View
270
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 1
TITIK SENTUHAN
BAJET NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 2016
Inklusif, Lestari dan Sejahtera Untuk Johor
TERAS PERTAMA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT AGENDA 1: PROJEK KEHIDUPAN
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
1. Pengambil alihan tanah untuk dijadikan tapak perumahan Bumiputera
dan RMMJ di bandar-bandar Johor akan dilaksanakan secara
besar-besaran - RM 150 juta
Skim Subsidi Pembinaan / Pembaikan Rumah
2. Program Rumah Mesra Rakyat Johor akan dilaksanakan bertujuan
memberi subsidi bagi membantu mereka yang berhasrat membina dan
menambah baik kediaman di atas tanah milik sendiri. Subsidi
RM 20 juta akan diberikan melalui 3 skim bantuan berdasarkan harga
dan keluasan rumah:
i. Bantuan RM 10,000 bagi rumah berharga RM64,000 seunit;
ii. Bantuan RM12,500 bagi rumah berharga RM72,500 seunit; dan
iii. Bantuan RM 15,000 bagi rumah berharga RM85,000 seunit.
3. Penambahan sebanyak 14 ribu unit, menjadikan jumlah sasaran RMMJ
adalah 60 ribu unit, menjelang 2019. Sebahagiannya akan dilaksanakan
oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC):
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 2
i. Kumpulan Prasarana Rakyat Johor - 1,083 unit:
• Kg. Melayu Pandan, Johor Bahru - 260 unit
• Desa Larkin, Johor Bahru - 280 unit
• Kulai - 493 unit; dan
• Kota Tinggi - 50 unit
ii. YPJ Holdings – 1,179 unit (Pengerang)
iii. Johor Corporation (JCorp) - Johor Land Sdn Bhd:
• Kg. Londang Batu, Mersing – 156 unit
• Bandar Dato’ Onn – 500 unit
• Bandar Baru Majidee – 400 unit
iv. PIJ Holdings – 1,035 unit:
• Larkin – 121 unit
• Stulang Baru – 333 unit
• Jalan Datin Halimah – 71 unit
• Jalan Muafakat Uda – 60 unit
• Teluk Jawa – 106 unit
• Bukit Mambai Labis – 344 unit
v. KEJORA – 691 unit:
• Perumahan Tersusun Kampung Paya, Layang-layang
– 127 unit
• Kampung Tuan Seh – 78 unit
• Taman Penawar Harmoni, Bandar Penawar – 486 unit
Perumahan Islam
4. Membina 3 Taman Perbadanan Islam baharu:
i. Pasir Gudang - 600 unit
ii. Muar – 400 unit
iii. Stulang Baru – 330 unit
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
5. Pembinaan 1,194 unit PPA1M oleh YPJ Holdings di Bandar Akademi
YPJ, Kota Tinggi dan Pengerang.
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 3
Projek Perumahan Rakyat (PPR)
6. Membina PPR baharu di kawasan Bandar Tenggara (500 unit)
- RM 65 juta
Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor
7. Memperkenalkan Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik Johor
usahasama dengan AmBank Islamic Berhad
– RM 300 juta (Kerajaan Negeri & AmBank Islamic Berhad)
Sistem Permohonan RMMJ
8. Mulai 2016, pendaftaran dan permohonan RMMJ hanya perlu dibuat di
atas talian di www.erumah.johor.gov.my. Dokumen sokongan hanya
perlu dikemukakan setelah pemohon menerima tawaran.
Perumahan Asnaf
9. Meneruskan Skim Bantuan Zakat bagi maksud perumahan asnaf oleh
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Dibangunkan secara
bersepadu dan menjadi perkampungan Asnaf dengan kemudahan
seperti surau, gerai perniagaan dan taman permainan - RM 27 juta
i. Pembinaan rumah baharu – 250 unit.
ii. Pembaikpulihan rumah sedia ada – 100 unit.
iii. Program Rumah Transit secara sewa beli dan pembinaan unit
baharu di 3 lokasi:
• Tapak Perumahan PPR Bukit Kepong - 32 unit
• Mukim Gemerih, Segamat - 20 unit
• Pungai, Kota Tinggi - 20 unit
AGENDA 2: DASAR JOHOR PRIHATIN
Pekerjaan Golongan Berkelainan Upaya (OKU)
10. Membuka peluang pekerjaan kepada OKU di setiap PBT. Setiap PBT
diwajibkan menerima penempatan minimum 2 orang pekerja
berkelainan upaya mengikut kelayakan.
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 4
Sukan OKU
11. Menubuhkan Sekretariat Sukan OKU khusus bagi memberi fokus
kepada latihan dan pembangunan atlit di kalangan golongan OKU
- RM 200 ribu
Kebajikan OKU
12. Program Home Help Service akan memanfaatkan 448 penerima
termasuklah sekumpulan warga emas – RM 162 juta
Pusat Aktiviti Warga Emas
13. Mewujudkan 2 buah lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) masing-
masing di Pontian dan Kota Tinggi menjadikan jumlah PAWE di Johor
bertambah kepada 8 buah – RM 300 ribu
Pusat Kebajikan Warga Emas
14. Membina Pusat Jagaan Orang-orang Tua yang baharu di Taman Perling,
Johor Bahru melalui MAINJ – RM 10 juta
Infrastruktur Kebajikan
15. Bagi memperkasakan fungsi dan operasi Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Kompleks Penyayang berharga RM 50 juta akan dibina
di Kempas dengan peruntukan awal Kerajaan Persekutuan -RM 1.8 juta
Agenda Wanita
16. Mengiktiraf peranan golongan wanita, 2 inisiatif - RM 250 ribu:
i. Penyediaan kursus kemahiran melibatkan 1000 orang wanita
golongan berpendapatan rendah; dan
ii. Bantuan peralatan kepada 50 wanita bagi menggalakkan mereka
memulakan perniagaan.
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 5
17. Program-program Kerajaan Persekutuan, penghakupayaan wanita
ditumpukan kepada 3 bidang utama:
i. Pembangunan usahawan wanita;
ii. Peningkatan kemahiran; dan
iii. Kepimpinan wanita.
Pembangunan Keluarga Bukan Islam
18. Pembangunan keluarga bukan Islam melalui satu inisiatif khas iaitu
Program Kasih di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
(YPKDT) untuk manfaat 1,500 orang peserta - RM 100 ribu
Masyarakat India
19. Program Inklusif Masyarakat India digandakan pada tahun hadapan.
Peningkatan 50 % atau 2 juta berbanding tahun lalu – RM6 juta. Peruntukan khas ini adalah untuk membiayai ikhtiar-ikhtiar berikut:
a. RM 1.5 juta bagi aktiviti kebajikan;
b. RM 2 juta bagi program keusahawanan;
c. RM 1 juta bagi tujuan baik pulih SJK Tamil; dan
d. RM 1.5 juta bagi tujuan pendidikan.
Sekolah Cina
20. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di Johor diperuntukkan bagi
tujuan baik pulih prasarana - RM 2 juta
Kesukarelawanan
21. Merancakkan pelbagai aktiviti kesukarelawanan dalam masyarakat
– RM 2 juta
22. Melalui Program Johor Future, aktiviti kesukarelawan akan disebarluas
sehingga ke peringkat DUN. Mensasarkan golongan pelajar sekolah
menengah yang akan menamatkan persekolahan melalui penganjuran
pelbagai aktiviti fizikal dan riadah yang menarik. Program ini akan turut
memberi pendedahan tentang kerjaya dan pelbagai inisiatif
Kerajaan Negeri – RM 488 ribu
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 6
Gerakan NGO
23. Meneruskan pemberian geran bagi menggerakkan pelbagai NGO di
Johor dengan lebih aktif – RM 3 juta
Perkhidmatan Bas Percuma
24. Melebarkan jaringan Perkhidmatan Bas Percuma Johor Di Hatiku
dengan kerjasama 4 PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB),
Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Majlis Perbandaran Johor
Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
- RM 11 juta
Penambahan Perkhidmatan Bas
25. Menambah dan memperluaskan inisiatif pengangkutan awam di bawah
jenama Trans-Johor melalui tambahan 10 laluan baharu bagi
menghubungkan pelbagai desa dan bandar di 7 daerah, iaitu Mersing,
Segamat, Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar, Pontian dan Kluang.
Diuruskan oleh anak syarikat JCorp (Syarikat Pengangkutan Maju
Berhad).
Infrastruktur Awam - Dewan Muafakat Johor
26. Membina 23 buah Dewan Muafakat Johor melalui Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) - RM 70 juta
Antaranya:
i. Dewan Muafakat Johor Taman Pulai Utama, Skudai -RM 10.5 juta;
ii. Dewan Muafakat Johor di Majlis Perbandaran Batu Pahat
- RM 13 juta; dan
iii. Dewan Muafakat Johor di Majlis Daerah Yong Peng - RM 4.5 juta
Infrastruktur Awam - Free Wifi
27. Menerus dan memperluaskan Program Johor Free Wifi dengan cakupan
135 hotspot di dalam 16 PBT - RM 4.4 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 7
Infrastruktur Awam - Program Air Percuma
28. Menerus dan memperluaskan Program Air Percuma 25 meter padu
melalui Syarikat Air Johor (SAJ) melibatkan penerima dalam senarai
E-Kasih dan Jabatan Kemajuan Orang Asli, mensasarkan manfaatnya
kepada kira-kira 5,000 penduduk – RM 3 juta
Infrastruktur Awam – Projek Bekalan Air
29. Melaksanakan Projek utama bekalan air negeri Johor, antaranya
pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Buluh Kasap (Segamat); Pagoh
(Muar); dan Kahang (Kluang). Penggantian paip lama di sekitar Johor
akan turut dilaksanakan - RM 430 juta
30. Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (BAKAJ) akan menjalankan Kajian
Bekalan Air yang mapan. Fokus kepada kaedah pengawalan bekalan
serta pelaksanaan zon penampan di kawasan tadahan air.
31. Pembangunan sumber air Negeri Johor melalui RMK-11 - RM 57 juta
Merangkumi:
i. Kajian Kemungkinan bagi Pembangunan Sumber Air ke Iskandar
Malaysia dan di Lembangan Sungai Muar;
ii. Kajian Kemungkinan dan Impak Alam Sekitar bagi pembinaan
Empangan Mersing; dan
iii. pembangunan infrastruktur seperti pembinaan baraj serta
empangan dan menaiktaraf empangan.
Infrastruktur Awam – Jalanraya
32. Membina 150 km rangkaian jalan kampung baharu dan menaik taraf
jalan kampung yang sempit sepanjang 70 km. 70% daripada tumpuan
projek akan melibatkan kawasan seperti Pontian, Batu Pahat, Muar dan
Ledang - RM 50 juta
33. Memperuntukkan bagi penyelenggaraan rangkaian jalan-jalan negeri
di Johor – RM 600 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 8
Penempatan Setinggan
34. Menyelesaikan masalah setinggan dengan mengenal pasti kawasan-
kawasan setinggan yang boleh dikurniakan hakmilik melalui
Jawatankuasa Taskforce Perumahan Negeri Johor yang telah
ditubuhkan di setiap daerah. 3 inisiatif akan dijalankan:
i. Mengeluarkan senarai nama kampung dan kawasan setinggan yang
bakal memperoleh hakmilik tanah;
ii. Menyelesaikan isu pemilikan lebih kurang 136 penduduk Kg. Desa
Perwira (30 ekar) susulan proses pengambilan tanah di Kem Tebrau
yang sedang berjalan; dan
iii. Meluluskan permohonan 4,560 pemohon yang terdiri daripada 4,213
pemohon tanah pertanian dan 347 pemohon tapak bangunan
kediaman atau rumah kedai. Melibatkan pemberian 23 kawasan,
5540 ekar tanah pertanian serta 20 ekar tapak rumah kediaman dan
kedai. Antara kawasan:
• Kulaijaya – Kg. Bukit Ibol,
• Kluang - Jln Padang Tembak
• Labis - Tanah Umum Bekok
• Kota Tinggi - Mukim Ulu Sg Johor (Kg Sri Aman & Kawasan Ulu
Tebrau), Mukim Sedili Besar (Kg Gemereh)
Institusi Awam – Mahkamah Rendah Syariah
35. Membina Mahkamah Rendah Syariah Kluang dan membaikpulih
Mahkamah Syariah Muar – RM 33.8 juta
Institusi Awam – Pejabat Daerah Baharu
36. Membina Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah baharu melalui kaedah
pengswastaan:
i. Kluang – RM 18 juta
ii. Kulai - RM 60 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 9
37. Pembinaan Pusat Pentadbiran Daerah Ledang yang baharu di Tangkak
di atas tanah milik Kerajaan Negeri seluas 4 ekar - RM 48 juta
Pusat Dokumentasi Johor
38. Menubuhkan Pusat Dokumentasi Johor untuk menyimpan penulisan-
penulisan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan berkaitan Negeri
Johor melalui Yayasan Warisan Johor dan Persatuan Penulis Johor
- RM200 ribu
Skim Elaun Insentif Khas
39. Pemberian Elaun Insentif Khas kepada kumpulan Pengurusan dan
Profesional Tetap Perkhidmatan Awam Negeri Johor; dan telah
berkhidmat melebihi lapan tahun ke atas yang tidak diberi kemudahan
kenaikan pangkat secara time based berkuatkuasa 1 Januari 2016.
Akan dipanjangkan kepada PBT dan Badan-badan Berkanun Negeri
tertakluk kepada kemampuan kewangan dan amalan masing-masing -
RM 1,911,700 setahun
40. Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam negeri dan
memanjangkan pelaksanaan pemberian satu insentif pergerakan gaji
kepada semua penjawat awam pada tahun 2016 tertakluk kepada garis
panduan dan pekeliling yang akan diselaraskan dengan Kerajaan
Persekutuan.
Institusi Awam – Hospital
41. Tiga projek pembangunan kemudahan kesihatan akan dilaksanakan:
i. Hospital Baharu -
• Hospital Awam di Pasir Gudang - RM 500 juta
• Hospital Pakar KPJ di Sri Gading - RM 60 juta
ii. Menaiktaraf Hospital Segamat (Fasa 1) – RM 50 juta
iii. Klinik –
• Klinik pergigian di Kluang – RM 4.7 juta
• 3 buah lagi Klinik 1Malaysia – RM 600 ribu
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 10
Kebajikan Orang Asli
42. Pembinaan dan naik taraf surau-surau serta balai Islam di 17 buah
Perkampungan Orang Asli antaranya di Kampung Orang Asli
Teluk Jawa, Kampung Orang Asli Temon dan Kampung Orang Asli
Kuala Masai – RM 5.5 juta
Kebajikan Muallaf
43. Pembinaan Darul Ukhwah di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru oleh
MAINJ yang akan berfungsi sebagai institut latihan dan dakwah risalah
Islam - RM 20 juta
Institusi Awam – Stadium
44. Menyediakan tanah untuk dipajakkan bagi pembinaan sebuah stadium
bola sepak di Nusajaya. Ia akan merangkumi komponen seperti stadium
yang berkapasiti antara 40–45 ribu penonton, ruang-ruang perniagaan
serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 11
TERAS KEDUA: MERANCAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI JOHOR AGENDA 1: PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK EKONOMI JOHOR 45. Perlaksanaan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor yang melakar visi
strategik dan komprehensif pembangunan di Negeri Johor secara
keseluruhan bermula Januari 2016 - RM 3 juta
Setiap daerah di Johor akan dibangunkan mengikut kekuatan setempat
dan lapangan kebitaraannya (niche area):
a) Johor Bahru – Pembuatan dan Perdagangan Antarabangsa
b) Mersing –Pelancongan dan Perikanan
c) Kluang – Eko-pelancongan dan Pertanian
d) Kulai – Informasi dan Teknologi Komunikasi
e) Pontian – Eko-pelancongan dan Perikanan
f) Kota Tinggi – Pelancongan, Pertanian serta Minyak & Gas
g) Batu Pahat – Pembuatan dan Pemprosesan
h) Muar – Hab Pendidikan dan Kemahiran
i) Ledang – Pelancongan dan Pembuatan Ringan
j) Segamat – Pertanian
AGENDA 2: WAQF SEBAGAI INSTRUMEN BAHARU EKONOMI, PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN
Tabung Waqf
46. Penubuhan Tabung Waqf Rakyat Johor, akan diuruskan oleh
Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebagai Nazir Khas Pembangunan oleh
MAINJ. Perbadanan Islam Johor Holdings (PIJH) akan menyuntik
kepada Tabung Waqf Rakyat Johor – RM 5 juta
Sekolah Agama Waqf Antarabangsa
47. Sebuah sekolah agama Waqf pertama yang akan mengguna pakai
sukatan kurikulum pembelajaran antarabangsa akan dibangunkan
dengan kerjasama Fateh College dari Turki.
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 12
AGENDA 3: MEWUJUDKAN CENTRAL BUSINESS DISTRICT (JBCBD) DI DALAM BANDARAYA JOHOR BAHRU 48. Menyediakan Pelan Transformasi Central Business District (CBD)
Johor Bahru oleh JCorp – RM 5 juta
Komponen utama ialah pembangunan Coronation Square melibatkan
pembinaan pelbagai gedung komersial dan akan mendapatkan
maklumbalas semua pemegang taruh dan masyarakat Johor Bahru
sebelum fasa pembangunannya bermula. AGENDA 4: REJUVENASI DESA JOHOR
Pelan Rejuvenasi Desa Johor
49. Menyediakan satu Pelan Komprehensif untuk Mencergaskan Rejuvenasi Desa Johor melalui kerjasama strategik dengan dan
ditanggung kos sepenuhnya oleh Bait Al Amanah, institut pemikir milik
UMNO Johor. Satu sumbangan UMNO Johor untuk rakyat negeri Johor.
AGENDA 5: MEWUJUDKAN ZON ANTARABANGSA
Pemilikan Hartanah Warganegara Asing
50. Mewujudkan Zon Antarabangsa bagi Koridor Pembangunan Selat Johor (KPSJ) bagi mengawal pemilikan hartanah oleh warganegara
asing di Johor dan memastikan rakyat tempatan tidak terjejas dengan
spekulasi harga hartanah serta memacu satu bentuk pembangunan
yang memberi nilai tambah kepada Johor dan Malaysia. Pemilikan
warganegara asing yang dibenarkan bagi pembangunan perumahan
bertanah, strata bertanah dan komersial atau perdagangan di luar
Zon Antarabangsa hanya 10% hingga 30% sahaja tertakluk kepada
kategori pembangunan hartanah.
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 13
Selain lima agenda besar di atas, Teras Kedua turut disokong oleh titik-titik
sentuhan berikut:
Penubuhan dan Persempadanan Semula PBT
51. Tiga PBT iaitu MBJB, MPPG dan MPJBT akan disempadankan semula
berkuatkuasa 1 Januari 2016 bagi mewujudkan sistem penyampaian
PBT yang diperkemas dan lebih sistematik.
Penubuhan PBT Pengerang
52. Mewujudkan satu PBT khusus bagi Pengerang bagi menyokong
pertumbuhan dan pembangunan pesat Pengerang Intergrated
Petroleum Complex (PIPC) dan kawasan sekitarnya. JCorp akan dilantik
mentadbirnya sehingga suatu masa yang akan diputuskan oleh
Kerajaan Negeri kelak.
Ekonomi Bumiputera di Pengerang
53. Membangunkan Pusat Industri Bumiputera di Pengerang melalui PIJH
yang terdiri daripada taman perindustrian ringan, sederhana dan berat
dengan keluasan 877 ekar.
Infrastruktur – Projek Kerajaan Persekutuan.
54. Antara projek besar di bawah RMK-11 yang telah diluluskan dan boleh
menjadi ikon kawasan:
i. Pembangunan Landskap Perbandaran Batu Pahat – RM 10.5 juta
ii. Projek Taman Awam Tepian Sungai Muar – RM 11.25 juta
iii. Projek Taman Komuniti Kampung Melayu, Kluang – RM 3 juta
iv. Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancong di Pekan Batu 4,
Kota Tinggi – RM 10.8 juta
Industri Perabot
55. Pembangunan Hub Industri Perabot dikenali sebagai Taman
Perindustrian Kayu Muar (MTIP) di kawasan seluas 985 ekar
berkonsepkan Kerjasama Awam Swasta (PPP) melibatkan JCorp,
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Persatuan Perabot Muar
(MFA) dan dijangka akan siap dalam tempoh 3 tahun. – RM 355 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 14
56. Membina Pusat Pameran Antarabangsa Perabot Ledang secara
penswastaan dengan dana mudahcara daripada Kerajaan Persekutuan
- RM 14.68 juta
Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa
57. Menubuhkan Johor Convention & Exhibition Bureau (JCEB) bagi
merealisasikan Johor sebagai destinasi persidangan dan pameran
bertaraf antarabangsa (MICE).
Pelancongan
58. Membangunkan prasarana pelancongan Mersing dengan 6 projek telah
diluluskan di bawah RMK-11 - RM 80 juta
Dibawah Rolling Plan 1 (RP1) melibatkan Pembangunan Taman
Pemprosesan Ikan Endau-Mersing dan Pembangunan Pelancongan
Inap Desa (Homestay) Mersing - RM 12.7 juta
59. Selari dengan Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor (2014-2023)
Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru akan dijadikan
antara lain pusat sehenti pelancongan, pusat penjualan cenderamata,
platform pertunjukkan berjadual serta pusat mengetengahkan makanan
dan busana warisan Johor.
Tranformasi Kota Tinggi
60. Selari dengan Pelan Transformasi Kota Tinggi, ia akan dibangunkan
sebagai satu lagi produk pelancongan untuk Johor. Program Kembara
Wangsa Kota Tinggi melibatkan pembangunan secara berperingkat di
kawasan tapak sejarah sekitar pinggir Sungai Johor, dimulakan dengan
menaiktaraf Balai Polis Lama Kota Tinggi menjadi Pusat Informasi
Pelancongan – RM 2.5 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 15
Infrastruktur Taman Negara
61. Menyelenggara dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan
pelancongan di Taman-taman Negara di Johor merangkumi Taman
Negara Tanjung Piai, Taman Negara Gunung Ledang, Taman Negara
Endau Rompin (Selai) dan Taman Laut Sultan Iskandar - RM 2 juta
Agro-Pelancongan
62. Meningkatkan sektor agro-pelancongan iaitu perlancongan berasaskan
pertanian – RM 1 juta
Pertanian
63. Inisiatif di bawah sektor pertanian:
i. Program Pertanian Rakyat – RM 200 ribu
ii. Program Galakan Usahawan Tani (PGU) – RM 3 juta
iii. Pemantapan kawalan penyakit dan kesihatan ternakan
- RM 1.8 juta
iv. Pembangunan Industri Tanaman Makanan, Sayuran, Buah-buahan
dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
v. Pembangunan Segamat Sebagai Daerah Industri Asas Tani.
Permulaan, tanah seluas 702 ekar di Tebing Tinggi, Mukim
Jementah melibatkan pembangunan usahawan tani dan projek
agrotani dengan kerjasama JCorp – RM 9 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 16
TERAS KETIGA: MENANGANI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP 64. Pembukaan 20 rangkaian Kedai Harga Patut Muafakat Johor sebelum
akhir tahun 2015 melalui imCoop iaitu Koperasi yang melibatkan 60
buah koperasi dengan keahlian seramai 40,000 keahlian. Ahli-ahli
koperasi yang terlibat akan menikmati tambahan diskaun sebanyak 3%
secara automatik. Tambahan 50 buah akan dibuka pada tahun 2016,
mencakupi kawasan di luar Iskandar Malaysia.
Penyertaan Golongan Miskin Dalam Koperasi
65. Membayar saham keahlian kepada 6500 orang golongan miskin dan
berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka yang kurang
berkemampuan berupaya menikmati manfaat harga patut serta diskaun
3% di Kedai Harga Patut Muafakat Johor - RM 1.3 juta
Merancakkan Aktiviti Koperasi Pelbagai Kaum
66. Menggalakan penggunaan instrumen koperasi dan konsep muafakat
dalam keberdayaan ekonomi, diperuntukkan bagi penubuhan pelbagai
koperasi berbilang kaum di Johor - RM 300 ribu
Koperasi Orang Asli
67. Julung-julung kalinya menubuhkan Koperasi Orang Asli Johor iaitu
inisiatif social entreprise bagi membangunkan cara hidup
berkeusahawanan di kalangan orang asal – RM 200 ribu
Pembinaan Kapasiti Insan
68. Program Azam Kerja Muafakat Johor bagi membangun kapasiti dan
menanam daya kebolehsaingan disasarkan kepada 250 orang dalam
kategori 40 Terbawah (B40) - RM 1 juta
Pembasmian Kemiskinan
69. Pelbagai program pembasmian kemiskinan meliputi Program Usaha
Meningkatkan Pendapatan 40 Terbawah (B40), Program Transformasi
Minda Insan dan Pembangunan Modal Insan - RM 8.5 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 17
Sumbangan Yayasan Pengerang
70. Menyalurkan kepada Yayasan Pengerang daripada hasil Tabung Sosial
Pengerang bagi mengiatkan aktiviti sosio-ekonomi yang bermanfaat
kepada penduduk – penduduk Pengerang – RM 500 ribu
Makanan Sihat Pelajar Miskin
71. Meneruskan bantuan makanan sihat kepada 10 ribu pelajar anak
golongan miskin di Sekolah Rendah Agama Johor – RM 4 juta
Kebajikan Nelayan
72. Menggandakan (100%) bantuan kepada golongan nelayan yang terjejas
kerana pelbagai aktiviti pembangunan dan penambakan di Selatan
Johor kepada RM2000 seorang (bagi yang berdaftar dan layak).
Pertanian Kota
73. Memperkenalkan program Pertanian Kota atau Urban Farming di
Iskandar Malaysia meliputi empat kawasan yang dikenalpasti iaitu
Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang dan Tebrau. Urban Farming
Development Centre (UFDC) akan diwujudkan oleh IRDA untuk
memberi panduan, galakan dan serta sokongan kepada mereka yang
terlibat - RM1 juta
Bantuan Pendidikan
74. Meneruskan Biasiswa Kenangan Dato Onn (BKDO) bagi menggalakkan
pelajar dari keluarga miskin terus cemerlang dalam pendidikan dengan
peruntukan tambahan RM 240 ribu. Melibatkan 400 orang pelajar
baharu - RM990 ribu
75. Memperuntukan kepada Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPTA kepada
anak Johor daripada keluarga berpendapatan bulanan maksimum
RM4 ribu, mensasarkan 3,000 orang mahasiswa baharu – RM1.5 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 18
TERAS KEEMPAT: MERANCAKKAN KEUSAHAWANAN JOHOR BERASASKAN INOVASI DAN PENGETAHUAN
KEUSAHAWANAN JOHOR
Tapak Perniagaan
76. Melaksanakan program Bantuan Bertapak Usahawan atau (B.A.N.T.U)
melibatkan 267 lot komersial EDC-SSI dan akan memanfaatkan 500
orang usahawan.
Usahawan Asnaf
77. Program Usahawan Asnaf MAINJ dengan kerjasama Entrepreneur
Development Centre (EDC) - RM 1.85 juta
i. Membangunkan Bazar Usahawan Asnaf Zakat di setiap daerah,
satu telah dibuka di PPR Sri Stulang, Johor Bahru;
ii. Memberi bantuan strategi pemasaran produk dan perkhidmatan,
suntikan modal permulaan dan latihan keusahawanan; dan
iii. Mewujudkan sebuah Asnaf Mart Negeri Johor
Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME)
78. Meneruskan program Bio-SME sebagai platform bagi syarikat–syarikat
Bio-SME mendapat bimbingan melalui latihan khusus mendepani
masalah seperti pengurusan risiko, akses pasaran dan pembiayaan bagi
perniagaan berasaskan bioteknologi:
i. Program bimbingan dan program mentor untuk syarikat-syarikat Bio-
SME yang terpilih; dan
ii. Projek perintis Program Handholding untuk 10 syarikat Bio-SME
yang akan beroperasi antaranya di Johor Biotech's Park.
Bio Halal dan Makmal Halal
79. Membangunkan Hab Bio Halal melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri
Johor (JAINJ), MAINJ dan JBiotech. Melibatkan dua inisiatif utama:
i. Membangunkan Roadmap; dan
ii. Menubuhkan Makmal Halal bagi menyokong bermacam-macam
keperluan oleh pelbagai industri di Negeri Johor - RM15 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 19
Insentif Merancakkan Keusahawanan
80. Merancakkan aktiviti keusahawanan di negeri Johor melalui EDC
- RM 5 juta
i. Program Jejak Mini PKS dengan sasaran menemukan 130
usahawan dengan pelbagai agensi yang mencakupi 26 Parlimen;
ii. 4 pakej rangsangan mempromosi produk usahawan iaitu Video
Usahawan, Buku Direktori Usahawan Negeri Johor, Anugerah
Usahawan Johor dan slot Kad Bisnes di setiap daerah; dan
iii. Program Pembangunan Usahawan Kemahiran bagi melahirkan
1,200 orang usahawan generasi baharu yang berkemahiran tinggi
turut melibatkan institut dan kolej kemahiran di negeri Johor.
Usahawan Belia Islam
81. Mempertingkatkan Program Bantuan Usahawan Belia Islam (Skim
Usahawan Belia, Penjaja Kecil, Youth Collective dan Tajaan Belia)
di bawah PIJ dengan sasaran 1,812 usahawan - RM 2.25 juta
Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
82. Tabung Industri Kecil dan Sederhana bagi memperluas promosi dan
pemasaran produk-produk IKS Johor sehingga ke peringkat
antarabangsa serta bantuan modal dan barangan kepada yang layak
– RM 2 juta
Kemudahan Usahawan Belia
83. Menjenama semula Pekan Rabu, Johor Bahru sebagai Hab Perniagaan
Belia serta menawarkan kemudahan ruang perniagaan kepada
usahawan belia sebagaimana di Bangunan EDC, Bandar Baru Uda.
84. Membangunkan 3 Inkubator Usahawan sasaran mewujudkan 94 unit
pejabat kecil melalui PIJ – RM 4.5 juta
i. Stulang Baru (34 unit);
ii. Pasir Gudang (30 unit); dan
iii. Pengerang (30 unit)
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 20
Usahawan Bumiputera
85. Mengupayakan usahawan Bumiputera dengan sasaran melahirkan
30 syarikat dan usahawan berpotensi melalui aktiviti perniagaan yang
dijana oleh Koridor Utiliti Johor Sdn Bhd.
Usahawan Luar Bandar
86. Melaksanakan program latihan kemahiran dan keusahawanan kepada
penduduk dan usahawan tempatan luar bandar terutamanya di kawasan
pesat membangun seperti Pengerang dan Desaru melalui KEJORA
- RM 8 juta
Tanah Pajakan Untuk Diusahakan
87. Mengenal pasti dan akan mempertimbangkan 21 lot tanah (97 ekar)
untuk dipajak dan dimajukan oleh pelbagai usahawan dan koperasi di
Johor melibatkan kerjasama strategik antara PDT dan EDC.
88. Menaiktaraf gerai-gerai dan pasar awam agar lebih mesra pengunjung,
bersih, harmoni dan sistematik - RM 36 juta
Antaranya:
i. Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang – RM 1.2 juta
ii. Gerai dan medan selera di Mutiara Rini – RM 2 juta
iii. Gerai dan pasar awam di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru
- RM 5.4 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 21
TERAS KELIMA: MENGANGKAT AGENDA JOHOR LESTARI
Dasar Kelestarian Johor
89. Melancarkan satu Agenda Besar alam sekitar yang mapan iaitu
Dasar Kelestarian Johor – RM 1.3 juta
Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim
90. Menggerakkan komitmen terhadap kelestarian melalui Majlis Teknologi
Hijau & Perubahan Iklim yang akan merancang dan melaksanakan
inisiatif-inisiatif yang relevan - RM 100 ribu
Masyarakat Rendah Karbon
91. Melaksana Pelan Low Carbon Society meliputi Program Pembinaan
Kapasiti, Program Pemantauan Karbon dan Program Komuniti Hijau
di bawah 5 PBT di dalam kawasan Iskandar Malaysia.
Pemeliharaan Gajah
92. Membina Pusat Santuari Gajah Johor bernilai RM 15 juta dengan fokus
kepada keperluan program pemuliharaan habitat alam sekitar serta
pelaksanaan pendekatan pengekalan kelestarian hidupan liar
terutamanya gajah. Peruntukan permulaan – RM 500 ribu
Pemeliharaan Dugong
93. Memelihara biodiversiti Johor bagi dengan menjaga kepentingan
hidupan marin istimewa melalui pengwujudan Pelan Pengurusan
Dugong Laut & Tapak Santuari Dugong - RM 1 juta
Tabung Amanah Hidupan Liar
94. Mewujudkan Tabung Amanah Hidupan Liar Terperangkap Negeri Johor
bagi menyokong segala usaha pemuliharaan hidupan liar dengan dana
melalui caj RM1 bagi setiap ekar kepada 87 buah syarikat perladangan
yang beroperasi di kawasan seluas 701,046 ekar.
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 22
Sumbangan Perparitan oleh Pemaju
95. Meningkatkan 150% kadar wang sumbangan perparitan oleh pemaju
di kawasan:
i. Majlis Bandaraya/Perbandaran - RM10,000 setiap ekar; dan
ii. Majlis Daerah - RM5,000 setiap ekar
Pelan Tindakan Banjir
96. Mewujudkan pelan tindakan banjir bagi tujuan mengenal pasti kawasan
banjir kilat di seluruh Negeri Johor serta merangka penyelesaian jangka
masa pendek dan panjang untuk menanganinya - RM 1 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 23
TERAS KEENAM: MENERUSKAN AGENDA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN PEMBANGUNAN SWADAYA INSAN AGENDA 1: JOHOR BERKEMAHIRAN
Pelan Induk Pembangunan Kemahiran
97. Merangka Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Johor (Johor Skill
Masterplan).
Pembiayaan Kemahiran
98. Menubuhkan Tabung Latihan Kemahiran Johor dengan tujuan
menampung sebahagian pembiayaan pelbagai kursus kemahiran
khususnya kepada peserta-peserta kursus kemahiran yang telah
memperoleh pinjaman melalui Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran (PTPK). Memberi geran bernilai RM2,000
seorang kepada 4,500 calon yang layak dengan syarat mereka perlu
mengikuti kursus tersebut di institusi-institusi dalam Negeri Johor
- RM 10 juta
Unit Swadaya Insan
99. Menubuhkan Unit Swadaya Insan Negeri Johor sebagai Pusat Sehenti
(OSC) atau pusat maklumat yang menguruskan penyelarasan
rancangan, pelaksanaan inisiatif serta memberikan tumpuan kepada isu
penawaran dan permintaan sumber manusia di Negeri Johor
termasuklah menjadi perantara agensi kerajaan dengan sektor swasta
dan pihak pelabur.
Program Kembara Kerjaya
100. Meneruskan (tahun ketiga) Program Kembara Kerjaya yang diadakan
di daerah-daerah terpilih dengan tujuan memberi maklumat
pembangunan dan peluang-peluang kerjaya di Negeri Johor
- RM 200 ribu
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 24
Pembiayaan Pendidikan
101. Peruntukan Pinjaman Pendidikan YPJ bagi memberi manfaat kepada
500 mahasiswa baharu dengan jumlah keseluruhan
- RM 3 juta
Rebat Pinjaman Pendidikan
102. Memberikan rebat 20% bagi pelangsaian Pinjaman Pendidikan YPJ
secara penuh - RM 1.5 juta
Tuisyen Sekolah Menengah YPJ
103. Menjalankan program intervensi pendidikan bagi pelajar tingkatan 5
melalui program Tuisyen YPJ untuk subjek Sains dan Matematik
Tambahan - RM 1.2 juta
Prasarana Pendidikan
104. Pembukaan Kampus Induk Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
di Bandar Akademi YPJ, Kota Tinggi berharga RM 120 juta, mula
beroperasi pada awal 2016 dan fasa pertama kemasukannya
menempatkan 2,500 orang mahasiswa.
Program Kepimpinan Pelajar
105. Mengadakan program Kepimpinan Generasi Ta’zim (Summer Camp)
melalui YPJ - RM 400 ribu
Program Bio-Talent
106. Meneruskan Program Bio-Talent Johor bagi meningkatkan
kebolehpasaran dalam industri bioteknologi dengan sasaran melatih
2,000 orang pelajar, graduan, belia dan lepasan sekolah di 20 buah
syarikat - RM 607 ribu
Duta Jauhar
107. Meneruskan (Siri Tiga) Program Duta Jauhar di bawah fokus melahirkan
lebih ramai generasi social enterprenuer – RM 1.5 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 25
Tabung Pendidikan Peringkat Sarjana
108. Menyumbang RM10 ribu seorang kepada 30 mahasiswa yang mengikuti
program Ijazah Sarjana melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul
Ta’zim - RM 300 ribu
Pembinaan Kapasiti Kakitangan PBT
109. Memperluaskan penyertaan kursus-kursus jangka pendek di universiti
terkemuka oleh kakitangan kerajaan Negeri oleh PDT kepada
kakitangan PBT – RM 400 ribu
Pengurusan Persatuan Belia
110. Meneruskan Skim Bantuan Belia untuk kegunaan pelbagai aktiviti belia
serta urusan pengurusan persatuan dan pergerakan belia yang boleh
dipohon melalui Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor, Majlis Sukan
Negeri Johor, Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Perbadanan Islam
Johor – RM 4.3 juta
Bakat Bola Sepak Muda
111. Melaksanakan program pembangunan bola sepak belia peringkat akar
umbi – RM 2.5 juta.
AGENDA 2: MENYUBURKAN KEHIDUPAN BERAGAMA DAN BERBUDAYA
5 inisiatif utama melalui pendekatan pendidikan agama:
Transformasi Pendidikan Agama
112. Perlaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Teknologi Digital (PPBTD) yang akan mengetengahkan pendekatan
Pengajaran & Pembelajaran (P&P) berasaskan teknologi maklumat.
Permulaan, 2 buah sekolah rendah agama dan 2 buah sekolah
menengah agama melibatkan 155 orang pelajar dan 160 orang pelajar
- RM 5.5 juta
Sila rujuk Teks Ucapan Bajet Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2016 oleh YAB Menteri Besar Johor bertarikh 19 November 2015 26
113. Meneruskan pembinaan 77 buah Sekolah Agama terbengkalai
melibatkan 4 fasa yang akan siap secara berperingkat menjelang 2017
dengan sasaran 40 buah sekolah siap pada Disember 2016
- RM 168 juta
114. Meneruskan pemberian sumbangan RM 5 ribu kepada Badan Kebajikan
di 564 Sekolah Agama Johor bagi tujuan menampung kos pengurusan
dan pentadbiran sekolah – RM 2.82 juta
115. Menyelenggara Sekolah-sekolah Agama Gred A (pelajar melebihi
1,100 orang) - RM 4 juta
116. Menaikkan elaun bulanan kepada RM1,312 dan meneruskan pemberian
imbuhan tahunan kepada 1,850 guru KAFA di seluruh Johor (Guru
KAFA turut menerima pemberian bonus setiap kali diumumkan
Kerajaan)
Warisan dan Budaya
117. Meneruskan Pentas Teater Karya Johor bantuan iaitu dana dan
sokongan teknikal bagi tujuan pelaksanaan dan pementasan daripada
sekretariat karya Majlis Kebudayaan Negeri Johor - RM 180 ribu
Festival Seni Muafakat Johor
118. Mengadakan acara tahunan Festival Seni Muafakat Johor yang terdiri
daripada pelbagai aktiviti kebudayaan dan warisan seperti pertandingan
kompang, zapin, tarian tradisi Cina dan tarian tradisi India bagi
memartabatkan seni budaya warisan negeri Johor melalui
Yayasan Warisan Johor (YWJ) – RM 800 ribu
Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa
119. Menyediakan pelan halatuju (roadmap) dan kajian kesesuaian ke arah
menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa
melalui YWJ.
- Tamat -
Recommended