View
356
Download
8
Category
Preview:
DESCRIPTION
B.MELAYU
Citation preview
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
KATA NAMA AM 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan
2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi
3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam
4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong asing.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang
5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian kami.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian
6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda
18
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu
8 Guru-guru selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air
9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api
10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda
11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar
12 __________ di kawasan lombong itu sangat sesuai untuk dibuat labu sayong.
A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan
19
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas
14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang
15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok
rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang
16 Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu,
Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa
17 __________ kelapa yang sudah kering jatuh berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang
18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar
20
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
19 Pak Meon menghalau sekawan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A arnab
B kucing
C kambing
D kura-kura
20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Proton buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China
21 Pada tengah hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah
di kampung mereka.
A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat
22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang
disampaikan oleh Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai
B rumah
C dewan
D masjid
23 Kaum __________ diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah sewaktu berbelanja.
A gadis
B isteri
C betina
D wanita
24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan
__________.
A pesawah
B penoreh
C nelayan
D petani
21
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong
B pendatang
C rakyat
D murid
26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam
UPSR tahun lalu.
A motosikal
B basikal
C kereta
D beca
27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai
pusat __________.
A perkhemahan
B pelancongan
C penempatan
D perkampungan
28 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi
dengan kuku.
A dia
B kita
C kami
D mereka
29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.
A jejantas
B jambatan
C lapangan
D bangunan
30 Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti
Kebangsaan Malaysia.
A dekan
B pelajar
C profesor
D pensyarah
22
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
31 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suara yang
lantang.
A juruulas
B juruacara
C jurucakap
D juruhebah
32 Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu.
A jambatan
B jejambat
C jejantas
D jejari
33 Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam.
A ribut
B hujan
C angin
D panas
34 Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana luka di kakinya tidak berhenti-henti mengeluarkan
darah.
A pasar
B pejabat
C hospital
D bengkel
35 __________ berkebaya batik itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada
penumpang.
A Seniwati
B Pramugari
C Pramugara
D Peragawati
36 Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian
semasa mengikuti kuliah.
A universiti
B sekolah
C tadika
D kolej
23
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
37 Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaran
Matematik.
A ibu
B adik
C kakak
D pelajar
38 __________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
A Kuih
B Lauk
C Sayur
D Barang
39 _________ polis itu sedang menyampaikan maklumat tentang kes rompakan kedai emas
yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.
A Juruacara
B Jurucakap
C Juruhebah
D Jurumaklum
40 Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila Khalid
Jamlus menjaringkan gol kemenangan.
A lompatan
B kemeriahan
C kesenangan
D kegembiraan
41 Semua penyertaan pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan
__________ rasmi.
A surat
B kertas
C borang
D lembaran kerja
42 Pada zaman dahulu, raja dengan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah
_________ yang cantik.
A singgahsana
B mahligai
C peterana
D takhta
24
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
43 Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menjaga __________ diri semasa
memandu di lebuh raya yang sedang dalam penyelenggaraan itu.
A kesejahteraan
B kebahagiaan
C keselamatan
D kebaikan
44 __________ yang digantung itu bertujuan untuk menakut-nakutkan burung-burung yang
memakan padi di sawah itu.
A Kuda-kuda
B Pagar-pagar
C Orang-orangan
D Siku-siku
45 Stesen KL Sentral dipenuhi oleh __________ manusia yang berebut-rebut hendak
pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.
A lautan
B ribuan
C barisan
D susunan
46 Encik Jafri sedang memasang sebuah __________ di bilik tidurnya kerana cuaca terlalu
panas.
A penghawa dingin
B pendingin hawa
C hawa pendingin
D hawa dingin
47 Jika kita ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang sesuatu, rujuklah pegawai yang
bertugas di __________ itu.
A kaunter jawapan
B kaunter hadapan
C kaunter maklumat
D kaunter pertanyaan
48 Perkembangan industri pelancongan akan menawarkan peluang ______ kepada rakyat negara ini.
A lawatan
B pelajaran
C kewangan
D pekerjaan
25
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
49 Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah __________ bagi memudahkan penyelidikan
para pengkaji bintang.
A balai cerap
B balai besar
C balairung seri
D balai bertingkat
50 Seramai lima orang murid miskin di sekolah ini akan menerima ___________ pakaian
seragam sekolah sumbangan daripada PIBG.
A pendermaan
B pemberian
C anugerah
D bantuan
51 Ayah dan ibu Sarah suka membeli belah di __________ kerana barangan yang dijual di
sana murah harganya.
A kedai runcit bebas cukai
B kedai bunga
C kedai kasut
D kedai buku
52 __________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa
Pembangunan.
A Tun Abdul Razak
B Tunku Abdul Rahman
C Tun Mahathir Mohamad
D Dato’ Abdullah Haji Ahmad Badawi
53 Pada musim tengkujuh, para nelayan menghabiskan masa dengan
menyirat__________.
A bubu
B joran
C jala
D perangkap
54 Ketibaan YAB Dato’ Najib dalam majlis itu disambut oleh beberapa orang __________.
A kenalan
B kedutaan
C kenamaan
D keutamaan
26
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
55 Azhan mengikuti pengajian dalam bidang __________ di Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
A pelajaran
B pertanian
C perubatan
D pendidikan
56 Buku __________ harian saya tertinggal di atas meja di bilik guru.
A tulisan
B catatan
C lembaran
D ringkasan
57 Semua rakyat di negara ini hendaklah menghargai sumbangan para __________ kemerdekaan
tanah air.
A pejuang
B pembela
C penjajah
D penjenayah
58 __________ pendatang tanpa izin ke negara ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial yang
serius.
A Ketibaan
B Kehadiran
C Kedatangan
D Kemasukan
59 Azua dan Latifah merupakan rakan __________ semasa mereka tinggal berjiran di Taman
Sentosa.
A sepermainan
B seperjuangan
C persekolahan
D perkongsian
60 __________ di tepi pantai pada waktu senja sungguh mengasyikkan dan mempesonakan.
A Pemandangan
B Peristiwa
C Keadaan
D Situasi
27
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
61. ______________________ yang berpengalaman itu telah berjaya menerbangkan jet pejuang
buatan Rusia.
A. Pemandu
B. Jurupandu
C. Juruterbang
D. Angkasawan
62. Najmi membantu ayahnya menyiapkan tempahan ____________________ sempena Pesta Seni
Kraf.
A. bakul keranjang
B. bakul anyaman
C. bakul sampah
D. bakul sayur
63. Bangunan yang indah itu telah direka oleh ___________________ tempatan.
A. jurumekap
B. jurutera
C. jurubina
D. juruhias
64. ______________________ yang baharu dipasang pada bumbung rumah itu telah patah ditimpa
pokok.
A. Sesiku
B. Kekuda
C. Kekabu
D. Lelangit
65. Majlis yang gilang-gemilang itu telah dipengerusikan oleh ________________ yang pengalaman.
A. juruacara
B. pemidato
C. jurucakap
D. pensyarah
66. Pementasan panggung _______________ itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada peminat seni tanah air.
A usahawan
B. budayawan
C. bangsawan
D. olahragawan
28
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
29
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
67. Sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan di ______________.
A Dataran Merdeka
B Dataran Sunway
C Dataran Prima
D Dataran Parit Rambai
68. Kak Ani bertugas sebagai ___________ di Syarikat Penerbangan Malaysia.
A Pramugari
B Pramugara
C Peragawati
69 __________ yang jelita itu sedang memperagakan fesyen terbaru keluaran Butik Shima.
A.Pramugari
B.Mahasiswa
C. Peragawati
70. Wanita________________ yang sedang menggayakan kebaya nyonya itu merupakan_____________________sambilan.
A ilmuan...sukarelawan
B jelitawan...seniwati
C rupawan...peragawati
71. “Pakaian yang saya peragakan tadi ialah rekaan Tom Abang Saufi,” kata ________ terkenal itu.
A pramugari
B peragawati
C seniwati
72. Penulis lirik terkenal itu menggunakan ___________nya untuk menggubah lagu.
A. angklong
B. gendang
C. gitar
D. marakas
30
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
73. Wajah Soh Lin sugul apabila mengenangkan ____________keluarga yang dihadapinya.
A. masalah
B. perkara
C. hal
D. peristiwa
74. Penjenayah itu dibawa keluar dari _________ polis tangannya bergari.
A. lokap
B. bilik
C. kamar
D. dewan
75. Gadis itu terpilih sebagai model _________ kecantikan itu kerana dia ada rupa.
A. jenama
B. bahan
C. produk
D. hasil
76. Orang ramai dilarang mandi di __________ itu kerana aliran airnya sangat deras.
A. jeram
B. tasik
C. kolam
D. pantai
77. Walaupun hari sudah larut malam, __________ itu merengek dan masih belum tidur.
A. wanita
B. lelaki
C. bayi
D. remaja
78. “Kamu berdua jangan ke mana-mana kerana ibu mahu ke ___________runcit Mak
Cik Jenab sebentar,” kata Puan Rusni kepada anak-anaknya.
A. pasar
B. kedai
C. gerai
D. warung
31
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
79. Sudah seminggu, Pak Cik Nordin terlantar di__________ kecemasan, ____________besar.
A. wad … hospital
B. wad … klinik
C. bilik … hospital
D. ruang … hospital
80. Saya gemar duduk di bawah pohon itu sambil melihat ___________ menghempas pantai.
A. ombak
B. gelombang
C. ribut
D. taufan
81. __________ itu berjalan seorang diri dengan memakai pakaian yang sangat lusuh dan compang-
camping.
A. Pengemis
B. Pencuri
C. Perompak
D. Peragut
82. Pementasan panggung _______________ itu mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada peminat seni tanah air.
A. usahawan
B. budayawan
C. bangsawan
D. olahragawan
83. Sarbaini belajar menggesek ____________daripada pakciknya yang tinggal di
Seremban.
A. biola
B. marakas
C. gitar
D. kerincing
84. Wak Dolah sedang mengetam padi di tengah _______________ .
A. kebun
B. ladang
C. batas
D. bendang
32
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
85. Ibu berpesan kepada ayah supaya membelikannya sebatang___________dan sebuah
______________ kerana ibu mahu membersihkan kawasan rumah.
A. cangkul …pungkis
B. mop … bakul sampah
C. penyapu lidi … penyodok sampah
D. penyapu … besen
86. Hashim melepaskan ____________ yang dijerat oleh abangnya.
A. ayam jantan
B. burung tiung
C. kucing siam
D. semut api
87. Setelah menyidai baju di ___________, kakak menolong ibu menyapu dedaun kering di
__________rumah .
A. ampaian …halaman
B. jemuran…beranda
C. sampiran…anjung
D. beranda…halaman
88. Sekawan burung layang-layang sedang berterbangan bebas di __________.
A. langit
B. awan
C. angkasa
D. udara
89. Adnan mengambil hati __________nya dengan membelikannya sejambak bunga.
A. tunangan
B. sahabat
C. rakan
D. taulan
90. Seorang ____________diupah untuk mengawasi taman perumahan itu.
A. pengawal peribadi
B. pengawal keselamatan
C. pengawal lalu lintas
D. pengawal bank
33
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
91.Kamarul tunduk bersalam dengan penuh hormat apabila tiba di rumah __________nya, tatkala
melawat isterinya yang baru bersalin di kampung.
A ibu saudara
B ibu tiri
C ibu mentua
D ibu angkat
92 Semangat dan galakan yang diberikan oleh ____________itu menyalakan minat mereka untuk
meneruskan projek mereka yang terbengkalai itu.
A penceramah agama
B pakar motivasi
C pengacara majlis
D pengerusi majlis
93.Cikgu Wahid melonjak kegembiraan sebaik sahaja __________ sekolahnya mencecah ke garisan
penamat.
A peserta
B pelari
C wakil
D atlet
94. Pelancaran ___________ anugerah cemerlang itu tergendala berikutan pengurusan yang tidak
cekap.
A acara
B majlis
C sambutan
D upacara
34
Recommended