Tutorial MS Teams - Malaysian Qualifications Agency manual/Tutorial MS Teams.pdfTutorial MS Teams 1....

Preview:

Citation preview

Tutorial MS Teams

1. Buka browser dan masukkan url berikut https://login.microsoftonline.com/ untuk login ke MS

Office 365 di bawah kontrak MS Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

2. Sign in menggunakan emel MQA (username@mqa.gov.my) dan klik Next.

*mohon rujuk dengan BTM sekiranya terlupa username dan/atau kata laluan.

3. Masukkan kata laluan (password) dan klik Sign In.

4. Klik Yes jika ingin terus kekal login untuk sesi/kegunaan kelak atau boleh klik No jika tidak mahu

kekal login.

5. Klik ikon Teams untuk membuka aplikasi MS Teams.

6. Tetingkap aplikasi MS Teams seperti di bawah akan terpapar.

(rujuk Lampiran A untuk keterangan lanjut bagi tetingkap MS Teams)

7. Untuk menggunakan fungsi video conferencing (VC), klik ikon Calendar pada App Bar.

8. Untuk menetapkan mesyuarat VC, klik butang New meeting.

9. Masukkan butiran mesyuarat VC seperti di bawah dan klik Send:

a Tajuk Mesyuarat;

b Ahli Mesyuarat dan/atau Jemputan

i taipkan nama pegawai MQA dan aplikasi MS Teams akan auto complete nama

pegawai berkenaan (hanya yang mempunyai akaun MS Office 365); atau

ii taipkan emel pegawai MQA yang tidak mempunyai akaun MS Office 365; atau

iii taipkan emel ahli mesyuarat yang bukan terdiri dari kalangan pegawai MQA

(contoh: ahli panel penilai, pembekal, pegawai kementerian dan lain-lain);

c Tarikh dan Masa Mula Mesyuarat;

d Tarikh dan Masa Tamat Mesyuarat;

e Kekerapan Mesyuarat – Does not repeat (default), Daily, Weekly dan lain-lain jika berkaitan;

f Channel - abaikan

g Lokasi – lokasi mesyuarat jika berkaitan; dan

h Keterangan Mesyuarat (jika perlu)

10. Paparan pada Calendar telah ditetapkan seperti di bawah.

11. Untuk mengaktifkan Lobby (Waiting Room), klik pada tetapan mesyuarat pada Calendar dan klik

Meeting options.

Pada Meeting options – Who can bypass the lobby?, pilih People in my organization dan klik Save

untuk memastikan hanya pegawai MQA sahaja boleh terus masuk ke ‘Meeting room’ manakala

jemputan luar perlu menunggu di Lobby untuk disahkan.

12. Untuk memulakan mesyuarat, klik pada tetapan mesyuarat pada Calendar dan klik Join.

13. Klik Join now untuk masuk ke ‘Meeting room’.

14. Mesyuarat VC MS Teams telah pun berlangsung.

a Klik pada Show participants untuk membuka tetingkap People.

b Pada senarai Waiting in lobby, klik untuk membenarkan jemputan luar memasuki

‘Meeting room’.

15. Untuk menambah ahli mesyuarat secara terus, boleh taip nama pada kotak Invite someone.

16. Untuk berkongsi skrin atau pembentangan (presentation), klik pada butang Share ( ) dan pilih

pilihan yang berkaitan.

17. Untuk menamatkan/meninggalkan mesyuarat, klik pada butang Hang up ( ).

18. Untuk bantuan teknikal, boleh berhubung dengan En. Wan Fariq (012-2446467) / En. Mohd Idzwan

(012-5408514) / En. Mohd Firdaus (017-5746520)

Rujukan Tambahan

1. How to use Microsoft Teams - https://www.youtube.com/watch?v=OxfukizkyCA

2. How to use Microsoft Teams Live Event - https://www.youtube.com/watch?v=pGmdfUL5mGU

Lampiran A

Microsoft Teams user interface

Recommended