27
1 APLIKASI PRINSIP KHIYAR DALAM JUALAN BARANGAN: KAJIAN TERHADAP AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136) Hasri Harun 1 , Shofian Hj Ahmad 2 , Ruzian Markom 3 ABSTRAK Khiyar atau pilihan adalah hak yang diberikan oleh hukum syarak terhadap pembeli dan penjual sama ada ingin meneruskan atau membatalkan kontrak yang dilaksanakan. Hak khiyār ini dijelaskan secara mendalam di dalam kitab fiqh muamalah khususnya dalam jual beli. Namun demikian dalam undang-undang transaksi jual beli di Malaysia, tidak terdapat peruntukan khusus yang memberikan hak khiyar kepada pihak-pihak yang berkontrak. Artikel ini bertujuan mengkaji sejauhmanakah prinsip khiyar boleh dilaksanakan dalam undang-undang menerusi Bab 2 bermula Seksyen 3 hingga 9 Akta Kontrak 1950 (Akta 136). Kajian mendapati bahawa terdapat persamaan falsafah dan prinsip khiyar di dalam peruntukan seksyen 3-9 Akta Kontrak 1950 namun peruntukan tersebut tidak digunakan sebagai khiyar. Kajian ini penting bagi memastikan konsep khiyār dalam undang-undang Kontrak di Malaysia dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta menambahbaik undang- undang kontrak di Malaysia bagi memelihara hak dan kepentingan pihak pengguna dan penjual. Kata kunci: Khiyār. Kontrak Jualan Barangan, Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ABSTRACT Khiyar or options are rights granted by Islamic law against the buyer and the seller as to whether to continue or cancel the contract that has been executed. Khiyar rights are described in detail in the books of fiqh transactions, particularly in the trade. However, the law of the transaction in Malaysia, there is no specific provision entitling khiyar to the contracting parties. This article seeks to examine the extent of the principle khiyar according 1 Penulis adalah calon Phd, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM 2 Prof Madya & Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM 3 Prof Madya Fakulti Undang-Undang UKM

APLIKASI PRINSIP KHIYAR DALAM JUALAN BARANGAN: KAJIAN TERHADAP AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136)

  • Upload
    ukm-my

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

APLIKASI PRINSIP KHIYAR DALAM JUALAN BARANGAN: KAJIAN

TERHADAP AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136)

Hasri Harun1, Shofian Hj Ahmad2, Ruzian Markom3

ABSTRAK

Khiyar atau pilihan adalah hak yang diberikan oleh hukum syarak terhadap pembeli dan

penjual sama ada ingin meneruskan atau membatalkan kontrak yang dilaksanakan. Hak

khiyār ini dijelaskan secara mendalam di dalam kitab fiqh muamalah khususnya dalam jual

beli. Namun demikian dalam undang-undang transaksi jual beli di Malaysia, tidak terdapat

peruntukan khusus yang memberikan hak khiyar kepada pihak-pihak yang berkontrak.

Artikel ini bertujuan mengkaji sejauhmanakah prinsip khiyar boleh dilaksanakan dalam

undang-undang menerusi Bab 2 bermula Seksyen 3 hingga 9 Akta Kontrak 1950 (Akta 136).

Kajian mendapati bahawa terdapat persamaan falsafah dan prinsip khiyar di dalam

peruntukan seksyen 3-9 Akta Kontrak 1950 namun peruntukan tersebut tidak digunakan

sebagai khiyar. Kajian ini penting bagi memastikan konsep khiyār dalam undang-undang

Kontrak di Malaysia dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta menambahbaik undang-

undang kontrak di Malaysia bagi memelihara hak dan kepentingan pihak pengguna dan

penjual.

Kata kunci: Khiyār. Kontrak Jualan Barangan, Akta Kontrak 1950 (Akta 136)

ABSTRACT

Khiyar or options are rights granted by Islamic law against the buyer and the seller as to

whether to continue or cancel the contract that has been executed. Khiyar rights are

described in detail in the books of fiqh transactions, particularly in the trade. However, the

law of the transaction in Malaysia, there is no specific provision entitling khiyar to the

contracting parties. This article seeks to examine the extent of the principle khiyar according

1 Penulis adalah calon Phd, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM 2 Prof Madya & Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM

3 Prof Madya Fakulti Undang-Undang UKM

2

to Islamic contract law can be implemented in through Chapter 2 section 3 to 9, the

Contracts Act 1950 study found that there were similarities khiyar philosophy and principles

of Islamic law as the provisions of section 3-9, but the provisions of the Contracts Act 1950 is

not used as khiyar. This study is important to ensure that the concept Khiyar in contract law

in Malaysia can be implemented as a whole and improve the law of contract in Malaysia to

safeguard the rights and interests of the consumer and the seller.

Keywords: Khiyar. Contracts of Sale of Goods, Contract Act 1950 (act 136)

PENDAHULUAN

Transaksi perniagaan dalam undang-undang Islam adalah menitikberatkan persoalan

antaranya keredaan kedua belah pihak. Ini bermakna terma kerelaan adalah penting bagi

memastikan transaksi menjadi sah dan sempurna menurut peruntukan hukum Islam dan

undang-undang. Di Malaysia, terdapat beberapa akta yang mengawalselia aktiviti kontrak

penjualan dan perdagangan antaranya ialah Akta Kontrak 1950 (Akta 136), Akta Jualan

Barangan 1957 (Akta 382) dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). Undang-

undang berhubung dengan penjualan barangan adalah juga satu cabang daripada undang-

undang perdagangan. Dilihat dari sudut tarikh diwujudkan Akta Perlindungan Pengguna dan

Akta Kontrak maka Akta Perlindungan Pengguna terkemudian daripada Akta Kontrak. Akta

Kontrak diwujudkan pada tahun 1974 manakala Akta Perlindungan Pengguna diwujudkan

pada tahun 1999.4

Di dalam Islam kontrak bukan sahaja merupakan satu transaksi biasa dalam apa jua

aktiviti semata-mata melepaskan hak dan barangan namun ia mengambil matlamat

memelihara setiap unsur dalam berkontrak. Unsur kerelaan dan kepuashatian menurut

kacamata kontrak Islam adalah antara unsur penting yang dipelihara agar ianya tidak ditolak

dan akhirnya menyebabkan kontrak menjadi batal atau rosak. Dalam konteks memelihara

kontrak di Malaysia terdapat Akta Kontrak 1950 yang memperuntukan undang-undang yang

memelihara setiap aktiviti kontrak terbabit. Menurut Akta Kontrak 1950 (Akta 136) terdapat

4 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) telah dikuatkuasakan pada 15 November 1999, sebagai

perlindungan perundangan kepada pengguna di dalam hal kepenggunaan dan lain-lain hal yang

berkaitan dengannya. Akta ini terpakai kepada semua urusan jualan barangan atau perkhidmatan yang

diberikan kepada pengguna. Lihat Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) (2010). Selangor:

Penerbitan Akta (M) Sdn. Bhd.

3

peruntukan Bab 2 yang bertajuk “Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan

Cadangan.5 Bab ini mengandungi 7 seksyen yang menghurai tentang kedudukan amalan

kontrak, komunikasi dalam berkontrak, aspek penerimaan dan pembatalan dalam sesuatu

kontrak yang dijalankan. Kesemua seksyen memperuntukan hak dan unsur penting dalam

berkonrak dan dimana hak pilihan dan khiyar dilaksanakan menurut kontrak terbabit.

Manakala Akta Perlindungan Pengguna 1999 diwujudkan lebih kepada untuk

menjaga hak pengguna daripada diperdayakan oleh penjual dalam urusan jual beli. Menurut

bahagian 2 akta ini, ianya memperuntukan salah satu tajuk yang berbunyi: “Perlakuan

Mengelirukan dan Memperdaya, Representasi Palsu dan Amalan tak Saksama”,

menunjukkan dengan jelas bahawa akta ini sememangnya ingin menjaga hak pengguna

daripada diperdayakan oleh penjual dalam urusan jual beli.

Menurut Mohaji bin Selamat6 dua perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh

rakyat Malaysia dan para pemerintah iaitu pertama semua pihak termasuk pengguna perlu

bekerjasama dalam meningkatkan tahap perlindungan pengguna dalam transaksi di negara ini

dan kedua penekanan terhadap pelaksanaan undang-undang yang ada juga perlu

dipertingkatkan supaya pengguna tidak teraniaya. Pengetahuan tentang hak pengguna yang

baik serta perundangan yang kukuh menjadi faktor yang penting dalam mengelak sebarang

ketidakpuashatian serta permasalahan yang akan berlaku dalam setiap transaksi jualan dan

pembelian.

Artikel ini melihat kedudukan khiyar dalam proses jualan barangan yang sedia ada

menurut sudut perundangan melalui Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang ada serta menilai

keperluan pengemaskinian elemen pilihan yang wujud dan terhadap aplikasi pilihan dalam

perundangan sedia ada. Oleh yang demikian artikel ini membincangkan definisi dan konsep

khiyar menurut hukum kontrak Islam dengan menjelaskan jenis-jenis khiyar utama di dalam

fiqh muamalah diikuti dengan latar belakang perundangan dan akta berkaitan jualan barangan

termasuk Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Perlindungan Pengguna

1999. Penulis dalam kertas ini melihat sejauhmana aplikasi konsep khiyar menerusi Akta

Kontrak 1950 (Akta 136) berdasarkan peruntukan Bab II bermula seksyen 3 hingga 9 yang

menghuraikan aspek tajuk Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan.

Peruntukan ini memperlihatkan beberapa prinsip yang bersamaan dengan elemen khiyar dan

5 Akta Kontrak 1950 (Akta 136) 6http://www.malaysianbar.org.my/consumer_protection/urusan_jual_beli_pengguna_masih_tidak_terlindung.ht

ml

4

menampakan beberapa ruang untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan khiyar menurut

Undang-Undang Kontrak Islam.

KONSEP KHIYAR MENURUT ISLAM

Khiyar menurut bahasa adalah dari kata ikhtiyar yang bererti mencari yang baik dari

dua urusan baik meneruskan akad atau membatalkannya.7 Ini bermakna pilihan, umumnya

merujuk kepada jenis hak tertentu merangkumi dua pihak iaitu pembeli dan penjual untuk

mengesahkan sesuatu kontrak atau membatalkan kontrak tersebut8. Kebiasaannya penentuan

khiyar ini berdasarkan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.9 Dalam kitab

Kifayah al-Akhyar, Imam Taqiuddin Abu Bakr bin Muhammad al-Husayni menyebut bahawa

khiyar bagi dua orang pembeli dan penjual adalah selagi mana mereka tidak berpisah dalam

urusan jual beli tersebut10. Beliau menambah lagi bahawa syarat berpisah tersebut adalah

selama tiga hari11.

Sebenarnya khiyar disyariatkan adalah untuk memenuhi kepentingan transaksi

perniagaan menurut hukum Islam. Kepentingan ini bertujuan menjaga kemaslahatan dan

kerelaan kedua belah pihak dan melindungi mereka dari kemungkinan bahaya yang

merugikan perniagaan mereka kelak. Secara umumnya ulama telah membahagikan khiyar ini

kepada beberapa jenis. Imam Hanafi membahagikan kepada tujuh belas jenis, Shafi‘i enam

belas, Hanbali lapan jenis dan Maliki dua jenis.12 Namun dalam artikel ini penulis hanya

menjelaskan empat khiyar utama sahaja iaitu ialah Khiyar Majlis, Khiyar Shart, Khiyar Aib,

dan Khiyār Ru’yah.

7 Abd Aziz Muhammad ‘Azzam, 2010, Fiqh Muamalat : Sistem Transaksi dalam Fiqh Islam, Jakarta Amzah 8 al-Shalabi, Muhammad Mustaffa, 1983, al-Madkhal Fi al-Taarif bi al-Fiqh al-islami wa Qawaid al-Milkiyyah

wa al-Uqud Fihi, hlm 595 9 ibid 10 Imam Taqiuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini, 1994, Kifayatul Akhyar fi Hal Qayah al

Ikhtisar.jil.1.Maktab Buhus Wa al-Dirasat : Dar al-Fikr, hlm.203 11 ibid 12 Al-Zuhaily, Wahbah.(t.th) Fiqh al-Islam wa adillatuhu, Dar al-Fikr

5

Khiyar Majlis

Khiyar majlis merujuk kepada hak pilihan ketika dalam majlis. Ini dimaksudkan dengan

hak bagi kedua belah pihak, antara penjual dan pembeli untuk melangsungkan jual beli atau

membatalkannya selama masih berada di tempat (majlis) jual beli itu.13 Apabila keduanya

berpisah dari majlis tersebut, maka hilanglah hak khiyar ini sehingga perubahan tidak dapat

dilakukan lagi14. Majlis akad ini juga bermaksud waktu yang dimulai ijab dan waktu

berterusan selagi belum berlaku qabul. Oleh yang demikian dalam tempoh waktu tersebut

penjual dan pembeli mempunyai hak untuk membuat pilihan samada meneruskan atau

membatalkannya.15 Khiyar ini menurut Mazhab Shafie dan Hanbali terbatas kepada akad

muawadat16 dan ijarah. (sewaan). Manakala Mazhab Malikiyyah dan Hanafiyyah menolak

keberadaan khiyar majlis ini.

Khiyar Shart

Khiyār sharat merupakan suatu pilihan yang telah ditetapkan syarat dalam sesuatu

kontrak. Ia memberikan hak kepada salah satu, atau kedua-duanya atau kepada pihak ketiga

untuk mengesahkan atau membatalkan sesuatu kontrak dalam sesuatu tempoh masa17. Pada

dasarnya khiyar ini memberi tempoh masa tersebut supaya penilaian semula faedah dan kos

terlibat dapat dilakukan dalam sesuatu kontrak tersebut. Imam Shafie dan Imam Abu Hanifah

menghadkan tempoh khiyar sharat hanya kepada tiga hari, manakala Imam Ahmad Ibn

Hanbal tidak menetapkan limitasi tempoh tersebut. Tujuan khiyar ini adalah untuk memberi

peluang kepada penjual dan pembeli supaya tidak terburu-buru mengambil keputusan bagi

membolehkah mereka berfikir dan membuat keputusan sewajarnya. Di dalam Majalah al-

ahkam al-adliyyah menyebutkan bahawa diharuskan mengadakan syarat bagi pilihan (khiyar)

13 Ibid, hlm 250 14 M.Nadratuzzaman Hosen dan AM. Ali Hasan,2007, Kamus Popular Keuangan Ekonomi Syariah. Jakarta :

PKES Publishing, hlm.43 15 Abd Sattar Ghuddah ,1985, al-Khiyar wa atharuhu fi al ‘uqud, Matbaah Maghawiy Dallah Barakah, hlm 118 16 Muawadat bermaksud akad yang saling mengganti antara dua pihak seperti segala bentuk jual beli dimana

pembeli memberi sejumlah wang kepada penjual dan si penjual memberikan barang yang dibeli 17 Mohammed Obaidullah, 1998, “Financial Engineering with Islamic Options”, Islamic Economic Studies,

Vol. 6, No. 1, hlm.77.

6

untuk membatalkan akad dan pihak yang telah diberi pilihan tersebut samada memilih

meneruskan atau memfasakhkannya.18

Khiyar ‘Aib

Khiyar ‘Aib ialah hak untuk membatalkan atau meneruskan jual beli barang bagi pihak

yang berakad. Hal ini terjadi jika sesuatu barang yang dibeli mengalami kecacatan atau

kerosakan, maka penjual berhak mengembalikan wang yang diberi oleh pembeli tersebut.19

Dalam jual beli, Islam mensyaratkan kesempurnaan dalam amalan perniagaan dan melarang

berjual beli dengan amalan yang salah yakni batil. Para fuqaha menitikberatkan keharusan

khiyar aib ini kerana ia adalah bagi memastikan keselamatan sesuatu barangan yang menjadi

subjek kontrak dari sebarang kecacatan. Memastikan keselamatan barangan tersebut sangat

penting sehingga pihak yang memiliki barang tersebut mendapat manfaat sepenuhnya

sehingga memenuhi hajat dan keperluannya.20 Secara prinsipnya khiyar aib ini bertujuan

apabila akad kontrak itu berlaku sekiranya tidak terjamin keelokkan subjek kontrak, maka

kerelaan yang merupakan asas kontrak terjejas makan bagi menampung kekurangan ini

disyarakkan khiyar aib bagi pihak yang bakal memiliki barang tersebut.21

Khiyar Ru’yah

Khiyar ru’yah ialah hak membuat pilihan yang diberi kepada pembeli samada ingin

meneruskan kontrak atau membatalkannya apabila telah melihat barang jualan yang tidak

dilihatnya semasa melakukan akad22. Mazhab Hanafi menggariskan jual beli barangan yang

tidak nampak sah di sisi hukum. Mereka berpendapat risiko pembeli adalah minimum kerana

jika barangan sudah sampai, maka pembeli berhak untuk membuat pilihan barangan yang

18 Al-Ahkam Al-Adliyyah (Undang-Undang Sivil Islam), 1990, Terjemahan: Md Akhir Hj Yaakob. Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Perkara 300 dan 301, Fasal pertama Bab keenam, hlm 89 19 Nasrul Hisyam NorMuhamad. 2008, “Aplikasi Sains Dan Teknologi Dalam Transaksi Muamalah Islam:

Rujukan Kepada Rukun-RukunAkad Mengikut Perspektif Undang-Undang Kontrak Islam”, Jurnal

Teknologi, 49(E) Dis, hlm.81-91

Ahmad Yahya al-Murtado.1988, Bahr al Zuhar al Jami’ lil Mazahib ulama al-Amsar, Dar al Hikmah al-

yamaniah, Sana’, hlm 354 21 Ibn Humam, Kamal al_din Muhammad ibn Abd al-Wahid al-Suyawasi t.th, cet ke-2 Sharh fath al-Qadir ,

Beirul Dar-al-Fikr 22 Suruhanjaya Sekuriti.2006, Buku Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti . Kuala Lumpur:

Security Commision, hlm.119

7

dilihatnya23. Imam Shafi‘i pula tidak bersetuju kerana transaksi sebegitu terdapat gharar yang

tidak diketahui risikonya.

Walaupun majoriti Fuqaha’ berpandangan khiyar (pilihan) ialah perjanjian membeli

atau menjual sesuatu barangan pada harga tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan dan

merupakan sesuatu transaksi yang sah di sisi undang-undang tertakluk kepada kebenaran

produk tersebut, namun ia masih mempunyai ruang perbahasan yang panjang berkenaan

konsep dan amalan khiyar yang dilaksanakan terutamanya di negara ini. Oleh yang demikian

melihat kepada sudut kesesuaian dan pengharmoniannya, elemen-elemen pilihan yang

dilaksanakan dalam peruntukan undang-undang sedia ada boleh memberi ruang

penambahbaikan kearah pelaksanaan prinsip khiyar sejajar menurut hukum syarak

PILIHAN DALAM KONTEKS PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Pilihan berdasarkan perundangan Malaysia merujuk kepada hak seseorang pembeli

dan pengguna untuk meratifikasikan sesuatu perjanjian atau menarik balik kontrak tersebut

dalam tempoh waktu yang ditetapkan24. Selain dari itu juga ia menurut peruntukan Akta

Perlindungan Pengguna 1999 menjelaskan bahawa terma pilihan yang dimaksudkan ini

merujuk kepada hak seseorang pengguna dalam sesuatu transaksi bagi tempoh pembatalan

atau penerimaan kontrak25. Menurut Wu Min Aun pilihan adalah merujuk kepada hak bagi

seseorang pembeli bagi menentukan samada meneruskan kontrak ataupun tidak26.

Secara umumnya istilah pilihan yang dijelaskan menunjukkan ia adalah satu hak yang

diberikan oleh syarak dan perundangan kepada pihak yang berkontrak samada penjual dan

pembeli dalam memastikan transaksi perniagaan berjalan dengan penuh kerelaan kedua belah

pihak. Ini menunjukkan bahawa peruntukan hak pilihan ini selaras dengan konsep hak

pengguna yang dinyatakan dalam undang-undang pengguna iaitu lapan Hak Pengguna yang

menggariskan objektif agar hak pengguna dipelihara27

23 Ibid hlm. 113 24 Hafiz Shukri, Ruzian Markom, 2013 Pengharmonian Prinsip Khiyar al-rukyah dalam transaksi perniagaan

di Malaysia, Jurnal Kanun, DBP 25 Lihat Bahagian VI, Hak Terhadap Pembekal berkenaan dengan gerenti dalam pembekalan barang : Akta

Perlindungan Pengguna 1999 26 Wu Min Aun & Beatrix Viohrah.1996, The commercial Law of Malaysia ; Cornell University Press, Hlm 25 27 http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/hak-pengguna

8

Dalam menjelaskan tentang kedudukan prinsip dan elemen pilihan dalam undang-

undang maka perlu meneliti kembali sejauh mana kontrak perundangan yang diperuntukan

memberi hak kepada pihak berkontrak untuk melaksanakan hak mereka semasa berkontrak.

Justeru pemahaman tentang kedudukan kontrak dan perundangan serta latarbelakang, apakah

elemen kontrak yang diperuntukan dalam Akta Kontrak 1950 (Akta 136) telah memberi hak

kepada pihak berkontrak untuk melakukan pilihan tersebut.

LATARBELAKANG UNDANG-UNDANG KONTRAK

Undang-Undang kontrak adalah suatu cabang undang-undang persendirian dalam negara

ini. Istilah kontrak menurut adalah suatu tafsiran bahawa ditengah-tengah undang-undang

kontrak terletak idea tentang persetujuan, janji dan rundingan yang saling berkaitan”.28

Menurut Halsbury’s Law of England29 ungkapan kontrak walaubagaimana pun mungkn boleh

digunakan untuk memerihalkan mana-mana satu daripada berikut:

a) Beberapa siri janji atau perlakuan itu sendiri yang menjadikannya kontrak

b) Dokumen atau beberapa dokumen yang menjadikan atau menerangkan bahawa siri

janji atau perlakuan tersebut atau pelaksanaannya

c) Hubungan undang-undang yang timbul daripada siri tersebut.30

Amalan transaksi atau kontrak adalah suatu tindakan yang dilakukan setiap hari samada

disedari ataupun tidak.. Kontrak membeli barangan di kedai-kedaia adalah satu kontrak yang

mana penjual bersetuju menjual sesuatu barangan dan pembeli bersetuju membeli barangan

yang ditawarkan dengan balasan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kontrak juga tidak

perlu bertulis dan tidak semestinya juga mempunyai terma-terma atau syarat-syarat yang

banyak di dalam nya. Dalam menentukan kewujudan dan keesahan sesuatu kontrak, biasanya

kita lihat dulu samada wujudnya perjanjian yang boleh dikuatkuasakan undang-undang

(legally enforceable). Ini dihuraikan dengan jelas dalam penghakiman Hakim V. C George

dalam kes Sri Kajang Rock Products Sdn Bhd v Mayban Finance Bhd31:

28 Tillotson, Contract Law in Perspective, Butterworths, 1981. hlm 6 29 Halsbury Laws of England, edisi k-4 Jil 4 hlm 80 30 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang-Undang kontrak Malaysia, International

Law Book service 31 [1992] 1 CLJ 204

9

“ Untuk membentuk kontrak yang sah mesti ada pihak yang berasingan dan yang

pasti dengannya; pihak ini mestilah dalam perjanjian, iaitu, kata sepakat; -dua

pihak mesti berhasrat untuk mewujudkan hubungan undang-undang dalam erti

kata bahawa janji-janji setiap sisi adalah enforceably semata-mata kerana

mereka adalah janji kontrak dan janji-janji setiap pihak mesti disokong oleh

pertimbangan”

Dari apa yang dinyatakan di atas, kita boleh simpulkan bahawa:-

1. Sebelum wujudnya satu kontrak, perlu adanya satu perjanjian;

2. Perjanjian itu hendaklah di antara dua atau lebih pihak;

3. Perjanjian itu hendaklah mewujudkan obligasi untuk melakukan atau tidak

melakukan sesuatu;

4. Terdapat niat-niat dari pihak-pihak terbabit untuk mewujudkan perhubungan di sisi

undang-undang dimana…..

5. sebarang pemecahan janji atau set janji akan memberikan remedi di sisi undang-

undang kepada pihak yang satu lagi

6. Janji atau set janji itu hendaklah juga diiringi oleh balasan (consideration).

Dalam konteks di Malaysia, aplikasi Jualan Barangan secara umumnya terikat dengan

peruntukan Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) selagi mana tidak bertentangan dengan

akta kontrak 1950 (Akta 136). Sudah pasti bahawa keterikatan undang-undang yang

mengawal selia aktiviti kontrak bukan sahaja undang-undang jualan barangan semata-mata

malah juga harus memahami Akta Kontrak 1950 (Akta 136) dan Akta Perlindungan

Pengguna 1999 (Akta 599).

AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136)

Secara umum berlatarbelakangkan sejarah bahawa Akta kontrak di Malaysia adalah

dikanunkan dari Contacts Ordinance 195032. Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) dari

enakment Contracts (Malay States) Ordinance 1950 yang terdahulu diaplikasi di sembilan

negeri, berasal dari undang-undang kontrak India iaitu Akta Kontrak India 1872 yang

diubahsuai dari model English yang juga meminjam sebahagian proviso dari kod deraf New

York33. Disebabkan sejarah koloni Inggeris bertapak di tanah Malaya suatu ketika dahulu,

maka kesannya terhadap sistem perundangan tempatan adalah berpandukan common law

32 Abdul Majid Nabi Baksh & Krishnan Arjunan, Business Law in Malaysia.2007, Lexis Nexis : Malayan Law

Journal, hlm. 50 33 Beatrix Vohrah & Wu Min Aun.2000, The Commercial Law of Malaysia, Edisi kedua, Longman, hlm.3.

10

merujuk kepada sistem perundangan di England dan India atas faktor sejarah dan kedudukan

Majlis Privy yang dulu merupakan mahkamah rayuan tertinggi Malaysia sebelum digantikan

dengan Mahkamah Persekutuan 34.

Meskipun Malaysia kini mempunyai perundangan kontraknya sendiri iaitu Akta

Kontrak 1950 (Akta 136), namun secara asasnya prinsip undang-undang Inggeris yang

digunakan. Akan tetapi telah diubahsuai atau dimodifikasikan agar sesuai dengan keadaan

tempatan. Akta Kontrak ini adalah berasaskan Akta Kontrak India 1872 yang juga merupakan

satu kodifikasi dari common-law Inggeris. Akta 136 adalah satu perundangan terpenting bagi

hal-hal komersial di Malaysia. Sebagaimana di dalam common-law, undang-undang kontrak

di Malaysia turut mengariskan keperluan yang perlu wujud dalam sesuatu kontrak. Prinsip

asas dalam undang- undang kontrak adalah bagi satu kontrak itu wujud, maka perlu wujud

perjanjian yang SAH dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang terlebih dahulu.

Di dalam Akta Kontrak 1950 terdapat terma perundangan yang menggariskan elemen hak

pilihan yang diberikan kepada pihak-pihak berkontrak. Dalam terma tersebut dinamakan

sebagai Pelepasan Kontrak. Dalam sesuatu kontrak adalah menjadi kewajipan kedua belah

pihak untuk melaksanakan obligasi yang dipersetujui. Namun hak obligasi itu boleh

dilepaskan sekiranya pihak berkontrak tidak dikehendaki melaksanakan kewajipan tersebut

mengikut cara-cara dibawah.35 :

a. Pelepasan menerusi persetujuan

b. Pelepasan dengan pelaksanaan syarat

c. Pelepasan melalui kemungkiran kontrak

d. Pelepasan melalui kekecewaan36

AKTA JUALAN BARANGAN (AKTA 382)

Akta Jualan Barangan (AJB 1957) adalah merupakan sumber utama undang-undang

jualan barangan di Malaysia. Akta ini dinamakan sebagai jualan barangan juga dikenali

sebagai Akta 382. Akta ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini akta ini

adalah merupakan semakan kepada Ordinan Jualan barangan (Negeri-Negeri Melayu) 1957

34 Farhah Abdullah, Sakina Shaikh Ahmad, 2011, Fasal Pengecualian dan kawalan undang-undang di

Malaysia, Layanan Perundangan, Prosiding Perkem IV hlm 218-227 35 Harlina Mohamed On, Ruzian Markom, Rozanah Ab Rahman. 1999, Prinsip Undang-Undang Perniagaan di

Malaysia, Shah Alam Selangor, hlm. 54 36 Ibid. hlm 55

11

yang dikuatkuasakan hanya dinegeri-negeri melayu pada 23 Mei 1957. Akta ini telah

disemak semula pada 1989 dan diterbitkan semula sebagai akta Jualan Barangan 1957.

Namun pada tahun 1990 AJB ini telah dipinda dan diperluas lagi penggunaannya di Negeri-

negeri selatan akibat daripada kekeliruan dan persoalan yang tentang kedudukan akta

tersebut.AJB 1957 mengandung 7 Bab dan 64 seksyen yang memperuntukan perkara-perkara

seperti terma tersirat, klausa pengecualian dan remedi.37 Akta ini juga mengawal urusan

kontraktual jualan barangan antara pembeli dan penjual. Peruntukan yang terkandung di

bawah AJK 1957 memperlihatkan kesamaan dengan Akta Inggeris Sales of Goods 1893.

Namun akta ini dimansuhkan dan diganti dengan Sales of Goods Act 197938

AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA (AKTA 599)

Akta Perlindungan Pengguna 1999 adalah merupakan satu peruntukan bagi

melindungi pengguna. Penggubalan akta ini amat penting bagi memastikan hak pengguna

terpelihara dan mampu mengatasi sebarang masalah khususnya dalam transaksi

perniagaan.Selaras dengan aspirasi negara menggalakkan perdagangan sihat serta

membanteras penindasan golongan yang lemah, APP 1999 telah diperkenalkan. Dengan

berkuatkuasanya APP 1999 pada 15 November 1999, peruntukan-peruntukan APP 1999 yang

menyentuh tentang pembekalan barang kini membentuk sebahagian daripada undang-undang

jualan barang di Malaysia.39

Justeru bagi menyahut laungan ini, APP 1999 telah digubal bagi memenuhi tiga

tujuan utama yakni, (i) mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna; (ii) penubuhan

Majlis Penasihat Pengguna Negara; dan (iii) penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna.40

Penguatkuasaan AJB APP 1999 pada 15 November 1999 bermakna peruntukan-peruntukan

37 Afiq Hizami Azmir, 2013, Pembaharuan Undang-Undang Jualan Barangan di Malaysia, Fakulti Undang

Undang, UKM ,Tesis Master, UKM 38 Sakina Shaik Ahmad Yusoff. 2007, Susur galur Undang-Undang Jualan barangan di Malaysia, Undang

Undang Malaysia : 50 tahun merentas zaman, Fakulti Undang-Undang UKM. hlm 198-200 39 Zeti Zuryani Mohd Zakuan, Sakina Shaikh Ahmad Yusof, 2011 Gerenti tersirat di bawah Akta Perlindungan

Pengguna 1999: Penambahbaikan ke atas kepada syarat tersirat di bawah Akta Jualan Barangan

19577, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat 40 Sakina Shaikh Ahmad Yuspf, Rahmah Ismail, 2011, Perlindungan Pengguna di bawah Undang-Undang

pembekalan barangan dan perkhidmatan, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat

12

APP 1999 yang menyentuh tentang pembekalan barang kini membentuk sebahagian daripada

undang­undang jualan barang di Malaysia.41

Namun demikian pada tahun 2007, untuk lebih memantapkan lagi akta ini pindaan

telah dilakukan kepada akta APP 1999 dengan meluaskan lagi kepada e-dagang melalui

pemansuhan subseksyen 2(2) (g). Dan pada tahun 2010 pula telah berlaku perubahan besar

dengan memperkenalkan Bahagian IIIA berkaitan terma tidak adil. Terma ini bertujuan

mengukuhkan lagi tahap perlindungan pengguna di Malaysia. Walau bagaimana pun terma

ini menyaksikan berlaku kelompongan yang besar dimana ianya sekadar menambah kepada

peruntukan AJB 1957 dan Akta Kontrak 1950 yang mengandungi fasal pengecualian.42

PERUNTUKAN BAB 2 AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136)

Akta kontrak 1950 (Akta 136) adalah merupakan satu Akta induk yang

menguatkuasakan aspek kontrak di Malaysia. Akta ini merupakan akta utama yang menjadi

dasar kepada semua jenis kontrak di Malaysia. Selagi mana sesuatu peruntukan itu tidak

bercanggah dengan peruntukan khusus undang-undang maka Akta Kontrak 1950 akan

menjadi sumber rujukan.43 Sebagai contoh dalam kes Song Bok Yong vs Ho Kim Poui44,

dijelaskan terdapat percanggahan peruntukan antara akta kontrak 1950 degan undang-undang

Inggeris , maka Akta Kontrak 1950 diutamakan.45 Dalam konteks sebuah akta yang disifatkan

sebagai landasan kepada semua jenis kontrak, maka semua aspek dari segi pembentukan

kontrak telah digariskan termasuklah dari segi pembentukan, kontrak boleh batal,

pelaksanaan dan sebagainya. Kertas ini akan memfokuskan dalam penulisan ini tentang Bab

2 dalam aspek pembentukan dengan peruntukan bertajuk “Mengenai Komunikasi,

Penerimaan dan Pembatalan Cadangan.

Menurut Akta Kontrak 1950 (Akta 136) ini yang memperuntukan tentang tajuk

Mengenai Komunikasi, Penerimaan dan Pembatalan Cadangan. Bahagian ini memperuntukan

41 ibid 42 Farhah Abdullah& Sakina Shaikh Ahmad Yusoff, 2013, Fasal pengecualian dalam kontrak pengguna di

malaysia dan united kingdom. Analisis Perbandingan Legislatif. Proceeding of International

Conference on Consumerism. hlm 356. 43 Ini dijelaskan secara langsung melalui sekseyn 1 (2) “ Tiada apa-aa yang terkandung dalam Akta ini boleh

menyentuh peruntukan mana-mana akta bertulis atau mana-mana kelaziman atau adat trend atau sebarang

perkara yang berkaitan dengan mana-mana kontrak yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta” 44 [1968] 1 MLJ 56 45 Suzana Mohd Isa, Azimon Abd Aziz, 2011, Undang-undang Kontrak Malaysia: Keterbatasan Pemakaian

Dalam Kontrak Pengguna, Jurnal Pengurusan 32 (2011) ms 39-53

13

bermula seksyen 3 hingga 9 yang menghuraikan tentang aspek-aspek berkaitan dengan

komunikasi, penerimaan dan pembatalan cadangan dalam berkontrak. Menurut seksyen 3

dalam tajuk Komunikasi, penerimaan dan pembatalan cadangan menyatakan bahawa:

“ Komunikasi cadangan, penerimaan cadangan, pembatalan cadangan dan

pembatalan penerimaan masing-masing adalah dianggap dibuat dengan mana-

mana perbuatan atau ketinggalan perbuatan oleh pihak yang mencadang, yang

menerima atau yang membatalkan dengan mana pihak itu berniat untuk

mengkomunikasikan cadangan, penerimaan atau pembatalan itu atau yang

pembatalan itu atau yang mempunyai akibat untuk mengkomunikasi cadangan

itu”46

Dalam konteks maksud kontrak menurut undang-undang sivil bahawa sesuatu kontrak itu

haruskan berlaku dengan memenuhi elemen-elemen asas yang perlu termasuklah47 :

a. Wujudnya tawaran atau perjanjian yang dibuat oleh seseorang dan ditujukan kepada

individu tertentu atau ditujukan kepada orang ramai

b. Terdapat penerimaan atas tawaran yang dibuat dan penerima tawaran bersetuju

untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

c. Pihak yang berkontrak haruslah berkeupayaan untuk memasuki sebuah kontrak

d. Ada niat diantara pihak yang terbabit untuk menjadikan sesebuah perjanjian tersebut

mengikat disisi undang-undang

e. Wujud kerelaan untuk memasuki kontrak tanpa sebarang paksaan, pengaruh tak

berpatutan dan khilaf

f. Semua butiran dalam kontrak perlu jelas dan tentu maksudnya.

Justeru keperluan utama sesuatu kontrak terbentuk adalah perjanjian. Oleh kerana itu

perlu wujud dua pihak bagi membentuk perjanjian iaitu satu pihak sebagai pembuat tawaran

dan satu pihak lagi sebagai penerima tawaran. Ini kerana menurut undang-undang kontrak

jika berlaku satu pihak sahaja maka tidak memadai.48 Untuk mewujuddkan satu kontak itu

sah disisi undang-undang kontrak memerlukan beberapa elemen penting :

a. Cadangan

b. Penerimaan

c. Balasan

d. Niat mewujudkan hubungan disisi undang-undang

46 Seksyen 3 Akta Kontrak 1950 (Akta 136)

47 Salleh Buang, Nordin Torji, 1992 Undang-Undang Kontrak di Malaysia, Kuala lumpur, Central Law Book

Company 48 Mohamad Sabri, Shapiai Abd rahman, 1996 Asas-Asas Undang-Undang Perniagaan, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka

14

e. Keupayaan

f. Kerelaan Bebas

g. Keesahan kontrak49

Justeru penulis menggariskan dan menghuraikan definisi Bab 2 Akta Kontrak yang

menjelaskan kedudukan kontrak termasuklah mengenai komunikasi, penerimaan dan

pembatalan cadangan. Bab 2 ini menjadi asas yang sangat penting terhadap status kontrak

khiyar yang menjadi topik utama penulis ini untuk menganalisa bagaimana terma dan

peruntukan dalam Bab ini menghuraikan unsur-unsur yang bertepatan dan bersamaan dengan

prinsip khiyar menurut hukum kontrak Islam.

PEMBENTUKAN SEBUAH KONTRAK

Pembentukan sesuatu kontrak adalah merupakan satu persetujuan antara pihak yang

berkontrak. Menurut takrifan undang-undang bahawa dalam sekseyn 2 (h) Akta Kontrak

1950 (Akta 136) bahawa kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang boleh

dikuatkuasakan oleh undang-undang. Takrifan ini juga dapat dikemaskan lagi

penghuraiannya dengan merujuk juga kepada seksyen 10 Akta Kontrak 1950 yang

memperuntukan bahawa :

“satu perjanjian perlu dibuat dengan prinsip kerelaan bebas pihak-pihak yang

layak berkontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan suatu tujuan yang

sah dan tidak ditetapkan dengan nyata dibawah peruntukan ordinan ini bahawa

ianya terbatal.”

Namun demikian sesuatu kontrak sebelum ianya termeterai, elemen-elemen utama sesuatu

kontrak untuk menjadikan ianya sah perlu dipastikan wujud. Sesuatu kontrak perlu

mempunyai tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat, keupayaan untuk berkontrak,

ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan yang sah.50

Menurut Islam dan undang-undang syariah menggariskan empat unsur utama dalam

pembentukan kontrak dan menjadikan ianya sah dalam sesebuah kontrak. Menurut Wahbah

Zuhaily bahawa empat unsur tersebut seperti berikut :

49 Sakina Shaik Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000, Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia, International

Law Book Service 50 Shaikh Mohd Noor Alam, 2000 Undang-Undang Komersil di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL

15

a) Lafaz Kontrak – wujudnya pembuat tawaran dan penerimaan dan perlu suatu yang

lahir daripada dua pihak yang berkontrak bagi menunjukkan niat secara lafaz,

perbutan, isyarat atau tulisan

b) Pihak yang berkontrak – Pihak yang berkontrak perlulah berkelayakan menurut

pandangan syarak

c) Tempat kontrak – iaitu keadaan tempat pihak berkontrak membuat kontrak

d) Perkara kontrak51

KOMUNIKASI CADANGAN (Seksyen 4, Akta Kontrak 1950)

Di dalam seksyen 2(a) Akta kontrak 1950 menjelaskan tentang maksud cadangan :

“Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk

melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan maksud

memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri

daripada berbuat sesuatu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat

cadangan”52

Akta Kontrak memperuntukan seksyen 4 (1) berkenaan dengan komunikasi cadangan

bila lengkap. Menurut Seksyen ini komunikasi cadangan adalah lengkap, bila cadangan itu

sampai kepada pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat. Menurut seksyen 4 (2) :

(a) terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu telah masuk ke dalam

perjalanan pengiriman kepadanya dimana ianya berada diluar kuasa penerima

(b) terhadap penerima bila komunikasi tersebut telah sampai ke pengetahuan

pencadang.

Ini bermaksud cadangan menurut perspektif kontrak adalah sesuatu cadangan dan

penerimaan itu mestilah mengetahui ianya wujud. Pengetahuan ini menggambarkan

wujudnya pertemuan minda antara kedua belah pihak yang telah mencapai persetujuan. Oleh

51 Wahbah Zuhaily, 1995, Fiqh Perundangan Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka 52 Seksyen 2, Akta Kontrak 1950

16

itu setiap cadangan adalah berkehendakkan penerimaan dan suatu penerimaan mestilah

berdasarkan cadangan.53

Dalam satu kes Preston Corporation Sdn Bhd lwn Edrward Leong dan Lain-Lain54, Hakim

Salleh Abas mendefinisikan tawaran dan cadangan sebagai satu kesediaan membuat tawaran

untuk menjalin sesuatu kontrak yang sah mengikut undang-undang. Terma-terma seperti

secara nyata ataupun termaklum hendaklah menunjukkan bahawa ia akan menjadi mengikat

sebaik sahaja diterima oleh pembuat tawaran ia perlulah mengandungi janji dan mengikat.

PENERIMAAN CADANGAN (Seksyen 7, Akta Kontrak 1950)

Penerimaaan Cadangan bermaksud tanda kesediaan seseorang yang telah menerima

cadangan untuk menjalin satu hubungan kontrak dengan pihak yang membuat cadangan. 55

Menurut Seksyen 2(b) Akta Kontrak 1950 menjelaskan bahawa apabila orang kepada sesiapa

cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan

bahawa cadangan itu diterima, maka suatu cadangan diterima itu adalah menjadi janji.56

Menurut Seksyen 7 (a) Akta Kontrak 1950 telah menyatakan denga jelas bahawa :

“ Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji maka penerimaan mestilah

mutlak dan tidak bersyarat”

CADANGAN (IJAB) DAN PENERIMAAN (QABUL) MENURUT ISLAM

Komunikasi cadangan dan penerimaan atau dengan kata lain syarat utama pelaksanan

cadangan dan penerimaan itu terbahagi kepada 3 :

a) Jelas perbuatan cadangan dan penerimaan

b) Cadangan dan penerimaan perlu selari iaitu sesuatu penerimaan perlu mengikut

ketentuan cadangan

53 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000. Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia, International

Law Book of Services 54 [1982] 2, MLJ 22 55 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000, Mengenali Undang-Undang Kontrak di Malaysia,

International Law Book Services 56 Seksyen 2 (b) Akta Kontrak 1950

17

c) Cadangan dan penerimaan hendaklah dibuat dalam satu majlis jika kedua-dua pihak

berkontrak hadir dalam majlis dimana pihak yang tifdak hadir mengetahui kewujudan

penerimaan itu

PEMBATALAN PENERIMAAN DAN CADANGAN (Seksyen 5 Akta Kontrak)

Menurut Akta Kontak 1950 atas tajuk Pembatalan cadangan dan penerimaan

berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 5 menjelaskan:

Seksyen 5 :

(1) Sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi

penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya

(2) Sesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi

itu adalah lengkap terhadap penerima tetapi tidak selepasnya.

Pembatalan mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang terlibat dalam sesuatu perjanjian.

Berdasarkan seksyen 4(3) Akta Kontrak 1950 komunikasi pembatalan menjadi lengkap “

a) terhadap orang yang membuat pembatalan , bila komunikasi pembatalan itu telah

dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat

dimana ianya berada diluar kuasa orang yang membuatnya:

b) terhadap orang kepada siapa yang ianya dibuat, bila pembatalan itu sampai kepada

pengetahuan.

Dalam kes Win Sin Lwn Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga (LPPKN)57,

Mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa komunikasi pembatalan menjadi lengkap

terhadap orang yang membuat pembatalan apabila notis pembatalan tersebut di masukkan ke

dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat manakala komunikasi

pembatalan menjadi lengkap kepada siapa pembatalan dibuat adalah apabila pembatalan itu

sampai ke pengetahuannya.58 Dalam pada itu juga pembatalan ke atas penerimaan hanya

boleh dilakukan sekiranya penerima belum sempurna. Berdasarkan seksyen 5 (2) Akta

Kontrak 1950 yang menjelaskan bahawa penerima boleh menarik balik penerimaannya

57 [2000] 1 MLJ 423 58 Ahmad Samsul Aziz, 2000 Elemen Tawaran dan Penerimaan dalam pembentukan kontrak Jual Beli Perspektif

Undang-Undang Sivil dan Syariah

18

walaupun beliau telah mengepos penerimaan asal surat itu belum sampai ke pengetahuan

pembuat tawaran.

Berdasarkan kepada Akta Kontrak 1950 sesuatu cadangan itu dianggap terbatal adalah diatas

sebab-sebab berikut :

a) Apabila pencadang mengkomunikasi notis pembatalan kepada penerima

cadangan

Ini bermaksud bahawa apabila pencadang menyampaikan hasratnya kepada penerima

bahawa beliau membatalkan cadangan tersebut maka cadangan sebelum itu dianggap

tamat dan berakhir bila diketahui oleh penerima. Ini ditetapkan menurut peruntukan

seksyen 4 (3) Akta Kontrak 1950 :

“ Komunikasi Pembatalan adalah lengkap apabila :-

(a) terhadap orang yang membuat pembatalan bila komunikasi pembatalan

itu dimasukkan dalam perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan

itu dibuat, dimana ianya berada diluar kuasa orang yang membuatnya;

(b) terhadap orang kepada siapa yang ianya dibuat, bila pembatalan itu

sampai kepada pengetahuannya.59

Oleh itu, secara umumnya pencadang boleh membatalkan cadangannya pada

bila-bila masa sebelum sesuatu penerimaa dibuat oleh si penerima cadangan. Dalam

kes Routledge v.Grant 60yang berlaku pada 18 Mac 1825 defendan telah membuat

cadangan utuk membeli rumah plaintif. Defendan telah memberi tempoh kepada

plaintif selama 6 minggu dari tarikh cadangan untuk menerima cadangan yang

dibuatnya. Walau bagaimanapun pada 9 April defendan telah membatalkan

cadangannya. Pada 29 April plaintiof telah membuat penerimaan kepada cadangan

tersebut. Mahkamah memutuskan bahawa defendan boleh membatalkan

cadangannya pada bila-bila masa selagi belum ada penerimaan dibuat oleh plaintif.61

59 Seksyen 4(3) Akta Kontrak 1950 60 [1825] 130 ER 920 Lihat juga kes Dickson v. Dodds [1876] 2 ChD 463 61 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang_undang Kontrak Malaysia, International

Law Book Serrvices

19

b) Apabila luput waktu yang ditetapkan untuk satu penerimaan

Selain daripada itu sesuatu cadangan itu boleh terbatal atas faktor keluputan waktu dimana

pencadang menetapkan satu tempoh tertentu untuk suatu penerimaan dibuat tetapi ianya tidak

dibuat dalam tempoh ditetapkan.62 Oleh itu cadangan itu akan tamat secara automatik jika

tiada tempoh tertentu oleh pencadang. Dalam keadaan bila tiada batas waktu, maka cadangan

itu akan luput mengikut wakut yang munasabah. Waktu munasabah mengikut kebiasaan dan

fakta kes secara keseluruhan.

c) Berlaku kemungkiran kontrak oleh penerima mengenai syarat penerimaan

Selain dari itu juga sesuatu cadangan adalah dibatalkan jika berlaku kemungkiran kontrak

oleh penerima untuk memenuhi sayarat terdahulu mengenai penerimaan. Sesuatu cadangan

itu akan berakhir apabila penerima cadangan menolak sesuatu cadangan yang ditujukan

kepadanya. Menurut Seksyen 7 Akta Kontrak 1950 :

Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai satu janji maka penerimaan itu mestilah :-

(a) Mestilah mutlak dan tak bersyarat

Ini bermakna sebarang penolakan daripada cadangan asal adalah sebagai satu cadangan

balas oleh penerima kepada pembuat cadangan. Dalam kes Hyde b. Wrench63 pada 6 Jun ,

defendan telah membuat cadangan utuk menjual ladangnya dengan harga 1000. Pada 8 Jun ,

plantif menyatakan bahawa beliau menerima cadangan tersebut dengan harga 950 tetapi ada

27 Jun defendan telah menolak harga tersebut. Akhirnya pada 29 Jun plaintif menyatakan

kesanggupannya membeli dengan harga asal 1000. Apabila defendan enggan menjualnya

planitif telah membuat tuntutan pelaksanaan spesifik keatasnya. Mahkamah memutuskan

bahawa satu kontrak yang mengikat tidak wujud kerana ada nya cadangan balas plaintif telah

meluputkan cadangan asal plantif dan cadangan tidak boleh dihidupkan semula semata-mata

kesanggupan plaintif membayar mengikut harga asal.64

62 ibid 63 [1866] LR 1 Ex 109 64 Sakina Shaikh Ahmad, Azimon Abd Aziz, 2000 Mengenali Undang-Undang Kontrak Malaysia, International

Law Book Services.

20

Namun dalam konteks pembatalan kontrak menurut hukum kontrak Islam pembatalan

terhadap cadangan adalah berlaku apabila ada pihak yang menunjukkan keengganan

meneruskan kontrak tersebut. Begitu juga jika pencadang meninggalkan majlis sebelum

penerima menerima cadangan tersebut maka cadangan itu menjadi batal. Namun jika selepas

majlis kontrak tersebut pihak penerima ingin membuat penerimaan atas cadangan sebelum ini

pihak pencadang berhak menolak kerana cadangan telah terputus.

d) Atas kematian atau sakit otak pencadang jika sakit fakta kematian atau sakit

otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan

Sesuatu cadangan juga boleh berakhir jika pencadang meninggal atau sakit otak dan ianya

diketahui oleh penerima. Dalam peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa cadangan berakhir

jika berlaku kematian dan sakit otak. Namun dilihat kepada seksyen 6(d) Akta Kontrak 1950

memperuntukan bahawa kematian tersebut mesti diketahui sebelum penerimaan dibuat.

APLIKASI ELEMEN KHIYAR DALAM KONTRAK BERKAITAN JUALAN: SATU

ANALISA

Berdasarkan penjelasan tentang Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 382) dan Undang-

undang perlindungan pengguna 1999 seperti di atas, artikel ini juga akan melihat sejauh mana

terma yang terdapat dalam akta tersebut memberi ruang kepada hak khiyar (pilihan) kepada

pengguna dan penjual sejajar dengan hukum syarak yang diperuntukan. Bagi undang-undang

kontrak Islam hak kedua belah pihak harus diberikan agar kepentingan mereka dipelihara. Ini

berdasarkan hak kepentingan bersama yang menuntut kepada kedudukan suka sama suka

tanpa sebarang penipuan. 65

Merujuk kepada Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa :

65 Al-Quran : Nisa: 29

21

“ sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi

penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak

selepasnya”.66

Berdasarkan kenyataan dalam akta ini menunjukkan bahawa ia berlakunya proses

tawar menawar iaitu khiyar qabul67 dan khiyar ruju’68 dimana kedudukan khiyar ini sejajar

pandangan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Ini bermakna pembatalan akad dalam

kontrak tidak boleh berlaku kerana telah sempurna akadnya. Ini berbeza dengan pandangan

Mazhab Shafie dan Hanbali dimana masih wujud lagi khiyar Majlis selagi mana pihak yang

berkontrak masih berada bersama-sama dalam majlis. Oleh yang demikian ini bermakna

kontrak tidak mengikat sehinggalah kedua-dua pihak beredar atau menolak pilihan tersebut.69

Khiyar ini termasuklah dalam konsep mu’awadat (komitmen bersama) seperti kontrak jualan,

sewaan dan sulh (penyelesaian).70 Maka secara umumnya dapat dilihat bahawa peruntukan

pembatalan kontrak jual beli berdasarkan akta kontrak adalah tidak menepati khiyar majlis di

dalamnya berdasarkan hukum Islam.

Begitu juga penulis meneliti pula aspek syarat yang digunakan dalam Akta Kontrak

1950 yang merujuk kepada perkara 6 (b) yang mana ia menyatakan:

“sesuatu cadangan adalah dibatalkan dengan luputnya waktu yang telah

ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau, bila waktu tidak

ditetapkan sedemikian, dengan luputnya waktu yang munasabah, tanpa

komunikasi penerimaan itu71 .

Dalam aspek hukum syarak, Islam telah memberikan ruang khiyar shart yang

memperuntukan tempoh dalam berkontrak samada mahu meneruskan atau membatalkannya.

Di dalam khiyar shart, penjual dan pembeli diberikan tempoh tertentu seperti tiga hari untuk

membatalkan transaksi jual beli.72 Sekiranya tempoh yang diberikan itu sudah berlalu, lalu

tiadanya pembatalan jual beli, maka dengan sendirinya jual beli itu menjadi sah dan

sempurna. Penjual dan pembeli pula tiada ruang selepas itu untuk membatalkan jual beli

66 Akta Kontrak1950 (Akta 136), bahagian 5, hlm. 14. 67 Khiyar qabul bermaksud hak memilih bagi penerimaan tawaran kerana penerimaan tidak boleh dipaksa 68 Khiyar ruju’ bermaksud pembuat tawaran memiliki khiyar al-ruju’ kerana jika penerimaan tidak mesti maka

begitu juga dengan tawaran 69 Ala-Eddin Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam :Terjemahan: Hailani Muji Tahir.ITBM.

hlm73 70 ibid 71 Akta Kontrak1950 (Akta 136), bahagian 6, hlm. 14 72 Ala-Eddin Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam : Terjemahan: Hailani Muji Tahir.ITBM,

hlm. 76

22

tanpa persetujuan antara kedua-dua pihak. Namun, berdasarkan kepada akta kontrak, lain

pula yang berlaku iaitu apabila tempoh masa yang telah ditetapkan telah tamat, manakala

pembatalan terhadap jual beli masih tidak dilakukan, maka dengan sendirinya jual beli itu

terbatal. 73

Dalam pada itu juga jika diteliti menurut khiyar ‘aib, sememangnya terdapat ruang

yang luas untuk diaplikasi dalam undang-undang jualan barangan di Malaysia. Sememangnya

terdapat banyak perkara yang membolehkan khiyar ini dapat dilaksanakan. Misalnya pada

bahagian kedua di bawah tajuk: “Perlakuan Mengelirukan Dan Memperdaya, Represantasi

Palsu Dan Amalan Tidak Saksama”, menurut seksyen ke-10 (1) :-

(a)“Tiada seorang pun boleh membuat representasi palsu atau mengelirukan-

bahawa barang itu adalah daripada jenis, standard, kualiti, gred, kuantiti,

komposisi, gaya atau model tertentu.74

Undang-undang Malaysia secara khusus tidak menyenaraikan syarat-syarat terperinci

seperti dalam undang-undang Islam. Walau bagaimanapun pihak yang berkontrak boleh

melaksanakan khiyar aib bila hak dan jaminan sepatutnya dimiliki telah dicabuli. Di dalam

undang-undang Malaysia telah menyenaraikan hak dan jaminan yang menjurus kepada hak

pengguna dan pembeli75. Terdapat beberapa ciri utama yang wajar di berikan perhatian

antaranya jaminan tersirat barangan, kecacatan tersembunyi, penipuan, kecacatan kekal dan

pembeli tidak rela serta tidak bersetuju dengan kecacatan tersebut.

JAMINAN KUALITI BARANGAN DAN KEPENTINGAN KHIYAR (PILIHAN)

Transaksi jual beli di pusat membeli belah samada melibatkan premis yang

melibatkan jual beli dalam urusniaga yang berskala besar dan kecil adalah merupakan salah

satu transaksi yang paling besar dan paling kerap dilaksanakan kini, yang melibatkan semua

peringkat. Walaupun pada asasnya kepelbagaian transaksi jual beli khasnya dalam pusat

membeli belah telah memenuhi hak kepenggunaan antaranya ialah hak untuk mendapatkan

73 Mohd Murshidi Mohd Noor, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, Fauzi Deraman, Mustaffa Abdullah,

Faisal Ahmad Shah, Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff, Monika Munirah Abd Razzak, Jilani

Touhami Meftah, Sedek Ariffin, Ahmad K. Kasar and Mohd Roslan Mohd Nor.2013, The Rights of

Khiyar (Option) in the Issue of Consumerismin Malaysia ,Middle-East Journal of Scientific

Research 13 (2): 154-161 74 Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599), Seksyen 10(1)(a), hlm. 13 75 Seksyen 31-38 Akta Pelindungan Pengguna 1999 (akta 599) Peraturan-peraturan dan seksyen 14-16 Akta

Jualan barangan 1957 (akta 382)

23

keperluan asas76, namun telah menimbulkan pelbagai masalah dan polemik yang menuntut

pihak berwajib melestarikan hak pengguna dalam pelbagai matra demi untuk menjamin hak-

hak sebagai pengguna dipelihara.Sebagai contoh, aduan yang telah diterima oleh. Menurut

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 34,381 aduan daripada

pengguna mengenai pembelian barangan dan perkhidmatan yang membabitkan kerugian

sebanyak RM250 juta pada tahun 201077.

Antara contoh jaminan kualiti yang boleh digambarkan berdasarkan aduan berikut

menggambarkan situasi sebenar yang berlaku;

I have purchased some clothes from the shop. As I was rushing to catch a plane, I

told the shop attendant that I don't have the time to try all the clothes. However, the

shop attendant told me that the clothes can be changed. After my trip, I tried the

clothes but some of them could not fit. I went to the shop again for an exchange for

other sizes but they don't have the size for the items specified. The shop attendant

now told me that it is the company's policy that goods sold are not returnable,

refundable or exchangeable. There was no clear sign indicating that earlier on,

however, there are indications of the receipt of that, which consumers can only see

after the purchase. I feel that I have been cheated into purchasing the clothes as I

could have just walked away from the purchase or come back another time. Now I

have 7 items that could not be worn.78

(Terjemahan: “Saya telah membeli beberapa pakaian dari kedai. Saya telah

bergegas untuk menaiki kapal terbang, saya memberitahu atendan kedai yang saya

tidak mempunyai masa untuk mencuba semua pakaian. Walau bagaimanapun,

atendan kedai memberitahu saya bahawa pakaian boleh dipulangkan. Selepas

perjalanan saya, saya mencuba pakaian tetapi sesetengah daripadanya tidak muat.

Saya pergi ke kedai lagi untuk pertukaran untuk saiz lain tetapi mereka tidak

mempunyai saiz untuk item tertentu. Atendan kedai kini memberitahu saya bahawa

dasar syarikat bahawa barang yang dijual tidak boleh dipulangkan, dikembalikan

atau ditukar. Tiada tanda-tanda jelas yang menunjukkan bahawa sebelum ini,

tetapi, terdapat tanda-tanda penerimaan itu, dimana pengguna hanya boleh melihat

selepas pembelian. Saya rasa saya telah ditipu semasa membeli pakaian kerana

saya boleh hanya berjalan jauh dari pembelian atau kembali masa yang lain.

Sekarang saya mempunyai 7 perkara yang tidak boleh dipakai)

76 Berdasarkan Akta Kepenggunaan, terdapat sebanyak 8 asas hak pengguna dalam transaksi jual beli, iaitu ;

Hak untuk mendapatkan keperluan asas, hak untuk mendapatkan keselamatan, hak untuk mendapatkan

maklumat, hak untuk membuat pilihan, hak untuk bersuara, hak untuk mendapatkan ganti rugi, hak

untuk mendapatkan pendidikan pengguna, hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

Sumber daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).

http://www.nccc.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/hak-hak-pengguna. 1 November 2011. 77 http://www.nccc.org.my/v2/index.php/nccc-di-pentas-media/pentas-media-2011/1695-nccc-terima-34381-

aduan-babitkan-kerugian-rm250-juta-tahun-lepas 78 http://www.nccc.org.my/v2/index.php/aduan-pengguna/arkib-2010/163-others/1528-complaints-the-goods-

sold-are-not-returnable-refundable-or-exchangeable

24

Dalam hal ini, pengguna berhak untuk menuntut ganti rugi berdasarkan kelemahan

mahupun kecacatan yang terdapat pada barangan yang telah dibeli. Namun situasi yang

membelenggu dalam transaksi jual beli di pasar raya pada hari ini bukan sahaja menyusahkan

pengguna malah tidak mengendahkan tuntutan terhadap hak pengguna sebaliknya meletakkan

kesilapan dan kekurangan terhadap pengguna secara mutlak. Justeru jika dilihat dalam

konteks muamalat Islam, konsep khiyar adalah merupakan indikasi terbaik sebagai solusi

dalam masalah yang timbul dalam transaksi jual beli.

ELEMEN KHIYAR AIB DALAM ISU BARANGAN ROSAK

Manakala dalam situasi di atas, konsep khiyar ‘aib79 pula adalah sebagai jalan

penyelesaian yang menjamin hak pengguna dalam bermuamalah. Sekiranya barang yang

terikat dalam transaksi tidak memenuhi kegunaan asalnya dan mengurangkan nilai

pasarannya atau tidak memenuhi syarat kegunaan yang sepatutnya, maka ketika itu pengguna

yang ‘berkontrak’ mempunyai hak khiyar ‘aib. Manakala dalam mazhab Maliki, pilihan ini

juga dinamakan Khiyar Naqisah80’. Ini kerana kekurangan yang terdapat dalam situasi telah

jelas mengurangkan nilai barang tersebut. Sudah menjadi kaedah umum bahawa

pengkhianatan atau penipuan tidak boleh wujud dalam urusan jual beli. Ini menjamin

keselamatan dalam aspek jual beli. Keselamatan tidak wujud sekiranya terdapat kecacatan

mahupun kekurangan dalam penjualan sesuatu barang. Dalam situasi ini, peruntukan Akta

Perlindungan Pengguna 1999 di bawah seksyen 32 (1), (2), (3), (4) dan sekseyn 68 (1), (2)

juga menjadi batu asas melindungi hak pengguna yang mana dikatakan :

“Jika barang dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti

bahawa barang itu adalah daripada kualiti boleh diterima,81; Jika apa-apa

kerosakan disebabkan keseluruhannya atau sebahagiannya oleh kecacatan pada

79 Khiyar ‘Aib dari segi literalnya ialah jika seseorang membeli barang yang mengandung aib atau cacat dan

ia tidak mengetahuinya hingga si penjual dan si pembeli berpisah, maka pihak pembeli berhak

mengembalikan barang dagangan tersebut kepada si penjualnya. Dan syarat penetapan khiyar al-‘Aib

ialah i. Memastikan kecacatan terhadap sesuatu barang telah lama (telah berlaku tanpa diseadari), ii.

Kecacatan barang menyebabkan kerugian terhadap pembeli, dan iii. Kualiti barang tidak selaras dengan

nilai yang diperuntukkan. Lihat Mustafa al-Khin et. all. (2008), 80 Khiyar Naqisah bermaksud ialah khiyar yang disebabkan adanya perbezaan dalam lafaz atau adanya

kesalahan dalam perbuatan atau adanya pengantian. 81 Akta 599, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia Di Bawah

Kuasa Akta Penyemakan Undang-Undang 1968, Kuala Lumpur, Percetakan Nasional Malaysia

Berhad, hlm. 39-40.

25

sesuatu keluaran, orang yang berikut hendaklah menanggung liabiliti bagi

kecacatan itu82”

Justeru, khiyar aib telah menginterpretasikan kesempurnaan muamalat Islam. Ini kerana

kesempurnaan sesuatu barang adalah penting dalam kontrak jual beli demi untuk menjamin

kepuasan dan kepentingan kedua-dua pihak (penjual dan pembeli) dan juga mengimbangi

kecacatan sesuatu barangan. Perlu diingat bahawa tegahan Allah s.w.t yang dirakamkan

melalui Surah al-Nisa’ ayat 29 jelas menunjukkan larangan pengambilan wang secara haram

dan memerintahkan supaya manusia melakukan perniagaan secara reda meredai.

KESIMPULAN

Secara umumnya artikel ini menunjukkan bahawa aplikasi konsep khiyar di dalam

akta sedia ada khususnya Akta Kontrak 1950 (Akta 136) adalah tidak menyeluruh dengan

tidak memperuntukkan tentang peraturan khiyar dalam penghuraiannya. Penulis mendapati

bahawa beberapa peruntukan dah seksyen menepati unsur dan konsep khiyar ‘aib walaupun

begitu dikenalpasti terdapat banyak isu yang timbul kepada pengguna di berbagai peringkat

yang perlu untuk diberikan penyelesaian mengenainya. Sesungguhnya pemerkasaan undang-

undang di dalam kontrak jual beli khususnya dalam pemakaian Akta Kontrak 1950 (Akta

136) perlu untuk diperkemaskan dan merujuk kepada undang-undang kontrak sebagaimana

yang diperuntukkan di dalam hukum Islam bagi menjamin kebajikan kedua belah pihak yang

melakukan transaksi jual beli. Namun demikian, realiti semasa perlu diambilkira di dalam

mengimplementasikan hukum Islam untuk diamalkan. Aplikasi khiyar dalam undang-undang

kontrak boleh diperluas dan diperkemas bagi menjamin hak mereka yang berkontrak agar

selaras dengan prinsip muamalat Islam. Pengharmonian undang-undang Islam dengan

undang-undang kontrak di Malaysia mampu untuk memberi garis keluar kepada sebarang

masalah samada berkaitan transaksi dan mengembalikan hak dan tanggungjawab penjual dan

pembeli selari dengan tuntutan syarak.

RUJUKAN

‘Abd Aziz Muhammad ‘Azzam.2010, Fiqh al-Muāmalat : Sistem Transaksi dalam Fiqh

Islam Jakarta Amzah

82 Ibid hlm 63-64

26

‘Abd Sattar Abu Ghuddah. 1985, al-Khiyār wa athāruhu fi al-‘Uqūd, Matba’ah Maghawiy

Dallah Barakah. hlm, 118

Al-Ahkām Al-‘Adliyyah (Undang-Undang Sivil Islam) Terjemahan: Md Akhir Hj Yaakob.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1990) Perkara 300 dan 301, Fasal

pertama Bab keenam, hlm 89

Ala-Eddīn Kharofa, 2007. Transaksi Dalam Perundangan Islam: Terjemahan: Hailani Muji

Tahir.ITBM, hlm. 76

Al-Shalabi, Muhammad Mustaffa, 1983, al-Madkhal Fi al-Ta’ārif bi al-Fiqh al-Islāmi wa

Qawāid al-Milkiyyah wa al-Uqūd Fihi, hlm 595

Ahmad Yahya al-Murtadho.1988, Bahr al-Zuhar al Jamī’ lil Mazāhib ulama al-Amsar, Dār

al Hikmah al- Yamāniah, Sana’, hlm 354

Afiq Hizami Azmir, 2013, Pembaharuan Undang-Undang Jualan Barangan di Malaysia,

Fakulti Undang-Undang, Unpublised Tesis Master, UKM

Beatrix Vohrah & Wu Min Aun, The Commercial Law of Malaysia, Edisi kedua, Longman,

2000, hlm.3.

Farhah Abdullah, Sakina Shaikh Ahmad, 2011, Fasal Pengecualian dan kawalan undang

undang di Malaysia, Layanan Perundangan, Prosiding Perkem IV hlm 218-227

Hafiz Shukri, Ruzian Markom.2013, Pengharmonian Prinsip Khiyar al-ru’yah dalam

Transaksi Perniagaan di Malaysia, Jurnal Kanun, DBP

Harlina Mohamed On, Ruzian Markom, Rozanah Ab Rahman. 1999, Prinsip Undang

Undang Perniagaan di Malaysia, Shah Alam Selangor, hlm. 54

Imam Taqiuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini.1994, Kifāyatul Akhyār fi al-Hal

Qayah al-Ikhtiṣar. jil.1. Maktab Buhuṣ Wa al-Dirāsat : Darul Fikr, h.203

Ibn Humam, Kamāl al-Din Muhammad ibn Abd al-Wāhid al-Suyāwasi t.th, cet ke-2, Sharh

fath al-Qādir, Beirul Dar-al-Fikr

Mohd Murshidi Mohd Noor, Ishak Suliaman, Khadher Ahmad, Fauzi Deraman, Mustaffa

Abdullah, Faisal Ahmad Shah, Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff, Monika Munirah

Abd Razzak, Jilani Touhami Meftah, Sedek Ariffin, Ahmad K. Kasar and Mohd

Roslan Mohd Nor .2013, The Rights of Khiyar (Option) in the Issue of Consumerism

in Malaysia Middle-East Journal of Scientific Research 13 (2): 154-161

Mohammed Obaidullah.2002, “Islamic Risk Management: Towards Greater Ethics and

Efficiency”, International Journal of Islamic Financial Services, Vol.3, No.4, h.1-18

http://www.iiibf.org/journals/journal12/obaidvol3no4.pdf 21 Disember 2011.

M.Nadratuzzaman Hosen dan AM. Ali Hasan.2007, Kamus Popular Keuangan Ekonomi

Syariah. Jakarta: PKES Publishing, h.43

Mohammed Obaidullah. 1998, “Financial Engineering with Islamic Options”, Islamic

Economic Studies, Vol. 6, No. 1, h.77.

27

Nasrul Hisyam Nur Muhamad.2008, “Aplikasi Sains Dan Teknologi Dalam Transaksi

Muamalah Islam: Rujukan Kepada Rukun-RukunAkad Mengikut Perspektif Undang

Undang Kontrak Islam”, Jurnal Teknologi, 49(E) Dis, h.81-91

Suruhanjaya Sekuriti. 2006, Buku Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti

Kuala Lumpur: Security Commision, h.119

Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Susur Galur Undang-Undang Jualan Barangan di Malaysia,

Undang-Undang Malaysia: 50 tahun merentas zaman, Fakulti Undang-Undang

UKM, 2007 hlm 198-200

Wu Min Aun & Beatrix Viohrah. 1996,The commercial Law of Malaysia; Cornell University

Press, hlm 25

Zeti Zuryani Mohd Zakuan, Sakina Shaikh Ahmad Yusof. 2011, Gerenti tersirat di bawah

Akta Perlindungan Pengguna 1999: Penambahbaikan ke atas kepada syarat tersirat

dibawah Akta Jualan Barangan 1957, Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat