18
AYEA 2337 KONFUSIANISME DI CHINA Isa Ma Ziliang Adakah buku musim bunga dan musim luruh ditulis oleh Konfusius sendiri? Apakah istimewa yang terdapat dalam buku ini.

Adakah Buku Musim Munga dan Mmusim Lluruh ditulis oleh Konfusius sendiri? Apakah istimewa yang terdapat dalam buku ini. 什么是“春秋”?〈春秋〉真的是孔子写的吗?它的内容是什么?

  • Upload
    malaya

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

AYEA 2337 KONFUSIANISME DI CHINA

Isa Ma Ziliang

Adakah buku musim bunga dan musim luruh ditulis oleh Konfusius sendiri? Apakah

istimewa yang terdapat dalam buku ini.

Buku Musim Bunga dan Musim Luruh (Chunqiu). • Termasuk dalam 6 karya klasik iaitu : 1) i ching (buku perubahan) 2) Shu ching ( buku sejarah ) 3) Shih ching (buku puisi) 4) Li chi ( buku upacara) 5) Yueh ching (buku muzik) 6) Ch’un chiu - chunqiu ( buku musim bunga dan musim luruh ). • Dihasilkan pada zaman pemerintahan Dinasti Zhou pada 771 sm

sehingga pada 476 sm. • Dalam sejarah China, kewujudan buku ini merupakan 1 tempoh yang kira

– kira bersamaan dengan separuh pertama Dinasti Zhou Timur daripada separuh kedua abad ke-8 sm separuh pertama abad ke 5 sm.

• Karya atau teks sejarah yang paling terawal yang masih hidup dalam sejarah cina.

• Disusun dalam prinsip analistik. • Buku ini merupakan suatu urutan peristiwa yang telah berlaku di negeri

Lu dari tahun 722 sehingga ke tahun 464

• Disusun oleh Kong Zi secara tradisi. • Mengikut sejarah cina, buku ini telah didokumentasikan pada tahun242

di negeri Lu di mana terdapat 12 raja – raja yang memerintah pada masa itu.

• Meliputi aspek : I. Politik. II. Agama. III. Budaya. IV. Pemerintahan/pentadbiran. V. Pertanian. • Buku ini lebih bersifat universal ( luas) yang mana merangkumi keadaan

dinegeri – negeri lain. • Teks asli buku ini mempunyai 18,000 patah perkataan tetapi versi yang

sedia ada hanya mempunyai sedikit sahaja iaitu 16,000 patah perkataan tetapi kini sudah menerima banyak evolusi.

• terdapat dua aliran pandangan kesarjanaan

tradisional terhadap karya Kong Zi:

• menegaskan Kong Zi adalah pengarang

kesemua karya iaitu Yi, Shih, Shu, Li,

Yueh.

* Kong Zi adalah pengarang Chunqiu,

pengulas Yi, reformis kepada karya Li

dan Yueh & penyunting bagi Shih dan

Shu.

• Buku ini merangkumi beberapa falsafah di China termasuklah falsafah :

a) Taoisme. b) Confusianisme. c) Legalisme.

• Buku ini mempunyai ramai pengulas termasuklah : Zou Qiu ming ( The Commentary Of Zou). Gong Yang Gao ( The Commentary Of Gong Yang). Guliang Xi ( The Commentary Of Guliang). Dan koleksi pengulas yang dinamakan “The Three

Commentaries On The Spring and Autumn Annals” yang mana melibatkan Confucius.

• Dikatakan sebuah karya politik.

• Isi kandungan buku amatlah ringkas dengan pilihan kata yang betul.

• Buku ini bukan sahaja membincangkan tentang peristiwa di Negeri Lu sendiri tetapi merakamkan banyak peristiwa – peristiwa yang berlaku di negeri lain pada tempoh itu.

• Buku ini diberi penghormatan sebagai karya agung klasik-konfusianisme.

Adakah buku musim bunga dan musim luruh ditulis oleh konfusius?

• Mengikut sejarah cina, Konfusius ahli falsafah yang hebat dan pendidik cina kuno yang mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam usaha menyusun dan menyunting karya – karya klasik seperti kitab – kitab Agung iaitu “Book Of History : Annals of spring and autmn, Buku perubahan, Buku Upacara dan Buku Muzik , Buku Sejarah serta Buku Puisi.

• Aliran pandangan kesarjanaan tradisional mengatakan bahawa Konfusius ataupun Kong Zi adalah pengarang dan penyunting Chunqiu

• Hakikatnya, Kong Zi bukanlah pengarang, pengulas, bahkan juga penyunting kepada mana – mana karya klasik.

• Kerana beliau seorang yang konservatif yang mendukung tradisi. • Dalam Lun yu , Kong Zi tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk

menulis sendiri karya bagi generasi masa depan. • Mengikut falsafah konfusianisme, penulisan buku adalah satu amalan

kesanggupan peribadi dan bukannya rasmi. • Kong Zi sebenarnya guru persendirian cina yang pertama dan bukannya

penulis persendirian yang pertama.

Tetapi menurut pengikut Kong Zi: I. Kong Zi telah menyebarkan idea – idea politik

dan cadangan beliau dengan menyusun karya Chunqiu dengan harapan bahawa pandangan beliau akan diikuti oleh generasi yang akan datang.

II. Ketika Kong Zi menyusun karya Chunqiu beliau menunjukkan sifat tekun dan cekal dan usaha menghasilkan ulasan yang baik terhadap buku ini buktinya, ketika menulis confusius telah memegang 1 pen di tangan kanan dan tangan yang sebelah kiri memegang pisau untuk mengeluarkan askara yang salah dalam buku ini.

III. Daripada usaha Kong Zi terhadap buku musim bunga dan musim luruh beliau telah diberi penghormatan sebagai Klasik – konfusianisme.

• Boleh dikatakan buku ini ditulis oleh Konfusius kerana, buku ini lebih menekankan prinsip dan konsep konfusianisme yang mementingkan kerajaan yang ideal berdasarkan ritual dan etika selaras dengan ajaran konfusianisme.

• Kebanyakkan pengulas Chunqiu ini seperti Zou Qiu Ming, Gong Yang Gao dan Guliang Xi lebih merujuk kepada penulisan dan ulasan daripada Konfusius.

• Buku ini mempunyai pengaruh falsafah yang kuat daripada konfusianisme terutama dari segi konsep moral dan etika individu dalam menjalankan kuasa politik.

Keistimewaan Buku Musim Bunga Dan Musim

Luruh di China (Chunqiu). • Bersifat universal (meluas) – merangkumi keadaan dan situasi negeri lain. • Membentuk warisan budaya masa lampau. • Menjadi asas pendidikan bagi golongan aristokrat pada abad – abad awal

feudalisme Dinasti Chou. • Pengetahuan dan ilmu daripada karya ini menjadi alat untuk mencari

nafkah. • Lahirnya golongan Ju (pujangga).- golongan terlatih dalam aspek upacara

ritual, pengebumian, pengorbanan, perkahwinan dan sebagainya. • Kewujudan buku musim bunga dan musim Luruh menyebabkan

kemunculan: Zaman musim bunga dan musim luruh. Musim Bunga dan Musim Luruh. • Pada zaman musim bunga dan musim luruh, beberapa fenomena semula

jadi seperti gerhana matahari, gerhana bulan, gempa bumi, tanah runtuh, starmorphoses, banjir dan bencana telah berlaku.

• Dari segi ekonomi dan kebudayaan, peristiwa – peristiwa seperti upacara korban, majlis perkahwinan, pengkebumian, pembinaan kota, istana, perjalanan memburu dan isu – isu tanah telah direkodkan.

• Berlakunya perubahan positif dalam bidang ekonomi, politik, dan hal ehwal ketenteraan.

• Semasa zaman musim bunga dan musim luruh, China telah mengamalkan sistem Feudal.

• Menurut sejarah, semasa zaman musim bunga dan musim luruh 1 sistem yang kompleks telah dilaksanakan - melibatkan hubungan diantara negeri yang maju dan banyak projek berkerjasama dengan dua negeri atau lebih. Sistem ini melaksanakan operasi perparitan, terusan, dikes, takungan dan jalan.

• Tembok besar telah dibina (bertujuan sebagai perlindungan daripada 1 sama lain dan daripada suku kaum asli dan nomad.

• Terdapat pelbagai kemajuan dan pencapaian dapat dikecapi melalui buku ini antaranya adalah :

Sektor pertanian : penciptaan dan penggunaan alat besi.

Kebudayaan : kitab lagu dan proses masa itu mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesusasteraan.

Bidang sains : wujudnya kalendar dan perubatan yang meningkat.

Bidang politik : panduan pemerintah untuk memerintah negara dengan mengubah doktrin negara.

Komunikasi : semakin bertambah baik sehingga menyebabkan ekonomi turut bertambah baik.

Pendidikan : pendidikan ditekankan kepada semua lapisan masyarakat.

kesimpulan • Musim bunga adalah musim pertumbuhan

manakala musim luruh pula merupakan satu kemusnahan yang suram.

• Kedua – duanya adalah berlawanan. Perkataan Musim bunga dan musim luruh digunakan oleh konfusius untuk membantu para pembaca melihat ke masa hadapan. Konfusius berharap mereka dapat membezakan antara betul dan salah, antara setia dan rasa tidak puas hati.

• Walaupun terdapat banyak perbalahan sivil dan dalam tempoh perpecahan, tempoh musim bunga dan musim luruh melihat kemakmuran besar dalam gerakan budaya dan pembangunan. Ia telah di panggil zaman kegemilangan dalam sejarah China.

• Secara ringkasnya, karya ini merupakan satu penyebaran idea –idea politik dan cadangan beliau dengan harapan bahawa pandangan beliau akan diikuti oleh generasi pada masa hadapan.

Contoh buku musim bunga dan musim luruh.

Bukti pencapaian buku musim bunga dan musim luruh.

ThAnk you……. =)