View
6.406
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
Kesusasteraan, KebudayaanDan Kesenian Melayu
Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan
Fungsi Kesusasteraan
Ciri Kesusasteraan
Jenis dan Bentuk Kesusasteraan
Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan
1. Hashim Awang,kesusasteraan ialah bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
2. Perkataan Kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku
indah.
3. Kamus Dewan, ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu.
4.J.S Badudu, Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi.
5. Sastera juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan
kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan
keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam
bentuk yang mempersonakan.
6. Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu
berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu Sastra
Unsur-unsur dalam Kesusasteraan
(a) Isi Kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman,
idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan lain-lain.
(b) Ekspresi dan ungkapan- ekspresi ialah keupayaan untuk mengeluarkan
sesuatu dalam diri manusia.
(c) Bentuk – Jika tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin
kedua-dua perkara tadi dapat disampaikan kepada orang lain. –
Bentuk pengungkapan sastera ada bermacam-macam, misalnya ada
ungkapan dalam suara yang disertai bunyi-bunyian.
(d) Bahasa- medium pengungkapan bentuk sastera itu tadi ialah bahasa.
Bahasa ialah bahan utama untuk mewujudkan ungkapan peribadi dalam
suatu bentuk sastera yang indah.
Fungsi KesusasteraanFungsi
Kesusasteraan
Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan
- Tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur
pendidikan atau pengajaran.
- Pengalaman para pengarang diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum di dalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi,
politik, sosiologi dan agama.
- Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral
atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya.
Kesusasteraan Berfungsi
Memberi Kepuasan Estetik.
- Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah keindahan yang
sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai oleh Socrates.
- Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik
merupakan kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan sentimen dan
cita rasa.
- Dapat dibuat kesimpulan bahawa kepuasan estetik adalah satu bentuk
perasaan indah yang muncul sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca.
Ciri Kesusasteraan
(a) Keindahan
(b) Mencerminkan pengalaman
( c) Pengalaman Seni
(d) Karya Seni
keutuhan
keseimbangan
keselarasan
Penekanan
Ciri kesusasteraan
(a) Keindahan
Merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa yang digunakan serta dapat menyerlahkan
keindahan sesebuah hasil karya itu.
Keindahan itu juga bergantung pada kesatuan unsur yang membentuk suatu susunan atau struktur ayat sehingga menjadi sesuatu yang bulat dan utuh.
Hasil karya dikatakan indah jika organisasi unsur-unsur yang terkandung dalamnya tadi memenuhi empat syarat iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus atau penekanan sesuatu unsur.
Demikian juga bentuk novel akan berbeza ciri keindahannya dengan bentuk puisi kerana unsur-unsur yang terkandung dalam novel dan puisi adalah berbeza.
Begitu juga unsur-unsur yang membentuk drama dan esei adalah berbeza.
Kesimpulannya, unsur-unsur yang berbeza tadi mempunyai cara tersendiri dalam membentuk kesatuan yang utuh bagi memperlihatkan keindahannya.
Ciri kesusasteraan
(b) Mencerminkan Pengalaman
Merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang digambarkan secara realiti.
Disebut utuh kerana bukan hanya merujuk kepada kegiatan fikiran, tetapi juga perasaan dan imaginasi.
Realiti pula ialah sesuatu yang dapat merangsang atau menyentuh kesedaran manusia, sama ada di dalam atau di luar dirinya.
Perkara (realiti) sedemikian dialami melalui pancaindera seseorang secara sedar dan hasil tindak balas terhadap fikiran, perasaan dan
imaginasi, maka timbullah perkara yang disebut pengalaman.
Dalam peristiwa sastera, pengalaman itu diungkapkan melalui bahasa.
Peristiwa sastera bermaksud kegiatan membaca atau mendengar karya-karya sastera, mencipta atau
mengkritik karya-karya sastera.
Pengalaman pengkarya itu hanya dapat diungkapkan dan dikongsikan oleh orang lain jika direalisasikan dalam
bentuk bahasa.
Bahasa merupakan peranti yang dapat meneruskan fikiran, perasaan dan imaginasi pengkarya sehingga
membolehkan pembaca dapat memikirkan , merasakan dan mengimaginasikan seperti yang dialami oleh
pengkarya tersebut.
Ciri Kesusasteraan
Ciri kesusasteraan
(c) Pengalaman Seni
Melalui peristiwa sastera, pembaca dapat memahami dan merasai fikiran dan perasaan pengkarya.
Pembaca harus sedar akan nilai-nilai lain yang terkandung dalam karya sastera, iaitu nilai-nilai yang berhubungan dengan cara pengkarya
menyampaikan pengalaman biasanya itu.
Nilai sastera bukan hanya terletak pada perkara yang disampaikan oleh pengkarya tetapi juga kepada cara atau bentuk penyampaiannya.
Karya sastera bukan setakat memberikan kepuasan kepada pembaca dalam menyelami dan memahami isi hati pengkarya melalui gagasan
dan fikiran, tetapi juga pengalaman dan nilai-nilai seni yang mengagumkan pembaca.
Ciri kesusasteraan
(d) Karya Seni
Ada tiga perkara yang membezakan karya sastera dengan karya bukan sastera, iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus.
Fiksyen bermaksud karya sastera itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti.
Nilai-nilai estetik pula membolehkan pengkarya mengungkapkan isi hati dengan sejelas-jelasnya dan mendalam. Sastera sebagai karya seni harus mempunyai ciri-ciri yang berikut :
a) Keutuhan – Sesuatu karya sastera seperti puisi dan prosa haruslah utuh, iaitu setiap bahagian atau unsur yang ada padanya menunjang kepada usaha mengungkapkan isi hati pengkarya.
b) Keseimbangan – unsur-unsur atau bahagian-bahagian karya sastera, baik dari segi ukuran atau pemberatannya harus seimbang dengan fungsinya. Contohnya, peristiwa yang kurang penting dalam persembahan sebuah novel harus lebih pendek daripada peristiwa yang panjang.
Ciri kesusasteraan
c) Keselarasan – hubungan antara satu unsur atau bahagian karya sastera dengan unsur atau bahagian lain harus ada keselarasan, iaitu unsur atau bahagian itu menjadi dasar atau asas bagi mengukuhkan unsur atau bahagian lain.
d) Penekanan - unsur atau bahagian yang penting harus mendapat penekanan yang lebih berbanding unsur atau bahagian yang kurang penting. Unsur yang penting itu mungkin digambarkan secara saksama dan mendalam oleh pengkarya, manakala yang kurang penting pula mungkin diberikan gambaran skematik sahaja.
*** Hasil karya sastera bukan hanya mementingkan ungkapan yang indah, malah karya sastera yang bermutu juga menitikberatkan bentuk, isi, ekspresi dan bahasa. Ciri-ciri sastera yang selanjutny dapat disenaraikan seperti yang berikut :
a) Sastera ialah seni dan bukan ilmu
b) Sastera ialah satu komunikasi
c) Sastera mempunyai keteraturan
d) Sastera ialah alat hiburan
e) Sastera ialah karya yang berintegrasi
f) Sastera merupakan ekspresi pengkarya
Jenis Dan Bentuk Kesusateraan
Kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat
digolongkan kepada tiga ketegori utama, iaitu:
i. Kesusasteraan Melayu Tradisional,
ii. Kesusasteraan Melayu Klasik,
iii. Kesusasteraan Melayu Moden.
i. Kesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional)
- Klasik bermaksud serius dan tinggi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi
standard kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-
ciri yang lazim dan tidak berubah mengikut masa.
- Bentuk sastera yang masih kekal dan sentiasa subur dalam kalangan
masyarakat Melayu
- Berbeza dengan istilah sastera lama kerana perkataan lama bersifat sementara,
apabila yang baharu datang maka yang lama akan hilang.
- Ia bersifat tradisi secara secara turun-temurun dan lebih sesuai digunakan
keranamerangkumi makna lama, tradisional dan klasik itu sendiri.
- Disampaikan melalui bahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.
Sejarah kesusasteraan Melayu Klasik
i. Peringkat awal.
- Menerima pengaruh Hindu dan Buddha kerana masyarakat Melayu telah
menerima kepercayaan Buddha sebelum abad ke-7 lagi.
- Buktinya, kesan tapak kuil dan batu bersurat – bahasa Melayu Kuno.
- Semasa kerajaan Melayu Sriwijaya muncul, telah dihasilkan karya-karya dalam
bahasa sanskrit – Jatatamala.
- Pada abad ke-13-14 muncul cerita-cerita epik dan tokoh agama.
ii. Pengaruh Islam.
-Mengalami ledakan perkembangan, abad ke14-16.
-Muncul tulisan jawi.
-Istana jadi pusat perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik setelah
Agama Islam bertapak di istana-istana menggantikan Buddha.
-Mereka yang pandai menulis bekerja di istana menghasilkan karya-karya
baharu dan hikayat.
-Pusat penyalinan dan penerbitan muncul apabila keperluan terhadap karya
bertambah.
Kesusasteraan Melayu Klasik
Sastera Lisan
(rakyat)
Sastera Tulisan (istana)
Sastera Lisan (rakyat)
Sastera Lisan (Rakyat)
-Bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk dalamnya daya ciptaan
imaginatif pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-nilai
pandangan dunia (world view) masyarakat itu sendiri (yang hidup
berkelompok dan primitif).
-“Rakyat” merujuk kepada orang biasa atau masyarakat desa yang hidup
secara kolektif dalam sebuah keluarga yang besar. Mereka saling
berkongsi suka duka, kesusahan, bekerjasama, serta bersama-sama
dalam urusan dunia dan akhirat.
-Masyarakat ini kurang hubungannya dengan masyarakat luar.
-Berpegang teguh pada corak budaya lama/tradisional.
-Sastera ini diinspirasikan melalui bentuk lisan oleh masyarakat ini.
Ciri Sastera Lisan
(Rakyat)
Penyebaran dan diwariskan
secara lisan
Bersifat tradisional
Wujud dalam variasi yang
berbeza-beza
Bersifat anonimi
Menjadi hak milik bersama
Bentuk rumus atau pola dengan
plot yang lebih kurang
sama.
Mempunyai fungsi
tertentu
Penulisan bersifat
sederhana, spontan dan agak kasar
Sastera Rakyat (Lisan)
Naratif
Mitos
Lagenda
Bukan Naratif Puisi Rakyat
Naratif
a. Mitos
- Cerita yang dianggap benar-benar terjadi
- Dianggap suci
- Mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan
bentuk muka bumi, gejala alam dan sebagainya.
- Tokoh yang terlibat pula terdiri daripada makhluk halus, dewa atau separuh
dewa yang terjadi pada masa dahulu.
Ciri-cirinya:
- Dianggap benar-benar terjadi.
- Peristiwa yang aneh, tetapi penting.
- Dianggap keramat dan memberi kesan kepada masyarakat.
- Latar belakang berlaku pada zaman lampau
- Tokoh yang terlibat ialah tuhan atau dewa-dewa.
Jenis-jenis mitos dalam sastera Melayu:
i. Mitos asal usul
- Berlaku pada masa lampau.
- Dianggap keramat.
- Mempengaruhi kehidupan masyarakat melayu.
- Kemukakan cara pemikiran yang mistik dan bersangkut paut dengan sesuatu
rahsia dan magis.
- Seperti, asal usul kejadian alam, asal kejadia bentuk-bentuk khas binatang dan
asal kejadian bentuk topografi (kisah Tasik Cini)
ii. Mitos Institusi sosial/budaya.
- mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu.
- Contohnya, mitos kedatangan islam, adat berandam dan semah pantai.
iii. Mitos Politik.
- cerita yang berkaitan dengan struktur pemerintahan dan kerajaan.
- Contohnya, mitos keturunan raja-raja Melayu, mitos penubuhan sesebuah
kerajaan seperti Pasai, Melaka dan Samudera.
b. Lagenda.
- Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku.
- Tidak dianggap suci.
- Mengalami tokok tambah daripada cerita sejarah sebenar.
Ciri-ciri Lagenda:
- Sejenis komunikasi lisan bercorak cerita berasaskan kisah-kisah
- Masa tidak semestinya masa lampau, tetapi mesti ada hubung kaitnya dengan
masa silam.
- Terdapat kesan atau tanda seperti kubur, binaan, bentuk bumi.
- Ada kaitan dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap
keramatnya seperti Perigi Hang Tuah.
- Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa.
- Dianggap sebagai sejarah kolektif.
- Bersifat universal
- Dipercayai benar-benar berlaku.
Jenis-jenis:
i. Legenda keagamaan.
- Cerita mengenai orang alim dan penyebar agama.
- Tokoh tersebut memang wujud dan jadi perbualan masyarakat hingga menjadi
supernatural.
- Contohnya, makam Habib Noh.
ii. Legenda alam ghaib/memorat.
- Dianggap benar-benar terjadi.
- Berfungsi meneguhkan kebenaran sesuatu kepercayaan.
- Merupakan pengalaman peribadi seseorang, tetapi mempunyai unsur
tradisional, misalnya pengalaman pergi ke alam ghaib.
iii. Lagenda Perseorangan.
- Mengenai tokoh-tokoh tertentu yang dianggap bener-benar terjadi.
- Latar tempat dan masa menjadi pembentuk suasanan.
- Kiraan dan unit masa bersamaan dengan masa sebenar.
Contoh :
• Tokoh kepimpinan : Hang Tuah, Tok Perak.
• Tokoh agama : Sheikh Omar Bashyir, Pawang Langkat.
• Tokoh Perniagaan/harta : Si Tanggang, Awang Tunggal.
• Ketokohan/ahli dalam perbagai bidang : Puteri Sa’adong, Mahsuri.
iv. Lagenda Tempat.
- Cerita mengenai asal sesuatu tempat.
- Nama tempat kadangkala ada kaitan dengan nama tokoh atau binatang.
- Contoh :
Berunsur historiografi :
- Peristiwa yang rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan.
- Contohnya, Pekan Langgar (Kedah), dinamakan sempena pelanggaran Siam.
Berunsur tokoh istimewa.
- Tokoh istimewa menjadi pengasas sesuatu tempat.
- Nama tempat diambil sempena nama tokoh yang mempunyai sifat luar biasa.
- Contohnya, Kampung Tok Pasai, nama berasal daripada seorang tokoh bernama
Tok Pasai.
• Berunsur tanda-tanda alam atau bentuk muka bumi.
- Contohnya, Batu Gajah sempena bentuk batu yang berupa gajah.
v. Legenda Tokoh.
- Cerita Mahsuri
- Dianggap benar, kerana ruang dan masa yang berkaitan.
- Terdapat bukti kesahihan, iaitu kubur Mahsuri yang bterletak di Pulau Langkawi.
- Leenda ini menceritakan seorang wanita dituduh melakukan pebuatan sumbang
dengan lelaki lain semasa ketiadaan suaminya.
- Sebagai balasan dia dihukum sula.
- Tetapi dengan kuasa Allah, berlaku perkara aneh kepadanya sebagai bukti dia
tidak bersalah. Darah yang keluar daripada lukanya dikatakan berwarna putih
melambangkan dia suci daripada melakukan maksiat.
- Akibat perbuatan berburu-buru dan dengki para pemimpin serta orang
kampung, Mahsuri telah melafazkan sumpahan bahawa pulau itu akan “padang
jarak padang terukur” selama tujuh keturunan sebelum menghembuskan nafas
yang terakhir.
c. Cerita Rakyat
- Berbentuk prosa.
- Dianggap tidak benar.
- Sebagai hiburan.
- Mengandungi nilai moral dan sindiran.
Jenis-jenis cerita rakyat :
i. Cerita binatang – cerita yang bersifat menghibur dan mendidik.
Ciri-ciri:
- Ditokohi oleh binatang.
- Binatang bersifat dan bertingkah laku seperti manusia.
- Binatang yang menjadi tokoh biasanya bersaiz kecil tetapi cerdik.
- Lawannya binatang yang besar, tetapi kurang akalnya dan dianggap
bodoh.
- Contohnya, cerita Sang Kancil dan Sang Buaya.
ii. Cerita lipur lara – bermaksud cerita yang dituturkan oleh para penglipur lara
seperti Tok Selampit, Awan Belanga dan Awang Batil
Ciri-ciri :
- Dituturkan dan diturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain.
- Berlaku tokok tambah.
- Milik bersama masyarakat.
- Sebagau hiburan dan pendidikan.
- Menggambarkan sistem masyarakat orang Melayu.
- Mengandungi ciri tempatan.
- Mengandungi puisi.
- Tema biasanya tentang peperangan, percintaan dan pengembaraan.
- Terdapat amanat atau panduan, iaitu baik dibalas baik, kebenaran akan terbukti
akhirnya, nilai budi, mungkir janji dan sebagainya.
- Mengandungi plot kronologi, iaitu sebelum, semasa dan sesudah.
- Watak utama sama ada menusia biasa, dewa dewi, wira atau wirawati,
-Terdapat unsur magis dan kesaktian.
- Latar tempatnya di istana, dunia, kayangan atau alam ghaib.
Antara contoh cerita penglipur lara :
-Hikayat Malim Dewa.
-Hikayat Malim Deman.
-Hikayat Anggun Cik Tunggal.
iii. Cerita Jenaka – cerita yang menimbulkan rasa geli hati dan ketawa orang
mendengarnya.
Ciri-ciri :
- Ada unsur kebetulan.
- Kelucuan yang ditimbulkan adalah daripada jalan cerita itu sendiri.
- Ada permainan kata-kata yang lucu.
- Sifat-sifat watak bodoh seperti Pak Pandir, bodoh sial seperti Lebai Malang dan
Kaduk, dan pintar seperti Pak belalang.
Contoh cerita jenaka :
- Pak Belalang, Pak Kaduk.
iv. Cerita teladan
- Cerita yang mempunyai unsur deduktif dan memberikan pengajaran dan unsur
moral.
- Cerita ini ditujuhkan kepada kanak-kanak.
- Cerita dianggap benar dan ditokohi oleh menusia yang mengalami suka duka.
Ciri-ciri :
- Tokohnya manusia biasa.
- Tokoh mempunyai perwatakan yang sangat baik, murni dan jujur.
- Selalunya anak bongsu atau anak tunggal.
- Mendapat pertolongan daripada kuasa sakti seperti binatang, dewa atau pari-
pari.
- Tokoh akan dapat keluar daripada kesengsaraannya pada akhir cerita.
Contoh :
- Bawang Putih Bawang Merah.
- Batu Belah Batu Bertangkup.
Bukan Naratif
Puisi Rakyat
-Muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk tulisan.
-Pancaran masyarakat Melayu lama yang menggambarkan masyarakat yang statik,
adat, peraturan dan undang-undang yang mesti dipatuhi.
-Mempunyai kalimat yang tidak bebas, iaitu setiap jenis sudah terikat dengan
bentuk dan pola tertentu.
-Mempunyai bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu.
-Merupakan perenggan berangkap.
-Merupakan ekspresi daripada pengalaman imaginatif manusiayang terjelma dan
tersusun dalam kata dan bahasa.
-Penggunaan bahasanya padat dan mempunyai makna yang mendalam dan
berkesan.
-Penghasilannya memerlukan perasaan yang sensitif, pemilihan diksi, rima dan
suku kata tertentu.
Jenis Dan Bentuk Puisi Rakyat
1. Pantun
- Karangan berangkap, terbentuk secara berpasangan ( 2-16 baris ).
- Bilangan suku kata setiap baris antara 8 – 12 perkataan.
- Tiap-tiap rangkap ada unit pembayang dan rima ( a-b-a-b ).
- Ada yang wujud dalam rima syair ( a-a-a-a ).
Jenis-jenis pantun :
- pantun nasihat, pantun adat, pantun kanak-kanak, pantun agama,
pantun kiasan, dll.
2. Syair.
- Mempunyai 4 baris serangkap
- Rima akhir ( a-a-a-a )
- Tema bentuk naratif : syair romantis, syair sejarah, syair
keagamaan, syair kiasan
- Tema syair bukan naratif : syair nasihat, syair agama
3. Gurindam
- Puisi yang tidak berbentuk.
Gurindam terikat
- Terdiri daripada 2 baris serangkap dan mengandungi 3-6 patah perkataan
dalam sebris.
- Memerlukan rangkap lain untuk melengkapkan ideanya.
Gurindam tidak terikat
- Selalunya tidak berpasangan dan tidak berangkap atau terus menerus.
- Jika berangkap pun, jumlah baris dalam serangkap itu tidak tetap jumlahnya.
- Berfokus kepada pengajaran atau panduan hidup.
4. Seloka
- Sejenis puisi bebas sama ada berangkap atau tidak.
- Dalam bentuk berangkap, jumlah kata dalam sebaris dan
rima akhirnya.
- Memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan idea.
- Bentuknya hampir sama dengan gurindam dan talibun.
- Mengandungi unsur sindiran secara serius atau berjenaka.
5. Teka-teki berpuisi
- Ungkapan lisan tradisional yang mengandungi satu atau
lebih unsur yang perlu diteka.
- Fungsinya sebagai bahan hiburan, uji ketajaman akal,
merendahkan kecerdikan orang lain.
- Tema bertumpu kepada persekitaran masyarakat.
6. Peribahasa berangkap
- Ungkapan bahasa paling kurang 2 kerat.
- Tidak semestinya sama rima tetapi mempunyai hubungan
yang seimbang ( 1 perbandingan, 1 pelengkap )
- Menjadi pegangan dan panduan kepada masyarakat
7. Terombo
- Sejenis puisi bebas.
- Keindahan bergantung kepada aspek pengulangannya.
- Mengandungi norma-norma adat dalam majlis tertentu.
- Banyak mengungkapkan kepelbagaian adat.
8. Talibun
- Puisi bebas yang berada dalam cerita lipur lara.
- Dikenali juga sebagai bahasa berirama.
- Bentuknya tidak tetap.
- Penceritaan tentang sesuatu objek atau aspek dalam cerita secara
terperinci.
- Isi dan tema pelbagai dan luas.
- Antaranya ialah pemerian tentang benda-benda, pakaian, perasaan dan
sebagainya.
9. Terasul
- Mirip dengan talibun, tetapi bezanya terasul ini khusus
mengenai adat, menyatakan salasilah dan digunakan pada
masa memasang adat kebesaran, kenduri dan penjamuan
tetamu.
Sastera Tulisan (Istana)
Mula diperkenalkan selepas penerimaan islam kira-kira pada abad
ke-15.
Sastera ini berkembang di dalam istana.
Jenis dan Bentuk Sastera Lisan
1. Sastera Hikayat.
Terbahagi kepada 3 jenis :
- Sastera hikayat berunsur Hindu, Hikayat Seri Rama.
- Sastera hikayat berunsur Islam, Hikayat Sultan Damsyik.
- Sastera hikayat berunsur Hindu-Islam, Hikayat Putera Jayapati.
2. Sastera Undang-undang
- Dijadikan bahan kajian tentang sistem pemerintahan, pentadbiran, dan susun lapis
masyarakat.
Tergolong dalam 2 kumpulan:
i. Adat Temenggung, seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka,
Undang-undang Pahang dan sebagainya.
ii. Adat Perpatih, Tambo Minangkabau, Tambo Adat, Undang-undang Sembilan Puluh
Sembilan, dan sebagainya.
Sastera ini mengandungi keterangan tentang :
- Kuasa raja dan pembesar, pembahagian tugas dan sistem pentadbiran negara.
- Undang-undang dalam bentuk kesalahan dan hukuman.
- Undang-undang awam berkaitan dengan pembahagian harta dan perkhawinan.
- Adat istiadat yang diamal oleh raja dan golongan bangsawan dalam upacara
istana.
3. Sastera epik
- Juga disebut sastera pahlawan
- Mementingkan kepahlawanan dan keperwiraan yang unggul.
- Tokoh yang dilagendakan bersifat mulia, murni, berperikemanusiaan
dan pengabdian diri.
Terbahagi kepada dua :
i. Epik kebangsaaan, Hikayat Hang Tuah.
ii. Epik berunsur islam, Hikayat Mohamad Hanafiah.
4. Sastera Panji.
- Berkisahkan pengembaraan, percintaan dan peperangan
- Watak utamanya menggunakan watak panji.
- Watak utama (sang kekasih) biasanya dinamakan Cendera Kirana.
5. Sastera agama / kitab.
- Fokus kepada cerita-cerita Nabi Muhammad SAW.
- Kehebatan dan keagungan Nabi dalam membawa dan
menyebarkan agama Islam.
- Contoh : Hikayat Bulan Berbelah.
6. Sastera ketatanegaraan.
- Berbentuk kitab.
- Contohnya Kitab Nasihat Segala Raja-raja.
Kesusasteraan Melayu Moden
Jenis-jenis Kesusasteraan Melayu Moden.
1. Cerpen
- Gabungan 2 perkataan, cerita dan pendek.
- Alat mencerminkan perasaan,sikap, fikiran, pandangan.
- Menggunakan elemen tema, plot, watak dan perwatakan, latar,
sudut pandangan dan sebagainya.
- 500 hingga 5000 perkataan.
- Fokus kepada satu kejadian dan membawa satu tema sahaja.
2. Novel
- Prosa rekaan yang panjang, sebahagian daripada kehidupan.
- Berasal daripada perkataan Itali; novella- 1 benda kecil yang baru.
- Merangkumi 3 faktor utama, iaitu pengalaman peribadi, realiti hidup
dan imaginasi.
- Isinya menggambarkan perjuangan dalam hidup, pertentangan
antara keadilan dengan penindasan, konflik antara manusia, alam,
ketuhanan dan perasaan masyarakat.
3. Sajak
- Muncul pada zaman angkatan 45 akibat daripada perasaan ingin bebas.
- Perkara yang menjadi landasan ialah ekspresi jiwa ( bahasa ), bentuk rima, cetusan jiwa pengarang.
Jenis-jenis sajak :
- Balada, mengandungi cerita dan kisah
- Roman, mengenai cinta kasih atau curahan kasih sayang.
- Oda, berisi pujian dan sanjungan.
- Epigram, memberi nasihat dan pengajaran.
- Himne, berisi pujian dan pujaan kepada Tuhan.
- Elergi, menggambarkan keluhan jiwa dan rintihan sukma pengarang.
- Satira, berisi sindiran atau kecaman pengarang kerana tidak bersetujuh melihat sesuatu yang tidak benar dan
menyeleweng.
Perkembangan Kesusasteraan Melayu
Peringkat awal.
- Kerajaan Srivijaya telah menggunakan bahasa Melayu Kuno, dan
pada masa itu juga telah muncul pelbagai bentuk sastera rakyat.
- Bermula pada abad ke-17 atau selepas tahun 1600 M timbul
kesedaran membukukan hasil-hasil sastera lama.
- Berkonsepkan hiburan dan ajaran.
- Berkaitan kehidupan masyarakat Melayu yang aman damai.
- Cerita disampaikan secara lisan
Kewujudan sistem tulisan.
- Sastera dalam bentuk tulisan.
- Berkonsepkan Pengabdian kegagahan Kerajaan Melayu
Zaman pertembungan Hindu – Islam.
- pertembungan (Hindu – Islam) membawa perkembangan baharu kapada
sastera Melayu.
- Pertembungan ini telah menghasilkan sastera saduran (campuran).
- Perubahan Tajuk karya, nama- nama watak, dan penggunaan kata dari al-
Quran.
Kemunculan tulisan Abdullah Munsyi.
- Mengubah kesusasteraan Melayu lama kepada baharu.
- Pengarang Melayu pertama yang keluar daripada kebiasaan lama.
- Mengalihkan penulisan daripada khayalan kepada dunia nyata.
- Contoh hasil karya, Syair Singapura Terbakar ( 1830 )Hikayat Abdullah ( 1843 )
Abad ke-19.
- Banyak hasil sastera tercipta dengan menggunakan batu cetak.
- Banyak hasil sastera daripada sastera saduran dan terjemahan daripada hasil
sastera luar, saeperti Arab dan Inggeris.
- Akhir abad, Syair Siti Zubaidah, Syair Dandan Setia.
Zaman tuntutan kemerdekaan.
- Sastera jadi Wadah utama salurkan semangat kebangsaan dalam kalangan
orang Melayu.
- Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 berperanan penting dalam
menhasilkan sastera yang bermutu dan sedarkan masyarakat mengenai
kepentingan kemerdekaan.
Kini.
- Sastera bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat
- Kedaulatan Malaysia
Kebudayaan Melayu
Kebudayaan Melayu
Merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya.
Boleh ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat Melayu.
Budaya Melayu meliputi hal-hal tentang bahasa,agama,kesenian,adat,peraturan dan sebagainya.
Konsep Budaya
Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah,akal,semangat dan usaha manusia dalam satu kelompok.
Budaya ialah tamadun atau peradaban,kemajuan fikiran atau akal budi, iaitu cara berfikir,berkelakuan dan sebagainya.
Budaya merupakan keseluruhan hidup manusia yang kompleks yang dipraktikkan dalam sesuatu masyarakat secara pembelajaran dan warisan.
Budaya dalam bahasa Inggeris disebut “culture”.
Dalam bahasa Mandarin pula disebut “wen hua”.
Dalam bahasa Arab disebut “thaqafah”.
Budaya dapat diertikan sebagai segala kegiatan manusia yang bersangkutan budi dan akal.
Fungsi Kebudayaan Melayu
Merapatkan jurang perbezaan
antara kaum.
Melambangkan identiti sesebuah
negara.
Memupuk nilai-nilai kebangsaan.
Menjadi amalan pada peringkat
rasmi dan tertinggi
Ciri-ciri Kebudayaan Melayu
Mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat.
Contoh: Kedatangan Islam di Tanah Melayu telah menyebabkan budaya Hindu dan Buddha terpinggir.
Bersifat dinamik
Dianggap sebagai unsur konservatisme dalam kebudayaan.
Contoh: Jika kebudayaan dari luar sesuai dengan budaya setempat, ia akan diterima dan sebaliknya.
Menerima dan
menolak unsur
tertentu
Diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi.
Contoh: Adat perkahwinan.Hanya ada sedikit perubahan akibat peredaran zaman.
Kebudayaan diwarisi Setiap budaya
mengalami perubahan dan kesinambungan.
Contoh: Seni bina rumah yang dahulunya hanya sederhana tetapi pada zaman ini berbagai-bagai bentuk seni bina terbentuk.
Proses kesinambungan
Perkembangan Kebudayaan Melayu
Sebelum kedatangan Islam:
Budaya Hindu dan Buddha diamalkan di Tanah Melayu.
Budaya ini tersebar luas dan diamalkan sehingga kedatangan Islam.
Selepas kedatangan Islam, budaya Hindu dan Budhha semakin terpinggir.
Selepas kedatangan Islam:
Pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih digunakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Contohnya: Penggunaan sistem beraja dalam pentadbiran, sistem kasta, seni ukir dan lain-lain.
Sistem sosial masyarakat Melayu adalah seperti berikut:
Pemerintah
Bendahara, Temenggung,
Laksamana,Syahbandar
Rakyat biasa, peniaga,petani, hamba( hamba tawanan,hamba
berhutang)
Undang-undang dan Peraturan
Barang perhiasan diraja seperti emas hanya boleh digunakan oleh keluarga diraja melainkan dengan seseorang itu dianugerahkan oleh raja, maka bolehlah dia memakainya.
Rakyat tidak dibenarkan memakai payung yang berwarna kuning kerana ia khusus untuk keluarga diraja.
Orang Melayu menganggap raja amat mulia dan berdaulat.
Jenis dan Bentuk Budaya Melayu
Nilai dan etikakepercayaan
Adat istiadatPantang larang
Kesenian Melayu
Konsep Kesenian
Kesenian diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada kesan serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu.
Ada juga mengatakan seni hanya hiburan, iaitu yang boleh dinikmati melalui penghayatan pengalaman indera semata. Contohnya telinga dan mata.
Seni meliputi aspek-aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk-lampai gerak dalam tarian dan kombinasi cahaya dan sebagainya.
Seni diertikan sebagai cantuman kesepaduan antara dua unsur pokok, iaitu keindahan dan kemanfaatan.
Sesuatu itu dianggap seni yang sebenar jika berupaya memenuhi tuntutan indera, bermanfaat dan mampu memperkembang pengalaman manusia dalam pengembangan dan pembinaannya.
Kesenian ialah usaha mencipta bentuk-bentuk yang melahirkan rasa kesenangan hati.
Fungsi Kesenian Melayu
Medium Hiburan
Media untuk
Pendidikan
Kesenian diperlukan
dalam upacara ritual dan
agama
Lambang Identiti Bangsa
Jenis dan Bentuk Keseniaan Melayu
Seni Tari Perlakuan yang bersifat teknikal dan ada kalanya agak
kompleks.
Tarian memperlihatkan gerak-geri, lenggang-lenggok dan pergerakan jari.
Terdapat juga tarian yang mengandungi intelek dan mesej yang perlu ditafsirkan.
Selalunya diiringi dengan alat muzik.
Dalam masyarakat tertentu, seni tari berhubung drapat dengan ritual.
Makyung
Dimainkan seperti teater.
Popular di negeri pantai timur. (kelantan)
Selalunya dimainkan selepas selesai musim menuai.
Masyarakat nelayan, makyung dimainkan dalam upacara memuja pantai.
Gabung jalin antara unsur drama, komedi, tarian dan muzik.
Pelakon terdiri daripada lelaki dan perempuan.
Cerita berunsur nasihat, pengajaran dan komedi.
Makyung- permaisuri/ tuan puteri.
Pakyung- raja.
Tarian kuda kepang
Selalunya dipersembahkan dalam upacara sambutan dan majlis- majlis keramaian.
Dikatakan berhubungan dengan kuasa ghaib.
Tarian ini diamalkan di negeri Johor dan Selangor.
Kuda kepang diperbuat daripada anyaman buluh.
Kuda ini hanya mempunyai kepala, badan dan ekor sahaja.
Pemecut/ tali tas juga disediakan bagi kegunaan ketua penari.
Alat muzik – jidur, angklung, gendang, gong dan kenong.
Tarian Mak Inang Terkenal di kalangan masyarakat melayu sejak zaman
kerajaan melaka.
Dalam tarian ini, para penari menggerakan tangan dan kaki bersama- sama dan lemah lembut.
Biasanya dipersembahkan di istana raja dam majlis perkahwinan.
Inang (perempuan yang menjadi pengasuh kepada anak raja).
tarian ini diambil daripada aktiviti merisik.
Alat muzik- biola, rebana dan gong.
Hari ini, dipersembahkan untuk tontonan umum dala sesuatu majlis/ upacara keseniaan.
Tarian zapin
Berasal dari Arab- Parsi.
Asalnya tarian ini ditarikan oleh lelaki sahaja.
Oleh sebab itu, tarian ini pantas, cergas dan kadangkala penari melompat mengikut rentak.
Tarian ini ditarikan berbeza- beza mengikut negeri.
Antara ragam tarian ini ialah baris dasar, pusing tiga balik, bunga silang dan wainad.
Alat muzik- gambus, rebana dan marwas.
Jika penari perempuan turut serta dalam tarian ini, biasanya mereka akan memakai seluar panjang.
Tarian ronggeng
Berasal dari portugis.
Diperkenalkan apabila melaka jatuh ke tangan portugis.
Terdapat persamaan dengan rentak tarian portugis dan sepanyol.
Ditarikan secara berpasangan (lelaki dan perempuan).
Pada akhir tarian, irama muzik akan semakin rancak dan penari akan menari dengan rancakdan cepat menggambarkan suasana gembira.
Alat muzik dahulu- biola, rebana dan gong.
Alat muzik sekarang- gitar, piano, akordion dan trompet.
Boria Persembahan pentas yang amat popular (Pulau Pinang).
Perkataan boria berasal daripada perkataan bori (satu kaum yang berasal dari Gujerat, India).
Terdapat dua bahagian, lakonan yang berbentuk jenaka dan nyanyian.
Lakonan dan nyanyian ini digabungkan dalam sesuatu tema yang akan dipersembahkan.
Lakonan dilakukan secara spontan tanpa menggunakan skrip.
Peserta dalam boria terdiri daripada tukang karang dan kelasi.
Tukang karang akan memulakan nyanyian dan diikuti oleh kelasi.
Seni Suara
Merujuk kepada bidang nyanyian.
Sesuatu lagu biasanya diiringi oleh beberapa alat muzik.
Dalam masyarakat Melayu tradisi, nyanyian dilakukan untuk mendodoikan bayi, di samping menghiburkan hati setelah penat bekerja.
Dondang Sayang
Dondang sayang bermaksud nyanyian kasih.
Ungkapan asalnya ialah dendang sayang.
Berkembang pesat dalam kalangan rakyat jelata selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.
Selain itu, nyanyian dondang sayang ini juga mempengaruhi masyarakat Baba dan Nyonya.
Alat muzik- biola, rebana, gong/ tawak, gendang dan akordion.
Seni kata / pantun dondang sayang ini yang dilagukan itu tidak disediakan terlebih dahulu, kerana seni kata tersebut dihasilkan secara spontan.
Pada akhir setiap rangkap pantun, penyanyi akan menyebut, “dondang sayang, cik adik sayang, cik abang sayang, abang mat sayang” dan sebagainya.
Soalan dan jawapan pantun itu saling berkaitan.
Jenis pantun yang dinyanyikan ialah empat pantun kerat.
Dikir barat
Terkenal dalama masyarakat Melayu (Kelantan).
Kombinasi antara dikir dengan pantun/ dikir dengan karut.
Perkataan karut terhasil daripada istilah mengarut dalam pantun tersebut.
Pendapat umum mengatakan dikir barat berasal dari Selatan Thailand (dikenali sebagai dikir karut).
Ddipersembahkan secara berpasukan 15- 30 orang.
Seni Kraf Tangan
Merupakan hasil kerja tangan yang memerlukan daya kreativiti dan kemahiran menggunakan tangan.
Ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni rupa untuk maksud yang sama.
Biasanya dikaitkan dengan industri desa.
Seni kraf tangan ini semakin meningkat hingga dapat dieksport ke luar negara.
Seni tembikar
Tembikar sayung (labu tanah) merupakan satu hasil yang unik.
Tembikar sayung ini bekas untuk menyimpan air minum dan selalu digunakan dalam upacara- upacara tertentu yang melibatkan penggunaan air.
Terdapat di Negeri Perak.
Tanah liat digunakan untuk membuat labu tersebut.
Tenunan kain songket
Negeri Terangganu, Kelantan dan pahang terkenal dengan tradisi menenun kain songket.
Pada zaman dahulu, kemahiran menenun ini diajar kepada anak- anak gadis.
Songket berasal daripada perkataan sungkit.
Kain songket dihasilkan melalui proses yang rumit dan mengambil masa yang lama.
Anyaman kelarai
Keaslian dan ketinggian mutu anyaman ini memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang unik.
Selain wanita lelaki juga mahir dalam menghasilkan kelarai.
Anyaman kelarai ini menghasilkan bakul, tikar, dinding, beg dan sebagainya.
Bahan asas kelarai ini terdiri daripada mengkuang, daun pandan/ bilah buluh yang diraut nipis.
Peralatan bunyi- bunyian
Masyarakat Melayu mempunyai alat- alat bunyian untuk hiburan dan tujuan yang tertentu.
Kebanyakan alat muzik dihasilkan untuk mengiringi sesuatu persembahan seperti tarian atau nyanyian.
Canang Gendang Geduk/ beduk
Gong / tawak Jidur Kompang
Rebab Angklung
Perkembangan Kebudayaan dan
Keseniaan Melayu
Pada zaman awal, kesenian melayu dipengaruhi oleh kepercayaan Hindu.
Kalangan rakyat biasa dipengaruhi aspek esetik yang terdapat dalam ajaran hindu.
Orang melayu tidak dapat menghayati unsur falsafah dan ajaran agama hindu yang kompleks.
Orang melayu hanya dapat menghayati keindahan dan kelembutan tarian klasik Hindu.
Penganut Hindu menggangap tarian sebagai ritual.
Dalam masyarakat Hindu pihak perempuan yang akan melamar lelaki dan yang akan mengeluarkan belanja perkhawinan.
Begitu juga adat perpatih, namun pendekatan dan pelaksanaannya berbeza.
Pada zaman itu, Raja Melayu banyak membawa unsur falsafah dan konsep Hindu dalam pentadbiran.
Adat istiada Hindu banyak diamalkan dalam upacara pertabalan.
Pertabalan itu diiringi paluan nobat, iaitu alat bunyian diraja.
Dalam zaman kerajaan Melaka, undang- undang dan peraturan terpengaruh oleh agama Hindu.
Orang Melayu menganggap raja amat mulia dan ada daulat, iaitu sifat abstrak yang wujud dalam diri raja- raja sahaja.
Daulat raja menyebabkan negara itu akan maju dan makmur.
Masyarakat melayu dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:
Pemerintahan.
Pertengahan.
Rakyat/ golongan bawahan.
Sekian….
Recommended