View
303
Download
5
Category
Preview:
Citation preview
SIDANG REDAKSI
2
PENAUNGPengarahBAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENASIHATEn. Moktar bin WahidKetua Penolong PengarahBahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
KETUA EDITORHj. Ibrahim Astar bin MohamedPenolong PengarahUnit Media dan Inovasi Pendidikan
SIDANG EDITORMohd Noor Beg bin Abdul GhaniAbd. Manap bin Hj. Ibrahim PPTHaslinda binti JamaluddinMegat Fuad bin Megat ZainudiMuhamad Wazir bin Mohd FahmiKhairul Amin bin HalimiMaizatul Safina binti ZainuddinErne Hayaty binti Osman
FOTOGRAFIAhmad Fuat bin Hj. ShuibHasri bin AbuYM Tuan Mohd Nordin bin Tuan Abdullah
GRAFIKJerimi bin Fairus Loo
PENERBITANBahagian Teknologi Pendidikan Negeri PerakJalan Tawas Baru UtaraTasek Damai,30010 Ipoh,PERAK DARUL RIDZUAN
No. Tel. :- 05-292 4933 / 05-292 4955No. Faks:- 05-292 4115Emel :- btpnprk@moe.gov.my
KANDUNGAN BULETIN
Seulas Bicara Ketua Penolong Pengarah - 3
Salam Ketua Editor - 3
Majlis Penyerahan Komputer Sumbangan Kepada PKG
Daerah Kinta Utara - 4
Bengkel Khidmat Bantu Penghasilan Video Anugerah
Sutradara Muda - 4
Majlis Anugerah Nilam Peringkat Daerah Kinta Selatan
2015 5
Bengkel Pemantapan Pembangunan Laman Pembelajaran
“Virtual Learning Environment” Untuk Pentadbir Sekolah
Daerah Kinta Selatan - 5
Majlis Anugerah Nilam & Pusat Sumber Cemerlang Daerah
Batang Padang - 6
Program Outreach Pembestarian SK Pos Gedong - 6
Majlis Anugerah Nilam Dan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
Cemerlang Daerah Larut Matang Dan Selama (LMS)
Tahun 2015 - 7
Kem Briged Bestari Peringkat Pkg Kota Lama Kanan
Tahun 2015 – 8
Bengkel Pemilihan Tokoh Nilam Dan Majlis Anugerah
Nilam & PSS Cemerlang Peringkat Daerah Kuala Kangsar
Tahun 2015 - 9
Bengkel Asas Kamera Dan Adobe Photoshop Untuk Juruteknik
Komputer Daerah Perak Tengah – 10
Jerayawara Ssqs Negeri Perak Bagi Daerah Perak Tengah – 10
Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Hilir Perak – 11
Taklimat Pelaksanaan Audit Penggunaan Perisian Kandungan Dan
Peralatan Makmal Bahasa MBMMBI Peringkat Daerah Hilir Perak
Tahun 2015 – 11
Bengkel Kerja Reka Bentuk Instruktional Laman P&p Persekitaran
Maya (Vle) Sekolah Rendah Daerah Hulu Perak Kohort 3 12
Khidmat Bantu ICT (PaKaR) PKG Lenggong - 12
Bengkel Pembinaan Laman Literasi Maklumat Menggunakan
Pelantar Vle Untuk GPM & Guru PSS Kelompok PKG Parit Buntar -
13
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Daerah Kerian - 13
Sajak : Rindu Yang Merontok (Mengenang Allahyarham Megat
Azizan Bin Megat Ibrahim) - 14
4
Fasilitator perbengkelan ini ialah En. Rizal Effendi bin
Lokman (PTP 2 PKG Gunung Semanggol) dan En.
Mohd. Hafiz bin Ariffin (JTK PKG Gunung Semanggol).
Bengkel yang dipengerusikan oleh En. Ibrahim bin
Mat Yaman (PTP 1 PKG Gunung Semanggol) ini telah
bermula pada
Bengkel yang dipengerusikan oleh En. Ibrahim bin
Mat Yaman (PTP 1 PKG Gunung Semanggol) ini telah
bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 5.00
petang ini berfokuskan kepada tunjuk cara login VLE
Frog sehingga sorting data. Bengkel ini banyak
memberi impak dalam peningkatan VLE di sekolah
Zon PKG Gunung Semanggol.
BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN VLE UNTUK GPB/GICT SEKOLAH ZON PKG GUNUNG
SEMANGGOL
TANGGAL 5 April 2016 - bertempat di Dewan Kelisa
PKG Gunung Semanggol - telah diadakan satu
Bengkel Peningkatan Kemahiran VLE untuk
GPB/GICT untuk sekolah-sekolah Zon PKG
Gunung Semanggol. Perbengkelan ini telah
melibatkan 17 orang GPB/GICT.
5
PUSAT Kegiatan Guru Bagan Serai telah
menjalankan satu program khidmat bantu
pada 26 hingga 27 April 2016 di SMK Krian.
Program ini telah melibatkan seramai 10 orang
peserta dan di ketuai oleh En. Mohd. Fauzi b.
Mohamad, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG
Bagan Serai.Program ini telah memberi ruang kepada
peserta untuk menambah idea untuk
membangunkan PSS di sekolah masing-
masing. Ia juga telah mendedahkan GPM
tentang tatacara untuk menguruskan PSS
dengan lebih efektif.
KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KRIAN
6
PADA 22 Mac 2016 bertempat di Bilik Pelangi, PKG
Batu Kurau telah berlangsungnya satu perbengkelan
bagi meningkatkan kemahiran profesional Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) dalam pengurusan
Pusat Sumber Sekolah (PSS), NILAM dan Literasi
Maklumat untuk GPM di sekolah Zon PKG Batu Kurau.
Aktiviti yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir
5.00 petang ini telah
melibatkan seramai 22
orang peserta. Bengkel
ini telah dikendalikan
oleh En. Mohd Romzi.
BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH ZON PKG BATU KURAU
PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH
Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Larut Matang dan
Selama yang telah dilangsungkan pada 2 Ogos 2016
bertempat di SMK Kemunting Bakti berjaya menarik
47 peserta untuk menyertainya. Program yang
bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 5.00
petang ini telah diadili oleh 16 orang hakim yang
terdiri Guru Cemerlang sekolah di sekitar Larut
Matang dan Selama.
7
PEMBINAAN VIDEO KORPORAT PPD BATANG PADANG
1 hingga 3 Januari 2016, seramai sembilan orang kru yang di
anggotai oleh staf Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang,
Guru Pra Sekolah PPD Batang Padang, Pegawai SISC+, Guru-
guru Sekolah Agama bantuan kerajaan dan guru sekolah-
sekolah di daerah Batang Padang telah terlibat di dalam sessi
pengambaran dan penghasilan video korporat. Pegawai
Teknologi Pendidikan PKG Tapah Road telah mengetuai
penggambaran yang dijalankan di sekitar kawasan Tapah.
Video ini dihasilkan untuk tayangan semasa mesyuarat
bersama Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak pada 25 Januari
2016 lalu. Video korporat ini boleh di tonton di laman
sesawang berikut https://youtu.be/YAMnOLf6_2Y.
BENGKEL PARTICIPATION, INTERACTION AND ENGANGEMENT (PIE) FROG VLE PKG DAERAH
BATANG PADANG BERSAMA KONSULTAN FROG ASIA
PADA 11 April 2016 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bidor telah
mengadakan Bengkel Participation, Interaction And Engangement
(PIE) Frog VLE PKG Daerah Batang Padang Bersama En. Mohammad
Fitri bin Mohd Shukri, Konsultan Frog Asia. Bengkel ini turut dihadiri
Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Pegawai PPD Kurikulum (Teknik &
Vokasional) dan En.Sharudin Bin Yusuf dari Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Perak. Bengkel ini memperkenalkan teori dan
praktikal tentang Modul Participation, Interaction and Engangement
(PIE). Semua peserta dapat membuat site pembelajaran yang mudah
dan menarik.
4 April 2016, Isnin bertempat di SJKT Tapah,
Khidmat bantu penggunaan dan penyusunan bahan
daripada bahan-bahan MBMMBI telah dilakukan.
MBMMBI ialah aktiviti sokongan Bahasa Inggeris
bagi tujuan menambah masa pendedahan pelajar
kepada Bahasa tersebut. Khidmat bantu tersebut
mewujudkan ruang pameran High-
Immersive Program (HIP) di SJKT Tapah. Ruang
yang di hasilkan dapat memberikan manfaat kepada
murid dan mencapai objektif pelaksanaan MBMMBI.
Sekolah berkenaan akan dijadikan tempat
perasmian HIP bagi peringkat Daerah Batang
Padang.
8
KHIDMAT BANTU MBMMBI HIP (HIGHLY-IMMERSIVE PROGRAM)
22 FEBRUARI – 24 MAC 2016, pemeriksaan
peralatan ICT dan Pemantauan Sekolah KPM Daerah
Kinta Utara ini melibatkan 165 buah sekolah di daerah
Kinta Utara. Pelaksanaan pemantauan ini melibatkan
pergerakan seramai 9 orang pegawai PKG bersama
orang lebih kurang 72 orang juruteknik PKG dan
sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara. Pendekatan yang
digunakan semasa pemeriksaan dan pemantauan
adalah bimbingan secara ‘one-to-one’ dapat
meningkatkan tahap penyampaian maklumat oleh
pihak PKG dan juruteknik. Antara aktiviti yang di
jalankan ialah PMCM: Defrangment, Disk Clean Up,
Antivirus Update, Adobe Flash Update, Delete History
dan lain-lain. Hasil daripada pemantauan dan
pemeriksaan semua sekolah-sekolah daerah Kinta
Utara berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
5 Ogos 2016, Jumaat, satu mesyuarat persediaan
bersama YB Ziad , ADUN Manjoi bertempat di Pejabat
ADUN Manjoi. Tujuan mesyuarat adalah dalam
mempromosikan Frog VLE dan Program
Parenting@School dengan penampilan Ekslusif Khas
dari YB. Dato’ Sri Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen
Tambun yang akan diadakan pada 6 Ogos 2016,di
Institut Latihan Perindustrian Ipoh. Promosi program
bersiaran di Perak FM pada 5 Ogos 2015 jam 10.30
pagi. Mesyuarat tersebut melibatkan PKG Manjoi,
Guru Penyelaras Bestari Sekolah Manjoi 1, SK Manjoi
9
PEMERIKSAAN PERALATAN ICT DAN PEMANTAUAN SEKOLAH KPM DAERAH KINTA UTARA
PROMOSI PROGRAM FROG VLE DAN PARENTING@SCHOOL BERSAMA YB ZIAD, ADUN
MANJOI BERSAMA PERAK FM
Dua, SK Jelapang Jaya dan SK Dato’ Ahmad Said dan
En. Fitri, Konsultan Frog Asia. Program berjaya
dilaksanakan dengan kehadiran 500 orang murid dan
ibu bapa DUN Manjoi di Institut Latihan Perindustrian,
Jelapang.
Pihak PKG Manjoi telah membantu Sekolah Kebangsaan Sri Mutiara
dengan mengadakan Bengkel Kiosk Interaktif Bahan MBMMBI. Bengkel ini
juga membantu pihak sekolah mengoptimakan penggunaan perisian
MBMMBI, Pihak PKG telah membantu sekolah dengan memasukkan
bahan-bahan MBMMBI yang telah ke dalam cakera keras komputer dan di
sambungkan kepada televisyen untuk memaksimakan penggunaanya.
Bahan interaktif tersebut dijadikan permainan dan kuiz kepada murid-
murid pada waktu rehat di pusat sumber sekolah. Sudut ini di jadikan
kiosk interaktif MBMMBI. Bengkel Kiosk Interaktif ini di ketuai oeleh Puan
Erne Hayaty, Pegawai Teknologi Pendidikan bersama 15 orang Guru
Perpustakaan dan Media dari kelompok PKG Manjoi. Guru Perpustakaan
dan Media.
.
10
BENGKEL KIOSK INTERAKTIF MENGGUNAKAN BAHAN MBMMBI
16 Jun 2016, Khamis bertempat di SMK Tambun,
Persidangan di hadiri oleh lebih kurang 200 orang
guru advokasi emas di Negeri Perak. Program di
rasmikan oleh Tuan Haji Rosli b Ahmad, Ketua Sektor
Pengurusan Akademik dan turut hadir pegawai-
pegawai dari Jabatan Pendidikan Perak dan Pejabat
Pendidikan Daerah di majlis perasmian.Pengisian
persidangan di mulakan dengan perkongsian ilmu
guru advokasi memenangi anugerah Special Mention
Award bagi Kategori Sekolah Menengah, SMK
Tambun dan Kategori sekolah rendah, SK Seri Bayu.
Penceramah jemputan Khas dari Frog Asia, Mr. David
Gowling menguruskan bengkel bertajuk ‘Supporting
Others Through Change’.
PERSIDANGAN GURU ADVOKASI EMAS NEGERI PERAK BERSAMA MR. DAVID GOWLING,
FROG ASIA
Pengisian bengkel lebih kepada aktiviti
berkumpulan seperti perbincangan, permaianan
interaktif dan pembentangan berkaitan Frog VLE
Persidangan ini memberikan peluang kepada guru-
guru advokasi ini berjumpa dan berhubung secara
bersemuka. Program ini berakhir dengan sesi
bergambar sebagai kenangan.
Bengkel yang telah dijalankan pada 16 Februari 2016
ini dihadiri oleh seramai 50 orang guru dari kelompok
PKG Ayer Tawar dan PKG Seri Manjung. Bertempat di
bilik mesyuarat SK Seri Sitiawan, penceramah iaitu
Cik Rozaimah Binti Hashim dari Bahagian Literasi
Maklumat, Perpustakaan Malaysia telah menerangkan
tentang penggunaan internet untuk mendapatkan
maklumat, kaedah pencarian maklumat dan kesahihan
maklumat yang diperoleh. Pelaksanaan bengkel ini
diharap dapat membantu murid-murid menggunakan
internet dan mencari maklumat dengan kaedah yang
tepat.
13 dan 14 Julai 2016, PKG Seri Manjung telah
menjalakan satu khidmat bantu untuk memindahkan
Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Dato’ Ishak, Tujuan
pemindahan Pusat Akses ini adalah kerana pihak
pengurusan sekolah ingin menggunakan Pusat Akses
asal sebagai Bilik Gerakan dan Pusat Akses yang
baru dipindahkan bersebelahan Pusat Sumber
Sekolah. Khidmat bantu ini di ketuai oleh Encik Jerimi
Fairus Loo dan dibantu oleh Encik Taufik Adam Guru
Bestari SKDI, Encik Abidul Khakim Abd Rauf JTK PKG
Seri Manjung dan Puan Norin JTK SKDI..Sekolah ini
juga menerima 10 set komputer baru bagi
menggantikan peralatan Pusat Akses yang lama
dengan kaedah 1PP. 11
BENGKEL LITERASI DAN MEDIA PENGGUNA BERSAMA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
KHIDMAT BANTU MEMINDAHKAN PUSAT AKSES SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ISHAK,
LUMUT
Bengkel penghasilan video untuk GPM kelompok PKG
Sitiawan telah dilaksanakan pada 13 April 2016
bertempat di PKG Sitiawan. Fasilitator iaitu Encik
Ahmad Riduan bin Mohamed (PTP1 PKG Sitiawan)
telah memberi tunjuk ajar kepada seramai 22 orang
GPM tentang penggunaan software dalam
menghasilkan video yang berkualiti bagi kegunaan
PdP.
26 Mei, Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru
Peringkat Daerah Manjung 2016 ,En. Ahmad Riduan b
Mohamed Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG
Sitiawan telah dianugerah PINGAT PENGHORMATAN
GURU kategori ICT. Anugerah ini merupakan satu
penghargaan dan pengiktirafan tertinggi peringkat
daerah bagi menghargai jasa dan sumbangan guru
dalam dunia pendidikan khasnya di bidang ICT.
Penghormatan dan Anugerah ini merupakan suatu
tanda Pejabat Pendidikan Daerah menghargai dan
mengiktiraf jasa dan sumbangan yang dimainkan oleh
PKG serta BTPN secara keseluruhannya dalam
pembangunan pendidikan khususnya di Daerah
Manjung..
12
BENGKEL PENGHASILAN VIDEO UNTUK GPM
PENGANUGERAHAN PINGAT PENGHORMATAN GURU KATEGORI ICT SEMPENA SAMBUTAN
HARI GURU DAERAH MANJUNG 2016
Khidmat Bantu PSS peringkat Negeri Perak 2016
telah berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos 2016
bertempat di Pusat Sumber SK Ulu Geruntum,
Gopeng. Khidmat bantu ini diterajui oleh Puan
Azatus Sakhia (Ketua Unit PSP, BTPN Perak)
dengan dibantu oleh para pegawai dari BTPN dan
PKG negeri Perak. Turut hadir dalam program ini
ialah Encik Mokhtar Bin Wahid (Ketua Penolong
Pengarah BTPN Perak) dan Tuan Hj Md Isa Bin Md
Amin (Ketua Unit Pengurusan Strategik, BTPN
Perak)
Pada 18hb Disember 2015, PKG Kampar secara rasmi
telah berpindah ke bangunan baharu di SMK Sentosa,
Kampar dari bangunan asal PKG Kampar di Sekolah
Kebangsaan Kampar. Perpindahan ini dibuat kerana
pihak sekolah SK Kampar ingin menggunakan
bangunan asal PKG Kampar. Pihak BTPN Perak dan
juga warga PKG daerah Kinta Selatan turut membantu
dalam proses pemindahan aset dan peralatan PKG
Kampar. Dengan perpindahan ke bangunan baru yang
lebih luas, Pihak PKG Kampar akan dapat
memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada
sekolah kelompok.
13
KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) PERINGKAT NEGERI PERAK 2016
PKG KAMPAR BERPINDAH KE SMK SENTOSA
Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah telah melaksanakan khidmat bantu ICT
(PaKaR) di SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah selama tiga hari bermula 17
Mei hingga 19 Mei 2016. Khidmat bantu ini melibatkan tenaga pakar yang
terdiri daripada PTP 1 PKG Batu Gajah dan juruteknik PKG daerah Kinta
Selatan. Objektif khidmat bantu ini adalah untuk menyelesaikan masalah
rangkaian LAN dalam makmal komputer HP Multiseat agar dapat
digunakan dalam aktiviti pdp murid. Kesemua rangkaian LAN dapat
berfungsi dan makmal dapat diguna pakai seperti biasa.
.
14
KHIDMAT BANTU ICT (PaKaR)
Pada 22 Mac 2016 bertempat di Bilik Jati PKG
Kampung Gajah, seramai 19 orang peserta yang
terdiri daripada kalangan GPM telah menyertai
bengkel pemantapan pengurusan fail dan NILAM.
Penceramah iaitu Encik Osman Bin Hj. Mohamed
(PTP1, PKG Kampung Gajah) telah memberi taklimat
berkaitan pengurusan PSS Cemerlang dan
pengurusan fail yang sistematik demi meningkatkan
kecemerlangan PSS.
Pada 2 Ogos 2016 bertempat di PKG Parit telah
berlangsung Bengkel 21st Century Learning Design.
Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada
kalangan guru penyelaras bestari/ICT telah terpilih
untuk menyertai bengkel ini. Pelaksanaan bengkel ini
merupakan satu deliverables atau tindakan susulan
yang perlu dilakukan oleh para pegawai PKG/PTPB
seluruh negara yang telah menyertai Bengkel 21CLD
anjuran BTP. Penceramah bengkel iaitu Encik Mohd
Khalid Bin Md Yusof (PTP 2 PKG Parit) telah berjaya
membimbing dan melatih para peserta menggunakan
perisian powerpoint mix untuk menghasilkan aktiviti
pembelajaran/slaid pembelajaran. Seterusnya aktiviti
pembelajaran tersebut dimuatnaik ke laman Microsoft
Educator Community.15
BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN FAIL DAN NILAM 2016
BENGKEL 21ST CENTURY LEARNING DESIGN
16
BENGKEL FOTO EDITING (PENGURUSAN PROMOSI)
23 - 24 Mac 2016 (Rabu - Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat
1, PKG Pengkalan Hulu satu Bengkel Foto Editing telah
dilaksanakan. Penceramah jemputan, En.Mohd Rahim bin
Ramli dari SK Kuak Luar berkongsi ilmu dan pengalaman
bersama 11 orang Guru Penyelaras Bestari(GPB)/ Guru
Penyelaras ICT. Semasa perbengkelan, peserta menggunakan
perisian Adobe Photoshop CS5. Peserta bengkel di dedahkan
dengan proses dan teknik suntingan menggunakan perisian
Photoshop CS5. Peserta bengkel menghasilkan sepanduk
promosi program sekolah. Di akhir bengkel, peserta yang
menghasilkan tugasan yang terbaik di raikan di dalam majlis
penyampaian hadiah.
KHIDMAT BANTU PAKAR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN
SEKOLAH Kebangsaan Sri Aman telah dipilih untuk
Program Khidmat Bantu Pakar PKG Taiping.
Program yang telah berlangsung pada 29 dan 30
Mac 2016 ini telah di sertai oleh 13 orang JTK PKG
dan sekolah-sekolah sekitar Taiping yang diketuai
oleh En.Yusaini b. Mohd Yusof, Pegawai Teknologi
Pendidikan PKG Taiping. Antara khidmat kepakaran
yang diberikan adalah menjalankan kerja
konfigurasi rangkaian LAN dan pemasangan
rangkaian ke bilik-bilik khas.
Recommended