View
181
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
RANCANGAN PERNIAGAAN
Definisi :• Adalah dokumen yang disediakan oleh syarikat atau
usahawan secara bertulis yang mengandungi maklumat/keterangan berkenaan perniagaan/projek yg hendak dijalankan secara komprehensif dengan tujuan untuk mengurus dan mentadbir perniagaan secara cekap dan berkesan.
• Penulisan laporan berkenaan projek/perniagaan yang menyatakan strategi-strategi perniagaan bagi mencapai objektif, matlamat dan wawasan syarikat dengan menganalisis perniagaan, ramalan, andaian, jangkaan dan cara laksanakan strategi.
A. Latarbelakang Rancangan Perniagaan (RP)
Samb..
Definisi
Business plan is a written summary of an entrepreneur’s proposed business venture, its operational and financial details, its marketing opportunities and strategy, and its managers’ skills and abilities.(Zimmerer & Scarborough,2008)
(RP merupakan ringkasan bertulis yang menerangkan tentang cadangan usahaniaga seseorang usahawan, maklumat operasi dan kewangan yang lengkap, strategi dan peluang pemasaran serta keupayaan dan kemahiran pengurus-pengurusnya.)
3 Fungsi utama RP:
1. Menjadi panduan kepada usahawan mengenai tindakan masa depan dan pembentukan strategi untuk kejayaan perniagaan. (It gives managers and employees a sense of direction)
2. Untuk menarik perhatian para pembiaya dan pelabur. (It is potential lenders’ and investors’ first impression of the company and its managers)
3. RP memberi gambaran peribadi usahawan (reflection of its creator). Ia menjadi bukti kepada pihak yang berkepentingan bahawa idea perniagaan tersebut boleh berjaya dengan komitmen serius yang diberikan oleh usahawan dalam menyediakan RP.
Kepentingan RP
– Menilai potensi, keunikan perniagaan, nilai komersial, teknologi, pasaran dan persaingan
– Membantu kawalan pengurusan dalam melaksanakan strategi
– Digunakan sebagai asas rujukan pelaksanaan tugasan dan aktiviti-aktiviti perniagaan
– Menjadi asas bagi tujuan pembiayaan, perkongsian dan penggabungan
Untuk mendapatkan sesuatu pembiayaan, sesebuah RP mesti berjaya dalam 3 kategori ujian :
1. Ujian Realiti (Reality test)2. Ujian Persaingan (Competitive test)3. Ujian Nilai (Value test)
Ujian Realiti
Komponen luaran• Membuktikan pasaran bagi produk itu wujud.• Fokus kepada pasaran sasaran (niche market),
bakal pelanggan, saiz pasaran, tahap persaingan, daya tarikan industri.
• Komponen dalaman- Fokus kepada produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan- Kelainan produk, boleh dibangunkan mengikut jangkaan
kos, nilai yang ditawarkan kepada pengguna
Samb..
Ujian Persaingan
Komponen luaran :- Menilai kedudukan perniagaan berbanding
pesaing utama.- Ancaman yang dihadapi akibat kelemahan
perniagaan/ kekuatan pesaing.
Komponen dalaman:- Fokus kepada keupayaan pengurusan –
kualiti, kemahiran dan pengalaman pihak pengurusan.
- Sumber-sumber lain milik perniagaan yang memberikan kelebihan persaingan kepada perniagaan tersebut.
Ujian Nilai
Fokus kepada kemampuan RP -membuktikan perniagaan mempunyai peluang besar dan mendapat kadar pulangan yang tinggi terhadap pelaburan.
Siapa yang memerlukan RP?
• Usahawan• Institusi kewangan• Pelabur• Pembekal• Kakitangan
B. MERANCANG PENULISAN
RANCANGAN PERNIAGAAN
Persediaan Menghasilkan RP Mengenalpasti sumber manusia Peruntukan sumber kewangan Anggaran masa Pengumpulan maklumat Analisis dan penilaian maklumat Mengenalpasti struktur dan format RP
Struktur Asas RP Halaman hadapan Ringkasan eksekutif Jadual kandungan Isi kandungan Pelan tindakan Justifikasi dan penutup Lampiran
Badan utama RP
Format RP
7. Rancangan pemasaran8. Rancangan operasi9. Rancangan kewangan10.Model perniagaan11.Tarikan perniagaan12.Pelan tindakan13.Justifikasi dan penutup
Jadual kandungan
1. Pengenalan
2. Tujuan RP
3. Latar belakang perniagaan
4. Latar belakang usahawan/ahli
5. Deskripsi produk/perkhidmatan
6. Rancangan pentadbiran dan pengurusan
Halaman hadapan Ringkasan Eksekutif
BAHAGIAN PEMBUKAAN
BAHAGIAN PEMBUKAAN
i) Surat Iringan Pengenalan kepada pihak yg menyediakan RP dan turut
menyatakan tujuan penyediaan RP Sekiranya RP disediakan bg pihak lain yg berkepentingan,
surat iringan perlu disertakan bersama-sama RP Bukan sebahagian drp RP tetapi perlu disediakan bg
mengiringi penyerahan atau pembentangan RP Biasanya disediakan selepas RP siap dan lengkap Ia menandakan pembentangan atau penyerahan RP adalah
lebih khusus kpd individu atau bhgn yg bertanggungjawab dlm organisasi, dan juga mereka yg memerlukan RP tersebut
Penyediaan adalah berdasarkan surat rasmi biasa dan menyatakan; kpd siapa RP ditujukan, pihak yg menyediakan RP/pengirim surat, kandungan surat (ttg tujuan RP disediakan dan diserahkan), dan penutup surat (berkenaan maklumbalas yg diperlukan)
ii) Halaman Hadapan
Kulit atau cover page RP Tidak memerlukan cetakan ataupun no.
mukasurat Secara terperinci, ia mengandungi
i. tajuk projek
ii. nama syarikat dan alamat perniagaan
iii. nama penulis/usahawan
iv. tarikh penyediaan RP
iii) Ringkasan Eksekutif
Sinopsis ataupun abstrak berkenaan keseluruhan isi kandungan RP
Disediakan selepas keseluruhan isi kandungan RP siap Perlu disediakan secara profesional, lengkap, ringkas
dan padat Kandungan:
1. Dimulakan dgn tujuan menyediakan RP2. Jika utk tujuan pembiayaan, nyatakan jumlah yg dikehendaki,
keperluan pembiayaan, cara hendak digunakan dan bagaimana pembiayaan dpt mendatangkan untung kpd syarikat
3. Nyatakan asas perniagaan dan pemilik 4. Deskripsi ringkas berkenaan projek/produk/perkhidmatan dan
kelebihan persaingan/pembezaan produk berbanding pesaing5. Sasaran pelanggan 6. Jumlah/bentuk pelaburan yg diperlukan dan jangkaan hasil7. Prospek masa hadapan
Panduan Ringkasan Eksekutif:1. Setiap point perlu mengikut aturan dalam
keseluruhan RP
2. Menggunakan ayat-ayat yg padat dan ringkas (biasanya 100-130 p.p)
3. Bentuk yg komprehensif biasanya tidak melebihi 1 muka surat
4. Format adalah mengikut teks, jangkauan satu jarak
5. Penyediaan selepas siapnya RP tetapi dipersembahkan pd awal RP
Kepentingan Ringkasan Eksekutif:1. Memberi gambaran sepintas lalu berkenaan
perniagaan syarikat
2. Penting apabila RP digunakan bagi membantu syarikat mendapatkan sumber bg melaksanakan RP tersebut
3. Menjadi tarikan utama bg mereka yang berminat atau berkepentingan
4. Memberi gambaran bahawa usahawan tersebut tahu dan faham berkenaan selok belok serta prospek perniagaannya
iv) Jadual Kandungan
Fungsi utama 1. Memudahkan pihak-pihak atau individu yang
berkepentingan mendapatkan maklumat yang mereka perlukan
2. Mengetahui sepintas lalu berkenaan isi kandungan RP yg disediakan
Nampak seperti tidak penting tetapi ianya tetap diperlukan dalam RP
BAHAGIAN ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan RP Pengenalan
‘tarikan’ awal pada isi kandungan RP
Secara ringkas akan menerangkan tentang latar belakang ataupun gambaran keseluruhan berkenaan RP
Perkara utama yang diketengahkan: idea perniagaan – supaya pembaca RP dapat memahami apakah bentuk perniagaan atau projek yg dicadangkan
Latar belakang cetusan idea juga boleh dinyatakan tetapi tidak menerangkan secara terperinci tentang perniagaan atau projek sepertimana yang diterangkan dalam ringkasan eksekutif
Pengenalan (samb.)• Melibatkan beberapa perkara seperti:
i. Perkara-perkara asas seperti yang menjawab 4W 1H (what, where, when, who dan how) – bg memastikan tiada maklumat yg akan tercicir semasa menyediakan bahagian ini
ii. Samada RP tersebut adalah RP yang pertama kali disediakan / RP yang ditambah baik daripada RP yg lepas
iii. Kajian-kajian yang dilakukan berkaitan perniagaan atau projek (jika ada) – dan dapatan perlu dinyatakan secara ringkas sbg fakta tarikan yg menyokong isi kandungan RP
iv. Strategi-strategi utama yg mampan dan berkesanv. Jika RP lebih menumpukan kepada aspek kewangan,
pengenalan haruslah menyatakan fakta-fakta atau analisis kewangan yg terlibat.
Dalam hal ini, haruslah dipastikan bahawa tiada fakta-fakta dinyatakan berulang-ulang dengan apa yang dinyatakan dalam Ringkasan Eksekutif.
2. Tujuan RP
• Dapat membantu individu yg terlibat dengan penyediaannya bg memfokuskan isi kandungan RP tersebut sbg hala tuju – skop dan isi kandungan lebih jelas dgn adanya hala tuju utk penyediaan RP
• Terdapat byk tujuan RP disediakan. Pada asasnya adalah untuk mendapatkan pembiayaan
Tujuan Penyediaan RP (samb.)• Terdapat byk tujuan RP disediakan. Antaranya ialah:
i. Mendapatkan pembiayaan kewangan yg meliputi perkara-perkara spt: tujuan kegunaan pembiayaan; jumlah keseluruhan yg diperlukan; kos-kos yg terlibat bg satu tempoh masa; dan anggaran/pengiraan bayaran balik pd asas bulanan dan tahunan
ii. Pelaksanaan projek baru yg mana ia melibatkan beberapa objektif yg lebih khusus, meliputi keseluruhan aspek SWOT juga beberapa perkara lain spt: tujuan projek/perniagaan secara jelas dan terperinci; pihak-pihak yg terlibat dan sokongan; dan fakta-fakta yg menyokong pelaksanaan projek
Samb…iii. Garis panduan menjalankan perniagaan yg
bertujuan bg menjana strategi-strategi dan melaksanakannya dgn lebih berkesan; sumber rujukan bg mendapatkan maklumat atau fakta; kaedah bg mencapai koordinasi dikalangan para pekerja dan aktiviti syarikat; dan sbg sbhgn drp elemen dlm sistem kawalan (ukuran pencapaian ataupun piawaian prestasi yg dpt dinilai secara lebih objektif)
iv. Pembentukan strategi syarikat di mana RP yg baik boleh membantu syarikat kenalpasti kedudukan di pasaran dan seterusnya menjana strategi jangka panjang atau jangka pendek dan juga memberi kekuatan kepada syarikat utk menghadapi persaingan yg wujud dlm persekitaran
v. Peruntukan dan penggunaan sumber-sumber yg dapat dibuat berdasarkan strategi-strategi yg dihasilkan oleh syarikat berdasarkan kedudukan dan kapasiti yg sedia ada dan juga ramalan bg keperluan semasa dan akan dtg
3. Latarbelakang Perniagaan & Usahawan
a. Latar Belakang Perniagaani. Nama syarikatii. Nombor pendaftaran syarikatiii. Alamat syarikativ. Alamat surat-menyurat (jika berlainan daripada alamat
syarikat)v. Nombor telefonvi. Alamat e-melvii. Alamat laman webviii. Bentuk perniagaanix. Bentuk pemilikan syarikatx. Kegiatan utamaxi. Tarikh pendaftaran (jika perniagaan sudah dimulakan)xii. Modal permulaan atau sumber pembiayaanxiii. Nama dan alamat pemegang sahamxiv. Nama bankxv. Jenis akaun perniagaan
b. Latar Belakang Perniagaan- Perincian maklumat berkenaan jenis perniagaan yang diceburi
- Termasuklah sejarah penubuhan ataupun pencetus idea perniagaan/projek
- Menjawab persoalan ”Apakah perniagaan ataupun projek yang diceburi dan apakah sebab-sebab wujudnya perniagaan atau projek itu”
- Pada dasarnya, menyatakan mengenai:
i. Faktor kewujudan perniagaan
ii. Falsafah yang dipegang
iii. Kepercayaan terhadap kejayaan perniagaan
iv. Prinsip yang di pegang dan diikuti
v. Kejayaan atau pencapaian yg diharap
vi. Pereka cipta produk/projek dan pemilik
c. Latar Belakang Usahawan/Rakan Kongsi- maklumat berkenaan individu atau sekumpulan individu yg
mencipta atau memulakan perniagaan dan memajukan perniagaan tersebut
- Penting kerana:i. memberi gambaran tentang kekuatan dan keupayaan
pemilik bg menguruskan sumber-sumber perniagaan
ii. penglibatan usahawan sbg peniaga dan pengurus
- Secara terperinci, ia mengandungi nama penuh, no. k/p, tarikh lahir, umur, jantina, alamat tetap, no. Telefon, taraf perkahwinan, latar belakang akademik, pengalaman kerja yg berkaitan, kemahiran atau kebolehan yg dimiliki, kursus yg pernah dihadiri, pekerjaan sekarang, dan perniagaan yg pernah diceburi
d. Misi Perniagaan (ms 50-53, 62-65)- Adalah dalam bentuk pernyataan berkenaan cara mencapai
objektif, matlamat dan wawasan syarikat- Ia juga:
i. Mendefinisikan perniagaan dan aspirasinyaii. Menyatakan ruang dan skop pembangunaniii. Membezakan syarikat dgn yg sedia adaiv. Panduan bg menilai aktiviti semasa dan akan dtgv. Mestilah mudah difahami oleh semua orang
- Penting untuk:i. Menjelaskan tujuan dan orientasi kewujudan entitiii. Sediakan asas atau piawai bg peruntukan sumber
perniagaaniii. Bantu syarikat dlm melaksanakan aktiviti mengikut
hala tujuiv. Bantu dalam menterjemahkan objektif dan matlamat
yang hendak dicapaiv. Menjadi parameter syarikat
4. Deskripsi Produka. Deskripsi Produk
b. Polisi Produk
c. Klasifikasi Produk
d. Peletakan Produk
e. Inovasi Produk
5. Rancangan Pentadbiran Dan Pengurusan
a. Pengenalan Organisasi
b. Carta Organisasi Perniagaan
c. Fungsi dan Tanggungjawab
d. Pengurusan Sumber Manusia
e. Wawasan, Matlamat, Objektif dan Misi Organisasi
f. Strategi Syarikat
g. Kelengkapan dan Keperluan Pejabat
h. Anggaran Belanja Pentadbiran dan Pengurusan
6. Rancangan Pemasaran
• Mengenalpasti pasaran bagi produk dalam industri
• Mengenalpasti Pelanggan• Ramalan Jualan• Analisis Pesaing• Strategi Pasaran• Taktik Pemasaran• Penyelidikan Pemasaran• Belanja Pemasaran• Perbelanjaan Pemasaran Keseluruhan
Rancangan Pemasaran
7. Rancangan Operasi
a. Rancangan Pengeluaranb. Proses Operasic. Penentuan Unit Pengeluarand. Rancangan Keperluan dan
Penggunaan Bahana. Pembelian Bahan, Mesin dan
Peralatana. Susun Atur Ruang Operasib. Aspek Kawalan Kualitic. Operasi Penyelenggaraand. Perbelanjaan Operasi Keseluruhan
8. Rancangan Kewangan
a. Kos Perniagaan / Kos Perlaksanaan Projek
a. Struktur Pembiayaanb. Tujuan Pembiayaanc. Penyediaan Unjuran Penyata-penyata Kewangand. Kegunaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan
a. Penyata Perdagangan b. Penyata Pendapatan
/ Untung Rugi : Hasil dan Perbelanjaana. Kunci Kira-kira: Aset, Liabiliti, dan ekuiti
Pemilikb. Penyata Aliran Tunai: Perolehan dan
Penggunaan Wang Tunaic. Analisis Prestasi Kewangan
9. Model Perniagaan
Memperincikan cara-cara melaksanakan perniagaan berdasarkan jenis-jenis model perniagaan yang dikenalpasti.
10. Tarikan Perniagaan
Faktor-faktor kejayaan kritikal (Critical Success Factor) bagi produk atau syarikat
a. Mewujudkan Tarikan Perniagaan
b. Jenis-jenis Tarikan Perniagaan
c. Perhubungan Antara Fungsi-fungsi Perniagaan
d. Kesimpulan Berkenaan Tarikan Perniagaan
BAHAGIAN PENUTUP
11. Pelan Tindakan
a. Kandungan Pelan Tindakan
b. Pelan Tindakan Sebagai Piawaian Prestasi
c. Teknik Menyediakan Pelan Tindakan
d. Kepentingan Pelan Tindakan
BAHAGIAN PENUTUP
12. Justifikasi dan Penutup
– Merupakan kesimpulan kepada keseluruhan isi kandungan RP.
– Dibuat dengan padat dan ringkas.
Recommended