11
7/28/2014 Blog Pendidikan http://cikgusaupi.blogspot.com/ 1/11 Blog Pendidikan FRIDAY, 5 JULY 2013 Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 19:50 No comments: Motivasi Guru "If you want enjoy and be happy for a day, organize a party, If you want enjoy and be happy for a week, go for a vacation, If you want enjoy and be happy for a year, grow a garden, If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings" Recommend this on Google SATURDAY, 20 OCTOBER 2012 Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 20:29 No comments: KSSR Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntutan lokal dan global. Pada peringkat lokal, persoalan patriotis dan kewarganegaraan mendesak pendidikan dengan Sejarah dijadikan teras pada peringkat rendah. Kebejatan sosial turut menyaksikan sekolah dijadikan tempat penyemaian nilai dan budaya kemanusiaan menerusi Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial. Bahasa terus dijadikan sebagai alat perpaduan social dan pengukuhan bangsa menjadi fokus yang tidak pernah selesai sejak Penyata Razak (1956) hinggalah kepada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pembangunan modal insan bertaraf dunia dengan minda kelas pertama turut menambahkan kemahiran menaakul sebagai objektif pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di samping 3M yang sedia ada. Arah aliran kurikulum juga menuntut agar peperiksaan dan prosedur penilaian diubah daripada bentuk berpusat kepada penilaian berasaskan sekolah mengikut tahap keupayaan murid- murid. Perubahan dan pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti modal insan secara terancang dan berkesan sebagai yang diharapkan. Recommend this on Google FRIDAY, 27 JULY 2012 PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN INSAN Era milenium menyaksiakan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi.Oleh itu pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan unsur global dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat lokal. Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario ISLAM AGAMAKU ASMAUL HUSNA Free Clock WAL ASR Free Calendar July 2014 S M T WT F S -- 12345 6 7 8 9 101112 13141516171819 20212223242526 2728293031- - 8:38:21 AM LAILAN WA NAHARA ABOUT ME 0 More Next Blog» Create Blog Sign In

Blog Pendidikan

  • Upload
    usm

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 1/11

Blog Pendidikan

FRIDAY, 5 JULY 2013

Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 19:50 No comments:

Motivasi Guru

"If you want enjoy and be happy for a day, organize a party,

If you want enjoy and be happy for a week, go for a vacation,

If you want enjoy and be happy for a year, grow a garden,

If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings"

Recommend this on Google

SATURDAY, 20 OCTOBER 2012

Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 20:29 No comments:

KSSR

Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan

pembaharuan seiring dengan tuntutan lokal dan global. Pada peringkat lokal, persoalan

patriotis dan kewarganegaraan mendesak pendidikan dengan Sejarah dijadikan teras

pada peringkat rendah. Kebejatan sosial turut menyaksikan sekolah dijadikan tempat

penyemaian nilai dan budaya kemanusiaan menerusi Pendidikan Kesihatan, Reproduktif

dan Sosial. Bahasa terus dijadikan sebagai alat perpaduan social dan pengukuhan

bangsa menjadi fokus yang tidak pernah selesai sejak Penyata Razak (1956) hinggalah

kepada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa

Inggeris (MBMMBI). Pembangunan modal insan bertaraf dunia dengan minda kelas

pertama turut menambahkan kemahiran menaakul sebagai objektif pembelajaran melalui

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di samping 3M yang sedia ada. Arah aliran

kurikulum juga menuntut agar peperiksaan dan prosedur penilaian diubah daripada

bentuk berpusat kepada penilaian berasaskan sekolah mengikut tahap keupayaan murid-

murid. Perubahan dan pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk

membangunkan kapasiti modal insan secara terancang dan berkesan sebagai yang

diharapkan.

Recommend this on Google

FRIDAY, 27 JULY 2012

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN INSAN

Era milenium menyaksiakan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan

geografi mahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada

globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang

sains dan teknologi.Oleh itu pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian

dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan unsur global

dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat lokal. Pendidikan

perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan

mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa

depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran

semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario

ISLAM AGAMAKU

ASMAUL HUSNA

Free Clock

WAL ASR

Free Calendar

July 2014S M T WT F S- - 1 2 3 4 56 7 8 9 10111213141516171819202122232425262728293031- -

8:38:21 AM

LAILAN WA NAHARA

ABOUT ME

0 More Next Blog» Create Blog Sign In

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 2/11

semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan

kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan pendidikan umumnya perlu

bersifat futuristik, fleksibel,dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat profil

bangsa dan warganegara Malaysia yang diharapkan.

Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding

sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini berkembang dari semasa ke

semasa selaras dengan keperluan dan cabaran, atau dengan kata lain pendidikan

mengalami kristalisasi iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan

sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain

kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada

pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.Pendidikan adalah satu

mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga pembangunan

negara.Kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau Universiti adalah menjurus ke arah

pembinaan insan yang berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang

tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara maju

menjelang tahun 2020.Pendidikan yang bermula di peringkat asas sekolah

rendah,menengah,seterusnya ke peringkat Pengajian Tinggi merupakan proses yang

berkesinambungan yang mesti dilalui dengan cemerlang dan berkualiti supaya dapat

mengambil manfaat sepenuhnya daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi

melahirkan modal insan dan tenaga manusia yang mempunyai kepakaran. Pendidikan

insan yang sempurna merupakan petunjuk bahawa negara bakal mencapai

pembangunan yang mapan.

Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh keilmuan

sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan

yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke arah membina

akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan manusia.Pendidikan juga

dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga,

masyarakat dan negara. Dengan kata lain pendidikan adalah berfungsi untuk

pembangunan insan dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Melalui

pendidikan seseorang itu akan membangunkan dirinya sendiri terlebih dahulu seterusnya

membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.Matlamat ini adalah selari dengan

matlamat pendidikan Malaysia yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) iaitu; Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan di

atas, jelaslah bahawa fungsi pendidikan adalah bertujuan untuk perkembangan secara

seimbang dan harmonis unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan akan

membangun insan yang berketrampilan. Dalam usaha mencapai matlamat ini

perkembangan unsur intelek, rohani dan jasmani tidak boleh dilakukan secara terasing

atau terpisah antara satu sama lain. Seharusnya perkembangan ini perlu berlaku serta

bersepadu dengan berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Penekanan yang dilakukan terhadap mana-mana satu unsur sahaja akan melahirkan

individu yang tidak seimbang. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk

individu dan negara. Kedua-dua tujuan adalah sselaras, iaitu untuk melahirkan insan yang

berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang

warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk

pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan

saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu elemen yang terkandung

dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada

Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri

manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia

terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan

akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga,

masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung

dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan

masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berperanan bukan

sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi

lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat

manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang

menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan merupakan satu proses dan

MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP

UPSI

View my complete profile

▼ 2013 (1)

▼ July (1)

Motivasi Guru

► 2012 (19)

BLOG ARCHIVE

AKHBAR ONLINE

Mohd Saupi

Reka Lencana Anda

JUMPA SAYA DI SINI

SLIDE SHOW

INSTRUMENTAL

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 3/11

aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan

perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan

sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah

ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan

pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan

kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap

lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada

masyarakat dan negara.Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan dalam

konteks pendidikan tinggi pula bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau

diploma sahaja tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan

seimbang supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab. Dalam membangunkan

insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang penting. Usaha ini bagi

membetuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi.

Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap individu pelajar

terutamanya remaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Pada usia muda

remaja pelajar mudah terpengaruh dengan hedonism yang boleh membawa kepda aktiviti

sosial yang kurang berfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat seperti mabuk,

menagih dadah, merempit, melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala tersebut perlu

dibenteras dan langkah-langkah perlu di ambil untuk menanganinya sebelum ia merebak

danmejadi semakin berleluasa. Justeru, pembangunan insan yang komprehensif melalui

pendidikan diharap dapat membendung gejala soosial daripada terus menular.

Oleh kerana pendidikan akan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek,

rohani, emosi dan jasmani maka potensi intelek perlu diperkembangkan kerana

seseorang perlu mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional,

membuat keputusan yang tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupanya secara

bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang. Perkara

ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan

secara kritis akan kesan-kesannya.

Matlamat Pendidikan ialah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan memiliki serta

menghayati ciri-ciri berikut :

1. Percaya dan patuh kepada Tuhan

2. Berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia

3. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

4. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

5 .Memupuk perpaduan

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang,

adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, dapat mencapai matlamatnya iaitu :

1. Melahirkan insan yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya.

2. Menghasilkan insan yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya

berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan

sumbangan

terhadap kemajuan dan pembangunan.

3. Melahirkan insan yang taat setia dan cinta kepada negara

4. Melahirkan insan yang memahami dan bersikap toleransi, demi mewujudkan

perpaduan.

Tujuan Pendidikan juga ialah untuk mempergiatkan aktiviti kehidupan bangsa dan

mengembangkan potensi manusia, iaitu manusia yang beriman dan bertakwa terhadap

Tuhan Yang Maha Esa dan berbudi pekerti luhur, memiliki pengetahuan dan ketrampilan,

mempunyai kesihatan jasmani dan rohani, memiliki keperibadian yang mantap dan

mandiri serta memiliki rasa tanggung jawab kemasyarakatan dan kebangsaan.Pendidikan

adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana

melaui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan.Malahan

proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan

mengembangkan minda jiwa dan rohani ke arah

mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.

Daripada perspektif yang berbeza bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa

pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia

iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan

kemajuan negara. Contoh yang dapat dilihat ialah Jepun dan korea Selatan adalah dua

buah negara yang aset materialnya yang sedikit, berjaya membuktikan bahawa

pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara

mereka standing dengan negara-negara maju yang lain.Perkembangan pembangunan

pendidikan di nagara ini dengan pertambahan bilangan institusi pengajian tinggi awam

dan swasta akan turut mempercepatkan proses pembangunan insan kerana rakyat yang

terpelajar adalah kunci kepada pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti.

Pendidikan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 4/11

Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 09:12 1 comment:

meningkatkan aset itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada

pada seseorang yang juga boleh membawa kemajuan kepadanya. Dua elemen yang

penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan itu ialah pendidikan dan

latihan. Institusi pendidikan seperti sekolah, Universiti, kelas komputer, pembelajaran

kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai

modal insan ke arah meningkatkan kualiti insan itu sendiri.

Kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan

dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak

lagi, menjadikan sesuatu bangsa berkeupayaan dan berkemampuan untuk bersaing dan

sama-sama membina negara maju. Modal insan ialah suatu punca kekuatan yang boleh

menjana kekuatan negara, trasformasi kebudayaan dan peningkatan tamadun negara.

Modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan. Modal insan

berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara

mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan

tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar

persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih

generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara.

Justeru, perancanga pendidikan perlu dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan

satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.

Teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Pembinaan negara bangsa

bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama

dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan

sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan

dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada

perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan

dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam

sstem pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi

cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan tempatan.

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai

ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai

jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi

berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik,

berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya

menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.Bidang pendidikan bukan

sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda

tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi

membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai

ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk

berjaya.

Pendidikan tinggi memainkan peranan utama dalam mencorakkan insan yang

dikehendaki untuk pembangunan manusia dan negara.Perubahan dan anjakan baru

dalam pendidikan tinggi bertepatan dengan usaha kerajaan mewujudkan modal insan

yang dinamik dengan daya saing yang tinggi bagi menjana kemajuan negara dalam

semua aspek. Pewujudan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam berbagai bidang

kepakaran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah dan nilai kerohanian menjadi

tunjang yang kukuh bagi menjayakan sektor ekonomi dan seterusnya menjana kekayaan

negara.

Recommend this on Google

TUESDAY, 24 JULY 2012

Pembudayaan ICT Di Sekolah

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah

masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka

inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) adalah perlu diperluaskan.

ICT merupakan akronim atau kata singkatan daripada perkataan Information dan

Comunication Technology yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Maklumat

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 5/11

boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara berfikir. Ia terkandung

di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Teknologi komunikasi

terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalurkan dan

mengakses maklumat.Telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek ‘tele’ yang

bermaksud ‘sangat jauh’.Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh

tanpa mengubah maklumat terebut.

ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk

memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan

maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua

aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar

terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P

memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam

kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana

menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan

teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah

pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan

teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.

Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu

mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan

ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam

pembelajaran dan penilaian.Berdasarkan kepada penjelasan oleh para pakar di atas,

maka jelas ICT mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh

penggunaan ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja,

akan tetapi sudah masuk pada seluruh aktiviti manusia.

Pembudayaan ICT di Sekolah

Tujuan pembudayaan ICT di sekolah adalah untuk memantapkan pengajaran dan

pembelajaran dan pengurusan sekolah. Ianya merupakan suatu usaha untuk

membudayakan pengintegrasian dan penggunaannya secara optima di kalangan warga

sekolah.Dalam konteks pendidikan di sekolah, penggunaan alat teknologi bukan sahaja

mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar

sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi

hampir semua mata pelajaran Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya

oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat.

Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi

lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran

dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan

menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam

sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran

yang lebih menarik dan praktikal.

Pelaksanaan ICT di SKPG(1) terletak di bawah penyeliaan Jawatankuasa ICT yang

dinaungi oleh Guru Besar dan dikendalikan oleh seorang Guru Penyelaras. Jadual

penggunaan makmal komputer disediakan bagi memastikan guru dan murid

menggunakan komputer secara berkala. Selain dari makmal, bilik darjah juga dilengkapi

dengan LCD, skrin, dan Laptop bagi memudahkan penggunaannya. Bilik guru dan Pusat

Sumber Sekolah juga disediakan komputer di samping peralatan yang berkaitan untuk

kemudahan guru melaksanakan kerja-kerja mereka. Kerja-kerja yang berkaitan dengan

pengurusan sekolah semuanya dilakukan dengan beralatkan komputer dan juga internet.

Budaya ini diharapkan akan menjadi amalan yang berterusan dan satu kemestian bagi

setiap warga sekolah.

PERANCANGAN UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH

Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. Tanpa

manusia yang menggerakkannya, segala-galanya akan menjadi sia-sia sahaja. Begitu

juga untuk Teknologi Maklumat dan Komunkasi (ICT).Visi, Misi, matlamat ICT sekolah

yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung

terowong, dalam apa –apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik dan

fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperoleh dari pelbagai sumber.Sekolah perlu

menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ). Perancangan jangka pendek

merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 6/11

Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 09:13 No comments:

langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di

sekolah.Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan hendaklah dibuat

sebagai usaha bersama anggota sekolah dari semua lapisan.Setiap perancangan perlu

direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di pertengahan

tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji

keberkesanan perancangan , mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau

diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya.Pihak sekolah harus

mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran ICT dan

lain – lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah. Contoh

Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT

Sekolah ialah :

5.1 PERANCANGAN JANGKA PANJANG

Cadangan Kandungan Perancangan Jangka Panjang (3 tahun)

5.1.1. VISI

a. Memperluaskan dan mempertingkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan.

b. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efektif dan dengan pembangunan

ICT semasa.

c. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT serta

dapat menggunakan teknologi untuk manfaat diri, keluarga, masyarakatdan negara.

5.1.2. MISI

a.Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap

aspek, pengalaman, pembelajaran.

b.Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk

menghadapi cabaran masa depan.

Dalam usaha untuk mengintegrasikan ICT dalam pembudayaan ICT di sekolah semua

pihak hendaklah bekerja sama bagi memastikan hasrat ini tercapai, di antara pihak

tersebut ialah:

1 .Peranan pihak Kementerian Pelajaran

1. Mewujudkan dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan ICT kepada

guru.

2. Mengadakan kursus-kursus teknologi maklumat untuk guru .

3. Memberi insentif dan ganjaran kepada guru yang kreatif dan dinamik.

4. Mewujudkan satu kumpulan yang pakar dalam bidang ICT agar mereka dapat

menyediakan lebih banyak perisian yang sesuai untuk P&P .

2 .Pihak Pentadbir Sekolah.

2.1.Peranan Guru Besar

1. Membentuk budaya ICT di sekolah dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.

2. Membuat dokumen serta polisi bertulis dan penyediaan prasarana ICT di sekolah

2.2. Penyelaras ICT sekolah

1. Membuat pelatihan-pelatihan ICT bagi guru-guru selama cuti sekolah.

2. Menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak agar alat dan sarana ICT di sekolah dapat

mendukung kerjaya guru atau pun kemudahan murid dalam kegiatan sekolah.

2.3. Sikap sebagai pendidik

1. Guru hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk

menggunakan ICT dalam P&P.

2. Berubah dari sikap yang pasif kepada aktif dalam menyahut cabaran perubahan akan

membawa impak tersendiri bagi kerjaya seseorang guru.

3. Bekerjasama antara guru dalam mencapai matlamat yang ditentukan.

Recommend this on Google

FRIDAY, 20 JULY 2012

CIRI-CIRI GURU MINDA KELAS PERTAMA

1. MENJADI PELAJAR SEUMUR HIDUP (LIFE LONG LEARNER AND ETHICAL AND

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 7/11

INTEGRATIVE THINKER)

v Membaca mesti menjadi amalan budaya hidup guru-guru dan prasyarat kepada

pemilikan minda kelas pertama

v Guru wajib berminat dengan ilmu pengetahuan kerana ledakan ilmu hari ini pesat.

2. KUAT BERUASAHA DAN SANGAT BERKEBOLEHAN (DILIGENT AND CAPABLE

PERFORMER)

v Kejayaan ialah 10% usaha dan 90% sikap

v Manifestasi sikap adalah pada amalan

v Guru minda kelas pertama ialah seorang yang:

sangat gigih

kuat berusaha tanpa jemu

tidak mudah putus asa

tidak menyalahkan keadaan atau orang

tabah dan tegar menghadapi halangan dan rintangan

sangat mencintai profesionnya

v Bagaimana menjadi guru minda kelas pertama:

Sentiasa muhasabah diri dan mengkaji diri sendiri

Mengamalkan sikap keterbukaan dan telus

Tidak cepat membuat kesimpulan dan ‘stereotype’ orang lain

Mempunyai kesedaran terhadap pemilikan sendiri (metacognition)

Memupuk sikap dan nilai yang betul

3. MEMPUNYAI KEMAHIRAN SOSIAL DAN EMOSI YANG TINGGI (SOCIALLY AND

EMOTIONALLY SKILLED PERSON)

4. MANUSIA YANG BERMORAL: MENGHORMATI DAN BERTANGGUNGJAWAB

(RESPECTFUL AND RESPONSIBLE MORAL AGENT)

v mempunyai akhlak yang tinggi lagi terpuji kerana manusia bermoral dan berakhlak

tinggi ialah ukuran sbenar keperibadian manusia.

v Guru harus:

berlaku adil terhadap muridnya

mengenali setiap murid yang diajarnya dengan mendalam

v Perhubungan antara guru dan murid ialah perhubungan dunia dan akhirat.

menjaga maruah / harga diri murid

5. MEMPUNYAI DISIPLIN DIRI YANG MANTAP DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

(SELF DISCIPLINED PERSON WHO PERSUE A HEALTHY LIFESTYLE)

v Masyarakat dan murid mahukan guru yang boleh dicontohi dan diteladani.

v Disiplin diri yang mantap merujuk kepada tingkah laku dan tabiat yang baik dan

positif yang diamalkan sehingga menjadi guru yang boleh dipercayai, diyakini dan

dihormati.

v Antara sifat yang menunjukkan disiplin diri yang mantap ialah:

sentiasa mempamerkan tingkah laku dan gerak-geri yang bersesuaian

6. SENTIASA MEMBERI SUMBANGAN DAN PERKHIDMATAN DALAM KOMUNITI SERTA

MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI WARGANEGARA (CONTRIBUTING COMMUNITY

MEMBER AND DEMOCRATIC CITIZEN)

v Guru sering diharapkan dan diyakini sebagai pemimpin.

v Guru yang tidak memberi sumbangan dan bakti kepada masyarakat dianggap

sebagai mempunyai minda yang mundur dan semangat yang luntur.

v Sebagai warganegara, guru melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 8/11

komitmen yang tinggi kerana inilah sumbangan guru kepada negara tumpah darah

Malaysia.

v Patuh pada undang-undang.

7. MANUSIA SPIRITUAL YANG MENCIPTA KEHIDUPAN UNTUK MENCAPAI TUJUAN YANG

MURNI (SPIRITUAL PERSON ENGAGED IN CRAFTING A LIFE OF NOBLE PURPOSE)

v Guru mesti berpegang teguh pada agama

v Menjaga perkataan dan lidahnya iaitu tidak memfitnah dan mengumpat sebaliknya

berkata yang benar

v Bekerja bukan mengharapkan upah dan gaji semata-mata dan tidak bermewah-

mewah dalam hidupnya, sebaliknya ingin keredaan dan keberkatan serta

kebahagiaan dan keselamatan hingga ke akhirat.

8. MEMPUNYAI KEUPAYAAN UNTUK BELAJAR, MENGUBAH TINGKAH LAKU DAN TABIAT

SERTA MENGAMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARIPADA ILMU BARU (HAS THE

ABILITY TO LEARN, NULEARN AND RELEARN)

v Kesediaan , kesanggupan dan kebolehan untuk berubah pada amalan diri dan

profesional adalah satu “trait” yang sangat penting pada zaman ini.

v Golongan guru sekolah yang paling konservatif dan paling malang menganggap

bahawa mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna.

v Guru yang baik ialah guru yang mantap dalam disiplin ilmunya, sentiasa mengikut

perkembangan terkini dalam dunia dan sanggup berubah sesuai dengan tuntutan

professional.

9. BERKEBOLEHAN UNTUK MENGADUNKAN DAN MENCAMPURKAN PENGETAHUAN

TRADISI SERTA PENGETAHUAN KONTEMPORARI (ABLE TO COMBINE TRADITIONAL

AND CONTEMPORARY KNOWLEDGE)

v Sumber ilmu zaman ini puncanya pelbagai.

v Kemungkinan pelajar adalah lebih pandai daripada guru.

v Guru minda kelas pertama menjadi jambatan yang menghubungkan ilmu

pengetahuan dengan tindakan manusia. Maka tugas guru ialah membimbing dan

membantu murid menggunakan ilmu dan kemahiran mereka dalam membuat

keputusan yang wajar dan bijak dalam kehidupan. Guru membantu murid

menghubungkan yang dahulu dan yang sekarang dengan yang akan dating agar

murid mempunyai perspektif yang betul terhadap persoalan-persoalan kehidupan.

10. MENYEMAI BENIH-BENIH KEINSAFAN DAN KEMANUSIAAN KE DALAM HATI SANUBARI

MURID (PLANT THE SEEDS OF HUMANITY IN THE STUDENTS’ HEARTS)

v Guru ialah manusia signifikan dan utama dalam kehidupan muridnya yang

berpengaruh dalam mencorakkan kelakuan, tabiat, pemikiran serta kehidupan

mereka ke arah yang benar-benar .

v Sifat-sifat keinsanan (rasa keinsafan, perhubungan interpersonal, harga diri,

kebebasan) membantu manusia berfungsi dengan baik dan bijaksana dalam

kehidupan.

v Guru perlu menyemai dan memupuk sifat-sifat ini melalui perhubungan dan interaksi

dengan muridnya kerana ‘Virtues are caught not tought!’

11. BERTINDAK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN YANG DINAMIK DAN FASILITATOR ILMU

(ACTING AS AN AGENT OF DYNAMIC CHANGE AND FACILITATOR OF KNOWLEDGE)

v Pendidik yang dianggap ejen perubahan dalam masyarakat untuk mengubah

masyarakat mesti mengubah cara berfikir dahulu kerana membawa perubahan

dalam masyarakat amat sukar dilakukan.

v Guru sebagai ejen perubahan mesti menyebar ilmu yang benar dan sesuai serta

menilai yang karut, sesat dan tidak sesuai.

12. MEMBANTU MURID MENCARI JAWAPAN KEPADA PERSOALAN-PERSOALAN

KEHIDUPAN YANG KOMPLEKS (HELP STUDENTS FIND ANSWER TO COMPLEX

QUESTIONS)

v Zaman ini, kehidupan menjadi semakin kompleks dan sesak. Manusia menjadi

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 9/11

Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 03:00 No comments:

mewah dari segi fizikal, mudah dari segi prasarana kehidupan, namun pada masa

yang sama menghadapi kemelut yang parah kerana cenderung memenuhi hawa

nafsu semata-mata.

v Peranan guru ialah membantu murid menghadapi dan mencari jawapan kepada

persoalan kehidupan yang kompleks dan bercelaru.

Recommend this on Google

SUNDAY, 8 JULY 2012

Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 03:46 No comments:

FPG

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) :

PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION PERGURUAN

“Seseorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik

ibarat lilin yang membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru.

Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk

menghasilkan karya seni yang agung. Seorang guru bagaikan akitek yang

merangka bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru bagaikan

jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentasi zaman. Insan guru juga

bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat

sehingga sembuh. (Pullias & Young 1968)

Guru sebagai agen sosialisai dan agen perubahan memainkan peranan penting

untuk mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah.

Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran dari pemikiran mereka

terhadap pendidikan.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

GURU YANG BERKEPERTI MULIA, BERPANDANGAN PROGRESIF DAN

SAINTIFIK, BERSEDIA MENJUNJUNG ASPIRASI NEGARA SERTA

MENYANJUNG WARISAN KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN

PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG

BERSATU PADU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN BERDISIPLIN.

Komponen Pendidikan Guru

i. Ilmu/Pengetahuan

Terdapat 7 jenis pengetahuan yang setiap guru mesti kuasai untuk menjadi guru

yang berkesan.

. Pengetahuan tentang pedagogi umum . Pengetahuan tentang kandungan subjek . Pengetahuan tentang kandungan pedagogi kandungan subjek . Pengetahuan tentang kurikulum . Pengetahuan tentang pelajar . Pengetahuan tentang konteks pendidikan . Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan

ii. Kemahiran

Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajarandengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran .Mempunyaikemahiran-kemahiran : . Interpersonal . Intrapersonal

. Komunikasi . Teknologi . Kemahiran Profesional . Pengurusan masa . Pengurusan kelas

iii. Nilai

Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang,berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, motivatif, proaktif dan patuh kepada EtikaProfesionalisme Keguruan.

Recommend this on Google

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 10/11

Older PostsHome

Subscribe to: Posts (Atom)

SATURDAY, 2 JUNE 2012

Posted by MOHD SAUPI ASHARI PPG ISMP UPSI at 21:33 No comments:

Guru O Guru

BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Akur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang raja menaiki tahta

Jika hari ini presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca:

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di ibu kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Recommend this on Google

FOLLOWERS

7/28/2014 Blog Pendidikan

http://cikgusaupi.blogspot.com/ 11/11

Join this sitew ith Google Friend Connect

Members (6)

Already a member? Sign in

pow ered by

Blog ini dibangunkan untuk merealisasikan tugasan KRT-Teknologi Maklumat, di bawah PPG ISMP UPSI. Picture Window template. Powered

by Blogger.