View
121
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
teks
Citation preview
TEKS PENGERUSI MAJLISPERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM
MASA UCAPAN TINDAKAN8.30 a.m Mengumumkan ketibaan Yang
Berbahagia………………………………………….Hadirin hadirat diminta berdiri.Semua hadirin diminta bersama-sama menyanyikan lagu NILAM(Terus berdiri dan lagu NILAM dinyanyikan)
Muzik LAGU NILAM
Bismillahhirrah manirrahim….Assalamualaikum w.b.t
Yang dihormatiYang Berusaha Guru Besar SRAJP Tn.Hj.Md.Rasali bin BulatYang Berusaha GPK 1 En.Saufi bin YusufYang Berusaha GPK HEM Pn Hjh Izzah bt MusaYang Berusaha GPK Kokurikulum En. MahfotYang Berusaha Guru Perpustakaan & Media,Pn.Norlida bt IbrahimBarisan guru-guru dan murid-muridyang dikasihi sekalian
Dipagi indah kita bersuaNikmat Allah sama dirasa
Tangan ditadah menarafa’ doaBerkat dipohon dari Yang Esa
Bagi memberkati majlis,dijemput Ustaz Norlizam bin Md Sukiban untuk membacakan doa……………………………..
Amin Ya Rabbal a’laminHadirin-hadiri sekalian..Majlis Anugerah NILAM 2015, sekolah Rendah Arab Jaim Pernu diteruskan lagi dengan mempersilakan adik ……………………….. mengalunkan bacaan Al-Quran dari surah Al-Alaq beserta tafsirannya
oleh adik ……………………………
Sadaqallahul a’zim
Hadirin hadirat yang dikasihi ,
Untuk pengetahuan para tetamu Program NILAM SRAJP 2015 telahpun dilancarkan pada……… yang lalu. Sepanjang hampir setahun, pelbagai aktiviti telahpun dijalankan .Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu untuk menyampaikan sepatah dua kataDipersilakan………………………………….Hadirin hadirat sekalian ,
Ketupat rendang juadah terjamuDihidang orang atas jerami,
Hampir setahun menyemat ilmuBuku dibaca minda tersemi
Hampir setahun menyemat ilmuBuku dibaca minda tersemi
Tibalah masa dating bertamuMajlis penutup minta dirasmi
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn.Hj.Md.Rasali bin Bulat untuk menyampaikan ucapan perasmian Penutup Program NILAM 2015 Peringkat Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu
Terima kasih …………………………. atas ucapan yang diberikan. Walaupun sudah ditutup dengan rasminya, namun, kepada anak-anakdidik sekalian diingatkan bahawa,menuntut ilmu itu tiada penutupnya sepertimana sepotong hadis:“Thalabul ilmu minal Mahdi ilal lahdi”Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad.
Hadirin hadirat sekalian,
Hari ini merupakan program kemuncak NILAM dengan memberikan anugerah kepada murid-murid yang rajin,bersungguh-sungguh dan komited terhadap aktiviti pembacaan mereka. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada murid-murid.
Kategori pertama iaitu:
Penerima Hadiah Penyertaan NILAM Tahap 1
Untuk itu dijemput …………………………. diiringi oleh ……………..Untuk menyampaikan hadiahDipersilakan
……(muzik gamelan)
Muzik Gamelan
Hadirin hadirat sekalian,Tibalah masa yang penuh debaran iaitu Pengumuman siapakah tokoh NILAM peringkat Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu 2015, bagi mengumumkan siapakah Tokoh NILAM peringkat sekolah Arab Jaim Pernu 2015.
Dijemput perasmi diiringi guru besar untuk menyampaikan hadiah. Hadiah utama program NILAM 2015 berupa sebuah basikal CANDY berwarna biru dan merah tajaan khas dari Guru Besar SRAJP sendiri
Tahniah diucapkan kepada pemenang.
Rakaman Dokumentari
Hadirin dan hadirat
Dengan berakhirnya pengumuman &penyampaian hadiah itu tadi,maka berakhirlah Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Anugerah NILAM 2015 SRAJP……Dijemput perasmi majlis diiringi GB,GPK1 dan GPK2
Recommended