View
224
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.
(No. Syarikat 731530-M)
SIJIL KEBAKARAN TAKAFUL
Sila baca Sijil ini dengan teliti.
3
Jadual Kandungan
Kandungan Muka Surat
1. Fasal Kuat Kuasa dan Syarat Sijil 4
2. Waranti / Fasal / Pengendorsan 20
4
SIJIL
Sebagai pertimbangan kerana Anda membayar Sumbangan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual kepada
Dana Risiko Am berasaskan tabarru’ ’, Takaful ini akan melindungi Anda daripada kerugian, kerosakan atau
liabiliti seperti dihuraikan dalam Sijil ini yang berlaku dalam Tempoh Takaful tertakluk kepada terma, syarat dan
pengendorsan Sijil ini.
Kami bersetuju, tertakluk kepada Terma dan Syarat yang terkandung di dalamnya atau diendors atau dinyatakan
sebaliknya, bahawa jika Harta Benda Dilindungi yang dinyatakan dalam Jadual atau mana-mana bahagian harta
benda tersebut musnah atau rosak akibat Kebakaran atau Petir dalam Tempoh Takaful yang dinyatakan dalam
Jadual atau mana-mana tempoh seterusnya yang mana Anda telah membayar dan Kami telah menerima
Sumbangan yang dikehendaki untuk pembaharuan Sijil ini, Kami akan membayar atau menggantikan untuk
Anda nilai Harta Benda Dilindungi pada masa berlaku kemusnahannya atau jumlah kerosakan.
Dengan syarat bahawa liabiliti Kami dalam apa jua hal hendaklah tidak melebihi bagi setiap jumlah yang
dinyatakan dalam Jadual untuk dilindungi atau secara keseluruhannya Jumlah Besar Dilindungi atau jumlah
lain yang boleh digantikan dengan pengendorsan padanya atau dilampirkan yang ditandatangani oleh atau bagi
pihak Kami.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa Anda hendaklah menunaikan dan mematuhi terma, syarat dan
pengendorsan Sijil ini sejauh yang berkaitan dengan apa-apa yang perlu dilakukan atau dipatuhi oleh Anda
sebelum Kami menunaikan tanggungjawab Kami untuk membuat sebarang bayaran di bawah Sijil ini.
Syarat
1. Keterangan Salah
Jika terdapat sebarang keterangan salah yang ketara berkenaan mana-mana harta benda yang dilindungi
di dalam ini, atau mana-mana bangunan atau tempat yang menempatkan harta benda, atau sebarang
keterangan salah berkenaan apa-apa fakta penting yang perlu diketahui untuk menganggarkan risiko,
atau sebarang kegagalan untuk menyatakan fakta tersebut, Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah
Sijil ini setakat yang berkaitan dengan harta benda yang dikaitkan dengan mana-mana keterangan salah,
pernyataan salah atau kegagalan menyatakan fakta.
5
2. Bayaran Sumbangan
Bayaran bagi sebarang Sumbangan tidak akan dianggap sebagai bayaran kepada Kami melainkan satu
bentuk resit bercetak yang ditandatangani oleh seorang wakil yang sah atau Ejen yang Kami lantik telah
diberikan kepada Anda.
3. Insurans / Takaful Bersama
Anda hendaklah memberi notis kepada Kami tentang sebarang Insurans atau Takaful yang sudah
berkuat kuasa, atau yang mungkin berkuat kuasa kemudiannya, yang melindungi mana-mana harta benda
yang dilindungi di bawah Sijil ini, dan melainkan notis sedemikian diberikan dan butir-butir Insurans atau
Takaful dinyatakan atau diendors pada Sijil ini oleh atau bagi pihak Kami sebelum berlaku sebarang
kerugian atau kerosakan, semua manfaat di bawah Sijil ini akan dibatalkan.
4. Identiti / Anjakan
Semua Takaful di bawah Sijil ini:
(1) bagi mana-mana bangunan atau sebahagian daripada mana-mana bangunan;
(2) bagi mana-mana harta benda yang terkandung dalam mana-mana bangunan;
(3) bagi sewa atau perkara lain dalam Takaful yang berkenaan atau berkaitan dengan mana-mana
bangunan atau mana-mana harta benda yang terkandung dalam bangunan;
Akan ditamatkan dengan serta-merta apabila berlaku sebarang keruntuhan atau anjakan:
(a) bangunan atau mana-mana bahagiannya, atau
(b) seluruh atau mana-mana bahagian rangkaian bangunan atau sebarang struktur yang
menjadi sebahagian daripada bangunan
Dengan syarat keruntuhan atau anjakan tersebut membabitkan seluruh atau sebahagian besar atau sebahagian
penting daripada bangunan tersebut atau menjejaskan penggunaan bangunan tersebut atau mana-mana
bahagiannya atau menyebabkan bangunan tersebut atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana harta
benda di dalamnya tertakluk kepada risiko lebih tinggi atau kebakaran atau sebaliknya penting.
Dan dengan syarat bahawa keruntuhan atau anjakan tersebut tidak disebabkan oleh kebakaran, kerugian atau
kerosakan yang dilindungi oleh Sijil ini atau akan dilindungi jika bangunan, rangkaian bangunan atau struktur
tersebut dilindungi di bawah Sijil ini.
6
Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding, beban untuk membuktikan bahawa mana-mana keruntuhan
atau anjakan adalah disebabkan oleh kebakaran seperti yang dinyatakan adalah terletak pada Anda.
5. Pengecualian Perlindungan (i)
Takaful ini tidak melindungi:
(a) Kerugian disebabkan kecurian sewaktu atau selepas berlaku kebakaran;
(b) Kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang berlaku disebabkan penapaian, pemanasan
semula jadi atau pembakaran spontan (kecuali seperti yang ditetapkan menurut Syarat 8 (f) atau
disebabkan ia melalui proses pemanasan atau pengeringan; atau
(c) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada;
(i) Pembakaran harta benda atas arahan mana-mana pihak berkuasa; atau
(ii) Kebakaran bawah tanah.
6. Pengecualian Perlindungan (ii)
Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau
akibat, secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, khususnya:
(a) Gempa bumi, letupan gunung berapi atau gegaran alam yang lain;
(b) Taufan, hurikan, puting beliung, siklon atau gangguan atmosfera yang lain;
(c) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan
(sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara;
(d) Dahagi, rusuhan, kebangkitan tentera atau awam, penentangan, pemberontakan, revolusi, kuasa
tentera atau rampasan kuasa, undang-undang tentera atau keadaan pengepungan atau apa-apa
kejadian atau sebab yang menentukan perisytiharan atau pengekalan undang-undang tentera atau
pengepungan; atau
(e) Sebarang tindakan keganasan –
Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada
penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau
kumpulan orang, sama ada bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-
mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan
serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan
orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.
7
Sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa wujudnya keadaan luar biasa (sama ada
fizikal atau sebaliknya) yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau
tidak langsung, mana-mana kejadian yang tersebut di atas, dianggap sebagai kerugian atau
kerosakan yang tidak dilindungi oleh Takaful ini, melainkan setakat mana yang Anda dapat
buktikan bahawa kerugian atau kerosakan tersebut telah berlaku secara berasingan daripada
keadaan luar biasa tersebut.
Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding di mana Kami mendakwa bahawa kerana
peruntukan syarat ini, sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Takaful ini, beban
untuk membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada
Anda.
7. Pencemaran / Kontaminasi
Takaful ini tidak melindungi sebarang liabiliti bagi:
Kerugian akibat kemusnahan atau kerosakan disebabkan pencemaran atau kontaminasi kecuali
(melainkan dikecualikan) kemusnahan atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi adalah
disebabkan oleh:
(i) Pencemaran atau kontaminasi yang dengan sendirinya adalah akibat kejadian luar jangka yang
dilindungi; atau
(ii) sebarang kejadian luar jangka yang dilindungi yang dengan sendirinya adalah akibat daripada
pencemaran atau kontaminasi.
8. Harta Benda Dikecualikan
Melainkan dinyatakan sebaliknya secara khusus dalam Sijil, Takaful ini tidak melindungi:
a) Barangan yang dipegang atas amanah atau berasaskan komisen;
b) Jongkong emas atau permata berharga belum berikat;
c) Sebarang barang aneh atau hasil kerja seni bagi jumlah melebihi RM500;
d) Manuskrip, pelan, lukisan, atau rekaan, corak, model atau acuan;
e) Sebarang jenis sekuriti, tanggungan atau dokumen, setem, duit syiling atau wang kertas, cek, buku
akaun atau buku perniagaan yang lain, atau rekod sistem komputer;
f) Batu arang, daripada kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pembakaran
spontannya;
8
g) Bahan letupan;
h) Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada
letupan; tetapi kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan dandang domestik dan gas yang
digunakan untuk pencahayaan atau tujuan domestik dalam bangunan yang tidak mempunyai
bekalan gas dan tidak membentuk sebahagian daripada mana-mana kerja gas, akan dianggap
kerugian atau kerosakan akibat kebakaran dalam erti kata Sijil ini; atau
i) Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada
pembakaran hutan, belukar, lalang, prairie, pampas atau rimba, sama ada tidak disengajakan atau
sebaliknya, dan pemugaran tanah secara pembakaran.
9. Perubahan Risiko
Di bawah mana-mana keadaan berikut, Takaful ini tidak lagi melindungi harta benda terbabit melainkan
Anda, sebelum berlaku sebarang kerugian atau kerosakan, mendapatkan persetujuan daripada Kami,
menerusi pengendorsan Sijil, oleh atau bagi pihak Kami:
(a) Jika perdagangan atau pengilangan yang dijalankan ditukar, atau jika jenis penghunian atau
keadaan lain membabitkan bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang
dilindungi ditukar dengan cara yang boleh meningkatkan risiko kerugian atau kerosakan
disebabkan oleh kebakaran;
(b) Jika bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi tidak diduduki
dan kekal dalam keadaan demikian untuk tempoh melebihi tiga puluh (30) hari;
(c) Jika harta benda yang dilindungi dipindahkan ke mana-mana bangunan atau tempat selain
daripada yang dinyatakan sebagai dilindungi di dalam ini;
(d) Jika kepentingan dalam harta benda yang dilindungi berpindah daripada Anda selain daripada
mengikut wasiat atau penguatkuasaan undang-undang; atau
(e) Jika notis pindah atas perintah Pihak Berkuasa tempatan untuk pengambilan atau pemerolehan
tanah yang menempatkan harta benda yang dilindungi telah dikeluarkan.
10. Fasal Marin
Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang, pada masa
berlaku kerugian atau kerosakan, adalah dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi disebabkan
9
kewujudan Sijil ini, dilindungi oleh mana-mana Sijil Marin kecuali berhubung dengan mana-mana Lebihan
yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah Sijil Marin sekiranya Takaful ini tidak berkuat kuasa.
11. Pembatalan
Kami boleh membatalkan Sijil ini pada bila-bila masa jika Kami menghantar notis bertulis tujuh hari ke
alamat terakhir Anda yang Kami ketahui. Jika anda belum pernah membuat tuntutan sepanjang
Tempoh Takaful, Anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada Sumbangan Anda bagi
Tempoh Takaful yang belum luput.
Jika Anda membatalkan Sijil ini, Kami akan memulangkan sebarang Sumbangan Takaful yang Anda
bayar ditolak jumlah bagi tempoh Anda dilindungi dengan syarat Anda tidak membuat tuntutan sepanjang
tempoh tersebut. Sumbangan minimum RM75.00 akan ditolak dari jumlah yang akan dibayar balik
kepada anda apabila Sijil dibatalkan..
12. Kejadian Kerugian atau Kerosakan
Apabila berlaku sebarang kerugian atau kerosakan Anda hendaklah memberi notis kepada Kami dan
hendaklah menghantarnya kepada Kami dalam masa lima belas hari selepas kerugian atau kehilangan,
atau masa selanjutnya yang Kami boleh benarkan secara bertulis:
(a) Tuntutan secara bertulis bagi kerugian atau kerosakan, mengandungi butiran teliti yang dibuat
dengan wajar dan munasabah kesemua barangan atau item harta benda yang rosak atau
musnah, dan jumlah kerugian atau kerosakan masing-masing, berasaskan nilainya pada masa
kerugian atau kerosakan, tidak termasuk sebarang jenis keuntungan; dan
(b) Butiran semua Takaful/ Insurans lain, jika anda.
Anda hendaklah juga pada setiap masa atas perbelanjaan Anda sendiri, mengeluarkan, mendapatkan
dan memberikan kepada Kami kesemua butiran lanjut, pelan, spesifikasi, buku, baucar, invois, pendua
atau salinannya, dokumen, bukti dan maklumat berkaitan tuntutan serta punca dan sebab kebakaran dan
keadaan yang mencetuskan kerugian atau kerosakan, dan sebarang perkara yang menyentuh liabiliti atau
jumlah liabiliti Kami yang secara munasabah diperlukan oleh atau bagi pihak Kami, bersama dengan
akuan bersumpah atau dalam bentuk lain yang sah di sisi undang-undang tentang kebenaran tuntutan
dan tentang sebarang perkara berkaitan dengannya.
Tuntutan di bawah Sijil ini tidak akan dibayar melainkan terma bagi syarat ini telah dipatuhi.
10
13. Perbelanjaan Memadam Kebakaran
Takaful di bawah sijil ini dilanjutkan untuk meliputi:
(a) Gaji kakitangan Anda selain anggota Pasukan Bomba sepenuh masa;
(b) Kos menggantikan peralatan memadam api dan kemusnahan atau kerosakan kepada bahan
(termasuk pakaian dan barangan peribadi kakitangan) melainkan jika tidak dilindungi secara
khusus; dan
(c) Caj yang dikenakan oleh Pasukan Bomba.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa liabiliti kepada Kami berhubung dengan gaji, kos dan caj
tersebut, hendaklah terhad kepada perbelanjaan yang perlu dan munasabah ditanggung untuk memadam
api di lokasi atau bersebelahan lokasi harta benda yang dilindungi oleh Sijil ini atau yang serta-merta
mengancam harta benda tersebut.
14. Hak Pengendali Takaful
Apabila berlaku kerugian atau kerosakan kepada mana-mana harta benda yang dilindungi oleh Sijil ini,
Kami boleh:-
(a) memasuki dan mengambil dan memegang hak milik bangunan atau premis di mana kerugian
atau kerosakan telah berlaku;
(b) mengambil atau meminta penghantaran mana-mana harta benda Anda di dalam bangunan atau
di dalam premis pada masa berlaku kerugian atau kerosakan;
(c) menyimpan sebarang harta benda sedemikian dan memeriksa, menyusun, mengatur,
mengeluarkan atau mengendalikannya, atau
(d) menjual mana-mana harta benda tersebut atau melupuskannya bagi pihak yang berkenaan.
Kuasa yang diberikan oleh Syarat ini boleh digunakan oleh Kami pada bila-bila masa hingga notis bertulis
diberikan oleh Anda bahawa Anda tidak membuat sebarang tuntutan di bawah Sijil ini atau, jika sebarang
tuntutan dibuat, sehingga tuntutan tersebut akhirnya ditentukan atau ditarik balik, dan Kami tidak akan,
menerusi sebarang tindakan yang dilakukan untuk menggunakan atau dikatakan menggunakan kuasanya
di bawah ini, menanggung sebarang liabiliti kepada Anda atau mengurangkan haknya untuk bergantung
kepada mana-mana Syarat Sijil ini bagi menangani sebarang tuntutan.
Jika Anda atau sesiapa bagi pihak Anda tidak mematuhi keperluan Kami atau menyekat atau
menghalang Kami daripada melaksanakan kuasa Kami di bawah ini, semua manfaat di bawah Sijil ini
akan dibatalkan.
11
Anda dalam apa jua keadaan tidak berhak untuk melepaskan mana-mana harta benda kepada Kami
sama ada harta benda tersebut dipegang oleh Kami atau tidak.
15. Penipuan
Jika tuntutan yang dibuat didapati melibatkan penipuan dalam apa jua hal, atau jika sebarang perakuan
palsu dibuat atau digunakan untuk menyokongnya, atau jika sebarang cara atau kaedah melibatkan
penipuan digunakan oleh Anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Anda untuk mendapatkan
sebarang manfaat di bawah Sijil ini; atau, jika kerugian atau kerosakan adalah disebabkan oleh tindakan
disengajakan, atau dengan kerjasama Anda; atau, jika tuntutan dibuat dan ditolak dan tindakan atau
saman tidak dimulakan dalam masa tiga (3) bulan selepas penolakan, atau (dalam kes membabitkan
Penimbangtaraan menurut Syarat 22 Sijil ini) dalam masa tiga (3) bulan selepas Penimbang Tara atau
Pengadil membuat keputusan, semua manfaat di bawah Sijil ini akan dibatalkan.
16. Pilihan Penjelasan
Kami boleh atas pilihan Kami untuk memulihkan atau menggantikan harta yang rosak atau musnah, atau
mana-mana bahagiannya, dan bukan membayar jumlah kerugian atau kerosakan, atau menyertai mana-
mana Syarikat atau Pengendali Takaful lain dalam berbuat demikian; tetapi Kami tidak terikat untuk
memulihkan betul-betul seperti yang asal atau sepenuhnya, tetapi hanya seperti yang dibenarkan oleh
keadaan dan dengan cara yang secukup dan sewajarnya, dan dalam apa jua keadaan Kami tidak terikat
untuk membelanjakan lebih daripada kos yang sepatutnya untuk memulihkan harta benda kepada
keadaan pada masa kerugian atau kerosakan berlaku, mahupun lebih daripada jumlah yang dilindungi
oleh Kami.
Jika Kami membuat keputusan untuk memulihkan atau menggantikan mana-mana harta benda, Anda
hendaklah atas perbelanjaan Anda sendiri, menyediakan untuk Kami pelan, spesifikasi, ukuran, kuantiti,
dan butiran lain yang mungkin Kami perlukan dan tiada tindakan yang Kami lakukan atau disebabkan
berlaku kerana Kami dengan matlamat untuk memulihkan atau menggantikan harta benda boleh
dianggap sebagai pilihan Kami untuk memulihkan atau menggantikan harta benda tersebut.
Jika dalam apa jua keadaan, Kami tidak dapat memulihkan atau membaiki harta benda yang dilindungi,
disebabkan oleh sebarang peraturan perbandaran atau peraturan lain yang berkuat kuasa membabitkan
penjajaran jalan, atau pembinaan bangunan, atau yang lain, Kami akan, dalam apa jua keadaan, hanya
bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang diperlukan untuk memulihkan atau membaiki harta
benda tersebut jika yang berkenaan boleh dipulihkan kepada keadaan asalnya secara sah di sisi undang-
undang.
12
17. Nilai Pasaran
Sekiranya berlaku kerugian kepada harta yang dilindungi (selain stok dan barang bangunan), Kami akan
membayar nilai yang dilindungi atau nilai pasaran harta yang dilindungi, yang mana lebih rendah, tertakluk
kepada pemotongan sebarang Lebihan dan jumlah yang Anda perlu tanggung di bawah Sijil ini. Untuk
tujuan syarat ini, nilai pasaran bermakna nilai harta benda yang dilindungi pada masa kerosakan atau
kerugian ditolak peruntukan bagi kelusuhan dan kehausan dan / atau susut nilai.
Nilai Pasaran harta benda yang dilindungi, bagi tujuan syarat ini, hendaklah ditentukan menerusi penilaian
yang Kami perolehi daripada pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah, broker yang sah, pengedar
yang sah atau kontraktor bangunan, mengenai kos penggantian atau pemulihan, selepas ditolak susut
nilai berpatutan, harta benda dilindungi yang rosak atau kerugian sebagaimana keadaannya pada masa
kerosakan atau kerugian tersebut berlaku.
Sekiranya pada masa kerosakan atau kerugian berlaku, tiada pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah,
broker yang sah, pengedar yang sah atau kontraktor bangunan bagi harta benda yang dilindungi,
penilaian akan diperolehi daripada Jurutaksir Berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau Jurunilai
Berdaftar di bawah Akta Jurunilai, Jurutaksir dan Ejen Hartanah 1981 yang dilantik bersama oleh kedua-
dua pihak. Penilaian harta benda yang dilindungi oleh pengeluar, ejen tunggal atau ejen yang sah, broker
yang sah, pengedar yang sah, kontraktor bangunan, Jurutaksir Berlesen di bawah Akta Takaful 1984 atau
Jurunilai Berdaftar di bawah Akta Jurunilai, Jurutaksir dan Ejen Hartanah 1981 hendaklah diterima
sebagai bukti muktamad bagi nilai pasaran harta yang dilindungi dalam sebarang prosiding undang-
undang terhadap Kami.
18. Subrogasi
Anda hendaklah, atau perbelanjaan Kami, melakukan, dan bersetuju untuk melakukan dan membenarkan
segala tindakan dan perkara yang perlu atau diperlukan dengan sewajarnya oleh Syarikat untuk tujuan
menguatkuasakan hak atau remedi, atau untuk mendapatkan pampasan atau indemniti daripada pihak
lain di mana Kami layak atau akan menjadi layak untuk menerima secara subrogasi selepas membayar
atau menjelaskan sebarang kerugian atau kerosakan di bawah Sijil ini sama ada tindakan atau perkara
tersebut telah menjadi atau akan menjadi perlu atau diperlukan sebelum atau selepas indemniti dibayar
oleh Kami.
13
19. Sumbangan kepada Penjelasan Tuntutan
Jika pada masa kerugian atau kerosakan berlaku kepada mana-mana harta benda yang dilindungi,
terdapat perlindungan Insurans atau Takaful lain, sama ada yang diambil by Anda atau mana-mana orang
lain, yang melindungi harta benda yang sama, Kami tidak bertanggungjawab untuk membayar atau
menyumbang lebih daripada bahagian bersekadar kerugian atau kerosakan tersebut.
20. Fasal Purata
Jika nilai harta benda yang dilindungi, pada masa berlaku kebakaran atau kerugian, secara kolektif adalah
lebih tinggi daripada jumlah yang dilindungi, maka Anda hendaklah menanggung bahagian bersekadar
kerugian dengan sewajarnya. Setiap item dalam Sijil, jika lebih daripada satu, adalah tertakluk secara
berasingan kepada Syarat ini.
21. Menetapkan Semula Jumlah Dilindungi
Sekiranya berlaku kerugian, Takaful ini akan terus berkuat kuasa bagi jumlah penuh yang dilindungi dan
Anda bertanggungjawab untuk membayar Sumbangan tambahan pada kadar yang dinyatakan dalam sijil
dikira berasaskan jumlah kerugian secara pro rata dari tarikh kerugian tersebut hingga luput Tempoh
Takaful semasa.
22. Penimbangtaraan
Jika timbul sebarang percanggahan mengenai jumlah sebarang kerugian atau kerosakan, percanggahan
tersebut hendaklah, secara berasingan daripada persoalan lain, dirujuk untuk diputuskan oleh seorang
Penimbangtara yang dilantik secara bertulis oleh pihak yang bercanggah, atau, jika mereka tidak dapat
bersetuju mengenai penimbangtara tunggal, keputusan tersebut hendaklah dirujuk kepada dua pihak yang
berkecuali sebagai Penimbangtara, di mana seorang hendaklah dilantik secara bertulis oleh setiap pihak
dalam tempoh dua (2) bulan kalendar selepas dikehendaki untuk berbuat demikian oleh salah satu pihak.
Sekiranya mana-mana pihak enggan atau gagal melantik seorang Penimbangtara dalam tempoh dua (2)
bulan kalendar selepas menerima notis secara bertulis yang membuat pelantikan, pihak lain berhak untuk
melantik Penimbangtara tunggal dan sekiranya kedua-dua penimbangtara tidak bersetuju, percanggahan
tersebut hendaklah dirujuk untuk diputuskan oleh seorang pengadil yang dilantik oleh mereka secara
bertulis sebelum membuat rujukan tersebut dan yang akan duduk bersama Penimbangtara dan
mempengerusikan mesyuarat antara mereka. Kematian mana-mana pihak tidak akan membatalkan atau
mempengaruhi kewibawaan atau kuasa Penimbangtara atau Pengadil masing-masing dan sekiranya
berlaku kematian Penimbangtara atau Pengadil, dalam setiap kes seorang pengganti hendaklah dilantik
oleh pihak yang melantik Penimbangtara atau Pengadil (yang mana berkenaan) yang meninggal dunia
14
tersebut. Kos rujukan dan keputusan tersebut hendaklah ditentukan atas budi bicara Penimbangtara, atau
Pengadil yang membuat keputusan. Dan dengan ini dinyatakan dan diakui secara khusus bahawa adalah
menjadi syarat sebelum sebarang tindakan diambil atau saman dikemukakan berkenaan sijil ini bahawa
keputusan oleh Penimbangtara atau pengadil tersebut mengenai jumlah kerugian atau kerosakan diperolehi
terlebih dahulu.
23. Had Masa
Dalam apa jua kes Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
selepas tamat tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh berlaku kerugian atau kerosakan melainkan
tuntutan tertakluk kepada tindakan atau penimbangtaraan yang akan dilaksanakan.
24. Notis kepada Kami
Setiap notis dan komunikasi lain yang dihantar kepada Kami yang diperlukan oleh Syarat ini mesti bertulis
atau bercetak.
25. Makna
Sijil ini dan Jadual hendaklah dibaca bersama sebagai satu kontrak dan mana-mana perkataan atau
pernyataan yang mempunyai makna tertentu pada mana-mana bahagian Sijil ini atau Jadual hendaklah
membawa makna yang sama di mana-mana ia digunakan.
26. Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan
Jika Kami mendapati atau mempunyai sebab untuk mengesyaki Sijil ini dieksploitasi untuk kegiatan
pengubahan wang haram, untuk membiayai aktiviti keganasan atau jika arahan / permintaan Anda
menjurus kepada perbuatan yang melanggar sebarang sekatan / undang-undang, Kami berhak untuk
menolak arahan / permintaan Anda atau menamatkan Sijil ini dengan serta-merta. Kami kemudiannya
boleh menguruskan semua sumbangan yang dibayar dan semua manfaat / jumlah perlu dibayar
berkenaan dengan Sijil ini dengan apa jua cara tetapi tidak terhad kepada menyerahkannya kepada pihak
berkuasa yang berkaitan.
27. Kebenaran untuk Mendedahkan Maklumat Peribadi
(a) Anda memberi kebenaran yang tidak boleh ditarik balik dan mengesahkan bahawa Kami boleh
menggunakan, mendedahkan, memindahkan atau bertukar segala maklumat peribadi yang
diberikan kepada Kami untuk tujuan skim Takaful ini:
15
§ kepada mana-mana syarikat atau ejen Kumpulan HSBC;
§ kepada mana-mana pihak ketiga untuk memudahkan perjalanan perniagaan Kami atau operasi
prosedur dalaman Kami;
§ kepada Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkenaan;
§ kepada mana-mana pihak ketiga dalam industri insurans atau Takaful untuk penyenggaraan
pangkalan data;
§ analisis statistik, anti penipuan, pengesahan tuntutan atau hal-ehwal operasi;
§ untuk mencegah atau memudahkan penyiasatan aktiviti jenayah atau untuk mengesan penipuan;
dan
§ untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
(b) Anda hendaklah memastikan Kami diberi maklumat terkini tentang sebarang Maklumat Peribadi
secepat yang munasabah. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian langsung
atau tidak langsung disebabkan oleh Maklumat Peribadi yang tidak tepat dan tidak lengkap.
Fasal dan Waranti yang membentuk sebahagian daripada Sijil:-
Waranti Sumbangan
Adalah penting dan menjadi syarat khas mutlak Sijil ini bahawa Sumbangan yang perlu dibayar mesti dibayar
dan diterima oleh Pengendali Takaful dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan Sijil/
Pengendorsan/ Pembaharuan Sijil ini.
Jika syarat ini tidak dipatuhi maka Sijil ini akan dibatalkan secara automatik dan Pengendali Takaful berhak
menyimpan Sumbangan secara pro rata bagi tempoh mereka menanggung risiko.
Di mana Sumbangan perlu dibayar menurut waranti ini diterima oleh ejen Pengendali Takaful yang sah,
bayaran tersebut hendaklah dianggap sebagai diterima oleh Pengendali Takaful bagi tujuan waranti ini dan
tanggungjawab membuktikan bahawa Sumbangan perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen
Takaful, yang tidak diberi kuasa untuk menerima Sumbangan tersebut, terletak pada Pengendali Takaful.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
Fasal Penjelasan Kerosakan Harta Benda
Kerosakan harta yang dilindungi di bawah Sijil ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan.
16
Kerosakan fizikal kepada bahan harta benda adalah tidak termasuk kerosakan kepada data atau perisian,
khususnya sebarang perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer disebabkan oleh
pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal.
Seterusnya perkara berikut dikecualikan daripada Sijil ini:-
A) Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, khususnya sebarang perubahan yang merosakkan
data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan
struktur asal, dan sebarang kerugian disebabkan gangguan perniagaan akibat daripada kehilangan atau
kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan
data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan atau harta
benda, adalah dilindungi; dan
B) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau
kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan
perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.
Fasal Pengecualian Risiko Radioaktif / Tenaga Nuklear
Takaful ini tidak melindungi kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan dalam bentuk apa sekalipun yang
secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau akibat daripada atau berkaitan dengan mana-mana
kejadian berikut tanpa mengira sebarang punca atau kejadian lain atau sebarang turutan lain yang secara
serentak menyumbang kepada kerugian:
(a) radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau daripada apa-apa
bahan buangan nuklear atau daripada pembakaran atau bahan api nuklear;
(b) kesan radioaktif, toksik, bahan letupan atau bahaya lain atau pencemaran mana-mana loji nuklear, reaktor
atau pemasangan nuklear lain atau komponen nuklear; atau
(c) apa-apa senjata peperangan yang menggunakan pembelahan atom atau nuklear atau tindak balas atau
kuasa atau bahan radioaktif lain sepertinya.
FASAL PEMEGANG GADAI JANJI (PEMEGANG CAGARAN)
Kerugian, jika ada, yang perlu dibayar kepada Pemegang Gadai Janji yang dinyatakan dalam Jadual, apabila
kepentingannya timbul dalam Takaful ini, hanya setakat melibatkan kepentingan Pemegang Gadai Janji
(Pemegang Cagaran) di dalamnya, tidak akan terbatal oleh sebarang tindakan atau kecuaian Penggadai Janji
(Pencagar) atau Pemilik harta benda yang dihuraikan di dalam ini atau oleh sebarang perampasan hartanah atau
17
prosiding lain atau notis jualan berkaitan dengan harta benda tersebut atau oleh penggunaan premis untuk
tujuan lebih berbahaya daripada yang dibenarkan oleh Sijil ini, atau akibat hartanah tidak dihuni, atau oleh
sebarang peningkatan risiko lain ke atas harta benda yang dilindungi di bawah ini, dengan syarat bahawa
sekiranya Penggadai Janji (Pencagar) atau Pemilik gagal membayar sumbangan di bawah Sijil ini, Pemegang
Gadai Janji (Pemegang Cagaran) hendaklah membayarnya apabila diminta. Dengan syarat selanjutnya bahawa
Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) hendaklah memberitahu Kami sekiranya hartanah tidak dihuni atau
mengenai sebarang pertukaran pemilikan atau penghunian atau peningkatan tahap bahaya yang diketahui oleh
Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) dan melainkan dibenarkan oleh Sijil ini hendaklah diambil kira dan
Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) hendaklah apabila diminta membayar Sumbangan untuk sebarang
peningkatan bahaya sedemikian bagi tempohnya, jika tidak Sijil ini dianggap batal dan tidak sah. Dengan ini
dipersetujui selanjutnya bahawa apabila Kami akan membayar kepada Pemegang Gadai Janji sebarang jumlah
bagi kerugian atau kerosakan di bawah Sijil ini dan mendakwa kepada Penggadai Janji (Pencagar) atau Pemilik
bahawa liabiliti tidak wujud, Kami akan mendapat semua hak subrogasi Pemegang Gadai Janji (Pemegang
Cagaran) setakat bayaran sedemikian tetapi tidak sehingga menjejaskan hak Pemegang Gadai Janji (Pemegang
Cagaran) tersebut untuk memperoleh semula jumlah penuh sebarang tuntutan yang mungkin ada olehnya
terhadap Penggadai Janji (Pencagar) atau Pemilik atau mana-mana pihak lain yang dilindungi atau daripada
mana-mana sekuriti atau dana yang boleh didapati.
FASAL TIADA PEMBATALAN
Dan adalah dipersetujui selanjutnya bahawa pembatalan Sijil ini tidak boleh dilakukan oleh Anda kecuali selepas
memberi notis secara bertulis kepada Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) empat belas (14) hari
terlebih dahulu ke alamat terakhir Pemegang Gadai Janji (Pemegang Cagaran) yang diketahui.
FASAL PENENTUAN TARIKH
Dengan itu diperakui dan dipersetujui bahawa dengan ini Sijil dipinda sebagaimana berikut:
A) Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian atau kerosakan termasuk kerugian akibat
kehilangan penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal atau sebarang kerugian yang secara
langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, merangkumi, atau timbul daripada, kegagalan atau
kehilangan upaya mana-mana komputer, peralatan pemprosesan data, mikrocip media, sistem operasi,
mikropemproses (cip komputer), litar bersepadu atau alat yang serupa, atau sebarang perisian komputer,
sama ada milik Anda atau tidak, dan sama ada berlaku sebelum, semasa atau selepas tahun 2000 akibat
daripada kegagalan atau kehilangan upaya peralatan tersebut dan/atau perisian seperti yang dinyatakan
di atas untuk:
18
1) menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar yang sebenar;
2) merakam, menyimpan atau mengekalkan, dan/atau memanipulasi, mentafsir atau memproses
dengan betul sebarang data atau maklumat atau perintah atau arahan akibat menganggap
sebarang tarikh lain sebagai tarikh kalendar sebenar; dan/atau
3) merakam, menyimpan, mengekalkan atau memproses dengan betul sebarang data akibat daripada
operasi sebarang perintah yang telah diprogramkan ke dalam mana-mana perisian komputer, iaitu
perintah yang menyebabkan kehilangan data atau kehilangan upaya untuk merakam, menyimpan,
mengekalkan atau memproses data tersebut dengan betul pada atau selepas sebarang tarikh.
B) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk pembaikan atau
pengubahsuaian mana-mana bahagian mana-mana sistem pemprosesan data elektronik atau mana-mana
bahagian mana-mana peralatan dan/atau perisian seperti yang disenaraikan dalam bahagian A di atas.
C) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kehilangan
penggunaan dengan atau tanpa kerosakan fizikal atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung
atau tidak langsung berpunca daripada sebarang nasihat, perundingan, rekaan, penilaian, pemeriksaan,
pemasangan, penyenggaraan, pembaikan atau penyeliaan yang dilakukan oleh Anda atau untuk Anda
atau oleh atau untuk orang lain bagi menentukan, memperbetulkan atau menguji, sebarang potensi atau
kegagalan sebenar, kerosakan atau kekurangan yang dinyatakan dalam bahagian A di atas.
D) Dengan ini difahamkan selanjutnya bahawa Kami tidak akan membayar untuk sebarang kerugian turutan
akibat daripada sebarang kehilangan upaya berterusan komputer dan peralatan yang dinyatakan dalam
bahagian A di atas untuk menentukan dengan betul sebarang tarikh sebagai tarikh kalendar sebenar
selepas kerugian atau kerosakan harta telah diganti atau dibaiki.
Kerugian atau kerosakan sedemikian atau sebarang kerugian turutan yang dirujuk dalam bahagian A, B, C atau
D di atas, dikecualikan tanpa mengira sebarang sebab lain atau dalam sebarang turutan lain yang secara
serentak menyumbang kepadanya.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
19
Waranti / Fasal / Pengendorsan – Diguna Pakai Hanya Jika Dinyatakan Secara Khusus Dalam Jadual
KEROSAKAN AKIBAT PESAWAT
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
dipersetujui dan diperakui bahawa Takaful di bawah Sijil ini, tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung
selepas ini, dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan (disebabkan oleh kebakaran atau selainnya)
kepada harta benda yang Dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh pesawat dan peralatan udara lain
dan/atau barang yang terjatuh daripadanya.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Sijil adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah
dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan adalah
dianggap sebagai kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran.
SYARAT KHAS
1) Liabiliti Kami dalam apa jua keadaan di bawah Pengendorsan dan Sijil ini adalah tidak melebihi jumlah
yang dilindungi untuk setiap item dalam Sijil.
2) Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana
pesawat yang mendapat kebenaran untuk mendarat daripada Anda.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
GEMPA BUMI DAN LETUPAN GUNUNG BERAPI
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
Kami bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat No. 6 Sijil, Takaful ini
dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika
tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada gempa bumi dan letupan gunung berapi.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat tersebut
diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh
kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan
oleh sebarang bahaya yang mana liputan Takaful ini dilanjutkan menurut Pengendorsan ini. Tertakluk selainnya
kepada terma dan syarat Sijil ini.
20
RIBUT, ANGIN KENCANG
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
Kami bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat No. 6 Sijil, Takaful ini
dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika
tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada Hurikan, Siklon, Taufan dan Ribut Angin, tertakluk
kepada Fasal Lebihan berikut dan Syarat Khas yang dilampirkan bersama-sama ini.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Sijil adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat tersebut
diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh
kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan
oleh sebarang bahaya yang dilindungi menerusi lanjutan Takaful menurut Pengendorsan ini. Tertakluk
selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
Fasal Lebihan
Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa berhubung dengan kerugian atau kerosakan kepada mana-mana
harta benda yang dengan ini dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang berkuat
kuasa di bawah Fasal ini, liabiliti Kami adalah terhad kepada bahagian bersekadar jumlah yang mana kerugian
atau kerosakan tersebut melebihi sama ada:
a) 1% daripada jumlah yang dilindungi daripada bahaya sedemikian ke atas harta benda tersebut oleh Sijil
atas nama Anda; atau
b) RM200
yang mana lebih rendah, seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang syarat purata.
Dengan ini dipersetujui selanjutnya bahawa Fasal ini berkuat kuasa secara berasingan ke atas:-
i) setiap harta benda, yang mana semua harta benda yang dilindungi di alamat yang sama akan dianggap
sebagai satu harta benda; dan
ii) setiap Kejadian yang menimbulkan kerugian atau kerosakan dan untuk tujuan ini sesuatu Kejadian tidak
akan dianggap tamat sehingga bebas daripada bahaya berkenaan selama tujuh (7) hari berturut-turut dan
Fasal ini akan berkuat kuasa semula hanya selepas tempoh itu.
21
SYARAT KHAS
1. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh air atau
hujan, sama ada dibawa oleh angin atau tidak, melainkan bangunan yang dilindungi atau menempatkan
harta benda yang dilindungi terlebih dahulu mengalami kerosakan sebenar kepada bumbung atau dinding
disebabkan kuasa langsung yang sama daripada Hurikan, Siklon, Taufan dan Ribut Angin dan
kemudiannya akan bertanggungjawab hanya untuk kerosakan dalaman bangunan atau harta benda yang
dilindungi di dalamnya yang disebabkan oleh air atau hujan memasuki bangunan menerusi lubang pada
bumbung atau dinding yang disebabkan secara langsung oleh kuasa bencana tersebut.
2. Pengendorsan ini tidak melanjutkan Takaful di bawah Sijil ini untuk meliputi:-
a) Sebarang jenis Kerugian turutan
b) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh hujan batu sama ada dibawa angin atau tidak;
c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh tanah jerlus atau tanah runtuh kecuali apabila ia
disebabkan oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi, dengan syarat bahaya ini dilindungi oleh
Sijil ini;
d) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan kecuali seperti yang dinyatakan dalam Syarat
8(h) Sijil; atau
e) Kerugian atas sebab mana-mana ordinan atau undang-undang yang mengawal pembinaan atau
pembaikan bangunan.
3. Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini terhadap kerugian atau kerosakan, yang mana
pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana
adanya lanjutan ini, dilindungi oleh sebarang Sijil lain yang sedia ada kecuali berhubung dengan sebarang
lebihan yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Sijil tersebut seandainya Takaful ini
belum berkuat kuasa.
4. Melainkan dilindungi secara khusus dan berasingan, pengendorsan ini tidak melindungi:-
a) Cerobong asap logam, sengkuap, bidai, papan tanda atau lekapan luar lain dalam apa jua rupa
bentuk; dan
b) Premis dalam pembinaan, pembinaan semula atau pembaikan melainkan semua pintu luar, tingkap
dan bukaan lain telah siap dan dilindungi daripada hurikan, siklon, taufan dan ribut angin apabila
bahaya tersebut dilindungi oleh Sijil ini.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
22
BANJIR
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
Kami bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat No. 6 Sijil, Takaful ini
dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika
tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada Banjir (termasuk limpahan air laut) tertakluk kepada
Fasal Lebihan berikut dan Syarat Khas yang dilampirkan bersama-sama ini.
Perhatian: Banjir, untuk tujuan lanjutan ini, hendaklah bermakna limpahan atau lencongan daripada aliran biasa
laluan air semula jadi atau buatan, kepecahan atau limpahan paip air awam dan sebarang pengaliran air lain
atau pengumpulan air yang berasal dari luar bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang
dilindungi, tetapi tidak termasuk kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh tanah jerlus atau tanah runtuh.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat tersebut
diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan di sini kepada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh
kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan
oleh sebarang bahaya yang dilindungi menerusi lanjutan Takaful menurut Pengendorsan ini.
Fasal Lebihan
Dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa berhubung dengan kerugian atau kerosakan kepada mana-mana
harta yang dengan ini dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang berkuat kuasa di
bawah Fasal ini, liabiliti Kami adalah terhad kepada bahagian bersekadar jumlah dalam mana kerugian atau
kerosakan tersebut melebihi sama ada:
(a) 1% daripada jumlah yang dilindungi daripada bahaya sedemikian ke atas harta tersebut oleh Sijil
dalam nama Anda; atau
(b) RM2,500 pertama daripada setiap satu kerugian
yang mana lebih rendah, seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang syarat purata.
Dengan ini dipersetujui selanjutnya bahawa Fasal ini berkuat kuasa secara berasingan ke atas:-
i) setiap harta benda, yang mana semua harta benda yang dilindungi di alamat yang sama akan dianggap
sebagai satu harta benda; dan
23
ii) setiap Kejadian yang menimbulkan kerugian atau kerosakan dan untuk tujuan ini sesuatu Kejadian
tidak akan dianggap tamat sehingga bebas daripada bahaya berkenaan selama tujuh (7) hari berturut-
turut dan Fasal ini akan berkuat kuasa semula hanya selepas tempoh itu.
SYARAT KHAS
1. Pengendorsan ini tidak melanjutkan Takaful di bawah Sijil ini untuk meliputi:-
(a) Sebarang jenis Kerugian turutan
(b) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh hujan batu sama ada dibawa angin atau tidak;
(c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh tanah jerlus atau tanah runtuh kecuali apabila ia disebabkan
oleh gempa bumi atau letupan gunung berapi, dengan syarat bahaya ini dilindungi oleh Sijil ini;
(d) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan kecuali seperti yang dinyatakan dalam Syarat 8(h)
Sijil; atau
(e) Kerugian atas sebab mana-mana ordinan atau undang-undang yang mengawal pembinaan atau
pembaikan bangunan.
2. Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini terhadap kerugian atau kerosakan, yang mana
pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana
adanya lanjutan ini, dilindungi oleh sebarang Sijil atau Sijil-Sijil lain yang sedia ada kecuali berhubung
dengan sebarang lebihan yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Sijil tersebut
seandainya Takaful ini belum berkuat kuasa.
3. Melainkan dilindungi secara khusus dan berasingan, pengendorsan ini tidak melindungi cerobong asap
logam, sengkuap, bidai, papan tanda atau lekapan luar lain dalam sebarang rupa bentuk.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
LETUPAN (BUKAN PERINDUSTRIAN. TANPA DANDANG)
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
dipersetujui dan diperakui bahawa Takaful di bawah Sijil ini, tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung di
dalamnya, dilanjutkan untuk meliputi:-
Kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi akibat kebakaran atau jika tidak disebabkan
secara langsung oleh letupan, tetapi dikecualikan kerugian atau kerosakan kepada dandang, alat penjimatan,
24
atau bekas, mesin atau perkakas lain yang menggunakan tekanan atau kandungannya akibat daripada
letupannya.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil (melainkan Syarat No. 8 (h) diubah secara khusus)
adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian
atau kerosakan disebabkan oleh letupan adalah dianggap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran dalam erti
kata Sijil ini.
SYARAT KHAS
1. Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini, terhadap kerugian atau kerosakan yang
disebabkan oleh atau menerusi atau akibat, secara langsung atau tidak langsung, oleh sebarang tindakan
keganasan yang dilakukan oleh orang yang bertindak bagi pihak atau ada hubungan dengan mana-mana
organisasi.
Untuk tujuan Syarat ini, “keganasan” bermakna penggunaan kekerasan untuk tujuan politik dan termasuk
sebarang penggunaan kekerasan untuk menakutkan orang ramai, atau mana-mana kumpulan orang.
Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding lain di mana Kami mendakwa bahawa kerana
peruntukan syarat ini, sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Takaful ini, beban untuk
membuktikan bahawa kerugian atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Anda.
2. Jika terdapat sebarang insurans atau Takaful kebakaran lain yang melindungi harta benda yang dilindungi
di bawah Sijil ini, Kami hanya bertanggungjawab secara pro rata dengan insurans atau Takaful
kebakaran lain terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan sama ada insurans
atau Takaful kebakaran lain tersebut dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan akibat letupan.
3. Kami tidak akan bertanggungjawab di bawah lanjutan ini terhadap kerugian atau kerosakan, yang mana
pada masa kejadian kerugian atau kerosakan tersebut dilindungi oleh atau akan dilindungi, tetapi kerana
adanya lanjutan ini, dilindungi oleh sebarang Sijil lain yang sedia ada kecuali berhubung dengan sebarang
lebihan yang melebihi jumlah sepatutnya dibayar di bawah setiap Sijil tersebut seandainya Takaful ini
belum berkuat kuasa.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Sijil ini adalah berkuat kuasa (melainkan Syarat
No. 8 (h) diubah secara khusus) dan bahawa sebarang rujukan kepada kerugian atau kerosakan
disebabkan oleh kebakaran adalah dianggap diguna pakai juga untuk kerugian atau kerosakan yang
25
secara langsung disebabkan oleh sebarang bahaya yang dilindungi menerusi lanjutan Takaful menurut
Pengendorsan ini.
KEROSAKAN AKIBAT REMPUHAN (TERMASUK KENDERAAN ANDA SENDIRI)
Sebagai pertimbangan bagi Sumbangan tambahan, Kami dengan ini bersetuju dan memperakui bahawa
Takaful di bawah Sijil ini dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang
dinyatakan dalam Jadual dan / atau kepada dinding, pintu pagar dan pagar keliling dan yang secara langsung
adalah akibat rempuhan oleh mana-mana kenderaan jalan raya dan binatang, termasuk mana-mana kenderaan
jalan raya dan binatang kepunyaan Anda atau di bawah kawalan Anda, atau mana-mana anggota keluarga
Anda, atau sesiapa yang berkhidmat dengan dan untuk Anda, dengan syarat RM250 pertama daripada setiap
satu tuntutan di bawah pengendorsan ini hendaklah ditanggung oleh Anda, seperti yang ditentukan selepas
pelaksanaan sebarang syarat purata.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua syarat Sijil adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah
dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan adalah
dianggap sebagai kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
TANGKI, PERALATAN ATAU PAIP AIR PECAH ATAU MELIMPAH
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
dipersetujui dan diperakui bahawa perlindungan di bawah Sijil ini akan dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau
kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang disebabkan oleh kepecahan atau limpahan tangki, peralatan
atau paip air yang dipasang di dalam atau di atas bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda
yang dilindungi, kecuali:-
a) kerugian atau kerosakan yang berlaku semasa premis tidak dihuni; atau
b) kerugian atau kerosakan disebabkan pengaliran air atau kebocoran daripada pemasangan perenjis
automatik; atau
c) RM1,000** pertama daripada setiap satu kerugian di setiap premis berasingan, seperti yang ditentukan
selepas pelaksanaan sebarang purata, atau bahagian bersekadar Kami bagi jumlah tersebut.
**Di mana jumlah dilindungi adalah kurang daripada RM50,000, jumlah lebihan mungkin dikurangkan kepada 1%
daripada jumlah dilindungi tertakluk kepada minimum RM100.
26
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus)
adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian
atau kerosakan seperti yang dinyatakan adalah dianggap sebagai kerugian atau kerosakan disebabkan oleh
kebakaran.
SYARAT KHAS
1. Liabiliti Kami dalam apa jua keadaan di bawah Pengendorsan dan Sijil ini adalah tidak melebihi jumlah
yang dilindungi untuk setiap item dalam Sijil.
2. Takaful ini tidak melindungi kehilangan pendapatan, kerugian disebabkan kelewatan, kehilangan pasaran
atau kerugian turutan lain atau kerugian tidak langsung atau apa jua jenis atau bentuk kerosakan kecuali
kehilangan sewa apabila kerugian sedemikian dimasukkan ke dalam perlindungan di bawah sijil.
3. Anda hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk menjaga dan mengekalkan premis
dalam keadaan yang baik, jika terdapat kerosakan di dalamnya maka kerosakan itu hendaklah diperbaiki
dengan secepat mungkin dan pada masa yang sama langkah tambahan hendaklah diambil untuk
mencegah kerugian atau kerosakan mengikut keadaan dan Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan yang tidak Anda perbaiki selepas
menerima notis kerosakan tersebut sama ada daripada Kami atau sesiapa atau mana-mana badan
awam.
KEROSAKAN AKIBAT RUSUHAN, MOGOK DAN PERBUATAN BERNIAT JAHAT (SELAIN HARTANAH
KEDIAMAN)
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
dipersetujui dan diperakui bahawa walau apa pun yang menyatakan sebaliknya dalam Sijil bertulis, Sijil ini
dilanjutkan untuk melindungi Kerosakan Akibat Rusuhan dan Mogok yang mana untuk tujuan Pengendorsan ini
hendaklah bermakna (tertakluk kepada Syarat Khas yang terkandung seterusnya):-
Kerugian atau kerosakan kepada harta yang dilindungi, yang secara langsung disebabkan oleh:-
1. Tindakan mana-mana orang yang mengambil bahagian bersama orang lain dalam sebarang kekacauan
yang mengganggu ketenteraman awam (sama ada mempunyai kaitan dengan mogok atau sekatan masuk
atau tidak) yang bukan merupakan kejadian yang dinyatakan dalam Syarat 6 Syarat Khas di bawah ini.
27
2. Tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk menamatkan atau cuba
menamatkan sebarang kekacauan atau untuk mengurangkan kesan daripada kekacauan sedemikian;
3. Tindakan disengajakan oleh mana-mana pekerja yang mogok atau disekat masuk yang dilakukan untuk
memperjuangkan mogok atau menentang sekatan masuk; atau
4. Tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mencegah atau untuk cuba
mencegah sebarang tindakan sedemikian atau mengurangkan kesan daripada tindakan sedemikian.
Dengan ini diperakui selanjutnya bahawa walau apa pun yang terkandung di dalam Sijil bertulis, perlindungan di
bawah Sijil ini dilanjutkan untuk meliputi Kerosakan Akibat Perbuatan Berniat Jahat dan untuk tujuan lanjutan ini
bermakna:-
Kehilangan atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh
perbuatan berniat jahat mana-mana orang (sama ada perbuatan tersebut dilakukan dalam kekacauan yang
mengganggu ketenteraman awam atau tidak) yang bukan perbuatan bertujuan atau dilakukan kerana kaitan
dengan kejadian yang dinyatakan Syarat Khas 6 Pengendorsan tetapi Kami tidak akan bertanggungjawab di
bawah lanjutan ini terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran atau letupan atau
sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada perbuatan merompak, memecah masuk rumah, mencuri
atau menyamun atau sebarang percubaan untuk melakukannya atau disebabkan oleh mana-mana orang yang
menyertainya.
SYARAT KHAS
Untuk tujuan Pengendorsan ini tetapi bukan untuk tujuan lain, Syarat bernombor di bawah dalam Sijil hendaklah
digantikan dengan yang berikut:-
Syarat 5
Takaful ini tidak melindungi:-
a) Kehilangan pendapatan, kerugian disebabkan kelewatan, kehilangan pasaran atau kerugian turutan lain
atau kerugian tidak langsung atau sebarang jenis atau bentuk kerosakan.
b) Kerugian atau kerosakan akibat pemberhentian seluruh atau sebahagian kerja atau perencatan atau
gangguan atau pemberhentian sebarang proses atau operasi;
c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pengambilalihan kekal atau sementara akibat rampasan,
penyitaan atau tuntutan oleh mana-mana pihak berkuasa yang sah; atau
28
d) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pengambilalihan kekal atau sementara mana-mana bangunan
akibat daripada pendudukan bangunan secara haram oleh mana-mana orang.
DENGAN SYARAT biar apa pun Kami tidak dilepaskan di bawah (c) atau (d) di atas daripada sebarang liabiliti
kepada Anda terhadap kerosakan fizikal kepada harta benda yang dilindungi yang berlaku sebelum
pengambilalihan atau semasa pengambilalihan sementara.
Syarat 6
Takaful ini tidak melindungi sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat,
secara langsung atau tidak langsung, mana-mana kejadian berikut, khususnya:
(a) Peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti peperangan (sama ada
peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara;
(b) Dahagi, kekacauan awam yang meningkat ke tahap atau menjadi kebangkitan rakyat, pemberontakan
tentera, kebangkitan, pemberontakan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa; atau
(c) Sebarang tindakan keganasan
Untuk tujuan ini tindakan keganasan bermakna tindakan yang termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan
kekerasan atau keganasan dan/atau ancamannya, oleh mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada
bertindak sendirian atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang
dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi
mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.
Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding di mana Kami mendakwa bahawa kerana peruntukan syarat ini,
sebarang kerugian atau kerosakan tidak dilindungi oleh Takaful ini, beban untuk membuktikan bahawa kerugian
atau kerosakan sedemikian adalah dilindungi terletak pada Anda.
Syarat 8
Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Sijil, Takaful ini tidak melindungi:
a) Barangan yang dipegang atas amanah atau berasaskan komisen;
b) Jongkong emas atau permata berharga belum berikat;
c) Sebarang barang aneh atau hasil kerja seni bagi jumlah melebihi RM500;
d) Manuskrip, pelan, lukisan, atau rekaan, corak, model atau acuan;
e) Sebarang jenis sekuriti, tanggungan atau dokumen, setem, duit syiling atau wang kertas, cek, buku akaun
atau buku perniagaan yang lain, atau rekod sistem komputer;
29
f) Batu arang, daripada kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh pembakaran spontannya;
g) Bahan letupan;
h) Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada letupan;
tetapi kerugian atau kerosakan disebabkan oleh letupan dandang domestik dan gas yang digunakan untuk
pencahayaan atau tujuan domestik dalam bangunan yang tidak mempunyai bekalan gas dan tidak
membentuk sebahagian daripada mana-mana kerja gas, akan dianggap kerugian atau kerosakan akibat
kebakaran dalam erti kata Sijil ini; atau
i) Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada
pembakaran hutan, belukar, lalang, prairie, pampas atau rimba, sama ada tidak disengajakan atau
sebaliknya, dan pemugaran tanah secara pembakaran.
Syarat 11
Takaful ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa oleh Kami dengan memberi notis yang membawa maksud
tersebut kepada Anda, dalam kes ini Kami bertanggungjawab untuk membayar balik bahagian bersekadar
Sumbangan bagi tempoh belum luput dari tarikh pembatalan. Jika Takaful ditamatkan atas permintaan Anda,
Kami akan menyimpan Sumbangan dikira menurut pada kadar jangka pendek bagi tempoh Takaful telah
berkuat kuasa.
Syarat 20
Jika nilai harta benda yang dilindungi pada masa berlaku kebakaran atau pada permulaan sebarang
kemusnahan atau kerosakan harta benda tersebut yang disebabkan oleh sebarang bahaya lain yang dilindungi
oleh Pengendorsan ini secara kolektif adalah lebih tinggi daripada jumlah yang dilindungi, maka Anda hendaklah
menanggung sendiri perbezaannya dan hendaklah menanggung bahagian bersekadar kerugian yang
sewajarnya. Setiap item dalam Sijil, jika lebih daripada satu, adalah tertakluk secara berasingan kepada Syarat
ini.
DENGAN SYARAT bahawa dengan ini dipersetujui dan diperakui secara khusus selanjutnya bahawa:-
1. Semua syarat Sijil ini akan berkuat kuasa dalam segala aspek Takaful yang diberikan di bawah lanjutan
ini melainkan syarat tersebut diubah secara khusus oleh Syarat Khas di atas dan sebarang rujukan
kepada kebakaran dalam Syarat Sijil hendaklah dianggap sebagai meliputi bahaya lain yang dilindungi;
dan
2. Syarat Khas di dalam ini akan berkuat kuasa hanya bagi Takaful yang diberikan di bawah lanjutan ini dan
Syarat Sijil akan berkuat kuasa dalam semua aspek Takaful yang diberikan oleh Sijil seolah-olah
Pengendorsan ini tidak dibuat kepadanya.
30
BELUKAR/ LALANG
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
Kami bersetuju bahawa walau apa pun yang dinyatakan sebaliknya dalam Syarat No. 6 Sijil, Takaful ini
dilanjutkan untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang secara langsung disebabkan oleh kebakaran atau jika
tidak, disebabkan oleh atau menerusi atau akibat daripada kebakaran belukar/lalang (dengan syarat bahawa
dalam tempoh Sijil ini, segala usaha yang sewajarnya telah dibuat untuk memastikan kawasan Anda tidak
ditumbuhi lalang dan belukar).
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
KEROSAKAN AKIBAT POKOK TUMBANG ATAU DAHAN DAN OBJEK JATUH
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
Kami bersetuju bahawa Takaful ini dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda
yang dinyatakan dalam Jadual dan/atau kepada tembok, pintu pagar dan pagar keliling dan yang berkaitan
dengannya yang secara langsung adalah akibat daripada kerosakan disebabkan oleh pokok tumbang atau
dahan dan objek jatuh daripadanya, dengan syarat RM250 pertama daripada setiap satu tuntutan di bawah
pengendorsan ini hendaklah ditanggung oleh Anda seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang
syarat purata.
Dengan syarat bahawa semua Syarat Sijil adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat dimasukkan di dalam ini, dan
untuk tujuan ini, sebarang kerugian atau kerosakan seperti yang dinyatakan hendaklah dianggap kerugian atau
kerosakan disebabkan oleh kebakaran.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
TANAH JERLUS DAN TANAH RUNTUH
i) Perlindungan Standard
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan tambahan yang dibuat oleh Anda kepada Kami, dengan ini
Kami bersetuju bahawa Takaful ini dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda
yang dinyatakan dalam Jadual disebabkan oleh tanah jerlus dan/atau timbunan tanah di tapak bangunan atau
tanah kepunyaannya, atau tanah runtuh, kecuali:-
31
a) Kerugian atau kerosakan kepada kolam renang, teres, laman dalam, laluan masuk ke rumah, lorong jalan
kaki, tembok, pintu pagar atau pagar melainkan bangunan, binaan luarnya atau garaj dirosakkan oleh
punca yang sama dan pada masa yang sama;
b) Kerugian atau kerosakan kepada atau akibat daripada pergerakan bidur lantai konkrit melainkan asas di
bawah dinding luar bangunan dirosakkan oleh punca yang sama dan pada masa yang sama; atau
c) Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh, menerusi, atau akibat daripada:
· Hakisan pantai atau sungai;
· Perobohan, pengubahan struktur atau pembaikan struktur;
· Kecacatan reka bentuk atau asas binaan tidak kukuh; atau
d) Bagi setiap satu kerugian, 5% daripada Jumlah Dilindungi atau RM25,000, yang mana lebih rendah,
seperti yang ditentukan selepas pelaksanaan sebarang syarat purata.
Dengan syarat bahawa jumlah liabiliti Kami tidak melebihi Jumlah Dilindungi bagi setiap item harta benda
ditolak jumlah dikecualikan di bawah (d) di atas.
Dengan syarat dalam segala hal bahawa semua Syarat Sijil (melainkan Syarat tersebut diubah secara khusus)
adalah berkuat kuasa seolah-olah syarat telah dimasukkan di dalam ini dan untuk tujuan ini sebarang kerugian
atau kerosakan seperti yang dinyatakan hendaklah dianggap kerugian atau kerosakan oleh sebab kebakaran.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
FASAL B PENYIMPANAN SEJUK
Walaupun apa yang dinyatakan sebaliknya di dalam ini, Sijil ini melindungi kerugian atau kerosakan disebabkan
oleh perubahan suhu akibat daripada kemusnahan keseluruhan atau sebahagian atau kerosakan loji penyejukan
disebabkan oleh kebakaran atau bahaya lain yang dilindungi.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
32
YURAN ARKITEK, JURUUKUR, DAN JURUTERA PERUNDING (A)
(Tanpa jumlah perlindungan berasingan)
Takaful ke atas bangunan, kilang dan mesin yang dengan ini dilindungi termasuk yuran Arkitek, Juruukur Bahan
dan Jurutera Perunding untuk anggaran, pelan, spesifikasi, kuantiti, tender dan penyeliaan yang perlu
ditanggung untuk pemulihan harta benda yang dilindungi selepas kemusnahan atau kerosakan disebabkan oleh
kebakaran atau bahaya lain yang dilindungi, tetapi bukan yuran untuk menyediakan sebarang tuntutan di bawah
ini. Jumlah yang boleh dibayar untuk yuran sedemikian adalah tidak melebihi yuran yang dibenarkan di bawah
jadual yuran Persatuan profesion masing-masing yang berkuat kuasa pada masa kemusnahan atau kerosakan,
tertakluk kepada liabiliti maksimum Kami bagi sebarang kerugian, kerosakan dan yuran tidak melebihi jumlah
yang dilindungi bagi setiap item.
FASAL PEMBUANGAN SERPIHAN (Tanpa Jumlah Perlindungan Berasingan)
Perlindungan Takaful dengan ini termasuk kos dan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh Anda dengan
kebenaran Kami bagi:-
a) membuang serpihan
b) menanggalkan dan/atau merobohkan
c) memperkukuh atau memperkuat
bahagian harta benda yang dilindungi bagi item di atas yang dinyatakan dalam Sijil ini yang musnah atau rosak
akibat kebakaran atau sebarang bahaya lain yang dilindungi. (Perkara (b) dan (c) di atas dianggap sebagai
terbatal sekiranya bangunan atau mesin tidak dilindungi).
Jumlah yang boleh dibayar bagi kos dan perbelanjaan sedemikian adalah tidak melebihi 10% daripada Jumlah
Dilindungi bagi setiap item atau secara agregat Dua Juta Ringgit Malaysia (RM2,000,000) bagi mana-mana satu
kerugian, yang mana lebih rendah.
Kami tidak akan membayar sebarang kos atau perbelanjaan:
i) yang ditanggung untuk membuang serpihan kecuali dari tapak harta benda yang musnah atau rosak dan
kawasan betul-betul di sebelah tapak; atau
ii) yang timbul daripada pencemaran atau kontaminasi harta benda yang tidak dilindungi oleh Sijil ini.
Dengan syarat dalam segala hal liabiliti maksimum Kami tidak melebihi jumlah dinyatakan dalam Jadual bagi
itemyang dilindungi.
33
FASAL BANGUNAN LUAR
Takaful untuk setiap item di bawah bangunan difahamkan adalah termasuk tembok, pintu pagar dan pagar,
bangunan luar yang kecil, sambungan, tambahan, tangga luar, kelengkapan bahan api, rangka besi atau keluli
dan tangki di premis tersebut dan Takaful untuk setiap item di bawah Kandungan dilanjutkan untuk meliputi
kandungan setiap bangunan luar.
PEMULIHAN SEBAGAI MEMATUHI KEPERLUAN PIHAK BERKUASA AWAM
Dengan Sijil ini, Takaful dilanjutkan untuk meliputi kos tambahan untuk memulihkan harta benda yang musnah
atau rosak yang dilindungi seperti yang mungkin ditanggung semata-mata disebabkan keperluan untuk
mematuhi peraturan bangunan atau peraturan lain yang ditetapkan atau dirangka menurut sebarang Akta
Kerajaan atau Undang-Undang Kecil mana-mana Majlis Perbandaran dan Pihak Berkuasa Tempatan, dengan
syarat bahawa:
1) Jumlah yang boleh didapati di bawah lanjutan ini tidak termasuk:
a) kos yang ditanggung bagi mematuhi sebarang Peraturan atau Undang-Undang Kecil tersebut di
atas:-
i) bagi kemusnahan atau kerosakan yang berlaku sebelum lanjutan ini diberikan;
ii) bagi kemusnahan atau kerosakan yang tidak dilindungi oleh Sijil ini;
iii) di mana notis telah diberikan kepada Anda sebelum berlaku kemusnahan atau kerosakan;
atau
iv) bagi harta benda yang tidak rosak atau bahagian harta benda yang tidak rosak.
b) kos tambahan yang diperlukan untuk membetulkan harta benda yang rosak atau musnah kepada
keadaan yang sama seperti baru sekiranya tidak timbul keperluan untuk mematuhi sebarang
Peraturan atau Undang-Undang Kecil; atau
c) jumlah sebarang kadar, cukai, duti, pembangunan atau caj lain atau taksiran yang timbul daripada susut
nilai modal yang boleh dibayar bagi harta benda atau oleh pemilik atas sebab pematuhan kepada
mana-mana Peraturan dan Undang-Undang Kecil tersebut.
2) Kerja pemulihan mesti dimulakan dan dijalankan dengan secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan
mesti disiapkan dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas kemusnahan atau dalam sebarang tempoh
lanjutan yang mungkin dibenarkan secara bertulis oleh Kami (dalam dua belas (12) bulan tersebut) dan
boleh dijalankan secara keseluruhan atau sebahagian di satu lagi tapak (jika diperlukan di bawah
34
Peraturan atau Undang-Undang Kecil tersebut) tertakluk kepada liabiliti Kami di bawah lanjutan ini tidak
ditambah.
3) Jika liabiliti Kami di bawah (mana-mana item) Sijil selain daripada lanjutan ini dikurangkan oleh
pelaksanaan mana-mana terma dan syarat Sijil, maka liabiliti Kami di bawah lanjutan ini (bagi mana-mana
item tersebut) hendaklah dikurangkan secara bersekadar.
4) Jumlah yang boleh didapati semula di bawah mana-mana item Sijil hendaklah tidak melebihi jumlah yang
dilindungi; atau
5) Semua syarat Sijil melainkan yang diubah secara khusus berkuat kuasa seolah-olah syarat tersebut telah
dimasukkan di dalam ini.
FASAL NILAI PEMULIHAN (TIDAK BERKUAT KUASA KE ATAS STOK)
Sekiranya harta benda yang dilindungi di bawah Sijil ini musnah atau rosak, jumlah yang boleh dibayar di bawah
Sijil hendaklah dikira berasaskan kos penggantian atau pemulihan di tapak harta yang sama dengan bentuk atau
jenis yang sama tetapi tidak lebih atau lebih besar daripada harta benda yang dilindungi semasa baru, tertakluk
kepada Peruntukan Khas berikut dan tertakluk juga kepada terma dan syarat Sijil melainkan syarat tersebut
diubah.
PERUNTUKAN KHAS
1. Kerja penggantian atau pemulihan (yang boleh dilakukan di tapak lain dan dengan sebarang cara yang
sesuai dengan kehendak Anda dengan syarat liabiliti Kami tidak ditambah) mesti dimulakan dan
dijalankan dengan secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan mesti disiapkan dalam tempoh 12 bulan
selepas kemusnahan atau kerosakan, atau dalam sebarang tempoh lanjutan yang mungkin dibenarkan
secara bertulis oleh Kami (dalam 12 bulan tersebut), jika tidak, sebarang bayaran melebihi jumlah yang
perlu dibayar di bawah Sijil ini jika memorandum ini tidak dimasukkan ke dalamnya, tidak akan dibuat.
2. Sehingga perbelanjaan telah ditanggung oleh Anda untuk menggantikan atau memulihkan harta benda
yang musnah atau rosak, Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran melebihi jumlah
yang perlu dibayar di bawah Sijil ini jika memorandum ini tidak dimasukkan ke dalamnya.
3. Jika pada masa penggantian atau pemulihan, jumlah kos yang mungkin ditanggung untuk penggantian
atau pemulihan sekiranya seluruh harta benda yang dilindungi musnah adalah melebihi jumlah yang
dilindungi pada masa berlaku kebakaran atau pada permulaan sebarang kemusnahan atau kerosakan
harta benda tersebut yang disebabkan oleh sebarang bahaya lain yang dilindungi di bawah Sijil ini, maka
35
Anda hendaklah menanggung sendiri jumlah lebihan dan hendaklah menanggung bahagian bersekadar
kerugian yang sewajarnya. Setiap item dalam Sijil (jika lebih daripada satu) yang diliputi oleh
memorandum ini hendaklah tertakluk secara berasingan kepada peruntukan di atas.
4. Sijil ini tidak akan berkuat kuasa atau berkesan jika:
a) Anda gagal memaklumkan kepada Kami dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kemusnahan
atau kerosakan, atau sebarang tempoh lanjutan yang mungkin dibenarkan secara bertulis oleh
Kami, mengenai hasrat untuk menggantikan atau memulihkan harta benda yang musnah atau
rosak.
b) Anda tidak mampu atau tidak sanggup menggantikan atau memulihkan harta benda yang musnah
atau rosak di tapak asal atau tapak lain.
5. Tiada apa-apa bayaran yang melebihi jumlah yang perlu dibayar di bawah Sijil ini jika memorandum ini
tidak dimasukkan ke dalamnya akan dibuat sekiranya pada masa kemusnahan atau kerosakan kepada
mana-mana harta benda yang dilindungi, harta benda tersebut dilindungi oleh sebarang insurans atau
Takaful lain yang diambil oleh atau bagi pihak Anda, yang tidak mempunyai syarat pemasangan semula
serupa yang terkandung di dalam ini.
SEWA
Perlindungan Sewa ini berkuat kuasa hanya jika (mana-mana) bangunan atau mana-mana bahagian tidak boleh
didiami akibat kebakaran atau sebarang bahaya lain yang dilindungi dan jumlah yang perlu dibayar tidak melebihi
perkadaran jumlah yang dilindungi bagi Sewa selama tempoh yang diperlukan untuk pemulihan berasaskan
terma Sewa yang dilindungi.
WARANTI PENYIMPANAN PETROL
Dalam tempoh Sijil ini, jaminan diberikan bahawa petrol disimpan mengikut Peraturan Kerajaan.
WARANTI SEKATAN PENYEMBURAN CAT / PENYEMBURAN SERBUK
Dalam tempoh Sijil ini, jaminan diberikan bahawa tiada penyemburan cat/penyemburan serbuk atau sebarang
proses berkaitan akan dilakukan di dalam atau di premis yang dinyatakan di dalam ini.
36
WARANTI PROSES PERCETAKAN
Dalam tempoh Sijil ini, jaminan diberikan bahawa, tiada percetakan atau sebarang proses berkaitan dijalankan di
dalam atau di premis yang dinyatakan di dalam ini.
FASAL PERALATAN ELEKTRIK (B)
Kerugian atau kerosakan akibat kebakaran kepada perkakas dan peralatan elektrik yang dilindungi oleh Sijil ini
yang timbul daripada atau disebabkan oleh aliran berlebihan, tekanan berlebihan, litar pintas, arka, pemanasan
sendiri atau kebocoran elektrik, walau apa pun sebabnya (termasuk petir) adalah dilindungi tertakluk kepada
terma dan syarat Sijil ini, tetapi adalah difahami bahawa tidak terdapat liabiliti di bawah Sijil ini bagi kerugian atau
kerosakan kepada mana-mana mesin, perkakas, kelengkapan atau lekapan elektrik, atau kepada mana-mana
bahagian peralatan elektrik, melainkan disebabkan oleh kebakaran atau petir.
Tertakluk selainnya kepada terma dan syarat Sijil ini.
Recommended