View
376
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
tugasan sem 3
Citation preview
KBK 3063 : SOKONGAN DALAM KOMUNITI
TAJUK TUGASAN 2
KUMPULAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING: KAMALIAH BT MUHAMMAD
TARIKH SERAH: 26 NOVEMBER 2012
TUGASAN 2 : Kurikulum PDK mengutamakan modul kemahiran asas manakala kurikulum di sekolah untuk murid berkeperluan khas memfokuskan kepada kebolehdidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara Ilmiah bandingkan kurikulum yang dilaksanakan di PDK dan di sekolah.
ISI KANDUNGAN
Perkara Halaman
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Definisi Konsep/Istilah 3
2.1 Kurikulum 4
2.2 Kurikulum Pendidikan Khas 4
2.2 Pemulihan dalam Komuniti 6
2.3 Kanak-kanak Berkeperluan Khas 7
3.0 Model Kurikulum Pendidikan Khas Kanak-kanak Berkeperluan Khas 8
4.0 Model Modul Pembelajaran Pemulihan Dalam Komuniti 11
5.0 Perbandingan Antara Kurikulum di Sekolah dan Modul di Pemulihan Dalam Komuniti
13
6.0 Rumusan 15
Rujukan 15
2
1.0 Pendahuluan
Sejak beberapa dekad yang lalu, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena
pendidikan di negara kita. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983.
Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di
sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada kanak-kanak berkeperluan
khas pula, mereka juga tidak berkecuali mengikuti sistem pendidikan melalui pengaplikasian
kurikulum yang dihasilkan. Namun perbezaannya, kurikulum bagi mereka telah diubahsuai
mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Oleh hal yang demikian, program pendidikan
khas telah diwujudkan bagi memastikan pendidikan yang berterusan dapat diaplikasi kepada
kanak-kanak berkeperluan khas.
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus
bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada
pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang
luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar
biasa serta kemudahan-kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986). Pendidikan
khas juga merupakan pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid (Akta
Pendidikan, 1996).
Walaubagaimanapun, mereka yang berkeperluan khas mempunyai pelbagai
alternatif untuk meningkatkan potensi diri melalui pendekatan-pendekatan kemahiran yang
boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan bentuk pendidikan. Bagi yang mempunyai
kelayakan kemasukan ke alam persekolahan, mereka akan mengikuti kurikulum yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di mana-mana institusi pendidikan terpilih.
Manakala bagi mereka yang tidak layak mengikuti persekolahan yang diselia oleh KPM,
mereka masih boleh terus mendapatkan kemahiran dan pendidikan di pusat-pusat
pendidikan dibawah selia Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti atau dibawah seliaan pihak persendirian contohnya Pusat Kebangsaan Yayasan
Sindrom Down Kiwanis.
2.0 Definisi Istilah/Konsep
Maksud definisi yang diperolehi dari Wikipedia Insklopedia bebas ialah kenyatan ringkas dan
padat yang menjelaskan maksud sesuatu konsep. Istilah yang akan dibincangkan dalam unit
3
seterusnya ialah definisi kurikulum, kurikulum khas, pemulihan dalam komuniti dan kanak-
kanak berkeperluan khas.
2.1 Kurikulum
Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu
program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai
moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996). Oleh
hal yang demikian, kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang
dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai
matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979).
Kurikulum juga merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan
serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi
pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan
menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan
kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan
kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti
kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005).
2.2 Kurikulum Pendidikan Khas
Kurikulum Pendidikan Khas merupakan satu kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah
Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi yang mana kurikulum kebangsaan
yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif. Kurikulum alternatif
yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah Kurikulum latihan industri yang
disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Kurikulum yang dibina
khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas (Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004).
Falsafah pendidikan khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan
perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,
berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
4
dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas,
2005).
Objektif pendidikan khas ialah menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan
khas untuk murid-murid dengan keperluan khas, meyediakan pendidikan yang sesuai dan
relevan kepada setiap murid dengan keperluan asas, meyediakan peluang untuk
mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan memastikan tenaga
pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Selain itu, objektif
pendidikan khas juga adalah untuk menguasai kemahiran asas 3m, meneruskan
pembelajaran di kelas biasa dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran
(Jabatan Pendidikan Khas, 2008).
Program pendidikan khas dilaksanakan melalui konsep pengintegrasian bagi murid
bermasalah pendengaran dan penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa
serta sekolah teknik dan vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar minimum bagi
keperluan pendidikan khas di sekolah rendah adalah selama enam tahun manakala tempoh
belajar minimum sekolah menengah pendidikan khas selama lima tahun.
Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum
alternatif adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi
murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran. Dalam mengikut
perkembangan kurikulum semasa, kementerian telah menyediakan satu bentuk kurikulum
terbaru menggantikan kurikulum terdahulu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (KSSRPK).
KSSRPK Masalah Pembelajaran Tahap Satu, mempunyai hanya lima mata pelajaran
iaitu Pengurusan Kehidupan, Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif,
Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan Jasmani. Komponen-komponen yang terdapat
dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan pula ialah Pengurusan Diri, Pengurusan
Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif. Asas 3M merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan Matematik manakala Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula
merupakan komponen dalam mata pelajaran Seni Kreatif.
Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan
kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi
keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Selain
5
itu, kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu
aktivitiaktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayaan murid melalui
bidang- bidang seperti Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian dan Nilai -
nilai Murni, serta Sosial, Riadah dan Kreativiti. Dalam setiap bidang utama tersebut, masing-
masing terdapat komponen-komponen kecil seperti berikut:
a) Bidang Pengurusan Diri merangkumi Komponen Pengurusan Diri, Komponen
Kemahiran Manipulatif, Komponen Pengurusan Tingkah laku dan Komponen
Kemahiran Hidup.
b) Bidang Akademik Berfungsi merangkumi Komponen Bahasa Melayu, Komponen
Matematik, Komponen Bahasa Inggeris, dan Komponen Multimedia.
c) Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni merangkumi Komponen Pendidikan Agama
Islam dan Komponen Pendidikan Moral.
d) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti merangkumi Komponen Pendidikan Jasmani,
Komponen Pendidikan Seni, Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
serta Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar
2.3 Pemulihan Dalam Komuniti
Pemulihan Dalam Komuniti adalah satu kaedah pembangunan komuniti untuk orang
kelainan upaya yang menjalankan program pencegahan, pemulihan dan pembangunan
boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya
dapat mengecapi peluang samarata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Pemulihan
Dalam Komuniti memberi tumpuan kepada pemulihan dan latihan asas dan ianya dibuka
kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina. Proses pemulihan dilakukan
dalam komuniti tempatan. Ibu bapa, ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting
dalam PDK. PDK telah menggunakan teknologi dan kos yang rendah bagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah seliaan dijalankan di pusat dan di rumah. Selain itu,
PDK menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada bagi menjana dana kewangan.
Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti
untuk golongan orang kelainan upaya untuk menjalani pemulihan dalam keluarga dan
masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada orang kelainan upaya menjalani
pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.
Pemulihan Dalam Komuniti adalah salah satu program yang melibatkan pembabitan secara
aktif ibubapa atau penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat
6
untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.
Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama
antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat.
Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan
di institusi. Ia merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang
kelainan upaya menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana
memberi peluang kepada orang kelainan upaya menjalani pemulihan, mengecapi peluang
sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Program ini memerlukan penyertaan dan
penglibatan aktif OKU, ibu bapa, keluarga atau penjaga dan masyarakat setempat dengan
memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga
merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat
dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
2.4 Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Kanak-kanak berkeperluan khas juga diklasifikasikan sebagai mereka yang kurang upaya
pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan atau bahasa, kurang
upaya mental (kerencatan mental), kurang upaya fizikal dan kesihatan, kurang upaya
pembelajaran, mempunyai gangguan emosi dan tingkah laku dan mereka yang pintar
cerdas (IDEA, 1990).
Menurut Kirk (1993) kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang
berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan-
keupayaan deria, dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau
emosi, dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan
pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.
Mc Donnell (1995) pula menyatakan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas atau
pelajar-pelajar istimewa adalah pelajar yang mempunyai kerencatan akal, gangguan
tingkahlaku, autisma, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal.
Lerner (1998) telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai dua ciri
yang mengklasifikasikan kanak-kanak tersebut iaitu mereka yang berisiko untuk gagal dalam
pelajaran dan mempunyai kecacatan mengikut akta atau undang-undang.
Dalam Akta Pendidikan (1996), konsep ketidakupayaan adalah merangkumi murid
yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran.
Heward dan Orlansky (1980) telah menjelaskan bahawa kanak-kanak yang kebolehanya
7
menyimpang daripada norma biasa, samada di bawah purata atau di atas purata.
Sehubungan dengan tu mereka memerlukan pendidikan yang khas , kurikulum khas, alatan
khas dan guru khas. Kanak- kanak khas termasuk kanak-kanak pintar dan bermasalah
pembelajaran.
Hallahan dan Kauffman (2000) telah mendefinisikan kanak-kanak yang mempunyai
ketidakupayaan dengan lebih menyeluruh iaitu kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran, masalah emosi atau tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan,
masalah bahasa dan komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisma, pintar cerdas atau
berbakat dan juga masalah kognitif.
Secara keseluruhannya, kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang
mempunyai ciri-ciri yang unik yang telah menyebabkan mereka memerlukan bentuk
pengajaran dan penggunaan peralatan yang khas bersesuaian dengan masalah kelainan
upaya yang dihidapi. Justeru, mereka juga memerlukan satu kondisi pembelajaran yang
berbeza dan pengubahsuaian bentuk pengajaran yang lebih komprehensif agar mereka
berupaya mencapai objektif pembelajaran mereka. Antara masalah kelainan upaya yang
dikategorikan berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang masalah pembelajaran, masalah
emosi atau tingkah laku, masalah pendengaran atau penglihatan, masalah bahasa dan
komunikasi, masalah fizikal dan kesihatan, autisma, pintar cerdas atau berbakat dan juga
masalah kognitif.
3.0 Model Kurikulum Pendidikan Khas Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Matlamat utama kurikulum dibentuk adalah bertujuan untuk dijadikan satu garis panduan
dan penentu sempadan ilmu, penyampaian maklumat ikut peringkat, memastikan
kandungan pembelajaran adalah relevan dan sesuai dengan kehendak semasa, untuk
membina modal insan abad ke 21, untuk melahirkan insan seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek dengan menggunakan satu kurikulum yang sama bagi membentuk
ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu serta melahirkan insan yang sayang dan
cintakan tanah air. Kanak-kanak berkeperluan khas adalah mereka yang mempunyai
kekurangan dari segi fizikal, pendengaran, penglihatan dan percakapan. Walaupun begitu,
mereka tetap bersekolah kerana mereka juga ingin menjadi manusia yang berguna dan
ingin mempunyai pekerjaan. Penilaian tetap di utamakan untuk mereka mengikut tahap
persekolahan mereka.
Model kurikulum yang sesuai dalam pendidikan khas ialah Model Integrative
Immerging. Model ini terdiri daripada
8
lima unsur yang saling membantu dan di gabungkan bersama-sama dalam menyediakan
rangka yang sesuai dan membentuk sebuah proses yang berjaya. Lima unsur yang di
perkenalkan dan berdasarkan model Dunkin dan Biddle (1974) adalah seperti berikut:
a) Pembolehubah yang berkaitan dengan pelajar meliputi (umur, jenis kelamin,
pengalaman sebelucmnya dalam sistem pendidikan,)
b) Pengajaran pembolehubah konteks (sekolah, rumah-bilik dan guru-guru lain,
kakitangan inklusi, menyokong program-program di luar sekolah,
c) Isi pembolehubah termasuklah kurikulum kelas dan kurikulum yang di sesuaikan
untuk pelajar.
d) Pembolehubah Proses (guru perilaku, termasuk perilaku pelajar, rakan sebaya khas,
penyelaras, dan interaksi di antara mereka)
e) Hasil pembolehubah terdiri daripada kesan jangka pendek dan jangka panjang
dalam prestasi akademik dan kemahiran sosial dan perangai dan status.
Rajah 1 : Gambaran model inklusi integratif berdasarkan Dunkin dan Biddle (1974)
9
Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum
Alternatif adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi
murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran. Menurut Akta Pendidikan
1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik
pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan
bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi mencapai
tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.
Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai
untuk murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud
atau intelek turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi
mereka dapat dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum. Melalui proses pengajaran
dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang
memiliki ciri-ciri berikut iaitu mampu berdikari, berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan
beretika, berkemahiran dan berketerampilan, produktif dan boleh menyumbang kepada
keluarga, masyarakat dan negara.
Seiring dengan keperluan semasa, kurikulum bagi kanak-kanak berkeperluan khas
juga telah bersama-sama bergerak ke aras yang lebih baik selaras dengan perkembangan
kurikulum kebangsaan pada masa kini. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, berlandaskan
prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah
penglihatan dan bermasalah pembelajaran.
Bagi kumpulan murid dalam spektrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan
teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah, telah digubal
satu kurikulum khas untuk mereka iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP). Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu
berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus
perdana. Rekabentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan
guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.
Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan kepada
kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-
kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Oleh itu
10
adalah penting untuk menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan tahap kemahiran
dan pengetahuan kanak-kanak tersebut. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan khas di
Malaysia iaitu untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi
keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam
persekitaran (suasana) biasa.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu
diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri seperti mampu berdikari,
berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan,
serta produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.
4.0 Model Modul Pembelajaran Pemulihan Dalam Komuniti
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diwujudkan di seluruh negara untuk
mengeksploitasi sumber tempatan demi memberikan pembelaan kepada kanak-kanak
kurang upaya.Oleh yang demikian, PDK menjadi satu pendekatan sosial yang penting untuk
mengatasi masalah kekurangan tempat di institusi orang kurang upaya.Kini bilangan kanak-
kanak kurang upaya semakin bertambah dan mereka amat memerlukan pemulihan,
khususnya pada peringkat awal.
Terdapat tiga model yang digunakan dalam Pusat PDK. Tiga model yang dijalankan
oleh PDK ialah Home based (PDK di rumah), Centre based (PDK di pusat) dan Centre
home based (PDK di pusat dan di rumah). Ketiga-tiga model ini digunakan untuk
meningkatkan keberkesanan serta memperluaskan program pemulihan sedia ada bagi
OKU. Antara program pemulihan yang dijalankan ialah latihan melalui manual, penyediaan
peralatan pemulihan dan latihan assistive devices, pengubahsuaian keadaan dalam rumah
atau permis, lawatan oleh pakar pemulihan seperti jurupulih anggota dan rujuk kepada
perkhidmatan dan pendidikan. Ketiga-tiga model ini sering digunakan sebagai panduan
kepada pihak berkenaan dalam aktiviti pemulihan.
Dari segi modul pembelajaran, kesemua pusat PDK menggunakan modul dan
pendekatan yang hampir sama kerana modul asas telah ditetapkan oleh pihak JKM. Modul-
modul asas yang digunakan di PDK ialah pembelajaran motor kasar, pembelajaran motor
halus, kemahiran urus diri, perkembangan bahasa, perhubungan sosial, kemahiran pra
bacaan dan pra tulisan, kognitif, komuniti dan budaya, muzik, seni dan kraftangan,
pendidikan moral, rekreasi dan riadah serta vokasional dan kemahiran (kraftangan,
pertanian).
11
Modul pembelajaran motor kasar mengapliksikan kegiatan yang melibatkan
kemahiran pergerakan otot kasar iaitu bahagian anggota badan yang besar seperti kaki,
tangan, kepala seperti aktiviti melompat, berlari mengemop lantai, mengemas katil,
menyapu sampah dan sebagainya. Modul pembelajaran motor halus pula memberi
penumpuan kegiatan kepada pancaindera dengan menggunakan penglihatan untuk
menyelaraskan pergerakan anggotanya seperti apa yang dilihat dan boleh dilakukan serta
berfikir.
Modul kemahiran urus diri merupakan satu kegiatan yang dilakukan seseorang
setiap hari seperti makan, minum, mandi, mencuci gigi, mambasuh, latihan ke tandas dan
lain–lain. Modul perkembangan bahasa mengaplikasikan kebolehan menyatakan sesuatu
perkataan mengikut bahasa persuratan, percakapan bersyarat supaya dia beroleh
kefahaman untuk memahami orang lain.
Kemahiran bersosial adalah penting dalam memupuk hidup bermasyarakat. Oleh itu,
modul perhubungan sosial mengajar individu dalam memahami perhubungan interaksi
melalui kemahiran berinteraksi, bergaul, berkomunikasi secara lisan, bahasa isyarat dan
bermasyarakat.
Adalah menjadi peratus yang besar dikalangan penghuni PDK yang tidak tahu
menulis dan membaca. Oleh itu, modul kemahiran pra bacaan dan pra tulisan bertujuan
memberi pengetahuan dan kemahiran memahami, mengamalkan asas–asas menulis,
membaca, dan melukis secara bebas dengan sendirinya mengikut panduan abjad dan
nombor. Selain itu pembelajaran pengendalian mengunakan komputer turut diajar.
Perkembangan kognitif penting dalam meningkatkan tahap intelektual seseorang
individu. Pendekatan pembelajaran dalam memperkembangkan kognitif penghuni PDK
dapat dilihat melalui penggunaan modul kognitif yang disediakan. Ia merupakan satu bentuk
pembelajaran di PDK juga turut melibatkan kognitif kanak-kanak dengan bertujuan mereka
mampu menggunakan kemampuan kognitif mereka walaupun sedikit.
Modul Komuniti dan Budaya memberi pendekatan pembelajaran juga melibatkan
komuniti dan budaya, PDK melibatkan kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan di
PDK dengan komuniti setempat dalam sesuatu program.
Elemen Muzik, Seni dan Kraftangan amat sinonim dengan individu berkeperluan
khas. Modul muzik, seni dan kraftangan yang diusahakan di PDK merupakan satu kegiatan
bakat melalui permainan, kemahiran tangan dan muzik seperti menari atau menyanyi.
Setiap kanak-kanak mempunyai bakat tersendiri walaupun mereka mengalami
12
ketidakupayaan. Anugerah yang diberikan kepada kanak-kanak istimewa adalah mereka
berbakat dalam sesuatu bidang seperti melukis, menyanyi dan sebagainya.
Modul Pendidikan Moral pula mengaplikasikan bentuk pembelajaran yang
merancang sesuatu tingkahlaku yang positif mengikut norma masyarakat. Walaupun
kadangkala tingkahlaku kanak-kanak di PDK sukar diuruskan namun, pembelajaran moral
tetap diterapkan dalam diri kanak-kanak agar mereka boleh diterima dalam masyarakat.
Kesihatan yang baik adalah penting bagi setiap individu dan tidak berkecuali kepada
individu berkeperluan khas. Melalui modul rekreasi dan riadah, pihak PDK akan membawa
kanak-kanak kurang upaya ini keluar beriadah bagi kanak-kanak yang mampu. Kadang kala
mereka membuat lawatan ke sesuatu tempat atau mengadakan sukaneka dan sebagainya,
ini bertujuan untuk kanak-kanak merasa bebas dan menghirup udara segar.
Modul Vokasional & Kemahiran (Kraftangan, Pertanian) adalah satu pendekatan
pembelajaran berasaskan latihan kraf mengikut minat dan pencapaian seseorang pelatih.
Latihan vokasional hanya dilakukan kepada pelatih yang ada kemampuan dan minat.
Kepada pelatih yang kurang hanya sebagai pembantu. Antara latihan yang biasa dilakukan
di PDK adalah membuat origami ataupun bunga rotan, membuat makan atau minuman
yang mudah serta latihan–latihan ke arah pekerjaan diluar.
Kesimpulannya, pendekatan-pendekatan pembelajaran yang dihasilkan dalam modul
asas tersebut adalah sangat relevan dengan meningkatkan perkembangan dalam semua
aspek kognitif, emosi, social dan kemahiran. Walaupun pada pembelajaran yang diterapkan
adalah pada peringkat asas, namun objektif modul tersebut adalah seiring dalam
pembentukan individu berkeperluan khas yang berkemahiran dan dapat meningkatkan
kesejahteraan diri dalam hidup bemasyarakat.
5.0 Perbandingan Antara Kurikulum Pendidikan Khas dan Modul Pemulihan Dalam
Komuniti
Berdasarkan perbincangan yang disentuh dalam kedua-dua pendekatan kurikulum yang
digunakan bagi pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah naima di PDK
dapat dilihat kedua-duanya menunjukkan elemen persamaaan dan kontra antara satu sama
lain.
Elemen yang diterapkan dalam kurikulum pendidikan khas adalah mementingkan
penguasaan dalam aspek kognitif, fizikal dan social. Pendekatan yang digunakan
13
meletakkan seseorang individu tersebut untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan diri ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Kurikulum pendidikan khas merupakan satu bentuk organisasi kurikulum berasaskan
tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara
satu sama lain bagi membentuk insan berkeperluan khas yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang ialah komunikasi, kerohanian, sikap
dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta
keterampilan Diri.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Didalam KSSR pendidikan khas telah ditetapkan satu
bentuk standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan adalah satu
pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam
suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
pembelajaran pula adalah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan. Pendekatan kurikulum adalah
bersifat lebih spesifik dalam melahirkan individu berkeperluan khas yang lebih berkemahiran
dan berpengetahuan.
Merujuk kepada pembelajaran yang diaplikasikan di PDK, mereka menggunakan
modul asas yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ciri-ciri pembelajaran
yang diterapkan didalam modul asas adalah berbentuk kemahiran yang asas yang perlu
dicapai oleh penghuni PDK. Matlamat yang ingin dicapai adalah melahirkan individu yang
mampu mengurus diri sendiri agar boleh bersama-sama mencapai kesejahteraan hidup
dalam bermasyarakat. Modul asas yang dihasilkan tidak menetapkan apa jua standard yang
perlu dicapai dan hanya menetapkan sasaran kebolehupayaan seseorang mencapai
sesuatu kemahiran itu atau sebaliknya. Modul asas yang disediakan lebih bersifat
pencapaian berasaskan kemahiran yang turut merangkumi penguasaan aspek kognitif,
fizikal dan sosial.
14
6.0 Rumusan
Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas
seperti yang dijelaskan di atas tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menjelaskan seseorang murid
dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri
tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada
pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk
menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut iaitu murid yang cacat
anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan murid
yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang
terencat akal yang berat. Oleh hal yang demikian, sama ada penggunaan kurikulum
pendidikan khas atau modul khas di PDK, kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama
memenuhi keperluan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 yang telah dimeterai.
Rujukan
Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Sekolah., PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. 1998. Susunan oleh
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. Kuala Lumpur: International Law Book.
Servis.
Culatta, A.R., Tompkins, R.J. & Werts G.M. 2003. Fundamentals of
Special Children Education. New Jersey: Upper Saddle River.
Jamilah K.A Mohamed. 2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.
Batu Caves: Pencetakan Zafar Sdn. Bhd.
Lewis, A. & Norwich, B. 2005. Special Teaching For Special Children. New
York: Open University Press.
Marylyn Friend. 2006.Special Education: IDEA 2004:Update Edition. New York: Pearson.
Mohd Sharani Ahmad. 2004. Special Children. Universiti Putra Malaysia: Press Aremes
(M) Sdn .Bhd.
Nancy Hunt & Kathleen Marshall, 2005. Exceptional Children And Youth. United states:
Patricia A. Coryell.
15
Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan
Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia
Laman Web
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5643-kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html
http://www.ceritarasahati2.com
www.gwgf.org.my/
www.jkmwpkl.gov.my/...pdk/pemulihan-dalam-komuniti-pdk
16
Recommended