View
247
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
FPTV
6/2018
NE
WS
LE
TT
ER
JUN
NE
WS
LE
TT
ER
6 / 2018
SELAMAT HARI GURU!!2018
Tanggal 16 Mei 2018 yang lalu, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, (FPTV) UTHM telah mengadakanSambutan Hari Guru secara besar-besaran. Bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’, acaraseharian itu bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5 petang bertempat di Dewan Sultan IbrahimUTHM. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Naib Canselor UTHM, Prof Ts Dr Wahid BinRazzaly. Turut serta pada majlis sambutan tersebut ialah Dekan FPTV iaitu Yang Berbahagia Prof Dr Wan MohdRashid Bin Wan Ahmad dan staf-staf akademik FPTV.
Majlis sambutan Hari Guru yang bermula pada jam 7.30 pagi pada kali ini diserikan dengan beberapa pengisianyang bermanfaat kepada pelajar selaku bakal pendidik pada masa hadapan. Pada sesi pagi diadakan TaklimatKerjaya 1 yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Razali Bin Hasan dari FPTV dan Taklimat Kerjaya 2 yangdisampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Haili Bin Dolhan iaitu Pengerusi Suruhanjaya PerkhidmatanPelajaran (SPP) Malaysia. Slot taklimat kerjaya ini antara lainnya adalah untuk memberikan panduan kepadapelajar untuk meneruskan karier perguruan selepas tamat pengajian nanti. Ia merangkumi cara-carapermohonan jawatan guru, perihal temuduga dan penempatan serta profesionalisme perguruan.
Majlis kemudian disambung ke sebelah petang dengan beberapa acara. Sesi petang dimulakan dengan ucapanalu-aluan daripada Pengarah Program iaitu Mejar Mohd Safiee Bin Idris. Dalam ucapannya beliaumemanjatkan kesyukuran kerana program penting tersebut dapat dijayakan dengan sempurna. Beliau turutmemberi ucapan penghargaan kepada jawatankuasa sambutan Hari Guru kerana telah bertungkus lumusdalam melakukan persiapan dengan bersungguh-sungguh sebelum memberikan laluan kepada slot ucapanYang Berbahagia Naib Canselor sekaligus merasmikan majlis tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih dantahniah di atas penganjuran majlis sambutan sedemikian dan menyifatkannya amat berjaya. Prof Dr Wahidturut menasihatkan kepada bakal guru supaya mempunyai sikap yakin diri yang tinggi dan berani menempuhicabaran selain dari sentiasa mengamalkan ilmu yang ada pada diri mereka. Sebagai seorang guru, merekabukan sahaja mengajar tetapi juga perlu mendidik pelajar supaya pelajar menjadi lebih berakhlak dan sopan.
Majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan yang menarik daripada pelajar yang merupakan bakalguru iaitu persembahan bacaan puisi yang bertajuk ‘Kuasa Seorang Guru’, nyanyian koir dan persembahansketsa berjudul ‘Cikgu Ayu’. Turut menyerikan majlis ialah persembahan silat dan upacara memotong kek.Majlis sambutan Hari Guru berakhir kira-kira jam 6 petang dengan jamuan ringan kepada para hadirin.
Prof Ts Dr Wahid bersama pelajar dan staf FPTV meraikan sambutan Hari Guru 2018 di Dewan Sultan Ibrahim
FPTV
6/2018
NE
WS
LE
TT
ER
6 / 2018
JUN
Prof Ts Dr Wahid dan warga FPTV semasa upacara memotong kek di akhirmajlis
Sebahagian pelajar yang bertungus lumus memastikan kelancaran majlissambutan Hari Guru 2018
Dari kiri: Dr Jamil, Prof Dr Wan Mohd Rashid, Prof Ts Dr Wahid, Prof Madya DrAsri dan Mejar Mohd Safiee
Kumpulan koir turut mempersembahkan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia
Prof Madya Dr Razali menyampaikan taklimatkerjaya
Prof Dr Wan Mohd Rashid menyampaikancenderahati kepada Tan Sri Dr Haili
Pelajar mempersembahkan sketsa ‘Cikgu Ayu’
FPTV
6/2018
NE
WS
LE
TT
ER
PROGRAM PAMERAN ASAS GRAFIK “GO GREEN CAMPUS 2018”
Pada 31 Mei 2018 bersamaan hari Khamis telah berlangsung Program Pameran Asas Grafik di Bilik Seminar, Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV). Program sehari itu telah dirasmikan oleh Dr.Azita Binti Ali selaku Ketua Program bagi Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional (Multimedia Kreatif).
Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi salah satu kriteria silibus subjek iaitu Asas Grafik (BBU10203 ). Seramai
100 pelajar daripada empat seksyen dalam Program Multimedia Kreatif yang mengambil subjek Asas Grafik pada Semester 2
Sesi 2017/2018 menyertai pameran yang berkonsepkan pertandingan tersebut. Pelajar diberi peluang untuk mempamerkan
hasil kerja individu yang dilakukan sepanjang semester dan turut mempamerkan satu infografik atau poster yang bertemakan
“Go Green Campus 2018” mengikut kreativiti kumpulan. Pameran ini juga terbuka untuk dihadiri oleh pelajar dan pensyarah
dan mendapat sambutan daripada pelajar apabila ramai pelajar hadir untuk memberikan sokongan kepada peserta
pertandingan.
Seramai lima orang pensyarah telah diundang sebagai panel penilai iaitu Dr. Azita binti Ali, Dr. Hashima Binti Hamid, Dr.
Norhasyimah Binti Hamzah, Dr. Nur Syamimi Binti Mohd Razali dan Dr. Nurul Hidayah Liew Abdullah. Selain itu,pensyarah
subjek Asas Grafik iaitu Dr. Noor Dina Binti Md Amin dan Encik Usuloudin Bin Hamzah turut dijemput sebagai panel penilai.
Panel penilai yang dijemput akan menilai pemarkahan bagi pertandingan ‘Infografik atau Poster Go Green Campus Terbaik
2018’ bagi setiap seksyen dan ‘Lukisan Potret Terbaik’. Pertandingan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi dengan ucapan
penutupan oleh En Usulodin Bin Hamzah.
6 / 2018
JUN
Dr Azita menyampaikan ucapan perasmian Para juri melawat booth pertandingan Dr Jamil juga turut serta memberikan sokongandengan melawat booth pameran pelajar
Pelajar dan pensyarah yang terlibat bergambarseusai pertandingan
En Usuloudin ketika berucap pada majlis penutup Pelajar menerangkan tentang poster merekakepada juri
Recommended