Kawasan lain yang turut terlibat dalam pemberontakan Dahagi 1857 ini ialah Lucknow.
Kawasan ini terlibat disebabkan kempen yang berlaku di Oudh.41 Kawasan Lucknow merupakan
kawasan kediaman dan tempat tinggal Residen British. Pemberontakan secara rasmi berlaku di
kawasan ini pada 30 Mei 1857.42 Walau bagaimanapun, Campbell yang mengetuai tentera British
di Lucknow telah mengetahui mengenai serangan yang akan dilakukan ke atas Lucknow, dan
beliau telah bersedia sejak dari awal lagi. Namun hakikatnya, walalupun beliau telah membuat
persiapan untuk membalas serangan pemberontakan, namun beliau tetap gagal menyelamatkan
kawasannya daripada beribu-ribu pemberontakan. Hal ini juga menyebabkan kawasan-kawasan
di sekitarnya seperti Rohilkand dan Bihar turut berlaku pemberontakan.43 Selain kawasan-
kawasan ini, terdapat juga kawasan-kawasan kecil lain yang turut terlibat dalam pemberontakan
besar-besaran ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemberontakan dan Dahagi 1857
merupakan peristiwa yang melibatkan pemberontakan dalam tempoh masa yang sama di
kawasan yang sangat luas dan besar. Oleh yang demikian, maka jelaslah, kawasan-kawasan
seperti Jhansi, Lucknow, Delhi, Meerut, dan kawsan-kawasan lain terlibat dalam peristiwa
Dahagi 1857. Hal ini yang telah mendorong peristiwa ini menjadi sangat penting dalam sejarah
India daripada tahun 1857 sehinggalah ke hari ini. Tambahan pula, pemberontakan seperti ini
tidak pernah berlaku dan merupakan kelainan yang wujud dalam peristiwa Dahagi 1857 di India.
40Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 285.41 Michael Barthorp. (1994). The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59. United Kingdom : Osprey Publishing. Hlm.5.42 Ibid. Hlm.6.43 Ibid.
14
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
2.4 Dahagi dapat menjatuhkan kedudukan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
Antara sebab lain yang menjadikan Dahagi 1857 sebagai peristiwa yang penting dalam sejarah
India ialah disebabkan peristiwa ini telah menyebabkan kedudukan SHTI di India jatuh. Hal ini
berlaku disebabkan kegagalan SHTI mengawal dan mentadbir India sehingga menyebabkan
masyarakat India memberontak dan berlakunya Dahagi 1857.
Pada awalnya, sistem pemerintahan Inggeris di India dipegang secara langsung oleh
pihak British di London. SHTI, merupakan syarikat perdagangan yang telah dianugerahkan oleh
Ratu Elizabeth pada tahun 1600 bagi menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan
tanah jajahan. Syarikat ini juga dikenali sebagai British East India Company dan telah
menjalankan usaha bagi menguasai perdagangan di Hindia Timur. Syarikat ini telah berkembang
daripada sebuah syarikat perdagangan kepada badan yang memerintah India apabila telah
mempunyai kuasa tentera dan mendapat sokongan daripada kerajaan tempatan dan pihak British
di London.44
Pada abad ke-19 telah berlaku perubahan dan pembaharuan yang mendadak di India oleh
pihak British. Pada tahun 1813 pula, para pengembang agama Kristian telah dihantar ke India
bagi membetulkan amalan tradisi masyarakat India seperti adat Suttee dan adat pembunuhan
bayi-bayi perempuan oleh kaum Rajput serta menghapuskan adat perhambaan.45 Selain itu,
mereka juga memperkenalkan agama Kristian yang dianggap suci dan benar manakala agama
dan kepercayaan Hindu adalah keji dan zalim. Oleh itu, SHTI menentang adat-adat India yang
tidak wajar dan hal ini sebenarnya menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat India.
Pengembang agama Kristian juga bersetuju bagi memajukan masyarakat India dengan
44 C. H. Philips. (1996). Sejarah India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 32.45 K.A. Nilakanta Sastri and G. Srinivasachari. (1970). Advance History of India. New Delhi : Allied Publishers Private Limited. Hlm. 662.
15
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
pendidikan bahasa Inggeris.46 Hal ini sekali gus dapat melemahkan agama Hindu dan
memperluas agama Kristian. Oleh itu, sekolah-sekolah Inggeris dan maktab telah ditubuhkan
seperti yang telah dilakukan di Calcutta. Di Madras pula pendidikan bahasa Inggeris sangat
berjaya dilaksanakan dan telah menjadi bahasa perantaraan.47 Hal ini jelas sebagai salah satu
perkara yang bertentangan dengan amalan tradisional masyarakat India.
Peristiwa Dahagi 1857 yang berlaku adalah kerana masyarakat India sudah tidak mampu
meneruskan kehidupan mereka di bawah pentadbiran British yang selama ini telah menekan
kehidupan mereka lebih-lebih lagi dasar yang telah mereka jalankan di India telah mencemarkan
ketamadunan, agama dan tradisi masyarakat India. Pada hujung abad ke-19, orang-orang India
mula mengkaji tentang pelaksanaan pentadbiran Inggeris. Segala tekanan yang telah mereka
alami di bawah pentadbiran SHTI telah mengakibatkan berlakunya Pemberontakan Dahagi 1857
yang akhirnya telah menjejaskan hubungan British-India. Oleh itu, kedudukan utuh SHTI di
India berjaya dijatuhkan dan ini memberikan sinar harapan kepada India bagi mentadbir negara
tanpa dikuasai oleh pihak Inggeris yang jelas terbukti tidak layak mentadbir India.48
Tercetusnya pemberontakan pada tahun 1857 tidak dapat dihalang lagi oleh mana-mana
pihak. Gerakan Dahagi telah bermula pada 10 Mei 1857 iaitu bersamaan dengan hari Ahad.49
Umumnya, gerakan Dahagi ini berlaku di kawasan Utara India iaitu di kawasan-kawasan seperti
Meerut. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sepoi yang mencetuskan gerakan Dahagi telah
membuat pangkalan di Meerut.50 Kebangkitan Dahagi di India Utara ini tidak sempat dihalang
46 Stanley Wolpert. (2004). A New History of India Seventh Edition. New York : Oxford University Press. Hlm. 231.47 Jawaharlal Nehru. (1960). The Discovery of India: Edited by Robert I. Crane. New York. Anchor Books Doubleday & Company, Inc, Garden City. Hlm. 227.48 C. H. Philips. (1996). Sejarah India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 74.49 Michael Edwardes. (1957). The Mutiny and its Consequneces. Cassell & Company LTD : Perpustakaan University Malaya.Hlm.xi..50 Azharudin Mohd.Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.284.
16
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
oleh rejimen British. Oleh itu, gerakan Dahagi ini telah merebak ke kawasan lain. Setelah
gerakan Dahagi ini berjaya menawan Meerut, golongan Sepoi yang mendominasi gerakan
Dahagi kemudiannya mara ke kawasan Ambata dan membebaskan tawanan di penjara tersebut.
Pada ketika ini ramai pegawai serta tentera Eropah yang terkorban.51 Selepas berjaya menawan
Meerut dan Ambata gerakan Dahagi ini mula menuju ke Delhi. Mereka telah berjaya menawan
serta menguasai Delhi dengan begitu pantas kerana pada masa itu kawasan Delhi tidak dikawal
oleh tentera British. Kejayaan pihak pemberontak menawan Delhi serta menyelamatkan kerajaan
Moghul telah menjadi pemangkin kepada tindakan mereka untuk meneruskan serangan ke
beberapa wilayah-wilayah lain seperti Avadh, Etawa, Lucknow, Bareilly, Shahjahanpur,
Morabadad.52 Tambahan pula, melalui penglibatan Nana Saheb sebagai ketua pemberontakan di
wilayah Kanpur telah menaikkan semangat tentera Sepoi untuk menghalau keluar pihak British
dari India.53
Pada 15 Julai 1857, gerakan Dahagi diteruskan pula ke Cownpore. Selain itu, terdapat
beberapa kawasan lain yang terlibat dengan gerakan Dahagi seperti di Lahore, Lucknow, dan
Allahabad. Gerakan Dahagi ini merupakan hasil daripada kerjasama golongan Sepoi di Meerut.54
Kemusnahan dan mangsa korban gerakan Dahagi banyak terdapat di kawasan Meerut iaitu
pangkalan utama gerakan Dahagi. Walau bagaimanapun, kesan daripada pemberontakan telah
mempengaruhi India kerana kekejaman dan tindakan kedua-dua belah pihak telah
mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan.55 Kejayaan gerakan Dahagi menawan kawasan-
kawasan Utara India kerana gerakan Dahagi ini bergerak secara berkumpulan dan bukan secara
51 James Burgers. (1972). The Chronology of Modern India for Four Hundred Years. Ireland : Irish University Press. Hlm. 363.52 Ibid. Hlm. 149.53 Ibid.Hlm. 161.54R.C Majundar. (1962).History of Freedom Movement. Kuala Lumpur: Mukhopandhyay India. Hlm. 234.55 C. H. Philips. (1996). Sejarah India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.77.
17
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
individu. Pemberontakan yang berlaku amat mengejutkan pihak British dan mereka tidak lagi
mampu mempertahankan kedudukan mereka akibat daripada letusan dan pemberontakan yang
secara berterusan terhadap British selama setahun itu. Pemberontakan-pemberontakan yang
berlaku seterusnya telah menyebabkan kerajaan British di London telah mengambil alih
sepenuhnya pemerintahan India.56 Hal ini telah menunjukkan bahawa kedudukan SHTI adalah
tidak seharusnya dipertahankan dan menurut Parlimen British di London, SHTI perlu
dikeluarkan daripada terus melaksanakan pemerintahan di India.57
Pemberontakan 1857 oleh tentera Sepoi telah membuahkan kejayaan kepada mereka
untuk menguasai semula New Delhi pada 11 Mei 1857. Oleh itu, penubuhan empayar Hindustan
telah dilaksanakan bagi menggantikan pemerintahan British di India dan Bahadur Shah telah
diisytiharkan sebagai Maharaja empayar baru bagi menggantikan kerajaan perwakilan yang
selama ini dipegang oleh SHTI di India.58 Namun begitu, pembubaran SHTI daripada India pada
tahun 1858 telah menyedarkan kerajaan British di London supaya membuat perubahan terhadap
dasar-dasar pihak mereka yang selama ini menekan kehidupan masyarakat India sehingga telah
mencetuskan penentangan yang hebat terutamanya daripada masyarakat Islam di India. Oleh
sebab kejutan pemberontakan tersebut, kerajaan London dan Calcutta telah mengkaji bagi
membina perhubungan yang baik antara kerajaan dan masyarakat India supaya kejadian
pemberontakan tidak akan berulang kembali.59 Hal ini menunjukkan bahawa walaupun
pemberontakan pada tahun 1857 telah berlaku pihak British masih tetap ingin berkuasa di India
dan sedaya upaya berusaha bagi terus menjalinkan hubungan dengan masyarakat India.
56 C. H. Philips. (1996). Sejarah India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 78.57 Ibid. Hlm.74.58 R.C.Majumdar. (1962). History of the Freedom Movement in India, volume 1. Calcuta : K.L. Mukhopadhyay. .Hlm. 147 dan 177.59 Harun Nasution. (2001). Pembaharuan dalam Islam: Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta. : Bulan Bintang. Hlm.158.
18
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
2.5 Kebangkitan pelacur kelas atasan
Kemunculan golongan pelacur ini terutamanya wanita sering dinafikan di dalam sejarah
pemberontakan Dahagi 1857. Dengan membawa kepada golongan ini dalam sistem politik
masyarakat India juga agak mustahil dan seperti sengaja dilindungkan terutamanya di dalam
wacana-wacana kebangkitan nasionalisme. Jadi kita akan melihat kepada peranan yang
dimainkan oleh Azizun Nisa yang telah menyertai pemberontakan 1857 yang ditulis oleh seorang
penulis drama iaitu Tripurari Sharma yang telah mendominasikan dan memperjuangkan hak bagi
golongan pertengahan. Azizun Nisa adalah seorang ibu dan isteri sebagai contoh unggul di dalam
membicarakan tentang kebangkitan nasionalisme dalam Dahagi 1857. Suara-suara bagi golongan
yang biasa seperti golongan pertengahan dan bawahan sengaja disembunyikan oleh pandangan
luar untuk satu tempoh yang lama dalam sejarah Dahagi 1857. Oleh hal yang demikian, sejarah
lepas telah dikaji semula oleh pengkaji sekarang bagi merungkaikan sebuah kebenaran dalam
konteks peranan dan kemunculan golongan wanita di dalam pemberontakan ini dari sudut
pandangan orang biasa. Kemunculan bagi golongan lain ialah merujuk kepada golongan wanita
yang dianggap hanya sebagai hamba seks, kasar dan tidak beradab.60 Jika wanita-wanita ini mula
mempertikaikan tentang kasta, kelas dan kemudahan untuk bersuara di khalayak ramai maka ia
akan dianggap sebagai ancaman bagi kerajaan British pada waktu itu.
Kebanyakan nasionalis selalu mengabaikan tentang kewujudan golongan wanita dalam
pelbagai aspek dalam sejarah kebangkitan nasionalisme di India. Jika perjuangan wanita ini
diletakkan di dalam satu tahap dengan perjuangan yang lain, maka pastinya perjuangan ini akan
lebih luas dan besar dalam sejarah India. Penghibur wanita juga telah dikelaskan atau
60 Lata Singh. Visibility the ‘Other’ in History Courtesans and the Revolt. History and Sociology of South Asia. Economic and political Weekly May 12, 2007. Hlm. 1677.
19
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
didiskriminasikan sebagai pelacur dalam masyarakat India. Jadi kita akan melihat
pemberontakan ini dan kemunculan wanita yang dari kelas penyanyi dan penari. Umumnya
gambaran tentang karekter golongan ini sangat ikonik kerana ia tidak disukai oleh kebanyakan
golongan di India. Golongan ini mempunyai imej yang tersendiri yang membezakan mereka
dengan masyarakat biasa di India. Golongan ini juga dikenali sebagai ‘Tawaif’ yang merujuk
kepada golongan pelacur kelas atasan yang dikatakan mempunyai masalah moral dan dalam erti
yang lain disebut oleh masyarakat India ialah perempuan jalang. Hal ini menyebabkan golongan
ini meminggirkan diri dan hidup dalam dunia mereka sahaja. Keadaan ini menyebabkan mereka
selalu menyamar identiti mereka di depan khalayak ramai bagi mengelakkan dihina.
Azizun Nisa ialah seorang pelacur kelas atasan yang telah menyertai pemberontakan bagi
menentang British pada tahun 1857. Azizun telah memakai pakaian lelaki dan dia sangat rapat
dengan golongan Sepoi serta tempat tinggalnya telah menjadi markas bagi perjumpaan golongan
Sepoi. Azizun berasal dari Lucknow tetapi menetap di Kanpur. Dia juga mempunyai hubungan
intim dengan Shamsuddin Sawar61 iaitu tentera pasukan berkuda di dalam pemberontakan di
Kanpur dan meninggal semasa pemberontakan tersebut. Begitu juga dengan kewujudan Rani
Laxmibai dalam perkembangan politik yang turut ditutup oleh penulisan sejarah. Selain itu
golongan penari dan penyanyi tradisional turut sama berjuang di dalam pemberontakan ini
dengan mereka menyanyi bagi mengumpul dana bagi Parti Kongres.62 Semasa pemberontakan di
Kanpur, masyarakat Kanpur mengagumi akan keghairahan Azizun dalam pemberontakan dengan
menaikkan semangat masyarakat Kanpur. Peranan golongan ini disembunyikan dari pandangan
dan mereka juga sebagai penyamar bagi golongan Sepoi untuk mendapatkan rahsia British jika
61 Ibid. Hlm. 1677.62 Ibid. Hlm. 1678.
20
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
British berkunjung ke tempat mereka. Jadi ini secara tidak langsung mereka juga turut terlibat
dengan konspirasi politik di India pada ketika itu.
Oleh sebab itulah setelah pemberontakan ini berlaku, golongan British telah mengesyaki
tentang peranan golongan ini dan mula menjadikan golongan ini hilang pekerjaan dan dihina
oleh masyarakat lain bagi memburukkan golongan ini pada pandangan masyarakat lain. Ia juga
telah termasuk di dalam senarai pemberontak yang dikehendaki oleh pihak British pada ketika
itu. Selain itu juga terdapat pandangan bahawa golongan pelacur ini menyertai pemberontakan
ini disebabkan oleh mereka berada di bawah pengaruh golongan Nawab. Nawab ini ialah pihak
yang telah hilang kuasa dan pengaruh mereka kerana penentangan mereka terhadap British.
Tetapi ramai pihak yang menyangkal pandangan ini berkenaan dengan Azizun Nisa kerana jika
dia berada di bawah pengaruh golongan Nawab maka mereka tidak akan nampak kesungguhan
Azizun di dalam pemberontakan ini. Tambahan lagi Azizun juga lari dari jagaan ibunya ke
Kanpur bagi hidup berdikari jadi sudah pasti ia tidak dipengaruhi oleh pihak lain.
Azizun Nisa juga mahir di dalam pelbagai bahasa, muzik dan tarian. Jadi ini
menunjukkan dia adalah seorang artis yang cukup berbakat dan juga wanita yang bijak.63 Jadi
ketika pihak British mahukan dia berada di kediaman British dan berkhidmat untuk mereka
sepenuh masa, maka ia telah menimbulkan kemarahan bagi Azizun kerana dia mengatakan
bahawa dia adalah artis dan penari bukannya pelacur walaupun dia dikatakan oleh masyarakat
sebagai pelacur.64 Golongan ini juga termasuk dalam senarai golongan yang kaya di dalam
masyarakat India, oleh sebab itulah mereka dapat menyumbangkan dari segi kewangan bagi
pemberontakan 1857 ini. Golongan pelacur juga sering dikaitkan dengan golongan elit, jadi
63 Ibid. Hlm. 1679.64 Ibid. Hlm. 1678.
21
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
pihak British telah mengadakan satu kontroversi bagi melumpuhkan pengaruh golongan ini
dalam masyarakat elit. Tambahan lagi pihak British tidak mahu akan adanya sebarang bentuk
ancaman bagi meraka terutamanya dari pihak pelacur atau gundik ini. Golongan gundik ini juga
menghadapi konflik yang sama dengan golongan tentera bagi menegakkan tanah air mereka. Hal
ini kerana bukan mudah bagi seorang wanita untuk menyertai pemberontakan kerana risikonya
sangat besar berbanding lelaki. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan moral yang tinggi
seperti Azizun dapat menyertainya. Azizun juga menyertai pemberontakan ini bukan disebabkan
oleh faktor kepentingan diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh lelaki yang berpengaruh tetapi
disebabkan mempunyai hubungan dengan seorang tentera Sepoi yang tidak ada apa-apa kuasa
dalam pemerintahan.65 Selalu sahaja timbul perdebatan tentang peranan wanita yang masih
diragui oleh sesetengah pihak. Padahal mereka ini lebih menyedari akan perkembangan politik di
India kerana mereka lebih rapat dengan golongan elit yang memegang tampuk pemerintahan
India sebelum ditakluki sepenuhnya oleh British.
65 Ibid. Hlm. 1680.
22
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
3.0 KESIMPULAN
Peristiwa Dahagi 1857 sememangnya merupakan satu peristiwa yang paling bersejarah dalam
sejarah India. Hal ini kerana, peristiwa Dahagi merupakan perang kemerdekaan yang pertama
buat negara India, penglibatan ramai tokoh tempatan dalam pemberontakan ini, pemberontakan
yang berlaku melibatkan kawasan yang besar, dapat menjatuhkan kedudukan SHTI di India, dan
kebangkitan pelacur kelas atasan.
Punca segala peristiwa ini berlaku disebabkan oleh pengaruh kuasa Barat yang semakin
meluas di India. Pemberontakan ini telah menyedarkan penduduk tempatan dan juga pemimpin
politik di India mengenai tujuan sebenar kedatangan kuasa Barat ke India adalah kerana
kepentingan mereka sendiri untuk mendapatkan kekayaan bahan mentah, menyebarkan agama
Kristian serta memperluaskan pengaruh kekuasaan mereka.
Oleh itu telah menjadi hak dan tanggung jawab sesebuah masyarakat untuk
mempertahankan negara mereka daripada diambil oleh negara asing. Walaupun negara Barat
memandang peristiwa Dahagi 1857 sebagai satu bentuk pemberontakan tetapi ia sebenarnya
merupakan satu peristiwa yang menunjukkan salah cara bagi mengusir kuasa Barat daripada
menguasai India. Tambahan lagi, setiap masyarakat tidak kira apa jua kelas kedudukan, mereka
mempunyai hak untuk mempertahankan agama, budaya, dan negara daripada dikuasai oleh
negara Barat.
23
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
BIBLIOGRAFI
Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bartorp, Michael. (1994). The British Troops in the Indian Mutiny 1857-59. United Kingdom :
Osprey Publishing.
Biswamoy Pati. (2007). Historian and Historiography : Situating 1857. Economic & Political
Weekly, Vol.42, No.19. Economic and Political Weekly.
Burgers, Jame. (1972). The Chronology of Modern India for Four Hundred Years. Ireland : Irish
University Press.
Bryne, James. (1957). British opinion and Indian revolt. Rebellion 1857. Calcutta : People
Publishing Houste.
Dodwell, H.H. (1994). The Cambridge History of the British Empire, Volume 4. New York :
Cambridge University Press.
Edwardes, Michael. (1957). The Mutiny and its Consequneces. Cassell & Company LTD :
Perpustakaan University Malaya.
English, Barbara. (1994). The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857. The Past and
Present Society. (142). United Kingdom : Oxford University Press.
Gregory Fremont-Barnes. (2007). The Indian Mutiny 1857-58. Great Britain : Osprey Publishing.
Harris, John. (2001). The Indian Mutiny. Great Britain : Worsworth Editions Limited
Cumberland House.
24
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
Harun Nasution. (2001). Pembaharuan dalam Islam: Sejarah Pemikiran dan Gerakan. Jakarta. :
Bulan Bintang.
Hawley, J.S. (1994). Sati, the Blessing and the Curse: The Burning of Wives in India. New
York : Oxford University Press.
Heathcote, T.A. (1995). The Military in British India : The Development of British Land Forces
in South Asia 1600-1947. New Y Harold E. Rough. (2004). The Victorians at War, 1815-
1914 : An encyclopedia of British Military History. California : ABC-CLIO, Inc.ork :
Manchester University Press.
Jawaharlal Nehru. (1960). The Discovery of India: Edited by Robert I. Crane. New York.
Anchor Books Doubleday & Company, Inc, Garden City.
K.A. Nilakanta Sastri and G. Srinivasachari. (1970). Advance History of India. New Delhi :
Allied Publishers Private Limited.
Lata Singh. Visibility the ‘Other’ in History Courtesans and the Revolt. History and Sociology of
South Asia. Economic and political Weekly May 12, 2007.
Malleson. (1971). The Indian Munity of 1857. New Delhi : Data Book Centre.
M. P Shrivastava. (1857). The Indian Munity. Allahabad: Chuch Publication.
P.C Joshi. (1857). British Opinion and Indian Revolution in Rebellion. Calcutta : People
Publishing House.
Philips, C.H. (1996). Sejarah India. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
25
MENGAPAKAH PERISTIWA DAHAGI 1857 MERUPAKAN SATU PERISTIWA PALING BERSEJARAH DALAM SEJARAH INDIA?
R.C.Majumdar. (1962). History of the Freedom Movement in India, volume 1. Calcuta : K.L.
Mukhopadhyay.
Rough, H.E (2004). The Victorians at War, 1815-1914 : An encyclopedia of British Military
History. California : ABC-CLIO, Inc.
Russell, W.H. (1957). My Indian Mutiny Diary. Landon: Cassell & Company LTD.
Stokes, Eric. (1970). Traditional Resistance Movements and Afro-Asian Nationalism : The
Context of the 1857 Mutiny Rebellion in India. The Past and Present Society.(48). United
Kingdom : Oxford University Press.
Surendra Nath Sen dan Maulana Abdul Kalam Azad. (1958). Eighteen fifty-seven. India:
Publications Division.
Wolpert, Stanley. (2004). A New History of India Seventh Edition. New York : Oxford
University Press.
Wigram, F.S. (1858). Mutiny at Meerut, 1857-59.. Southampthon : Bodleaian Library.
Recommended