View
84
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
Penyenggaraan Komputer
Penyenggaraan komputer dapat membantu memastikan tempoh jangka hayat
sesebuah komputer mampu bertahan lebih lama. Penyenggaraan boleh dibuat
secara berkala atau tidak. Penyenggaraan ini boleh dibuat dalam 2 kaedah:
1. Perkakasan (hardware)
2. Perisian (software)
Penyenggaraan Komputer (Perkakasan)
Penyenggaraan perkakasan melibatkan segala bentuk aktiviti fizikal semasa
menyelenggara sesebuah komputer. Sepertimana semasa pemasangan
komputer, penyenggaraan komputer sebaiknya dilakukan dengan memakai
wrist-strap. Berikut merupakan item yang boleh dilakukan apabila membuat
penyenggaraan perkakasan komputer
1. Membersihkan Habuk
- Komponen yang biasa selalu berhabuk adalah casing fan, CPU fan, power
supply fan, heatsink dan ruang - ruang rongga gril casing komputer atau
laptop.
- Pembersihan komponen ini boleh dilakukan samada menggunakan
compressed air atau berus anti-statik
- Celahan keyboard biasanya turut memerangkap pelbagai jenis kotoran yang
tidak disedari pengguna. Persekitaran dalam casing yang tidak mempunyai
pengudaraan yang baik akan mengakibatkan habuk terperangkap di
dalamnya.
2. Cahaya Matahari
- Komputer sebaiknya tidak diletakkan berdekatan dengan tingkap dan
mendapat pendedahan secara terus dengan cahaya matahari. Disamping
mempercepatkan kondisi plastik casing menjadi lapuk (kuning), ia juga
mengganggu penglihatan akibat silau reflektif monitor. Cahaya matahari juga
tidak membantu menyejukkan komputer
3. Cucian Alkohol
- Menggunakan alcohol-wipes bagi mencuci skrin monitor mampu
membersihkan paparan dari sebarang smudges akibat sentuhan tangan
yang berminyak dan sebagainya.
- Keyboard juga boleh dicuci dengan menggunakan cotton-bud yang di titik
dengan cecair alkohol
4. Pengudaraan
- Komputer atau laptop direka bentuk untuk beroperasi pada suhu bilik. Suhu
yang tinggi berupaya merosakkan sesetengah komponen dan komputer
masa kini direka supaya ia shut-down secara automatik apabila ia mengesan
peningkatan suhu yang luar biasa. Suhu terlampau sejuk pula akan
menyebabkan kondensasi yang boleh mengakibatkan litar pintas.
- Amalan asas yang sebaiknya adalah untuk mempunyai casing yang besar
(tower) agar komponen mempunyai ruang pengudaraan secukupnya.
Pengguna juga disaran agar menukar CPU fan yang biasa (standard)
kepada yang lebih advanced supaya mewujudkan aliran udara yang lebih
baik dan menyejukkan CPU dengan lebih efisyen.
- Satu lagi komponen yang kritikal adalah memori RAM. RAM boleh disejukkan dengan
menggunakan heat spreader (diperbuat dari aluminum atau tembaga) atau kipas
RAM. Aplikasi yang sama turut boleh digunakan untuk hard drive, sementara grapfik
kad mempunyai cooler yang tersendiri.
- Perkakasan penyerak haba ini sekadar menyejukkan komponen. Haba yang di alir
akan terperangkap di dalam casing. Maka pengguna perlu juga memasang aksesori
tambahan seperti fan casing bagi mengeluarkan haba di dalam casing ini keluar.
Sesetengah pengeluar casing seperti CoolerMaster menyediakan sehingga beberapa
slot bagi meletakkan fan casing agar aliran udara di dalam casing berjalan lebih
lancer.
- Pastikan penggunaan aksesori seperti kipas - kipas tambahan ini tidak menyebabkan
power supply overload. Lihat pada manual atau pada power supply itu sendiri
berapakah beban kuasa yang mampu ia tampung.
- Laptop juga mempunyai aksesori cooler yang mampu membantu menyejukkan suhu.
Penyenggaraan Komputer (Perisian)
Penyenggaraan perisian bertujuan memastikan isi kandungan komputer tidak
sesak (clogged). Peredaran masa tanpa kita sedari akan memperlihatkan
paparan desktop semakin bertambah dan komputer menjadi semakin perlahan
serta LED aktiviti komputer berkelip sedangkan kita tidak berbuat apa-apa pun
pada ketika itu. Antara aktiviti senggaraan perisian yang boleh dibuat
termasuklah:1. Disable atau Remove Program Yang Tidak Digunakan
- Banyak program yang ‘curi-curi’ memasukkan utiliti system-tray atau
services yang menumpang ibarat parasite kepada sistem komputer
pengguna sekaligus memperlahankan masa boot-up komputer dan
membazir memori RAM.
- Dengan system tool Windows seperti Task Manager, pengguna boleh
disable program yang tidak diingini. Task Manager juga boleh memaparkan
masa boot-up yang digunapakai oleh program berkenaan
- Pengguna juga boleh menggunakan perisian ‘third-party’ seperti CCLeaner
untuk menetapkan program yang dibenarkan running semasa boot-up.
- Paling mudah adalah sekiranya tiada keperluan atau tidak digunakan,
sebaiknya di-uninstall sahaja program berkenaan.
2. Membersihkan Fail Yang Tidak Diingini
- Semakin lama kita menggunakan komputer, semakin banyak terkumpul fail
– fail yang sbenarnya tidak lagi kita gunakan atau relevan. Fail - fail ini
sekiranya tidak dibuang akan memakan ruang simpanan dan menyebabkan
komputer menjadi berat
- Salah satu tools yang d boleh di akses melalui: Klik Start > System Tools >
Disk Cleanup dan pilih option “Free up disk space by deleting unnecessary
files”.
- CCleaner juga digunakan untuk memadam pelbagai lagi jenis temporary
files dalam browser history, cookies dan cache
- Penggunaan perisian seperti Revo Uninstaller membolehkan pengguna
memperincikan fail - fail yang perlu dibuang apabila membuat proses un-
install sesuatu program.
3. Defragmentation dan Optimization
- Dalam penggunaan komputer kita seharian, pengguna akan kerap
melakukan banyak aktiviti seperti pemindahan fail, deletion, copying dan
sebagainya. Kesemua aktiviti ini meninggalkan ruang kosong yang tidak diisi
pada hard drive. Proses defragment akan menyusun semula semua fail
sistem dan fail - fail yang kita gunakan dan memenuhkan semula semua
ruang kosong yang ada. Dengan ini, proses indexing data boleh di-
optimumkan dan prestasi komputer dapat dimaksimumkan.
- Tool Disk Defragmenter yang terdapat pada Windows 7 tidak mempunyai
keupayaan untuk membuat proses defragment solid state drive. Manakala
tools yang sama pada Windows 8 pula dipanggil ‘Optimize Drives’ kerana ia
berupaya untuk memproses solid-state drive
3. Persekitaran Bebas Virus dan Malware
- Pada masa ini, penggunaan perisian antivirus sahaja tidak mencukupi bagi
perlindungan yang optimum. Biasanya pengguna akan turut memasang satu
lagi perisian yang dedicated untuk Malware.
- Utiliti dalam Windows 8 membolehkan pengguna untuk membuat installation
semula OS tanpa menjejaskan fail - fail peribadi pengguna.
Kenapa Perlu Menaiktaraf Sistem Komputer
Menaiktaraf sistem komputer adalah pilihan yang wajar sekiranya tidak
mempunyai kewangan untuk membeli komputer yang baru kerana kadangkala
tidak semua komponen komputer yang perlu ditukar sedangkan masih ada
komponen yang masih boleh digunapakai dan tidak memerlukan naiktaraf
(upgrade)
Secara asasnya ada beberapa komponen yang biasanya akan kita upgrade.
1. Memory RAM
2. Grafik Kad
3. Hard Disc
4. Prosesor (CPU)
5. Pemain Cakera Optik
6. Perisian
Memory (RAM)
Untuk melihat peningkatan prestasi yang ketara, meningkatkan jumlah bilangan
RAM. Komputer akan perlahan apabila pengguna menjalankan beberapa
program perisian dengan serentak ( contoh sambil membuat tugasan, pada
masa sama turut mendengar lagu melalui laman youtube dan turut melawati
laman – laman web lain ). Maka, salah satu cara adalah dengan meningkatkan
kapasiti RAM.
Grafik Kad (GC)
Seorang pemain game terutamanya akan memerlukan kuasa grafik kad yang
tinggi bagi mendapatkan kualiti grafik yang terbaik. Keperluan grafik kad
berkuasa tinggi ini juga turut digunakan oleh pereka grafik dan 3D modelling.
Sekiranya pengguna menggunakan grafik kad on-board atau built-in, beralih
kepada GC yang berasingan akan memberikan perspektif yang berbeza
tambahan sekarang video high-definition sudah menjadi satu kebiasaan.
Hard Disc
Hard Disc bersaiz 1 terabyte (TB) 7200rpm telah menjadi satu kebiasaan masa
ini. Bagi pengguna biasa, saiz sebesar ini mungkin langsung tidak membawa
sebarang makna. Upgrading boleh dilakukan dengan bertukar pada hard disc
Solid State Drive (SSD). SSD menggunakan flash memory berbanding hard
disc biasa yang menggunakan cakera (disc) dan ini membuatkan SSD mampu
berfungsi lebih pantas.
Processor (CPU)
Kebanyakan prosesor di pasaran ketika ini adalah dari jenis 64-bit. Bagi
pengguna biasa, 64-bit bukanlah satu kemestian. Kelebihan architecture 64-bit
adalah ia berupaya untuk utilize saiz RAM yang lebih besar (4GB ke atas).
Program perisian seperti Microsoft Office tidak memerlukan jumlah RAM yang
besar. Upgrading CPU memerlukan belanja yang besar kerana kadangkala
keseluruhan sistem (mobo, RAM) juga perlu turut ditukar. CPU dilihat pada
spesifikasi Octa core, Quad-core, Dual-core. Lebih banyak dimiliki oleh
sesebuah CPU bermakna ia berupaya untuk melaksanakan (execute) lebih
banyak task pada masa yang sama.
Pemain Cakera Optik
Menaiktaraf dari CD drive kepada DVD drive atau kepada Blu-Ray drive
membolehkan pengguna memaksimakan saiz kapasiti yang lebih besar.
Namun prekembangan saiz flash memory yang lebih besar pada thumbdrive
menjadikan keperluan pemain cakera beralih ke arah absolete.
Perisian (software)
Proses naiktaraf perisian biasanya berkait dengan naiktaraf perkakasan.
Namun adakalanya, perkakasan yang berkualiti tinggi (high-end) amat jarang
perlu naiktaraf lagi dan mampu bertahan untuk satu tempoh jangka masa yang
agak lama (5-10 tahun). Namun, sesetengah perisian yang dibangunkan akan
mempunyai versi terbaru dengan fasa pembangunan sekitar 2-3 tahun. Dan
dengan pengeluaran versi yang lebih terkini, syarikat pengeluar biasanya akan
memberi tempoh masa tertentu sebelum menamatkan sebarang sokongan
teknikal (technical support) terhadap versi perisian yang sebelumnya.
Recommended