View
2.592
Download
5
Category
Preview:
DESCRIPTION
KONSEP UJRAH MENURUT PANDANGAN ULAMA
Citation preview
NO. KUMPULAN: __UPSI 06_____NAMA PENSYARAH: _DR MOHD NOOR BIN DAUD_
KERJA KURSUS
HIS3073 AL FIQH AL-ISLAMI II
NAMA PELAJAR
SHIMILA KAUR @ NORAINI
NO. ID
D20112055595
PENDIDIKAN JARAK JAUHUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
[0]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
PENDAHULUAN 2
1. PENGENALAN 3
1.1 Definisi Upah (Ujrah) 4
1.2 Hukum Upah Dan Dalil Disyariatkan Amalan Upah 5
1.3 Rukun Dan Syarat Upah Menurut Ulama 10
2. JENIS-JENIS PENGAMBIL UPAH (Ujrah) 12
3. BEZA UPAH, SEWA & GAJI 12
4. TEORI-TEORI UPAH 13
5. JENIS-JENIS UPAH (Ujrah) 15
6. HUKUM-HAKAM BERKAITAN UPAH 16
6.1 Upah Mengajar Al Quran 16
6.2 Upah Membaca Al-Quran 18
6.3 Upah Buruh 19
6.4 Pekerjaan Yang Dilarang Mengambil Upahnya Sebagai 20
Mata Pencarian
6.5 Penetapan Kadar Upah 21
6.6 Akibat Tidak Membayar Upah 23
RUMUSAN 24
BIBILIOGRAFI 25
[1]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya amat
bersyukur kepada Allah S.W.T kerna dengan izin dan pertolongan-Nya, tugasan bagi
kursus Al-Fiqh Al-Islami 1 (HIS3073) ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Objektif tugasan ini ialah untuk mendedahkan kepada pelajar hukum-hakam yang
berkaitan dengan tajuk yang dipilih berserta sokongan dalil-dalil daripada Al-Quran Al-Karim
mahu pun Hadith-hadith sahih Rasulullah s.a.w. Tugasan ini mengandungi dua tajuk pilihan
iaitu “Pandangan Ulama Mengenai Konsep Upah (Ujrah) serta Konsep Nasab Menurut
Pandangan Ulama” . Beberapa perkara penting yang menerangkan konsep Upah (Ujrah)
dan konsep Nasab telah pun dihuraikan secara terperinci sama ada dari sudut definisi,
hukum dalam Islam, klasifikasi, kaedah-kaedah tertentu, syarat-syarat tertentu,
contoh-contoh berkaitan, kepentingan, ikhtilaf Ulama seterusnya diakhiri dengan
rumusan keseluruhan tentang konsep Upah (Ujrah) & konsep Nasab dalam Islam.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan ribuan
terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam membincangkan persoalan demi persoalan
yang terkandung dalam tugasan ini, terutamanya kepada pihak pensyarah selaku penyelia
tugasan ini di atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Ucapan ribuan terima kasih juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan
perbincangan serta soal-jawab bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat
saya hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya
terutamanya dari sudut latihan ilmiah sterusnya dapat mewujudkan pembelajaran berbentuk
perbandingan. Sesuai dengan respon daripada pelajar yang lebih bersikap terbuka,
menerima kepelbagaian pendapat dalam menjawab permasalahan Fiqh seterusnya
menjadi landasan atau panduan amalan kita di muka bumi Allah ini. Saya juga berharap
semoga hasil tugasan ini menjadi bahan rujukan kepada semua penuntut. Semoga Allah
S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan,
Disediakan oleh :
SHIMILA KAUR @ NORAINI
ID : D20112055595
Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak.
[2]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
1. PENGENALAN
Ilmu Ekonomi Islam merupakan suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji
tingkah laku manusia dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk
kepentingan diri juga masyarakat bagi mendapatkan keredhaan Allah. Keadilan, kebebasan
hak milik dan persamaan yang ditunjangi akidah, kesucian jiwa, pengorbanan
persaudaraan serta ihsan adalah asas kepada Sistem Ekonomi Islam. Sistem Ekonomi
Islam merupakan madzhab ekonomi Islam yang terjelma di dalamnya bagaimana cara Islam
mengatur kehidupan perekonomian dengan apa yang dimiliki dan ditunjukkan oleh madzhab
ini tentang ketelitian cara berfikir yang terdiri dari nilai-nilai moral Islam dan nilai-nilai
ekonomi, atau nilai-nilai sejarah yang ada hubungnya dengan uraian sejarah masyarakat.1
Ekonomi Islam juga menghargai kehadiran dan sumbangan tenaga kerja sebagai salah
satu roda penggerak ekonomi negara. Selain itu Sistem Ekonomi Islam amat
mementingkan tenaga kerja dan menganggapnya sebagai pengguna yang berpotensi
kerana sebahagian besar produk negara dikuasai oleh tenaga kerja dan tanggungannya.
Kehidupan insan di dunia ini mempunyai dwi fungsi iaitu selain sebagai hamba
(‘abdun) mereka juga berperanan sebagai khalifah Allah S.W.T. yang perlu diseimbangkan
secara seiring tanpa melebihkan salah satu daripadanya. Kehidupan insan tidak boleh lari
daripada amalan menjaga hubungan antara sesama insan dan hubungan dengan alam
semesta dengan baik. Hakikatnya, insan tidak akan mampu memenuhi keperluannya
sendiri tanpa kehadiran insan lain. Sebagaimana firman Allah S.W.T.2 :
{ �ع�د�و�ان� و�ال � �م �ث اإل ع�ل�ى � �وا �ع�او�ن ت � و�ال �ق�و�ى و�الت �بر� ال ع�ل�ى � �وا �ع�او�ن و�ت
�ع�ق�اب� ال د�يد� ش� !ه� الل �ن� إ !ه� الل � �ق�وا {و�ات“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan
Takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan kejahatan”
Berdasarkan firman Allah S.W.T. tersebut, jelaslah bahawa kehidupan insan
hendaklah saling membantu dan tolong-menolong. Demikianlah hubungan antara majikan
1 Mohammad. Baqir As. Shadr, 1968.2 Surah Al-Maidah : 2
[3]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
dengan tenaga kerjanya atau pekerja-pekerjanya yang menceburi pelbagai sektor seperti
sektor pentadbiran, pertanian, perindustrian, perikanan, pendidikan dan banyak lagi.
Matlamat utama seseorang itu bekerja adalah untuk mendapat upah bagi memenuhi
kepeluan asas seperti makanan, perlindungan , pengangkutan, pendidikan, perubatan dan
keperluan-keperluan lain dengan mengambil kira faktor ekonomi mahupun politik sesebuah
Negara.
Sehubungan itu, penetapan upah ke atas tenaga kerja hendaklah dilakukan dalam
konteks yang wajar dan adil supaya tidak memberi kesan negatif terhadap kemajuan
ekonomi negara. Perubahan pada upah akan mempengaruhi tingkat pengambilan, daya
beli dan taraf hidup mereka. Prinsip penentuan upah dalam Islam adalah mengamalkan
prinsip musyawarah yang boleh difahami sebagai proses tawar-menawar antara majikan
dan pekerja. Prinsip ini menekankan supaya upah yang dtetapkan perlu memenuhi
keperluan asas pekerja secara konsisten dan boleh dilaksanakan secara berintegrasi dalam
sistem tenaga kerja. Walaubagaimanapun, pelaksanaan prinsip musyawarah ini adalah
berbeza daripada prinsip yang diamalkan oleh negara kapitalis. Konsep Upah yang
dianjurkankan oleh Islam ini seharusnya dijadikan amalan atau panduan dalam menentukan
upah ke atas setiap tenaga kerja. Berikut adalah huraian definisi konsep Upah (Ujrah)
menurut Ulama.
1.1 Definisi Upah (Ujrah)
Menurut takrifan Kamus Dewan ‘Upah’ ialah wang dan lain-lain yang diberikan
kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu iaitu bayaran sebagai membalas jasa atau
ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan. Contohnya: “aku sering diberi kerja
mengangkat beg.3
Dalam konteks semasa di Malaysia, upah dan gaji mempunyai makna yang hampir
sama iaitu gaji bermaksud upah yang tetap untuk pekerjaan.4
Upah juga disebut sebagai ijarah. Secara literalnya bermaksud iwadh yang merujuk
kepada bayaran upah sewaan (Ujrah). Ia juga bermaksud ganjaran kepada sesuatu
perbuatan yang baik sama ada berbentuk keduniaan atau keagamaan.5
3 Kamus Dewan Keempat, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan pustaka, h. 362.4 Ibid, h. 362.5 Al-Mu’jam Al-Wasit, 1989. Istanbul : Dar Al-Dakwah, h. 7.
[4]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Manakala menurut fiqah Islam ia boleh dirumuskan sebagai pemilikan manfaat
dengan bayaran pertukaran (iwadh) di mana iwadh tersebut dalam bentuk ayn (asset
ketara), dayn (hutang) atau manfaat.6
Benham dalam Afzalurrahman (1991), menyatakan : “Upah dapat didefinisikan
sebagai sejumlah wang yang dibayarkan berdasarkan perjanjian atau kontrak oleh seorang
pemilik usaha pada seorang pekerja kerana jasa yang ia berikan”. Upah adalah ganjaran
yang diterima seseorang atas pekerjaanya dalam bentuk imbalan kebendaan di dunia (adil
dan layak) dan dalam ganjaran pahala di akhirat (imbalan yang lebih baik).7
Menurut definisi yang diberikan oleh Undang-undang Ketenagakerjaan di Jakarta,
Indonesia, upah adalah hak pekerja atau buruh yang diterima dalam bentuk wang sebagai
ganjaran dari pengusaha atau pemberi kerja kepada pekerja tersebut yang telah ditetapkan
dan dibayar menurut suatu perjanjian kerja, kesepakatan atau peraturan perundangan,
termasuk tunjangan bagi pekerja atau buruh dan keluarganya atas suatu pekerjaan atau
jasa yang telah atau akan dilakukan.
Menurut pengertian Barat pula, upah adalah berkait dengan pemberian ganjaran
kepada pekerja tidak tetap atau tenaga buruh lepas, seperti upah buruh lepas perkebunan
kelapa sawit, upah pekerja bangunan yang dibayar mingguan ataupun harian.
Justeru, pekerja menerima upah daripada pemberi kerja (majikan) adalah
merupakan hak pekerja yang harus dipenuhi oleh pemberi kerja dan dilindungi undang-
undang. Setiap pekerja berhak untuk memperoleh penghasilan yang memenuhi keperluan
hidup semasa yang munasabah.8
1.2 Hukum Upah Dan Dalil Disyariatkan Amalan Upah
Jumhur fuqaha’ telah bersepakat bahawa hukum upah adalah harus. Ini kerana
para fuqaha’ berpegang kepada banyak dalil al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijma.9
6 Nazih Hammad, 1993. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyah Fi Lughah Al-Fuqaha, Virgina, h. 26.7 Mansor Jusoh & Nor Ghani Md. Nor, 2005. Tenaga Buruh dan Upah Dalam Islam : Satu Pandangan
Alternatif, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 3.8 Edytus Adisu, 2008. Hak Karyawan Atas Gaji & Pedoman Menghitung, Jakarta : Forum Sahabat,
h. 2.9 Sharifah Faigah Syed Alwi, 2006. Pembiyaan Hutang Dalam Perbankan Islam, Selangor : Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), h. 38.
[5]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Dalil- dalil yang menunjukkan bahawa hukum upah itu adalah harus antaranya ialah :
�وه�ن� ف�آت �م� �ك ل ض�ع�ن� ر�� أ �ن� ف�إ
ه�ن� ج�ور�� 10{ أ
{
Maksudnya : “Kemudian jika mereka menyusukan anak
untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya”11
Hukum terhadap amalan upah di dalam ayat di atas adalah harus kerana terdapat
perintah Allah S.W.T. agar diberi upah kepada perempuan yang menyusukan anak
orang lain. Jika perbuatan itu tidak harus, maka sudah tentulah Allah SWT tidak akan
memerintahkannya.12
Dalil seterusnya ialah :
10 Surah Al-Thalaq : Ayat 6.11 Surah Al-Talaq : 6.12 Sharifah Faigah Syed Alwi, 2006. Pembiyaan Hutang Dalam Perbankan Islam, Selangor : Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), h. 39.
[6]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Maksudnya :
“Salah seorang diantara perempuan yang berdua itu
berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi
orang upahan (mengembala kambing kita),
sesungguhnya sebaik-baik orang
yang ayah ambil bekerja adalah orang
yang kuat lagi amanah”.13
“Bapa perempuan berkata (kepada Musa):
“Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah
seorang dari duaanak perempuanku ini,
dengan syarat bahawa engkau bekerja
denganku selama lapan tahun”.14
Surah Al-Qasas, ayat 26-27 di atas turut menegaskan bahawa upah telah menjadi
amalan para nabi dan para rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Ayat tersebut
mengkhabarkan kepada kita bahawa Nabi Musa A.S. pernah menjadi orang upahan
untuk mengembala kambing dengan mengambil upahnya.15 Demikian juga melalui
kitab tafsir al-Qurtubi yang turut menyatakan bahawa ayat ini membuktikan amalan
al-ijarah telah wujud sejak zaman nabi Allah Syu’ayb A.S. lagi. Manakala pekerjaan
Nabi Musa yang diberi upah itu adalah sebagai penggembala kambing.16
Seterusnya dalil daripada Al-Sunnah lagi iaitu :
قالت : الهجرة خبر في عنها الله رضى عائشة حديث
من رجال بكر وابو وسلم عليه الله صلى النبى واستأجر13 Surah Al-Qasas : Ayat 2614 Surah Al-Qasas : Ayat 27.15 Suzana Binti Jumani, 2002. Al-Ijarah : Amalannya di Bank Islam Malaysia (BIMB), Selangor :
Fakulti Pengajian Islam, h. 6.16 Sharifah Faigah Syed Alwi, 2006. Pembiyaan Hutang Dalam Perbankan Islam, Selangor : Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), h. 38.
[7]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
قريش كفار دين على وهو طيقا هاديا الديل بنى
ليال ثالث بعد ثور غار وواعده راحلتيهما اليه فدفعها
ثالث صبح براحلتيهما .فانامها
Maksudnya :
“Hadis daripada Aishah R.A. ketika mengkhabarkan
hijrah telah berkata : Nabi Muhammad S.A.W.
dan Abu Bakar telah mengupah seorang lelaki
dari Bani Dailsebagai penunjuk jalan, lelaki tersebut
beragama kafir Quraisy. Maka telah dibayar upah
kepadanya akan kenderaan kedua-duanya (Nabi S.A.W.
dan Abu Bakar). Dan mereka berjanji akan
bertemu di Gua Thur selepas tiga malam.
Lelaki itu datang kepada Nabi dan Abu Bakar
dengan dua kenderaan pada pagi
hari ketiga (seperti yang dijanjikan).
Hadis di atas turut menjadi dalil kepada amalan upah yang hukumnya adalah harus.
Ini dapat dibuktikan apabila Rasulullah S.A.W. telah mengupah seorang lelaki penunjuk
jalan untuk membawa baginda dan Abu Bakar ke Madinah al-Munawwarah.17
Dalil daripada As-Sunnah yang berikutnya ialah :
وسلم عليه الله صلى النبى عن عنه الله رضى هريرة أبي عن
قال:
أنا : ثالثة تعالى الله القيمة : قال يوم خصمهم
17 Suzana Binti Jumani, 2002. Al-Ijarah : Amalannya di Bank Islam Malaysia (BIMB), Selangor :
Fakulti Pengajian Islam, h. 6.
[8]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
, حرا باع ورجل غذر ثم بي أعطى رجل
استاجر ورجل ثمنه . فأكل أجره ولميعطه منه فاستوفى أجير
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah R.A. daripada Nabi S.A.W.
telah bersabda :Allah telah berkata : Tiga golongan aku
akan dakwa pada hari akhirat nanti iaitu lelaki
yang menerima amanahku lalu di makan
harganya dan lelaki yang mengupah atau
menyewa seorang pekerja lalu tidak diberi
upah sewanya.
Hadis di atas merupakan satu peringatan dan amaran daripada Allah S.W.T. ke atas
orang yang enggan membayar upah kepada orang yang diupahnya untuk melakukan
sesuatu pekerjaan.18
Demikian juga hadith Ibnu Majah dari Ibnu Umar, bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda :
عرقه يجف أن قبل أجره األجير أعطوا: Maksudnya
Berilah upah kepada orang yang mengambil upah sebelum kering peluhnya.19
Menurut Ijma Ulama dari kalangan sahabat, tabi’in, semua fuqaha’ pada zaman
awal Islam serta kalangan fuqaha’ mutakhir seperti Imam Abu Hanifah, Malik,
Shafi’i dan Ahmad bin Hanbal, melakukan upah itu hukumnya adalah harus. Ini
kerana golongan tersebut telah berjimak mengharuskan sewa atau upah kerana
manusia memerlukan “manfaat” sama seperti mereka memerlukan sesuatu barang.
18 Ibid, h. 7.19 Shahih : Shahih Ibnu Majah No : 1980 & Ibnu Majah II : 817 No : 2443.
[9]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Oleh itu apabila upah diharuskan maka demikian jugalah kontrak sewa atau upah ke
atas sesuatu manfaat. Namun demikian, terdapat juga sebahagian golongan
mutakhir Abi Bakar Al-Asam dan Ibn ‘Aliyyah yang berpendapat sebaliknya. Tetapi
itu hanyalah keraguan mereka sahaja, bukan dihukum sebagai tidak boleh langsung
beramal dengannya. Walau bagaimanapun, perselisihan ini tidak dianggap sebagai
ijtihad yang sahih kerana ia bertentangan dengan nas yang sahih dan jelas
sebagaimana terkandung dalam Al-Qur’an dan As-Sunah.20
1.3 Rukun Dan Syarat Upah Menurut Ulama
Upah (Ujrah) mempunyai rukun dan syarat yang mesti disempurnakan. Menurut jumhur
Ulama, rukun-rukun upah adalah seperti berikut21 :
Pengambil upah
Pemberi upah
Perkhidmatan
Bayaran upah
Sighah
Manakala Mazhab Hanafi menegaskan bahawa rukun upah (Ujrah) adalah seperti
berikut22 :
Sighah (tawaran dan penerimaan)
Mazhab Hanafi juga menegaskan bahawa syarat bagi pengambil upah dan
pemberi upah adalah sama seperti melakukan jual beli iaitu 23 :
Kedua-dua pihak hendaklah baligh dan berakal
20 Suzana Binti Jumani, 2002. Al-Ijarah : Amalannya di Bank Islam Malaysia (BIMB), Selangor : Fakulti Pengajian
Islam, h. 7.21 Mohd Bakir Haji Mansor, 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam, Kulala Lumpur : NIMB
Institute of Research and Training (BIRT), h. 58.
22 Suzana Binti Jumani, 2002. Al-Ijarah : Amalannya di Bank Islam Malaysia (BIMB), Selangor : Fakulti Pengajian
Islam, h. 9.23 Abdul Rahman Rukaini, 2001. Mu’amalat Teras Pembangunan Sosio-ekonomi. Johor : Synergymate Sdn.
Bhd., h. 106.
[10]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Oleh itu, upah (ujrah) tidak sah jika dilakukan oleh orang gila dan kanak-kanak yang
belum mumayyiz. Namun begitu, Mazhab Hanafi tidak mensyaratkan baligh bagi orang
yang berakad. Akad boleh berlaku sekiranya kanak-kanak mendapat izin daripada walinya.
Mazhab Maliki pula mensyaratkan seperti berikut :
Kedua-dua pihak pengambil upah dan pemberi upah itu hendaklah mumayyiz
Mazhab Shafi’ei dan Mazhab Hanbali pula mensyaratkan24 :
Kedua-dua pihak pengambil upah dan pemberi upah itu baligh dan berakal
Kedua-dua pihak yang berakad perlu mempunyai kebebasan memilih
Kontrak yang berlaku dengan paksaan adalah tidak sah.
Kedua-dua pihak mestilah beragama Islam.
Syarat bagi perkhidmatan pula merangkumi perkhidmatan atau kerja yang boleh
dinilai dengan wang. Ia juga bukanlah ibadat yang mewajibkan niat seperti sembahyang dan
puasa, kecuali upah dalam haji.
Para ulama Fiqh membolehkan pengambilan upah ke atas kerja-kerja berupa
perkhidmatan seperti broker saham, juru lelong dan menulis surat.
Semasa membuat atau memproses sesuatu barang, barang pengupah yang ada di
tangan pengambil upah menjadi amanah kepadanya supaya menjaga barang tersebut
dengan baik. Sekiranya barang itu rosak disebabkan kecuaian atau perbuatannya secara
sengaja, maka ia wajib menggantikannya.25
Bayaran upah pula disyaratkan jelas kadar yang tertentu dan merupakan
sesuatu yang bernilai. Fuqaha telah sepakat mengatakan bahawa anjing dan babi tidak
boleh dijadikan upah kerana kedua-duanya tidak diiktiraf sebagai harta yang bernilai dalam
Islam.26
24 Suzana Binti Jumani, 2002. Al-Ijarah : Amalannya di Bank Islam Malaysia (BIMB), Selangor : Fakulti Pengajian
Islam, h. 13.25 Mohd Bakir Haji Mansor, 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam, Kulala Lumpur : NIMB
Institute of Research and Training (BIRT), h. 63.26 Sharifah Faigah Syed Alwi, 2006. Pembiyaan Hutang Dalam Perbankan Islam, Selangor : Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), h. 41.
[11]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Sighah atau akad pula disyaratkan hendaklah mengandungi semua rukun secara
maklum iaitu tertentu, jelas dan tepat.27
Dengan itu, syarat upah dapatlah dikelaskan kepada lima perkara28 iaitu :
i. Hendaklah upah itu bernilai dari segi syarak
ii. Hendaklah kadar upah ditentukan dalam akad.
iii. Hendaklah kadar upah diketahui dan tertentu.
iv. Hendaklah upah itu sesuatu yang suci bukannya dalam bentuk najis seperti
bangkai atau susu rosak.
v. Hendaklah jelas kadar upah dan masa pembayaran upah akan dibuat.
2. JENIS-JENIS PENGAMBIL UPAH (Ujrah)
Terdapat dua jenis orang yang mengambil upah iaitu pengambil upah khas dan
pengambil upah bersekutu29. Pengambil upah khas ialah orang yang bekerja hanya
kepada pihak tertentu atau majikannya sahaja dalam tempoh yang tertentu sebagai contoh
pembantu rumah yang bekerja di sebuah rumah sahaja.30 Manakala pengambil upah
bersekutu adalah orang yang mengambil upah tidak khusus kepada seseorang majikan
sahaja sebaliknya bekerja untuk sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatannya
sebagai contoh tukang baiki kasut, buruh binaan dan tukang jahit.31
3. BEZA UPAH, SEWA & GAJI
Upah datang dalam bentuk wang dan lain-lain yang diberikan kepada orang yang
disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga
orang yang telah digunakan sebagai contoh wang seringgit diberikan kepada seorang lelaki
yang dikehendaki mengangkat sebakul buah limau.32
Manakala gaji merupakan wang sebagai upah dan ganjaran bekerja yang dibayar
dalam tempoh yang ditetapkan. Gaji adalah melibatkan masa yang ditetapkan dalam
27 Mohd Bakir Haji Mansor, 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam, Kulala Lumpur : NIMB
Institute of Research and Training (BIRT), h. 63.28 Isa Dhoifullah Al-Mansur, 2007. Nazhoriah Al-Irbah Fil Masorifa Al-Islamiah, Dar An-Nafais, h. 129-131.29 Sharifah Faigah Syed Alwi, 2006. Pembiyaan Hutang Dalam Perbankan Islam, Selangor : Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), h. 40.30 Ibid, h. 40.31 Ibid, h. 40.32 Mohd Bakir Haji Mansor, 1998. Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam, Selangor : : NIMB
Institute of Research and Training (BIRT), h. 64.
[12]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
melakukan kerja seperti seminggu, sebulan atau setahun. Gaji juga ditetapkan mengikut
kontrak atau persetujuan asal dan akan dinaik atau diturunkan mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan.33
Seterusnya upah dan sewa kedua-duanya masih berbeza dari sudut perkara yang
diakadkan. Perkara yang diakadkan dalam upah iaitu kerja atau perkhidmatan. Kerja yang
hendak dilakukan atau perkhidmatan yang hendak diberi belum wujud semasa akad. Dalam
upah juga, disyaratkan penentuan kerja atau perkhidmatan serta jangka masa. Berbeza
dengan sewa yang mana perkara yang diakadkan dalam sewa adalah merangkumi manfaat
atau kegunaan. Harta yang disewa boleh terdiri daripada rumah atau jentera sebagai alat
yang memberi kegunaan sudah pun wujud tetapi kegunannya belum bermula atau belum
wujud. Dalam sewa juga disyaratkan penentuan tempoh masa penggunaan.34
Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa gaji dan upah mempunyai matlamat yang
sama iaitu memberi ganjaran terhadap sesuatu tugas atau kerja yang telah dilaksanakan.
Upah juga memerlukan kerja atau perkhidmatan untuk diakadkan walaupun belum wujud
semasa akad tersebut. Manakala sewa berbentuk manfaat atau kegunaan sesuatu yang
perlu diakadkan.
.
4. TEORI-TEORI UPAH
Di dalam Al-Qur’an Allah S.W.T. telah menyatakan tentang upah atau balasan-Nya
ke atas hambanya yang bekerja dengan niat dan cara yang benar. Di antara dalil-dali
tersebut ialah :
Maksudnya:
“ Dan katakanlah : “Bekerjalah
Kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta
33 Ibid, h. 64.34 Ibid, h. 64.
[13]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Orang-orang mu’min akan melihat
Pekerjaanmu itu, dan kamu akan
Dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui
akan ghaib dan yang nyata, lalu diberikan-
Nya kepada kamu apa yang kamu Kerjakan”.35
Maksudnya:
“Sesungguhnya mereka yang
beriman dan beramal soleh tentulah Kami
tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-
orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik.”36
Dalam ayat yang tertera di atas, Allah S.W.T. menyatakan bahawa balasan atau
ganjaran bagi mereka yang beramal soleh adalah imbalan dunia dan ganjaran akhirat.
Muhammad Abduh dan Zamakhsari merumuskan bahawa individu yang bekerja
pada suatu usaha seperti organisasi atau jabatan yang tidak menjual atau mengusahakan
barang-barang yang haram, maka amalan ini dikategorikan sebagai amal soleh. Ini
bermaksud jika seseorang itu bekerja dengan jujur dan amanah, sudah tentu akan
menerima ganjaran yang baik sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Allah S.W.T berfirman lagi :
35 Surah Al-Taubah : 105.36 Surah Al-Nahl : 97.
[14]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Maksudnya:
“Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal salih,
sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang
yang berusaha memperbaiki amalnya”.37
Ketiga-tiga dalil di atas (Al-Taubah : 105, Al-Nahl : 97 dan Al-Kahfi : 30)
menerangkan kepada kita tentang ganjaran dalam konsep Islam yang menekankan dua
aspek iaitu ganjaran semasa di dunia dan di akhirat.
Surah Al-Taubat, ayat 105 menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita untuk
bekerja dan semua apa yang telah kita kerjakan akan dibalas dengan balasan yang baik
oleh Allah S.W.T. dan setiap pekerjaan itu hendaklah disertai dengan niat yang betul. Jika
niat dan pelaksanaan kerja itu menyimpang daripada kebenaran, sesungguhnya Allah
S.W.T. akan membalas dengan balasan azab. Namun, jika pekerjaan itu benar, maka Allah
akan membalas pekerjaan itu dengan balasan yang lebih baik dari apa yang kita kerjakan.
Surah An-Nahl ayat 97 menjelaskan bahawa Allah S.W.T. tidak mengira perbezaan
jantina dalam menerima upah atau balasan daripada-Nya. Hal ini menunjukkan bahawa
tidak ada diskriminasi upah dalam Islam biarpun mereka mengerjakan pekerjaan yang
sama.
Sementara itu, Surah al-Kahfi ayat 30 menegaskan bahawa Allah akan membalas
pekerjaan yang telah dilakukan manusia dengan balasan yang adil.
5. JENIS-JENIS UPAH (Ujrah)
Terdapat dua jenis upah iaitu upah yang ditetapkan dan upah setimpal. Upah
yang telah ditetapkan ialah upah yang telah diselaraskan bagi setiap pekerjaan tertentu
oleh suatu qadhi atau pemerintah. Ia juga merupakan permanfaatan terhadap sesuatu
barang atau jasa sama ada yang mempunyai perjanjian atau tidak. Dengan itu, upah bagi
pekerja adalah ganjaran terhadap tenaga kerja yang dilakukanya. Sebagai contoh pekerja-
pekerja kerajaan seperti guru, pensyarah, kerani, tentera dan sebagainya. Mereka adalah
tenaga kerja yang diberi gaji pada setiap hujung bulan setelah diselaraskan jumlahnya
37 Surah Al-Kahfi : 30.
[15]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
mengikut jenis pekerjaan dan taraf jawatannya. Di dalam memberi upah, hendaklah ada
penentuan pekerjaan, jangka masa, kadar upah, kadar tenaga dan jenis pekerjaan. Hal ini
bagi mengelakkan kontrak upah (ujrah) menjadi fasad termasuklah upah kerja dan
pembatasan tenaga yang perlu diusahakan. Ini bererti tenaga kerja hendaklah dibebani
dengan pekerjaan yang mereka mampu untuk melakukannya bukan bebanan kerja yang
tidak mampu mereka laksanakan.38 Sebagaimana Allah S.W.T. berfirman :
Maksudnya : “Allah tidak membebani seseorang kecuali dalam kemampuanya”39
Dengan itu, Islam mewajibkan adanya penentuan pekerjaan dari sudut jenisnya,
jangka masa upah dan tenaga dalam melakukan sebarang upah. Perlu kita ketahui bahawa
upah adalah insentif kepada pekerja atau orang yang memberi khidmat tertentu bagi
membalas tenaga yang telah dikerahkanya itu.
Manakala upah setimpal merupakan situasi di mana suatu pekerjaan yang
dilakukan dan mendapat upah setelah diselesaikan pekerjaan tersebut.
6. HUKUM-HAKAM BERKAITAN UPAH
Terdapat tiga perkara penting yang perlu dibincangkan dari sudut hukum memberi
upah bagi sesetengah pekerjaan iaitu pekerjaan seperti mengajar Al-Quran, membaca Al-
Quran dan sebagai buruh.
6.1 Upah Mengajar Al Quran
Para ulama berselisih pendapat tentang boleh atau tidak mengambil upah sekiranya
mengajar Al-Quran. Sesetengah ulama berpendapat boleh mengambil upah dari pekerjaan
mengajar Al-Quran berdasarkan dalam Sahih Bukhari berikut :
“Yang paling berhak untuk kalian ambil upahnya adalah mengajar kitab
Namun, ada yang mengatakan bahawa jika ditentukan jumlah upah mengajar Al-
Quran tersebut, maka upah itu tidak dibolehkan. Abu Laits berkata dalam kitab “al Bustan”
Mengajar dilakukan dengan tiga bentuk iaitu pertama, dengan tujuan untuk beribadah saja
38 Yusuf Al-Sabatin, 2009. Bisnes Islam & Kritik Atas Praktis Ala Kapitalis, Al-Azhar Press, h. 336.39 Surah Al-Baqarah : 233.
[16]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
dan tidak mengambil upah; kedua, mengajar dengan mengambil upah dan ketiga, mengajar
tanpa syarat, dan jika ia diberikan hadiah ia menerimanya. Bentuk yang pertama adalah
ibadah dan mendapat pahala daripada Allah S.W.T. Ia dipersetujui kerana merupakan amal
para Nabi. Bentuk yang kedua dinafikan oleh sebahagian ulama dengan mengatakan tidak
setelah mengambil kira sabda Rasulullah S.W.T. :
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”.
Sementara sebahagian ulama lain membolehkannya. Mereka berkata yang paling
utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan
mengajar. Namun, jika ia menentukan bayaran itu maka tidak dilarang kerana ia
memerlukanya (kemaslahatan). Sementara bentuk yang ketiga dibolehkan oleh seluruh
ulama kerana Nabi S.A.W. adalah pengajar manusia dan beliau menerima hadiah mereka.
Demikianlah peristiwa seseorang yang disengat haiwan berbisa, kemudian dibacakan surah
Al-Fatihah oleh sebahagian sahabat, dan seorang itu selanjutnya memberikan hadiah
beberapa ekor kambing atas perbuatan sahabat itu. Setelah mengetahui itu, Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda :
“Berikanlah aku bahagian dari hadiah itu”.
Selain itu, peristiwa di mana Rasulullah S.A.W membolehkan pengajaran itu
dijadikan sebagai mas kahwin bagi seorang wanita. Ketika itu, Nabi Muhammad SAW
memerintahkan sahabat itu untuk mencari sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin bagi
sahabat itu biarpun hanya sebentuk cincin dari bes. Kemudian Rasulullah S.A.W.
menanyakan surah apa yang boleh dibacakannya. Lalu sahabat tadi memberitahu ada
beberapa surah yang telah dihafaznya. Seterusnya, Rasulullah S.A.W. bersabda kepada
sahabat itu :
“Pergilah aku telah sahkan perkawinanmu,
Mas kawin mengajar Al Quran yang
Engkau hafaz’’ Ertinya dengan pengajaran
Al Quran yang engkau lakukan kepada wanita itu”.
[17]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Pengambilan upah seperti mengajar al-Quran , ilmu agama, muazzin dan
sebagainya adalah dibenarkan berdasarkan apa yang difatwakan oleh “Majma’ al-Fiqh al-
Islami” iaitu jika tidak mengambil upah, nescaya meraka tidak akan mempunyai sumber
untuk menyara kehidupan mereka. Bagi menjaga kesinambungan agama islam, para ulama
Mazhab Hanafi telah membenarkan golongan ini mengambil upah. Para ulama daripada
pelbagai mazhab juga telah mengambil pendapat ini demi menjaga kemaslahatan agama.
Sehubungan dengan itu, seseorang boleh mengupah tenaga pengajar untuk
mengajar anak-anaknya atau orang yang dikehendaki mendapat pengajaran. Pengajaran ini
merupakan manfaat atau jasa yang diharuskan. Justeru, mengambil upah diatas khidmat
pengajaran itu adalah dibolehkan bahkan mengambil upah atas pengajaran agama adalah
sesuatu yang utama. Hadith-hadith Nabi S.A.W. semuanya difahami sebagai larangan
untuk mengambil upah atas pengajaran al-Quran bukannya larangan memperkejakan
seseorang untuk mengajarkan al-Quran.40
6.2 Upah Membaca Al-Quran
Sementara membaca Al-Quran tidak dibenarkan untuk meminta upah, kerana
hukum asal dalam membacanya adalah ibadah. Manakala dasar bagi seorang yang
beribadah adalah melakukannya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan bagi
memperoleh pahala daripada Allah S.W.T. bukannya meminta upah itu sebagai balasan ke
atas bacaan Al-Quran tersebut. Walaubagaimanapun, apabila pembaca Al-Quran diberikan
sesuatu sedekah atau pemberian, maka tidak mengapa jika ia menerimanya. Sebagaimana
hadith berikut41 :
Dari Abdurrahman Bin Syibl Al-Anshari R.A. ia berkata :
“Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
Hendaklah kalian membaca Al-Quran,
namun janganlah kamu makan dengan
(upah membacanya)nya, jangan pula
memperbanyak (harta) dengannya,
jangan kamu berpaling darinya dan jangan (pula)
kalian berkelebihan dalam menyikapinya”.
6.3 Upah Buruh
40 Yusuf Al-Sabatin, 2009. Bisnes Islam & Kritik Atas Praktis Ala Kapitalis, Al-Azhar Press, h. 330-331.
41 Shahih : Shahihah dan ‘Aunul Ma’bud.
[18]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Buruh merupakan keupayaan fizikal atau mental atau kedua-duanya yang manusia
sumbangkan kepada proses pengeluaran. Tenaga buruh adalah satu komponen sumber
manusia yang menjadi input dalam penghasilan produk dan perkhidmatan. Upah berbentuk
wang ringgit diberikan kepada buruh yang merupakan tenaga kerja sebagai ganjaran
kepada sumbangan keupayaan fizikal dan mental mereka. Dewasa ini, pendapatan upah
adalah komponen terbesar sumber pendapatan penduduk sesebuah negara. Penentuan
kuantiti dan kualiti buruh serta kadar upah di sebuah negara bukan sahaja dipengaruhi oleh
sistem nilai yang wujud dalam masyarakat serta pengalaman sejarah yang dilalui oleh
negara tersebut malah kebanyakan negara kini cenderung untuk mengiktiraf dan
bergantung kepada institusi pasaran bagi mengatur penggunaan buruh dan kaedah
pemberian ganjaran, apatah lagi sistem nilai masyarakat dan pengalaman sejarah masing-
masing telah membezakan bentuk dan struktur pasar buruh di negara-negara tersebut.42
Surtahman Kastin dan Abd Ghafar (2001) telah mengupas konsep buruh dan
persoalan penentuan upah mengikut pandangan Islam yang mana konsep buruh adalah
sesuai dengan konsep manusia sebagai khalifah Allah S.W.T. tidak seperti konsep buruh
yang diamalkan dalam ilmu ekonomi konvensional yang mana mengkategorikan buruh
sebagai input pengeluaran dan sering kali mempersoalkan masalah lebihan penduduk dan
lebihan buruh. Negara yang mengamalkan sistem ekonomi Islam berpegang kepada prinsip
manusia diberi dan ditetapkan rezekinya maka masalah lebihan penduduk dan lebihan
buruh tidak akan timbul.43
Dari sudut penentuan upah pula, Islam menghendaki supaya upah dibayar setimpal
dengan bidang kerja dan berasaskan kualiti buruh serta perlu melebihi keperluan bagi
menampung perbelanjaan kehidupan diri dan ahli keluarga.44
6.4 Pekerjaan Yang Dilarang Mengambil Upahnya Sebagai Mata Pencarian
42 Mansor Jusoh & Nor Ghani Md. Nor, 2005. Islamiyyat 27(1), Tenaga Buruh dan dalam Islam : Satu
Pandangan Alternatif, Selangor : UKM, h. 67-79.43 Surtahman Kastin Hassan & Adbdul Ghaffar Ismail, 2001. Tenaga Buruh & Upah Dalam Islam , Jurnal
Islamiyyat, 22 : 3.12.44 Ibid, 22 : 3.12.
[19]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Islam telah menggariskan larangan mengambil upah daripada pekerjaan yang
dilarang sebagai mata pencarian antaranya :
i. Perkhidmatan yang diupah tidak dibenarkan ke atas perkara yang tidak
dihalalkan syarak seperti upah untuk mengajar ilmu sihir, mengupah orang untuk
membunuh, menjadikan wanita melakukan pelacuran. Larangan upah ke atas
Maksudnya :
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin,
hendak mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi
kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya dan hamba-hamba
kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat
perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu),
hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika
kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka
(yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka
dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu.
[20]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan
kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya,
kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia.
Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah
– sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka –
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.45
ii. Perkhidmatan yang diupah kepada orang lain untuk dilakukan bukanlah satu
pekerjaan atau perbuatan yang menjadi Fardhu Ain kepada pengupah. Sebagai
contoh, mengupah seseorang lain untuk mendirikan solat bagi diri pengupah.
6.5 Penetapan Kadar Upah
Berikut adalah beberapa maklumat penting berkaitan penetapan kadar upah. Upah
adalah satu elemen yang penting dalam sesebuah kontrak perkhidmatan dan pembayaran
upah merupakan hasil daripada hubungan kontraktual antara majikan dengan pekerja
sebagai contoh upah dibayar oleh majikan kepada kerja menunjukkan wujudnya hubungan
kontrak tersebut. Kedua-dua pihak majikan dan pekerja bebas menetapkan jumlah upah
yang harus dibayar oleh majikan dan cara pembayaran upah itu dibuat; jika terdapatnya
perjanjian kolektif antara kesatuan majikan atau majikan dengan kesatuan sekerja
berhubung dengan perkara-perkara berkait dengan upah, maka biasanya majikan dan
pekerja akan mematuhi perjanjian tersebut sebagaimana Akta Pekerjaan di Malaysia, tidak
menetapkan jumlah minima atau maksima upah. Ia hanya memperuntukkan definisi, cara
pembayaran, potongan, sistem trak dan keutamaan upah sahaja. Akta Pekerjaan hanya
menetapkan syarat-syarat minima yang perlu dipatuhi oleh majikan. Ini bermakna majikan
bebas untuk menetapkan syarat-syarat lain dalam kontrak perkhidmatan. Asalkan syarta-
syarat itu tidak melanggar peruntukan akta tersebut, dan menguntungkan pekerja.46
Upah boleh dibayar oleh majikan kepada pekerja berdasarkan jam, hari, mingguan
atau bulanan (terpulanglah kepada persetujuan antara majikan dengan pekerja). Selain itu,
upah juga dibayar mengikut jumlah kerja yang dilakukan kadar ikut butir (piece-rate work).
Upah dibayar kepada pekerja kerana wujudnya hubungan kontrak majikan pekerja.
45 Surah An-Nur : 33.46 http://sarjana.tripod.com/undang1.html (Tarikh akses : 27/10/2013).
[21]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Ini bermakna jika majikan tidak dapat menyediakan apa-apa kerja atau tugas untuk
dilakukan 9oleh pekerja, majikan tetap bertanggungjawab untuk membayar upah kepada
pekerjanya. Segala syarat yang ditetapkan dalam akta ini hanya terpakai kepada pekerja
yang dilindungi oleh akta ini iaitu seperti yang berkenaan. Bagi pekerja yang tidak diliputi
oleh akta ini, syarat berhubung dengan upah adalah bergantung kepada terma perjanjian
yang dimasuki dengan majikan.47
Terdapat beberapa pembahagian upah antaranya upah harian, upah yang tetap
dan upah tidak tetap. Upah harian adalah upah yang dibayar oleh pemberi kerja kepada
pekerja yang telah melakukan pekerjaan yang dihitung secara harian atau berdasarkan
kehadiranya. Upah harian dibayar secara harian hanya kepada pekerja yang status
perjanjian kerjanya adalah secara harian. Manakala upah tetap atas sesuatu pekerjaan
yang dilakukanya secara konsisten. Upah tetap ini diterima secara tetap dan tidak
dikakaitkan dengan upah-upah sampingan lain seperti bonus, atau lain-lain. Secara
umumnya, upah tetap adalah bagi seseorang yang bekerja secara tetap. Upah tidak tetap
pula adalah upah yang diterima pekerja secara tidak sama atas suatu pekerjaan. Upah tidak
tetap ini adalah disebabkan pekerjaan yang dilakukan itu mungkin tidak sama kadar
khidmatnya yang mana sekiranya pekerja itu bekerja lebih masa, maka upahnya akan
menjadi bertambah daripada biasa. Walaubagaimanapun, pembahagian upah ini tidak
mempengaruhi kadar upah minimum yang telah ditetapkan.48
Majikan juga tidak boleh bersikap diskriminasi terhadap pembayaran upah seperti
memilih jantina iaitu sama ada pekerja lelaki atau perempuan untuk jenis pekerjaan yang
sama.49
47 Ibid, (Tarikh akses : 27/10/2013).48 Edytus Adisu, 2008. Hak Karyawan Atas Gaji Dan Pedoman Menghitun, Jakarta : Forumsahabat. h. 3.
49 Ibid, h. 4.
[22]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
6.6 Akibat Tidak Membayar Upah
Terdapat dalil daripada Hadith Rasulullah S.A.W. yang terkandung di dalamnya
akibat tidak membayar upah kepada buruh yang telah melakukan pekerjaan dengan
sempurna iaitu :
Dari Abu Hurairah R.A. dari Nabi Muhammad S.A.W.
baginda bersabda, “ Allah Ta’ala berfirman :
Ada tiga golongan yang pada hari kiamat (kelak)
Aku akan menjadi musuh mereka :
(pertama) seorang laki-laki yang mengucapkan
sumpah kerana Aku kemudian ia curang,
(kedua) seorang laki-laki yang menjual seorang
merdeka lalu dimakan harganya, dan (ketiga)
seorang laki-laki yang memperkerjakan seorang
buruh lalu sang buruh mengerjakan tugas
dengan sempurna, namun ia tidak memberi upahnya.”
(Hassan dan Fathul Bari)50
RUMUSAN
50 Hasan : Irwa-ul Ghalil No : 1489 & Fathul Bari IV No : 2227.
[23]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa konsep upah (Ujrah)
mempunyai hukum, rukun, syarat tertentu yang telah digariskan berlandaskan syariat
Islam dan perlu dipenuhi oleh pemberi upah serta penerima upah. Melalui kesepakatan
Jumhur Ulama, beberapa pandangan mereka telah menyumbang ke arah memperjelaskan
lagi konsep upah yang sebenar serta tidak menyalahi syariat Islam seterusnya menjadi
panduan kepada umat Islam. Mengikut Jumhur Ulama, rukun upah terdiri daripada
pengambil upah, pemberi upah, perkhidmatan, bayaran upah serta sighah. Manakala syarat
upah ialah upah hendaklah bernilai dari segi syara’; kadar upah hendaklah ditentukan dalam
akad; upah hendaklah diketahui dan tertentu; upah hendaklah sesuatu yang suci bukannya
dalam bentuk najis atau haram; akhir sekali hendaklah mengetahui apa upahnya dan
mengetahui bila pembayaran upah akan dibuat. Konsep penentuan upah dalam sistem
ekonomi Islam adalah cenderung kepada prinsip musyawarah antara majikan dengan
pekerja. Penentuan upah yang yang mengamalkan prinsip ini boleh difahamkan sebagai
proses tawar-menawar dalam pasaran buruh seterusnya sesuai diaplikasi dalam institusi
pasaran semasa. Upah dalam Islam juga hendaklah perlu melepasi keperluan asas
pekerja tersebut, konsisten dan boleh dilaksanakan secara integrasi dalam sistem
pasaran buruh. Islam tidak membenarkan upah berada di bawah tahap minimum yang
ditetapkan mengikut keperluan utama kumpulan pekerja dan Islam juga tidak membenarkan
kenaikan upah melebihi daripada sumbangannya terhadap pengeluaran atau sesuatu kerja
yang dilakukannya. Konsep upah yang disyariatkan dalam Islam secara amnya masih
dilaksanakan dalam sistem ekonomi Malaysia apabila melihat amalan memberi upah yang
setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan oleh tenaga kerja serta pekerjaan yang
mendapat upah itu tidak menyalahi perintah Allah S.W.T. Pekerjaan yang menyalahi
perintah Allah S.W.T. antaranya seperti pelacuran, menyihir orang lain dan mengedar
dadah.
BIBILIOGRAFI
[24]
PANDANGAN ULAMA MENGENAI KONSEP UPAH (UJRAH)
Al-Quran Al-Karim
Abdul Rahman Rukaini, 2001. Mu’amalat Teras Pembangunan Sosio-ekonomi. Johor :
Synergymate Sdn. Bhd.
Al-Mu’jam Al-Wasit, 1989. Istanbul : Dar Al-Dakwah.
Edytus Adisu, 2008. Hak Karyawan Atas Gaji & Pedoman Menghitung, Jakarta : Forum
Sahabat.
Isa Dhoifullah Al-Mansur, 2007. Nazhoriah Al-Irbah Fil Masorifa Al-Islamiah, Dar An-Nafais.
Kamus Dewan Keempat, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan pustaka.
Mansor Jusoh & Nor Ghani Md. Nor, 2005. Islamiyyat 27 (1), Tenaga Buruh dan dalam
Islam : Satu Pandangan Alternatif, Selangor : UKM.
Mohd Bakir Haji Mansor, 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam, Kuala
Lumpur : NIMB Institute of Research and Training (BIRT).
Nazih Hammad, 1993. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyah Fi Lughah Al-Fuqaha, Virgina,
Pandangan Alternatif, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharifah Faigah Syed Alwi, 2006. Pembiyaan Hutang Dalam Perbankan Islam, Selangor :
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Surtahman Kastin Hassan & Adbdul Ghaffar Ismail, 2001. Tenaga Buruh & Upah Dalam
Islam , Jurnal Islamiyyat.
Suzana Binti Jumani, 2002. Al-Ijarah : Amalannya di Bank Islam Malaysia (BIMB), Selangor :
Fakulti Pengajian Islam.
Yusuf Al-Sabatin, 2009. Bisnes Islam & Kritik Atas Praktis Ala Kapitalis, Al-Azhar Press.
http://sarjana.tripod.com/undang1.html (Tarikh akses : 27/10/2013).
[25]
Recommended