View
8.286
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
1
1.0 PENGENALAN
Sejak dari dulu lagi, pencapaian pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina sentiasa melaui fasa perbandingan pencapaian. Perbandingan ini merupakan
salah satu analisis untuk melihat keberkesanan sesuatu pembelajaran di sesebuah sekolah. Ia juga
adalah untuk menkaji corak dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bagaimanakah yang
membawa kepada pencapaian yang lebih baik. Pencapaian yang tinggi dan stabil menunjukkan
bahawa pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah adalah lebih baik dan berkesan.
Pencapaian menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud apa yang telah dicapai
(dihasilkan atau diperoleh) atau dengan kata lain iaitu prestasi. Dengan kata lain, pencapaian
bermaksud prestasi yang diperolehi dalam sesebuah penilaian. Dalam kontek pendidikan
pencapaian dihitung melalui gred, peratus, markah di dalam sesebuah ujian atau peperiksaan.
Perkataan "matematik" dipinjam daripada perkataan bahasa inggeris iaitu "mathematics" yang
sebenarnya berasal dari Yunani (máthēma), yang bermaksud mempelajari, menimba,sains, dan
lebih menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal iaitu "bidang matematik".
Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur,
perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan
logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan
dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan
mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada
konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah
berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-
kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan
logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan
objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk
merumuskan tekaan-tekaan(kemungkinan) baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara
penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.
2
Sekolah Kebangsaan merujuk kepada sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan
kerajaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. SK menyediakan
Pendidikan Rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun hingga 12 tahun tidak mengira
bangsa. Bangsa melayu, cina, tamil dan lain-lain boleh bersekolah di SK. Di SK buku teks dan
sukatan mata pelajaran di sediakan oleh kerajaan. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,
Matematik merupakan mata pelajaran wajib manakala bahasa cina atau tamil di ajar sebagai
subjek elektif sekiranya sekurang-kurangnya 15 orang ibu bapa murid kaum berkenaan
memintanya di ajar. Begitu juga Bahasa-bahasa ibunda kaum asli hendaklah diadakan jika
didapati munasabah dan ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu
memintanya. Gaji guru di SK dibiayai oleh kerajaan. Sekolah kebangsaan termasuk di dalam
Sekolah Wawasan yang ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan
rakyat Malaysia.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan
kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penghantar. SJKC merupakan lanjutan
daripada sekolah vernakular berasaskan kaum semasa zaman penjajahan British dahulu. Semasa
zaman penjajahan British, sekolah ini biayai oleh British dan masyarakat cina, buku teks dan
sukatan pelajaran diambil daripada Negara China. Namun selepas kemerdekaan Malaysia,
Sekolah Vernakular Cina ini diambil alih oleh kerajaan dan diberikan nama SJKC. Ciri-ciri
SJKC sama dengan SK iaitu buku teks, sukatan pelajaran dan gaji guru dibiayai oleh kerajaan.
Bahasa Cina, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris wajid diajar di SJKC.
3
2.0 PENDIRIAN DAN HUJAH
Berdasarkan bukti-bukti dulu dan terkini, kami membuat pendirian mengatakan bahawa
pencapaian pelajar dalam subjek matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah lebih baik
berbanding Sekolah Kebangsaan.
TAHUN 1990 2000
SEKOLAH SK/SRK SRJKC SK SJKC
PENCAPAIAN ABC DE ABC DE ABC DE ABC DE
MATEMATIK
(% LULUS)
57.3 42.7 85.1 14.9 75.2 24.8 91.2 8.8
Jika dilihat sejak dari tahun 90-an pencapaian pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
adalah jauh lebih baik berbanding Sekolah Kebangsaan berdasarkan Laporan Kementerian
Pelajaran yang mengeluarkan Statistik keputusan UPSR 1990. Didalam laporan itu yang
dikeluarkan pada tahun 2000 mengatakan perbezaan pencapaian antara Sekolah kebangsaan
dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi tahun 1990 dan 2000.
Berdasarkan statistik ini, dengan jelas menunjukkan bahawa pencapaian matematik di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina adalah lebih baik pada kedua-dua tahun. Daripada ini juga, dapat dilihat
preatasi Sekolah Kebangsaan dari tahun 1990 ke 2000 semakin meningkat tetap masih tidak
dapat mengatasi pencapaian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Beralih kepada tahun seterusnya iaitu tahun 2002. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan
oleh Berita Harian 2002 yang bertajuk ‘ Sekolah Cina Catat Pencapaian Tertinggi’. Kenyataan
ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan bagi tahun tersebut iaitu Datuk Abdul Rafie
Mahat. Kenyataan ini dikeluarkan bagi mengulas statistik pencapaian UPSR pada tahun
berkenaan. Laporan memperlihatkan statistik bagi semua subjek UPSR 2002 antara Sekolah
4
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Disini saya
memofuskan kepada subjek matematik antara SK dan SJKC.
SEK/% A B C D E
SK 24.2 26.7 31.1 11.0 7.0
SJK(C) 52.7 23.2 16.7 4.6 2.8
Analisis keputusan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) 2002 bagi subjek Matematik.
Utusan Malaysia 2002 yang bertajuk ‘SJKC muncul aliran terulung UPSR’ oleh Marzita
Abdullah pula mengeluarkan laporan yang lebih terperinci mengenai analisis pencapaian
Matematik UPSR antara SK dan SKJC. Di dalam laporan ini memperlihatkan peratus
peningkatan dan pengurangan dalam subjek Matematik bagi SK dan SJKC.
SK SJKC
PERATUS MENINGKAT
SUBJEK MATEMATIK
0.2 % 2.2 %
SK SJKC
PERATUS
PENGURANGAN SUBJEK
MATEMATIK
6.0 % 2.7 %
Daripada statistik dia atas, dapat dilihat bahawa peratus peningkatan pencapaian matematik
UPSR bagi tahun 2002 di SKJC adalah lebih tinggi, sebaliknya peratus pengurangan SK adalah
lebih tinggi. Ini menunjukkan SKJC mempamerkan percapaian yang lebih baik berbanding SK.
5
Mungkin ada kebanyakan pendapat yang menyatakan, pencapaian di SKJC lebih tinggi
disebabkan oleh bilangan sekolah yang sedikit, maka min pencapaiannya lebih tertumpu
berbanding SK yang bilangannya lebih banyak di seluruh Negara dan min. Oleh yang demikian,
beberapa kajian daripada penkaji dilakukan di negeri yang kadar bilangan SKJC adalah lebih
kurang sama dengan SK contohnya di negeri sabah. Berdasarkan Tesis yang dilakukan oleh
Aripin B Yuddin (USM) 2008 yang bertajuk Perbandingan Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah Dan Sikap Pengajaran Guru Antara Sekolah Kebangsaan Dengan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina: Kajian Kes Di Tawau, Sabah. Dalam tesis ini, kajian dijalankan di 10 buah di
daerah Tawau dengan pembahagian lima buah SK dan lima buah SJKC. Berdasarkan hasil kajian
untuk prestasi UPSR tahun 2003 bagi 10 buah Sekolah Rendah di Sabah bagi subjek matematik
adalah seperti berikut:
6
JENIS
SEKOLAH
PERATUS LULUS
(MATEMATIK)
SJKC 01 95.7%
SJKC 02 94.5%
SJKC 03 85.5%
SJKC 04 88.8%
SJKC 05 84.1%
SK 06 93.8%
SK 07 69.9%
SK 08 68.5%
SK 09 68.5%
SK 10 69.5%
Berdasarkan statistik di atas, putara peratus lulus matematik di lima SKJC adalah lebih stabil
berbanding di SK. Melalui tesis ini, penkaji membuat kesimpulan bahawa pencapaian matematik
di SKJC adalah lebih tinggi berbanding di SK di negeri daerah Tawau, Sabah.
Seterusnya sama juga di negeri Pulau Pinang yang merupakan antara negeri yang
mempunyai bilangan kaum cina yang ramai. Laporan akhbar Utusan Malaysia tahun 2005 yang
bertajuk ‘Kualiti Pencapaian di SJKC Lebih Menonjol’. Laporan ini menyatakan SKJC
menunjukkan kualiti pencapaian UPSR tahun 2005 di negeri Pulau Pinang lebih cemerlang
berbanding dengan SK. Ini adalah berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang untuk UPSR 2005.
MATA PELAJARAN PERATUS MURID YANG MENDAPAT GRED A
SK SJKC
BAHASA INGGERIS 17.6 32.0
SAINS 21.3 38.1
MATEMATIK 29.1 69.3
Daripada statisitik ini dapat dilihat bahawa bukan sahaja SJKC lebih cemerlang dalam mata
pelajaran matematik bahkan juga dalam mata pelajaran bahasa inggeris dan sains.
Untuk mengukuhkan lagi fakta semasa, kita lihat pula pencapaian peringkat nasional bagi
tahun yang terdekat iaitu tahun 2007. Berita harian 2007 (dalam laporan PEMBINA)
mengeluarkan Analisis Prestasi Mata Pelajaran Peringkat Nasional UPSR 2007. Di dalam
laporan berkenaan, didapati prestasi di SKJC adalah lebih baik bagi mata pelajaran matematik,
sains dan bahasa inggeris.
JENIS
SEKOLA
MATA
PELAJARAN
BIL
CALON
PERATUS
PERINGKAT
BILANGAN
7
H ABC DE CALON DE
MATEMATIK 379517 82.8% 17.2% 65276
SK SAINS 379302 84.2% 15.8% 59929
BAHASA
INGGERIS
379347 71.4% 10.2% 108493
MATEMATIK 105964 94.0% 6.0% 6357
SJKC SAINS 105969 91.4% 8.6% 9110
BAHASA
INGGERIS
105949 69.2% 30.8% 32632
Perbezaan pencapaian UPSR di SJKC dan SK yang telah analisis dari tahun ke tahun
menunjukkan SJKC sentiasa lebih baik berbanding SK. Ini membawa kepada pernyataan
daripada Menteri Pelajaran Malaysia yang membuat pengumuman bahawa kerajaan akan
mengkaji kaedah pembelajaran sains dan matematik di SKJC ( Berita Harian November 2009).
Hal ini adalah kerana Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mendapat prestasi lebih baik
dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 bagi kedua-dua mata pelajaran
tersebut.
Daripada bukti-bukti dari tahun 1990 hingga 2009, dapat disimpulkan bahawa
pencapaian matematik di SJKC adalah lebih tinggi berbanding di SK di Malaysia.
3.0 FAKTOR-FAKTOR WUJUDNYA PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK ANTARA SK DAN SJKC
8
Berdasarkan statistik-statistik yang dinyatakan, kita jelas dapat melihat pencapaian
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam Matematik mengatasi pencapaian Matematik di Sekolah
Kebangsaan. Pencapaian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan
(SK) seharusnya tidak mempunyai perbezaan kerana kedua-dua sekolah ini menggunakan
huraian sukatan pelajaran yang sama disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkara ini
berlaku disebabkan beberapa faktor yang menyumbang kepada perbezaan ini.
Antara salah satu faktor yang menyumbang ialah waktu pembelajaran Matematik di
SJKC lebih lama berbanding di SK. Menurut satu kajian yang dikemukakan oleh Permuafakatan
Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA), peruntukan waktu bagi SK, SJKT dan SJKC telah
ditetapkan oleh kementerian. Walau bagaimanapun dari segi peruntukan waktu, didapati SJKC
mempunyai jauh lebih beruntung jika dibandingkan dengan SK dan SJKT kerana diberi
peruntukan waktu yang lebih. Hal ini sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada SJKC untuk
mempelajari sesuatu topik Di samping itu mereka juga dapat memahami pengajaran dengan
lebih berkesan kerana diizinkan menggunakan bahasa Mandarin di samping bahasa Inggeris.
Berbanding dengan SK yang terpaksa mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris akan
menyukarkan lagi proses pengajaran Matematik sekaligus menambahkan lagi jurang perbezaan
dalam pencapaian Matematik. Apabila guru-guru di SK perlu mengajar Matematik dalam bahasa
Inggeris, ini akan menghadkan kefahaman pelajar kerana komunikasi antara guru dan pelajar
sedikit terjejas dengan penggunaan bahasa Inggeris.
Faktor kedua yang menyumbang kepada wujudnya perbezaan pencapaian antara SJKC
dan SK ialah lokasi sekolah itu sendiri. Kebanyakan SJKC terletak di kawasan bandar manakala
kebanyakan SK terletak di kawasan luar bandar. Melalui satu analisis keputusan SPM 2009,
perbezaan dalam pencapaian Matematik masih ketara bagi dua tahun berturut-turut dari 2008
sehingga 2009. Apabila melibatkan lokasi, banyak aspek yang membezakan sekolah di bandar
dan di luar bandar seperti kemudahan infrastruktur, bahan bantu mengajar, persekitaran, rakan
sebaya serta peranan ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka. Melalui pemerhatian yang
dijalankan, kebanyakan sekolah di luar bandar masih kekurangan dalam kemudahan infrastruktur
dan bahan bantu mengajar berbanding sekolah menengah. Hal ini memberi kelebihan kepada
sekolah di bandar untuk memperolehi pencapaian lebih baik berbanding sekolah di luar bandar.
9
Jadi, apabila kebanyakan SJKC mempunyai pencapaian yang lebih baik, hal ini mungkin
disebabkan kebanyakan SJKC ini mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding di SK.
Faktor ketiga ialah SJKC lebih mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berdisiplin dan mempunyai peraturan yang ketat. Menurut artikel Berita Harian Januari 2002,
“sistem pendidikan di SJKC menitikberatkan disiplin serta pengajaran dan pembelajaran lebih
tersusun”. Sistem ini diyakini membolehkan pelajar menguasai ilmu dan kepakaran dalam
bidang tertentu terutamanya Matematik. Kebanyakan SJKC telah menetapkan standard yang
tinggi bagi mata pelajaran Matematik menyebabkan pelajar dikerah berusaha keras untuk
memenuhi standard itu. Pelajar-pelajar di SJKC jika tidak menunjukkan disiplin yang baik dalam
pembelajaran mungkin akan dihukum seperti dirotan. Hal ini akan mendorong pelajar SJKC
berusaha untuk lebih berdisiplin dalam pembelajaran sekaligus memberikan pencapaian yang
baik dalam pelajaran. Kebanyakan SJKC juga dikatakan lebih mementingkan akademik
berbanding bidang-bidang lain lalu meletakkan disiplin yang ketat dalam sistem akademik
mereka. Berbanding di SJKC, SK tidak menitikberatkan akademik semata-mata sehingga
meletakkan disiplin yang ketat ke atas pelajar-pelajar ini. Pelajar di SK dikehendaki seimbang
dari segi akademik, kokurikulum dan nilai-nilai rohaniah mereka. Selain itu, kementerian juga
telah mengarahkan agar guru-guru tidak boleh merotan pelajar tanpa kebenaran pengetua. Hal ini
menyukarkan guru untuk membentuk pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Peranan ibu bapa dalam menentukan pencapaian anak-anak adalah penting. Di SJKC,
pihak PIBG sekolah lebih prihatin terhadap perkembangan matematik pelajar berbanding PIBG
SK. Menurut Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, mantan Timbalan Menteri Pendidikan, PIBG di
SJKC lebih mengamalkan sikap sentiasa membantu dan membuat pemerhatian dari semasa ke
semasa bagi memastikan keperluan pendidikan murid mencukupi. Katanya lagi, PIBG SJKC
menyedari kepentingan pendidikan di kalangan murid dan berusaha sedaya mungkin dan
mengawasinya secara serius untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajarnya. Sebagai
contoh, setiap ahli PIBG sentiasa bersedia menghulurkan bantuan berbentuk kewangan untuk
membolehkan sekolah memperlengkapkan kemudahan dan peralatan pembelajaran bagi
kemudahan pelajar. Dengan adanya bantuan kewangan dari pihak ibu bapa, pihak sekolah lebih
mudah untuk menjalankan sebarang aktiviti yang mampu meningkat prestasi pelajar mereka
dalam perbagai subjek terutamanya Matematik. Berbanding di SK, kebanyakan PIBG kurang
10
mengambil berat mengenai kemudahan pelajar untuk pembelajaran kerana kebanyakan ibu bapa
berpendapat kemudahan tersebut perlulah disediakan oleh sekolah sendiri. Pada mereka juga,
cukuplah mereka sekadar membayar yuran PIBG setahun sekali tetapi jumlahnya masih belum
mencukupi untuk menjalankan sebarang aktiviti yang mampu meningkatkan prestasi Matematik
pelajar-pelajar di SK.
Selain itu, antara faktor lain penyebab wujudnya perbezaan pencapaian dalam mata
pelajaran matematik ialah kebanyakan SJKC ada menyediakan buku teks dan buku latihan
tambahan berbanding di SK, mereka hanya menggunakan buku teks yang disediakan oleh
kementerian. Menurut Prof Datuk Dr Ishak Harun dalam kajiannya, “kebanyakan SJKC
mempunyai buku kerja alternatif (apabila mereka dapati buku teks yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran kurang sesuai atau menyusahkan)”. SJKC tidak mempedulikan arahan
dari kementerian agar tidak menggunakan buku kerja ketika di dalam kelas kerana
mementingkang pembelajaran dan prestasi pelajar-pelajarnya. Sekiranya tidak menggunakan
buku kerja, ini akan menyusahkan guru dan pelajar untuk membuat latihan yang mencukupi.
Dengan adanya buku kerja tambahan, guru dapat menjimatkan masa untuk pelajar menyalin
soalan di papan putih dalam buku latihan mereka dan memanfaatkan masa tersebut dengan
melakukan aktiviti yang lebih bermakna. Sementara di SK pula, guru-guru lebih menggunakan
buku teks yang dibekalkan kerana terlalu mengikut arahan dari kementerian. Penggunaan buku
teks bukan sahaja memerlukan masa untuk menyalin semula tetapi juga akan menghadkan
pengetahuan pelajar. Penggunaan buku kerja tambahan mungkin memberikan pengetahuan-
pengetahuan yang tidak terdapat dalam buku teks.
Faktor yang terakhir ialah guru-guru di SJKC memberikan latihan matematik yang lebih
banyak berbanding di SK. Menurut satu keratan akhbar, SJKC kebiasaannya memberikan latihan
yang banyak kepada murid terutama dalam Matematik dan Sains. Ramai pelajar-pelajar di SJKC
mengakui bahawa mereka diberikan banyak kerja rumah terutama Matematik. Kadang-kadang
mereka tidak mempunyai waktu untuk bermain seperti rakan-rakan mereka yang belajar di SK.
Menurut pelajar SJKC juga, mereka akan diberikan 100 soalan Matematik setiap hari untuk
diselesaikan. Kadang-kadang, buku latihan mereka akan habis tidak sampai sebulan. Manakala di
SK, pelajarnya tidak diberikan kerja rumah yang begitu banyak. Latihan yang diberikan sekadar
untuk membuatkan pelajar mengingati apa yang baru mereka pelajari. Bagi mata pelajaran
11
Matematik, latihan yang banyak mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab
soalan-soalan Matematik.
Faktor-faktor yang dinyatakan menyumbang kepada wujudnya perbezaan pencapaian
Matematik antara SK dan SJKC. Jelasnya di sini, SJKC mempunyai banyak kelebihan dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana hubungan guru-guru dan ibu bapa adalah baik berbanding
guru-guru dan ibu bapa di SK serta, guru-guru di SJKC akan mengusahakan sesuatu untuk
meningkatkan pencapaian pelajar mereka dan tidak terlalu mengharapkan kementerian. Oleh
sebab itu, SK harus meningkatkan lagi usaha mereka untuk meningkatkan prestasi SK dan
menyeimbangkan pencapaian antara SK dan SJKC.
4.0 CADANGAN CARA MENGATASI PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK
ANTARA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
12
Isu mengenai kecenderungan ibu bapa Melayu menghantar anak-anak ke sekolah aliran
Cina pernah beberapa kali menimbulkan polemik sebelum ini. Awal 2002 misalnya,
kecemerlangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menarik perhatian apabila Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mendedahkan terdapat kira-kira 60,000 orang
pelajar Melayu mendapat pendidikan di sekolah aliran Cina. Ketika itu, peningkatan pelajar
Melayu tersebut dikaitkan dengan corak pemikiran ibu bapa yang liberal dan lebih moden
terutamanya yang tinggal di bandar. Namun, apabila jumlah pelajar Melayu semakin meningkat
saban tahun, ia tidak lagi dilihat dari sudut tersebut. Sebaliknya lebih kepada kemampuan
sekolah aliran Cina melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang terutamanya dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik berbanding sekolah kebangsaan.
Sebagai alternatif memperkasakan subjek Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan
secara jangka panjang, beberapa pendekatan dilihat sangat tepat untuk dilaksanakan. Antaranya
ialah suasana pembelajaran di sekolah kebangsaan harus diperbaiki dan dipertingkatkan.
Menurut Dr. Lim Hin Fui seorang pengkaji persekitaran sosial, cara pembelajaran di sekolah
kebangsaan tidak bercorak persaingan. Misalnya, pelajar sekolah kebangsaan kurang diberi kerja
sekolah, manakala di sekolah jenis kebangsaan para pelajarnya banyak menggunakan waktu
lepas sekolah untuk menyiapkan kerja sekolah. Corak persaingan yang dimaksudkan di sini
adalah sikap ingin berlumba-lumba antara para pelajar dalam menyiapkan kerja sekolah.
Sekiranya terdapat dua orang pelajar yang tidak berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh
guru mereka, sudah tentu mereka akan cuba mendapatkan jawapan dalam tempoh masa yang
singkat berbanding rakannya. Persaingan yang sihat ini juga boleh berlaku sekiranya salah
seorang daripada rakan mereka dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Manakala
mereka yang lain tidak dapat menjawabnya maka kelompok ini akan berusaha bersungguh-
sungguh dalam mendapatkan jawapan. Persaingan sebeginilah yang diperlukan agar para pelajar
berasa tercabar serta meningkatkan keinginan mereka meneroka sesuatu topik dalam
pembelajaran matematik dengan lebih mendalam.
Selain itu, bentuk pengajaran latih tubi juga perlu lebih ditekankan di sekolah kebangsaan
kerana menurut Anuar Ahmad, seorang pensyarah Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai pengalaman belajar di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina menyatakan, seorang murid darjah empat misalnya, akan diarahkan oleh guru
13
membuat latih tubi matematik antara 50 hingga 100 soalan setiap hari. Di peringkat darjah enam
pula, sebuah buku tulis latihan matematik yang mempunyai 100 muka surat akan habis
digunakan dalam tempoh satu minggu sahaja. Bukti ini jelas menunjukkan kerja sekolah yang
diberikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah lebih daripada biasa yang terdapat di sekolah
kebangsaan. Para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina selalunya menghabiskan cuti
persekolahan dengan kerja sekolah yang menimbun dan mereka terpaksa menyiapkan sebelum
sesi penggal baru bermula. Namun hal sebegini tidak berlaku di sekolah kebangsaan. Ianya
mungkin disebabkan kaedah ini kurang mendapat perhatian dalam kalangan guru sekolah
kebangsaan kerana mereka terpaksa memeriksa begitu banyak latihan pelajar. Mungkin
disebabkan faktor ini guru-guru di sekolah kebangsaan tidak mahu memberikan kerja sekolah
dalam kuantiti yang banyak kepada para pelajar mereka. Walaubagaimanapun tidak dinafikan
bahawa jenis dan kekerapan latihan amat penting untuk seseorang murid bagi meningkatkan
pencapaian dan pemahamannya terhadap sesuatu topik dalam matematik.
Di samping itu juga, guru-guru di sekolah kebangsaan perlu menggunakan buku kerja
tambahan. Pemerhatian di sekolah kebangsaan oleh Prof Datuk Dr Ishak Haron, pensyarah di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menunjukkan guru di sekolah kebangsaan terpaksa
membuat lembaran kerja sebagai ganti buku kerja. Hal ini akan mewujudkan beberapa
kelemahan kerana guru terpaksa menyalin soalan di papan hitam serta pelajar juga perlu
menyalin ssemula soalan tersebut dalam buku tulis mereka. Mereka akan mengambil masa bagi
menyalin soalan-soalan tersebut dan sepatutnya peruntukan mereka menyalin soalan itu boleh
diganti dengan menjawab soalan latih tubi sepertimana yang terdapat di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina. Dengan adanya buku kerja, pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak
perlu menyalin soalan dan dapat terus menjawab soalan matematik semaksimum mungkin.
Malah, guru-guru tidak perlu mencari lembaran kerja pada setiap kali ingin mengajar serta dapat
melakukan pelbagai aktiviti bagi menjadikan pembelajaran matematik lebih menarik. Disini
jelas menunjukkan cara sekolah kebangsaan menggunakan masa untuk belajar tidak
dimanfaatkan sepenuhnya. Mereka seharusnya memanfaatkan pengisian masa pengajaran dan
pembelajaran seperti yang dilakukan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Tambahan itu pula, guru di sekolah kebangsaan perlu lebih tegas terhadap para pelajar
agar dapat melahirkan para pelajar yang berdisiplin dan mampu berdaya saing. Hal ini demikian
14
kerana kita dapat lihat guru matematik di setiap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bersikap tegas
terhadap para pelajarnya sejak dari dulu sehingga kini. Mereka juga turut membawa rotan bagi
mempengaruhi mereka dari segi psikologi. Hal ini juga turut disokong di dalam artikel Berita
Harian, Januari 2002, yang menyatakan bahawa sistem pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina menitikberatkan disiplin serta pembelajaran dan pengajaran yang lebih tersusun. Mengikut
pengalaman saya ketika belajar di sekolah kebangsaan, guru tidak akan masuk ke kelas pada
awal sesi persekolahan dan mereka sibuk menguruskan buku teks, yuran dan sebagainya. Hal
sebegini tidak wujud di sekolah jenis kebangsaan cina kerana guru-guru telah terlebih dahulu
memberikan buku teks, buku kerja tambahan pada akhir sesi persekolahan sebelum bermulanya
sesi persekolahan yang baru. Oleh itu, masalah guru tidak masuk ke kelas pada awal sesi
persekolahan tidak wujud dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar.
5.0 KESIMPULAN
Kami dapat menyimpulkan bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina adalah lebih baik
pencapaiannya dalam matematik berbanding sekolah kebangsaan dari segi kuantiti mahupun
15
kualiti. Melalui data, statistik dan faktor-faktor yang telah disenaraikan jelas menunjukkan
sekolah jenis kebangsaan cina mencatatkan pencapaian yang cemerlang terutamanya dalam
subjek Sains dan Matematik. Dengan kelebihan-kelebihan yang dimiliki di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya jumlah pelajar kaum
lain terutamanya Melayu terus meningkat. Dari satu sudut, perkembangan ini sememangnya
sesuatu yang positif kerana ia memberi peluang kepada anak-anak Melayu menguasai
kecemerlangan yang diterapkan di sekolah jenis kebangsaan Cina. Tetapi daripada sudut yang
lain, ia menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan terhakisnya keyakinan ibu bapa
terhadap sekolah kebangsaan dalam melahirkan pelajar cemerlang terutamanya dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik. Dalam jangka masa panjang, trend itu sekiranya terus meningkat
akan menyebabkan peranan sekolah kebangsaan sebagai wadah perpaduan menjadi tidak lagi
relevan. Malah, ia juga boleh menggugat usaha dan perancangan kerajaan untuk menjadikan
sekolah kebangsaan sebagai induk kepada pendidikan. Maka, seharusnya sekolah kebangsaan
segera berubah menjadi lebih baik. Oleh itu, pihak sekolah memainkan peranan yang sangat
penting dalam menyeimbangkan pencapaian matematik antara sekolah kebangsaan dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina. Di samping itu, kesedaran ibu bapa dan guru yang mahu meningkatkan
kualiti dan kecemerlangan pendidikan khususnya matematik turut memberi sumbangan di
samping latihan guru yang ditingkatkan, kerjasama dan sokongan masyarakat.
16
Nama : Siti Kalijah binti Nor @ Md Nor.
REFLEKSI
17
Kumpulan kami merupakan kumpulan ke tiga perbentangan. Perbentangan kumpulan
kami adalah pada tarikh 7 Februari 2011. Sebelum perbentangan, saya berasa gementar kerana
perbentangan kumpulan sebelumnya agak menakutkan dengan pelbagai soalan yang sukar untuk
dijawab terutamanya soalan daripada Dr. Lim Chong Hin iaitu pensyarah bagi subjek ini.
Pada pagi perbentangan itu, komputer di dalam bilik kuliah tidak dapat berfungsi kerana
masalah yang tidak dapat dikenal pasti. Kami ketiga-tiga ahli kumpulan cuba membaiki
computer berkenaan namun tidak berhasil kerana ia merupakan di luar kemampuan kami. Saya
agak menyesal kerana tidak membawa komputer riba sendiri. Saya tidak menyangka bahawa
komputer ini akan membawa masalah. Bagaimanapun kami tetap meneruskan perbentangan
kami. Kumpulan kami telah mencetak nota tangan untuk kesemua pelajar di dalam kelas
berkenaan, jadi kami boleh meneruskan perbentangan tanpa mengunakan skrin ‘LCD’.
Saya merupakan pembentang pertama, Dr. Lim menngarahkan saya agar tidak membaca
nota tangan saya. Pada mulanya perbentangan saya agak kelam kabut kerana saya masih lagi
kecewa dan terkejut dengan ketidakfungsian komputer. Namun selepas itu, saya rasa
perbentangan saya lancar. Saya berpuas hati dengan perbentangan saya kerana saya telah pun
menghafal isi-isi yang saya akan sampaikan, jadi saya dapat menerangkan isi-isi perbentangan
walaupun tanpa bantuan skrin ‘LCD’. Bagaimanapun, saya agak kesal kerana ada gambar-
gambar yang saya sediakan di dalam ‘slide’ tidak dapat ditunjukkan. Saya menjangkakan Dr Lim
dan pelajar-pelajar yang lain akan mempersoalkan bukti-bukti yang saya utarakan namun tiada
sesiapa pun yang mempersoalkannya. Saya berasa lega kerana mereka dapat menerima data-data
yang saya perolehi. Itu merupakan perkara yang paling saya puas hati. Perbentangan saya
berakhir dengan lancar dan disambungi oleh kawan saya yang seterusnya.
Seterusnya segi menjawab soalan, soalan yang paling saya menguji minda saya adalah
mengenai sempoa. Soalan ini daripada Dr Lim yang menanyakan pandangan saya mengenai
penggunaan sempoa dalam pembelajaran matematik. Disebabkan saya kurang pengetahuan
mengenai sempoa ini, saya tidak dapat menjawab dengan jelas mengenai isu ini. Bagaimanapun
saya bersetuju dengan pendapat Dr Lim menyatakan sempoa penting bagi pembelajaran
matematik kerana penggunaan sempoa dapat menggunakan banyak deria pelajar. Teori ada
menyatakan penggunaan deria yang banyak di dalam pembelajaran menbawa kesan yang baik
18
untuk murid. Ini membolehkan murid bergerak secara aktif dan berfikir menyelesaikan masalah
pengiraan menggunakan sempoa.
Jika saya diberi kesempatan sekali lagi untuk membuat perbentangan ini, perkara utama
yang saya akan lakukan adalah membawa komputer riba sendiri. Ketidakfungsiaan komputer
telah sedikit sebanyak mempengaruhi emosi saya menyebabkan saya gementar semasa
perbentangan. Mengenai data statistik, saya tidak menjumpai data terkini iaitu tahun 2009 dan
2010. Data terkini yang saya perolehi adalah tahun 2007. Sekiranya ada lebihan masa, saya akan
mencari hingga menjumpai data berkenaan. Seterusnya saya akan lebih berhati-hati dalam
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan menggunakan ayat-ayat yang sesuai. Saya
juga akan memperbanyakkan bahan bacaan mengenai isi-isu dan inovasi terkini di dalam
pembelajaran matematik.
Nama : Siti Norhayati binti Mohd
REFLEKSI
19
Hasil pembentangan kumpulan kami dan perbincangan di dalam kelas, tidak dapat
dinafikan bahawa penumpuan seseorang guru terhadap para pelajarnya juga sangat penting
dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam matematik. Perhatian dan tumpuan guru
akan menyebabkan seseorang pelajar itu berasa diri mereka dihargai dan disayangi serta mereka
tidak berasa tersisih mahupun terpinggir. Guru yang memberi sepenuh tumpuan dan mengambil
berat terhadap pelajarnya akan menjadikan mereka lebih mengenali sikap, latar belakang dan
tahap penguasaan seseorang pelajar terhadap sesuatu tajuk dalam matematik. Ini akan
menyebabkan guru lebih mudah memfokuskan tajuk yang lebih perlu ditekankan untuk
seseorang pelajar itu.
Sehubungan dengan itu juga, kita sudah sedia maklum sempoa seringkali dikaitkan
dengan masyarakat cina. Ianya tidak boleh dipisahkan ibarat isi dengan kuku. Sempoa
merupakan salah satu alat pembelajaran yang boleh diterapkan di sekolah kebangsaan kerana
pembelajaran menggunakan sempoa lebih berkesan. Ini dapat dilihat melalui penggunaan
sempoa itu sendiri yang memerlukan pelbagai deria yang dipunyai oleh setiap manusia yang
sempurna sifatnya. Ianya memerlukan sentuhan tangan setiap kali ingin mengira, telinga yang
dapat mendengar bunyi daripada biji-biji pada sempoa dan mata yang perlu melihat pada alat
tersebut. Hal ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu sangat berkesan kerana ianya
menggunakan semaksimum deria yang kita miliki. Deria-deria yang kita gunakan akan
memungut data dan maklumat lalu dibawa ke minda. Di samping itu juga, konsep penggunaan
sempoa ini akan menjadikan pelajar mengetahui nilai tempat sesuatu nombor seperti sa, puluh,
ratus, ribu dan lain-lain. Pengiraan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan
menggunakan sempoa juga sangat cepat kerana faktor bahasa. Semua sebutan nombor dalam
bahasa mandarin hanya mempunyai satu suku kata sahaja berbanding bahasa melayu. Oleh itu,
proses pengiraan mereka lebih pantas dibandingkan dengan pelajar sekolah kebangsaan.
Isu penggunaan kalkulator juga turut dibincangkan di dalam kelas kerana kebanyakan
pelajar sekolah rendah di luar negara telah pun menggunakan kalkulator dalam pembelajaran
matematik. Malaysia hanya sebahagian daripada negara yang belum melaksanakan penggunaan
kalkulator dalam pembelajaran matematik. Pelajar sekolah sering menganggap matematik
sebagai satu matapelajaran yang sangat susah kerana mereka terpaksa menghafal sifir. Malah
20
guru juga sangat menekankan untuk menghafal sifir dan ini akan menyebabkan pelajar
memberikan tanggapan yang buruk dalam diri mereka terhadap matematik. Hal ini berlaku
sebaliknya di luar negara. Para pelajar di sana menganggap matematik merupakan satu
matapelajaran yang menyeronokkan dan mampu menarik minat mereka untuk belajar.
Sesetengah pihak berpendapat dengan membenarkan pelajar sekolah rendah menggunakan
kalkulator, ianya akan menyebabkan mereka tidak mengetahui konsep asas dalam matematik
seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Namun, pada zaman kini kita
seringkali melihat setiap wanita akan mempunyai kalkulator dalam tas tangan mereka manakala
golongan lelaki pula lebih selesa menggunakan kalkulator pada telefon bimbit mereka untuk
mencongak nombor. Jadi, isunya di sini adakah dengan tidak membenarkan penggunaan
kalkulator akan menyebabkan seseorang pelajar itu benar-benar memahami konsep asas dalam
matematik? Sedangkan dalam era globalisasi kini kita telah mempunyai pelbagai alat-alat
canggih yang sangat berguna dalam pembelajaran. Malah, pelajar sekolah rendah juga akan turut
menggunakan kalkulator apabila mereka memasuki sekolah menengah. Oleh itu, isu penggunaan
kalkulator ini seharusnya dikaji semula oleh pihak kementerian atau kerajaan bagi menjadikan
matematik salah satu matapelajaran yang digemari oleh para pelajar di sekolah rendah
khususnya.
Nama : Naimatul Hasanah binti Razekin
REFLEKSI
21
Pada 7 Februari 2011, kumpulan saya yang seramai tiga orang iaitu saya sendiri,
Naimtaul Hasanah, serta dua orang rakan saya, Siti Norhayati dan Siti Kalijah membuat
pembentangan yang bertajuk Perbezaan Pencapaian Matematik antara Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan. Melalui tajuk ini, kumpulan kami akan mengupas statistik-statistik
yang menunjukkan perbezaan pencapaian ini, faktor-faktor yang mewujudkan perbezaan ini serta
cadangan untuk mengatasi perbezaan ini.
Pada pembentangan saya mengenai waktu pembelajaran Matematik di SJKC adalah lebih
lama berbanding di SK, Dr Lim memberi pendapat bahawa waktu pengajaran dan pembelajaran
yang lama tidak memberi kesan kepada pencapaian pelajar tetapi bagaimana seseorang guru itu
memanfaatkan waktu pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu yang lebih bermakna.
Sebagai bakal guru, saya Dr Lim menasihati supaya kita harus mementingkan pelajar daripada
arahan kementerian dan sanggup berbuat apa sahaja demi kebaikan pelajar.
Selain itu, Dr. Lim juga menambah faktor lain yang menyumbang kepada perbezaan
pencapaian Matematik ialah penumpuan guru terhadap pelajar, faktor lokasi dan sosioekonomi
keluarga pelajar. Penumpuan guru terhadap pelajar adalah penting kerana guru ini yang akan
membuatkan pelajar untuk minat pada Matematik. Bagi faktor lokasi pula, pada pendapat saya
apa yang dikatakan Dr Lim ada benarnya kerana kebanyakan SJKC di bandar. Seperti
pembentangan sebelum kumpulan saya, mereka ada menyatakan sekolah di bandar mempunyai
pencapaian yang lebih baik atas beberapa faktor yang telah dibincangkan sebelum ini.
Kebanyakan pelajar SJKC adalah berbangsa Cina, dan kebanyakan keluarga bangsa Cina ini
bekerja sebagai peniaga dan mempunyai sosioekonomi yang baik. Hal ini menyebabkan mereka
begitu mementingkan akademik untuk meneruskan perniagaan keluarga mereka. Sosioekonomi
yang baik penting untuk mendorong minat pelajar untuk pelajar.
Dr Lim jugak ada bertanya mengenai penggunaan sempoa dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Jika dilihat di kedai-kedai Cina, mereka lebih suka menggunakan
sempoa berbanding kalkulator. Mereka begitu cekap menggunakan sempoa dan kiraan mereka
juga tepat. Kementerian juga memperkenal penggunaan sempoa kepada pelajar sekolah rendah
supaya mereka lebih mudah menguasai Matematik dengan cara yang lebih baik berbanding
menggunakan kalkulator.
22
Sebagai bakal guru kelak, diharap pendidik-pendidik masa hadapan dapat
menyeimbangkan perbezaan ini dan memartabatkan kembali SK sebagai sekolah yang dapat
mengeratkan dan menyatupadukan pelajar dari pelbagai kaum serta menyahut seruan kerajaan 1
Malaysia. Selain itu, SK yang di anggap untuk pelajar-pelajar Melayu juga dapat dihakis. Setelah
membuat pembentangan ini, saya berharap dapat berkongsi sedikit ilmu dengan rakan-rakan dan
pendapat untuk kebaikan kami semua sebagai bakal guru. Sekiranya terdapat lagi pembentangan,
saya berharap agar dapat bersiap sedia jika masalah yang tidak dijangka wujud seperti yang kami
alami untuk pembentangan kali ini.
23
Recommended