View
249
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
1/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
KRP 3013 :
KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN
EL-J02 ( A121PJJ)
NAMA NO. ID NO TELEFON
AMINAH BTEMOHD.AFANDI D 20111049946 012-7519176
NAMA TUTOR : DR NORILA BINTI MD.SALLEH
TARIKH SERAH : 24 NOVEMBER 2012
PEMARKAHAN
1 TUGASAN A
2 TUGASAN B
3 TUGASAN C
JUMLAH
TAJUK TUGASAN A
ANALISIS KESEPADUAN DALAM KURIKULUM DAN PENGAJARAN
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
2/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
LAPORAN ANALISIS
(TUGASAN BAHAGIAN A)
(KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama : AMINAH BTE MOHD.AFANDI No. ID : D 20111049946
Nama Mata Pelajaran : SAINSTahun : TAHUN 5
Dokumen Dianalisis : BUKU TEKS
Tajuk : RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN
Subtopik : MEMBINA SIRATAN MAKANAN
1. Kesepaduan Pengetahuan
a. Pengetahuan lain yang diserap selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang
dipilih :
i. Kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain:
- Kajian Tempatan
- Matematik
- Pendidikan Kesihatan
- Pendidikan Islam
- Bahasa Melayu
ii. Pelbagai karya sastera
- Lagu Bangau oh Bangau
iii. Pengetahuan am
- Murid mengenal pasti dan mengelaskan tumbuhan dan haiwan.
iv. Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakatan
- Kepentingsan ekosistem dalam kehidupan.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
3/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
b. Rasional Kepentingan
i. Kajian Tempatan
- Menerangkan peranan yang dimainkan oleh sektor penanaman dan penternakan
yang memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
- Mengenal pasti lokasi penanaman dan penternakan yang terdapat di Malaysia.
- Murid mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kegiatan pertanian dan penternakan.
ii. Matematik
- Murid mengira bilangan rantai makanan dalam satu siratan makanan.
. - Murid membuat satu piktograf bagi menunjukkan bilangan pengguna 1,pengguna
2 dan pengguna 3 dalam satu siratan makanan
- Murid mencari nisbah antara bilangan pengguna 1 dan bilangan pengguna 2 dalam
siratan makanan.
iii. Pendidikan Kesihatan
- Mendidik murid tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang sihat melalui
kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
- Persekitaran yang bersih menjamin pertumbuhan hidupan yang sihat..
iv. Pendidikan Islam
- Murid mengenal tumbuhan dan haiwan ciptaan Allah.
- Murid mengenal nama Allah Assyakur dan mengamalkan sifat kesyukuran dan terima
kasih dalam kehidupan seharian.
- Menanamkan sikap dan adab makan seperti membaca doa sebelum makan.
v. Bahasa Melayu
- Murid membina ayat dengan struktur yang betul berpandukan gambar siratan
makanan.
- Murid menggunakan penjodoh bilangan yang betul.
.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
4/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
vi.Pengetahuan am
- Siatan makanan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid-murid.
- Murid-murid mengenal ciptaan Allah dan mensyukurinya.
. - Murid-murid akan lebih peka terhadap kitaran hidup makhluk di dunia ini saling
bergantungan antara satu sama lain.
-Adalah penting untuk mengetahui, memahami dan menyedari kebergantungan
hidupan di alam ini saling memerlukan.
vi. Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakatan
- Adalah penting untuk menyedari, memahami, prihatin dan peka terhadap isu-isu
penjagaan alam sekitar sebagai warisan demi kehidupan generasi akan datang dan
memelihara hidupan tidak pupus..
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
5/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Mata pelajaran Kajian Tempatan
Penyerapan pengetahuan ini boleh dilaksanakan dalam salah satu langkah
pengajaran berikut :
Set Induksi
- menayangkan gambar aktiviti penternakan lembu dan kambing di Agro Kluang. .
Perkembangan- membincangkan isu-isu penting yang terdapat dalam gambar kepada murid-murid.
- menyenaraikan jenis-jenis binatang ternakan yang ditayangkan dan bersoaljawab
mengenai kitaran makanannya.
- membuat ulasan tentang persoalan yang dikemukakan dan mengaitkannya dengan
tajuk pada hari itu.
- murid-murid membina kitaran makanan bagi lembu iaitu: rumput lembu harimau.
Pengayaan- mengadakan aktiviti berkumpulan menghasilkan satu siratan makanan dan
membentangkan di hadapan kelas.
Penutup
- nyanyian lagu Bangau Oh Bangau.
- menyatakan nilai murni daripada pelajaran pada hari itu.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
6/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
2.Kesepaduan Kemahiran
a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata
pelajaran yang dipilih :
i. Kemahiran Berfikir Mengumpul maklumat
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
iii. Kemahiran Menaakul
iv. Kemahiran Belajar Cara Belajar
v. Kecerdasan Pelbagai : VerbalLinguistik
b. Rasional / Kepentingan
i. Kemahiran Berfikir Mengumpul Maklmumat
- Kemahiran berfikir membolehkan murid meluaskan ruang untuk memupuk corak
pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu tentang ilmu pengetahuan yang
dipelajari misalnya pengetahuan tentang ekosistem dan habitat haiwan.
- Kemahiran Berfikir melibatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis yang memerlukan
murid berfikir dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, dan membuat
keputusan. Kemahiran ini penting dalam kehidupan harian murid dan kerjaya murid
pada masa depan contohnya mencari penyelesaian terhadap masalah yang berlaku di
persekitaran kehidupan seharian mereka..
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Penggunaan TMK secara terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran contohnya meneroka dan mengakses
maklumat tentang kitaran haiwan yang berlaku di sekeliling mereka.
- TMK mampu menyampaikan kandungan pelajaran secara lebih komprehensif dan
efisien khususnya untuk meneroka jaringan pengetahuan yang luas. Ini memudahkan
murid mengumpul maklumat berkaitan kehidupan haiwan dengan lebih mudah dan
cepat.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
7/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iii. Kemahiran Menaakul
- Kemahiran menaakul ini berkaitan dengan pengiraan bilangan rantai makanan dalam
siratan makanan.Di sini murid-murid akan lebih memahami dan mengenal pasti
bilangan rantaian makanan yang boleh dihasilkan dalam satu kitaran hidupan
haiwan.Kemahiran ini juga memberi kesedaran kepada murid-murid betapa
pentingnya saling kepergantungan antara tumbuhan dan haiwan dalam sebuah
habitat.Ia dapat mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara
atau isu yang berlaku dan mendidik supaya menyayangi dan mencintai alam sekitar
agar tidak merosakkan sesuatu ekosistem.
iv. Kemahiran Belajar (Kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan
memproses maklumat.)
- Kemahiran belajar menyediakan murid untuk berupaya belajar sendiri
tanpa guru seperti membuat rujukan bersama rakan daripada pelbagai bahan seperti
buku, ensiklopedia, kamus, jurnal dan sebagainya.
- Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap
bertindak untuk berdepan dengan dunia yang sering berubah dan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup misalnya dengan mengaplikasikan kemahiran mencari
maklumat berbantukan komputer melalui aplikasi internet.
v. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Verbal-Linguistik
- Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan pemikiran lebih mendalam
tentang isu yang dipelajari seperti isu dan punca kepupusan haiwan.
- Kemahiran ini membolehkan murid memperoleh pelbagai perspektif mengenai
sesuatu perkara. Contohnya murid lebih peka terhadapan perubahan ekosistem..
- Kemahiran Verbal Lingusitik membolehkan murid merancang dan menyediakan
bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa lisan, bacaan, dan
penulisan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan lebih yakin untuk
melibatkan diri dengan perbincangan, perbahasan, pidato dan sebagainya.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
8/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Kemahiran Berfkir Mengumpul Maklumat
Penggabungjalinan ini boleh dilaksanakan dalam salah satu langkah pengajaran
berikut :
Set Induksi
- Murid bercerita tentang kitaran hidupan haiwan di sekeliling mereka..
- Murid menyatakan pelbagai jenis makanan haiwan.
Perkembangan
- Secara berpasangan murid berbincang tentang gambar yang terdapat dalam teks
mengenai kitaran makanan..
- Murid diminta mengumpulkan maklumat tentang perkara penting dalam
gambar yang didapati melalui buku teks..
- Secara berpasangan murid membina sekurang-kurangnya dua kitaran makanan
berpandukan gambar.
- Murid menyenaraikan kepentingan dan kepergantungan haiwan untuk meneruskan
kehidupan.
Penutup
- Murid membuat kesimpulan tentang proses kitaran dan rantaian makanan yang
berlaku dalam kehidupan ini..
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
9/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
3. Kesepaduan Nilai
a. Nilai-nilai yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang
dipilih :
i. kesyukuranii. kebersihan fizikal dan mental
iii. belas kasihan
iv. kerjasama
v. prihatin
b. Rasional / Kepentingan
i. Kesyukuran dan terima kasih
- nilai kesyukuran dan terima kasih kepada Allah sebagai pencipta hidupan di alam
maya ini.Juga rasa bersyukur kerana setiap kejadian itu memberikan kepentingan
dan saling bergantungan antara satu sama lain untuk meneruskan
kehidupan.Gambar kitaran dan siratan makanan yang dipaparkan melalui teks
banyak memberikan kesedaran dan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada
pencipta.
ii. Kebersihan Fizikal dan Mental
- kebersihan diri dan kebersihan persekitaran melalui pemikiran dan amalan
kerohanian. Contohnya mendidik murid tentang pentingnya menjaga kebersihan
diri, persekitaran tempat tinggal juga tempat tinggal haiwan peliharaan.Kebersihan
juga penting dalam kehidupan haiwan dan akan menjejaskan kesihatan haiwan
sekiranya habitatnya kotor dan musnah.Selain itu juga kebersihan makanan juga
amat penting bagi memastikan kita mendapat sumber zat makanan yang
seimbang dan berkualiti.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
10/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iii. Belas kasihan
- dalam kita menjalani kehidupan seharian kita bukan sahaja berdepan dengan
sesama manusia tetapi juga makhluk lain di muka bumi ini.selain manusia
terdapat haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut bersaing untuk hidup.Dalam hal
ini,setiap kita perlu ada nilai belas kasihan sesama makhluk.Jangan melakukan
perkara yang boleh menjejaskan dan merosakkan kehidupan makhluk
lain.Seringkali berlakunya penyeksaan terhadap haiwan seperti
kucing,anjing,harimau dan juga aktiviti pemburu haram.Nilai ini amat penting dalam
memupuk kesedaran betapa berharganya flora dan fauna ciptaan Allah ini yang
perlu kita sama-sama pelihara dan kekalkan.
iv. Kerjasama
- usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada
peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu
matlamat; termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royong,
toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.Topik Kitaran Makanan dan Rantai
Makanan ini memerlukan kerjasama antara semua makhluk di ala mini kerana
saling kebergantungan.Manusia jangan merosakkan tumbuh-tumbuhan kerana
tumbuhan merupakan pengeluar kepada pengguna seperti gajah dan rusa sebagaimakanannya.
iv. Prihatin
- prihatin terhadap isu-isu semasa yang berkaitan dengan hidupan
ekosistem.Menghargai kepentingan sesame makhluk di bumi ini kerana semua
hidupan perlu makanan untuk meneruskan kehidupan.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
11/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut
dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Kesyukuran dan terima kasih
Penyerapan nilai boleh dilakukan dalam salah satu langkah pengajaran berikut :
Set Induksi
- guru memaparkan gambar haiwan yang sedang memburu mangsa sebagai hidangan
makanannya.
Perkembangan
- guru mengaitkan dengan tajuk.Paparan gambar kitaran makanan haiwan .Guru
mengaitkan dengan nilai kesyukuran dan terima kasih kepada Pencipta kerana setiap
tumbuhan dan haiwan saling memerlukan untuk terus hidup.Masing-masing
mempunyai kepentingan dan saling berkaitan.Umpamanya Allah menciptakan
tumbuhan padi yang boleh menjadi sumber makanan tikus.Tikus pula diciptakan
sebagai sumber makanan untuk ular dan ular puila adalah sumber makanan kepada
helang.Rantaian ini begitu unik dan adalah menjadi amalan kita untuk mensyukuri
nikmat ini.
Pengayaan
- murid-murid membina rantaian makanan dalam kemahiran melukis.
Penutup
- mengarang serangkap pantun teka teki berpandukan topic rantaian makanan.Contoh :
Penat berlari kerana semput,
Rehat sebentar di rumah Abu,
Kalau lembu makan rumput,
Apa pula yang makan lembu.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
12/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
4. Pendapat / Pandangan / Cadangan serta Justifikasi
a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi
Unsur-unsur kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran bernilai tambah dan nilai yang
terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran bertajuk Rantaian Makanan dan Kitaran |
Makanan ini adalah bertujuan membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan
dan membuka ruang untuk meneroka pelbagai bidang ilmu yang murid minati. Isi
kandungan daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam misalnya, membuka
ruang yang lebih luas untuk murid meneroka ilmu pengetahuan tentang ciptaan Allah dan
kepentingan setiap ciptaannya.. Murid lebih tertarik untuk mencari meneroka dan
mengakses maklumat yang berkaitan dengan ekosistem dan hidupan melalui penggunaan
TMK misalnya. Penggunaan TMK membantu murid membina pengalaman yang lebih
menarik, bermakna dan berkesan dalam menjana ilmu.. Kemahiran Berfikir
Kreatif dan Kritis yang diserapkan pula menggalakkan murid mencerna dan menghasilkan
idea asli dan bersifat generatif. Dalam tajuk ini, sebagai contoh murid boleh memikirkan
bagaimana setiap hidupan itu meneruskan hidupnya dengan saling memerlukan antara
satu sama lain.Pengajaran bertambah seronok dengan adanya nyanyian Bangau Oh
Bangau.Aktiviti mencipta serangkap pantun teka teki juga mampu menjana kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan murid-murid.Manakala kesepaduan nilai yang
diserapkan bertujuan mendidik murid mensyukuri ciptaan Tuhan dan sama-sama
memeliharanya agar terus kekal. Selain itu supaya murid dapat memaham dan menerima
serta mengamalkan asperk-aspek nilai yang bersesuaian dengan perkembangan diri murid
agar menjadi insan yang seimbang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Adalah
diharapkan dengan penerapan unsur-unsur kesepaduan nilai murni ini membolehkan
murid mennguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima
oleh rakan sebaya, masyarakat dan negara.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
13/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
14/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
15/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
16/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
LAPORAN ANALISIS
(TUGASAN BAHAGIAN A)
(KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama : AMINAH BTE MOHD.AFANDI No. ID : D20111049946
Nama Mata Pelajaran : KAJIAN TEMPATANTahun : TAHUN 5
Dokumen Dianalisis : BUKU TEKS
Tajuk : KEINDAHAN NEGARA KITA
Subtopik : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR
1. Kesepaduan Pengetahuan
a. Pengetahuan lain yang diserap selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang
dipilih :
i. Kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain:
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Pendidikan Kesihatan
- Sains
- Pendidikan Seni
ii. Pengetahuan am
- Murid biasa melihat tumbuh-tumbuhan semulajadi dan ke zoo melihat hidupan
liar di Malaysia seperti harimau dan gajah.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
17/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
b. Rasional Kepentingan
i. Bahasa Melayu
- Murid menjana idea dengan pelbagai aras soalan oleh guru berdasarkan gambar
di buku teks muka surat 35 dan 36 dengan struktur ayat yang betul.
- Beberapa orang murid diminta membacakan beberapa perenggan ayat di teks muka
surat 38 dengan intonasi dan sebutan yang betul.
- Murid menyenaraikan sinonim bagi beberapa perkataan yang diberi berpandukan
teks muka surat 38 seperti perkataan bantut, hutan,iklim.dan laut.
- Murid perlu menyedari, memahami dan berbangga dengan tumbuhan dan hidupan
di negara kita.
ii. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Menjelaskan kepentingan kita memelihara tumbuhan dan hidupan liar di negara kita..
- Mendidik murid untuk belajar hidup menghargai alam sekitar dan sentiasa memelihara
keasliannya.
- Menjelaskan kepada murid tentang kepentingan nilai kesyukuran dan menghargai
kepentingan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar.
iii. Pendidikan Kesihatan
- Mendidik murid tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang sihat melalui
kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
- Persekitaran yang sihat menjamin kesihatan dan kecergasan diri.
- Menjaga kebersihan sungai agar tidak dicemari dan mengelakkan berlakunya
pencemaran air bagi mengelakkan kepupusan hidupan air.
iv. Sains
- Pengetahuan Sains membolehkan murid lebih memahami dan peka
terhadap isu pencemaran alam sekitar dan kepentingan menjaga alam sekitar..
- Murid mendapat pengetahuan mengenai keperluan tumbuh-tumbuhan dan hidupan
liar berkait dengan iklim dan bentuk muka bumi negara kita..
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
18/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
v. Pendidikan Seni
- Murid-murid didedahkan dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan di negara
kita.Murid mengkategorikan pelbagai jenis daun umpamanya.Murid melukis
pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara kita.
- Menjalankan pelbagai teknik melukis seperti lakaran goresan dan cetakan dapat
memberikan pendedahan kepada murid tentang pelbagai teknik dalam seni.
- Penggunaan pelbagai jenis bahan terbuang dalam membuat satu hasilan seni.
vi. Pengetahuan am
- Adalah penting untuk mengetahui, memahami dan menyedari kesan pencemaran
alam sekitar kepada tumbuhan dan hidupan liar di negara kita.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
19/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.Mata pelajaran Sains :Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar
Penyerapan pengetahuan ini boleh dilaksanakan dalam salah satu langkah
pengajaran berikut :
Set Induksi
- paparan LCD mengenai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi di negara kita..
- guru mengaitkan keadaan iklim dan bentuk muka bumi sesuatu tempat mempengaruhi
jenis tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di sesebuah negara.
Perkembangan
- membincangkan isi-isi penting berdasarkan paparan gambar.secara lisan
- menyenaraikan perkara penting yang terdapat berpandukan gambar tersebut.
- murid membuat perbandingan mengenai dua jenis hidupan liar gambar beruang kutub
dan orang utan.Murid mengaitkan dengan faktor habitat, cuaca dan pemakanan.Murid
mengaitkan dengan mata pelajaran sains dimana hidupan di negara sejuk berbulu tebal
bertujuan untuk memanaskan badannya.
- membuat ulasan tentang persoalan yang dikemukakan oleh guru berkaitan iklim dan
cuaca.
Pengayaan
- mengadakan aktiviti puzzle ( mencantum gambar hidupan liar yang terdapat di negara
kita.
Penutup
- Secara berkumpulan murid membina slogan bertemakan cintai alam sekitar negara
kita dengan perkataan tidak lebih daripada 20 patah perkataan.
- Pembentangan beberapa kumpulan di hadapan kelas.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
20/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
2. Kesepaduan Kemahiran
a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata
pelajaran yang dipilih :
i. Kemahiran Berfikir Mengkategori
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
iii. Kemahiran bertutur
iv. Kemahiran Belajar
v. Kecerdasan Pelbagai : VerbalLinguistik
b. Rasional / Kepentingan
i. Kemahiran BerfikirMengkategori
- Kemahiran berfikir membolehkan murid meluaskan ruang untuk memupuk corak
pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu tentang ilmu pengetahuan yang
dipelajari.
- Kemahiran Berfikir melibatkan kemahiran mengkategori yang memerlukan
murid berfikir dari segi mengkonsepsikan idea dan membuat pengkelasan.
Kemahiran ini penting dalam kehidupan harian murid dan kerjaya muridpada masa depan contohnya mencari penyelesaian dan membuat perbandingan
terhadap sesuatu isu atau masalah.
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Penggunaan TMK secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran contohnya meneroka dan mengakses
maklumat tentang iklim dunia dan kesannya kepada tumbuh-tumbuhan dan hidupan
di sesebuah tempat.- TMK mampu menyampaikan kandungan pelajaran secara lebih komprehensif dan
efisien khususnya untuk meneroka jaringan pengetahuan yang luas. Ini memudahkan
murid mengumpul maklumat berkaitan alam sekitar dengan lebih mudah.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
21/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iii. Kemahiran bertutur
- Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk
menjalinkan hubungan dan menyampaikan pendapat, perasaan, serta idea
yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
spontan..Penekanan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan
tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai.
- Kemahiran ini memberikan ruang untuk pelajar berani mengeluarkan pendapat
dan idea berkaitan persoalan yang dikemukakan oleh guru. mendidik murid
agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu.
- Kemahiran ini membolehkan murid meramal, menjangka akibat, serta mengendalikan
perubaha supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Sebagai contoh murid
boleh menjana idea bagi mengatasi pelbagai isu semasa bagi kesejahteraan hidupan
di masa depan.
iv. Kemahiran Belajar
- Kemahiran Belajar menyediakan murid untuk berupaya belajar sendiri
tanpa guru seperti membuat rujukan bersama rakan tentang tumbuhan dan hidupan
liar di egara kita melalui pelbagai sumber seperti buku, ensiklopedia, kamus, jurnal
dan sebagainya.
- Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap
bertindak untuk berdepan dengan dunia yang sering berubah dan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup misalnya dengan mengaplikasikan kemahiran mencari
maklumat berbantukan komputer.
v. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Verbal-Linguistik
- Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan pemikiran lebih mendalam
tentang isu yang dipelajari seperti isu pemanasan global yang terjadi akibat
pencemaran alam.
- Kemahiran ini membolehkan murid memperoleh pelbagai perspektif mengenai
sesuatu perkara. Contohnya murid lebih peka terhadap kesan pencemaran.terhadap
tumbuhan dan hidupan liar.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
22/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Kemahiran Berfkir - Mengkategori
Penggabungjalinan ini boleh dilaksanakan dalam salah satu langkah pengajaran
berikut :
Set Induksi
- Murid bercerita tentang keadaan / bentuk tumbuh-tumbuhan di negara kita.
- Murid menyatakan cirri-ciri tumbuh-tumbuhan tersebut seperti bentuk daun dan akar
. .
Perkembangan
- secara berkumpulan,murid dikehendaki membuat perbandingan antara beberapa
gambar mengenai cirri-ciri hidupan yang diberikan ( teks muka surat 39 )
- murid berbincang tentang cirri-ciri dan perbezaan antara gambar yang diberikan..
- murid diminta mengumpulkan maklumat penting dengan mengkategorikan
beberapa cirri perbezaan antara gambar tersebut. .
- beberapa kumpulan di minta membuat pembentangan.
Penutup
- Murid membuat kesimpulan tentang cirri-ciri hidupan berdasarkan dua habitat yang
berbeza..
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
23/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
3. Kesepaduan Nilai
a. Nilai-nilai yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang
dipilih :
i. Belas kasihan
ii. kebersihan fizikal dan mental
iii. Kesyukuran
iv. bertanggungjawab
v. semangat bermasyarakat
b. Rasional / Kepentingan
I Belas kasihan
- menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan
layanan yang sopan. Nilai ini dipamerkan melalui ketaatan terhadap ibu
bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin.Nilai belas
kasihan ini juga mampu dizahirkan melalui kecintaan kepada haiwan dan tumbuh-
tumbuhan.Jangan menzalimi haiwan dan merosakkan habitatnya.
ii. Kebersihan Fizikal dan Mental
- kebersihan diri dan kebersihan persekitaran dijelmakan melalui pemikiran dan
amalan kerohanian. Contohnya mendidik murid tentang pentingnya menjaga
kebersihan persekitaran agar tidak merosakkan ekosistem semulajadi
negara.Elakkan pencemaran seperti aktiviti pembalakan haram dan pemburu
haram.Aktiviti seumpama ini akan menjejaskan habitat dan hidupan haiwan.
iii. Kesyukuran
- segala kejadian ciptaan Allah perlu kita syukuri.Betapa maha besar Allah
menciptakan [elbagai jenis tumbuh-tumbuhan pelbagai rupa dan jenis.Begitu juga
dengan pelbagai jenis hidupan.
-rasa kesyukuran juga kepada ciptaannya kerana dengannya kita dapat pelbagai
manfaat seperti khasiat akar tongkat Ali,kacip Fatimah, tumbuhan herba dan
banyak lagi kegunaanya yang kita perolehi.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
24/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iv. bertanggungjawab
- usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada
peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu
matlamat; termasuk persaudaraan dan tanggungjawab bersama demi kebaikan
dan kesejahteraan dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan bersama
melalui pelbagai kempen.Ini memerlukan semangat kerjasama dan
tanggungjawab demi kebaikan sejagat.
iv. Semangat Bermasyarakat
- kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti
bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat contohnya
dengan penglibatan seluruh masyarakat dalam kempen Cintai Alam Sekitar bagi
memulihara tumbuhan dan hidupan liar di Negara kita.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
25/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai
tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Bertanggungjawab
Penyerapan nilai boleh dilakukan dalam salah satu langkah pengajaran berikut :
Set Induksi
- membaca dan mendeklamasikan pantun yang mengandungi nilai-nila
bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Perkembangan
- menyatakan nilai bertanggungjawab yang terdapat dalam petikan
- menyenaraikan kepentingan nilai bertanggungjawab terhadap tumbuh-tumbuhan dan
hidupan di negara kita.
Pengayaan
- mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah
melalui gerak kerja kumpulan dan kerja projek.
Penutup
- guru menayangkan paparan LCD mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab
segelintir masyarakat menyebabkan berlakunya pencemaran dan membinasakan
banyak hidupan dan tumbuhan.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
26/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
4. Pendapat / Pandangan / Cadangan serta Justifikasi
a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi
Penerapan pelbagai unsur kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran bernilai tambah dan
nilai yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran dalam topik ini adalah bertujuan
membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan membuka ruang untuk
meneroka pelbagai bidang ilmu yang murid tidak ketahui.. Isi kandungan daripada
mata pelajaran lain seperti Sains misalnya, membuka ruang yang lebih luas untuk murid
meneroka ilmu pengetahuan tentang alam sekitar dan kepentingan menjaganya. Murid
lebih tertarik untuk mencari meneroka dan mengakses maklumat yang berkaitan dengan
tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar melalui penggunaan TMK misalnya. Ia mampu
membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna dan berkesan. Kemahiran
mengkategori yang diserapkan pula menggalakkan murid mencerna dan menghasilkan
pelbagai pandangan dan idea di dalam membuat perbandingan.Murid dapat membezakan
antara hidupan di negara beriklim pnas dengan negara beriklim sejuk.Kesepaduan nilai
yang diserapkan bertujuan mendidik murid agar memahami dan menerima serta
mengamalkan asperk-aspek nilai yang bersesuaian dengan perkembangan
jasmani,emosi,rohani dan intelek pelajar. Adalah diharapkan dengan adanya unsur-unsur
kesepaduan nilai dan penggabungjalinan kemahiran akan mampu melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara dalam
melahirkan insan sempurna dan berjiwa murni..Insan yang menghargai keindahan alam
flora dan fauna yang rerdapat di naegara kita yang beriklim khatilistiwa.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
27/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
28/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
29/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
30/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
LAPORAN ANALISIS
(TUGASAN BAHAGIAN A)
(KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama : AMINAH BTE MOHD.AFANDI No. ID : D 20111049946
Nama Mata Pelajaran : MATEMATIKTahun : TAHUN 5
Dokumen Dianalisis : BUKU TEKS DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Tajuk : WANG HINGGA KE 100,000.
1. Kesepaduan Pengetahuan
a. Pengetahuan lain yang diserap selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang
dipilih :
i. Kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain:
- Kajian Tempatan
- Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Pendidikan Muzik
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Seni
ii. Pelbagai karya sastera
- Lagu Duit ciptaan M.Nasir
iii. Pengetahuan am
- Biasa menggunakan wang dalam kehidupan seharian
iv. Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakatan
- Kepentingan wang dalam kehidupa seharian
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
31/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
b. Rasional Kepentingan
i. Kajian Tempatan
- Menerangkan sejarah penggunaan wang dari zaman dahulu bermula dari pengenalan
Sistem Barter kepada ciptaan wang sehingga ke hari ini.
- Murid mengenali pelbagai bentuk wang syiling tertua sehingga kini.
- Menanamkan rasa cinta kepada pemerintah tertinggi Negara iaitu dengan
penggunaan gambar Yang DiPertuan Agong Pertama pada wang ringgit.
- Murid perlu menyedari betapa pentingnya peranan wang dalam kehidupan dan rasa
bersyukur kepada tokoh pencipta wang terdahulu.
ii. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Menjelaskan kepentingan berjimat cermat dalam menggunakan wang perbelanjaan
seharian..
- Mendidik murid untuk belajar hidup bantu membantu dalam masyarakat berbilang
kaum di negara kita.
- Menjelaskan kepada murid tentang kepentingan semangat tolong menolong dalam
masyarakat.
iii. Pendidikan Muzik
- Mendidik murid tentang pentingnya peranan wang dalam kehidupan kita.
- Menanamkan rasa bersyukur dengan adanya wang dalam kehidupan dan jangan
jadikan diri kita hamba kepada wang seperti dalam lirik lagu yang diperdengarkan.
iv. Bahasa Melayu
- Murid-murid dapat menajamkan lagi kemahiran membaca dengan pendedahan
kepada soalan penyelesaian masalah.
- Murid dapat menambah perbendaharaan kata seperti perkataan duit,ringgit,syiling
dan penggunaan RM dalam menulis ayat seperti RM 2.00.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
32/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
v. Pendidikan Seni
- Murid-murid mengenali pelbagai bentuk dan simbol yang digunakan pada wang
syiling dan ringgit.
- Penggunaan pelbagai bahan dalam dalam menghasilkan lukisan dan binaan wang
syiling dan ringgit dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mencabar daya
imaginasi dan penghayatan murid.
- Murid-murid akan lebih peka terhadap keindahan alam sekitar flora dan fauna yang
sedikit sebanyak digunakan dalam lambang pada wang syiling dan ringgit seperti
penggunaan lambang bunga raya pada wang kertas RM 5.00.
- Aktiviti melukis dan goresan wang syiling dalam pengajaran dan pembelajaran
merupakan satu aktiviti dan cetusan fikiran yang tinggi yang boleh menarik perhatian
murid-murid.
vi. Pengetahuan am
- Murid-murid diberikan pendedahan kepada kepentingan dan peranan wang dalam
kehidupan manusia.Wang memudahkan urusan jual beli dan adalah penting kita
mengetahui nilai-nilai wang agar kita tidak mudah tertipu.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
33/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Wang Mengenali Nilai Wang Ringgit dan Syiling
Penyerapan pengetahuan mata pelajaran Seni ini boleh dilaksanakan dalam salah satu
langkah pengajaran berikut :
Set Induksi
- Murid-murid diperdengarkan dengan lagu Duit nyanyian M.Nasir.
.
Perkembangan- Guru bersoaljawab dengan murid berdasarkan lirik lagu tersebut.
- menyenaraikan perkara penting yang terdapat dalam lagu.
- membuat ulasan tentang persoalan yang dikemukakan dalam lagu betapa pentingnya
wang dalam kehidupan manusia.
Pengayaan
- mengadakan aktiviti melukis dan membuat goresan pada wang syiling.
Penutup
- Murid-murid memaparkan wang ringgit dan syiling yang telah dihasilkannya.
- Murid membuat corak berulang dan tampalan pada buku latihan wang yang
telah dihasilkannya.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
34/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
2. Kesepaduan Kemahiran
a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata
pelajaran yang dipilih :
i. Kemahiran Berfikir Mengumpul maklumat
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
iii. Kajian Masa depan
iv. Kemahiran Belajar Cara Belajar
v. Kecerdasan Pelbagai : VerbalLinguistik
b. Rasional / Kepentingan
i. Kemahiran Berfikir Mengumpul Maklmumat
- Kemahiran berfikir membolehkan murid meluaskan ruang untuk memupuk corakpemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu tentang ilmu pengetahuan yang
dipelajari misalnya pengetahuan tentang sejarah dan pengenalan kepada kepentingan
wang.
- Kemahiran Berfikir melibatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis yang memerlukan
murid berfikir dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, dan membuat
keputusan. Kemahiran ini penting dalam kehidupan harian murid dan kerjaya murid
pada masa depan contohnya mencari penyelesaian terhadap masalah pertukaran
wang dan jual beli barangan seharian.
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Penggunaan TMK secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran contohnya meneroka dan mengakses
maklumat tentang nilai wang dan ,isu-isu semasa berkaitan dengan penyalahgunaan
wang dan kes wang palsu.
- TMK mampu menyampaikan kandungan pelajaran secara lebih komprehensif dan
efisien khususnya untuk meneroka jaringan pengetahuan yang luas. Ini memudahkanmurid mengumpul maklumat dengan lebih mudah dan pantas.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
35/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iii. Kajian Masa Depan
- Kajian masa depan dapat mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara
atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Kemahiran ini
membolehkan murid meramal, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan
supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Sebagai contoh murid menjadi
lebih peka terhadap isu-isu berkaitan penyalahgunaan wang dalam kehidupan
seharian.
- Kajian Masa Depan membantu murid memberi sumbangan ke arah kesejahteraan
dan kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan murid dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup.
iv. Kemahiran Belajar
- Kemahiran Belajar Cara Belajar menyediakan murid untuk berupaya belajar sendiri
tanpa guru seperti membuat rujukan bersama rakan daripada pelbagai bahan seperti
buku, ensiklopedia, kamus, jurnal dan sebagainya.
- Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap
bertindak untuk berdepan dengan dunia yang sering berubah dan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup misalnya dengan mengaplikasikan kemahiran mencari
maklumat melalui kemudahan ICT.
v. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Verbal-Linguistik
- Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan pemikiran lebih mendalam
tentang isu-isu yang berkaitan dengan wang seperti wujudnya sindiket wang palsu
- Kemahiran ini membolehkan murid memperoleh pelbagai perspektif mengenai
sesuatu perkara.
- Kemahiran Verbal Lingusitik membolehkan murid merancang dan menyediakan
bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa lisan, bacaan, dan
penulisan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan lebih yakin.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
36/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penggabungjalinan ini boleh dilaksanakan dalam salah satu langkah pengajaran
berikut :
Set Induksi.
- Guru menayangkan paparan LCD mengenai pelbagai bentuk wang syiling zaman
dahulu hingga kini.
- Bersoaljawab dengan murid mengenai sejarah wang syiling sejak zaman penjajahan
Jepun di Tanah Melayu.
Perkembangan
- Secara berpasangan murid berbincang tentang sejarah wang melalui bahan cetak
seperti keratan akhbar dan majalah yang diedarkan oleh guru/
- Murid diminta mengumpulkan maklumat tentang perkara berkaitan.
- Murid membuat perbandingan mengenai nilai wang syiling dan wang kertas..
- Murid menyenaraikan kepentingan wang dalam kehidupan manusia.
Penutup
- Murid membuat goresan pelbagai bentuk dan nilai wang syiling yang bersamaan
dengan wang kertas.Contohnya: Wang syiling 20 sen lima keping bersamaan
dengan RM 1.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
37/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
3. Kesepaduan Nilai
a. Nilai-nilai yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang
dipilih :
i. berjimat cermat
ii. Amanah
iii. kerajinan
iv. Kebersihan Fizikal dan Mental
v. semangat bermasyarakat
b. Rasional / Kepentingan
i. Berjimat cermat
- menghargai dan mensyukuri rezeki yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada
kita.Sebagai seorang pelajar,mereka perlu mengamalkan nilai berjimat cermat
seperti membawa bekal makanan dan air dari rumah ke sekolah.
ii. Amanah
- Nilai amanah dijelmakan melalui aktiviti jual beli. Selain itu kita juga perlu bersikap
amanah dalam menguruskan wang yang diamanahkan kepada kita umpamanya
pelajar telah dilantik sebagai bendahari persatuan,kelas dan sebagainya..Dalam
kehidupan seharian juga kita pasti melakukan aktiviti membeli barang .Di sekolah
pelajar kerap membeli makanan di kantin dan di kedai koperasi sekolah.Mereka
perlu mengamalkan nilai amanah serta kejujuran.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
38/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iii. Kerajinan
- usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan dedikasi
dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui kecekalan, daya usaha,
dedikasi, gigih dan tekun. Kerajinan dalam bekerja mampu menghasilkan upah
yang baik untuk menampung kehidupan manusia., Kerajinan akan memperolehi
upah yang mana wang amat perlu bagi seseorang untuk meneruskan hidup dan
memenuhi keperluan hidup..
iv. Kebersihan Fizikal dan Mental
- dalam kita melakukan urusan membeli sesuatu barang keperluan,kita harus
memastikan tahap kebersihan sesuatu produk itu.Umpamanya barangan dalam
tin,kita perlu memastikan dahulu tarikh luput penggunaannya sebelum
membelinya.Selain itu kita juga perlu mengetahui kandungan dalam sesuatu
barang terutamanya barangan kesihatan dan makanan agar tidak menjejaskan
kesihatan pengguna.
iv. Semangat Bermasyarakat
- kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti
bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat contohnya
dengan membantu masyarakat yang memerlukan .Hulurkanlah derma seikhlashati bagi meringankan beban yang ditanggung oleh jiran tetangga dan
masyarakat amnya..
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
39/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai tersebut
dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Amanah
Penyerapan nilai boleh dilakukan dalam salah satu langkah pengajaran berikut :
Perkembangan
- guru mengadakan satu aktiviti main peranan dalam situasi berjual beli.
- beberapa orang murid dipilih melakonkan watak-watak sebagai seorang penjual dan
pembeli.
- dalam aktiviti lakonan ini guru boleh menerapkan nilai amanah dimana pelajar perlu
amanah dalam membuat pengiraan dan pemulangan baki wang kepada pelanggan.
- menyatakan nilai amanah yang terdapat dalam lakonan tersebut.
- menyenaraikan kepentingan nilai amanah dalam kehidupan seharian kita.
Pengayaan
- mengadakan aktiviti nyanyian Duit nyanyian M.Daud KIlau
Penutup
- aktiviti permainan secara berkumpulan mencari barang mengikut jumlah nilai wang
yang diberikan oleh guru dalam jangka masa yang ditetapkan.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
40/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
4. Pendapat / Pandangan / Cadangan serta Justifikasi
a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi
Unsur-unsur kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran bernilai tambah dan nilai yang
terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran topik wang adalah bertujuan membentuk
sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan membuka ruang untuk meneroka
pelbagai bidang ilmu yang murid minati. Isi kandungan daripada mata pelajaran lain seperti
Pendidikan Seni misalnya, membuka ruang yang lebih luas untuk murid
meneroka ilmu pengetahuan tentang bentuk,simbol yang terdapat pada wang syiling dan
wang kertas.Gambar Yang Dipertuan Agong pertama pada wang kertas memberikan
penambahan ilmu terutama kepada generasi muda mengenali potret Yang DiPertuan
Agong.Murid juga akan lebih tertarik untuk mencari meneroka dan mengakses maklumat
yang berkaitan dengan sejarah wang melalui penggunaan TMK misalnya. Penggunaan
TMK membantu murid membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna dan
berkesan. Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis yang diserapkan pula menggalakkan murid
mencerna dan menghasilkan idea asli. Dalam tajuk ini, sebagai contoh murid boleh
memikirkan bagaimana menghasilkan simbol pada wang syiling yang mana ia bermotifkan
flora dan fauna yang terdapat di negara kita. Manakala kesepaduan nilai yang diserapkan
bertujuan mendidik murid agar memahami dan menerima serta mengamalkan aspek-
aspek nilai yang bersesuaian dengan perkembangan diri murid agar menjadi insan yang
seimbang dan harmonis.. Adalah diharapkan dengan adanya unsur-unsur kesepaduan
nilai,murid boleh menguasai dan mengamalkan tingkah laku dan nilai murni dalam
menjalani kehidupan seharian.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
41/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
42/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
43/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
44/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
45/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
LAPORAN ANALISIS
(TUGASAN BAHAGIAN A)
(KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)
Nama : AMINAH BTE MOHD.AFANDI No. ID : D20111049946
1. Kesepaduan Pengetahuan
a. Pengetahuan lain yang diserap selain daripada isi kandungan mata pelajaran yang
dipilih :
i. Kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain:
- Kajian Tempatan
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Muzik
- Sains
- Pendidikan Moral
ii. Pengetahuan am
- Alat-alat tradisional seperti tikar mengkuang,tembikar dan bakul.
iv. Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakatan
- Kepentingan memelihara kraf dan warisan dahulu.
Nama Mata Pelajaran : PENDIDIKAN SENI
Tahun : TAHUN 5Dokumen Dianalisis : RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Tajuk : KRAF TRADISIONAL
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
46/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
b. Rasional Kepentingan
i. Kajian Tempatan
- menerangkan peranan yang dimainkan oleh tokoh tempatan dalam menghasilkan kraf
tradisional seperti tikar,tembikar dan anyaman buluh.
- murid mengetahui mengenai pelbagai kegunaan tumbuhan tempatan seperti
mengkuang dan rotan yang boleh diproses menjadi pelbagai barangan tradisional
seperti tikar dan bakul.
- mengenali pelbagai hasil ekonomi melalui sumbangan daripada industri desa.
- mengetahui mengenai sumber hutan yang boleh diproses bagi menghasilkan pelbagai
kraf tradisional.
ii. Bahasa Melayu
- mengetahui beberapa istilah-istilah dalam kraf tradisional seperti tenunan,anyaman,
tekat,ukiran dan sebagainya.Ini akan dapat menambah perbendaharaan kata murid..
- murid boleh mengarang sebuah karangan autobiografi bertajuk Aku Sehelai Tikar
Mengkung .
- memberikan pengetahuan lebih mendalam kepada murid-murid tentang penggunaan
penjodoh bilangan seperti sehelai kain batik, sebuah tembikar dan segulung tikar
- - Pantun merupakan puisi Melayu yang kaya dengan unsur-unsur pemikiran yang
bernas dan kerap mengandungi panduan atau nasihat tentang kehidupan serta
manusia.
- Penggunaan pantun dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mencabar daya
intelek murid-murid di samping merapatkan diri mereka dengan budaya Melayu
iii. Pendidikan Muzik
- mendidik murid tentang kepelbagaian cabang seni antaranya seni nyanyian.
- menimbulkan kepelbagaian aktiviti dalam pengajaran iaitu aktiviti nyanyian bagi
mewujudkan suasana yang lebih menarik minat murid.
- sambil murid melukis corak kain umpamanya,guru memutarkan lagu Kain
Pelekatnyanyian Anuar Zain.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
47/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iv. Sains
- Pengetahuan Sains membolehkan murid lebih memahami dan peka
terhadap isu pencemaran alam sekitar dan kepentingan menjaga alam sekitar serta
tumbuhan agar terus terpelihara sebagai khazanah alam.
-pengetahuan sains turut membantu murid dalam menjalankan proses pengeringan
daun mengkuang sebelum proses anyaman dilakukan.
v. Pendidikan Moral
- murid-murid akan lebih peka terhadap alam pandangan hidup, keindahan alam sekitar
serta menggalakkan mereka berfikir dan belajar serta berterima kasih di atas kurnian
Tuhan.
-menghargai jasa dan sumbangan tokoh terdahulu dalam menghasilkan kraf
tradisional.
vi. Pengetahuan am
- Adalah penting untuk mengetahui, memahami dan menyedari bahan di sekeliling kita
boleh menghasilkan pelbagai kraf yang menarik.
vi. Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakatan
- Adalah penting untuk menyedari, memahami, prihatin dan peka terhadap isu-isu
penjagaan alam sekitar sebagai warisan demi kesejahteraan generasi akan
datang.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
48/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Bagaimana penyerapan salah satu daripada pengetahuan tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Hasil krat tradisional
Sumbangan Industri Desa ( Kajian Tempatan)
Penyerapan pengetahuan ini boleh dilaksanakan dalam salah satu langkah
pengajaran berikut :
Set Induksi
- .Guru memaparkan gambar melalui LCD mengenai pelbagai aktiviti ekonomi daripada
sektor Industri Desa.Pelbagai produk dipaparkan melalui paparan LCD dan
bersoaljawab berpandukan produk-produk yang dipaparkan.
Perkembangan
- guru mempamerkan salah satu produk kraftradisional iaitu tikar mengkuang.
- bersoaljawab bersama murid mengenai bahan-bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan tikar mengkuang.
- guru berkongsi bersama murid mengenai cara-cara membuat tikar mengkuang bermula
daripada meraut daun mengkuang,mencelup warna sehinggalah teknik menganyam
tikar tersebut.
- membuat ulasan tentang persoalan yang dikemukakan.
- guru mengaitkan dengan tumbuh-tumbuhan di negara kita yang beriklim khatulistiwa
membolehkan pokok mengkuang tumbuh dengan subur.
Pengayaan
- mengadakan aktiviti teka silang kata mengenai pelbagai hasil produk daripada industry
desa.
Penutup
- murid-murid menyatakan kelebihan menggunakan tikar mengkuang.
i.harganya murah.
ii.selesa digunakan
-Murid menyatakan alternatif lain sekiranya tiada lagi penghasilan tikar mengkuang
zaman ini.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
49/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
2. Kesepaduan Kemahiran
a. Kemahiran lain yang digabungjalinkan selain daripada kemahiran dalam mata
pelajaran yang dipilih :
i. Kemahiran Berfikir Mengumpul maklumat
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
iii. Kajian Masa Depan
iv. Kemahiran Belajar Cara Belajar
v. Kecerdasan Pelbagai : VerbalLinguistik
b. Rasional / Kepentingan
i. Kemahiran Berfikir Mengumpul Maklmumat
- Kemahiran berfikir membolehkan murid meluaskan ruang untuk memupuk corak
pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu tentang ilmu pengetahuan yang
dipelajari misalnya pengetahuan tentang alam sekitar.
- Kemahiran Berfikir melibatkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis yang memerlukanmurid berfikir dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, dan membuat
keputusan. Kemahiran ini penting dalam kehidupan harian murid dalam mengetahui
kepelbagaian hasil kraftradisional di negara kita.
ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran contohnya
meneroka dan mengakses maklumat tentang kegunaan pelbagai tumbuhan di negara
kita adalah mudah dengan melayari internet.Maklumat di hujung jari.- TMK mampu menyampaikan kandungan pelajaran secara lebih komprehensif dan
efisien khususnya untuk meneroka jaringan pengetahuan yang luas. Ini memudahkan
murid mengumpul maklumat berkaitan topik yang dipelajari.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
50/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iii. Kajian Masa Depan
- Kajian masa depan dapat mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara
atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Kemahiran ini
membolehkan murid meramal, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan
supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Sebagai contoh murid menjadi
lebih peka terhadap isu-isu alam sekitar yang mengancam flora dan fauna di negara
kita hingga boleh menyebabkan kepupusan.
- Kajian Masa Depan membantu murid memberi sumbangan ke arah kesejahteraan
dan kebaikan dunia dan menjaga dan terus memulihara keindahan alam di sekeliling
kita.daripada tercemar dan pupus.
iv. Kemahiran Belajar Cara Belajar
- Kemahiran ini membolehkan murid untuk belajar sendiri tanpa guru seperti membuat
rujukan bersama rakan daripada tentang sejarah hasil kraftradisional,tokoh-tokoh
perintis dari pelbagai bahan seperti buku, ensiklopedia, kamus, jurnal dan
sebagainya.
- Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap
bertindak untuk berdepan dengan dunia yang sering berubah dan mengamalkan
pembelajaran kendiri dengan mengaplikasikan kemahiran mencari maklumat
berbantukan ICT melalui aplikasi internet.
v. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Verbal-Linguistik
- Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dapat meningkatkan pemikiran lebih mendalam
tentang isu yang dipelajari seperti punca dan akibat kepupusan dan kemusnahan
tumbuh-tumbuhan dan pencemaran alam sekitar.
- Kemahiran ini membolehkan murid memperoleh pelbagai perspektif mengenai
sesuatu perkara. Contohnya murid lebih peka terhadapa kesan-kesan pencemaran.
- Kemahiran Verbal Lingusitik membolehkan murid merancang dan menyediakan
bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa lisan, bacaan, dan
penulisan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan lebih yakin..
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
51/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Bagaimana penggabungjalinan salah satu daripada kemahiran tersebut dapat
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Kemahiran Berfkir Mengumpul Maklumat
Penggabungjalinan ini boleh dilaksanakan dalam salah satu langkah pengajaran
berikut :
Set Induksi
- Guru melafazkan serangkap pantun teka-teki mengenai salah satu produk hasil
kraftradisional.
- Murid meneka jawapan bagi pantun teka teki tersebut.
Perkembangan
- Guru memberikan jawapan kepada persoalan teka teki tersebut.
-Secara berpasangan murid diminta menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan
dalam proses pembuatan tikar mengkuang berpandukan petikan Cara-cara
Membuat Tikar Mengkuang.
- Murid diminta mengumpulkan maklumat tentang perkara penting dalam
petika tersebut.
- Beberapa orang murid menyenaraikan bahan-bahan untuk menghasilkan tikar
mengkuang berpandukan petikan.
- Murid menyenaraikan faktor mengapa seni kraftradisional ini perlu dipelihara.
Penutup
- Murid membuat rumusan tentang kepentingan tikar mengkuang.
- Guru membimbing murid menyanyi lagu tikar mengkuang berpandukan melodi lagu
Kain Pelekat.nyanyian Anuar Zain.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
52/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
3. Kesepaduan Nilai
a. Nilai-nilai yang diserapkan selain daripada nilai dalam mata pelajaran yang
dipilih :
i. kesyukuran
ii. kebersihan fizikal dan mental
iii. kerajinan
iv. kerjasama
v. patriotisme
b. Rasional / Kepentingan
i. Kesyukuran
- menghargai dan memelihara khazanah alam semulajadi negara yang kaya dalam
menyumbang kepada ekonomi negara seperti dalam sektor Industri Desa.Nilai ini
dipaparkan melalui tayangan Video bagaimana proses dihasilkan daripada daun
mengkuang menjadi tikar.Syukur kepada Penciptanya yang memberikan pelbagai
krgunaan dan kepentingan tumbuhan di negara kita bagi kegunaan dan
keselesaan kehidupan manusia.
ii. Kebersihan Fizikal dan Mental
- kebersihan diri dan tempat tinggal dijelmakan melalui pertuturan,kelakuan,
pemikiran dan amalan kerohanian. Contohnya mendidik murid tentang
pentingnya menjaga kebersihan dengan duduk beralas tikar mengkuang dan
sebagainya.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
53/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
iii. Kerajinan
- Tanpa membuang masa terluang,masyarakat dahulu memanfaatkan masa yang
ada dengan membuat pelbagai kraftangan seperti tembikar,menenun
songket,menganyam tikar dan sebagainya..Dalam menghasilkan sesuatu produk
memerlukan kesabaran,ketekunan dan kerajinan yang tinggi.Hasilnya akan
memberikan kepuasan kepada menciptanya.Contohnya untuk menghasilkan
sehelai tikar mengkuang memerlukan kerajinan yang tinggi bermula daripada
memproses daun mengkuang,mewarna,menjemur dan seterusnya proses
menganyam sehinggalah terhasilnya sehelai tikar untuk kegunaan manusia
sebagai pelapik duduk atau baring.
iv. Kerjasama
- usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada
peringkat masyarakat setempat untuk mencapai sesuatu produk bagi menjana
ekonomi negara melalui industri desa.Pelbagai hasil kraftangan akan dapat
dihasilkan melalui aktiviti bergotong royong dan kekerjasama dalam sesebuah
masyarakat.
.
iv. Semangat patriotisme
- semangat patriotism ini dapat dijelmakan melalui pelbagai khazanah senikraftradisional zaman lampau.Sebagai generasi masa kini,adalah
bertanggungjawab untuk memeliharan khazanah nenek moyang kita agar tidak
lapuk ditelan zaman.Masyarakat kini perlu menghayati hasil seni masyarakat
zaman lampau yang sehingga kini masih lagi relevan dan sesuai diguna pakai
oleh masyarakat moden hari ini.Sekalung penghargaan kepada tokoh-tokoh yang
mremperkenalkan pelbagai seni kraf ini seperti songket,tikar,tembikar dan
sebagainya.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
54/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
c. Penerangan tentang bagaimana penyerapan salah satu daripada nilai
tersebut dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Nilai kerajinan
Penyerapan nilai boleh dilakukan dalam salah satu langkah pengajaran berikut :
Set Induksi
- murid melengkapkan puzzle berbentuk tikar mengkuang.
- guru menerapkan nilai kerajinan dan ketekunan dalam menghasilkan sehelai tikar.
Perkembangan
- guru memaparkan melalui paparan LCd cara-cara menganyam tikar.
-proses yang amat rumit memerlukan ketekunan dan kerjinan yang tinggi selain seni itu
sendiri.
- murid menyusun maklumat yang betul mengenai cara-cara menganyam tikar
mengkuang mengikut urutan yang betul berpandukan tayangan video yang telah
dipaparkan sebelum itu.
Pengayaan
- murid-murid menghasilkan anyaman pelbagai bentuk seperti motif haiwan dan
serangga.
Penutup
- mencipta serangkap pantun teka teki berdasarkan pelbagai produk hasil kraftangan
tradisional.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
55/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
4. Pendapat / Pandangan / Cadangan serta Justifikasi
a. Pendapat, pandangan atau cadangan anda serta justifikasi
Kepelbagaian unsur kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran bertajuk Seni Kraftradisional ini
adalah bertujuan membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan membuka
ruang untuk murid meneroka pelbagai cabang ilmu yang ada i. Isi kandungan daripada
mata pelajaran lain seperti Sains misalnya, membuka ruang yang lebih luas untuk murid
meneroka ilmu pengetahuan tentang kegunaan dan kepentingan alam flora dan fauna
kepentingan menjaganya. Murid tertarik untuk mencari meneroka dan mengakses
maklumat yang berkaitan dengan alam sekitar melalui penggunaan TMK misalnya.
Penggunaan TMK membantu murid membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna
dan berkesan. Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis yang diserapkan pula menggalakkan
murid mencerna dan menghasilkan idea asli yang kreaif.. Dalam tajuk ini, sebagai contoh
murid boleh memikirkan bagaimana menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang
seperti kertas, plastik atau sebagainya. Manakala kesepaduan nilai yang diserapkan
bertujuan mendidik murid agar memahami dan menerima serta mengamalkan asperk-
aspek nilai yang bersesuaian dengan perkembangan diri murid agar menjadi insan yang
menghargai khazanah lama dan masih digunakan sehingga kehari ini.Nilai tambah ini
berupaya membolehkan murid mennguasai dan mengamalkan tingkah laku yang
bersesuaian dengan zaman yang serba mencabar ini.
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
56/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
57/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
7/28/2019 Tugasan 1 KRP Sem 3 2012 4 Subjek
58/58
KRP 3013/TUGASAN 1/AMINAH AFANDI/D 20111049946
Recommended