7
Visi bil. 73 Januari 2007 1 SENI BINA ISLAM Satu tarikan pelancongan Oleh Norwina Mohd Nawawi (Jabatan Seni Bina, Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Sejarah sepintas lalu Malaysia adalah antara negara-negara nusantara di Asia Tenggara yang menerima penyebaran agama Islam sejak kurun ke-13 melalui perdagangan dan asimilasi budaya pendatang dari Teluk Parsi, Yaman, India, dari arah Barat serta negeri Kemboja, Champa (Vietnam) dan China dari arah Timur-Laut (sila rujuk Gambar rajah 1). Budaya masyarakat kita sebelum ini berteraskan animisme alam semula jadi serta pengaruh penganut agama Hindu daripada kerajaan Langkasuka dan Srivijaya (sila rujuk Gambar rajah 2). Kini Malaysia yang terdiri daripada negeri- negeri di Semenanjong dan sebahagian daripada kepulauan Borneo berdiri tegak dengan agama rasminya Islam dan turut membenarkan penganut agama lain bebas dengan anutan asal mereka. Gambar rajah 1. Peta Nusantara Kedatangan Islam (Ihsan Encyclopedia of Malaysia)

12-Seni Bina Islam -1 (Norwina)

  • Upload
    iium

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Visi bil. 73 Januari 2007

1

SENI BINA ISLAM Satu tarikan pelancongan

OlehNorwina Mohd Nawawi

(Jabatan Seni Bina, Kulliyyah Seni Bina dan Rekabentuk Alam SekitarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Sejarah sepintas lalu

Malaysia adalah antara negara-negara nusantara di Asia Tenggara yang menerima

penyebaran agama Islam sejak kurun ke-13 melalui perdagangan dan asimilasi

budaya pendatang dari Teluk Parsi, Yaman, India, dari arah Barat serta negeri

Kemboja, Champa (Vietnam) dan China dari arah Timur-Laut (sila rujuk Gambar

rajah 1). Budaya masyarakat kita sebelum ini berteraskan animisme alam semula

jadi serta pengaruh penganut agama Hindu daripada kerajaan Langkasuka dan

Srivijaya (sila rujuk Gambar rajah 2). Kini Malaysia yang terdiri daripada negeri-

negeri di Semenanjong dan sebahagian daripada kepulauan Borneo berdiri tegak

dengan agama rasminya Islam dan turut membenarkan penganut agama lain bebas

dengan anutan asal mereka.

Gambar rajah 1. Peta Nusantara Kedatangan Islam (Ihsan Encyclopedia ofMalaysia)

Visi bil. 73 Januari 2007

2

Gambar rajah 2. Kuil di Lembah Bujang peninggalan Agama Hindu (Ihsan Encyclodpedia of Malaysia)

Sebagai sebuah negara yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa, Malaysia

hanya mempunyai dua musim berdasarkan tiupan angin barat-daya pada bulan

Februari-September dan timur-laut Oktober–Januari iaitu musim tengkujuh dan

musim mentari panas. Kedua-dua musim tersebut menjadikan Malaysia sentiasa

dilanda banjir pada satu-satu ketika dan panas terik pada waktu yang lain. Seni bina

semula jadi rakyat tempatan di Malaysia yang tidak memerlukan rekaan seorang

arkitek sehingga kini, ialah rumah kayu yang ditinggikan dari tanah, berdinding

anyaman buluh atau papan kayu bertindih dengan sisipan angin serta beratap

rumbia. Tradisi turun temurun seni bina inilah yang dapat serasikan dengan keadaan

semula jadi di negara ini walaupun terdapat pelbagai pengaruh yang diharungi oleh

rakyat tempatan dari aspek budaya, cara pertukangan dan bahan binaan yang

terkini. Keselesaan semula jadi seni bina (Sila rujuk Gambar rajah 3) yang amat

mudah dibangunkan mengikut keperluan semasa, yang diperbuat daripada bahan

yang terdapat di kawasan sekitar serta mengikut kemampuan penghuni tetap

diamalkan sehingga kini.

Gambar rajah 3. Konsep Seni Bina Tradisi Rumah Melayu (Ihsan Encyclodpedia of Malaysia)

Visi bil. 73 Januari 2007

3

Pada awal kedatangan Islam dari negara asing, ajaran dan amalannya tidak ketara

menukar seni bina tempatan. Ini adalah kerana Islam yang diterapkan kepada

rakyat tempatan bermula daripada ilmu Tauhid sebelum ke bentuk Fiqah dan lain

lain. Rakyat tempatan tetap tinggal di rumah tradisi masing-masing, berjiran dan

berkumpul di balai raya ketika ada sesuatu pengumuman untuk disampaikan oleh

pihak pemerintah sebelum dan selepas kedatangan Islam. Kedatangan Islam

menukar corak kepercayaan ketuhanan mereka daripada Hindu dan animisme

kepada kepercayaan terhadap Allah - Tuhan yang satu dengan mengadakan tempat

solat berjemaah dari surau sehingga ke masjid (sila rujuk Gambar rajah 3). Islam

menukar cara hidup dan budaya rakyat tempatan secara beransur-ansur dan tidak

terburu-buru. Islam menukar kepercayaan kurafat kepada kepercayaan yang

berteraskan ilmu wahyu. Penerapan inilah yang secara tidak langsung menukar alam

bina rakyat tempatan daripada yang melanggar Syariah atau undang-undang Islam

ke suatu keadaan yang boleh diperbetulkan iaitu yang haram ditinggalkan sama

sekali.

Cara hidup keluarga Islam pada amnya telah dapat menukar aturan ruangan

dalaman rumah mereka yang sebelum ini tidak memisahkan ruang antara lelaki

dengan perempuan kepada mengadakan ruangan atau bilik mengikut jantina;

daripada tiada tempat mandi bertutup kepada kawasan yang terlindung. Ini juga

dapat dibezakan daripada pembinaan rumah tradisi yang berasaskan jampi serapah

serta upacara penanaman tiang seri ke upacara solat syukur naik rumah dan

sebagainya. Sebagai agama fitrah dan berlandaskan ilmu, Islam diserapkan ke alam

bina rakyat tempatan dengan mudah dan disenangi oleh masyarakat setempat tanpa

banyak halangan. Ini termasuklah ukiran hiasan kayu yang dahuluinya berteraskan

patung dan rupabentuk bernyawa, kini selepas pengaruh Islam, telah ditukar kepada

ukiran bunga dan tumbuhan serta kalamullah dalam bentuk ukiran khat. Alim ulama

atau Imam dijadikan tempat bertanya hukum-hakam dan bukan lagi kepada dukun

atau bomoh seperti dahulu.

Apakah yang dikatakan Seni Bina Islam?Mengikut definisi, pada hakikatnya Islam ialah ad Din iaitu agama yang benar,

agama tauhid yang diturunkan menerusi Nabi Muhamad SAW. Sepanjang penurunan

wahyu, ajaran Islam tidak menentukan rupabentuk alam bina atau seni bina secara

langsung tetapi memberi prinsip kehidupan kepada manusia sebagai khalifah dan

amanat Allah terhadapnya. Islam, dengan kata lain, mempengaruhi cara hidup yang

Visi bil. 73 Januari 2007

4

sesuai mengikut fitrah, masa, tempat, budaya dan penerima agar sentiasa ingat

kepada-Nya. Yang haram dinyatakan dalam al-Quran dan diterangkan melalui

Sunnah Rasulullah. Perkara yang tidak nyata perlu dibuat kajian dan terletak

keputusannya melalui qiyas dan ijtihad. Pengajaran Islam amat luas, mudah dan

amat menyenangkan bagi mereka yang reda, berilmu dan jujur melaksanakannya.

Mengikut sejarah, rumah Rasulullah di Madinah yang dijadikan Masjid Nabawi masa

kini ialah asas seni bina yang didirikan oleh orang Islam untuk orang Islam. Segala

ajaran dan ilmu yang ingin diturunkan di masjid ini telah disampaikan kepada orang

ramai. Di sini juga tempat Muslimin dan Muslimat beribadat dan hanya merupakan

bangunan tipologi yang menghala ke arah kiblat. Rumah sahabat dan rakyat

tempatan Madinah masih berada dalam tradisi masing-masing tanpa membuat ubah

suai kepada alam bina Islam. Kajian cara hidup orang Muslim khasnya di Timur

Tengah di mana Islam bermula bertapak, secara fizikalnya mendapati bahawa hanya

bangunan masjid atau ruangan solat serta tanah perkuburan sahaja yang perlu

menghala ke arah kiblat. Ruangan atau bangunan tipologi yang lain hanya

dirakamkan sebagai kaedah cara hidup orang tempatan yang diserapi oleh nilai-nilai

Islam, di mana yang perlu, disesuaikan dengan keadaan mereka. Nilai-nilai tersebut

termasuklah aspek privasi, kejiranan, kesederhanaan dan etika.

Seni bina secara definisi amnya merangkumi kesenian dan ilmu sains yang

membentuk rupa bentuk alam sekitar masyarakat berasaskan, pada mulanya

keperluan asas kemanusian dan alam sekitar. Kini, Seni bina merangkumi juga

pengaruh politik, perundangan, ekonomi, teknologi, pendidikan, pendedahan global

dan sebagainya. Pendek kata seni bina pada zaman atau era sesuatu tokoh

dipengaruhi oleh kemajuan teknologi, kesenian dan status pada waktu tersebut.

Dengan itu bukan mudah untuk mentafsirkan adakah sesuatu seni bina tersebut

dibina berlandaskan nilai-nilai Islam. Secara zahirnya, sesuatu seni bina dinilai

daripada fungsi dan tujuan ia dibina pada waktu-waktu tertentu agar tidak

keterlaluan dari pelbagai aspek seperti hiasan dan struktur yang tidak berfungsi atau

ruangan yang berlebihan. Di sini aspek pembaziran, menghayalkan serta perasaan

ghairah mungkin dipersoalkan. Memandangkan agak sukar untuk membezakan

adakah sesuatu seni bina tersebut ialah seni bina Islam atau tidak, di Malaysia

perkara ini dapat ditentukan melalui seni bina bangunan masjid yang dibina pada

awal kurun ke-14 sehingga kini.

Visi bil. 73 Januari 2007

5

Seni bina Islam kiniJika dahulunya masyarakat tempatan hanya membina bangunan am bagi

memuatkan jemaah untuk menunaikan solat jemaah secara utiliti, kini masyarakat

tempatan telah jauh ke hadapan dengan minda yang terbuka, setelah berhijrah ke

Makkah untuk menunaikan Haji dan berpeluang untuk belajar serta bermastautin di

sana. Nostalgia tanah air tempat asal datangnya Islam serta kelahiran rasul kita Nabi

Muhammad SAW telah menukar landskap dan simbol alam bina dengan rupabentuk

bumbung berkubah di surau atau masjid dari bumbung bertingkat bersisip angin seni

bina asal nusantara (Sila rujuk Gambar rajah 4 dan 5). Penggunaan kubah amat

ketara disebahagian Semenanjung Malaysia termasuklah pengaruh bawaan orang

Islam dari India yang dipengaruhi oleh senibina Moghul (sila rujuk Gambar rajah 6)

dan juga rakyat Parsi bagi seni bina Makam di pinggir Masjid (sila rujuk Gambar

rajah 7).

Gambar rajah 4. Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan (Ihsan Encyclodpedia of Malaysia)

Gambar rajah 5. Masjid Kampung Hulu, Melaka (Ihsan Encyclopedia of Malaysia)

Visi bil. 73 Januari 2007

6

Gambar rajah 6. Masjid Jamek, Kuala Lumpur (Ihsan Encyclopedia of Malaysia)

Gambar rajah. 7 Seni Bina makam dan kubur( Ihsan Encyclodpedia of Malaysia)

Kini, rupabentuk ala Timur Tengah dan Andalusia menjadi simbol keislaman bagi

sebahagian besar rakyat tempatan tanpa mengenal nilai atau prinsip seni bina yang

sebenar. Hiasan dinding, lelangit yang berteraskan geometri; bentuk tingkap, pintu

dan laluan berarca; bumbung berkubah serta warna kehijauuan menjadi lambang

keislaman di bangunan tipologi lain daripada seni bina masjid sehinggalah ke

universiti, bank, sekolah dan rumah (sila rujuk Gambar rajah 8). Perkara inilah yang

dilaung-laungkan oleh penulis bukan Islam sebagai ciri rupabentuk seni bina Islam

bagi warga Islam. Tidak banyak penulis atau arkitek Muslim yang menonjol bagi

memperbaiki pesepsi tersebut. Oleh yang demikian, persoalan adakah seni bina

Islam wujud untuk dijadikan contoh, tinggal sebagai satu soalan sahaja.

Visi bil. 73 Januari 2007

7

Gambar rajah 8 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak (Ihsan Encyclopedia of Malaysia).

KesimpulanKesimpulannya, seni bina yang dikatakan “Islam” hanya dapat disandarkan kepada

masjid dan surau sahaja. Mungkin di Malaysia rupanya berlainan daripada apa yang

terdapat di Timur Tengah atau di negara China, tetapi tetap diserapi oleh unsur

pengaruh Islam daripada aturancangan ruangan dan hiasan yang dibenarkan

sekadar untuk pengaman. Islam menegah perkara atau perbuatan yang melampau,

merugikan, membazir dan tidak berfaedah. Seni bina Islam wujud sebagai nilai-nilai

yang tersirat dan tersurat di semua bangunan yang dibina dengan sebab yang baik

dan mengagungkan Allah yang satu dari pelbagai aspek. Sebagai nilai yang universal

atau sejagat, nilai-nilai Islam merangkumi nilai sosial yang bertimbang rasa kepada

kanak-kanak, orang tua, orang kurang upaya, pelbagai bangsa, hormat-

menghormati dan sebagainya; nilai kepada alam sekitar dari aspek tuntutan tanah,

haiwan, cuaca; dan tuntutan kepada diri sendiri sebagai pemegang amanat seorang

khalifah dibumi Allah.

Maka sempena TAHUM MELAWAT MALAYSIA 2007 ini, seni bina Islam yang banyak

terdapat di negara ini boleh dijadikan tarikan pelancongan. Pelancong dari luar

khasnya pelancong Barat akan lebih menghargai seni bina Islam di Malaysia yang

tinggi nilai estetikanya setanding dengan seni bina Islam yang ada di negara Islam di

Timur Tengah.