View
577
Download
4
Category
Preview:
Citation preview
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
1/13
TOPIK 2: BAHAN MENTAH DAN ALAT KELENGKAPAN
ALAT KELENGKAPAN
1. Paku: biasa, kotak, kemasan, panel, veneer, payung, berkepala dua, konkrit,
bergelugur2. Skru: kepalar rata, kepala bulat, kepala timbul, kepala segiempat
3. Bolt dan nat: bolt mesin, bolt pedati, bolt gerigis
4. Engsel: muka tumpu, T, cangkuk dan simpai5. Tombol Penarik: pintu, tingkap, laci
6. Pendakap
7. Selak: Laras, engkol, rata8. Kunci : Puting
9. Penahan pintu hidraulik
1. PAKUl Sejenis bahan pemasangan yang kerap digunakan kerana ia mudah diperolehi
dan harganya berpatutanl Kebanyakkan paku diperbuat daripada keluli lembut
l Paku jenis besi bergalvani sesuai digunakan pada tempat-tempat yang
terdedah pada cuaca kerana ia dapat mengelakkan daripada berkarat
JENIS-JENIS PAKU KETERANGAN
1. Paku Biasa Paku berkepala bulat
Digunakan untuk kerja pembinaan
berat spt memaku lantai, dinding,
kerangka bumbung, pintu dan tingkap
2. Paku Kotak Paku ini serupa dgn paku biasa
kecuali toloknya lebih kecil Digunakan untuk membuat kotak dan
pembinaan Paku ini digunakan apabila didapati
paku biasa mungkin meretakkan
hujung kayu
3
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
2/13
3. Paku Kemasan
4. Paku Panel
Digunakan untuk kerja-kerja kemasan spt
memasang pelapisan dinding, kerja
perabot atau kerja yang tidak melihatkankepala paku yang boleh mencacatkan
kemasan permukaan
Sejenis paku dawai yang halus
Saiznya antara 12 mm- 50mm Kepalanya berbentuk kon yang
terbalik
Digunakan dalam kerja pemasangan
panel di mana apabila dipakukan kedalam kayu, kesannya kurang
kelihatan
5. Paku Venier Paku dawai halus hampir sama
dengan paku panel Kadangkala paku jenis ini tanpa
kepala Sesuai digunakan untuk memaku
kumai dan bahan-bahan yang nipis
6. Paku Payung Paku berkepala spt payung Digunakan untuk memasang penutup
bumbung bergelugur bgi mengelakkan
4
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
3/13
ari mengalir melalui lubang paku
7. Paku Berkepala Dua Paku yang mempunyai dua kepala
Digunakan khas dalam pemasanganacuan kayu dan kepala paku sebeginimudah dicabut semasa membuka
acuan
8. Paku Konkrit Digunakan untuk melekatkan bahan
lain pada konkrit
9. Paku Gelugur Paku ini adalah sejenis paku nipis
segiempat bujur dan bergelugur yang
diperbuat daripada keluli Digunakan untuk menemukan
beberapa keping papan dan juga
tanggam lain
5
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
4/13
Saiz paku seperti rajah di bawah digunakan berasarkan tujuan dan fungsi penggunaanya.
Saiz paku
2. SKRU
a) Skru diperbuat daripada keluli lembut bergalvani
b) Digunakan untuk:i) Mengikat kepingan kayu
ii) Menguatkan tanggamiii) Memasang barangan logam spt kunci, engsel dan selak
c) Jenis-jenis Skru
BIL JENIS SKRU KETERANGAN
1 Skru kepala rata Skru yang diperbuat daripada
keluli lembut bergalvani, tembaga
dan loyang untuk mencegah karat
Skru hendaklah dipasng dgn
cermat kerana ia mudah patah
Digunakan untuk kerja biasa di
mana kepala skrunya sama ratadengan permukaan kayu spt dalam
pemasangan meja, kerusi, engsel,
selak dan barang-barang logam
yang lain
6
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
5/13
BIL JENIS SKRU KETERANGAN
2. Skru kepala bulat Mempunyai kepala bulat Diperbuat daripada keluli, loyang
atau tembaga Digunakan untuk:
i) Mengikat bahagian kayu dan
kepalanya yang timbul boleh
dijadikan hiasanii) Kerja pemasangan bumbung
iaitu mengikat kepingan besi
galvani dan aluminium
3. Skru kepala timbul Merupakan cantuman skru kepalarata dan skru kepala bulat yang
diperbuat daripada bahan yangsama tetapi lebih kuat daripada
skru kepala bulat
Digunakan dalam kerja
pemasangan engsel hiasan,
pendakap dan kepingan logam lainpada kayu
4. Skru kepala segi empat Kepala berbentuk segi empat
Digunakan dalam kerja berat
seperti pemasangan engsel pintupagar, pembinaan jambatan dan
pasakan mesin
7
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
6/13
d) Bahagian Skru
e) Kelebihan menggunakan skru
i) Cantuman lebih kuat berbanding paku kerana adanya benang skru
ii) Mudah dipasang atau dibuka jika berlaku kesilapan pencantumaniii) Benda kerja tidak rosak semasa mencabut atau memasang semula bahagian
yang akan dicantum
3. BOLT DAN NAT
i) BOLT Bolt mesin dan pedati digunakan sebagai bahan pengikat bahagian kayu atau
logam
8
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
7/13
Bolt ini panjangnya 12 mm hingga 750 mm dan berdiameter 6 mm hingga 25
mm.
1. Bolt mesin
2. Bolt pedati
3. Bolt gerigis Digunakan untuk kerja mencantum atau menyambung kayu dengan
dinding tembok konkrit atau bata Bolt ini akan mengembang apabila diketatkan dan sesuai untuk
pemasangan bahagian yang memerlukan pegangan yang kuat Ia biasanya dipasang ke dalam dinding atau lantai
9
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
8/13
Jenis bolt gerigis
ii) NAT
Merupakan pasangan kepad bolt
Kegunaan untuk mengunci dan menguatkan pegangan bolt pada bahan
kerja Terdapat pelbagai saiz dan nama nat diberi berdasarkan bentuk kepalanya. Jenis nat : Segi empat, Heksagon, Topi, Kepak
Jenis Nat
10
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
9/13
4. ENGSEL
Merupakan barang logam yang utama dalam pemasangan pintu dan tingkap
Diperbuat daripada keluli, aluminium dan kuprum
BIL JENIS-JENIS ENGSEL (mm) KETERANGAN
1. Engsel muka tumpu Digunakan utk menggantungkan
daun pintu dan tingkap pada tiang
jenang
Terdapat dalam saiz 50 mm, 75
mm, 100 mm dan 150 mm
2. Engsel T Sesuai digunakan utk pintu lebar sptpintu beroti kerana engsel ini dapat
menanggung daun pintu dgn baik
Berbentuk T dan terdiri daripada
engsel daun segi empat dan engsel
panjang
Saiz 150 mm 450 mm
3. Engsel cangkuk dan simpai Dipasangkan pada pintu yg berat spt
pintu bengkel dan garaj
Ia seakan engsel T tetapi lebih tebal
dan berat berbanding engsel T
11
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
10/13
Panjang simpai antara 250 mm 800
mm.
Engsel cangkuk dan simpai terdiri
daripada plat segi empat tepat yg
dipasangkan sebatang pin dandilipat mengelilinginya
5. TOMBOL PENARIK Biasanya dipasang pada pintu, tingkap dan laci Tujuannya memudahkan pengguna memegang pintu semasa menutup atau
membuka pintu, tingkap dan laci Tombol penarik diperbuat daripada keluli, aluminium, loyang, kuprum,
plastik, kayu dan keluli tahan karat
Ia terdiri dari pelbagai bentuk dan saiz sesuai dengan pelbagai keadaan
Contoh-contoh tombol penarik:
Tombol penarik
12
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
11/13
6. PENDAKAP
Pendakap kayu merupakan sangga yang dapat menahan bahan atau bumbung
pelbagai kecondongan
Pendakap
7. SELAK
Merupakan alat pengunci yang diperbuat daripada keluli, kuprum, loyang danplastik
Bisanya selak dipasang pada permukaan sebelah dalam pintu atau tingkap yang
bertujuan untuk menguncinya setelah pintu atau tingkap ditutup rapat Selak berfungsi menggerakkan tangkai pemegangnya.
Jenis-jenis selak: Selak laras, selak sedatar, selak menara, selak engkol
8. KUNCI: PUTING
Kunci dipasang pada pintu dan tingkap
Ia bertujuan menambahkan ciri-ciri keselamatan pada sesebuah rumah atau
bangunan apabila pintunya ditutup Pintu yang dikunci hanya dibuka dengan menggunakan anak kunci
Kunci dipasangkan di bibir pintu dan plat hentaman dipasangkan pada tiang
jenang atau pasangan daun pintu
13
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
12/13
Apabila pintu ditutup, bolt selak dan bolt kunci akan masuk ke dalam plat
hentaman Terdapat pelbagai jenis kunci di pasaran, antaranya kunci puting
Kunci Puting
9. PENAHAN PINTU HIDRAULIK Berfungsi menahan pintu daripada tertutup secara mengejut atau kaun
Alat ini membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka Kelajuan pergerakan pintu boleh diselaraskan pada alat yang mempunyai daya
hidraulik
Penahan pintu dipasang pada bahagian atas pintu iaitu di sebelah bahagian engsel Terdapat dua jenis penahan pintu hidraulik yang biasa diguankan iaitu jenis yg
dipasang pada permukaan pintu dan jenis dipasang tersembunyi di dalam pintu
14
7/29/2019 TOPIK 2 alat kelengkapan
13/13
Penahan pintu hidraulik
15
Recommended