Upload
rosedi-ibrahim
View
284
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
15 JUN HINGGA 19 JUN 2013KSL CITY MALL, JOHOR BAHRU
DISEDIAKAN OLEH :
ROSEDI BIN IBRAHIM @ ABDUL RAHIMNORHISHAM BIN SHAMSUDIN
KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT JOHOR
1. PERNYATAAN REKAAN
Kain Batik merupakan kegemaran penduduk tempatan. Biasanya ia
digunakan sebagai kain batik sarung dan batik ela untuk dibuat baju kurung.
Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk menghasilkan
kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan
berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik.
‘Batik in Fiberglass’ merupakan satu inovasi bagi memberi nafas baru
dalam mempelbagaikan kegunaan batik dan seterusnya memperkembangan lagi
industri batik tanah air. Ia boleh dijadikan panel kabinet, bidai, lampu hiasan dan
sebagainya. Impak daripada inovasi ini akan merancakkan lagi pertumbuhan dan
perkembangan sosial ekonomi di Malaysia.
Objektif penghasilan ‘Batik in Fiberglass’ adalah untuk :
i. Membuat inovasi di dalam industri kraf batik dengan
menghasilkan panel batik
ii. Mempelbagaikan lagi kegunaan batik.
iii. Meluaskan penggunaan batik di dalam industri hiasan
dalaman.
2. KAJIAN KES
Batik digunakan sebagai kain batik sarung dan batik ela untuk dibuat baju
kurung. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk
menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg
tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian. Maka kami telah
mendapat satu idea untuk menggabungkan kain batik yang sedia ada dengan
bahan fiberglass (Batik in Fiberglass)
Kajian kes kami ialah penggunaan batik dalam menghasilkan produk
untuk industri kraf hiasan dalaman. Inovasi ini adalah dalam menghasilkan
panel batik ( batik yang telah dikeraskan). Daripada panel batik ini maka boleh
membuat kabinet, lampu hiasan, bidai dan sebagainya.
2.1BATIK
Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia.
Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi.
Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada jawa.
Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di
Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri-
negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan
batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan
rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran kerjatangan yang kreatif di
kalangan pembuat-pembuat batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja
terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat sambutan dari
pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri. Di Malaysia, batik
dihasilkan melalui beberapa teknik antaranya ialah Batik Blok, batik skrin dan
batik cating.
2.2FIBERGLASS
Fiberglass Reinforced Plastic (FRP) adalah material yang sangat baik untuk
digunakan dalam berbagai produk dari bahan komposit relatif moden yang terdiri
dari berbagai komponen. FRP diperkenalkan pertama kali oleh Industri
Permainan Russel pada tahun 1983. Serat fiber yang sangat halus dengan
diameter kecil yag dianyam membentuk helaian kain fleksibel yang bernama
Chopped Strand Mat dan Woven Roving. Serat ini ditempatkan dalam cetakan
untuk kemudian diberi cairan Resin Polyester yang telah dicampur dengan
Catalyst. Pencampuran Resin Polyester dengan Catalyst ini bertujuan untuk
mempercepat proses reaksi/pengeringan. Proses ini diulang sehingga ada
banyak lapisan serat fiber sesuai yang ketebalan dinginkan. Bahan yang
dihasilkan kuat, ringan dan tahan karat.
2.3BATIK IN FIBERGLASS
Sifat yang ada pada ‘ fiberglass’ dipilih kerana ia dapat menjadikan kain batik
yang sedia ada menjadi keras dan lebih kukuh untuk dijadikan panel batik.
Daripada panel batik, maka ia boleh dipelbagaikan lagi mengikut citarasa
pengguna samaada untuk membuat cabinet, lampu hiasan, bidai, bingkai
gambar dan sebagainya. Gabungan dua elemen fiber yang diikat dengan resin
ini akan menghasilkan satu inovasi dalam mewarnai industri kraf di Malaysia.
3. PERKEMBANGAN IDEA
Inovasi ‘Batik in Fiberglass’ terhasil daripada berfikir bagaimana cara untuk
menghasilkan batik yang keras, kukuh dan ringan. Bagi menyelesaikan masalah
ini tercetuslah berbagai idea, antaranya ialah :
i. Batik + Resin = batik itu licin, cantik tetapi tidak kukuh
+ =ii. Batik + Resin + Fiberglass = batik yang licin, berkilat, kuat dan kukuh
+ +
=
3.1 INFORMASI BAHAN YANG DIGUNAKAN
a) Gelcoat digunakan untuk melicinkan pemukaan
b) Batik merupakan bahan asas yang akan di fiberglasskan
c) Resin sebgai bahan pengikat diantara ibatik dan fiberglass
d) Fiberglass mesh digunakan untuk menguatkan produk
e) Kayu digunakan untuk membuat bingkai dan sebagainya
3.2 Lapisan bahan-bahan dalam proses penghasilan ‘ Batik in Fiberglass ‘
3.3 INSPIRASI REKA BENTUK YANG UNIK
Hasil panel ‘ Batik in Fiberglasas ‘
Setelah panel ‘Batik in fiberglass ‘ terhasil langkah seterusnya boleh dibuat dalam
pelbagai bentuk yang dikehendaki dan sangat sesuai digabungkan dengan seni reka
kayu untuk dijadikan sebagai produk kraf.
4. LUKISAN 3D PANDANGAN
PENUTUP
Projek inovasi ini telah berjaya menghasilkan pane batik (Batik in Fiberglass). Di harap
inovasi ini dapat membantu menaikkan industri batik diperingkat global.