View
385
Download
11
Category
Preview:
DESCRIPTION
PBS Pengajian Am penggal 2 - potensi perniagaan alat telekomunikasi… Kepada adik2 STPM penggal 2 yang bakal membuat kerja projek PBS PA. silalah rujuk kerja kursus ini sebagai rujukan :). good luck ;)
Citation preview
940212-14-6328
Tajuk Kajian
KAJIAN TERHADAP POTENSI PERNIAGAAN ALAT
TELEKOMUNIKASI DI MELAKA SENTRAL,MELAKA.
Syarifah Sakinah bt Syed Abdullah Thani
NO. KP :940212-14-6328
SM1108 / 1003
Sekolah Menengah Teknik Melaka
Bukit Piatu
75150 MELAKA
0 | P a g e
940212-14-6328
1.0SINOPSIS
Pada amnya kajian yang bertajuk – Potensi perniagaan alat telekomunikasi di
Melaka Sentral ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
peniaga alat telekomunikasi di Melaka Sentral serta faktor-faktor yang
mempengaruhi kecenderungan orang ramai terhadap penggunaan alat
telekomunikasi. Di dalam kajian ini, sebanyak 10 buah kedai alat
telekomunikasi di Melaka Sentral serta 10 orang responden dipilih sebagai
sampel kajian untuk mewakili populasi penduduk yang tinggal di berhampiran
dengan Melaka Sentral dan kawasan sekitarnya. Kawasan kajian ini dipilih
kerana ia terletak di tengah kawasan Bandar Melaka dan merupakan sebuah
kawasan tumpuan orang ramai. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik
sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A
mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden
terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat beberapa persoalan kajian khusus kepada
pengguna yang diutarakan dalam kajian ini antaranya ialah faktor kesedaran kepada
keperluan hidup masa kini, faktor tabiat setia kepada jenama, faktor Rekreasi,
kesedaran kepada fesyen terkini, kesempurnaan kualiti, kesedaran kepada harga
dan kemudahan.Persoalan kajian yang khusus diajukan kepada peniaga alat
telekomunikasi pula adalah berdasarkan latar belakang mengenai masalah dalam
industri alat telekomunikasi antaranya adalah faktor birokrasi serta kerenah
pelanggan yang sukar diramal. Data yang diperolehi dianalisis dan dinyatakan dalam
bentuk peratusan. Dapatan kajian mendapati faktor diri sendiri paling mempengaruhi
responden cenderung untuk membeli alat telekomunikasi diikuti dengan faktor
kemampuan dari segi ekonomi yang stabil serta pengaruh rakan sebaya danfaktor
persekitaran.
1 | P a g e
940212-14-6328
2.0KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
Penghargaan 3
Pengenalan 4 - 5
Objektif Kajian 6
Lokasi Kajian 7
Kaedah Kajian 8 - 11
Dapatan Kajian dan Perbincangan 12 - 27
Kesimpulan 28
Rujukan 29
Lampiran 30 - 33
2 | P a g e
940212-14-6328
3.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah
Dengan Izin dan Rahmat-Nya, saya berjaya menyiapkan Kerja Projek ini dengan
jayanya.
Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Guru Mata Pelajaran
Pengajian Am ( STPM 900 ) saya, Encik Daud bin Mijanyang telah banyak
menghulurkan bantuandalam menjayakan kajian kami. Beliau tidak putus-putus
memberi cadangan dan idea untuksaya menghasilkan kajian ini; Pengetua Sekolah
Menengah Teknik Melaka, Encik Zainudin bin Samad; Guru Penolong Kanan
Prauniversiti, Encik Saad bin Ishak serta semua staf sekolah ini dan juga rakan-rakan
seperjuangan.
Kepada ibu dan ayah tercintaterima kasih diucapkan kerana telah banyak
membantudari segi kewangan.Tanpa bantuan kalian, agak sukar untuk saya
melakukan kajian ini.
Akhir kata, terima kasih juga untuk semua ahli yang terlibat dalam menjayakan
kajian ini.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga
semasa kajian ini dijalankan.
Syarifah Sakinah bt Syed Abdullah Thani
Sekolah Menengah Teknik Melaka
Bukit Piatu
75150 MELAKA
3 | P a g e
940212-14-6328
4.0 PENGENALAN
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan
akan kewujudannya.Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan harian dan
akan bertambah penting pada masa akan datang.Lebih-lebih lagi pihak kerajaan
telah mengambil inisiatif untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang
belakang ekonominegara serta untuk menjadi pendahulu era digital dan
maklumat.Cabaran yang menanti kita kelaktentulah cabaran dalam usaha menjadikan
teknologi maklumat sebagai budaya khalayakyang sekaligus mencerminkan ciri
penerimaannya secara menyeluruh sebagai sebahagian daripadaresam kehidupan
seharian masyarakat serta dapat membendung isu darjat dan kelas kehidupan.
Telefon bimbit mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada mulanya, Alexander
Graham Bell Berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekaligus membolehkan
masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu sama lain walaupun
berjauhan (Graham Bell, 1992), Walaupun sejak kematiannya pada tahun 1922,
teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan
berkembang begitu pesat, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian
hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain
sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.
Di Malaysia, sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula
diperkenalkan pada tahun 1989.Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara
pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia di mana ruang
liputannya melebihi 90% kawasan penduduknya (A. Khalid, 2005). Telekom
Malaysia ™ memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak Atur 450 pada
Mei 1985.(Fuad Ayob, 2004). Telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang
begitu pantas dari segi teknologi dan reka bentuknya. Dua sistem digital yang
pertama bermula beroperasi pada 1992 iaitu GSM (Global System for Mobile
Communications) dan di Eropah D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone
Service) di Amerika Utara.
4 | P a g e
940212-14-6328
Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 billion di hantar oleh
pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula
direkodkan sehingga suku pertama tahun 2005. Statistik terkini menunjukkan
lebih kurang 9.5 juta pengguna kad prabayar di Malaysia. Ini bermakna
hamper RM 500 juta dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli kad
prepaid mereka. Manakala untuk pengguna SMS pula kira-kira RM 2 juta di
belanjakan oleh rakyat Malaysia dalam sehari (Suzana, 2006).
5 | P a g e
940212-14-6328
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
PERNYATAAN MASALAH
Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat ini, alat rangkaian
telekomunikasi sosial merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membina satu
komuniti dalam talian dimana individu dapat berkongsi hobi, aktiviti, gambar dan
sebagainya. Adakah alat telekomunikasi digunakan untuk tujuan sosial,
peribadi,pekerjaan atau tujuan pendidikan? Persoalannya sejauhmanakah
penggunaan alat telekomunikasi ini digunakan. Alat telekomunikasi telah mula
mendapat perhatian yang meluas dalam segala bidang. Oleh itu, kajian ini cuba
mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan orang ramai
terhadap penggunaan alat telekomunikasi. Kajian ini juga akan menyelidik apakah
masalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi apabila terdapat jumlah
permintaan yang banyak oleh orang ramai pada masa kini.Berpandukan kepada apa
yang telah dikaji , kajian ini akan melihatapakah persepsi orang ramai di sekitar
kawasan Melaka Sentral terhadap penggunaan alat rangkaian telekomunikasi
daripada sudut pendidikan, tujuan sosial ataupun sebagai alat bantu untuk pengajaran
dan pembelajaran. Mengikut laporan Boyd dan Ellison (2007), penggunaan
rangkaian telekomunikasi semakin mendapat perhatiandan digunakan oleh kaum
remaja dan dewasa. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh (Boyd &Ellison,
2007) kebanyakan menjurus kepada tapak rangkaian sosial dimana terdapat banyak
tapak yang telah dibangunkan untuk pengguna membina satu rangkaian untuk
berkomunikasi dan berinteraktif dengan komuniti dalam talian yang lain. Kajian ini
penting memandangkan semakin ramai penggunaterutamanya peringkat pelajar yang
semakin giat berkomunikasi dan menggunakan talian Internet. Kajian ini
akanmelihat adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara penggunaan alat
rangkaian telekomunikasi dalam kalangan orang ramai dan adakah ia dapat
membantu orang ramai dalam menjalani kehidupan harian.
Objektif kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan orang
ramai terhadap penggunaan alat telekomunikasi.
2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomnikasi.
6 | P a g e
940212-14-6328
6.0 LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Melaka Sentral dan di kawasan sekitar yang berhampiran
dengannya .( Sila rujuk peta dan fotograf yang dilampirkan )
Alamat :
Pejabat Pengurusan Melaka Sentral Sdn. Bhd. Jalan Tun Abdul Razak, Peringgit,
75300 Melaka.
Tel: 06-2881323 Fax: 06-2881322
7 | P a g e
940212-14-6328
7.0 KAEDAH KAJIAN (Metod)
7.1 Reka Bentuk Kajian
Kaedah Soal Selidik dan Kaedah Rujukan
Saya telah mengaplikasikan teknik soal selidik untuk mendapatkan data.
Kemudian data yang terkumpul hasil daripada teknik soal selidik akan
dianalisis dengan sistematik bagi mendapatkan jawapan terhadap teknik
soal selidik akan dianalisis dengan sistematik bagi mendapatkan jawapan
terhadap persoalan dan permasalahan kajian yang dikaji. Oleh itu, kajian
ini bercorak kuantitatif dan amat sesuai digunakan untuk menerangkan
beberapa fenomena yang sedang berlaku pada masa kini.(Mohd Majid bin
Ting). Bagi melengkapkan lagi kajian saya, saya telah membuat rujukan
dengan pelbagai kaedah antaranya adalah saya menggunakan internet.Kajian-
kajian yang telah dilakukan oleh pelajar di universiti tempatan juga dijadikan
bahan rujukan untuk melaksanakan kajian ini.Kebanyakan info yang saya
dapati terdapat di dalam blog.Ini dapat memudahkan lagi kerja saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh guru.Saya
juga telah menggunakan Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga untuk mencari
definisi perkataan yang sering saya gunakan di dalam kajian ini.Di samping itu,
buku-buku pelajaran serta majalah berilmu dijadikan rujukan tambahan untuk
melengkapkan lagi hasil kajian saya.
7.2 Skop Kajian
Skop kajian inimemfokuskan kepada orang awam yang terdapat di Melaka
Sentral dengan bertanyakan soalan-soalan yang berlandaskan faktor-faktor yang
mempengaruhi kecenderungan orang ramai terhadap penggunaan alat
telekomunikasi serta masalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi di
Melaka Sentral.
7.3 Populasi dan sampel kajian
Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah responden yang terdapat di Melaka
Sentral iaitu seramai 20 orang responden. Maka, jumlah sampel yang digunakan
dalam kajian ini adalah sebanyak 20 responden.
8 | P a g e
940212-14-6328
7.4 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif
kajian. Soal selidik yang disediakan oleh pengkaji terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, responden
dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan demografi
responden. Skala empat mata pula digunakan pada bahagian B di mana responden
dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan.
Skala Likert
Menurut Mohamad Abdullah (1996), dalam bukunya bertajuk Memahami
Statistik sebagai Asas Pengurusan dan Perdagangan : Pendekatan Kalkulator
Saintifik telah menyatakan bahawa skala likert mudah digunakan oleh
responden. Ia merupakan kelebihan yang ada pada skala likert. Petunjuk
yang digunakan untuk menerangkan Skala Likert umumnya mudah difahami
dan berkesan kepada para responden.
Bahagian A :
Mengenai demografi responden seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pendapatan
bulanan, status pekerjaan responden, status perkahwinan, bangsa, jenama telefon
bimbit yang sedang dimiliki masa kini, bilangan alat telekomunikasi yang digunakan,
jenis system yang diminati, syarikat telekomunikasi yang digunakan(TELCO) serta
jenis perkhidmatan yang digunakan oleh responden khusus kepada pengguna
manakala responden kepada peniaga seperti nama kedai, nama responden dan purata
keuntungan bulanan bagi kedai masing-masing.
Bahagian B :
Bahagian ini mempunyai 20 soalan untuk pengguna dan 27 soalan untuk peniaga
digunakan bagi mendapatkan dan mengenal pasti objektif kajian. Pecahan item untuk
pengguna terbahagi kepada enam bahagian manakala untuk pengguna terbahagi
kepada satu secara khususnya iaitu:
9 | P a g e
940212-14-6328
PELANGGAN
i. Faktor kesedaran kepadakeperluan hidup masa kini.
ii. Faktor tabiat setia kepada jenama.
iii. Faktor Rekreasi
iv. Kesedaran kepada fesyen terkini.
v. Kesempurnaan kualiti.
vi. Kesedaran kepada harga dan kemudahan.
PENIAGA
i. faktor birokrasi serta kerenah pelanggan yang sukar diramal.
Penyelidik menyediakan item-item soalan dengan menggunakan skala
empat mata untuk memperoleh jawapan daripada responden. Skala empat mata ini
terdiri daripada pemberat yang berlainan iaitu sangat setuju, setuju, tidak setuju
dan sangat tidak setuju. Ianya diringkaskan seperti mana yang ditunjukkan pada
Jadual 1.
10 | P a g e
940212-14-6328
Prosedur Pengumpulan Data :
Rajah 1 : Carta Alir Proses Penyelidikan
Berdasarkan Rajah 1, kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur
kajian yang telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian
dimulakan dengan perbincangan bersama guru mengenai masalah yang ingin
dikaji.Perbincangan melibatkan perkara-perkara seperti mengenal pasti masalah,
tajuk dan objektif kajian.Selain itu, perbincangan jugapengumpulan
maklumat berkaitan masalah yang telah dibincangkan, mengenal pasti responden dan
kaedah yang digunakan untuk menganalisis data.
11 | P a g e
Membina item soalan kajian
Mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah
Mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan hotel
Mengedar borang soal selidik kepada responden
Menganalisis data
Mentafsir data
Membuat rumusan kajian
940212-14-6328
Penyelidik menyerahkan borang selidik kepada responden dan menerangkan
cara-cara untuk menjawab. Setelah borang selesai dijawab, penyelidik membuat
penganalisisan data bagi mendapatkan dapatan kajian dan kesimpulan.
Kaedah tambahan :
Untuk mendapatkan maklumat tambahan, penyelidik juga melakukan pelbagai
rujukan ilmiah di dalam buku dan internet.
8.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
1. Analisis Bahagian A (Pelanggan)
i. Taburan Responden Berdasarkan Umur
Jadual 3 menunjukkan taburan responden berdasarkan umur. Didapati responden
yang berumur 17-21 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan
bilangannya seramai 6 orang remaja (60%) diikuti responden yang berumur 22-30
tahun seramai 2 orang (20%) dan responden yang berumur 31-40 dan 41 tahun keatas
masing-masing seramai 1 orang responden (10%).
Jadual 3 Taburan Responden Berdasarkan Umur
Umur Frekuensi Peratusan(%)
17-21 6 60
22-30 2 20
31-40 1 10
40> 1 10
Jumlah 10 100.0
ii. Taburan Responden Berdasarkan Status Pekerjaan
Jadual 4 menunjukkan taburan responden berdasarkan status pekerjaan. Analisis
menunjukkan sebilangan besar responden dalam kajian ini terdiri daripada remaja
yang masih menuntut seramai 6 orang responden (60%) manakala responden yang
menganggur dan tidak bekarja adalah seramai 1 orang (10%).Responden yang
12 | P a g e
940212-14-6328
bekerja sepenuh masa adalah seramai 1 orang (10%).Walaubagaimanapun, terdapat 2
orang responden yang menuntut sambil bekerja separuh masa iaitu seramai 2 orang
(20%).
Jadual 4 Taburan Responden Berdasarkan Status Pekerjaan
Status pekerjaan Frekuensi Peratusan(%)
Masih menuntut 6 60
Menganggur 1 10
Menuntut sambil belajar 2 20
Bekerja sepenuh masa 1 10
Jumlah 10 100.0
iii. Taburan Berdasarkan Pendapatan
Jadual 5 menerangkan tentang taburan responden berdasarkan pendapatan responden.
Hasil kajian menunjukkan sebilangan besar responden tiada pendapatan yang
tetapkerana sebilangan responden masih menuntut.Respoden mungkin mendapat
kewangan untuk membeli alat telekomunikasi beradasarkan pendapatan ibu bapa
masing-masing ataupun dengan menggunakan wang pinjaman pendidikan mereka
dan ada juga sebilangan penuntut yang menggunakan wang daripada hasil bekerja
separuh masa. Berdasarkan kajian purata jumlah responden yang berpendapatan RM
3000 dan ke bawah adalah seramai 4 orang (40%) dan hanya seorang responden yang
mempunyai pendapatan RM 5000 dan keatas (10%). Selebihnya adalah responden
yang tiada pendapatan yang tetap.
Jadual 5 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan
Jumlah Pendapatan Frekuensi Peratusan (%)
< RM 3000 4 40
RM 3001-RM 5000 0 0
RM 5000 > 1 10
Tidak berpendapatan 5 50
Jumlah 10 100.0
13 | P a g e
940212-14-6328
iv. Status perkahwinan
Jadual 6 menerangkan tentang taburan responden berdasarkan status perkahwinan
responden. Hasil kajian menunjukkan sebilangan besar responden belum
berkahwin dan berstatus bujang iaitu seramai 8 orang daripada 10 orang responden
(80%). Manakala yang selebihnya seramai 2 orang (20%) sudah berkahwin.
Jadual 6 Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan
Status Frekuensi Peratusan (%)
Berkahwin 2 20
Bujang 8 80
2. Analisis Bahagian A (Peniaga)
i. Purata Keuntungan bulanan
Jadual 7 menunjukkan taburan responden berdasarkan purata keuntungan
bulanan bagi responden iaitu peniaga. Berdasarkan kajian terdapat 1 (10%) buah
kedai yang purata keuntungan bulanannya kurang daripada RM 1000. Diikuti
dengan Jumlah keuntungan yang paling tinggi iaitu sebanyak dua buah kedai
mencapai purata keuntungan berjumlah RM 10 001 hingga RM 30 000. Manakala
Jumlah peratusan bagi tiga buah kedai yang purata keuntungan bulanannya
berjumlah RM 1001 hingga RM 3000 menunjukkan peratusan yang sama dengan 3
buah kedai yang purata keunungan bulanannya berjumlah RM 3001 hingga RM
5000 iaitu 30 peratus. Tambahan pula , hanya terdapat 1 buah kedai sahaja yang
mencapai purata keuntungan yang berjumlah RM 5001 hingga 10 000 iaitu
peratusannya berjumlah 10 %.
14 | P a g e
940212-14-6328
Jadual 7 Taburan Responden Berdasarkan Purata Keuntungan Bulanan
Purata keuntungan Frekuensi Peratusan (%)
< RM 1000 1 10
1001-3000 3 30
3001-5000 3 30
5001-10 000 1 10
10 001-30 000 2 20
Jumlah 10 100.0
3. Analisis Bahagian B ( Pelanggan)
Untuk mengetahui maklumat mengenai faktor yang mempengaruhi
kecenderungan orang ramai terhadap penggunaan alat telekomunikasi, penyelidik
membahagikan empat tahap persetujuan bagi setiap item kepada dua bahagian
iaitu setuju dan tidak setuju. Bahagian setuju merangkumi mereka yang setuju (S)
dan sangat setuju (SS) dengan kenyataan yang dikemukakan. Manakala, bahagian
tidak setuju pula merangkumi mereka yang tidak setuju (TS) dan sangat tidak
setuju (STS) dengan kenyataan yang diutarakan.
i. Faktor kesedaran kepadakeperluan hidup masa kini.
Berdasarkan dapatan kajian.Didapati bahawa separuh daripada bilangan responden
iaitu sebanyak 50 peratus responden bersetuju bahawa responden menggunakan
telefon bimbit sekadar memenuhi tuntutan kerja manakala 50 peratus lagi responden
tidak bersetuju. Sebanyak 50 peratus responden juga mengatakan bahawa mereka
menggunakan alat telekomunikasi adalah untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran manakala yang selebihnya tidak bersetuju dan mungkin tujuan
kegunaan telefon bimbit kepada mereka hanyalah sekadar untuk mengisi masa
lapang. Sebanyak 30 peratus responden tidak bersetuju mengatakan bahawa telefon
bimbit adalah suatu keperluan namun sebilangan besar daripada responden iaitu
sebanyak 70 peratus responden bersetuju mengatakan telefon bimbit adalah suatu
kemestian serta suatu keperluan pada masa kini kerana dunia sekarang memerlukan
suatu teknologi yang pantas untuk bergerak dan bersaing samada dengan individu
tertentu mahupun Negara. (Rujuk jadual 8)
15 | P a g e
940212-14-6328
Jadual 8 Taburan Frekuensi dan peratusan bagi Faktor Kesedaran Kepada Keperluan Hidup
Bil Item-item soal selidik Jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %
1. Saya mengunakan telefon bimbit sekadar
memenuhi tuntutan kerja.
0 0.0 5 50 3 30 2 20
50% 50%
2. Saya menggunakan alat telekomunikasi
untuk membantu saya dalam proses
pembelajaran.
1 10 4 50 3 30 2 20
50% 50%
3. Saya merasakan telefon bimbit adalah suatu
keperluan pada masa kini.
1 10 2 20 1 10 6 60
30% 70%
ii. Faktor tabiat setia kepada jenama.
Didapati bahawa sebanyak 40 peratus responden tidak bersetuju mengatakan bahawa
mereka kerap menukar telefon bimbit manakala sebanyak 60 peratus lagi bersetuju
mengatakan bahawa mereka sering menukar telefon bimbit mungkin kerana ingin
mencuba teknologi jenama telefon bimbit yang lain. (Rujuk jadual 9)
Jadual 9 Taburan Frekuensi dan peratusan bagi Faktor Tabiat Setia Kepada Jenama
Bil Item-item soal selidik Jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %
1. Saya kerap menukar telefon bimbit 0 0.0 4 40 5 50 1 10
40% 60%
iii. Faktor Rekreasi
Didapati bahawa sejumlah 40 peratus responden tidak bersetuju mengatakan bahawa
mereka menggunakan alat telekomunikasi untuk tujuan bersosial tetapi berlainan
dengan selebihnya yang bersetuju mengatakan bahawa mereka menggunakan alat
telekomunikasi untuk tujuan bersosial.Melalui kajian juga didapati bahawa separuh
16 | P a g e
940212-14-6328
daripada jumlah responden bersetuju mengatakan mereka menggunakan telefon
bimbit hanya untuk mengisi masa lapang manakala ynag selebihnya tidak bersetuju.
Selain itu , respon daripada responden menunjukkan 50 peratus daripada responden
menggunakan telefon bimbit untuk mendengar muzik manakala yang selebihnya
tidak bersetuju. Sebanyak 60 peratus responden menyatakan tidak bersetuju bahawa
mereka menggunakan alat telekomunikasi untuk mendengar muzik namun segelintir
daripadanya iaitu sebanyak 40 peratus yang lain bersetuju. Tambahan pula, jumlah
yang besar menunjukkan bahawa responden sering menggunakan alat
telekomunikasi untuk melayari internet iaitu sebanyak 80 peratus dan yang
selebihnya tidak bersetuju.(Rujuk jadual 10)
Jadual 10 Taburan Frekuensi dan Peratusan bagi Faktor Rekreasi
Bil Item-item soal selidik Jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %
1. Saya menggunakan alat telekomunikasi
untuk tujuan bersosial
1 10 3 30 3 30 3 30
40% 60%
2. Saya menggunakan telefon bimbit sekadar
untuk mengisi masa lapang.
1 10 4 40 4 40 1 10
50% 50%
3. Kerana minat yang mendalam terhadap
bidang muzik, saya menggunakan telefon
bimbit untuk mendengar muzik.
1 10 4 40 4 40 1 10
50% 50%
4. Saya banyak menggunakan alat
telekomunikasi untuk bermain game.
2 20 4 40 3 30 1 10
60% 40%
5. Saya sering menggunakan alat
telekomunikasi untuk melayari internet.
0 0.0 2 20 5 50 3 30
20% 80%
iv. Kesedaran kepada fesyen terkini.
Berdasarkan kajian, didapati bahawa separuh daripada jumlah responden iaitu 50
peratus menggunakan alat telekomunikasi kerana mengikut trend. Selain itu,
peratusan bagi faktor pengaruh rakan sebaya menunjukkan peratusan yang rendah
17 | P a g e
940212-14-6328
berbanding trend iaitu sebanyak 40% responden bersetju mengatakan bahawa mereka
membeli alat telekomunikasi kerana faktor pengaruh rakan-rakan. Malahan, ada juga
responden yang tertarik dengan pembelian alat telekomunikasi kerana tertarik dengan
pengaruh media iaitu sebanyak 40 peratus responden bersetuju.Tambahan pula,
peratusan yang tinggi jugaiaitu sebanyak 60 peratus responden bersetuju menyatakan
bahawa mereka sering menukar telefon bimbit kerana minat yang mendalam
terhadap produk-produk terbaru dalam pasaran.Ini membantu menjana ekonomi
Negara secara tidak langsung.sebanyak 40 peratus responden bersetuju menyatakan
bahawa mereka suka membeli alat telekomunikasi atau gajet terpakai mungkin
kerana lebih murah harganya berbanding gajet keluaran terbaru manakala jumlah
yang selebihnya tidak bersetuju.(Rujuk Jadual 11)
Jadual 11 Taburan Frekuensi dan Peratusan Berdasarkan Faktor Kesedaran kepada fesyen terkini.
Bil Item-item soal selidik Jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %
1. Saya membeli alat telekomunikasi kerana
sering mengikut trend masa kini
1 10 4 40 3 30 2 20
50% 50%
2. Saya membeli alat telekomunikasi kerana
pengaruh rakan-rakan saya
3 30 3 30 3 30 1 10
60% 40%
3. Saya menggunakan alat telekomunikasi
kerana tertarik dengan iklan yang
ditawarkan samada melalui media cetak dan
media elektronik.
2 20 4 40 1 10 3 30
60% 40%
4. Saya sering bertukar alat telekomunikasi
kerana minat yang mendalam terhadap
produk –produk terbaru.
1 10 3 30 5 50 1 10
40% 60%
5. Saya suka membeli alat
telekomunikasi/gajet terpakai.
3 30 3 30 3 30 1 10
60% 40%
18 | P a g e
940212-14-6328
v. Kesempurnaan kualiti.
Berdasarkan kajian, didapati bahawa frekuensi menunjukkan peratusan yang tinggi
iaitu sebanyak 70 peratus responden bersetuju membeli produk asli jaminan kilang
walaupun harganya lebih mahal manakala yang selebihnya tidak bersetuju.Selain itu,
separuh daripada responden mementingkan kualiti selepas pembelian dengan
sebanyak 50 peratus daripada responden menerima perkhidmatan sokongan selepas
pembelian manakala yang separuh lagi tidak bersetuju. (Rujuk Jadual 12)
Jadual 12 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Faktor Kesempurnaan Kualiti
Bil Item-item soal selidik jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
ƒ % ƒ % ƒ % ƒ %
1. Saya lebih suka membeli produk asli
dengan jaminan kilang walaupun harganya
lebih mahal.
3 30 0 0.0 2 20 5 50
30% 70%
2. Saya menerima perkhidmatan sokongan
daripada penjual selepas pembelian.
1 10 4 40 5 50 0 0.0
50% 50%
vi. Kesedaran kepada harga dan kemudahan.
Berdasarkan kajian, didapati bahawa lebih ramai responden lebih suka membeli alat
telekomunikasi dengan cara ansuran kerana melalui maklumat responden didapati
sebanyak 80 peratus responden tidak bersetuju bahawa mereka membeli dengan cara
tunai sebanyak 20 peratus sahaja yang bersetuju.Berbeza dengan pembelian secara
ansuran.Didapati bahawa 80 peratus responden bersetuju bahawa pembelian secara
ansuran adalah lebih berbaloi berbanding pembelian secara tunai dan 20 peratus
responden tidak bersetuju.Selain itu , bagi memudahkan pelanggan beberapa saluran
yang mudah boleh diikuti untuk pembelian alat telekomunikasi antaranya ialah
pembelian secara online tetapi melalui kajian, sebanyak 60 peratus tidak bersetuju
dengan cara ini mungkin kerana pembeli takut untuk menanggung risiko jika
19 | P a g e
940212-14-6328
membeli dengan cara maya dibimbangi barang yang diterima mengalami kerosakan
atau kecacatan dan merugikan pengguna. (Rujuk jadual 13)
Jadual 13 Taburan Frekuensi dan Peratusan bagi Faktor Kesedaran kepada Harga
Bil Item-item soal selidik jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
ƒ % Ƒ % ƒ % ƒ %
1. Saya membeli alat telekomunikasi dengan
cara tunai.
5 50 3 30 2 20 0 0.0
80% 20%
2. Saya membeli alat telekomunikasi dengan
cara ansuran.
0 0.0 2 20 2 20 6 60
20% 80%
3. Saya membeli alat telekomunikasi secara
online.
5 50 1 10 2 20 2 20
60% 40%
4. Saya melanggan perkhidmatan broadband
secara prabayar.
3 30 1 10 5 50 1 10
40% 60%
3. Analisis Bahagian B(peniaga)
i. Faktor masalahyang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi.
Jadual 14 Frekuensi dan Peratusan bagi Faktor msalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi.
Bil Item-item soal selidik jawapan
TIDAK SETUJU (TS) SETUJU(S)
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
ƒ % Ƒ % ƒ % ƒ %
1. Saya membuka perniagaan di tempat yang
strategik.
0 0.0 0 0.0 7 70 3 30
0.0% 100%
2. Saya menghadapi masalah kerenah pekerja
yang tinggi.
1 10 2 20 7 70 0 0.0
20 | P a g e
940212-14-6328
30% 70%
3. Saya menghadapi masalah bagi
mendapatkan kelulusan untuk membuka
perniagaan alat telekomunikasi.
0 0.0 3 30 5 50 2 20
30% 70%
4. Saya menghadapi masalah pelanggan yang
terlampau cerewet.
0 0.0 3 30 3 30 4 40
30% 70%
5. Saya menghadapi masalah kekurangan
pekerja.
1 10 3 30 3 30 3 30
40% 60%
6. Saya sukar untuk mendapatkan pekerja yang
mahir dan berpengalaman seperti kemahiran
membetulkan kerosakan telefon bimbit.
1 10 4 40 3 30 2 20
50% 50%
7. Telefon bimbit yang diperolehi daripada
pembekal adalah tiruan.
3 30 5 50 1 10 1 10
80% 20%
8 Saya menghadapi masalah persaingan dengan
peniaga alat telekomunikasi berhampiran
0 0.0 0 0.0 5 50 5 50
0.0% 100%
9. Saya menghadapi masalah hutang yang tinggi. 1 10 8 80 0 0.0 1 10
90% 10%
10. Saya menghadapi masalah untuk melayani
kerenah birokrasi.
2 20 6 60 2 20 0 0.0
80% 20%
11. Kadar keuntungan saya mencapai sasaran yang
diingini.
0 0.0 3 30 4 40 3 30
30% 70%
12. Saya menghadapi masalah kekurangan
pelanggan pada hari-hari biasa.
0 0.0 3 30 3 30 4 40
30% 70%
13. Pelanggan hanya ramai pada hari cuti umum
sahaja.
0 0.0 2 20 3 30 5 50
20% 80%
14. Kes penipuan pelanggan tinggi. 0 0.0 7 70 3 30 0 0.0
70% 30%
15. Saya menghadapi masalah untuk berkomunikasi
dengan pelancong asing.
1 10 7 70 2 20 0 0.0
80% 20%
16. Sewa tapak perniagaan berpatutan. 1 10 2 20 5 50 2 20
30% 70%
17. Kadar keuntungan mencapai sasaran yang
diingini.
0 0.0 3 30 5 50 2 20
30% 70%
18. Harga telefon bimbit mengalami penurunan 0 0.0 4 40 5 50 1 10
21 | P a g e
940212-14-6328
yang drastik. 40% 60%
19. Penurunan harga alat telekomunikasi
menjejaskan perniagaan saya.
1 10 5 50 3 30 1 10
60% 40%
20. Kepelbagaian pilihan telefon bimbit dapat
menarik minat pelanggan untuk datang ke kedai
saya.
0 0.0 2 20 6 60 2 20
20% 80%
21. Saya mempunyai pelanggan tetap yang ramai. 0 0.0 2 20 5 50 3 30
20% 80%
22. Saya tidak menyediakan perkhidmatan
tambahan kepada pelanggan secara percuma.
1 10 3 30 5 50 1 10
40% 60%
23. Pelanggan saya hanya terdiri daripada golongan
orang asing.
2 20 6 60 2 20 0 0.0
80% 20%
24. Saya menghadapi masalah kesukaran untuk
mendapatkan pembekal bagi perniagaan saya.
1 10 7 70 2 20 0 0.0
80% 20%
25. Modal untuk membuka perniagaan ini amat
besar.
1 10 2 20 4 40 3 30
30% 70%
26. Saya sukar untuk mendapatkan pinjaman bank
bagi membuka perniagaan ini.
3 30 3 30 4 40 0 0.0
60% 40%
27. Saya sering mendapat bekalan telefon bimbit
yang rosak.
2 20 6 60 2 20 0 0.0
80% 20%
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati bahawa peniaga tidak mempunyai masalah dari segi lokasi perniagaan mereka kerana dari hasil kajian didapati 100% responden telah bersetuju mengatakan bahawa mereka membuka perniagaan mereka di tempat yang strategic. Mungkin kerana Melaka Sentral dalah tempat tumpuan orang ramai maka tidak menjadi masalah untuk mereka berniaga di Melaka Sentral.
Namun, yang menjadi masalah ialah apabila perniagaan alat telekomunikasi di Melaka Sentral mengalami persaingan yang tinggi antara peniaga-peniaga alat telekomunikasi yang lain kerana melalui kajian, didapati 100% responden mengalami persaingan yang kuat antara peniaga-peniaga telefon bimbit berhampiran kerana melalui tinjauan saya ke kawasan kajian, didapati populasi kedai alat telekomunikasi adalah terlalu banyak sehinggakan peniaga terpaksa bersaing harga untuk mendapatkan pelanggan.
22 | P a g e
940212-14-6328
Malahan, peniaga mendapati bahawa sewa tapak perniagaan mereka adalah di tahap yang berpatutan.Ini menyebabkan peniaga merasa tidak terbeban jika mereka berniaga di kawasan kajian kerana sewa yang dikenakan adalah berpatutan bertepatan dengan infrastruktur yang diterima. Berdasarkan kajian, didapati sebanyak 70% peniaga bersetuju mengatakan sewa tapak yang mereka terima adalh pada tahap yang berpatutan manakala yang selebihnya iaitu 30% tidak bersetuju mungkin kerana mereka mempunyai faktor-faktor yang lain yang menyebabkan sewa tapak mereka mahal mungkin kerana lokasi kedai yang mereka pilih ataupun kerana faktor kemudahan yang mereka terima.
Tambahan pula, sebanyak 80% peniaga bersetuju mengatakan mereka tidak mempunyai masalah untuk melayani kerenah birokrasi.Ini menyebabkan peniaga merasa bebas untuk menjalankan aktiviti perniagaan di tapak yang telah mereka sewa.Namun , terdapat sebilangan peniaga yang menghadapi masalah kerenah birokrasi yang tinggi iaitu sebanyak 20%. Ini kerana mereka tidak menepati syarat-syarat yang telah termaktub sewaktu perjanjian yang telah ditetapkan oleh pihak birokrasi.
Melalui kajian juga, didapati bahawa peniaga-peniaga alat telekomunikasi di kawasan kajian mencapai keuntungan yang disasarkan iaitu sejumlah 70% peniaga bersetuju mengatakan mereka telah mencapai sasaran keuntungan yang diingini.Ini menunjukkan perniagaan alat telekomunikasi di kawasan kajian adalah suatu perniagaan yang menguntungkan. Namun, terdapat 30% peniaga yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana sasaran keuntungan yang mereka inginkan tidak mencapai target adalah disebabkan lokasi premis mereka berada di kawasan yang tersorok dan sukar untuk pelanggan tuju.
Selain itu, keuntungan boleh dikumpul melalui kehadiran pelanggan di sesuatu kedai.Melalui hasil kajian yang dikumpul, didapati bahawa 70% peniaga menghadapi masalah kekurangan pelanggan pada hari-hari biasa. Ini menyebabkan peniaga mengalami sedikit kerugian berniaga pada hari-hari biasa.Namun, pada hari cuti umum, keuntungan melimpah kerana 80% peniaga menyatakan bahawa pada hari cuti umum jumlah pelanggan adalah tinggi. Ini secara tidak langsung menampung kerugian yang dihadapi oleh peniaga sewaktu mereka berniaga pada hari-hari biasa.
Dalam kerancakan kehadiran pelanggan ke kawasan kajian, didapati pelancong-pelancong asing juga turut menjadi pelanggan alat telekomunikasi. Berdasarkan kajian didapati sebanyak 80% peniaga tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan pelancong kerana majoriti peniaga mempunyai kemahiran bertutur didalam bahasa lain seperti pertuturan bahasa inggeris. Namun, yang menjadi masalah komunikasi mungkin terganggu jika sebilangan peniaga yang berjumlah 20% yang tidak mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dengan pelancong asing. Ini menyebabkan perniagaan antara peniaga yang tidak tahu berkomunikasi menggunakan bahasa lain menjejaskan perniagaan mereka sekaligus mereka kehilangan pelanggan.
23 | P a g e
940212-14-6328
70% Peniaga menyatakan bahawa modal dalam pembukaan perniagaan alat telekomunikasi pada masa kini adalah amat besar.Ini menyebabkan 70% peniaga sukar untuk mendapatkan kelulusan untuk membuka perniagaan ini ditambah pula dengan 70% menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membuka perniagaan ini. Ini menyebabkan peniaga terpaksa mengambil risiko yang besar untuk membuka perniagaan ini kerana cabaran dalam membuka perniagaan alat telekomunikasi pada masa ini amatlah tinggi.
sebanyak 60% peniaga menyatakan bahawa harga telefon bimbit mengalami penurunan yang drastik pada masa kini. Ini menyebabkan peniaga-peniaga terpaksa bersaing untuk mendapatkan pelanggan yang ramai bagi menampung penurunan harga telefon bimbit pada masa kini.Walaupun peniaga-peniaga mengalami penurunan harga yang drastik, peniaga tidak terlalu risau kerana penurunan harga alat telekomunikasi tidak menjejaskan perniagaan mereka kerana hanya 40% peniaga yang terjejas perniagaannya apabila telefon bimbit mengalami penurunan harga yang drastik.
Sebanyak 70% peniaga menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah untuk menghadapi pelanggan yang cerewet mungkin kerana pelanggan terlalu kalkulatif untuk memilih alat telekomunikasi yang betul-betul mengikut kehendak pelanggan. Ada juga pelanggan yang menginginkan perkhidmatan tambahan selepas pembelian. Melalui kajian, didapati bahawa hanya 40% sahaja peniaga yang menyediakan perkhidmatan selepas pembelian secara percuma. Ini mungkin menimbulkan pelanggan tidak berminat untuk membeli alat telekomunikasi di kedai meraka.
Namun, kepelbagaian pilihan telefon bimbit di kebanyakan kedai alat telekomunikasi mengaburi pandangan pelanggan dan mereka sanggup mengabaikan khidmat selepas pembelian asalkan memenuhi kehendak si pembeli.Sebanyak 80% peniaga bersetuju mengatakan bahawa kepelbagaian telefn bimbit di kedai mereka dapat menarik pelanggan untuk datang ke kedai mereka. Secara tidak langsung dapat menarik pelanggan untuk menjadi pelanggan tetap di kedai mereka.
PERBINCANGAN
Apakah faktor yang mempengaruhi kecenderungan orang ramai terhadap
penggunaan alat telekomunikasi?
Berdasarkan analisis yang telah dibuat dalam kajian ini, didapati faktor utama
yang mempengaruhi kecenderungan responden terhadap penggunaan alat
telekomunikasi adalah disebabkan kesedaran kepada keperluan hidup masa
kini.Analisis menunjukkan aspek ini mempunyai peratusan yang agak
tinggi .Penyelidik berpendapat, zaman sudah menjangkau kemodenan yang
24 | P a g e
940212-14-6328
canggih.Pengguna mulai sedar bahawa pemikiran harus menjangkau seluas-luasnya
untuk memajukan diri sekaligus mejukan Negara.Boleh dikatakan kebanyakan
Negara-negara maju adalah Negara yang telah mengalami kemodenan dari segi
komunikasi.
Kerajaan Malaysia berusaha untuk mentransformasikan ekonomi berasaskan
pertanian ke berasaskan industry dan sejak kebelakangan ini kearah inovasi menjurus
kepada ekonomi. Kerajaan Malaysia juga telah berusaha untuk mengejar
perkembangan pembangunan dunia dengan membina rangka kerja yang sah dan yang
paling penting mempromosikan penggunaan alat telekomunikasi dalam kalangan
populasi penduduk Malaysia.Sebahagian pelajar-pelajar di Malaysia sudah mula
menggunakan internet sebagai sumber maklumat yang penting ( Mohd Koharuddin
Mohd Balwi, 2004). Oleh itu, usaha dapat dipertingkatkan untuk mempromosikan
penggunaan alat telekomunikasi dalam kalangan rakyat.
Faktor yang kedua yang mempengaruhi kecenderungan orang responden terhadap
penggunaan alat telekomunikasi adalah disebabkanrekreasi semata-mata.
Berdasarkan analisis didapati bahawa kebanyakan responden menggunakan alat
telekomunikasi untuk tujuan bersosial dan untuk mengisi masa lapang. Tidak dapat
disangkal lagi masyarakat pada masa kini lebih gemar menggunakan alat
telekomunikasi sebagai medium untuk merehatkan minda tambahan pada masa kini
masyarakat terlalu tertumpu kepada pekerjaan yang memenatkan minda. Dengan
adanya teknologi telekomunikasi pada masa kini, manusia boleh menggunakan
peluang yang ada untuk bersosial bertujuan merehatkan minda. Selain itu , terdapat
juga responden yang menggunakan alat telekomunikasi sebagai medium untuk
berhibur kerana kebanyakan daripada responden menunjukkan minat terhadap
penggunaan telefon bimbit untuk mendengar muzik sebagai hiburan santai.
Tambahan pula, jumlah yang besar menunjukkan bahawa responden sering
menggunakan alat telekomunikasi untuk melayari internet kerana manusia perlu
menghargai sumber yang sedia ada untuk mencari maklumat sebanyak yang boleh.
Tambahan pula, kesedaran kepada fesyen terkini juga menjadi faktor kepada
kecenderungan orang ramai dalam penggunaan alat telekomunikasi pada masa
kini.Zaman yang serba canggih ini menyebabkan pelbagai gajet-gajet yang
berteknologi canggih semakin banyak menembusi pasaran Malaysia.Alat
25 | P a g e
940212-14-6328
telekomunikasi merupakan barangan yang terlaris jika dijual di Malaysia kerana Alat
Telekomunikasi seperti telefon bimbit merupakan suatu keperluan dan kemestian
pada masa kini. Berdasarkan kajian, orang ramai banyak membeli alat
telekomunikasi adalah disebabkan terpengaruh dengan fesyen-fesyen terkini yang
melambangkan identiti yang canggih .
Selain itu, kesempurnaan kualiti juga menjadi faktor kecenderungan penggunaan alat
telekomunikasi di Malaysia.Pengguna lebih gemar menunjukkan kecanggihan gajet
masing-masing untuk menunjukkan yang diri mereka sealiran dengan teknologi masa
kini.Oleh itu, kebanyakan pembelian alat telekomunikasi adalah teknologi yang
Nampak sempurna di mata mereka yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kualiti
yang canggih.Berdasarkan kajian, didapati pengguna lebih mementingkan kualiti
daripada harga dan mereka sanggupp membeli alat telekomunikasi yang asli
berbanding tiruan. Mereka berbuat demikian adalah untuk kegunaan yang lama agar
mereka tidak kerugian .
Tambahan pula, kesedaran kepada hargadan kemudahan juga menjadi faktor kepada
kecenderungan responden mengguna alat telekomunikasi.Berdasarkan kajian,
didapati bahawa responden lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk
membeli alat- alat telekomunikasi seperti telefon bimbit. Hal ini,kerana jika diamati
pada masa kini, harga telefon bimbit di pasaran ada yang tidak setaraf. Oleh itu,
pengguna lebih berhati-hati dalam membandingkan harga sewaktu membuat
keputusan untuk membeli telefon bimbit.Selain itu, ada juga pengguna yang tidak
terlalu kisah tentang harga asalkan kualiti yang diterima memuaskan.Pengguna pada
masa kini sudah bijak dalam membuat keputusan.
Apakah masalah yang dihadapi oleh peniaga alat telekomunikasi?
Berdasarkan kajian, didapati bahawa masalah yang paling ketara dihadapi oleh
peniaga adalah masalah persaingan yang kuat antara peniaga-peniaga alat
telekomunikasi yang berhampiran. Ini menunjukkan peniaga-peniaga terpaksa
bersaing secara sihat bagi membolehkan sasaran keuntungan perniagaan alat
telekomunikasi mereka mencapai target yang diingini.
Berdasarkan tinjauan juga mendapati peniaga menghadapi masalah untuk
mendapatkan pelanggan pada hari-hari biasa.Namun, kebanjiran orang awam pada
26 | P a g e
940212-14-6328
hari cuti umum membuatkan masalah untuk mendapatkan pelanggan dapat diatasi
kerana kerugian yang mereka lalui pada hari-hari biasa telah ditampung oleh
keuntungan yang mereka peroleh pada hari-hari cuti umum.
Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh segelintir peniaga adalah masalah
untuk berkomunikasi dengan pelancong asing. Melaka merupakan tempat tumpuan
pelancong asing yang dating bertandang ke Malaysia kerana Melaka merupakan
suatu tempat bersejarah. Jika masih terdapat peniaga-peniaga yang kurang fasih
menuturkan bahasa lain, ekonomi perniagaan mereka mungkin terganggu kerana
mereka telah kehilangan beberapa orang pelanggan.
Tambahan pula, terdapat peniaga yang menghadapi masalah pelanggan yang terlalu
cerewet.Dalam hal ini, pelanggan tidak boleh disalahkan kerana pelanggan
mempunyai hak untuk membuat keputusan pembelian.Mahu atau tidak peniaga harus
akur dan layan segala permintaan dan kehendak pelanggan.
Selain itu, terdapat juga peniaga yang merasakan bahawa mereka menghadapi
masalh kerenah birokrasi yang tinggi serta menghadapi masalah sebelum memulaan
perniagaan alat telekomunikasi ini kerana modal untuk membuka perniagaan ini
amatlah sukar kerana mereka memerlukan modal yang amat besar .Cabaran dalam
pembukaan kedai alat telekomunikasi ini juga dapat dilihat apabila mereka sukar
untuk mendapatkan modal seperti bantuan pinjaman darpada pihak
bank.Walaubagaimanapun, mereka peniaga harus berani menghadapi risiko dalam
memulakan perniagaan alat telekomunikasi ini.
Namun, dikatakan bahawa untuk memulakan perniagaan alat telekomunikasi
ini agak sukar, tetapi keuntungan yang akan diperoleh selepas perniagaan ini berjalan
amatlah lumayan. Peniaga yang ingin menceburi bidang perniagaan alat ini
seharusnya adalah seorang yang berani untuk menghadapi risiko.
27 | P a g e
940212-14-6328
9.0 KESIMPULAN
Oleh itu, jelaslah bahawa perniagaan alat telekomunikasi pada masa kini adalah
suatu perniagaan yang menguntungkan dan secara keseluruhannya, kajian ini telah
mencapai kesemua objektif disamping menjawab persoalan kajian. Penggunaan alat
telekomunikasi merupakan permintaan yang tinggi dalam kalangan penduduk rakyat
di Malaysia.Oleh itu, alat rangkaian sosial ini berpotensi tinggi dijadikan suatu
keperluan harian di masa akan dating. Menurut kajian yang dijalankan oleh Lin dan
Hooft(2008), penggunaan alat telekomunikasi dalam pembelajaran mempunyai tahap
interaktiviti yang positif. Maka ia boleh dijadikan satu landasan untuk berkongsi
maklumat secara dalam talian dan ini membolehkan pelajar dapat berhubung antara
satu sama lain.
28 | P a g e
940212-14-6328
10.0 RUJUKAN
A. Khalid, (2005).Imej Korporat Telekom Malaysia Berhad.
.Fuad Ayob, (2004). Imej Korporat Telekom Malaysia Berhad.
(Suzana, 2006).Imej Korporat Telekom Malaysia Berhad.
Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002), kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Abdullah (1996), Memahami Statistik sebagai Asas Pengurusan dan
Perdagangan : Pendekatan Kalkulator Saintifik
11.0 LAMPIRAN
29 | P a g e
940212-14-6328
30 | P a g e
940212-14-6328
31 | P a g e
940212-14-6328
32 | P a g e
940212-14-6328
33 | P a g e
940212-14-6328
34 | P a g e
940212-14-6328
Peta lokasi kajian.
35 | P a g e
Recommended