View
6.770
Download
18
Category
Preview:
DESCRIPTION
Kertas kerja penganjuran pertandingan bola jaring
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
80350 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM
KERTAS KERJA:
KARNIVAL SUKAN MINI IPG KAMPUS
TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR.
(BOLA JARING)
ANJURAN :
PISMP PJ/PK/BM
(SEMESTER 2)
1.0 TAJUK :
Karnival sukan mini Ipg Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.
2.0 PENGENALAN :
Guru pelatih merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat di
masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan
tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru pelatih untuk memastikan ianya
terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara. Mengikut Pro Forma kursus
Permainan Bola Jaring, aspek organisasi dan pentadbiran sukan adalah satu
perkara yang amat dititikberatkan agar aktiviti sukan dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Kejohanan sebegini secara tidak langsung akan memyemai sifat-sifat
murni dalam diri seperti kerjasama antara ahli, perpaduan antara pelbagai kaum,
berdaya saing, berfikiran positif dan bersatu padu. Diharapkan kejohanan seperti
ini akan berterusan agar dapat meningkatkan tahap kecergasan, penguasaan
kemahiran dan semangat kesukanan dalam kalangan guru pelatih.
3.0 RASIONAL :
Melalui kejohanan ini adalah diharapkan guru-guru pelatih dapat menimba
pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus, mengendali, mentadbir dan
melibatkan diri dalam sesuatu kejohanan dengan cemerlang. Pertandingan ini
juga diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan
guru pelatih serta mewujudkan semangat bersaing di kalangan guru pelatih
mengenai pengurusan kejohanan pertandingan.
4.0 MATLAMAT :
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru pelatih
mengendalikan pertandingan bola jaring serta memberi peluang kepada mereka
untuk menunjukkan potensi mereka dalam bidang sukan. Kejohanan ini juga
dapat membantu guru-guru pelatih untuk memahirkan diri mereka dalam
menguasai kemahiran permainan bola jaring ini.
5.0 OBJEKTIF :
5.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru pelatih
mengendalikan sesuatu kejohanan sukan.
5.2 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk merancang, mengurus sesuatu
kejohanan dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan
5.3 Memperkembangkan potensi individu dan rasa tanggungjawab dalam
menjayakan kejohanan ini.
5.4 Meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan sepanjang perlawanan
diadakan.
5.5 Mengeratkan perpaduan dan ikatan silaturrahim sesama peserta.
6.0 TARIKH DAN MASA :
7.0 TEMPAT : Padang, IPG Kampus Temenggong Ibrahim
8.0 PENYERTAAN : Penyertaan sekurang-kurangya 1 semester
menghantar dua pasukan (lelaki dan perempuan).
9.0 ANJURAN : PISMP PJ/PK/BM ( SEMESTER 2 )
10.0 STRUKTUR ORGANISASI / AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR
PERTANDINGAN
PENAUNG : TN HAJI MOHD SAID BIN HASRAN
( Pengarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim )
TIMBALAN PENAUNG : PN RUBIAH BINTI AHMAD
( Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Perkhidmatan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim )
KETUA PENASIHAT : TN. ZALI BIN A. RAHMAN
( Ketua Unit Gerko)
PENASIHAT : PN. ZAITON BINTI HJ. JAAFAR
(Pensyarah Pembimbing)
PENGERUSI : MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI
Pen. PENGERUSI : NUR HAFZHAN BINTI SAMSURI
SETIASUSAHA : ANASUHANA BINTI MOHD YUSOF
Pen. SETIASUSAHA : NOR AMIRAH BINTI MOHMAD SABERE
BENDAHARI : BRENDA JUDE
Pen. BENDAHARI : MUHAMMAD HAFIZ AZREE BIN BADRUL HISHAM
AJK KERJA :-
1) Teknikal Peralatan dan Padang :
i. STEFAENUS OLVER SABIN
ii. RAZIAN BIN RASHID
2) Keselamatan Dan Kebersihan :
i. MUHAMMAD ANAS BIN ABD RAHAMAN
ii. MUHAMMAD HAMIDUDDIN BIN SHUHAIMI
3) Hadiah Dan Cenderamata :
i. NUR AKMA HALEEDA BINTI ABDULLAH SANI
ii. NURSHUADAH BINTI ARIPIN
4) Makanan Dan Minuman :
i. MARYLYNE PERIDOH
ii. NUR AZURA BINTI GHALIB
5) Dokumentasi Dan Laporan
i. VINCENT ANDAM
6) Teknikal Pertandingan :
a) Urusetia :
i. MUHAMAD AIMAN HAZIQ B AR AZMI
ii. MUHAMMAD FURQAN BIN ABD MANAN
b) Penyelia Peserta :
i. MUHAMMAD ZULHILMI BIN RAHAZAT
c) Pencatat :
i. MOHAMAD HAWARI BIN ISMAIL
d) Kepegawaian :
i. MUHAMAD HAZIQ BIN OTHMAN
ii. MUHAMAD ASYRAF BIN YUNUS
iii. MUHAMMAD FARIS BIN HASHIM
11.0 KEWANGAN
Anggaran perbelanjaan:
Bil. Keperluan kos Jumlah kos tindakan
1 Peralatan Papan markah Papan kenyataan
- Bahagian stor unit GERKO
2 Makanan-Pegawai-Peserta
26 X RM16 X 2 HARI12 pasukan x 12 peserta x RM 16 x 2 hari
RM 832.00
RM 4608.00
3 Minuman 2 tong x RM 20 x 2 hari RM 80.00
4 Medal -Pingat Johan (L)12 keping x RM 10.00
-Pingat Naib Johan (L)12 keping x RM 10.00
-Pingat Johan (W)12 keping x RM 10.00
-Pingat Naib Johan (W)12 keping x RM 10.00
RM 120
RM 120
RM 120
RM 120
TOTAL RM 6000.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM 6000.00
12.0 Pengesahan kertas kerja
Ulasan Pegawai Kewangan
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
........................................................................................................................................
Tanda tangan
.........................
(cop
13.0 PROGRAM PELAKSANAAN
TARIKH HARI MASA AKTIVITI
0/0/2013
Pertandingan Bola Jaring
Penyampaian Hadiah
14.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING
( RUJUK LAMPIRAN 1 )
15.0 JADUAL PERTANDINGAN BOLA JARING
( RUJUK LAMPIRAN 2 )
16.0 PENUTUP
Diharap pertandingan ini akan membantu meningkatkan pengetahuan dan pengalaman
tentang pengurusan dan pengelolaan sesuatu pertandingan serta dapat mencapai
matlamat dan objektif program. Pertandingan juga diharapkan dapat memupuk
kerjasama dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Jasmani Semester 5 (2011)
semasa mengendalikan kejohanan ini.
LAMPIRAN 1
UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING
1. Peraturan Am
1.1.Setiap pasukan akan mempunyai maksimum 12 orang pemain satu pasukan.
1.2.Setiap perlawanan hendaklah dijalankan mengikut masa dan tempat yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur.
1.3.Masa permainan bagi setiap perlawanan adalah 10 – 5 – 10.
1.4.Setiap pemain perlu berpakaian kemas dan bersesuaian untuk bermain.
2. Format Pertandingan
2.1 Masa permainan adalah 25 minit (10 minit setiap separuh masa dan 5 minit
rehat).
2.2 Pilihan 1 (sekiranya pasukan yang menyertai ialah enam (6) pasukan atau
lebih):
(a) Pusingan awal:
I. Pertandingan akan dijalankan secara liga dua kumpulan iaitu A
dan B.
II. Pasukan yang menyertai akan diundi bagi menentukan
kumpulan masing-masing pada tarikh dan masa yang
ditetapkan oleh pihak penganjur.
(b) Pusingan Separuh Akhir dan Akhir:
I. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke pusingan
separuh akhir. Johan kumpulan A akan bertemu dengan Naib
Johan Kumpulan B, dan Johan Kumpulan B akan bertemu
dengan Naib Johan Kumpulan A.
II. Pemenang kedua-dua perlawanan tersebut akan ke
pertandingan akhir manakala yang kalah pula akan menentukan
tempat ketiga dan keempat.
2.3 Pilihan 2 (sekiranya pasukan yang menyertai kurang dari enam (6)
pasukan):
2.4 Pertandingan akan diadakan secara liga di mana semua pasukan akan
bertemu antara satu sama lain.
3. Pengadilan
3.1.1. Pengadil yang akan mewakili pertandingan dilantik oleh jawatankuasa
pengelola pertandingan.
3.1.2. Segala keputusan yang dibuat pengadil perlawanan adalah muktamad.
4. Hal-Hal Lain
4.1.1. Jawatankuasa Pengelola berhak menangguhkan sesuatu perlawanan
atau membuat perubahan pada masa atau tempat pertandingan.
Pemberitahuan yang cukup akan diberikan dalam perkara ini.
4.1.2. Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini,
Jawatankuasa Pengelola berhak membuat keputusan dan keputusan itu
adalah muktamad.
LAMPIRAN 2
Jadual Pertandingan
LAMPIRAN 3
Senarai Nama Pengadil
Recommended