View
251
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
TAHAP STRESS DI KALANGAN PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI
DI SEKITAR NEGERI JOHOR
NOR SYARDILA DIANA BINTI ABU HASHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TAHAP STRESS DI KALANGAN PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI
DI NEGERI JOHOR
NOR SYARDILA DIANA BINTI ABU HASHIM
Laporan Projek ini Dikemukan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
DEDIKASI
Jutaan terima kasih kepada Penyelia Pembimbing yang mendidik tanpa jemu dengan
penuh sabar
Dr. Amirmudin Bin Udin
Juga terima kasih buat suami yang tersayang atas segala sokongan, bantuan dan
galakan serta kesabaran yang diberikan selama menyiapkan penyelidikan ini.
Nurazaham Bin Md Rashid
Ingatan dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada anak yang menjadi inspirasi
dan kekuatan dalam diri
Muhammad Rayyan Al-Malik Bin Nurazaham
Harapan dan doa yang dicurahkan
Abu Hashim Bin Osman (Abah)
Sharifah binti Jusoh (Mak)
Serta seisi keluarga yang tercinta
Sokongan yang kuat
Rakan-rakan seperjuangan 4SPH yang sentiasa membantu
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengizinkan saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) saya ini dengan jayanya. Dengan ini
dapatlah saya menyempurnakan syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Dalam ruangan ini, saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia
saya Dr. Amirmudin Bin Udin yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
sepanjang proses penyiapan PSM ini. Beliau banyak memberikan ilmu kepada saya
dalam kerja-kerja penganalisaan dan penulisan yang amat berguna untuk kajian ini
dan juga untuk masa akan datang.
Ucapan penghargaan pada Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran di
Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Segamat 1 dan Penolong Pengarah
Kolej Komuniti Bandar Penawar dan pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti yang lain
kerana sudi membantu dan memberikan kerjasama kepada saya untuk mendapatkan
maklumbalas daripada kajian yang telah dijalankan.
Tidak lupa ucapan penghargaan buat suami tersayang yang sentiasa
menyokong dan membantu dengan penuh kesabaran selama menyiapkan PSM ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan PSM yang di bawah penyeliaan Dr.
Amirmudin yang turut membantu dalam menyempurnakan penyelidikan ini. Akhir
sekali rasa penghargaan turut dihulurkan kepada rakan-rakan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung. Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas jasa baik
kalian.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tekanan yang dihadapi dikalangan pensyarah-pensyarah di Kolej Komuniti di negeri Johor. Perkara ini dilihatmenjadi satu masalah yang agak besar kerana ia melibatkan prestasi kerja bagiseorang pensyarah seterusnya meninggalkan kesan yang kurang baik terhadappelajar. Stress merupakan gangguan emosi, pemikiran dan juga fizikal bagiseseorang. Kebiasaanya ia berpunca daripada keadaan persekitaraannya. Terdapatlima tahap stress yang di ukur dalam kajian ini iaitu Ketegangan, Kekecewaan,Kebimbangan, Somatisasi dan Kemurungan. Sebanyak 140 orang pensyarah sebagairesponden dalam kajian ini. Antara Kolej Komuniti yang terlibat adalah KolejKomuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Segamat 1 dan Kolej Komuniti BandarPenawar. Instrumen yang dijalankan dalam kajian ini adalah dengan pengedaranborang soal selidik di mana ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A(maklumat demografi) dan Bahagian B (item yang mengukur tahap stress). Borangsoal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data. Selain itu instrumenlain yang digunakan adalah kajian lapangan dan pencarian maklumat di perpustakaan(library research). Seterusnya data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakanperisian Statistical Package of the Social Sciences (SPSS) dan perisian AMOS iaituAnalysis Of Moment Structure. Analisis yang dibuat menggunakan persampelanbukan rawak dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu dalam kontekskekerapan dan peratusan. Penyelidikan ini menggunakan beberapa ujian sepertipengesahan faktor (Confirmatory factor analysis), Discriminant Validity dan lain lainterhadap pemboleh ubah pendam (latent variable) dan pemboleh ubah cerapan(observed variable). Perkara ini harus dipandang serius dan penyelesaian segeraharus diperolehi supaya tidak memberi kesan yang buruk terhadap pencapaianakademik pelajar di Kolej Komuniti di mana generasi ini merupakan tunggak kepadakemajuan Negara.
vi
ABSTRACT
This research seeks to identify stress among lectures in Kolej Komuniti inJohor. This is seen to be a big problem because it involves the performance of alecturer, then a bad impression on the students. Stress is an emotional, thought andphysical well for someone. Mainly it is because of the environmental conditions.There are five levels of stress at depth in the study of Tension, Frustration, Anxiety,Depression and Somatization. There are 140 lecturers, as respondents in this study.Among the community colleges involved is Kolej Komuniti Pasir Gudang, KolejKomuniti Segamat 1 and Kolej Komuniti Bandar Penawar. An instrument conductedin this study is the distribution of questionnaires in which they are divided into twoparts, Part A (demographic information) and Part B (items measure the level ofstress). Questionnaires were used in the process of data collection. In addition, otherinstrument used is field study and retrieval of information in the library (libraryresearch). Next the data obtained are analyzed by using Statistical Package of theSocial Sciences (SPSS) and the Amos software (Analysis of Moment Structure). Theanalysis uses non-random sampling using descriptive statistical methods in thecontext of the frequency and percentage. This research is using several tests, such asauthentication factors (Confirmatory Factor Analysis), Discriminant Validity, andother of the latent variables and the observed variables. That has to be taken seriouslyand immediate solution must be obtained so as not to adversely affect the academicof the Kolej Komuniti students where they are the central generation to the progressof the country.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan kajian 7
viii
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Definisi /Konsep 10
1.10 Kesimpulan 19
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20
2.2 Konsep Stress 21
2.3 Kesan Dan Kaedah Menangani Stress 22
2.4 Model-Model Tekanan (Stress) 23
2.4.1 Model Selye, Sindrom Adaptasi Am 23
2.4.2 Model Stress, Cooper 26
2.4.3 Model Prestasi Manusia dan Stress 27
2.4.4 Model Stress Atkinson 28
2.5 Teori-teori Tekanan
2.5.1 Teori Sigmund Freud, Tekanan dari Sudut
Psikodinamik 29
2.5.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow dan Teori
Dua Faktor Herzberg 29
2.6 Peranan Dan Tugas Pensyarah di Institut Pengajian
Tinggi 30
2.6 Peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 32
2.7 Kesimpulan 33
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Kerangka Konseptual Kajian 35
ix
3.4 Populasi Kajian 36
3.5 Sampel Kajian 37
3.6 Instrumen Kajian 38
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 39
3.8 Prosedur Pengumpulan Data 40
3.9 Kajian Rintis 40
3.10 Pencarian Maklumat di Perpustakaan 41
3.11 Penganalisisian Data 42
3.12 Kesimpulan 45
BAB IV ANALISA DATA DAN HASIL DAPATAN
4.1 Pengenalan 46
4.2 Bahagian A-Maklumat Demografi Responden 47
4.2.1 Jantina 47
4.2.2 Umur 48
4.2.3 Kaum 48
4.2.4 Mengajar dalam dan luar Pengkhususan 49
4.2.5 Pengalaman Mengajar 50
4.3 Bahagian B- Maklum Balas Responden 50
4.3.1 Analisis Pengesahan bagi Item Ketegangan 51
4.3.2 Analisis Pengesahan bagi Item Kekecewaan 53
4.3.3 Analisis Pengesahan bagi Item Kebimbangan 55
4.3.4 Analisis Pengesahan bagi Item Somatisasi 57
4.3.5 Analisis Pengesahan bagi Item Kemurungan 59
4.4 Discriminant Validity 62
4.5 Analisis Kesahan Tahap Stress di Kalangan Pensyarah
Kolej Komuniti di negeri Johor. 63
4.6 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 64
4.7 Kesimpulan 68
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Perbincangan 70
5.2.1 Latar Belakang Responden 71
5.2.2 Tahap Stress Responden 72
5.3 Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 74
5.4 Cadangan 76
5.4.1 Pentadbir Kolej komuniti 77
5.4.2 Pensyarah 77
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 78
5.6 Kesimpulan 79
RUJUKAN 80 - 83
LAMPIRAN 84 - 93
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
1.1 Kepentingan Kajian Terhadap Pihak Kolej Komuniti
dan Pensyarah 7
3.1 Menentukan Jumlah Sampel Daripada
Populasi 36
3.2 Pembahagian item-item dalam aspek stress 38
3.3 Skala Pengkadaran Tahap Stress 39
3.4 Skala penetuan tahap tekanan pensyarah 42
3.5 kod-kod pemboleh ubah dan item soalan kajian 43
4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut 47
Jantina
4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut 48
Umur
4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut 48
Kaum
4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden yang 49
mengajar dalam dan luar pengkhususan
4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut 50
Pengalaman Mengajar
4.6 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal 52
(Aras Pertama) Bagi Tahap Ketegangan
4.7 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal 54
xii
(Aras Pertama) Bagi Tahap Kekecewaan
4.8 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal 56
(Aras Pertama) Bagi Kebimbangan
4.9 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal 58
(Aras Pertama) Bagi Somatisasi
4.10 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal 60
(Aras Pertama) Bagi Kemurungan
4.11 Discriminant Validity Bagi Semua Persoalan 62
Kajian
4.12 Indeks Kesepadanan Model pengukuran Aras 65
kedua(Standardizad) Bagi Tahap Stress
di kalangan Pensyarah Kolej Komuniti di negeri Johor
4.13 Analisis Akhir Indeks Kesepadanan Model 66
pengukuran Aras Kedua Bagi Tahap Stress
di kalangan Pensyarah Kolej Komuniti di negeri Johor
4.14 Pemboleh ubah Pendam Yang mempunyai Nilai 67
Faktor Loading Tertinggi dan Terendah
5.1 Ringkasan Dapatan Persoalan Kajian 75
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Model menggambarkan sindrom adaptasi umum 25
2.2 Model Stress Cooper 26
2.3 Model Prestasi Manusia dan Stress 27
2.4 Model Stress Artkinson 28
3.1 Kerangka Konseptual Kajian 35
4.1 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi 51
Tahap Ketegangan
4.2 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) 52
Bagi Tahap Ketegangan
4.3 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi 53
Tahap Kekecewaan
4.4 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) 54
Bagi Tahap Kekecewaan
4.5 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi 55
Tahap Kebimbangan
4.6 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) 56
Bagi Tahap Kebimbangan
4.7 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi 57
Tahap Somatisasi
4.8 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) 58
Bagi Tahap Somatisasi
4.9 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi 59
Tahap Kemurungan
xiv
4.10 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) 60
Bagi Tahap Kemurungan
4.11 Model Pengukuran Aras Pertama Bagi Tahap 61
Stress di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti
di Negeri Johor
4.12 Model Discriminant Validity Bagi Tahap Stress 63
di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti di Negeri Johor
4.13 Model Pengukuran Aras Kedua (Unstandardized) Bagi 66
Tahap Stress di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti
Di Negeri Johor
4.14 Model Pengukuran Aras Kedua (standardized) Bagi 67
Tahap Stress di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti
di Negeri Johor.
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Borang Soal Selidik 84
B Surat Permohonan Kebenaran Untuk Kajian Rintis 88
C Surat Permohonan Kebenaran Mendapatkan Maklumat 89
D Surat Pengesahan Mendapatkan Maklumat I 90
E Surat Pengesahan Mendapatkan Maklumat II 91
F Discriminant Validity (Standardized) 92
G Discriminant Validity (Unstandardized) 93
xvi
SENARAI SINGKATAN
SPSSS - Statistical Packages of Social Sciences
AMOS - Analysis of Moment Structure
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PSM - Projek Sarjana Muda
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
RMSEA - Root Mean Square Error of approximation
CFI - Comparative Fit Index
NFI - Normed Fix Index
CFA - Confirmatory Factor Analysis
CR - Critical Ratio
X2 - Chi-Square
AFPMH - Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN
PNP - Pengajaran dan Pembelajaran
ML - Maximum Likelihood
WHO - World Health Organization
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Memilih kerjaya sebagai pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia dan
menguntungkan. Bidang tugasannya mudah dan tidak membebankan. Masyarakat
memandang tinggi kepada guru atau pendidik kerana ilmunya. Malah Islam ada
mengatakan seorang pendidik adalah orang yang paling beruntung di akhirat. Mereka
termasuk di dalam kalangan orang-orang soleh dan bertakwa serta mendapat pangkat
syurga yang tinggi. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu
Daud yang diterima daripada Ibnu Umar, katanya Nabi Muhammad menyatakan :
“Apabila mati anak Adam itu, maka tiada lagi yang bergunapadanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh kepadakedua ibu bapanya, sedekah dan ilmu yang dimanfaat”.
Tugas sebagai seorang pendidik adalah penting dalam membangunkan negara.
Seorang pendidik tidak harus berputus asa apatah lagi mengeluh dalam membimbing
jelas menunjukkan pendidikan tinggi adalah sebagai satu cara terpenting untuk
mencapai matlamat penyusunan semula struktur sosial dan ekonomi negara.
2
anak didiknya. Pendidik adalah manusia yang sebaik-baiknya digelar arkitek
manusia kerana mereka membentuk, mencorak dan mengubah tamadun manusia ke
arah yang lebih maju.
Pendidikan Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Di
dalam pernyataan Falsafah Pendidikan di atas jelas mengatakan pendidikan bertujuan
untuk melahirkan insan yang berguna pada masyarakat dan Negara. Ia bercorak
individu dan juga masyarakat di mana kedua-duanya mempunyai hubungan yang
kuat untuk memastikan matlamat diri dan negara tercapai.
Matlamat bagi kewujudan pengajian tinggi di Malaysia adalah untuk
menyediakan sumber tenaga manusia yang mahir dan berkelayakan serta bersesuaian
dengan keperluan dan tuntutan negara yang sudah merdeka dan sedang meningkat bangun
(Committee to Study, Review and Make Recommendations Concerning the Development
and Direction of Higher Education in Malaysia, 2006: CH 5.6). Banyak Institut Pengajian
Tinggi (IPT) ditubuhkan di Malaysia di mana kewujudannya menjadi pengaruh besar dalam
pembangunan masyarakat dan Negara.
IPT yang terdapat di negara Malaysia mempunyai banyak bidang pengkhususan
yang penting untuk pembangunan negara antaranya adalah bidang sains, teknologi,
pertanian, pengurusan, pendidikan, kejuruteraan dan lain-lain bidang. Ia boleh memenuhi
segala keperluan Negara untuk mencapai matlamatnya.
3
Selain daripada itu IPT dapat memenuhi tuntutan Negara dalam menyusun semula
struktur sosial dan ekonomi masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak seimbang.
IPT ditawarkan untuk semua bangsa dan golongan yang berkelayakan dan bersatu
padu untuk mencapai matlamat pendidikan tinggi negara yang utuh. Ia jelas
menunjukkan pendidikan tinggi adalah sebagai satu cara terpenting untuk mencapai
matlamat penyusunan semula struktur sosial dan ekonomi negara.
Kerajaan mensasarkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat pendidikan
tinggi untuk membolehkan Malaysia berdaya saing dalam era globalisasi ini. Pada
tahun 2010 sebanyak 1.6 juta tempat di IPT perlu disediakan untuk mencapai sasaran
40 peratus penduduk dalam tahap umur 17-23 tahun mendapat pendidikan tinggi
(Pelan Stategik Pembangunan Pendidikan Tinggi).
1.2 Latarbelakang Masalah
Dalam aspek kerja, fenomena yang berkaitan dengan stress atau tekanan
dianggap sebagai reaksi individu terhadap ciri-ciri persekitaran tempat kerja yang
membuatkan ketidakselesaan dan menggugat dirinya. Tekanan tidak semestinya
tidak baik, walaupun ia sering dikaitkan dengan fakta atau konteks yang negatif
malah tekanan yang positif yang bersesuaian dengan keadaan akan membuahkan
semangat yang lebih kuat di dalam pekerjaan ke tahap maksimum (Robbins, 2000).
Masalah peribadi diheret ke tempat kerja menjadi perkara biasa yang selalu
didengari. Dengan keadaan ini, ia boleh mempengaruhi mutu atau hasil kerja bagi
seseorang individu tersebut. Oleh itu, tugas yang diberikan tidak dapat dijalankan
dengan sempurna seperti yang diminta. Hubungan dengan komuniti lain atau dengan
4
rakan sejawat juga boleh menjadi dingin kerana kebiasaannya individu yang
mengalami tekanan lebih suka menyendiri dan tidak mahu diganggu.
Selain daripada isu tekanan kerja bagi seorang guru, kini isu tekanan bagi
seorang pensyarah IPT dan IPTS juga sering diperkatakan apabila dibebani dengan
bidang tugas yang diluar bidang atau pengkhususan. Kesibukan kerja, kekangan
masa, menghadiri perjumpaan dan pelbagai kursus di luar kampus adalah antara
tekanan lain yang dihadapi oleh pensyarah masa kini.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seseorang.
Mereka yang bekerja tidak terkecuali untuk mengalami masalah ini. Mok Soon
Sang, Pendidikan di Malaysia (1992:248) mengatakan tanggungjawab dan peranan
guru di Malaysia hari ini bukan sahaja banyak berbeza dari masa lalu, tetapi juga
lebih berat serta kompleks, ekoran perkembangan dan kemajuan pendidikan negara
yang pesat. Kenyataan ini tidak ada bezanya dengan kerjaya sebagai seorang
pensyarah yang juga sebagai pendidik yang perlu menyedari tugas dan amanah yang
diserahkan kepadanya bagi mendidik generasi. Mereka juga terlibat dalam
masyarakat sekeliling dan ini bermakna mereka juga tidak terlepas daripada
mempunyai masalah keluarga dan komuniti masing-masing.
Kesedaran dalam mengawal tekanan atau stress sangat penting untuk
mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Setiap masalah yang
datang perlu dikenalpasti lebih awal. Pihak pentadbir dan organisasi haruslah
mengaturkan program yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah dan
mencari punca stress bagi mengelakkan pensyarah-pensyarah meninggalkan
profesion yang amat mulia dan penting ini untuk memdidik anak bangsa dan
menyumbang kemajuan kepada negara.
Tekanan ini jika tidak diatasi dengan lebih awal, sesuatu perkara akan
menjadi lebih serius dan seseorang pensyarah tersebut tidak dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang dipikul. Rawatan atau khidmat
kaunseling
5
haruslah diberikan supaya masalah mereka tidak merebak dan menyebabkan
kemerosotan mutu pekerjaan. Ini kerana jika masalah ini berterusan, ia akan
memberi kesan kepada generasi dan juga terhadap perkembangan negara.
Dari tinjauan awal dapat dilihat bahawa terdapat pensyarah yang mengeluh
dan merungut dengan tugasan yang diberikan kepada mereka. Mereka telah
menghadapi pelbagai bentuk stress semasa menjalankan tugas demi untuk mencapai
sesuatu matlamat yang diharapkan oleh golongan atasan atau dalam institusi tersebut.
Tahap stress ini adalah berbeza bagi pensyarah yang mengajar di dalam bidang
pengkhususan dan bagi yang mengajar di luar bidang pengkhususan di Kolej
Komuniti tersebut. Kebiasaannya pensyarah yang mengajar kursus yang di luar
bidang pengkhususan atau kelulusan akademiknya mengalami lebih tinggi tahap
stress berbanding dengan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengkhususannya
di Kolej Komuniti.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dibuat adalah daripada perbincangan bersama-sama dengan Ketua
Jabatan Kemahiran dan Kejuruteraan di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Beliau
mendapati kebanyakkan pensyarah di Kolej Komuniti tersebut mengalami beberapa
bebanan kerja antaranya adalah berkaitan dengan pengajaran di luar bidang, tekanan
kerja, penyertaan kursus-kursus wajib di luar dan sebagainya yang boleh
menimbulkan stress terhadap pensyarah-pensyarah di Kolej Komuniti tersebut.
Beliau mengambil berat akan hal ini kerana ia akan memberikan kesan kepada
keberkesanan pensyarah dalam menjalankan tugas di samping dapat mengetahui
keadaan yang sebenar supaya dapat mengambil tindakan yang segera sebelum
perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Hasil daripada perbincangan tersebut,
penyelidik mendapati kajian ini sangat baik untuk dibuat
6
kerana kajian ini boleh dimanfaatkan oleh banyak golongan seperti staf tertinggi di Kolej
komuniti, pensyarah Kolej dan seterusnya pada institusi itu sendiri. Oleh yang demikian,
kajian ini sangat penting untuk mengetahui tahap-tahap stress dan punca bagi stress
tersebut serta langkah-langkah yang patut diambil untuk menangani tahap stress yang
dihadapi bagi individu pensyarah Kolej komuniti di negeri Johor.
1.4 Objektif Kajian
Matlamat di dalam pendidikan di peringkat pengajian tinggi negara adalah
melahirkan insan berguna dan menyediakan sumber tenaga manusia yang mahir dan
berkelayakan serta bersesuaian dengan keperluan dan tuntutan negara. Bagi
matlamat Kolej Komuniti pula adalah menjadi pusat kecermelangan pendidikan
dalam bidang teknologi, perniagaan dan industri perkhidmatan dan juga melahirkan
graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di Kolej Komuniti sebanyak 70% lebih
mengutamakan kepada amali berbanding 30%sahaja untuk teori. Ini memerlukan
penghasilan pelajar yang cekap dalam kemahiran yang dipelajari dan tahap keilmuan
yang maksimum untuk masa depan pelajar tersebut. Walaupun mengalami pelbagai
masalah atau tekanan dalam pekerjaan, seorang pensyarah haruslah memikul
tanggungjawab dengan amanah dan berkesan.
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti tahap stress di kalangan
pensyarah-pensyarah Kolej Komuniti di negeri Johor dari aspek Ketegangan,
Kekecewaan, Kebimbangan, Somatisasi dan Kemurungan.
7
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dikemukan.
i. Apakah tahap ketegangan dikalangan pensyarah di Kolej Komuniti?
ii. Apakah tahap kekecewaan dikalangan pensyarah di Kolej Komuniti?
iii. Apakah tahap kebimbangan dikalangan pensyarah di Kolej Komuniti?
iv. Apakah tahap somatisasi dikalangan pensyarah di Kolej Komuniti?
v. Apakah tahap kemurungan dikalangan pensyarah di Kolej Komuniti?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini menyentuh mengenai stress di kalangan pensyarah di Kolej Komuniti.
Diharap kajian ini dapat ;
Jadual 1.1 : Kepentingan Kajian Terhadap Pihak Kolej Komuniti dan Pensyarah
Pihak Kepentingan
Kolej Komuniti
i. Memberi manfaat kepada pihak kolejuntuk mengenalpasti tahap-tahap stresstekanan kerja oleh pensyarah-pensyarahdi Kolej Komuniti.
ii. Membantu pihak kolej mengenalpastimasalah-masalah atau tekanan-tekananyang dihadapi oleh pensyarah kolej danberusaha untuk mengatasinya untukmempertingkatkan tahap pendidikandan kemahiran di kolej tersebut.
8
i. iii. Memberi pendedahan kepada pihakkolej mengenai masalah stress yangkritikal di kalangan pensyarah agartindakan yang sewajarnya di ambildengan segera.
ii.iv. Memberikan imej yang baik kepada
kolej melalui mutu perkhidmatanpensyarah sekiranya masalah stress inidapat ditangani dengan berkesan.
Individu Pensyarah
i. Meminimumkan tahap-tahap stressyang timbul semasa di tempat kerja.
ii. Memberikan panduan berguna kepadapensyarah untuk memikultanggungjawab yang berat itu dengansempurna walaupun menghadapitekanan semasa di tempat kerja.
iii. Membantu pensyarah di KolehKomuniti berpeluang untukmembebaskan diri daripada stress atautekanan kerja dan menonjolkan khidmatyang cemerlang dan memberikan ilmuyang boleh dimanfaatkan oleh pelajar.
Jadual 1.1 di atas menunjukkan beberapa kepentingan kajian terhadap pihak Kolej
Komuniti dan Pensyarah Kolej Komuniti. Diharapkan hasil kerja kajian ini dapat
menjadi panduan yang berguna kepada pihak-pihak tersebut.
1.7 Batasan Kajian
Penyelidik telah menjalankan kajian di beberapa buah Kolej Komuniti di negeri
Johor bagi mewakili populasi yang baik untuk kebolehpercayaan kajian yang dibuat.
Seramai 188 orang pensyarah diminta menjawab borang soal selidik ini. Responden
Recommended