View
259
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Sejauh Manakah Kesahihan Label MC yang digunakan ke atas Barangan Permainan Kanak-kanak di Malaysia?
Kajian oleh Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standards Users)
tahun 2015
Page 1 of 21
Table of Contents Ringkasan ...................................................................................................................................................... 2
Pengenalan.................................................................................................................................................... 4
FASA 1: .......................................................................................................................................................... 5
i) Pendekatan ....................................................................................................................................... 5
ii) Hasil Kajian ........................................................................................................................................ 6
iii) Kesimpulan ........................................................................................................................................ 8
FASA 2: .......................................................................................................................................................... 8
1. Ujian ke atas alat-alat permainan ..................................................................................................... 8
2. Senarai barangan permainan untuk kajian kes dan hasil ujian....................................................... 10
Standard Malaysia (MS) dan Standard Antarabangsa (ISO) ....................................................................... 18
Isu Keselamatan Phthalates ........................................................................................................................ 18
Cadangan dan Syor ..................................................................................................................................... 19
Page 2 of 21
Ringkasan
Hasil pemerhatian Standards Users daripada beberapa buah pasaraya dan juga
pasar malam, kesemua barang permainan yang dijual mempunyai label MC.
Namun begitu, adakah barang-barang permainan yang mempunyai label MC
benar-benar selamat apatah lagi label MC tersebut amat mudah untuk
dipalsukan.
Perkara ini telah dibuktikan melalui hasil ujian daripada makmal dan soal selidik
pengguna. Terdapat sebilangan produk yang mempunyai label MC tetapi gagal
mematuhi standard yang telah ditetapkan.
Selain itu, Standards Users turut membuat pemerhatian daripada laman
sesawang EU Rapex dan juga United States Consumer Product Safety
Commission (US CPSC) mengenai penarikan balik produk (product recall).
Kebanyakan product recall adalah terdiri daripada barangan permainan kanak-
kanak akibat daripada kandungan bahan kimia yang berbahaya seperti
kandungan phthalates.
Oleh yang demikian, Standards Users mendesak Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepnggunaan (KPDNKK) untuk:
Mewujudkan pangkalan data bagi membolehkan pengguna untuk memeriksa
nombor pendaftaran barangan permainan yang telah sah berdaftar dan
disertakan dengan tanda MC.
Memantapkan program pendidikan pengguna dan menjalankan program yang
berterusan berkaitan peraturan di atas isu-isu keselamatan alat-alat permainan.
Nombor pendaftaran yang sedia ada perlu disemak semula. Nombor
pendaftaran perlu ditetapkan untuk SETIAP JENIS barang permainan, bukan
untuk setiap pihak pengeluar.
Menyeragamkan corak / format tanda MC.
Mengaktifkan pangkalan data product recall untuk barangan permainan dan
semua barangan pengguna yang lain.
Page 3 of 21
Menggunapakai dokumen standard ISO 8124-6: 2014 Safety of toys- Part 6:
Certain phthalate esters in toys and children’s products dalam Peraturan
Keselamatan Alat Permainan – 2010.
Mempertingkatkan pemantauan di pasaran (market surveillance) termasuk alat-
alat permainan yang dijual atas talian.)
Page 4 of 21
Pengenalan
Laporan Euromonitor mengenai pasaran alat-alat permainan kanak-kanak
menunjukkan bahawa hasil jualan alat-alat permainan akan terus meningkat
terutamanya jenama luar negara seperti Mattel dan Hasbro serta beberapa
jenama tempatan seperti SPM dan Dooodolls. Alat-alat permainan yang dibeli
oleh ibubapa muda lebih menjurus kepada model permainan yang interaktif,
menggunakan bateri, bercirikan elektronik dan menyumbang kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak. Kebanyakan alat permainan yang bukan
daripada jenama popular adalah diimport dari negara China. Antaranya
permainan adalah seperti loom band dan pelekat hiasan yang menjadi kegilaan
kanak-kanak sekarang.
Pada tahun lepas pihak berkuasa United Kingdom telah menarik balik loom band
daripada pasaran berikutan susulan maklumat kehadiran bahan kimia
karsinogen (berupaya menyebabkan kanser). Namun peraturan kawalan
keselamatan bagi loom band masih kabur di Malaysia.
Selepas tahun 2010, susulan ujian ke atas alat-alat permainan kanak kanak oleh
Standards Users, pihak KPDNKK telah mewajibkan pihak pengeluar dan
pengimport alat-alat permainan di Malaysia untuk mematuhi Peraturan Alat-Alat
Permainan 2010. Alat-alat permainan yang mematuhi peraturan-peraturan
tersebut akan mempunyai logo MC. Peraturan tersebut menggariskan keperluan
pengimport dan pengeluar alat-alat permainan mematuhi standard
keselamatan alat permainan seperti MS ISO 8124-3 yang berkaitan had bahan
kimia (logam berat) dalam alat permainan.
Beberapa sesi kesedaran dan konsultasi dengan orang awam dan industri telah
diadakan selepas peraturan-peraturan tersebut diumumkan oleh KPDNKK. Pihak
industri telah diberikan tempoh sehingga tahun 2012 untuk mengambil langkah-
langkah pematuhan tersebut.
Pada tahun 2014, Standards Users bercadang untuk menilai keberkesanan
pelaksanaan peraturan tersebut. Ini adalah berdasarkan beberapa semakan
semula beberapa standard antarabangsa ISO berkaitan alat permainan
termasuk ISO 8124-3 dan pembangunan standard baru untuk bahan kimia
phthalates. Penggunaan beberapa jenis phthalates telah dilarang di beberapa
negara lain seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Canada.
Page 5 of 21
Standards Users menjalankan kajian tersebut dalam dua fasa:
Fasa 1:
Meninjau keberkesanan label / logo MC membantu pengguna mengenalpasti
alat permainan yang selamat
Meninjau tahap kesedaran pengguna (dewasa) terhadap peraturan
keselamatan alat permainan dan fungsi logo MC.
Fasa 2:
Tahap keselamatan alat-alat permainan melalui ujian makmal yang diakreditasi
oleh Jabatan Standard Malaysia dan berdasarkan keperluan peraturan
keselamatan alat permainan.
Pendekatan kajian oleh Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia
(Standards Users)
FASA 1:
i) Pendekatan
Kajian keberkesanan promosi dan pelaksanaan peraturan alat permainan telah
dijalankan oleh Standards Users pada hujung tahun 2013 – awal 2014.
Objektif kajian tersebut adalah:
Keupayaan pengguna (ibu-ibu dan penjaga kanak-kanak) mengesahkan
kesahihan logo / tanda MC
Tahap kesedaran dalam kalangan pengguna tentang peraturan
keselamatan alat permainan
Tahap pemahaman dalam kalangan pengguna tentang tanda MC
Untuk Fasa 1, sebanyak 13 jenis alat permainan telah dibeli dengan tanda MC
dan tanpa tanda MC. Alat-alat permainan tersebut telah dibeli daripada
pasaraya dan pasar malam. Tanda MC telah dibuat salinannya dan dilekatkan
pada alat permainan yang tiada tanda MC dan yang ada tanda MC (tanda
MC yang palsu dilekatkan di atas tanda MC asal).
Pengguna (yang merupakan guru tadika dan ibu-bapa) diminta memilih alat
permainan dengan tanda MC yang asal / asli.
Page 6 of 21
ii) Hasil Kajian
Responden untuk kajian fasa 1 adalah daripada mereka yang terlibat dalam
program kesedaran anjuran FOMCA dan merupakan orang awam:
SMK Seri Nibong, Nibong Tebal
Tabika Kemas, PPR Batu Muda,
pengunjung FOMCA @ 40 Celebrations, 1 Utama, Petaling Jaya
Majlis Pelancaran ‘Kempen Jadilah Pengguna Kewangan Yang Bijak di
Badminton Court Kampung Tunku
Beikut adalah hasil kajian daripada maklumbalas ynag diterima selepas sesi soal
selidik pengguna daripada lokasi-lokasi tersebut di atas:
Apakah faktor-faktor yang dipertimbangkan semasa membeli alat-alat
permainan kanak-kanak?
Page 7 of 21
Adakah anda tahu apa itu tanda MC? Jika ya, apakah fungsi / makna tanda
MC?
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada alat permainan yang dibeli
selamat atau tidak?
Page 8 of 21
*Antara jenis kecederaan yang diakibatkan oleh alat permainan kanak-kanak:
Calar
Skru terkeluar dan tersumbat di dalam hidung
‘Bulet’ pistol mainan terkena dan melukai mata
Tertelan bebola kecil (hampir tercekik)
Roda kereta kawalan jauh tersangkut pada rambut
Ruam kulit terkena bebola mainan
dan lain-lain.
Hampir kesemua responden tidak dapat membezakan antara tanda MC yang
tulen dan palsu. Mereka juga tidak tahu bagaimana dan di mana untuk
mendapatkan maklumat untuk mengesahkan sama ada alat permainan
tersebut sememangnya selamat.
Hasil tinjauan tersebut menunjukkan bahawa tanda MC mudah dipalsukan dan
para pengguna tiada maklumat dan pengetahuan untuk memastikan sama
ada tanda tersebut tulen atau sebaliknya. Ia juga bermakna mereka tidak dapat
memastikan sama ada alat permainan tersebut selamat atau tidak.
iii) Kesimpulan
Sukar bagi pengguna memastikan ketulenan tanda MC dan keselamatan
alat permainan
Ramai yang masih tidak tahu fungsi MC dan apa itu tanda MC
FASA 2:
1. Ujian ke atas alat-alat permainan
Dalam kajian kes ini, Standards Users memilih lokasi-lokasi yang popular dalam
kalangan pengguna Malaysia semasa membeli barangan mainan untuk kanak-
kanak iaitu: beberapa buah pasaraya yang sering menjadi pilihan pengguna
dan juga pasar malam di beberapa buah tempat di sekitar Lembah Klang. Dari
segi harga barangan mainan juga, Standards Users memilih barangan yang
mampu milik.
Page 9 of 21
Selepas membeli 11 buah sampel barangan mainan daripada lokasi pasaraya
yang berbeza. Sampel tersebut kemudiannya dihantar terus ke makmal yang
telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) dan juga
salah satu makmal yang tersenarai sebagai makmal yang diluluskan oleh KPDNKK
untuk melakukan ujian ke atas alat permainan.
2. Piawaian standard yang diuji ke atas alat-alat permainan tersebut ialah:
i. MS ISO 8124: 2011: Safety of Toys: Part 1: Safety Aspects Related to
Mechanical and physical properties (ISO 8124-1: 2009, IDT)
ii. MS ISO 8124: 2008: Safety of Toys: Part 2: Flammability (ISO 8124-2: 2007,
IDT)
iii. MS ISO 8124: 2012: Safety of Toys: Part 3: Migration of Certain Elements
(ISO 8124-3:2010, IDT)
Page 10 of 21
3. Senarai barangan permainan untuk kajian kes dan hasil ujian
Bil Gambar Sumber Nama
produk
Nombor
kod
Alamat pengeluar Hasil ujian makmal
1.
Pasaraya
Giant
Kelana
Jaya
Slice A
Fruit
667035-P Imported by:
GCH Retail (Malaysia)
Sdn Bhd
Mezzanine Floor
Giant Hypermarket
Shah Alam Stadium
Lot 2, Persiaran Sukan
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor
Fail in MS ISO
8124:2011 Part 1,
Safety Aspects
Related to
Mechanical and
Physical properties
Page 11 of 21
Bil Gambar Sumber Nama
produk
Nombor
kod
Alamat pengeluar Hasil ujian makmal
2. Pasaraya
Giant
Kelana
Jaya
Loom
Band
667035-P Imported by:
GCH Retail (Malaysia)
Sdn Bhd
Mezzanine Floor
Giant Hypermarket
Shah Alam Stadium
Lot 2, Persiaran Sukan
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor
Overall test: Pass
Page 12 of 21
Bil Gambar Sumber Nama
produk
Nombor
kod
Alamat pengeluar Hasil ujian makmal
3
Pasaraya
Giant
Kelana
Jaya
Vogue Girl
Fashion
71860-A Diimport/Diedar oleh:
Wan Lee Brothers
116-120, Jln Dr. Lim
Chwee Leong,
10100 Penang,
Overall test: Pass
4
Pasaraya
Mydin
Subang
Jaya
Build
Fashion Of
You
71860-A Diimport/Diedar oleh:
Wan Lee Brothers
116-120, Jln Dr. Lim
Chwee Leong,
10100 Penang,
Overall test: Pass
Page 13 of 21
Bil Gambar Sumber Nama
produk
Nombor
kod
Alamat pengeluar Hasil ujian makmal
5
Pasaraya
Mydin
Subang
Jaya
Bubble
Gun
71860-A Diimport/Diedar oleh:
Wan Lee Brothers
116-120, Jln Dr. Lim
Chwee Leong,
10100 Penang
Overall test: Pass
Page 14 of 21
Bil Gambar Sumber Nama
produk
Nombor
kod
Alamat pengeluar Hasil ujian makmal
6
Pasaraya
Mydin
Subang
Jaya
Lego
Variety
Warrior
71860-A Diimport/Diedar oleh:
Wan Lee Brothers
116-120, Jln Dr. Lim
Chwee Leong,
10100 Penang
Overall test: Pass
7
Pasar
malam
Pantai
Permai,
KL
Cowboys 00224408-
M
Tiada maklumat Overall test: Pass
Page 15 of 21
Bil Gambar Sumber Nama
produk
Nombor
kod
Alamat pengeluar Hasil ujian makmal
8
Pasar
malam
Pantai
Permai,
KL
Toys 00224408-
M
Tiada maklumat Fail in MS ISO
8124:2011 Part 1,
Safety Aspects
Related to
Mechanical and
Physical properties
Page 16 of 21
Bil Gambar Sumber Nama
produk
Nombor
kod
Alamat pengeluar Hasil ujian makmal
9
Pasaraya
Tesco Jln
Klang
Lama
Vogue Girl
Beautiful
536924-K Diimport/Diedar oleh:
Yan Loong Marketing
Sdn Bhd
Lot 23, Jln 114,
Tmn Ehsan Industrial,
52100 KL
Overall test: Pass
10
Pasaraya
Tesco Jln
Klang
Lama
Shoot Gun 536924-K Diimport/Diedar oleh:
Yan Loong Marketing
Sdn Bhd
Lot 23, Jln 114,
Tmn Ehsan Industrial,
52100 KL
Overall test: Pass
Page 17 of 21
Bil Gambar Sumber Nama
produk
Nombor
kod
Alamat pengeluar Hasil ujian makmal
11
Pasaraya
Tesco Jln
Klang
Lama
Gunslinger
Shooter
Hero
536924-K Diimport/Diedar oleh:
Yan Loong Marketing
Sdn Bhd
Lot 23, Jln 114,
Tmn Ehsan Industrial,
52100 KL
Overall test: Pass
Page 18 of 21
Daripada hasil ujian makmal tersebut, terdapat beberapa (2) barangan
permainan yang mempunyai label MC tetapi gagal mematuhi standard yang
telah ditetapkan.
Selain daripada itu, Standards Users juga mendapati terdapat sebilangan
barangan permainan yang langsung tidak mempunyai maklumat mengenai
pengeluar, sebagai contoh nama dan alamat pengeluar pada tanda MC, tidak
mematuhi Guideline on Mandatory Safety Standards for Toys 2010.
Hal ini telah membuka mata pihak Standards Users bahawa barangan
permainan yang mempunyai label MC tanpa maklumat pengeluar/ pengimport
mungkin tidak sahih.
Malaysian Standards (MS) dan Standard Antarabangsa (ISO)
Semasa mendapatkan sebut harga untuk ujian alat permainan daripada
makmal, kami diberitahu bahawa terdapat dua jenis harga yang berbeza. Ujian
alat permainan mengikuti standard Kesatuan Eropah (EN) adalah RM 200 lebih
daripada ujian mengikuti MS ISO.
Adakah MS yang dirujuk dalam peraturan keselamatan alat permainan tidak
dikemaskinikan atau keperluan MS dan EN tidak diselaraskan?
Apakah implikasi perbezaan kedua-dua standard tersebut terhadap
keselamatan alat permainan yang dijual di Malaysia?
Isu Keselamatan Phthalates
Standards Users juga telah membuat beberapa pemerhatian daripada laman
sesawang EU Rapex dan juga United States Consumer Product Safety
Commission (US CPSC) mengenai penarikan balik produk (product recall) untuk
setiap minggu sepanjang tahun 2014. Kami mendapati kebanyakan barangan
permainan yang dipanggil balik adalah disebabkan kandungan kimia yang
berbahaya terutamanya phthalates!
Phthalates sering digunakan dalam plastik supaya ia lebih elastik dan tidak
mudah rapuh. Biasanya phthalates digunakan untuk barangan permainan,
peralatan hospital dan juga produk penjagaan diri.
Page 19 of 21
Penggunaan phthalates dalam barangan kehidupan seharian kanak-kanak
perlu dititikberatkan kerana sepanjang kehidupan mereka, mereka akan
terdedah kepada pelbagai barangan yang melibatkan penggunaan phthalates
seperti barangan mainan, bekas makanan, bekas minuman, barangan
penjagaan diri dan lain-lain.
Beberapa kajian saintifik juga menyatakan jika fetus atau kanak-kanak terdedah
kepada phthalates, proses perkembangan mereka juga boleh terbantut.
Penggunaan phthalates dalam alat permainan kanak-kanak dan peralatan
untuk kanak-kanak telah dilarang di beberapa negara: Amerika Syarikat,
Kesatuan Eropah dan Canada.
Standard ISO yang baru telah diterbitkan untuk ujian penentuan phthalates
dalam alat permainan kanak-kanak - iaitu ISO 8124-6.
Cadangan dan Syor
1. Mewujudkan pangkalan data bagi membolehkan pengguna untuk
memeriksa nombor pendaftaran barangan permainan yang telah sah
berdaftar dan dengan tanda MC. Sebagai contoh, pangkalan data ubat
yang berdaftar telah diwujudkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara
(NPRA).
2. KPDNKK harus memantapkan program pendidikan pengguna dan berterusan
berkaitan peraturan tersebut di atas dan isu-isu keselamatan alat-alat
permainan. Pengguna di seluruh dunia tidak mempunyai satu masalah sahaja
– mereka berdepan dengan pelbagai masalah dan isu. Pendidikan yang
berterusan dan berdasarkan impak adalah satu-satunya pendekatan yag
paling berkesan meningkatkan kesedaran pengguna tentang sesuatu isu dan
mengubah kelakuan pengguna supaya lebih prihatin dan bertanggunjawab.
3. Nombor pendaftaran yang sedia ada perlu disemak semula. Nombor
pendaftaran perlu ditetapkan untuk SETIAP JENIS barang permainan, bukan
untuk setiap pihak pengeluar. Jika diperhatikan nombor pendaftaran pada
label MC , pihak pengeluar menggunakan nombor pendaftaran yang sama
pada setiap jenis barang permainan keluarannya. Sekiranya sesuatu produk
perlu ditarik balik, bagaimana pihak pengguna ingin mengenal pasti
barangan tersebut jika nombor pendaftaran adalah sama untuk setiap jenis
barang permainan?
Page 20 of 21
4. Menyeragamkan corak / format tanda MC. Standards Users ingin
mencadangkan supaya pihak KPDNKK menetapkan jenis material dan saiz
pelekat bagi tanda MC supaya pihak pengeluar tidak boleh mencetak
sebarangan format tanda MC. Sebagai contoh, pihak BPFK telah
menyelaraskan penggunaan hologram label pada ubat-ubatan bagi
mengelakkan lambakan produk tiruan di pasaran Malaysia.
5. Mengaktifkan pangkalan data product recall untuk barangan permainan
supaya para pengguna khususnya golongan ibubapa boleh berwaspada
dengan lambakan barangan permainan yang tidak mematuhi standard di
pasaran Malaysia.
6. Menggunapakai dokumen standard ISO 8124-6: 2014 Safety of toys- Part 6:
Certain phthalate esters in toys and children’s products dalam Peraturan
Keselamatan Alat Permainan – 2010.
7. Mempertingkatkan pemantauan pasaran (market surveillance) – beberapa
gerai yang menjual alat permainan di kaki lima di kompleks membeli – belah;
(NOTA: ‘fun fair’ memberikan alat-alat permainan sebagai hadiah dan
mungkin tidak dipantau). KPDNKK juga harus mempertimbangkan alat-alat
permainan yang dijual atas talian – seperti dalam Ali Express dan Taobao yang
semakin popular dalam kalangan pengguna Malaysia.
Barang permainan yang mempunyai logo MC nampaknya tidak semestinya
dijamin selamat malah ada yang bertanda MC gagal dalam mematuhi standard
yang telah ditetapkan. Pihak KPDNKK diharap supaya bertindak lebih tegas
dalam mengeluarkan logo MC untuk pihak industri yang terlibat. Pihak KPDNKK
juga harus memperbaiki pemantauan produk yang ditarik balik dari pasaran.
KPDNKK juga HARUS gunakan pendekatan berdasarkan penilaian risiko dan
bukannya kategori produk atau jenama dalam menentukan tahap keselamatan
sesuatu produk.
Recommended