Pengurusan Harta Pusaka

  • View
    2.065

  • Download
    26

  • Category

    Law

Preview:

Citation preview

HARTA PUSAKA:HARTA PUSAKA:ISU-ISU SEMASA, ISU-ISU SEMASA,

PERANCANGAN DAN PERANCANGAN DAN PENYELESAIANPENYELESAIAN

OLEH :DR HAJI ABDUL AZIZ HASSAN

LL.B(Hons) (Buckingham) Barrister-At-Law (Lincoln’s Inn), DSLP (IIUM), IFP, CFP, RFP, MSc.MAP (UUM), DBA (UUM)

H/P : 012-303 5096 Email : dr.azizhassan@gmail.com

TOPIK – TOPIK TOPIK – TOPIK PEMBENTANGANPEMBENTANGAN

1. Isu-Isu Semasa Berkaitan Dengan

Penyelesaian Pusaka?

2. Apa Itu Harta Pusaka? Apa Itu “Harta

Puaka”?

3. Apa Matlamat Serta Kaedah

Perancangan Pusaka?

1. ISU-ISU SEMASA1. ISU-ISU SEMASA

2.2. APA ITU HARTA PUSAKA? APA ITU HARTA PUSAKA?

APA ITU “HARTA PUAKA”?APA ITU “HARTA PUAKA”?

Apa Itu Harta Pusaka?Apa Itu Harta Pusaka?Harta Pusaka adalah harta yang ditinggal

oleh si mati pada tarikh kematian.Ia merangkumi:- Semua harta atas nama Si mati Harta Si mati atas nama orang ketigaTetapi mesti ditolak, harta orang atas nama

Si mati.

Apa Itu “Harta Puaka”?Apa Itu “Harta Puaka”?Harta Puaka ialah harta pusaka yang

bermasalah:-

Yang tidak membawa berkat.

Membawa kepada pergaduhan dan

perselisihan keluarga.

Lebih baik ‘tidak ada’ daripada ‘ada’!

77 Sebab Mengapa Sebab MengapaHARTA PUSAKA Menjadi HARTA PUSAKA Menjadi

HARTA PUAKAHARTA PUAKA

1.1. Ramai umat Islam tidak faham Konsep Ramai umat Islam tidak faham Konsep Pemilikan Harta dalam IslamPemilikan Harta dalam Islam

Semua harta di dunia ini adalah milik Allah

swt.

Manusia hanya sebagai Pemegang Amanah.

Manusia akan disoal tentang harta yang

dipegangnya: bagaimana diperolehi,

bagaimana digunakan dan bagaimana

diagihkan selepas ketiadaannya.

2.2. Pewaris (orang yang akan meninggalkan Pewaris (orang yang akan meninggalkan pusaka) tak faham Hukum Faraidpusaka) tak faham Hukum Faraid

Hukum Faraid adalah Hukum Allah swt

yang telah ditetapkan ke atas harta orang

Islam apabila berlaku kematian ke atasnya.

Hukum Faraid telah termaktub di dalam

ayat 11, 12 dan 176 Surah An-Nisaa’.

3. Pewaris salah faham 3. Pewaris salah faham konsep Wasiatkonsep Wasiat

Wasiat yang bercanggah dengan Wasiat yang bercanggah dengan Hukum FaraidHukum Faraid

Wasiat pesanan (selalunya secara

lisan).

‘Mengamanahkan’ seseorang yang

dipercayai untuk membuat

pembahagian harta mengikut hasratnya

yang jelas bercanggah dengan Hukum

Faraid.

4.4. Pewaris membuat Hibah Pewaris membuat Hibah yang tidak cukup syaratyang tidak cukup syarat

Hibah (Pemberian Semasa Hidup) Hibah (Pemberian Semasa Hidup) yang tidak jelas atau tidak cukup yang tidak jelas atau tidak cukup syaratsyarat

Di dalam kes pemberian tanah, apabila

terdapat hibah yang tidak tukar nama,

kemungkinan besar pemberian tersebut

akan dipertikaikan kerana bukan hanya

pindahmilik tidak dilakukan, kawalan ke

atas harta pun tidak dapat dibuktikan.

5.5. Pentadbir pusaka tidak Pentadbir pusaka tidak amanah, berkeupayaan amanah, berkeupayaan atau atau

tidak pro-aktif (bersungguh)tidak pro-aktif (bersungguh)

Masalah yang berkaitan dengan Masalah yang berkaitan dengan Pentadbir PusakaPentadbir Pusaka

Pentadbir Pusaka tidak amanah

Pentadbir Pusaka tidak pro-aktif

(tidak bersungguh)

Pentadbir Pusaka tidak

berkeupayaan

6.6. Waris (orang yang berhak Waris (orang yang berhak menerima pusaka) tidakmenerima pusaka) tidak

berkerjasamaberkerjasama

Masalah yang berkaitan dengan Masalah yang berkaitan dengan wariswaris

Waris terlalu sibuk

Waris tidak mahu harta pusaka dijual

7.7. Penama (Wasi) yang tidak Penama (Wasi) yang tidak amanah atau tidak tahu amanah atau tidak tahu Hukum/Fatwa PenamaHukum/Fatwa Penama

Masalah dengan isu PenamaMasalah dengan isu Penama

Penama tidak faham Hukum Faraid

Penama tidak amanah

Penama tidak tahu tentang Fatwa

Borang Penama

3.3. APA MATLAMAT APA MATLAMAT

PERANCANGAN PUSAKA?PERANCANGAN PUSAKA?

Matlamat Perancangan PusakaMatlamat Perancangan PusakaMempercepatkan proses penyelesaian

pusaka.

Merancang agihan harta dan pembahagian harta mengikut Hukum Syara’ melalui dokumen seperti berikut:-a) Surat Wisoyahb) Surat Wasiyyahc) Surat Harta Sepencariand) Surat Hibah

Tanggungan ke atas Harta Pusaka Tanggungan ke atas Harta Pusaka sebelum pembahagian mengikut sebelum pembahagian mengikut Hukum FaraidHukum Faraid

BELANJA PENGKEBUMIA

N HUTANG

TANGGUNGAN HARTA SEPENCARIAN HIBAH YANG CUKUP SYARAT TAPI TIDAK DILAKSANAKAN WASIYYAH

BAKI, MENGIKUT

FARAID

Peranan Dokumen Wisoyah,

Wasiyyah, Harta Sepencarian dan

Hibah

Surat Wisoyah ialah dokumen penyelesai pusaka berbentuk PENGAMANAHAN kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat pewaris selama mana ia tidak bercanggah dengan Hukum Syarak, termasuklah melaksanakan mana-mana strategi perancangan pusaka yang menjadi pilihan pewaris.

Dalam konteks pentadbiran pusaka Islam di Malaysia, Surat Wisoyah boleh disamakan dengan Wasiat Pentadbiran Pusaka yang boleh digunakan untuk memperolehi Suratkuasa Probet di Mahkamah Tinggi atau di Pejabat Pusaka Kecil. Ini menjadikan proses agihan pusaka lebih cepat dan mudah.

APAKAH SURAT WISOYAH?

1. Hadith yang diriwayatkan oleh Sufyan Bin U’yaynah daripada Hisyam Bin U’rwah berkata :-

“Terdapat tujuh (7) orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w antaranya Saidina Uthman, Al-Miqdad dan Abdul Rahman Bin ‘Auf telah membuat wisoyah iaitu dengan melantik Zubir untuk menjaga harta mereka dan memberi nafkah kepada anak-anak mereka (menjaga kebajikan anak-anak mereka)”.

2. Diriwayatkan oleh Baihaqi dengan Isnad Hassan bahawa Ibn Masu’d telah menulis wisoyahnya kepada Zubir dan anaknya Abdullah.

SUMBER HUKUM WISOYAH

3. Rasulullah s.a.w ketika mengamanahkan kepada Zaid sebagai ketua peperangan telah bersabda:“Jika syahid Zaid, maka gantinya Ja’far. Jika syahid Ja’far maka gantinya Abdullah Ibn Rawahah”.

4. Para ulama’ telah sependapat bahawa hukum Wisoyah adalah sunat muakkad (digalakkan) dan konsep pengamanahan ini boleh digunapakai di dalam segala bentuk pengamanahan terutamanya pengurusan pusaka termasuklah melunaskan hutang-piutang, melaksanakan wasiat dan mengurus harta anak-anak demi kebajikan mereka.

1) Pemberi amanah (Pewaris)

2) Penerima amanah (Wasi)

3) Barang yang diamanahkan

4) Sighah (Ijab dan Qabul)

RUKUN WISOYAH

Wasi (pentadbir pusaka) adalah individu atau syarikat pengamanahan yang dilantik oleh Pewaris yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala hasrat dan arahan amanah yang telah diberi oleh Pewaris serta untuk mentadbir pusaka Pewaris.

DEFINISI WASI

TANGGUNGJAWAB WASI

Wasi bertanggungjawab untuk melaksanakan segala

hasrat dan arahan amanah yang telah diberi oleh

pewaris serta untuk mentadbir pusaka pewaris.

• Amanah

• Bertanggungjawab

• Pro-aktif

• Berkesanggupan

KRITERIA WASI

1. Surat Wasiyyah ialah dokumen perancangan pusaka berbentuk PEMBERIAN SELEPAS KEMATIAN yang menyatakan hasrat Pemberi Wasiyyah untuk menyumbang tidak lebih dari 1/3 hartanya kepada bukan waris, badan-badan kebajikan atau waris yang terhalang dari mendapat harta pusaka.

2. Pemberian wasiyyah adalah suatu amal kebajikan yang berkekalan pahalanya selepas kematian.

APAKAH SURAT WASIYYAH?

1. Wasiyyah adalah wajib berdasarkan Ayat 180 Surah Al-Baqarah. Namun selepas turunnya ayat Mawarith iaitu Ayat 11, 12 dan 176 Surah An-Nisa’, Wasiyyah adalah Sunat Muakkad yang amat digalakkan dalam Islam dan telah menjadi amalan oleh kebanyakan para sahabat.

2. Ayat 180 Surah Al-Baqarah yang bermaksud :“Diwajibkan ke atas kamu apabila seorang antara kamu kedatangan (tanda-tanda mati) jika ada meninggalkan harta (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan keluarganya yang dekat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertaqwa”.

SUMBER HUKUM WASIYYAH

3. Hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Bahawa tidak patut bagi seorang Muslim yang mempunyai harta yang hendak diwasiatkan, kemudian dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu ada tertulis di sisinya”.

4. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) No. 4, 1999.

SUMBER HUKUM WASIYYAH

• Beramal jariah melalui Wasiyyah.

• Pemberian kepada anak angkat / anak tiri / anak tak sah taraf.

• Pembelaan kepada waris yang terhalang daripada mendapat pusaka.

• Wasiyyah anda diiktiraf oleh syariat.

KELEBIHAN MENULIS SURAT WASIYYAH

•Surat Harta Sepencarian adalah satu dokumen pengisytiharan kadar harta sepencarian oleh suami atau isteri ke atas pasangannya merujuk kepada tahap sumbangan yang telah diberikan ke atas perolehan harta tersebut.

•Ia juga adalah sebagai satu bentuk penghargaan dan kasih sayang dengan cara mengiktiraf sumbangan suami isteri melalui pengisytiharan bertulis supaya sumbangan tersebut boleh dibuktikan semasa pembahagian harta pusaka dibuat.

APAKAH SURAT HARTA SEPENCARIAN?

Di Malaysia, Harta Sepencarian telah diiktiraf oleh undang-undang Negara dan diletakkan di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Contohnya di Wilayah Persekutuan, peruntukan berkenaan Harta Sepencarian adalah di bawah Seksyen 58(1) hingga (5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan, 1984. Kini peruntukan berkenaan Harta Sepencarian telah dinyatakan dalam kesemua Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri walaupun pada asasnya Harta Sepencarian hanyalah amalan kelaziman dan kebiasaan masyarakat yang tidak bercanggah dengan hukum Syara’.

SUMBER HUKUM SURAT HARTA SEPENCARIAN

1. Boleh digunakan sebagai bukti semasa tuntutan di Mahkamah. Namun demikian, jikalau waris menerima Surat Harta Sepencarian sebagai sahih, maka tuntutan di Mahkamah Syariah tidak perlu.

2. Mempercepat proses pembahagian harta pusaka.

3. Menjimatkan kos dan masa.

4. Mengelak persengketaan keluarga.

KELEBIHAN MENULIS SURAT HARTA SEPENCARIAN

• Surat Hibah adalah satu dokumen yang menyatakan pemberian pihak Pemberi Hibah ke atas sebahagian atau keseluruhan hartanya kepada ahli waris atau bukan waris berlandaskan prinsip yang dibenarkan Hukum Syara’.

• Pemegang amanah boleh di kalangan individu sama ada waris atau bukan waris.

• Sekiranya Pemberi Hibah adalah bapa / datuk kepada Penerima Hibah maka Hibah tersebut boleh ditarik balik.

PENGERTIAN SURAT HIBAH

1. Dari segi Syara’, Hibah adalah sunat kerana ia merupakan asas-asas kebajikan dalam Islam sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah Ayat 177 antaranya ialah dengan mendermakan harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan.

2. Galakan untuk melakukan Hibah disebutkan dalam Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang.”

SUMBER HUKUM HIBAH

1. Perancangan pusaka menurut kehendak Pemberi Hibah berdasarkan konsep keadilan yang selaras dengan Syari’at Islam.

2. Surat Hibah menjadi bukti bertulis bahawa pemberian (Hibah) oleh Pemberi Hibah telah sempurna syarat-syaratnya. Maka, wasi yang dilantik akan menyempurnakan Hibah sebelum membuat agihan pusaka.

3. Mengelak persengketaan ahli waris.

4. Melindungi ahli waris yang lebih memerlukan / kurang upaya.

5. Pemberian (sedekah / hadiah) kepada mana-mana badan / individu selain waris.

KELEBIHAN MENULIS SURAT HIBAH

a. Penghibah

b. Penerima hibah

c. Barang yang dihibah

d. Sighah ( Ijab dan Qabul ) iaitu lafaz

menghibah dan menerima hibah

e. Pemberian milik

f. Penerimaan milik

RUKUN HIBAH

PENUTUP

Rancanglah agihan harta pusaka untuk orang yang tersayang, asalkan ianya tidak melanggar hukum Syarak. Namun Allah swt juuga adalah perancang terbaik dan mengetahui segala- galanya.

Wallahualam.

TERIMA KASIHDR HJ ABDUL AZIZ BIN HASSAN

LL.B(Hons) (Buckingham) Barrister-At-Law (Lincoln’s Inn), DSLP (IIUM), IFP, CFP, RFP, MSc.MAP (UUM), DBA (UUM)

H/P : 012-303 5096 Email : dr.azizhassan@gmail.com

Recommended