View
430
Download
9
Category
Preview:
Citation preview
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
1/32
Senario Semasa di Malaysia
Program Pendidikan Inklusif merupakan satu program pendidikan untuk murid berkeperluan khas yang boleh
belajar bersama-sama murid arus perdana, di kelas arus perdana.
http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=166&keyword=&page=5&
Aspek-aspek penting dalam Pendidikan Inklusif
Buat masa sekarang pendidikan khas di Malaysia disediakan oleh tiga organisasi utama iaitu
Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan danPembangunan Masyarakat (Jabatan
Kebajikan Masyarakat) dan pelbagai badan dan bukan kerajaan yang lain. Kebanyakan
pelajar kurang upaya di Malaysia diberi pendidikan sama ada dalam persekitaran khas atau
pun dalam persekitaran bersepadu. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh
Kementerian Pelajaran,namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas.
Pelajar-pelajar bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan mengikuti kurikulumbiasa. Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran kebanyakannya mengikuti kurikulum khas
yang diajar oleh gurupendidikan khas.Pada masa kini, kebanyakan organisasiyang terlibat
dalam pendidikan untukpelajar kurang upaya telah banyak melabur dengan membeli
perkakasan teknologi sebagai satu langkah untuk menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan. Kelengkapan dari segi perkakasan teknologi (hardware)
bukan lagi menjadi isu utama untuk organisasi yang memberi perkhidmatan pendidikan
kepada pelajar kurang upaya. Satu kajianrintis yang telah dilaksanakan oleh penulis utama
mengenai keperluan teknologi pendidikan khas telah mendapati isu yang perlu ditangani
sekarang adalah pembinaan perisian yang dapat memenuhi keperluan khas tempatan untukdigunakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran pelajarberkeperluan khas.
1.5 : Pendidikan Khas
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap
kebolehan & keupayaan pelajar:-
Perkembangan mental
Kestabilan emosi
Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHASMerupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional
klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri
mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam
tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai
kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga
kemampuan yang maksimum .
http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=166&keyword=&page=5&http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=166&keyword=&page=5&http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=166&keyword=&page=5&7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
2/32
1.6 : Program Pendidikan Khas
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
1. Sekolah Khas2. Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
3. Pemulihan Khas4. Program Disleksia5. Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi
masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
Masalah Pembelajaran
Masalah Pendengaran
Masalah Penglihatan
Sekolah Pendidikan Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan
melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengahteknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.
Di antara program yang ditawarkan ialah:
Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain.
Pelajaran Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia
ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan
yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum
percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikutikurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
3/32
Pelajaran Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia
ialah:
Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan
vokasional.
PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK
BARU,KUCHING.
1.0-PENDAHULUAN
Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia dan guru sebagai pendidik adalah
bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan mindadalam mendidik murid-murid
berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia.PPKI SMK Demak Baru ditubuhkan pada
2004. Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum dan sahsiah sentiasa
dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas di sekolah ini seiring
dengan kehendak dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat
pendidikan yang sama .PPKI SMK Demak Baru menyimpan hasrat dalam membantu sistem
pendidikan bagi murid-murid kurang upaya bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi
cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting
dan berguna kepada masyarakat dan negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu
hari nanti.
2.0-PROGRAM INKLUSIF
2.1-SEJARAH INKLUSIF
Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan
menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)&
Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah
pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang
khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 The Education of All
Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan
pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987
dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program
Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan
murid-murid biasa.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
4/32
2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF
2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas
sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.
-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.
2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)
-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.
-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.
-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.
2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum
dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber
Pendidikan Khas.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
5/32
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah
biasa.(Octopus Model)
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.
2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan
bertindak sebagai rakan pembimbing .
4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang
pekerjaan.
8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua
aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu
pencapaian pelajar khas.
2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.
2. Guru sukar memberikan tumpuan.
3. Berlakunya penglabelan
4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas.
5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
6/32
6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat
menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.
3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU
3.1-LATAR BELAKANG
Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak Baru bermula
sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk
memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau
kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang dan
keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang
dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan
Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah
program yang sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana
dan pendidikan khas dapat dirapatkan.
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran
tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di
sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa.
Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana.Seramai 2
orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di Tingkatan 4.
3.2-MATLAMAT
Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah
biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan
begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.
2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.
3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam
semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
7/32
tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang
menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996.
4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar
dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yangmenyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak,
nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan
berdikari.
5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya
yang dibina.
3.3-OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada
dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar danmempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya
model-model rakan sebaya ( role model ).
3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran
perdana.
4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan
membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar
memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
8/32
7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk
berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
3.4-KUMPULAN SASARAN
Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam
akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain telah menguasai kemahiran
asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus
diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan
menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut
telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang
bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti
program ini.
3.5-JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF
Pengerusi : En Rambil Hj Hasbi (Pengetua)
Naib Pengerusi : En Jamal Shukuri Bolhassan (GPK PK)
Setiausaha : Pn Dayang Hasimah Bt Awang Madian (SU Kurikulum)
AJK : Pn Norzita Mohamed (SU HEM/Guru Sejarah)
: Cik Ruhana Bt Bujang (SU KK/Guru Bahasa Melayu)
: En Jamaluddin Juni (PPM)
: Cik Nillip (PPM)
: Pn Chong Fui Fon (Guru Geografi)
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
9/32
: Pn Kamariah Kunggi Bt Abdullah (Guru Bahasa Inggeris)
: En Badrulisham Ameran (Guru Matematik)
: En Mohd Safwan Alias (Guru Sains)
: En Badrol Hisham Majid (Ustaz)
3.6-FAIL PROGRAM INKLUSIF
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program Inklusif
bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini mengandungi
dokumen-dokumen seperti :
Jawatankuasa Program Inklusif,
Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
Biodata murid yang diinklusifkan,
Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
Rekod prestasi murid,
Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
3.7-STRATEGI PERLAKSANAAN
Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif
di sekolah ini.
3.7.1-Sebelum Program
1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .
2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid
berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-
guru yang telah dipertanggungjawabkan.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
10/32
3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti Program
Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas
dan PPM .
5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-gurualiran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan
mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut.
6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan
tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta
menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran di kelas biasa.
7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.
8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama
dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8.
9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.
10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah pada
perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal
.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program
Inklusif dijalankan.
11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2 Perdana,3
Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di
buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor
kepada mereka.
12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas
.Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan
mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.
13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan PSVuntuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata pelajaran wajib sahaja
diinklusifkan.
14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8. (Lampiran
K:Jadual Waktu PPKI8)
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
11/32
3.7.2- Semasa Program
1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat
serta mengambil tindakan susulan.
3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid
lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan Jawi,Hafazan.Malah
terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan Bowling sehingga ke peringkat
kebangsaan dan mendapat tempat.
4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi faktor
menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.
5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan diberikan
tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan
tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak bergantung sepenuhnya
kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada
guru khas sekiranya diperlukan.
6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru
dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh bersosialisasi dengan
murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar
sekolah.
7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepadapembelajaran murid khas.
3.7.3- Program Mentor Mentee
1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid.
3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang
diperlukan . mengadakan kelas tambahan.
4. Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti
keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumatbagi memastikan kerja
kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar.
5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi
kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat dalam membentuk masa depan
yang cemerlang.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
12/32
3.7.4-Senarai Mata Pelajaran Yang Diikuti
3.7.4.1- Tingkatan 2 Perdana dan 3 Perdana
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Geografi
Pengetahuan Agama Islam
Matematik
Sains
KHB/ERT
3.7.4.2-Tingkatan 4A
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pengetahuan Agama Islam
Matematik
Sains
3.7.4.3-Tingkatan 4Sains
Bahasa Melayu
Kimia
Biologi
Matematik
Pengetahuan Agama Islam
Bahasa Inggeris
Sejarah
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
13/32
3.7.5-Selepas Program
1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan
perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-
peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga.
5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas
,Jabatan Pelajaran Sarawak dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.
3.8-PENCAPAIAN
1. Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di Lampiran A dan B)
2. Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum
-Nur Syazwani Bt Marais telah mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Bowling Pendidikan Khas
Peringkat Kebangsaan di Perak.Beliau juga mewakili sekolah dalam Pertandingan Bowling Terbuka
yang dianjurkan oleh SMK ST Joseph.
3.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum
Mohd Qamarrul Izzat b Mohd Sani telah
Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.
Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan .
Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi .
Tempat Ketiga dalam Pertandingan Spelling Terbuka pada Minggu Bahasa peringkat sekolah.
4.Pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari ,bersosialisasi dan berkeyakinan.
4.0 RUMUSAN
Kejayaan perlaksanaan program ini di PPKI SMK Demak Baru adalah berdasarkan perancangan yang
telah diatur dan dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
14/32
dijalankan dengan teratur dan berjaya.Guru- guru haruslah peka dan sensitif dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran.Dalam Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini
menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat diri,agama dan masyarakat
dan juga mampu untuk ddduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat global di luar
sana.
7.0-LAMPIRAN
1. Lampiran A dan B-Keputusan dan Analisa PMR
2. Lampiran C- Salinan Sijil
3. Lampiran D- Gambar Pelajar
4. Lampiran E-Gambar Kelas Persediaan
5. Lampiran F-Gambar Kelas Perdana yang diinklusifkan
6. Lampiran G-Gambar suasana sosialisasi Pelajar Khas bersama guru dan pelajar aliran perdana
7. Lampiran H- Gambar suasana pelajar khas Inklusif bersama pelajar khas yang lain.
8. Lampiran I- Gambar suasana kelas tambahan
9. Lampiran J-Jadual waktu Aliran Perdana
10. Lampiran K- Jadual Waktu PPKI 8
KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PPKI SMK DEMAK BARU
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI PPKI SMK DEMAK BARU 2011
PENGENALAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan
pelajar2 Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari
hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini,
pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas.
Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar
sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, satu projek Keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
15/32
merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan
seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.
PROGRAM KEUSAHAWANAN
Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program
pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang
berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia
merupakan satu program percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari
segi fizikal dan kognitif.
Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini.Menyedari kepentingan
pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih
kerjaya sebagai usahawan,Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka
terhadap pelaksanaannya.Komponen Keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran
HIdup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah.Berdasarkan usaha tersebut Pendidikan Khas SMK
Demak Baru ingin membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar khas .Pembudayaan
keusahawanan terus diterapkan melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bermula 2011.
MATLAMAT
Matlamat pendidikan keusahawanan sekolah ialah untuk membentuk pelajar khas sebagai pencipta
kerja yang berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari kerja.Bekerja sendiri dan memiliki
perniagaan adalah satu obsyen yang realistik untuk pelajar Khas yang mempunyai kemahiran
vokasional dan teknikal.
Matlamat program ini adalah untuk member pendekatan berkaitan kepimpinan,disiplin dan
kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas.Ia bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar.Aktiviti
,produk dan modul yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat
dan kemahiran para pelajar khas dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang.
OBJEKTIF
a. Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri,menyenggara dan membaik pulih
mudah dan menyedari potensi kea rah keusahawanan.
b. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya
boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika
perniagaan.
c. Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja
yang bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab.
d. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.
e. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,masyarakat
dan sebagainya.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
16/32
f. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar khas.
Melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.
Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar khas tentang pelbagai cabaran dan
persaingan dalam dunia perniagaan.
Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih mengamalkan nilai-
nilai etika dan perniagaan.
Melahirkan usahawan dari PPKI SMK Demak Baru yang berkualiti dan berdaya maju menjelang
tahun 2020.
TARIKH PERLAKSANAAN
Bermula Jan 2011
TEMPAT
Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah kelas PKBP 6 kerana kedudukannya yang strategikuntuk pelajar khas dan pelajar perdana.Kelas ini dipilih juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai
untuk aktiviti yang akan dijalankan.
KUMPULAN SASARAN
Keperluan sasaran iaitu pelajar Pendidikan Khas yang telah menduduki Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah.(PMR).Mereka ini yang akan menguruskan bilik yang dikhas untuk aktiviti jual beli
dengan dibantu oleh seorang guru.
SASARAN JUALAN
Pelajar Pendidikan Khas,Pelajar Aliran Perdana ,Guru Khas serta para pelawat dari sekolah-sekolah
yang lain.
PRODUK JUALAN DAN RASIONAL
Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah:
a) Kraftangan hasil pelajar khas
b) Lukisan hasil pelajar khas
c) Hasil jahitan dan anyaman(sarung bantal,sarung bakul sampah,tuala,bakul)
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
17/32
d) Hasil Masakan
e) Hasil Pertanian
f) Barang makanan ringan seperti keropok,kerepek yang dibuat sendiri atau yang dibeli secara
borong dan dibungkus semula oleh pelajar khas.
g) Mesin fotostat.
Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada masyarakat yang para
pelajar khas mampu bersaing dalam menghasilkan produk dan mampu untuk menampung keperluan
diri sendiri kelak.Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk menampung
pembelian alatan pelajar dan keperluan para pelajar khas.
KEPERLUAN LOGISTIK
a) Meja
b) Rak
c) Mesin kira
d) Buku kira-kira
e) Papan Putih
PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI
Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik
untuk menjayakan program ini.
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK DEMAK BARU.
Pengerusi :
En Ramli Bin Hj Hasbi
Naib Pengerusi:
En Jamal Shukuri Bolhassan
Setiausaha: Pn Norzita Mohamed
Bendahari : Cik Khadijah Zolfeley
AJK
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
18/32
Pn. Dayang Hasimah Awang Madian (Guru PPKI)
Cik Nillip (PPM PPKI)
Zul Helmi Majeni (Murid PPKI)
Maxwell AK Aping (Murid PPKI)
Awang Muhamad Izudin (Murid PPKI)
Kristie Umi Bt Raya (Murid PPKI)
Abdul Mukmin (Murid PPKI)
Nur fazilah (Murid PPKI)
JADUAL PROGRAM/MASA
Setiap hari waktu persekolahan (8.20-9.00/9.30-10.10)
LATAR BELAKANG PROGRAM KEUSAHAWANAN
Pelaksanaan program dibuat melalui dua pendekatan iaitu latihan dalam kelas dan latihan praktikal
yang dijalankan di sekolah seperti di koperasi.
1. Latihan Dalam Kelas
Program akan dikendalikan pada dua peringkat iaitu program pengenalan/Asas Keusahawanan yang
dijalankan pada awal tahun dan program pengukuhan dan penilaian yang dibuat pada akhir tahun.
Modul 1 : Program Pengenalan/Asas Keusahawanan
Pendedahan secara teori dan latihan akan diberikan melalui modul-modul yang telah dibina khas
untuk program ini iaitu;
i) Mengenali Dunia Keusahawanan
Sesi Perkongsian Pengalaman dengan usahawan-usahawan yang terpilih bagi menarik minat murid-murid dalam bidang keusahawanan.
ii) Kepimpinan dan Teamwork
Aktiviti berkumpulan tertumpu kepada membina kekuatan kumpulan dan kepimpinan.
iii) Asas Kewangan dan Pemasaran
Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan konsep tentang asas kewangan; modal,
perbelanjaan dan pendapatan.
Melalui program ini juga mereka dikehendaki membuat latihan role play berkaitan aktiviti
pengurusan kewangan dan aktiviti jualan
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
19/32
Murid-murid akan diberi bimbingan me1alui sesi perbincangan, bengkel, permainan perniagaan dan
latihan keusahawanan untuk mengukur sejauh mana kefahaman murid-murid mengenai konsep
keusahawanan yang disampaikan. Segala aktiviti murid-murid akan dinilai dan diberikan markah.
Modul 2 : Program Pengukuhan Dan Penilaian
Di peringkat ini, murid-murid akan diberi latihan lanjutan keusahawanan secara berkumpulan danmembuat persembahan perniagaan dan menjalani program berbentuk role play dan Business
Games dengan melakonkan watak berkaitan dengan keusahawanan dan Pengurusan Perniagaan.
Melalui aktiviti ini juga murid-murid akan dinilai penglibatan mereka secara berkumpulan.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI SEKIRANYA DIJALANKAN.
a) Bersesuaian dengan misi dan visi PPKI SMK Demak Baru iaitu yang menitikberatkan kemahiran
ke arah berdikari.Adalah amat wajar program keusahawanan ini dimulakan.
b) Berdasarkan ketidakupayaan pelajar menguasai bidang akademik adalah amat wajar memupuk
kesedaran dan persediaan memilih keusahawanan sebagai satu alternatif kepada kerjaya mereka
pada masa hadapan.
c) PPKI SMK Demak Baru akan menjadi perintis kepada semua sekolah yang ada di bahagian
Kuching kursusnya.
d) Mengambil pandangan daripada ramai pengkaji tentang keperluan komponen keusahawan
untuk para pelajar khas tidak dapat disangkal lagi.Human (1988) umpamanya menyarankan agar
latihan keusahawanan perlu untuk memberi pendedahan kepada para pelajar semasa usia masih
muda.Sexton dan Kasarda (1992)berpendapat para pelajar memerlukan kefahaman konsep yang
berkaitan dengan keusahawanan serta penerapan ilmu pengetahuan perniagaan merentasi bidang
lain agar dapat mengenal pasti bakat yang ada serta merangsang kemahiran dan perubahan
sikap.Meyer (1992) menyarankan adalah sesuatu yang bijak untuk melatih atau menyediakan pelajar
khas untuk proses keusahawanan kerana apabila mereka tamat persekolahan nanti ,minat untuk
memulakan perniagaan akan wujud.
e) Menerusi program ini diharap dapat membantu pelajar khas menukar corak pemikiran minda
mereka dalam bekerja makan gaji,mengharapkan bantuan kerajaan dan menangih simpati kepada
pemikiran uasahawan yang berjaya yang mampu bersaing dengan insan biasa.
f) Program ini perlu dilaksanakan kerana ia adalah penting dan merupakan satu aktiviti
pembelajaran yang menarik kerana hampir keseluruhan pelajar khas mempunyai kekurangan dari
segi kemahiran dan peluang untuk melakukan aktiviti jualan hasil ciptaan mereka. Tambahan lagi,
hasil tangan murid-murid ini adalah hasil dari pembelajaran mereka dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni,Kemahiran Hidup (Masakan /Jahitan/Pertanian). Apabila hasil tangan ini dijual,
murid-murid akan mendapat kesedaran tentang kepentingan dan kaitan mata pelajaran PendidikanSeni dalam kehidupan sebenar. Semasa menjalankan program ini, murid-murid juga akan menyedari
kepentingan penggunaan mata pelajaran Matematik semasa proses jual beli dijalankan.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
20/32
RUMUSAN
Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping
menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka.Semoga program ini dapat
dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan terutamanya dari segi
kewangan,masa serta sokongan daripada guru-guru khas .Dengan adanya sokongan ini dapat
memberikan gambaran yang positif terhadap keupayaan pelajar khas ini.Selain daripada itu,ia juga
merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khas untuk pelajar yang
kurang upaya ini.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan
yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh
setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh
itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak
yang pelbagai juga perlu disediakan.
Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta
Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu;
Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan
disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada
Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai
berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
21/32
Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah
tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian
Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat
fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala
Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak
yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A Mohamed, 2006)
Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran
yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas.Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi
membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup
yang memuaskan.
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas
(1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi
murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran. Selain
itu, program pendidikan khas juga diertikan sebagai suatu program percantuman di sekolah
biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan
pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi
murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-
sama dengan murid-murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).
Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Bermasalah
Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini disediakan dari
peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan
vokasional juga disediakan untuk ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah
pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan
pengajian mereka di politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
22/32
Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan khas
sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati A.Rashid et al.
(2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa atau
tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi). Kumpulan ini dianggap sebagai
istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-
murid normal. Antaranya murid yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah
pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan
penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi. Berdasarkan Akta
Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan
keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan samaada penglihatan,
pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila K.A Mohamed, 2006)
2.0 PERKEMBANGAN
2.1 PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS
Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar
dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberiimpak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri
Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu
memberi keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu apa keperluan pelajar bagi
menjadi seorang guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu Guru yang
berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak
hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut
ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah
berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di
dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta
mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru
sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
23/32
mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru
dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu
mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru
haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam
pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa
mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu
pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam
sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.
Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin bilik
darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga kebersihan kelas, menjaga
disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan
mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah
yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid
mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk mendapatkan
maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini
supaya perkembangan terbaru mereka dapat diperbaharui.
Kaunselor juga seringkali dikaitkan dengan guru pendidikan khas. ia berlaku apabila mereka
seringkali mempunyai anggapan positif terhadap pelajar mereka. Mereka tidak pernah menganggap
pelajar mereka mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan. Justeru itu, mereka sentiasamenerima pelajar mereka tanpa syarat. Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila
murid-murid mengalami masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta
masalah pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri. Sebagai
contoh Cikgu Alizah Abdul Malek, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah
Kebangsaan Kolombong telah mengatakan bahawa beliau bukan sahaja mengajar di sekolah malah
pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan
ke sekolah (Utusan Online, 2011). Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai
kaunselor yang sentiasa menyelesaikan masalah murid walaupun masalah berlaku di luar sekolah.
Lain pula dengan Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota apabila terdapat
pelajar istimewa yang dirasakan berpotensi, dia akan membawa mereka pulang ke rumah selepas
sekolah dan mengajar cara-cara pengurusan diri. (Kosmo, 2008).
2.2 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS
Guru adalah orang yang penting dalam riwayat hidup setiap individu sehinggakan ada
pendapat yang mengatakan, Saya suka subjek itu kerana saya sukakan cara guru itu mengajarnya.
Apabila kanak-kanak itu mula bersekolah sehinggalah mereka meningkat dewasa, mereka sentiasa
berhadapan dengan guru serta interaksi juga sering berlaku. Guru mengajar, membimbing, menegur,
memuji, memujuk dan memarahi pelajar-pelajarnya adalah situasi yang sentiasa berlaku semasa
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
24/32
pengajaran dijalankan. Dalam situasi ini terdapat pelbagai kualiti yang berbeza. Mengikut Atan Long
(1992) dalam buku Mengurus Tingkah Laku Pelajar , terdapat beberapa ciri menjadi guru yang baik
iaitu emosi dan mental yang stabil dan sihat, dipercayai, sering memberi kerjasama, kesihatan yang
baik, kecerdasan otak dan tingkahlaku yang sopan dan menyenangkan. Kesantunan dan kepedulian
adalah ciri-ciri guru yang baik malah ia adalah perkara-perkara yang terkandung di bawah etika guru.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4, etika ialah prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan
bahawa etika guru ialah prinsip moral atau akhlak yang menjadi pegangan seorang guru.
Jika dikaitkan dengan kesantunan guru atau etiket, ia terbahagi kepada tiga iaitu kesantunan
berpakaian, kesantunan tingkahlaku dan kesantunan berbahasa. Kesantunan merupakan aturan
perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga
kesantunan tersebut sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. (Syed Ismail
dan Ahmad Subki, 2010). Oleh yang demikian, kesantunan guru perlu dipamerkan untuk membentuk
kesantunan di kalangan murid. Kepedulian guru juga adalah salah satu daripada ciri guru yang baik.
Pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.
Kepedulian atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi,
yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian
terhadap pengalaman mereka. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai
perasaan ambil berat terhadap orang lain. (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010).
Salah satu ciri guru pendidikan khas yang baik ialah mempunyai sifat sabar yang tinggi. Kesabaran ini
diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini. Hal ini kerana murid berkeperluan khas inisangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan perangai tersendiri seperti tidak sabar,
memberontak, cepat menangis dan mengamuk. Untuk menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah
sentiasa berupaya mendengar dengan tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika
kesabaran tidak dapat dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam
mengendalikan murid-murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami kemurungan.
Memetik kata-kata Cikgu Lee Fong Lan dari Sekolah Menengah Danau Kota dalam Kosmo terbitan
2008, beliau menyatakan bahawa beliau pernah ditendang dan diludah oleh kanak-kanak autisme
tetapi dengan kesabarannya mendidik akhirnya kanak-kanak tersebut semakin mendengar kata dan
berkelakuan baik. Pendapat ini disokong oleh Cikgu Alizah bahawa guru pendidikan khas
memerlukan kesabaran yang tinggi dan dengan kesabaran itu menjadikan proefesion guru sebagai
unik dan menarik.
Selain itu, guru pendidikan khas juga haruslah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid
berkeperluan khas. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid-murid berkeperluan khas ini
mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi menjadi satu kebanggaan kepada
gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan mengurus keperluan diri sendiri. Ia merupakan
kejayaan terbesar yang dan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa
yang lama untuk dididik. Justeru itu, guru seharusnya bertanggungjawab menggunakan pelbagaipendekatan untuk menarik minat murid dalam pembelajaran. Seperti yang dikatakan oleh Cikgu
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
25/32
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
26/32
Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri. murid-murid ini
akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap memberontak, marah, sedih
dan sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat perangai disebabkan inginkan perhatian. Ia
telah dialami oleh Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota yang telah
digigit dan dipukul kerana tidak memberikan perhatian kepada seorang pelajar. Disebabkan kerenah
yang pelbagai, guru perlu menggunakan segala kepakaran mereka samaada memujuk,
menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Seterusnya ialah cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan harapan yang tinggi terhadap
guru untuk mengubah anak mereka. Apabila wujud kesedaran ibu bapa terhadap masalah
pembelajaran anak-anak mereka, mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah. Mereka akan
mula mengharapkan perubahan terhadap anak mereka sedangkan guru hanya mendidik semasa
murid di sekolah sahaja. Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas,
guru pendidikan khas merasakan mereka mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa
ini. Seorang ibu iaitu Dayang Kianhing, telah mengatakan bahawa anaknya telah berlaku perubahan
yang memberangsangkan apabila sudah boleh menghafal surah al-Fatihah dan bersolat serta sudah
berminat ke sekolah. Ia adalah perkembangan yang memberangsangkan kerana anaknya sebelum ini
mengalami masalah hiperaktif dan masalah pertuturan. (Utusan Online, 2011)
3.0 IMPLIKASI
Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap profesional guru
tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip pengalaman semasa pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan
yang baru akan dapat dibuat seiring dengan perubahan murid dan masa. Selaian itu, tahap
profesioanalisme dapat ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu
sama ada menyambung pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan sebagainya. Kemahiran-
kemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui aktiviti yang dijalankan.
Selain itu, penyampaian pengajaran guru akan menjadi sesuatu yang menarik dan pelbagai.
Penyampaian yang menarik sangat diperlukan supaya murid tidak merasa bosan sekaligus tidak ingin
hadir ke sekolah. Untuk menjadikan pengajaran sesuatu yang menarik, guru mestilah menyediakan
perancangan pengajaran terlebih dahulu sebelum menyampaikannya. Bukan sahaja perancangan
pengajaran malah bahan bantu mengajar juga akan disediakan bagi menjadikan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran akan berkesan dan menarik.
Etika guru akan terjaga dengan baik apabila menjadi guru pendidikan khas. Disebabkan guru
memerlukan sikap sabar, penyayang, jujur serta bertanggungjawab maka, keperibadian guru akan
meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Selain daripada itu, percakapan yang lembut dan sifat
memujuk mampu menjadikan seorang guru pendidikan khas sebagai guru yang baik dan menjagatingkahlaku.
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
27/32
Walaubagaimanapun anak-anak murid yang diterima, hubungan guru dengan ibu bapa akan
terjaga dengan baik. Ini adalah kerana interaksi dua hala yang dijalinkan mampu membina hubungan
yang mesra. Dapat dilihat bahawa guru dan ibu bapa akan sentiasa berhubungan antara satu sama
lain untuk mendapatkan maklumat dan juga membuat perbincangan tentang sesuatu perkara.
Pembentukan tingkahlaku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial dapat dipupuk.
Apabila nilai-nilai murni sering diterapkan dalam diri murid, maka mereka akan mengaplikasikannya
dengan orang persekitaran. Murid juga akan belajar melalui tingkahlaku dan cara guru mengajar dan
mendidik mereka. Ini disebabkan oleh salah satu dari pembelajaran murid adalah melalui
pemerhatian dan peniruan.
4.0 CADANGAN
Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru seharusnya memperkasa
emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009).
Kamus Dewan edisi ke-4 mentakrifkan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan
marah. Oleh itu, emosi adalah ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang berpunca
daripada psikologi, tingkahlaku dan naluri manusia. Guru haruslah mempunyai kesedaran kendiri
yang tinggi untuk menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif.
Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina makna hasil tindakan danreaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang
tinggi dalam kawalan kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan
pencapaian matlamat dan kejayaan orang lain.
Guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk membentuk tingkahlaku murid supaya
senang untuk dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti bercerita
dalam membentuk tingkahlaku murid. Cerita boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk intervensi
kaunseling kanak-kanak. Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita
berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli
terapi dengan klien. (Lee Keok Cheong et al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini guru boleh
menggunakan contoh teladan untuk memberi pengajaran kepada murid. Akan terdapat murid yang
akan mengikut tingkahlaku yang diceritakan oleh guru. Cerita yang dipilih oleh guru juga hendaklah
bersesuaian dengan perkembangan murid.
Melahirkan guru mesra OKU juga salah satu dari cara untuk membentuk guru pendidikan khas
yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah diberikan latihan semasa guru-guru
ini berada dalam latihan perguruan. Ia bukan merujuk kepada guru pendidikan khas sahaja tetapi
juga guru-guru biasa supaya mereka dapat mengesan ketidaksempurnaan anak didik mereka.
Dengan itu, guru-guru bolehlah membawa masalah ini kepada pakar. Program ini juga disokong oleh
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
28/32
pihak TWINTECH International University College of Technology (TWINTECH) apabila mereka
menawarkan pelbagai program bagi membantu kerajaan melahirkan guru prihatin dan mesra orang
kelainan upaya (OKU). Universti tersebut mengambil tindakan seperti penguasaan Bahasa Isyarat
Malaysia wajib bagi graduan, melahirkan guru pendidikan khas berkepakaran autisme dan
sebagainya. ( Mymetro, 2012)
5.0 RUMUSAN
Pada pandangan saya, tugas guru pendidikan khas sangat mencabar kepada sesiapa yang
menyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum menguasai
tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Pengalaman ini telah dikongsi dengan seluruh rakyat
Malaysia melalui penerbitan Kosmo, 2008 dan Utusan Online, 2011. Cikgu Alizah Abdul Malek
(Utusan Online,2011) menyimpulkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai 1001 macam cerita.
Cerita yang mereka sempat berkongsi adalah berkaitan ragam murid-murid dan juga harapan ibu
bapa.
Selain daripada guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang besar.
Berikutan kenyataan tersebut, ibu kanak-kanak autisme menyatakan bahawa sebelum mendapat
pendidikan di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, (NASOM) anaknya mudah naik angin dan
marah apabila keinginan dirinya tidak dipenuhi. Percakapannya tidak difahami apabila hanya
mengeluarkan bunyi seperti em...em...sahaja. (Berita Harian, 2012). Jika dilihat kenyataan ibu kanak-
kanak tersebut, beliau hanya menghadapi seorang sahaja kanak-kanak istimewa tetapi guru
pendidikan khas menghadapi murid lebih daripada seorang serta mempunyai kepelbagaian masalah.
Walaupun pelbagai cabaran yang telah mereka hadapi tetapi dengan kejayaan murid-murid mereka
walaupun hanya sekadar mengurus diri sendiri adalah kejayaan terbesar dan tidak ternilai oleh
mereka. Dengan berkat kesabaran mereka dalam mendidik, murid-murid ini telah berjaya mencapai
matlamat yang telah ditetapkan oleh guru tersebut. Namun terdapat juga murid berkeperluan khas
yang telah berjaya dengan cemerlang dan mendapat pendidkan sehingga peringkat tinggi. Dua
orang pelajar cacat penglihatan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak (SMPKS), Kuala Lumpuriaitu Tang Kah Hung dan Ahmad Shahide Ruslan telah mendapat 10 A untuk SP 2010. (Berita Harian,
2010) Ini menunjukkan terdapat juga murid berkeperluan khas yang berjaya sehingga ke peringkat
tinggi.
Oleh yang demikian, jangan dipandang murid berkeperluan khas hanya memberikan beban yang
besar kepada orang sekeliling mereka tetapi pandanglah mereka sebagai anugerah yang terindah.
Saya memetik kata-kata Rosmah Mansur yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga
Isteri-Isteri (BAKTI), iaitu hanya dengan mendampingi mereka, barulah ia dapat membuka hati dan
minda kita supaya lebih menghayati keperluan mereka dan seterusnya memperjuangkan nasib
golongan OKU.(Berita Harian, 2011)
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
29/32
Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi guru biasa tetapi
sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada guru adalah melebihi murid-
murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru, keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka
seorang yang berfikiran positif, bersikap menerima dan sebagainya. Walaupun banyak cabaran yang
ditempuhi tetapi didiklah mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan
mengurangkan kebergantungan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Program Pendidikan Khas di Malaysia bermula dengan pembukaan Sekolah Rendah masalah
penglihatan (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka pada tahun 1926
Di ikuti dengan;
SRPK (Buta) Princess Elizebeth di Johor, 1948.
Sekolah Kanak-Kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga Pulau
Pinang 1954.
Sekolah Khas, Ipoh (1966)
Sekolah Khas Sarawak (1972)
Sekolah Khas Melaka (1979)
Pada tahun 1962 dan tahun-tahun berikutnya Kementerian Pendidikan telah mengadakan
rancangan bersepadu untuk menyediakan pendidikan khas bagi pelajar pekak di sekolah-sekolah
biasa dan diikuti dengan murid bermasalah penglihatan.
Unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas ditubuhkan di Bahagian Sekolah pada
Tahun 1964.
Kementerian Pelajaran mula mengambil alih beberapa buah sekolah pendidikan khas sebagai
sekolah bantuan penuh kerajaan.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) melalui perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang
membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan
Khas di Malaysia.
8 Oktober 1987 Y. B. Menteri Pelajaran mengumumkan pelaksanaan Program Pendidikan Khas
murid bermasalah pembelajaran ekoran daripada keputusan mesyuarat JPP Jun 1981.
Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran, 1 Oktober 1995, Unit
Pendidikan Khas dinaikkan taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas.
Penstrukturan semula KPM pada tahun 2008, fungsi Jabatan diperkecilkan dan JP Khas
ditukarkan kepada Bahagian Pendidikan Khas
Jabatan ini bertanggungjawab untuk;
Merancang, mengurus dan menyelaras semua program pendidikan khas rendah danmenengah,
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
30/32
menentukan pelaksanaan dan peningkatan mutu program pendidikan khas,
merancang, menyelaras dan pengoperasian dasar-dasar dan peraturan-peraturan dari segi
peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan
dasar pendidikan vokasional pendidikan khas,
merancang aktiviti dan hal ehwal murid pendidikan khas.
DASAR PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan 1996, Bab 8
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM (JPP, JKP dan Mesyuarat Pengurusan KPM)
Deklarasi Antarabangsa
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
JP Khas menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid pendidikan khas:
masalah pendengaran
masalah penglihatan
masalah pembelajaran
Melalui program :
Sekolah Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas Integrasi dengan pendekatan Inklusif
Bidang pendidikan yang ditawarkan di peringkat menengah:
Bidang akademik
Bidang vokasional
Selain daripada itu JPK juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras JP Khas juga
bertanggungjawab menguruskan kewangan :
- Jabatan
- 32 buah sekolah Pendidikan Khas
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
31/32
- Peralatan P&P bagi program integrasi (1330)
- Program Pemulihan Khas seluruh negara.
SEKOLAH KHAS
Kategori sekolah khas
Bermasalah Penglihatan
Bermasalah Pendengaran
Bermasalah Pembelajaran (2004)
28 sekolah rendah 4 sekolah menengah
10 ditempatkan di sekolah harian biasa
23 buah mempunyai kemudahan asrama
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Pelaksanaannya
Sekolah Harian Biasa
Sekolah Menengah Teknik / Vokasional
[ bagi 3 kategori, bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran ]
Pendekatan Proses Pembelajaran
Pengasingan
Separa Inklusif
PENDIDIKAN VOKASIONAL
Sekolah Khas
1 buah sedia ada bagi murid bermasalah pendengaran
1 buah bagi 3 kategori pemasalahan
Program Pendidikan Khas Integrasi
Bagi murid bermasalah pendengaran di Sekolah Menengah Teknik / Vokasional
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
7/30/2019 Senario Semasa Di MalaysiaBuat Masa Sekarang Pendidikan Khas
32/32
Program Intervensi 3M ( Jangka Pendek )
Mengatasi masalah penguasaan 3M di kalangan murid Tahun 4 (Tahun 1999, 2000, 2001 dan
2002) dan murid Tingkatan 1 atau kelas peralihan (Tahun 1999, 2000, dan 2001) menggunakan
Instrumen Pengesanan Celik Huruf (IPCH)
Program Pemulihan Khas Tahap Satu (Jangka Panjang)
Fokus utama ialah penggunaan Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M) Pembinaan
IPP3M ini adalah dalam tiga peringkat, iaitu: IPP3M 1, IPP3M 2 dan IPP3M 3
PROGRAM PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
Satu usaha untuk meminimumkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak
berkeperluan khas semasa memasuki alam persekolahan.
Program Prasekolah Pendidikan Khas untuk melatih murid berkeperluan khas menguasai
potensi diri yang maksimum.
28 buah kelas prasekolah telah dibuka di sekolah-sekolah pendidikan khas bermula tahun
2004.
Bermula dengan 32 buah kelas prasekolah diwujudkan di Program Pendidikan Khas Integrasi
pada awal tahun 2005 kini terdapat 108 program semuanya.
Sumber : Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.
Recommended