35
GARIS PANDUAN UNTUK URUSAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Oktober 2006

Garis panduan tamat kontrak 290906

  • Upload
    zam-scar

  • View
    1.886

  • Download
    14

Embed Size (px)

DESCRIPTION

admin&office guide

Citation preview

Page 1: Garis panduan tamat kontrak 290906

GARIS PANDUAN UNTUK URUSAN

PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia

Oktober 2006

Page 2: Garis panduan tamat kontrak 290906

GARIS PANDUAN UNTUK URUSAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

1.0 Pendahuluan

Garis panduan ini bertujuan untuk memperkemaskan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap kontraktor yang akan/sedang/telah diambil tindakan berhubung penamatan pengambilan kerja kontraktor. Garis panduan ini meliputi peringkat menyediakan surat amaran kepada kontraktor yang berkenaan sehinggalah peringkat menyediakan perakuan muktamad bagi kontrak yang telah ditamatkan pengambilan kerja kontraktor. Walau bagaimanapun, proses mempelawa semula tender tidak dibentangkan memandangkan ia membabitkan kontraktor yang selain dari kontraktor yang akan, sedang atau telah diambil tindakan.

2.0 Ringkasan Skop Garis Panduan

Garis panduan ini akan dibahagikan kepada tiga seksyen seperti berikut: 2.1 Seksyen A

Tindakan apabila kontraktor mungkir di bawah Fasal 51(a) syarat-syarat kontrak.

2.2 Seksyen B

Tindakan yang perlu diambil selepas kontrak dimansuhkan. 2.3 Seksyen C

Penyediaan perakuan muktamad kontrak yang ditamatkan pengambilan kerja kontraktor.

3.0 Pemakaian Garis panduan ini disediakan untuk projek berasaskan Borang Syarat- syarat Kontrak siri 203. Walau bagaimanapun garis panduan ini boleh digunapakai bagi projek berasaskan kontrak Reka dan Bina dengan membuat pengubahsuaian ke atas rujukan klausa-klausa, jawatan pegawai yang bertindak bagi pihak Kerajaan dan sebagainya.

Page 3: Garis panduan tamat kontrak 290906

A1/1

SEKSYEN A – TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR DI BAWAH FASAL 51(a) DI BAWAH SYARAT-SYARAT KONTRAK

1.0 Tindakan Apabila Kontraktor Mungkir

1.1 Sekiranya Kontraktor melakukan kemungkiran sepertimana terma yang dinyatakan dalam Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak, Pegawai Penguasa / Pengarah Projek (P.P.) adalah dinasihat untuk memulakan tindakan ke atas Kontraktor supaya penamatan ke atas sesuatu Kontrak dapat dibuat dalam tempoh yang sewajarnya tanpa perlanjutan kemungkiran di pihak Kontraktor.

1.2 Walau bagaimanapun, dalam semua keadaan, P.P. perlu berbincang

dengan Kontraktor mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh Kontraktor bagi menentukan samaada terdapat sebab-sebab yang munasabah atas kemungkiran Kontraktor sebelum tindakan penamatan diambil atau peluang lanjut diberikan.

1.3 Apabila kontraktor melakukan kemungkiran yang membolehkan tindakan

diambil untuk menamatkan kontrak, adalah wajar surat amaran dikeluarkan kepada kontraktor yang menyatakan bentuk kemungkiran yang dilakukan sejajar dengan peruntukan syarat-syarat kontrak. Contoh surat amaran yang boleh dijadikan panduan adalah seperti di Lampiran A.

1.4 Sekiranya kemungkiran berlarutan atau berulang, P.P. hendaklah

mengeluarkan Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor. Kandungan Notis hendaklah berpandukan kepada panduan untuk menyediakan draf Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor seperti di Lampiran B. Contoh Notis juga disertakan sebagai Lampiran B1.

1.5 Jika kemungkiran terus berlaku atau berulang, kontrak akan ditamatkan

melalui pengeluaran Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor. Jarak waktu antara Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor dan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor adalah dalam tempoh empat belas (14) hari atau tempoh yang munasabah. Kandungan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor boleh disediakan berdasarkan panduan seperti di Lampiran C. Contoh Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor disertakan sebagai Lampiran C1.

Page 4: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN A

CONTOH

SURAT AMARAN BAGI KEMUNGKIRAN KONTRAKTOR

________________________________________________________________ Nama dan Alamat Kontraktor. Pejabat dan Alamat JKR. Tarikh: AMARAN KEMUNGKIRAN KONTRAKTOR Nombor Kontrak:

Tajuk Kontrak : Jumlah Harga Kontrak: Tarikh Milik Tapak Bina: Tarikh Siap Kerja: Tajuk : ............................................................................................................ ......................................................................................................................... Dukacita diperhatikan bahawa tuan didapati tidak menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh dan kerja tuan dijangka tidak dapat disiapkan pada Tarikh Siap Kerja yang telah ditentukan pada ________________. Kerja tuan sepatutnya sudah _____% siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya _____%. Kegagalan tuan itu masih berulang sungguhpun tuan telah diberi amaran di Mesyuarat Tapak No. ______________ pada _____________. Tuan adalah dinasihatkan untuk meneruskan kerja serta menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh agar projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sila tuan berikan sebab-sebab yang munasabah mengapa perjalanan kerja telah tergantung serta masalah-masalah yang dihadapi dan tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

…2/-

Page 5: Garis panduan tamat kontrak 290906

- 2 - Sekiranya tuan gagal mematuhi perkara di atas, Pejabat ini akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan Syarat-syarat Kontrak. ...................................................... Pegawai Penguasa/Wakil Pegawai Penguasa s.k. Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. (u.p. Pengarah Cawangan _______________________) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Pusat Khidmat Kontraktor. Pemborong di atas berdaftar di dalam Kelas ___________. Pengurus, Bank/Syarikat Insurans. Surat Jaminan No.:______________________________ ada kaitan. (untuk jaminan bon pelaksanaan dan jaminan wang pendahuluan)

Page 6: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN B

PANDUAN UNTUK MENYEDIAKAN DRAF NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

A. Tajuk Notis NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN

PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR B. Butir-Butir Kontrak Nombor Kontrak:

____________________________ Tajuk Kerja:

____________________________ Harga Kontrak:

____________________________

Tarikh Milik Tapak Bina: ____________________________

Tarikh Siap Kerja (Asal /Terkini): ____________________________

Perkataan “NOTIS” digunakan di mana setelah keadaan kes telah diambilkira, keputusan telah diambil untuk menamatkan pengambilan kerja Kontraktor, dan surat tersebut sebagai amaran terakhir sebelum penamatan. Nyatakan dengan jelas nombor Kontrak, Tajuk Kerja, Harga Kontrak. Di mana nombor Kontrak tidak diketahui, ianya boleh dipotong. Di bawah ‘Tarikh Milik Tapak Bina’ dan ‘Tarikh Siap Kerja’, nyatakan Tarikh Milik Tapak dan Tarikh Siap Kerja atau tarikh lanjutan siap kerja yang terakhir.

Page 7: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (a) Para 1, ayat pertama Dukacita diperhatikan bahawa* ______________________________________ *i) tuan belum lagi memulakan kerja

sungguhpun tuan patut memulakannya pada tarikh milik tapak yang telahpun ditentu pada ___________ dan juga hingga hari ini tuan belum lagi mengemukakan nota-nota liputan berserta resit-resit premium bagi maksud polisi-polisi insurans sungguhpun tuan patut mengemukakannya sebelum memulakan kerja.

*ii) hingga hari ini tuan belum lagi

memulakan kerja sungguhpun tuan patut memulakannya pada tarikh milik tapak yang telahpun ditentukan pada _____________

*iii) tuan didapati tidak menjalankan kerja

dengan bersungguh-sungguh dan kerja tuan dijangka tidak akan dapat disiapkan pada Tarikh Siap Kerja yang telah ditentukan pada _____________. Kerja tuan sepatutnya sudah ______% siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya _____%.

*iv) Kerja tuan telah terhenti sama

sekali tanpa apa-apa sebab sejak _____________________________ iaitu ______________ hari yang lalu.

*v) tuan didapati gagal melaksanakan

kerja mengikut kontrak ini atau berulang kali cuai menunaikan obligasi kontrak. Ini berlaku apabila tuan gagal_____________________

Nyatakan kegagalan Kontraktor yang sesuai. Enam kes kegagalan Kontraktor yang biasa diberikan di sini. Kegagalan-kegagalan Kontraktor yang lain seperti keengganan berkali-kali untuk mengalih kerja dan/atau bahan yang cacat jika berkenaan, perlu dinyatakan. Dalam (i), (ii), (iii) dan (iv) (bergantung atas mana yang berkenaan), perkara berikut mesti dinyatakan : (i) & (ii) – tarikh milik tapak (iii) – tarikh siap kerja atau tarikh

siap kerja dilanjutkan, peratus kerja yang Kontraktor sepatutnya telah disiapkan mengikut program asal atau yang telah disemak, dan peratus kerja sebenar yang telah disiapkan.

(iv) – tarikh Kontraktor

memberhentikan kerja-kerja dan bilangan hari kerja-kerja telah diberhentikan.

(v) – nyatakan kegagalan

kontraktor secara khusus dan dengan jelas.

Page 8: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (samb) (a) Para 1, ayat pertama (samb) Dukacita diperhatikan bahawa* ______________________________ *vi) tuan didapati mungkir atau

berulang kali cuai mematuhi notis bertulis daripada P.P. melalui surat _______ bertarikh ________ di mana tuan didapati gagal menukar dan mengganti apa-apa kerja yang cacat atau bahan atau barang-barang yang tidak sesuai. Kerja-kerja yang cacat / bahan-bahan dan / atau barang yang tidak sesuai adalah:

__________________________ __________________________ __________________________ (b) Para 1, ayat kedua Kegagalan tuan itu masih

berterusan/ berulang sungguhpun tuan telahpun diberi amaran* ___________________________ ___________________________ ___________________________

*i) di Mesyuarat Tapak No.:

______________________ pada __________________

*ii) melalui surat ____________

bertarikh _______________ *iii) di perjumpaan dengan

_______________________ pada __________________

(vi) – senaraikan kerja-kerja yang cacat / bahan-bahan dan / atau barang yang tidak sesuai yang dimaksudkan. Notis ini merupakan surat amaran terakhir sebelum penamatan. Ayat yang kedua ini adalah perlu kerana notis ini merupakan amaran terakhir kepada Kontraktor. Di mana Kontraktor terlebih dahulu telah diberi amaran, potong “berterusan” atau “berulang” di mana bersesuaian. Juga, nyatakan dengan jelas di mana, bagaimana dan bila Kontraktor telah terlebih dahulu diberi amaran. Di dalam (i), (ii) dan (iii), perkara berikut hendaklah dinyatakan : (i) – Nombor siri dan tarikh

mesyuarat tapak di mana Kontraktor telah diberi amaran,

(ii) – Jawatan pegawai yang

mengeluarkan, nombor rujukan dan tarikh pertemuan tersebut,

(iii) – Jawatan atau nama pegawai

yang menemui Kontraktor, dan tarikh pertemuan tersebut.

Di mana dua atau lebih dari (i), (ii) atau (iii) ada kaitan, perkataan “dan juga” hendaklah ditambah di mana sesuai.

Page 9: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (Samb.) (c) Para 2, ayat pertama Perlakuan tuan sedemikian

sangatlah mendukacitakan. Perlakuan tuan bukan sahaja akan/telah melewatkan penyiapkan kerja ini tetapi juga akan/telah mengakibatkan kesusahan kepada orang ramai.

(d) Para 3, ayat pertama Tuan adalah dikehendaki

*__________________________ __________________________

*i) mengemukakan nota-nota

liputan berserta resit-resit premium bagi maksud polisi-polisi insurans dan memulakan kerja,

*ii) memulakan kerja, *iii) menjalankan kerja tuan

dengan lebih cergas lagi, *iv) memulakan kerja tuan semula. *v) menjalankan kerja tuan

sejajar dengan obligasi kontrak ini.

*vi) membaiki semula kerja-kerja

cacat tersebut / menggantikan bahan / barangan yang tidak sesuai tersebut.

(e) Para 3, ayat kedua Sekiranya tuan gagal mematuhi

kehendak perenggan ini dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan Notis ini atau di dalam tempoh yang munasabah, pengambilan kerja tuan di bawah Kontrak ini akan ditamatkan sejajar dengan Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak.

Ayat ini adalah perlu untuk menarik perhatian Kontraktor terhadap tanggungjawabnya bukan sahaja kepada Jabatan Kerja Raya tetapi kepada orang ramai. Potong “akan” atau “telah” mengikut mana yang sesuai. Nyatakan kegagalan Kontraktor yang sesuai. Di mana Kontraktor gagal di dalam kes (i) dan (ii), tambah perkataan “dan juga” selepas (i).

Page 10: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (Samb.) (f) Para 4 Tuan adalah diingatkan iaitu

sekiranya pengambilan kerja tuan ditamatkan, kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 51(c ) Syarat-syarat Kontrak dan segala perbelanjaan berlebihan yang akan timbul hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh tuan.

D. Edaran Notis s.k. - Ketua Pengarah Kerja Raya, Malaysia, Ibu Pejabat J.K.R., Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

(U/P: Pengarah Cawangan ___________________________)

- Pengarah, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat J.K.R., Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. - Pengarah Kerja Raya,

J.K.R. Negeri ___________________________

*___________________________ - Jurutera Penguasa/Kanan, J.K.R. Unit _________________

* __________________________ Jurutera Kerja/Kanan, J.K.R. Daerah ______________ * _________________________

Notis tersebut hendaklah disalinkan kepada semua pegawai-pegawai JKR yang berkenaan. Potong mana yang tidak berkenaan. Masukkan perenggan (i) di bawah mana-mana pejabat JKR yang berkenaan yang mempunyai kedudukan yang terbaik untuk melapor iaitu pegawai yang sebenarnya membuat kerja pengawasan kerja, atau pegawai yang menerima Bon Pelaksanaan dan/atau polisi insurans.

* (i) Sila beritahu Pejabat ini sama ada kontraktor mematuhi kehendak perenggan tiga (3) di atas dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuan menerima surat ini.

Page 11: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

D. Edaran Notis (Samb.) s.k. - ** - Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. (u/p: Bahagian Pembangunan

Usahawan) - Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia ** - Pusat Khidmat Kontraktor Pengurus Bank/Syarikat Insurans Surat Jaminan

No.:__________________ ada kaitan.

- Juruukur Bahan _________ (JUB yang terlibat dalam projek).

Masukkan perenggan (ii) di bawah Pusat Khidmat Kontraktor dan BPU kerana pihak-pihak ini perlu dimaklumkan untuk membolehkan penyemakan semula dan tindakan tatatertib ke atas pendaftaran Kontraktor.

** (ii) Kontraktor di atas berdaftar di

dalam Kelas ____ .

Bank yang menjamin/syarikat insurans bagi bon pelaksanaan dan jaminan wang pendahuluan perlu dimaklum juga. Ia merupakan “hak”nya supaya dimaklumkan mengikut terma-terma gerenti. Nombor rujukan jaminan tersebut hendaklah dinyatakan dengan terang.

Page 12: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN B1

CONTOH NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Pejabat dan Alamat J.K.R. ____________________ Tarikh: ______________ Nama dan Alamat Kontraktor ________________________ ________________________

NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Nombor Kontrak : Tajuk Kontrak : Harga Kontrak : Tarikh Milik Tapak Bina : Tarikh Siap Kerja : Tajuk : ___________________________________________________________________ Dukacita diperhatikan bahawa tuan didapati tidak menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh dan kerja tuan dijangka tidak dapat disiapkan pada Tarikh Siap Kerja yang telah ditentukan pada ________________. Kerja tuan sepatutnya sudah _____% siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya _____% Kegagalan tuan itu masih berulang sungguhpun tuan telah diberi amaran di Mesyuarat Tapak No. ______________ pada _____________. 2. Perlakuan tuan sedemikian sangatlah mendukacitakan. Perlakuan tuan bukan sahaja akan melewatkan penyiapan kerja ini tetapi juga akan mengakibatkan kesusahan kepada orang ramai.

…2/-

Page 13: Garis panduan tamat kontrak 290906

- 2 - 3. Tuan adalah dikehendaki memulakan kerja tuan semula dan menjalankan kerja tuan dengan lebih cergas lagi. Sekiranya tuan gagal mematuhi kehendak perenggan ini dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan notis ini atau di dalam tempoh yang munasabah, pengambilan kerja tuan di bawah Kontrak ini akan ditamatkan sejajar dengan Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak. 4. Tuan adalah diingatkan iaitu sekiranya pengambilan kerja tuan ditamatkan, kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 51 (c) Syarat-syarat Kontrak dan segala perbelanjaan berlebihan yang akan timbul hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh tuan. _________________________________ Pegawai Yang Dinamakan Dalam Kontrak s.k. - Ketua Pengarah Kerja Raya, Malaysia, Ibu Pejabat J.K.R., Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. (U/P: Pengarah Cawangan ______________________)

- Pengarah, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan,

Ibu Pejabat J.K.R., Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.

- Jurutera Kerja Kanan, J.K.R. Daerah ____________________. Sila beritahu Pejabat ini samaada Kontraktor mematuhi kehendak perenggan tiga (3) di atas dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuan menerima surat ini. - Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya,

Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur. (U/P: Bahagian Pembangunan Usahawan)

- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia - Pusat Khidmat Kontraktor. Kontraktor di atas berdaftar di dalam Kelas _________. - Pengurus, Bank/Syarikat Insurans. Surat Jaminan No.: ____________________ ada kaitan.

- Juruukur Bahan ____________(JUB yang terlibat dalam projek).

Page 14: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN C

PANDUAN UNTUK MENYEDIAKAN DRAF NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

A. Tajuk Notis NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN

KERJA KONTRAKTOR B. Butir-Butir Kontrak Nombor Kontrak:

____________________________ Tajuk Kerja:

____________________________

Harga Kontrak: ____________________________

Tarikh Milik Tapak Bina: ____________________________

Tarikh Siap Kerja (Asal /Terkini): ____________________________

C. Kandungan Notis (a) Para 1

Surat kami _________________________

bertarikh __________ adalah dirujuk.

PERINGATAN Kandungan dan susunkata notis hendaklah merujuk kepada Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor yang telah dikeluarkan.

Nyatakan dengan jelas nombor Kontrak, Tajuk Kerja, Harga Kontrak. Di mana nombor Kontrak tidak diketahui, ianya boleh dipotong. Di bawah ‘Tarikh Milik Tapak Bina’ dan ‘Tarikh Siap Kerja’, nyatakan Tarikh Milik Tapak dan Tarikh Siap Kerja atau tarikh lanjutan siap kerja yang terakhir. Nyatakan rujukan dan tarikh Notis ntuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor.

Page 15: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (samb.) (b) Para 2, ayat pertama Dukacita diperhatikan bahawa *________________________________ *i) tuan masih belum lagi memulakan

kerja sungguhpun tuan patut memulakannya pada tarikh milik tapak yang telahpun ditentu pada ___________ dan juga hingga hari ini tuan belum lagi mengemukakan nota-nota liputan berserta resit-resit premium bagi maksud polisi-polisi insurans sungguhpun tuan patut mengemukakannya sebelum memulakan kerja.

*ii) hingga hari ini tuan masih belum lagi

memulakan kerja sungguhpun tuan patut memulakannya pada tarikh milik tapak yang telahpun ditentukan pada _____________

*iii) tuan masih didapati tidak

menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh dan kerja tuan dijangka tidak akan dapat disiapkan pada Tarikh Siap Kerja yang telah ditentukan pada _____________. Kerja tuan sepatutnya sudah ______% siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya _____%.

*iv) Kerja tuan masih terhenti sama

sekali tanpa apa-apa sebab sejak _____________________________ iaitu ____________ hari yang lalu.

*v) Tuan didapati masih gagal

melaksanakan kerja mengikut kontrak ini atau berulang kali cuai menunaikan obligasi kontrak. Ini berlaku apabila tuan gagal________________________

Nyatakan kegagalan kontraktor yang berterusan.

Page 16: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (samb) (b) Para 2, ayat pertama (samb) Dukacita diperhatikan bahawa* ______________________________ *vi) tuan didapati masih mungkir atau

berulang kali cuai mematuhi notis bertulis daripada P.P. melalui surat _______ bertarikh ________ di mana tuan didapati gagal menukar dan mengganti apa-apa kerja yang cacat atau bahan atau barang-barang yang tidak sesuai. Kerja-kerja yang cacat / bahan-bahan dan / atau barang yang tidak sesuai adalah:

__________________________ __________________________ __________________________ (c) Para 2, ayat kedua Kegagalan tuan itu masih

berterusan/ berulang sungguhpun tuan telahpun diberi Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor seperti yang tersebut di atas.

(d) Para 3 Maka sejajar dengan Fasal 51

Syarat-syarat Kontrak, pengambilan kerja tuan adalah dengan ini DITAMATKAN.

Page 17: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

C. Kandungan Notis (Samb.)

(e) Para 4

Tuan hendaklah dengan serta-merta memberhentikan semua pekerjaan di tempat Kerja, memindahkan kakitangan dan pekerja dari Tapak Bina dan menyerahkan pemilikan Tapak Bina itu dengan meninggalkan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, barang-barang dan bahan takpasang di Tapak Bina.

(f) Para 5 Kerja akan disiapkan sejajar

dengan Fasal 51 (c) Syarat-syarat Kontrak, dan tuan adalah dikehendaki menanggung segala perbelanjaan berlebihan yang akan timbul akibat dari penamatan pengambilan kerja tuan.

Page 18: Garis panduan tamat kontrak 290906

KANDUNGAN DAN SUSUNAN KATA

PANDUAN PENGGUNAAN

D. Edaran Notis s.k. - Ketua Pengarah Kerja Raya, Malaysia, Ibu Pejabat J.K.R., Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.

(U/P: Pengarah Cawangan _________________________)

- Pengarah, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat J.K.R., Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.

* _________________________ - Pengarah Kerja Raya, J.K.R. Negeri

_________________________ *_________________________ - Jurutera Penguasa/Kanan,

J.K.R. Unit _________________________

*_________________________ Jurutera Kerja/Kanan, J.K.R. Daerah

__________________________ *_________________________ - Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

(U/P: Bahagian Pembangunan Usahawan)

** __________________________ - Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia - Pusat Khidmat Kontraktor **___________________________ - Pengurus Bank/Syarikat Insurans Surat Jaminan No.

______________ ada kaitan.

- Juruukur Bahan _________ (JUB yang terlibat dalam projek).

Notis penamatan hendaklah disalinkan kepada semua pegawai-pegawai JKR yang berkenaan. Potong mana yang tidak berkenaan. Setelah penamatan pengambilan kerja kontraktor, tindakan seperti di (i), (ii) dan /atau (iii) diperlukan. Oleh itu, masukkan (i), (ii) dan /atau (iii) di bawah mana-mana pejabat JKR yang berkenaan. Pusat Khidmat Kontraktor juga perlu dimaklumkan untuk membolehkan penyemakan semula dan tindakan tatatertib ke atas pendaftaran Kontraktor. Oleh itu masukkan (iv) di bawah PKK dan nyatakan dengan jelas kelas pendaftaran Kontraktor. Bank /syarikat insurans yang menjamin perlu dimaklumkan juga. Nombor rujukan jaminan tersebut hendaklah dinyatakan dengan terang. *

(i) Sila ambil tindakan dengan segera untuk mempelawa tender semula.

(ii) Sila ambil tindakan utk menuntut

nilai bon pelaksanaan daripada Penjamin.

(iii) Sila ambil tindakan untuk

menuntut balik segala perbelanjaan tambahan daripada Kontraktor sejajar dengan Fasal 51 (c) Syarat-syarat Kontrak.

**

(iv) Kontraktor di atas berdaftar di dalam Kelas ____.

Page 19: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN C1 CONTOH

KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA

NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Rujukan………………………………………… Pejabat……………….…… …………………….………

...……….…..……………...

Tarikh ………………………… Kepada…………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. (Kontraktor)

Berdaftar dengan PKK dalam Kelas “……………….” Kontrak Untuk .……………………………..………………………………………………………... ………………………………………………………………………………………... Kontrak No……………………………… Harga Kontrak: RM…………………….. Tarikh Milik Tapak Bina: ……………… Tarikh Siap Kerja………………………..

Surat kami ________________ bertarikh ____________ adalah dirujuk. 2. Dukacita diperhatikan bahawa tuan masih didapati tidak menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh dan kerja tuan dijangka tidak dapat disiapkan pada Tarikh Siap Kerja yang telah ditentukan pada ________________. Kerja tuan sepatutnya sudah _____% siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya _____% Kegagalan tuan itu masih berulang sungguhpun tuan telah diberi Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor seperti yang tersebut di atas. 3. Maka sejajar dengan Fasal 51 Syarat-Syarat Kontrak, pengambilan kerja tuan adalah dengan ini DITAMATKAN.

…2/ -

Page 20: Garis panduan tamat kontrak 290906

- 2 - 4. Tuan hendaklah dengan serta-merta memberhentikan semua pekerjaan di tempat Kerja, memindahkan kakitangan dan pekerja dari Tapak Bina dan menyerahkan pemilikan Tapak Bina itu dengan meninggalkan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, barang-barang dan bahan takpasang di Tapak Bina. 5. Kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 51( c ) Syarat-Syarat Kontrak, dan tuan adalah dikehendaki menanggung segala perbelanjaan berlebihan yang akan timbul akibat dari penamatan pengambilan kerja tuan.

………………………………………………

Pegawai Yang Dinamakan Dalam Kontrak s.k. - Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Ibu Pejabat J.K.R., Jalan Sultan Salahuddin,

50582 Kuala Lumpur. (u.p.: Pengarah Cawangan _______________ )

- Pengarah Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat J.K.R.,

Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur.

- Pengarah Kerja Raya, } 1) Sila ambil tindakan dengan segera untuk

JKR Negeri _______. } mempelawa semula tender. } 2) Sila ambil tindakan untuk menuntut nilai Bon } Pelaksanaan daripada Penjamin.

- Jurutera Daerah, } 3) Sila ambil tindakan untuk menuntut balik segala JKR ____________ . } perbelanjaan tambahan daripada Kontraktor sejajar

} dengan Fasal 51(c) Syarat-syarat Kontrak. - Ketua Setiausaha, - Kontraktor di atas berdaftar di dalam Kelas ____.

Kementerian Kerja Raya, (u/p: Bahagian Pembangunan Usahawan) - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia - Pusat Khidmat Kontraktor - Kontraktor di atas berdaftar di dalam Kelas ____.

- Pengurus Bank/ Syarikat Kewangan / Syarikat Insurans.

Surat Jaminan No.: _________________________ ada kaitan.

- Juruukur Bahan ___________( JUB yang terlibat dalam projek).

_________________________________________________________ Catatan: Kandungan dan susunkata notis ini hendaklah merujuk kepada Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor yang telah dikeluarkan.

Page 21: Garis panduan tamat kontrak 290906

B1/2

SEKSYEN B – TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SELEPAS KONTRAK DIMANSUHKAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Tindakan tertentu hendaklah diambil apabila sesuatu kontrak dimansuhkan. Kerapkali tiada tindakan diambil untuk menuntut bon pelaksanaan daripada penjamin dalam tempoh masa kuatkuasanya jaminan tersebut. Rampasan terhadap Wang Jaminan Pelaksanaan hendaklah diambil sekiranya kontraktor menggunakan pilihan ini.

1.2 Kadangkala tuntutan terhadap kontraktor asal untuk mendapatkan

kembali perbelanjaan tambahan bagi menyiapkan projek yang terbengkalai itu tidak dibuat dalam tempoh masa yang sepatutnya.

1.3 Oleh yang demikian untuk mengelakkan atau mengurangkan

berlakunya perkara-perkara yang tersebut di atas, semua Pegawai Penguasa / Pengarah Projek (P.P.) hendaklah mengambil tindakan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan apabila sesuatu kontrak kerja dimansuhkan.

2.0 Tindakan Serta-merta Sebaik Sahaja Surat Pemansuhan Kontrak Dikeluarkan

2.1 Mengarah kontraktor berhenti kerja dan meninggalkan meninggalkan

semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, barang-barang dan bahan takpasang di Tapak Bina dengan serta-merta.

2.2 Tutup tapak bina dan dapatkan perkhidmatan Pengawal Keselamatan

24 jam sehingga tapak bina diserahkan kepada kontraktor baru, untuk memastikan tiada sesiapa pun dibenarkan masuk atau berada di tapak bina tanpa kebenaran P.P. dan tiada sesuatu apa jua pun dibawa keluar dari tapak bina tanpa kebenaran bertulis daripada P.P..

2.3 Rekodkan bilangan, jumlah, lokasi dan keadaan bangunan-bangunan

sementara, loji-loji, alat-alat jentera, peralatan binaan, bahan-bahan binaan dan barang-barang lain yang berada atau disimpan di dalam kawasan tapak bina dan buat pengukuran dan penilaian ke atas kerja setakat yang telah disiapkan. Wakil kontraktor hendaklah dijemput supaya menyaksikan pengambilan rekod dan pengukuran yang dibuat. Gambar foto yang menunjukkan keadaan kerja bangunan-bangunan sementara dan bahan-bahan binaan serta alat-alat yang ditinggalkan semasa kontrak dimansuhkan hendaklah diambil, untuk rujukan masa hadapan, jika perlu.

2.4 Keluarkan arahan kepada kontraktor untuk mengeluarkan semua loji,

peralatan dan barang-barang kepunyaan kontraktor di tapak bina.

Page 22: Garis panduan tamat kontrak 290906

B2/2

2.5 Pastikan keselamatan kerja-kerja yang belum siap seperti tetulang keluli yang belum dituang konkrit, disapu simen slurry untuk mengelakkannya dari berkarat, lubang-lubang penggalian yang dalam hendaklah dilitupi, ditimbus dan dilindungi bagi mengelakkan kecederaan dan pembiakan nyamuk.

2.6 Tulis surat secara A.T. Berdaftar kepada pihak bank, syarikat

kewangan atau syarikat insurans yang mengeluarkan Bon Pelaksanaan untuk menuntut bon pelaksanaan. Pastikan surat tuntutan dibuat dengan merujuk secara khusus kepada perkara-perkara berikut:

2.6.1 bahawa Kontraktor telah ditamatkan pengambilan kerjanya 2.6.2 Kerajaan dengan ini menuntut nilai Bon Pelaksanaan

sepenuhnya

Tuntutan ini hendaklah disegerakan dan dibuat tidak lewat dari dua (2) minggu dari tarikh penamatan sungguhpun tempoh kuatkuasa Bon Perlaksanaan hanya berakhir setahun selepas tarikh pemansuhan kontrak. Tindakan yang sama hendaklah juga diambil untuk menuntut sebarang baki bayaran balik wang pendahuluan yang belum diterima daripada penjamin bagi jaminan wang pendahuluan. Sekiranya bank, syarikat kewangan atau syarikat insurans tidak melunaskan bayaran jaminan di dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tuntutan, perkara tersebut hendaklah dirujuk dengan serta-merta kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Kerja Raya untuk tindakan selanjutnya.

2.7 Sekiranya WJP dipilih bagi menggantikan bon pelaksanaan, rampasan hendaklah dibuat oleh P.P. daripada akaun amanah dan dibayar kepada akaun hasil Kerajaan.

Page 23: Garis panduan tamat kontrak 290906

C1/5

SEKSYEN C – PENYEDIAAN PERAKUAN MUKTAMAD KONTRAK YANG DITAMATKAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

1.0 Pendahuluan

Seksyen ini bertujuan untuk memaklumkan dan memperjelaskan cara perkiraan yang terlibat dalam penyediaan Perakuan Muktamad bagi Kontrak yang ditamatkan pengambilan kerja kontraktor dan penggunaan borang Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor. Cara perkiraan akan mengambilkira situasi di mana kontraktor mengambil bon pelaksanaan dalam bentuk jaminan bank/insurans dan juga wang jaminan pelaksanaan.

2.0 Cara Perlaksanaan 2.1 Penyediaan Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor

2.1.1 Sebaik sahaja taksiran yang semunasabahnya ke atas kos penyiapan muktamad yang akan ditanggung oleh Kerajaan dapat ditentukan, Pegawai Penguasa hendaklah menyediakan perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor dalam format seperti di Lampiran D. Lazimnya ianya disediakan apabila kontrak untuk menyiapkan kerja yang ketinggalan diawadkan kepada kontraktor baru tanpa menunggu Kerja disiapkan.

2.1.2 Mengikut Syarat-syarat Kontrak JKR 203 & 203A semakan 10/83, Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor menunjukkan antara lain :

(a) Kos Penyiapan.

Kos ini meliputi :-

i) Jumlah bayaran wang pendahuluan;

ii) Jumlah bayaran interim yang telah dibayar kepada kontraktor asal;

iii) Jumlah bayaran yang kena dibayar kepada subkontraktor, pembekal, dsb.;

iv) Jumlah Harga Kontrak Baru;

v) Kos mempelawa semula tender;

vi) Kos kerugian kepada Kerajaan;

vii) Caj 'on-cost'.

Page 24: Garis panduan tamat kontrak 290906

C2/5

(b) Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras.

Ini meliputi :-

i) Jumlah Harga Kontrak Asal;

ii) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak Asal;

iii) Potongan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan, yang dikenakan terhadap Kontraktor Asal;

iv) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam Kontrak.

2.2 Kiraan Butiran-butiran Dalam Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor

2.2.1 Jumlah bayaran wang pendahuluan.

Bayaran ini meliputi jumlah bayaran wang pendahuluan yang telah dibayar kepada kontraktor.

2.2.2 Jumlah bayaran interim.

Bayaran ini meliputi semua bayaran interim yang telah dibayar kepada Kontraktor Asal berdasarkan Fasal 47 Syarat~syarat Kontrak. Bagi kontraktor yang memilih wang jaminan pelaksanaan, jumlah bayaran interim tidak termasuk jumlah wang jaminan pelaksanaan yang telah ditahan.

2.2.3 Jumlah bayaran yang kena dibayar kepada subkontraktor, dsb.

Bayaran ini meliputi semua bayaran yang telah sebenarnya dibayar kepada subkontraktor atau pembekal berdasarkan Fasal 51(c) (iii).

2.2.4 Jumlah Harga Kontrak Baru.

Ini adalah bayaran yang kena dibayar kepada Kontraktor baru atau orang lain untuk menyiapkan Kerja yang tertinggal. Sekiranya skop Kerja yang perlu disiapkan oleh kontraktor baru atau orang lain berbeza dari skop kerja yang asal, (akibat dari tambahan atau kurangan ke atas skop kerja yang asal) pelarasan ke atas Jumlah Harga Kontrak Baru perlu dibuat terlebih dahulu. Dalam keadaan ini, Jumlah Harga Kontrak Baru yang telah dilaras ini hendaklah digunakan dalam kiraan.

Page 25: Garis panduan tamat kontrak 290906

C3/5

2.2.5 Kos Mempelawa Semula Tender.

Ini meliputi semua kos yang terlibat dalam proses mempelawa tender seperti kos bagi penyediaan semula dokumen tender, bayaran yuran perunding bagi penyediaan dokumen tender, mengiklan semula tender, mengadakan penjagaan di tapak bina dan lain-lain.

2.2.6 Kos Kerugian Kerajaan.

a) Kos Kerugian Kerajan adalah kos kerugian yang

ditanggung oleh Kerajaan akibat projek tidak disiapkan dalam waktu yang ditetapkan dan meliputi kos pengawasan ke atas Kerja yang perlu disiapkan.

b) Penasihat Undang-undang Kementerian Kerja Raya telah

menasihatkan bahawa kadar Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan yang terkandung di dalam Kontrak Asal hendaklah digunakan sebagai kadar kos kerugian Kerajaan bagi sehari atau seminggu atau sebulan (bergantung kepada ketetapan da1am Kontrak berkaitan).

c) Cara kiraan jika tarikh penamatan pengambilan kerja

kontraktor adalah selepas tarikh siap asal kontrak atau tarikh akhir lanjutan masa yang diluluskan ialah:

i) Kadar kos kerugian ini hendaklah didarab dengan

jumlah hari yang terlibat dari sehari selepas tarikh penamatan pengambilan kerja kontraktor sehingga ke tarikh siap kerja asal oleh kontraktor baru. Jumlah hari yang terlibat ini meliputi tempoh mempelawa semula tender campur (+) tempoh siap asal kontrak baru. Lazimnya tempoh maksimum yang diperlukan bagi pelawaan semula tender ialah seratus dua puluh (120) hari.

(ii) Tempoh seratus dua puluh (120) hari telah ditetapkan sebagai tempoh munasabah maksimum yang diperlukan bagi pelawaan semula tender, bermula dari sehari selepas tarikh penamatan pengambilan kerja kontraktor sehingga tarikh milik tapak kontrak baru. Sekiranya tempoh mempelawa semula tender kurang dari tempoh maksimum yang ditetapkan, maka bilangan hari sebenar yang terlibat hendaklah digunakan dalam kiraan kos kerugian Kerajaan. Sebaliknya jika tempoh mempelawa semula tender melebihi tempoh maksimum seratus dua puluh (120) hari, tempoh maksimum seratus dua puluh (120) hari hendaklah digunakan dalam kiraan kos kerugian Kerajaan.

Page 26: Garis panduan tamat kontrak 290906

C4/5

d) Cara kiraan jika tarikh penamatan pengambilan kerja kontraktor adalah sebelum tarikh siap asal kontrak atau tarikh akhir lanjutan masa yang diluluskan ialah:

(i) Kadar Kos Kerugian Kerajaan (seperti yang

diterangkan dalam perenggan 2.2.6 b) hendaklah didarab dengan jumlah bilangan hari yang terlibat bermula dari sehari selepas tarikh siap asal kontrak atau tarikh akhir lanjutan masa yang diluluskan sehingga ke tarikh siap asal kontrak oleh kontraktor baru.

(ii) Semakan hendaklah dibuat samada tempoh

mempelawa tender melebihi tempoh maksimum satu ratus dua puloh (120) hari yang telah ditetapkan sebagai tempoh maksimum yang diperlukan bagi pelawaan tender. Tempoh ini hendaklah dikira seperti yang dinyatakan dalam perenggan 2.2.6 c) ii) di atas.

(iii) Sekiranya tempoh mempelawa tender melebihi

tempuh maksimum, maka bilangan hari yang melebihi tempoh maksimum hendaklah dikeluarkan dari jumlah hari yang terlibat dalam kiraan Kos Kerugian Kerajaan yang dinyatakan dalam perenggan 2.2.6 d) (i) di atas.

e) Contoh-contoh pengisian Perakuan Muktamad dan kiraan

Kos Kerugian Kerajaan bagi kontrak di mana tarikh penamatan pengambilan kerja kontraktor adalah selepas dan sebelum tarikh siap asal kontrak atau sebarang tempuh lanjutan yang diluluskan diberikan dalam Lampiran E.

2.2.7 Caj ‘On-Cost'

Caj 'on-cost' dikenakan ke atas kontraktor bagi maksud membayar balik kos pentadbiran yang ditanggung oleh Kerajaan kerana mempelawa semula tender. Nilai caj yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan ialah 10% daripada Jumlah Harga Kontrak Baru atau jumlah kos yang dibayar kepada kontraktor baru atau orang lain untuk menyiapkan kerja yang tertinggal.

2.2.8 Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras

Ini adalah bayaran yang akan dibuat kepada kontraktor seandainya pengambilan kerja kontraktor tidak ditamatkan. Bagi menentukan Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak Asal seperti di butiran 2.1.2(b), perkara-perkara berikut hendaklah diambilkira :

Page 27: Garis panduan tamat kontrak 290906

C5/5

(a) Semua Arahan Perubahan Kerja (APK) yang dikeluarkan kepada Kontraktor sebelum pengambilan kerjanya ditamatkan, tidak kira samada APK berkenaan telah dilaksanakan atau tidak.

(b) Jumlah Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan yang dikenakan ke atas kontraktor berdasarkan tempoh dan kadar Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan. Jumlah ini hendaklah dipotong dalam pengiraan.

(c) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam kontrak

yang mengakibatkan pelarasan Jumlah Harga Kontrak Asal seandainya pengambilan kerja Kontraktor tidak ditamatkan.

2.3 Tindakan Dan Peraturan Menyelesaikan Akaun Dengan Kontraktor Asal 2.3.1 Sekiranya didapati Kos Penyiapan melebihi Harga Kontrak Asal

Terlaras, Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan Pengambilan Kerja Kontraktor hendaklah dikeluarkan kepada Kontraktor berserta dengan satu surat tuntutan terhadapnya untuk membayar kepada Kerajaan perbezaan tersebut yang merupakan jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan.

2.3.2 Surat tuntutan tersebut hendaklah dihantarkan secara A.T.

Berdaftar ke alamat terkini kontraktor, sebaik sahaja nilai ini diketahui tetapi hendaklah tidak lewat dari sembilan (9) bulan selepas kontrak ditamatkan pengambilan kerja kontraktornya.

2.3.3 Hantar surat peringatan pertama sekiranya tidak ada tindakan /

maklumbalas diterima daripada pihak kontraktor dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh surat tuntutan tersebut. Surat peringatan ini hendaklah dihantar sebanyak tiga (3) kali, setiap satu hingga dua minggu sekali. Sekiranya tiada sebarang tindakan /maklumbalas daripada kontraktor selepas tiga surat peringatan itu dihantar, rujuk kepada Penasihat Undang-undang di Kementerian Kerja Raya bagi projek-projek Persekutuan atau Penasihat Undang-undang di negeri bagi projek-projek Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Page 28: Garis panduan tamat kontrak 290906

1/2

LAMPIRAN D

PERAKUAN MUKTAMAD KONTRAK YANG DITAMATKAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Tajuk Projek : No. Kontrak : A. KOS PENYIAPAN

(a) Bayaran Wang Pendahuluan RM (b) Bayaran Interim RM (c) Bayaran kepada Pembekal/Subkontraktor dll. RM (d) Jumlah Harga Kontrak Baru RM (e) Kos Mempelawa Semula tender (i) Kos penyediaan dokumen RM

(ii) Kos yuran perunding RM (iii) Kos iklan RM (iv) Kos mengadakan Pengawal keselamatan RM (v) RM

RM RM (f) Kos Kerugian Kerajaan (Rujuk Lampiran B) RM (g) Caj 'on-cost'

10% x (d) RM_ ___________ B. JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS

(a) Jumlah Harga Kontrak Asal RM (b) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak RM

(Tambahan/Kurangan)* (c) Tolak Potongan Denda Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan

(Dari _________ ke _______ @ RM /hari) (RM )

(d) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam kontrak, RM nyatakan jika ada

JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS ___________

*Potong jika tidak berkaitan

Page 29: Garis panduan tamat kontrak 290906

2/2

LAMPIRAN D (Samb.) C. PERBEZAAN ANTARA KOS PENYIAPAN DAN

JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS

Kos Penyiapan (dari A) RM

Tolak Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras (dari B) RM __

TOLAK D. Rampasan Jaminan Bank/Syarikat Kewangan/

Syarikat Insurans* atas baki Wang Pendahuluan RM E. Rampasan Bon Perlaksanaan/

Wang Jaminan Pelaksanaan* RM RM

Jumlah Bayaran Yang Perlu Dibayar oleh Kontraktor/Kerajaan* Kepada Kerajaan/Kontraktor*

……………………..

Tarikh : Pegawai Penguasa * Potong jika tidak berkaitan

Page 30: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN E - 1CONTOH 1

PERAKUAN MUKTAMAD KONTRAK YANGDITAMATKAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Kontraktor Ditamatkan Pengambilan Kerjanya Selepas Tempoh Kontrak Yang diBenarkan

Tajuk Projek: Membina dan Menyiapkan Satu Blok Tambahan Sekolah Menengah BistariDi Taman Kejayaan, Jalan Akademik, Kuala Lumpur

No. Kontrak: JKR/PERS/KL/xxx/1996

A. KOS PENYIAPAN(a) Bayaran Wang Pendahuluan RM0.00

(b) Bayaran Interim* RM1,000,000.00

(c) Bayaran kepada Pembekal/Subkontraktor dll. RM180,000.00

(d) Jumlah Harga Kontrak Baru RM750,000.00

(e) Kos Mempelawa Semula Tender(i) Kos penyediaan dokumen RM2,000.00(ii) Kos yuran perunding RM0.00(iii) Kos iklan RM1,000.00(iv) Kos mengadakan Pengawal RM3,000.00 Keselamatan(v) RM0.00

RM6,000.00 RM6,000.00

(f) Kos Kerugian Kerajaan (Rujuk Lampiran F-1) RM75,500.00

(g) Caj 'on-cost'10% x (d) RM75,000.00

RM2,086,500.00

B. JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS

(a) Jumlah Harga Kontrak Asal RM1,800,000.00

(b) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak RM68,500.00(Tambahan/Kurangan)

(c) Tolak Potongan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan(Dari 31.1.1998 ke 30.6.1998 @ RM250/hari) (RM37,500.00)

(d) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam kontrak RM3,000.00i) Bayaran premium insuransii) Bayaran kepada pihak ketiga untuk membaiki kerja-kerja kecacatan

JUMLAH HARGA KONTRAK TERLARAS RM1,834,000.00

Muka surat 1/2

Catatan di bawah adalah untuk makluman dan bukan sebahagian dari format Perakuan *Nilai bayaran interim ini adalah nilai sebenar yang telah dibayar kepada Kontraktor, setelahpotongan dibuat bagi Wang Jaminan Perlaksanaan (sekiranya berkaitan)

Page 31: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN E-1 (samb)

C. PERBEZAAN ANTARA KOS PENYIAPAN DAN JUMLAH HARGA KONTRAKASAL TERLARAS

Kos Penyiapan (dari A) RM2,086,500.00

Tolak Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras (dari B) RM1,834,000.00RM252,500.00

TOLAKD. Rampasan Gerenti Bank/Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans*

atas baki Wang Pendahuluan RM0.00

E. Rampasan Bon Pelaksanaan/Wang Jaminan Pelaksanaan* & RM90,000.00 RM90,000.00

Jumlah Bayaran Yang Perlu dibayar olehKontraktor kepada Kerajaan RM162,500.00

Tarikh:Pegawai Penguasa

* Potong jika tidak berkaitan

Muka surat 2/2

Catatan di bawah adalah untuk makluman dan bukan sebahagian dari format Perakuan ** Rampasan Wang Jaminan Perlaksanaan adalah berdasarkan nilai sebenar yang telah dipotong melalui bayaran interim

Page 32: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN E-2CONTOH 2

PERAKUAN MUKTAMAD KONTRAK YANGDITAMATKAN PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR

Kontraktor Ditamatkan Pengambilan Kerjanya Sebelum Tempoh Kontrak Yang Dibenarkan

Tajuk Projek: Membina dan Menyiapkan Satu Blok Tambahan Sekolah Menengah BistariDi Taman Kejayaan, Jalan Akademik, Kuala Lumpur

No. Kontrak: JKR/PERS/KL/xxx/1996

A. KOS PENYIAPAN(a) Bayaran Wang Pendahuluan RM0.00

(b) Bayaran Interim* RM1,000,000.00

(c) Bayaran kepada Pembekal/Subkontraktor dll. RM180,000.00

(d) Jumlah Harga Kontrak Baru RM750,000.00

(e) Kos Mempelawa Semula Tender(i) Kos penyediaan dokumen RM2,000.00(ii) Kos yuran perunding RM0.00(iii) Kos iklan RM1,000.00(iv) Kos mengadakan Pengawal RM3,000.00 Keselamatan(v) RM0.00

RM6,000.00 RM6,000.00

(f) Kos Kerugian Kerajaan (Rujuk Lampiran F-2) RM45,250.00

(g) Caj 'on-cost'10% x (d) RM75,000.00

RM2,056,250.00

B. JUMLAH HARGA KONTRAK ASAL TERLARAS

(a) Jumlah Harga Kontrak Asal RM1,800,000.00

(b) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak RM68,500.00(Tambahan)

(c) Tolak Potongan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan(Dari ke @ RM250/hari) RM0.00

(d) Bayaran-bayaran lain yang dibenarkan di dalam kontrak RM3,000.00i) Bayaran premium insuransii) Bayaran kepada pihak ketiga untuk membaiki kerja-kerja kecacatan

JUMLAH HARGA KONTRAK TERLARAS RM1,871,500.00

Muka surat 1/2

Catatan di bawah adalah untuk makluman dan bukan sebahagian dari format Perakuan *Nilai bayaran interim ini adalah nilai sebenar yang telah dibayar kepada Kontraktor, setelahpotongan dibuat bagi Wang Jaminan Perlaksanaan (sekiranya berkaitan)

Page 33: Garis panduan tamat kontrak 290906

LAMPIRAN E-2(samb)

C. PERBEZAAN ANTARA KOS PENYIAPAN DAN JUMLAH HARGA KONTRAKASAL TERLARAS

Kos Penyiapan (dari A) RM2,056,250.00

Tolak Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras (dari B) RM1,871,500.00RM184,750.00

TOLAKD. Rampasan Gerenti Bank/Syarikat Kewangan/ Syarikat Insurans*

atas baki Wang Pendahuluan RM0.00

E. Rampasan Bon Pelaksanaan/Wang Jaminan Pelaksanaan* & RM90,000.00 RM90,000.00

Jumlah Bayaran Yang Perlu dibayar olehKontraktor kepada Kerajaan RM94,750.00

Tarikh:Pegawai Penguasa

* Potong jika tidak berkaitan

Muka surat 2/2

Catatan di bawah adalah untuk makluman dan bukan sebahagian dari format Perakuan ** Rampasan Wang Jaminan Perlaksanaan adalah berdasarkan nilai sebenar yang telah dipotong melalui bayaran interim

Page 34: Garis panduan tamat kontrak 290906

Kiraan Kos Kerugian Kerajaan

Butir-butir Projek

Tarikh Milik Tapak Kontrak Asal: 13-Jun-96

Tarikh Siap Kontrak Yang Dibenarkan: 31-Jan-98

Tarikh Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor: 30-Jun-98

Tender Semula Dipelawa: 30-Oct-98

Tarikh Milik Tapak Kontrak Baru: 31-Dec-98

Tarikh Siap Asal Kontrak Baru: 30-Jun-99

Kadar Kos Kerugian Kerajaan sehari: RM250.00

Kiraan

Tempoh antara Tarikh Siap Kontrak Yang Dibenarkandan Tarikh Siap Asal Kontrak Baru iaitu dari 31.1.1998 sehingga 30.6.1999 515 hari

Tolak

a) Tempoh Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan di bawah Kontrak Asal dari 31.1.1998 sehingga 30.6.1998 150

b) Tempoh Perlantikan Kontraktor Baru melebihi 120 hari 63 213 hari

Tempoh kerugian 302 hari

Kos Kerugian Kerajaan = 302 hari @ RM250.00 = RM75,500.00

LAMPIRAN F-1

Page 35: Garis panduan tamat kontrak 290906

Kiraan Kos Kerugian Kerajaan

Butir-butir Projek

Tarikh Milik Tapak Kontrak Asal: 13-Jun-96

Tarikh Siap Kontrak Yang Dibenarkan: 31-Jan-98

Tarikh Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor: 30-Oct-97

Tender Semula Dipelawa: 30-Jan-98

Tarikh Milik Tapak Kontrak Baru: 30-Jun-98

Tarikh Siap Asal Kontrak Baru: 30-Nov-98

Kadar Kos Kerugian Kerajaan sehari: RM250.00

Kiraan

Tempoh antara Tarikh Siap Kontrak Yang Dibenarkandan Tarikh Siap Asal Kontrak Baru iaitu dari 31.1.1998 sehingga 30.11.1998 303 hari

Tolak

a) Tempoh Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan di bawah Kontrak Asal dari sehingga -

b) Tempoh Perlantikan Kontraktor Baru melebihi 120 hari 122 122 hari

Tempoh kerugian 181 hari

Kos Kerugian Kerajaan = 181 hari @ RM250.00 = RM45,250.00

LAMPIRAN F-2