View
227
Download
3
Category
Preview:
Citation preview
SIKAP GURU SEKOLAH MENENGAH DAERAH PEKAN PAHANG TERHADAP PUSAT
SUMBER SEKOLAH
Oleh
NORIZAN BINTI ISMAIL
Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains
Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Julai 1997
PERAKUAN
Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil karya penyelidik sendiri dan tiada
bahagian di dalam tesis ini telah dikemukakan bagi menyokong permohonan untuk
rnendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di Universiti ini atau di mana-mana institusi
pengajian tinggi yang lain.
PENGHARGAAN
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Prof. Madya Dr. Muhamed Awang kerana dengan penuh kesabaran dan ketekunan memberikan bimbingan, nasihat serta saranan sepanjang usaha saya menyiapkan tesis ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak di lapan buah sekolah menengah di daerah Pekan Pahang atas kerjasama yang telah diberikan. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih dan ingatan tulus ikhlas kepada semua pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program kembar ini khususnya pensyarah UNIMAS dan IAB serta kakitangannya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB.Dato' Timbalan Menteri Besar Pahang, YB. Dato' Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, YB. Dato' Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, YB. Dato' Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, YB. Dato' Pengurus Besar Ammah Saham Pahang, Setiausaha Politik Y.A.B. Menteri Besar Pahang dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pekan Pahang atas segala sokongan yang telah diberikan dan sesungguhnya ianya tidak akan dipersia-siakan,
Limpahan kasih sayang yang tidak terhingga buat abah, emak, abang dan adik-adik yang sentiasa memacu dan mendoakan kebahagian saya. Ingatan tulus ikhlas untuk Endak Kederi dan Elong Bidin serta semua anggota keluarga di Ubai yang turut mendoakan kesejahteraan dan kejayaan saya. Bwat Teng, Mona dan Maya, pengorbanan, ketabahan dan kesabaran kalian tetap tersemat di jiwa dan abadi di sanubari.
Tidak dilupai Bobo, Bobby, Botheg, Nona, Nickho, Dayang, Jamalin dan Orange yang sentiasa menghibur dan mengajar saya erti kesabaran dalam mengharungi hitam putih,suka duka, dan pahit maung kehidupan anugerah Tuhan ini dengan penuh keredhaan dan kesyukuran.
Untuk Lorrett, Phillip, Peter, Hashim, Sapian, Abdullah, Rosman,dan teman seperjuangan lainnya, terima kasih jua dihulurkan. Pertolongan, pengertian, kejujuran dan keikhlasan yang kalian berikan arnat dihargai.
Istimewa buat 'Peng. M' tersayang, terima kasih atas segalanya, sesungguhnya ketentuan Allah S.W ini sesuatu yang indah dan manis untuk dikenang selamanya. Percayalah bahawa takdir dan waktu penentu segalanya.
Universiti Malaysia Sarawak Julai 1997
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan pengetahuan dan sikap guru terhadap peranan dan aktiviti PSS mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas guru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan di antara penguasaan pengetahuan guru terhadap peranan PSS dengan sikap guru terhadap aktiviti yang dianjurkannya. Subjek kajian terdiri daripada 217 orang guru sekolah menengah di lapan buah sekolah dalam daerah Pekan Pahang. Pemilihan subjek kajian dilakukan secara persampelan rawak. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah sejumlah soalan dalam bentuk soalselidik yang berkaitan dengan pengetahuan dan sikap guru terhadap peranan dan aktiviti PSS. Data kajian dianalisis secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan kaedah statistik Ujian T, ANOVA sehala dan korelasi Pearson. Keputusan kajian menunjukkan faktor jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas guru tidak memperlihatkan perbezaan yang signifikan terhadap peranan dan aktiviti PSS. Dapatan kajian juga mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan di antara pengetahuan guru terhadap peranan PSS dengan sikap guru terhadap aktiviti PSS. Keputusan kajian mencadangkan faktor pengetahuan merupakan penentu utama kepada sikap guru terhadap aktiviti PSS. Kesimpulannya, penguasaan pengetahuan terhadap PSS merupakan faktor yang penting dalam menentukan sikap guru terhadap aktiviti yang dianjurkan. Manakala faktor jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas guru bukanlah faktor utama yang membezakan pengetahuan dan sikap guru terhadap peranan PSS dan aktiviti yang dianjurkannya. Oleh sebab itu, kajian lanjutan harus diteruskan untuk meneliti dengan lebih terperinci faktor pengetahuan dalam menentukan sikap guru terhadap sesuatu perkara yang lain pula. Irnplikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.
ABSTRACT
The main objective of this study was to observe diflerences in knowledge and attitude of teachers towards the roles and activities of the School Resource Centre based on their gender, age, teaching experience and professional qualifications. It was also undertaken to identiJjl the relationship between teacher's knowledge of the roles of the Centre and attitude of teachers towards activities run by it. The subjects of the study were 217 teachers from eight secondary schools in the district of Pekan, Pahang. They were randomly picked and were asked to fill in a questionnaire which were primarily concerned with knowledge and attitude of teachers towards the roles and activities of the Centre. The data was analysed quantitatively using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). T-tests, one way Analysis of Variance (ANOVA) and Pearson Correlation were employed. The findings of the study revealed that there were no significant diflerence between gender, age, teaching experience and professional qualifications and the roles and activities of the School Resource Centre. However, there was a significant relationship between teachers' attitude towards the roles of the Centre and teachers' attitude towards the Centre's activities. The results suggested that knowledge was the major deciding factor that directed teachers' attitude towards the activities of the Centre. It may be concluded that teachers' knowledge about the Centre was also a major factor influencing their attitude towards the activities run by it. It was also indicated that gender, age, teaching experience and professional qualifications were not prime factors diflerentiating between knowledge and attitude of teachers towards the roles of the Centre and activities run by it. Further research need to be carried to investigate knowledge factor which could decide attitude of teachers towards other things which interest them. The implications and recommendations of the study were also discussed.
KANDUNGAN
PERAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
BAB 1
1 .1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
PENDAHULUAN
Pengenalan
Permasalahan Kajian
Persoalan Kajian
Kepentingan Kajian
Objektif Kajian
Skop Kajian
Lokasi Kajian
Definisi Operasional
1.8.1 Konsep Sikap
vi
xii
xiv
1.8.2 Para Guru
1.8.3 Peranan
1.8.4 Pusat Sumber Sekolah
BAB 2 SOROTAN KARYA LEPAS
2.1 Pengenalan
2.2 Komponen Sikap
2.3 Perolehan Sikap
2.4 Peranan Sikap Dalam Membentuk
Minat Guru
Pengetahuan Terhadap PSS Sebagai Pusat Ilmu Untuk
Asas Pembangunan Sumber Manusia
Pengmh Pengetahuan Dalam
Perkembangan Teknologi Maklumat
Dan Pemupukan Budaya Ilmu
Terhadap Kreativiti Guru
Konsep Asas PSS
Matlamat PSS
Objektif PSS
Peranan Dan Fungsi PSS
Aktiviti PSS
2.12 Kewibawaan Dan Keberkesanan PSS
2.13 Hipotesis Kajian
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Reka Bentuk Kajian
Alat Penyelidikan
3.3.1 Soal Selidik Bahagian Satu
3.3.2 Soal Selidik Bahagian Dua
Lokasi Kajian
Populasi
Pemilihan Sampel Kajian
Prosedur Kaj ian
Prosedur Menganalisis Data
BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Bahagian 1 Analisis Faktor Demografi Guru
4.2.1 Jantina
4.2.2 Umur
4.2.3 Pengalaman Mengajar
4.2.4 Kelayakan lkhtisas
4.2.5 Umur Guru Mengikut Jantina
4.2.6 Pengalaman Mengajar Guru Mengikut Jantina
4.2.7 Kelayakan Ikhtisas Guru Mengikut Jantina
4.3 Analisis Min Pengetahuan Guru Terhadap PSS
Mengikut Demografi
4.3.1 Min Pengetahuan Mengikut Jantina
4.3.2 Min Pengetahuan Mengikut Umur
4.3.3 Min Pengetahuan Mengikut Pengalaman Mengajar
4.3.4 Min Pengetahuan Mengikut Kelayakan Ikhtisas
4.4 Analisis Min Aktiviti Mengikut Demografi
4.4.1 Min Aktiviti Mengikut Jantina
4.4.2 Min Aktiviti Mengikut Umur
4.4.3 Min Aktiviti Mengikut Pengalaman Mengajar
4.4.4 Min Aktiviti Mengikut Kelayakan Ikhtisas
4.5 Bahagian II Pengujian dan Keputusan Hipotesis
4.5.1 Hipotesis Satu
4.5.2 Hipotesis Dua
4.5.3 Hipotesis Tiga
BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan
5.2 Faktor Demografi Tidak Membezakan
Pengetahuan Guru Terhadap PSS
5.2.1 Perbezaan Pengetahuan Guru Terhadap PSS
Mengikut Jantina
5.2.2 Perbezaan Pengetahuan Guru Terhadap PS S
Mengikut Umur
5.2.3 Perbezaan Pengetahuan Guru Terhadap PSS
Mengikut Pengalaman Mengajar
5.2.4 Perbezaan Pengetahuan Guru Terhadap PSS
Mengikut Kelayakan Ikhtisas
5.2.5 Perbezaan Sikap Guru Terhadap Aktiviti PSS
Mengikut Jantina
5.2.6 Perbezaan Sikap Guru Terhadap Aktiviti PSS
Mengikut Umur
5.2.7 Perbezaan Sikap Guru Terhadap Aktiviti PSS
Mengikut Pengalarnan Mengajar
5.2.8 Perbezaan Sikap Guru Terhadap PSS Aktiviti
Mengikut Kelayakan Ikhtisas
5.2.9 Pengetahuan Mempunyai Hubungan Dengan Sikap
5.3 Implikasi Kajian
5.3.1 Amalan Falsafah Yang Baik
5.3.2 Pengurusan PSS Yang Efektif
5.3.3 Perancangan PSS
5.3.4 Pembangunan Sumber Manusia
5.3.5 Kemudahan Perkakasan dan Isian
5.3.6 Mempertingkatkan Kemudahan Fizikal
5.3.7 Mempertingkatkan Kualiti Perkhidmatan
dan Penyelenggaraaan
5.3.8 Sistem Penggunaan
5.3.9 Suasana dan Iklim PSS
5.4 Cadangan Kajian
5.5 Rumusan
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Halaman
S kala Likert Untuk Pengukuran Data
Kebolehpercayaan Soalan Pembolehubah Pengetahuan Guru
Kebolehpercayaan Soalan Pembolehubah Sikap Guru
Bilangan Subjek Kajian Mengikut Sekolah
Jantina Guru
Umur Guru
Pengalaman Mengajar Guru
Kelayakan Ikhtisas Guru
Umur Guru Mengikut Jantina
Pengalaman Mengajar Guru Mengikut Jantina
Kelayakan Ikhtisas Guru Mengikut Jantina
Min Pengetahuan Mengikut Jantina
Min Pengetahuan Mengikut Umur
Min Pengetahuan Mengikut Pengalaman Mengajar
Min Pengetahuan Mengikut Kelayakan Ikhtisas
Min Aktiviti Mengikut Jantina
Min Aktiviti Mengikut Umur
Min Aktiviti Mengikut Pengalaman Mengajar
Min Aktiviti Mengikut Kelayakan Ikhtisas
Hasil Ujian T Untuk Pengetahuan Guru Terhadap PSS
Mengikut Jantina
Hasil ANOVA Sehala Untuk Pengetahuan Guru Terhadap PSS
Mengikut Umur
Hasil ANOVA Sehala Untuk Pengetahuan Guru Terhadap PSS
Mengikut Pengalaman Mengajar
Hasil Ujian T Untuk Pengetahuan Guru Terhadap PSS
Mengikut Kelayakan Ikhtisas
Hasil Ujian T Sikap Guru terhadap Aktiviti PSS
Mengikut Jantina
Hasil ANOVA Sehala Untuk Sikap Guru Terhadap Aktiviti PSS
Mengikut Umur
Hasil ANOVA Sehala Untuk Sikap Guru Terhadap Aktiviti PSS
Mengikut Pengalaman Mengajar
Hasil Ujian T Untuk Sikap Guru terhadap Aktiviti PSS
Hasil Korelasi Pearson Untuk Pembolehubah Pengetahuan
Dengan Pembolehubah Aktiviti
UNIMAS
SM
PSS
PSPN
DK
JKD
MKD
k
%
Universiti Malaysia Sarawak
Sekolah Menengah
Pusat Sumber Sekolah
Pusat Sumber Pendidikan Negeri
Darjah Kebebasan
Jumlah Kuasa Dua
Min Kuasa Dua
Aras Keertian
Peratus
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem Pendidikan Negara telah berkembang dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini.
Pendidikan merupakan satu bidang yang memainkan peranan yang penting selaras
dengan perkembangan pesat dalam sektor pembangunan negara. Pendidikan juga dapat
menyediakan penggunaan sumber manusia yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran
terutama dalam persiapan negara dalam menuju kepada sebuah negara industri menjelang
tahun 2020.
Menurut Abbas (1989), konsep PSS telah wujud sejak tahun 1970 an sebagai
infrastruktur penting bagi menyokong amalan teknologi pendidikan di sekolah-sekolah
untuk meningkatkan mutu pendidikan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Negara. Pada ketika ini kurikulum moden juga telah mengalihkan penegasan kepada
proses pembelajaran yang berasaskan sumber (Resource-based learning), memandangkan
pelajar adalah berbeza dalam cara, masa serta kadar pembelajaran mereka.
1.2 Permasalahan Kajian
Kini, PSS telah diterima oleh para pendidik sebagai satu institusi kekal yang dapat
membantu sekolah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pelaj ar. Namun dernikian,
masih ramai di antara guru dan pelajar yang kurang mengetahui dan memahami tentang
konsep, struktur, peranan dan fungsi sesebuah pusat sumber. Matlamat penubuhan dan
pengurusan PSS hendaklah meliputi objektif yang memberi penekanan kepada konsep
pembelajaran daripada yang mudah kepada yang kompleks. Justru itu, hayat dan
kesuburan intelek memerlukan penggabungan secara konsisten dan secara sedar proses
pengajaran dan pembelajaran serta peluang untuk murid belajar dengan berkesan tentang
bagaimana hendak membuat pertimbangan nilai dan berfikiran positif, imaginatif, cekap
dan berkesan serta berani menghadapi cabaran.
PSS diwujudkan untuk memenuhi keperluan di atas, dan untuk memaksimumkan
pendedahan maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak boleh lagi dianggap
sebagai punca pengetahuan yang tunggal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah, tetapi lebih berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Sebagai fasilitator,
tanggungjawab utama guru ialah menyampaikan pengajaran yang boleh memberi
kesempatan kepada murid untuk menggunakan keupayaannya secara optimum. Manakala
peranan murid pula hams berubah daripada penglibatan yang pasif kepada penglibatan
dan perlakuan yang aktif. Keperluan pendidikan melalui bahan sumber untuk meluaskan
pembelajaran selain buku-buku teks dan pengajaran di bilik darjah telah lama dianggap
sebagai penting untuk pembelajaran yang berkesan. (Davies, 1979).
Kepentingan PSS pada zaman ini adalah sejajar dengan perkembangan pengajaran
dan pembelajaran. Bahan dan media menjadi semakin kompleks. Penggunaan pelbagai
jenis media dalam teknologi pendidikan semakin berkembang dan menjadikan aktiviti
pembelajaran berbentuk individu atau dalam kumpulan kecil. Media bercetak dan bukan
bercetak telah digabungkan dengan pelbagai jenis media pengajaran. Sumber pengajaran
sekarang tidak lagi semata-mata bergantung kepada sumber manusia tetapi juga kepada
sumber bukan manusia seperti bahan bercetak, bahan audiovisual, bahan tidak ditayang
dan bahan yang ditayang. Oleh sebab itu, PSS sangat penting dan perlu diwujudkan dan
dimanfaatkan walau dalam keadaan apa sekali pun selaras dengan perkembangan zaman,
ledakan ilmu, teknologi maklumat dan objektif yang dicitakan. (Ahmad, 1991). PSS juga
boleh dianggap sebagai makmal untuk membantu pembelajaran yang berkesan dan
pengajaran melalui pendekatan pelbagai media.
Boleh dikatakan semua sekolah rendah dan menengah telah mengambil tindakan
untuk menubuhkan pusat sumber mengikut kadar kemampuan dan keupayaan masing-
masing. Walaupun terdapat sekolah yang tidak mempunyai ruang khas untuk pusat
sumber, tetapi sekolah-sekolah telah memanfaatkan mana-mana ruang yang ada untuk
dij adikan bilik atau sudut sumber.
Selaras dengan matlamat untuk mengintegrasikan sumber dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, pihak Kementerian Pendidikan dan agensi-agensinya telah
dan sedang melaksanakan program-program yang bertujuan untuk menggalakkan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber dan menerapkan budaya membaca serta
budaya ilmu di kalangan komuniti sekolah melalui pusat sumber. Nyata sekali peranan
PSS amat penting untuk mencapai tujuan tersebut. Malangnya keadaan dan keberkesanan
fungsi PSS masih menjadi persoalan dan tertakluk kepada perbincangan dan kajian.
Perkembangan pengetahuan dari semasa ke semasa, bergerak tanpa henti-
hentinya dan wujud dalam berbagai-bagai bentuk, sama ada dalam bentuk bercetak atau
bukan bercetak yang semuanya dipanggil 'sumber'. Pengetahuan dan maklumat ini boleh
disampaikan kepada kita melalui beberapa deria, iaitu deria pendengaran, penglihatan,
sentuhan, pembauan dan perasaan. Adalah didapati jika sesuatu maklumat itu disalurkan
melalui lebih banyak deria kita, maka maklumat itu akan mudah diingati dan difahami.
Dengan yang demikian adalah perlu bagi guru dan pelajar mengetahuai tentang
peranannya serta memanfaatkannya kerana ia mengandungi berjenis-jenis sumber
pelajaran untuk menyalurkan pelbagai pengetahuan dan maklumat melalui deria bagi
membantu dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan
baik.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia membelanjakan berjuta-juta ringgit
dalam pembinaan PSS dan pembekalan bahan sumber untuk kegunaan sekolah. Usaha ini
semata-mata untuk menyediakan kemudahan bagi memupuk minat membaca dan
penghayatan ilmu serta menerapkan budaya ilmu di kalangan generasi rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun tahap penggunaannya masih diragukan baik di kalangan guru mahu
pun pelajar itu sendiri. Penyelidik beranggapan adalah penting untuk mengetahuai sikap
guru dalam menyedari kewujudan dan fungsi serta kepentingan pusat sumber sebagai
penyebar maklumat bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dalam era
kecanggihan perkembangan teknologi maklumat serta era globalisasi yang sedang
melanda dunia hari ini.
Oleh sebab itu, kajian ini akan mengenalpasti perbezaan pengetahuan dan sikap
guru terhadap PSS mengikut pembolehubah jantina, umur, pengalaman mengajar dan
kelayakan ikhtisas, di samping mengenalpasti hubungan antara pengetahuan guru dengan
aktiviti PSS.
1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan yang berkaitan dengan
anggapan umum yang mengatakan pengetahuan dan sikap guru terhadap PSS dan
aktivitinya adalah berbeza mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelayakan
ikhtisas. Guru lelaki dianggap lebih berpengetahuan dan bersikap positif berbanding guru
perempuan terhadap PSS dan aktiviti yang dianjurkannya. Begitu juga dengan anggapan
yang mengatakan guru yang berumur tua lebih berpengetahuan dan bersikap positif
daripada guru berumur muda. Guru yang lama mengajar dianggap lebih berpengetahuan
dan bersikap positif daripada guru yang masih baru dalam bidang pengajaran. Di samping
itu, guru yang berkelulusan ijazah dianggap lebih berpengetahuan dan bersikap positif
berbanding dengan guru yang tidak berijazah. Persoalan kajian juga ingin mengetahuai
sama ada pengetahuan guru yang luas terhadap PSS mempunyai hubungan dengan sikap
mereka terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PSS. Adakah guru yang mempunyai
pengetahuan yang baik terhadap PSS akan bersikap positif terhadap aktivitinya atau
sebaliknya.
1.4 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini ialah untuk mengetahuai sejauhmanakah sikap guru sekolah menengah di
daerah Pekan Pahang secara khususnya dan sikap guru Malaysia secara umumnya
terhadap peranan PSS. Daripada hasil kajian juga akan diketahui keberkesanan dan
sejauhmanakah sumbangan yang diberikan oleh PSS dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini juga dapat mengubah sikap para guru agar lebih memahami dan
menghayati dengan lebih baik fungsi, kewujudan dan kepentingan PSS bukan sahaja
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahkan dalam memupuk budaya ilmu di
kalangan masyarakat Malaysia. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan tindakan
susulan seperti mengadakan strategi-strategi menggalakkan penggunaan PSS,
mengadakan kursus di peringkat dalaman dan memberikan motivasi kepada mereka
terhadap kepentingan PSS.
Kajian ini juga penting untuk pihak pengurusan sekolah mengemaskinikan
kekuranganlkelemahan dalam mempertingkatkan kualiti PSS dengan cara mewajibkan
setiap guru sekurang-kurangnya menggunakan PSS sekali dalam seminggu. Aktiviti
pengajaran yang berasasaskan sumber seperti pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris mestilah sekurang-kurangnya dilakukan di PSS sekali seminggu. Begitu juga
dengan mata pelajaran lain seperti geografi, sejarah dan sebagainya.
Pentadbiran dan pengurusan PSS hendaklah disusun kembali dan peruntukan
membeli bahan sumber ditambah agar mempunyai koleksi yang terkini. Pengetua, Ketua
Bidang/ Ketua Panitia Mata Pelajaran hendaklah menunjukkan minat yang mendalam
terhadap PSS kerana tingkah laku mereka akan dicontohi oleh guru dan pelajar lain.
Seterusnya kajian ini juga penting untuk para pengkaji yang akan datang yang
berminat dengan bidang PSS untuk mendalami Lagi topik ini iaitu berkaitan dengan sikap
sebagai salah satu cabang dalam tingkah laku manusia dan seterusnya membuka jalan
untuk mereka menerokainya dengan lebih luas lagi.
1.5 Objektif Kajian
Setiap kajian mempunyai objektif untuk dicapai dan antara objektif kajian ini ialah
seperti berikut:-
1. Untuk mengenalpasti perbezaan pengetahuan guru terhadap PSS mengikut
jantina, urnur, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas.
2. Untuk mengenalpasti perbezaan sikap guru terhadap aktiviti PSS mengikut
jantina, umur, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas.
3. Untuk mengenalpasti hubungan di antara pengetahuan guru terhadap PSS
dengan sikap guru terhadap aktiviti PSS.
1.6 Skop Kajian
Skop kajian ini merangkumi kajian ke atas reaksi para gum yang dapat diperhatikan
dengan menganalisis reaksi mereka terhadap soal selidik yang mencerminkan sikap
mereka ke atas peranan PSS. Soal selidik merangkumi pengetahuan mereka terhadap PSS
dan sikap mereka terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PSS yang semuanya saling
berhubungan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.7 Lokasi Kajian
Lokasi yang dipilih untuk kajian ini ialah di lapan buah sekolah menengah di daerah
Pekan Pahang yang terdiri daripada SM Ahmad, SM LKTP Cini, SM Dato' Mahmud
Mat, SM Nenasi, SM Paloh Hinai, Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, SM Cini Timur dan
SM Tengku Abdullah.
1.8 Definisi Operasional
Definisi operasional yang digunakan dalam hipotesis adalah ditakrifkan seperti berikut:-
1.8.1 Konsep Sikap
Aiken (1980), mengatakan istilah sikap tidak pernah didefinisikan secara terperinci dan
mempunyai makna yang berbeza di antara setiap pengkaji. Kiesler, Collin dan Miller
(1969), telah menunjukkan ahli psikologi telah cuba memberi takrifan konsep dan konsep
teori kepada sikap. Kebanyakan pengkaji dalam bidang ini bersetuju istilah sikap boleh
diterangkan sebagai satu kecenderungan terpelajar untuk bertindak balas mengikut satu
keadaan yang menggalakkan dan tidak menggalakkan terhadap sesuatu objek yang diberi.
Sarnoff (1960), menakrifkan sikap sebagai satu pembawaan untuk bertindak
secara yang menggalakkan dan tidak menggalakkan terhadap satu kelas objek. Thurstone
(1931), telah menghujah bahawa sikap adalah satu kecenderungan yang berkesan dan
bernilai. Menurut Chave (1928), sikap ialah perasaan yang kompleks, niat, ketakutan,
keyakinan, prasangka kecenderungan lain yang bersedia untuk bertindak akibat daripada
pengalaman yang berbeza. Satu penerangan yang langsung mengenai keadaan
kecenderungan telah diberikan oleh Krech dan Crutchfield (1948). Menurut mereka,
sikap ialah satu organisasi proses penahan bagi motivasi, emosi, persepsi dan kognitif
terhadap beberapa aspek dunia individu. Allport (1967), mendefinisikan sikap sebagai
satu keadaan minda yang neutral dan tersusun atur melalui pengalaman yang menegaskan
satu pengaruh ke atas individu terhadap gerakbalasnya kepada semua objek dan situasi
yang berkaitan dengannya.
Definisi operasional yang diterima dalam kajian ini ialah berdasarkan pendapat
Kiesler, Collin dan Miller (1969), yang menyatakan sikap boleh diterangkan sebagai satu
kecenderungan terpelajar untuk bertindak balas mengikut keadaan yang menggalakkan
dan tidak menggalakan terhadap sesuatu objek yang diberi.
1.8.2 Para Guru
Para guru hanya merujuk kepada kumpulan guru yang mengajar di lapan buah sekolah
menengah iaitu di SM Ahmad, SM LKTP Cini, SM Dato' Mahmud Mat, SM Nenasi, SM
Tengku Abdullah, SM Paloh Hinai, Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, dan SM Cini
Timur. Semua sekolah ini berada dalam daerah Pekan Pahang dan gurunya terlibat secara
langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu mengajar tingkatan satu
hingga enam atas.
1.8.3 Peranan
Biddle dan Thomas (1966), memberikan definisi peranan secara umum sebagai
serangkaian takrifan yang membatasi perilaku-perilaku yang diharapkan daripada
pemegang kedudukan tertentu. Pengharapan tidak hanya datang dari orang yang
berinteraksi dengan pelaku peranan tersebut melainkan juga datang dari pelaku peranan
itu sendiri. Pelaku peranan dan orang lain yang terlibat dengan peranan tersebut saling
berinteraksi antara satu dengan yang lainnya.
Peranan merupakan konsep yang normatif. Mengikut Ivey dan Robin, (1966),
mengatakan peranan adalah satu norma perilaku yang ditetapkan oleh orang-orang yang
berpengaruh untuk sesuatu kedudukan. Peranan adalah sesuatu yang abstrak dan
mengandungi gambaran yang sangat umum. Peranan akan menjadi lebih konkrit
bilamana dikaitkan dengan fungsi atau tugas.
Dalam kajian ini definisi operasional yang diterima ialah peranan bermaksud
serangkaian takrifan yang membatasi perilaku-perilaku yang diharapkan daripada
pemegang kedudukan tertentu seperti yang dikemukakan oleh Biddle dan Thomas
(1966). Pengharapan tidak hanya datang dari orang yang berinteraksi dengan pelaku
peranan tersebut melainkan juga datang dari pelaku peranan itu sendiri. PSS yang
berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan mestilah dapat menyalur dan
Recommended