View
212
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
Pengenalan
Lompat Tinggi merupakan satu acara sukan yang mengunakan ketinggian
sebagai penentu kejayaan. Acara lompat tinggi ini sudah lama bertapak di
arena sukan olahraga dalam dikategorikan dalam acara padang. Acara
lompat tinggi memberi kebebasan kepada peserta untuk memilih gaya
lompatan yang sesuai dengan daya serta keupayaan mereka.
Menyorot kembali perkembangan acara lompat tinggi, cara dan teknik
lompat tinggi telah mengalami perubahan daripada aspek gaya lompatan,
pusingan dan juga flop. Banyak gaya lompatan terdapat dalam acara ini
seperti gaya gunting dan gaya timur. Namun setelah melalui beberapa
transisi, atlit pelompat tinggi sekarang lazimnya mengunakan teknik lompatan
Fosbury Flop.
Di Malaysia, antara atlet lompat tinggi terbaik adalah Ramjit Singh, Lou
Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail.
Sejarah Lompat Tinggi
Perkembangan domestik acara lompat tinggi ini menyaksikan negara
telah melahirkan beberapa atlit lompat tinggi yang berwibawa bukan sahaja di
peringkat negara namun juga di peringkat Asia. Nama-nama seperti Ramjit
Singh, Lou Chee Peng, Lee Kum Zee dan Nor Aishah Ismail cukup sinonim
dengan acara sukan ini. Lee Hup Wei merupakan pemegang rekod lompat
tinggi kebangsaan dengan catatan 2.27 meter ketika Kejohanan Asian Grand
Prox di Chennai India.
Lompat tinggi telah dipertandingkan di Sukan Olimpik sebagai acara
individu dan termasuk sekali dalam acara Lelaki Decathlon dan Perempuan
Heptathlon. Orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia
ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan
lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inchi. Dimulakan seawal Olimpik pada zaman
Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-
19, dengan pencapaian atas 1.68 meter oleh peserta pada masa itu.
Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah
tidak dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah
air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki
yang jauh dari palang. Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang
palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.
Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodernkan oleh warga Irish-
American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bagian
belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah
berjaya menciptakan teknik yang bekersan dan menciptakan rekod 6’ 5 5/8’’
(1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang
Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh
Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika
menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini
mendapat namanya hingga kini.
Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta
teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat
setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua
peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat
itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya
gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air
memahirinya.
Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi
ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi
yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh
beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam
pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta
memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang
menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.
Di antara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh
peserta-peserta maka gaya guling barat dan gaya kelana sajalah yang agak
saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang peserta.
Peralatan Lompat Tinggi
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus
untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga.
Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini
disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan
yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1. Tiang Lompat Tinggi
Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-
ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah
umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu
pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini
hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang
ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
2. Palang Lompat Tinggi
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu,
logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau
segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua
tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah
dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
3. Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau
pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam
atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas
kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh
digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
4. Pitar Mengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang
berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali
sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam
acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi
menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan
tepat.
Ukuran
1. Tiang Lompat Tinggi
Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4m
atau maksimum 4.04m dari bahagian dalam.
2. Palang Lompat Tinggi
Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk
segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.
3. Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau
pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5m
panjang dan 4m lebar dan 1m tebal.
4. Pita Pengukur
Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada
suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan
ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke
aras tanah.
Peraturan Asas Acara Lompat Tinggi
1. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
2. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan
yang disukainya.
3. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan
tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau
menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat .
4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali
bertutrut-turut (tanpa di ambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku)
akan terkeluar daripada pertandingan.
5. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua
peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi
mengikut peraturan.
6. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah hingga
bahagian tengah disebelah atas padang.
Gaya Lompat Tinggi
Terdapat lima gaya lompat tinggi
1. Gaya gunting
2. Gaya pelana
3. Gaya guling barat - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari
hadapan (90°). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke
hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
4. Gaya timur - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan
(90°). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan
badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
5. Gaya Fosbury Flop - diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun
1968. Pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu)
dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan
bahagian tengkuk.
Fasa Lompat Tinggi
Semua gaya lompatan boleh dibahagi kepada 4 fasa pergerakan, iaitu
1. Penujuan - larian menghala ke palang.
2. Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan.
3. Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di
atas palang.
4. Pendaratan - sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat
mendarat.
Fasa Lompat Tinggi Gaya Gunting
1. Penujuan
Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira- kira 30
darjah.
Pelompat menggunakan 7 -9 langkah.
Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari
sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.
Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari
sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
2. Lonjakan
Pelonjak melonjak dengan kaki luar.
Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul
di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa
membuat lonjakan.
3. Layangan
Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.
Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke
arah palang.
Kaki lonjak dihayun ke atas.
4. Pendaratan
Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah
kaki.
Fasa Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop
1. Penujuan
Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.
Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara
melengkung.
Butiran lain seperti gaya gunting.
2. Lonjakan
Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki
luar palang.
Kaki di hadapan badan.
Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.
Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.
Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.
Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan
badan.
3. Layangan
Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan
badan.
Kedua-dua belah tangan di sisi badan.
Kedua-dua lutut dibengkokkan.
Setelah bahan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan
gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas.
4. Pendaratan
Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.
Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi
1. Aktiviti Mendorong
I. Berjalan dengan lutut tinggi.
II. Berlari dengan lutut tinggi.
III. Berlari dalam bulatan.
IV. Berlari mengikut laluan angka lapan.
V. Melonjak.
VI. Melonjak untuk menyentuh bola yang digantung.
2. Latihan lompatan
I. Memulakan lompatan dengan gaya gunting.
II. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L”,kaki selari
dengan palang.
III. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk “L” serta kaki
bersudut 45 darjah.
IV. Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki
menghala ke arah palang.
V. Berdiri membelakangkan tempat mendarat ,melompat secara
dirian dan mendarat.
VI. Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol
satu tingkat.
VII. Ulang (f) dengan papan anjal.
VIII. Menentukan titik semak.
IX. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.
Recommended