22
1 KOD KURSUS PPPE 6083 SEMINAR KEPIMPINAN ISLAM DR. AHMAD IRDHA BIN MOKHTAR DR. ZULKEFLI BIN AINI KEPIMPINAN RUMAH TANGGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM OLEH JOHAIBI BIN JUHAN ( P68794 ) MOHD AZMIR BIN MAIDEEN (P73402) JABATAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SEM II 2013/2014

Kepimpinan Rumah Tangga Menurut Perspektif Islam

  • Upload
    ukm-my

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

KOD KURSUS PPPE 6083

SEMINAR KEPIMPINAN ISLAM

DR. AHMAD IRDHA BIN MOKHTAR

DR. ZULKEFLI BIN AINI

KEPIMPINAN RUMAH TANGGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

OLEH

JOHAIBI BIN JUHAN ( P68794 )

MOHD AZMIR BIN MAIDEEN (P73402)

JABATAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

SEM II 2013/2014

2

ISI KANDUNGAN 

1. PENDAHULUAN ...................................................................................................................... 3 

2. KEPIMPINAN RUMAH TANGGA .......................................................................................... 5 

3. ASAS RUMAH TANGGA DALAM ISLAM ........................................................................... 6 

3.1 Tanggungjawab Sebelum Berumahtangga ........................................................................... 7 

3.2 Tanggungjawab Selepas Berumahtangga ............................................................................. 8 

3.3 Tanggungjawab Mendidik Anak-Anak ................................................................................. 9 

4. BENTUK KEPIMPINAN RUMAH TANGGA ....................................................................... 10 

4.1 Kepimpinan Suami Terhadap Isteri .................................................................................... 10 

4.2 Kepimpinan Isteri Terhadap Suami .................................................................................... 13 

4.3 Kepimpinan Ibu Bapa Terhadap Anak ............................................................................... 14 

4.4 Kepimpinan Anak Terhadap Keluarga ............................................................................... 16 

5. ISU-ISU KEPIMPINAN RUMAH TANGGA ......................................................................... 17 

6. IMPLIKASI KEPIMPINAN ISLAM YANG DIAMALKAN DALAM RUMAH TANGGA 19 

7. KESIMPULAN ......................................................................................................................... 20 

8. RUJUKAN ............................................................................................................................... 21 

3

KEPIMPINAN1 RUMAH TANGGA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Johaibi bin Juhan dan Mohd Azmir bin Maideen Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Abstrak : Sebagai unit sosial yang paling kecil, Islam sangat menekankan tanggungjawab

kepimpinan dalam institusi rumah tangga. Ini kerana keharmonian rumah tangga yang

berteraskan tauhid, bersendikan syariat, sangat berkait rapat dengan fungsi kepimpinan seluruh

ahli keluarga.Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah metode kepustakaan dengan

menganalisis kandungan rujukan yang berkaitan. Kajian mendapati bahawa faktor yang

menyebabkan timbulnya kepincangan rumah tangga adalah disebabkan masalah kepimpinan

yang mengabaikan pendidikan agama dalam kehidupan berkeluarga. Hal ini menjelaskan

bahawa keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam sistem masyarakat berkait rapat

dengan pelaksanaan agenda Islam yang dimuatkan di dalam institusi rumah tangga. Kajian

mencadangkan penghayatan ajaran-ajaran Islam dijadikan model kepada kepimpinan rumah

tangga untuk membangunkan umat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Kata Kunci: kepimpinan, institusi rumah tangga

1. PENDAHULUAN

Kepimpinan menurut perspektif Islam tidaklah semata-mata merujuk kepada pemimpin tertinggi

yang merajah negara atau mereka yang hanya menguruskan organisasi-organisasi besar dalam

bidang ekonomi. Konsep kepimpinan secara umumnya wujud dalam setiap peringkat individu,

dan ia adalah cabaran utama yang perlu difahami oleh seluruh anggota muslim bahawa

kepimpinan bukan sahaja suatu responsibiliti dan akauntibiliti duniawi semata-mata bahkan

sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak (Yasir 2009: 7). 1 Kamus Dewan (edisi keempat) mendefinisikan kepimpinan sebagai keupayaan memimpin. Terdapat pelbagai istilah yang dikaitkan dengan kepimpinan dalam Islam seperti al-khalifah, al-imamah, al-ri’ayah, al-za’amah, al-ri’asah dan al-siyadah dan sebagainya tetapi fungsi dan penggunaan istilahnya berbeza. Dalam bahasa Inggeris kepimpinan disebut leadership. Menurut Richard L. Daft (1999: 5), leadership is an influence relationship among leaders and followers who intend real changes that reflect their shared purposes. Andrew F. Sikula (1992 : 117), leadership in an administration process that involves directing the affairs and actions of others.

4

Hakikat ini disentuh dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w, bahawa setiap individu muslim

diiktiraf sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah

pimpinannya.

مام راع ومسئول عن رعيته، والرجل راع يف أهله وهو مسئول عن كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته، اإل

ن رعيته ده ومسئول ع رعيته، والمرأة راعية يف بـيت زوجها ومسئولة عن رعيتها، واخلادم راع يف مال سي

Maksudnya : Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap apa

yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap

rakyatnya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab

terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, dan anak-anaknya,

dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia

juga akan bertanggungjawab terhadap harta jagaannya. 2

Berdasarkan hadis ini, tahap yang paling minimum seorang individu itu memiliki tanggungjawab

memimpin dirinya sendiri, kemudian hierarki kepimpinan meningkat setahap demi tahap,

bermula dari dirinya, keluarga, masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di

peringkat negeri atau negara. Tidak kurang yang beranggapan bahawa kepimpinan bererti

pengaruh, kekuasaan, dominasi atau kekuatan, sedangkan tafsiran ini adalah satu bentuk

kekeliruan. Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w dalam keadaan gementar, lantas

Rasulullah menenangkannya3 (Jamal Madhi 1994: 7):

ا أنا ابن امرأة تأكل القديد هون عليك، فإين لست مبلك، إمن

2 Mohamad bin Ismail al-Bukhari (w. 256H), Sahih al-Bukhari (No: 849, No: 2243, No: 2380, No: 2383, No: 2559, No: 4814). Muslim bin al-Hajjaj (w. 261H), Sahih Muslim (No: 3414). 3 Berdasarkan corak kepimpinan Rasulullah s.a.w yang diamalkan di sini, dinyatakan oleh Brooks, J. dalam bukunya “The Process of Parenting” (1991) sebagai kepimpinan authoritatif (املصداقية). Kepimpinan authoritatif sering meletakkan tahap kasih sayang dan pemahaman yang tinggi. Kriteria kepimpinan bagi kategori ini sering memaafkan dan meletakkan harapan, serta tidak menghukum semata-mata.

5

Maksudnya: Tenangkan dirimu, kerana sesungguhnya aku bukan seorang raja tetapi hanyalah

seorang anak kepada seorang perempuan (ibu) yang biasa memakan daging kering. 4

2. KEPIMPINAN RUMAH TANGGA5

Di dalam bahasa Arab, istilah kepimpinan yang bersesuaian disebut – قيادة – qiyadah 6, iaitu suatu

aktiviti menyumbang secara berkesan dalam sebuah gerakan, kumpulan ataupun institusi

masyarakat ke arah matlamat yang disasarkan. Pada asasnya, perkataan pimpin bermaksud

tuntun, bimbing, tunjuk atau pandu. Memimpin pula bererti memegang tangan dan membawa

berjalan. Sementara itu, pemimpin ialah orang yang menunjukan jalan atau arah untuk menuju ke

sesuatu tempat yang sudah ditetapkan. Justeru, kepimpinan mengandungi semua unsur yang

terdapat dalam pengertian-pengertian itu (Husin, 2007: 39).

Menurut Fathi Yakan (2007: 69), kepimpinan – merangkumi segala bentuknya – ialah seni

hubungan perilaku, kuasa pengaruh, gaya tindakan terhadap manusia serta penghalaannya ke

arah matlamat tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan

penghormatan kepadanya. Namun begitu potensi-potensi yang lain mestilah diambil kira untuk

melengkapkan dan menyempurnakan lagi sifat-sifat kepimpinan seumpama persediaan ilmu,

kekuatan rohani dan jasmani, akhlak, peribadi (pengalaman) serta berkemampuan.

Al-Quran secara jelas menceritakan kisah penciptaan Adam dan Hawa untuk memainkan

tanggungjawab kekhalifahan (kepimpinan) di muka bumi. Secara fitrahnya, perbezaan jantina di

antara kedua-duanya dengan erti kata psikologi dan fisiologi7 ini merupakan suatu perbezaan

yang lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing memikul amanah kepimpinan

4 Ibnu Majah al-Qazwini (w. 275H), Sunan Ibnu Majah (No: 3311). Al-Hakim al-Nisaburi (w. 405H), al-Mustadrak ala Sohihain (No: 4302). 5 Di dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), rumah tangga bermaksud perihal rumah dan kehidupan di dalamnya. 6 Qiyadah bermaksud orang yang memandu binatang ternakan. Pemandu berada di hadapan, manakala binatang ternakan berada di belakang (al-Zawi 1970: 711). Kepimpinan pula ditakrifkan sebagai kemampuan mempengaruhi orang lain dengan menghalakan usaha ke arah matlamat yang berkaitan (Tashtush 2009: 22). 7 Fisiologi merupakan tenaga yang menggerakkan tingkah laku manusia serta mengarah manusia mencapai sesuatu matlamat tertentu. Dorongan ini memainkan fungsi yang amat penting dalam kehidupan manusia. Dorongan ini akan menggerakkan manusiabekerja dan berusaha untuk memenuhi keperluan diri demi kelangsungan hidupnya di dunia (Ahmad Kilan, Yahya Jusoh 2013: 33-34).

6

sebagai bentuk amal soleh yang terbesar yang harus dilestarikan, ia juga merupakan

tanggungjawab berat yang menentukan jatuh bangun umat manusia.

Jamal Madhi (1994: 8) memberikan pandangan, di antara jenis kepimpinan yang paling

menonjol ialah kepimpinan yang bersifat mendidik ‘al-qiyadah al-tarbawiyah’ (educational

leadership). Kerana kejayaan mendidik generasi, membangun dan merencanakan kebangkitan

umat berkait rapat dengan penyediaan pendidikan yang berkesan. Manakala Fathi Yakan (2004:

46) di dalam magnum opus berjudul Maza Yakni Intima’ie li al-Islam, menyatakan bahawa

tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab memimpin diri ialah tanggungjawab

memimpin ahli keluarga, yang terdiri daripada isteri, anak-anak dan kaum kerabat.

Kepimpinan rumah tangga merupakan asas kepada pembinaan sebuah kerajaan kecil, ia meliputi

empat bidang yang perlu digarapkan iaitu pembahagian masa, tanggungjawab individu,

pengagihan tugas dan pengurusan kewangan. Ini kerana, kepimpinan rumah tangga yang baik

mampu mengukuhkan kasih sayang, mengatasi konflik dengan berkesan dan bergerak ke arah

matlamat yang sama iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat (al-Bayanuni 1988: 76). Justeru,

keharmonian rumah tangga sangat berkait rapat dengan kualiti kepimpinan ketua keluarga.

Di dalam bahasa Arab, perkataan rumah tangga disebut sebagai (األسرة) yang bermaksud keluarga,

family, household (Baalbaki 1992: 41). Di dalam al-Quran, perkataan yang melambangkan

keluarga digambarkan dalam sebutan “ahli” (أهل). Keluarga menurut takrif antropologi adalah

satu unit (kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan.

) adalah mufrad kepada (األسرة) رس أ ) iaitu kumpulan yang mempunyai ikatan kepentingan bersama

:Firman Allah .8 (اجلماعة يربطها أمر مشرتك)

نحن خلقناهم وشددنا أسرهم

8 al-Mu’jam al-Wasit (2010), Cetakan Kelima, Maktabah al-Syouruq al-Dawliyah

7

Maksudnya: Kami telah menciptakan mereka dan mengukuhkan persendian tubuh (anggota)

mereka. (al-Quran, al-Insan 76: 28)

3. ASAS RUMAH TANGGA DALAM ISLAM

Allah menjadikan manusia memenuhi fitrahnya sebagai makhluk sosial, di mana seseorang tidak

dapat memenuhi keperluannya sama ada zahir mahupun batin tanpa bantuan orang lain. Ikatan

perkahwinan tidak terkecuali dalam hal ini, ia mengandungi sistem yang difungsikan oleh setiap

individu di dalamnya yang terdiri daripada suami, isteri, anak-anak dan sebagainya. Fathi Yakan

(2004: 66-73) membahagikan tanggungjawab kepimpinan rumah tangga kepada tiga peringkat

iaitu; tanggungjawab sebelum berumahtangga, tanggungjawab selepas berumahtangga dan

tanggungjawab bersama mendidik anak-anak.

3.1 - Tanggungjawab Sebelum Berumahtangga

Perkahwinan melahirkan rasa tanggungjawab dan kestabilan, kerana itu Islam melarang segala

bentuk perhubungan seks di luar nikah. Ikatan perkahwinan yang sah adalah satu ikatan yang

amat suci dan disebut dalam al-Quran sebagai perjanjian yang amat kukuh (ميثاقا غليظا):

وأخذن منكم ميثاقا غليظا

Maksudnya: Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil daripada kamu perjanjian yang kuat

(al-Quran, al-Nisa’ 4: 21).

Syed Qutb dalam tulisannya ‘Petunjuk Sepanjang Jalan’ ( ي الطريقفمعالم ) menyenaraikan unsur

utama masyarakat bertamadun itu ialah masyarakat yang menjaga kesucian keluarga (Rasid

2010: 19).

Perkahwinan dapat memelihara keturunan, meneruskan dan mewariskan risalah dakwah di atas

muka bumi. Perkahwinan juga merupakan awal perkembangan personaliti manusia mencapai

kebahagiaan hakiki. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w menyatakan matlamat perkahwinan adalah

8

untuk memastikan pelaksanaan hidayah Allah berlangsung secara berterusan (االستمرارية), bukan

sekadar mencari keseronokan (al-Bayanuni 1988: 13).

ين تربت يداك لماهل : ح المرأة ألربع تـنك ا، وحلسبها، وجلماهلا، ولدينها، فاظفر بذات الد

Maksudnya: Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana taraf

keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu memilih

yang beragama supaya kamu berbahagia. 9

Kewujudan isteri dalam kehidupan suami merupakan antara tanda kekuasaan Allah sebagai

pembantu suami yang sejati (the authentic helper), sebagaimana firman-Nya:

نكم مودة ورمحة إن يف ذلك آليات ومن آياته أن خلق لكم من ها وجعل بـيـ أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليـ لقوم يـتـفكرون

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Dia telah menciptakan untuk

kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati

dengannya, dan dijadikan perasaan kasih sayang dan belas kasihan (suami dan isteri).

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan

kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (al-Quran, al-Rum 30: 21)

3.2 - Tanggungjawab Selepas Berumahtangga

Peranan yang lebih besar segera bermula sejurus kehidupan berumah tangga dimeterai. Secara

dasarnya, tanggungjawab mencari nafkah hidup terletak kepada suami manakala pendidikan

yang sempurna, latihan dan membesarkan anak dan melaksanakan fungsi optimum di rumah

9 Muhammad bin Ismail al-Bukhari (w. 256H), Sahih Bukhari, (No: 4725). Muslim bin al-Hajjaj (w. 261H), Sahih Muslim, (No: 2669). Abu Daud al-Sijistani (w.275H), Sunan Abi Daud, (No: 1754). al-Nasa’ie (w. 303H), Sunan al-Nasa’ie al-Sughra, (No:3196). Ahmad bin Hanbal (w.241H), Musnad Ahmad bin Hanbal, (No: 9316). Abu Hatim bin Hibban (w.354H), Sahih Ibn Hibban, (No:4127).

9

adalah tugas wanita. Sungguhpun demikian pengagihan tanggungjawab ini perlulah dilakukan

secara musyawarah suami dan isteri untuk mengelakkan salah faham dalam perhubungan.

Islam mengasaskan sikap integrasi (التكامل) dalam pengurusan rumah tangga. Perhubungan suami

isteri diibaratkan sebagai pakaian antara kalangan mereka sebagaimana firman Allah (al-Quran,

al-Baqarah 2: 187):

لهن هن لباس لكم وأنتم لباس

Maksudnya: Meraka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Ayat ini menggambarkan hubungan yang rapat antara pasangan suami dan isteri yang saling

melengkapi (complementary). Suami selain berperanan melakar kebahagiaan dan mencari

nafkah, antara tugas-tugas lain yang perlu diperhatikan sebagai pemimpin rumah tangga ialah:

3.2.1 Memantau kebersihan tempat penginapan daripada kekotoran dan sampah sarap

yang bertimbun di hadapan rumah dan memastikan ia selamat dan selesa diduduki.

3.2.2 Mengawal perbelanjaan keluarga supaya mencukupi bagi keperluan setiap ahli

keluarga serta tidak berlaku pembaziran ketika berbelanja.

3.2.3 Mengurus masa yang dilalui bersama keluarga agar dapat dimanfaatkan dengan

melakukan perkara-perkara berfaedah.

3.2.4 Merumuskan dan menentukan keputusan untuk mengukur kemajuan keluarga baik

dari segi akhlak, pendidikan dan ekonomi.

3.2.5 Mewujudkan komunikasi yang baik dan berkesan iaitu dengan menitikberatkan

adab dan perhubungan akhlak antara anak dengan ibu bapa.

3.2.6 Memastikan keluarga mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan yang

dimakan setiap hari tidak perlu mahal tetapi cukup sekadar mengandungi kesemua zat

10

makanan yang diperlukan oleh tubuh dalam kadar yang betul dan hasil sumber yang halal

(JAKIM, 2008).

3.3 - Tanggungjawab Mendidik Anak-Anak

Selain daripada kebahagian suami isteri yang berpanjangan, hasil yang diharapkan daripada

kehidupan berumahtangga ialah melahirkan zuriat yang beriman kepada Allah. Ia bertepatan

dengan matlamat perkahwinan iaitu merealisasikan makna khalifah. Dengan kehadiran anak-

anak dalam sebuah keluarga, nilai perasaan kekitaan, belas kasihan, pengorbanan, tolak ansur

dan sifat mulia lain dijelmakan secara tidak langsung dalam kehidupan realiti dan ditanamkan

dalam setiap suami suami dan isteri (Khurshid: 20).

Kehidupan suami isteri yang dibangunkan di atas dasar kerjasama mampu mendorong kerukunan

rumah tangga dan kebahagiaan keluarga. Fungsi tersebut perlu disempurnakan dengan

melaksanakan proses pengasuhan, penyusuan, pemeliharaan, pendidikan, penyesuaian diri,

pembentukan peribadi, keagamaan dan budaya hidup terhadap anak-anak. Oleh sebab itu, dalam

institusi rumah tangga aspek mendidik anak-anak ini dijadikan sebagai altiviti sepenuh masa.

Abdullah Nasih Ulwan (2010: 13) di dalam pengenalan kitab Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam

meletakkan tujuh asas tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam mengurus keperluan anak-

anak, iaitu; Pendidikan Iman (الرتبية اإلميانية); Pendidikan Moral (الرتبية اخللقية); Pendidikan Fizikal ( الرتبية

الرتبية ) Pendidikan Sosial ;(الرتبية النفسية) Pendidikan Psikologi ;(الرتبية العقلية) Pendidikan Intelektual ;(اجلسمية

Bentuk pendidikan ini merangkumi skop ‘Tarbiyah .(الرتبية اجلنسية) dan; Pendidikan Seksual (اإلجتماعية

Islamiyah’ 10 sebagaimana disebut oleh Ishak Ahmad (1991: 38), bahawa pendidikan Islam

adalah pendidikan yang bersumberkan panduan Ilahi. Penekanan utamanya ialah mewujudkan

hubungan yang berterusan antara seorang hamba dengan Pencipta, iaitu Allah yang memiliki

sifat keagungan dan ketinggian. 10 Tarbiyah Islamiyah ataupun Pendidikan Islam merupakan proses yang menekankan kepada penghayatan ilmu naqliah dan aqliah. Pendidikan Islam bukan hanya menjalankan proses ta’alim tetapi mencakupi proses ta’adib dan tarbiyah. Proses ta’adib ialah proses pencernaan adab dengan sifat dalaman dan luaran di samping berfungsi melahirkan keperibadian yang luhur dan jiwa yang murni. Proses tarbiyah pula mencakupi segala bentuk latihan imaniah, aqliah, jinsiah, ijtima’iah, jismiah dan ruhiah. Manakala ta’alim pula adalah menyampaikan ilmu berdasarkan ketepatan konsep dengan kehendak ilmu yang diajar (Ahmad Kilan, Yahya Jusoh 2013: 107).

11

4. CIRI-CIRI KEPIMPINAN RUMAH TANGGA

Terdapat empat ciri (خصائص) kepimpinan dalam keluarga yang akan dihuraikan di sini iaitu;

kepimpinan suami terhadap isteri, kepimpinan isteri terhadap suami, kepimpinan ibu bapa

terhadap anak dan kepimpinan anak dalam keluarga.

4.1 Kepimpinan Suami Terhadap Isteri

Menurut Said Hawwa (2007: 45), seorang suami bertanggungjawab memberikan pendidikan

agama kepada isterinya sama ada dalam hal mendirikan perkara yang wajib, sunat dan soal

peningkatan akhlak. Program pendidikan seumpama itu boleh dijalankan di rumah, namun

sekiranya si suami tidak berkesempatan atau kurang ilmunya, maka seharusnya suami

menggalakkan isterinya menghadiri kelas-kelas dan ceramah agama serta fardhu ‘ain di masjid-

masjid. Sabda Rasulullah s.a.w:

بذنب أعظم من جهالة أهله ال يـلقى الله أحد

Maksudnya: Seseorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar iaitu

membiarkan kejahilan isterinya. 11

Selain pendidikan agama, suami juga bertanggungjawab memberikan nasihat, tunjuk ajar dan

pandangan kepada isterinya dalam segala hal demi mencapai kesempurnaan rumah tangga.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam khutbah terakhir baginda 12 :

را فإنـهن خلقن من ضلع، وإن أعوج ما يف الضلع أعاله ، فإن ذهبت تقيمه كسرته، استـوصوا بالنساء خيـ

وإن تـركته مل يـزل أعوج، فاستـوصوا بالنساء خيـرا

11 Al-Syaukani (w. 1255H), al-Fawa’'id al-Majmu’ah lil Syaukani (No: 296). 12 Perkara yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w bukanlah mengenai penciptaan Hawa daripada tulang rusuk, tetapi memerintahkan supaya lelaki berlembut dalam hubungannya dengan wanita (حسن التعامل مع املرأة واإلحسان إليها) kerana kekerasan tidak menatijahkan kesimpulan yang baik. Dengan memahami hakikat wanita yang sedemikian, lelaki hendaklah bersikap bijaksana dalam berinteraksi dengan mereka.

12

Maksudnya : Berilah nasihat kepada wanita (isteri) dengan cara yang baik. Sesungguhnya

wanita itu diciptakan seperti tulang rusuk lelaki yang bengkok. Sesuatu yang paling bengkok

ialah tulang rusuk yang paling atas. Jika hendak meluruskannya (tanpa menggunakan

perhitungan yang matang, maka kalian akan mematahkannya, sedang jika kalian

membiarkannya), maka ia akan tetap bengkok. Kerana itu berilah nasihat kepada isteri dengan

cara yang baik. 13

Antara perkara yang sering ditekankan Rasulullah s.a.w terhadap suami dalam menguruskan

rumah tangga ialah memuliakan isteri dan berlemah-lembut terhadap mereka. Walaupun suami

merupakan pemimpin dalam keluarga, kepimpinan suami di sini tidaklah bersifat mutlak

sehingga terkeluar daripada batasan syara’. Suami seharusnya menyedari bahawa isteri tetap

mempunyai hak untuk bermusyawarah dan melakukan tawar-menawar dengan suami. Wajarlah

suami bersikap lapang dada, sebagaimana saranan Ali bin Abi Talib 14:

عة الصدر الرياسة، س آلة Maksudnya: Komponen yang perlu ada bagi kepimpinan ialah sikap berlapang dada.

Umum mengetahui, tugas seorang isteri adalah menyempurnakan urusan rumahtangga. Namun

begitu, suami tidak boleh lepas tangan dan hanya bergantung pada isteri semata-mata. Rasulullah

s.a.w yang menjadi ikutan umat merupakan contoh yang terbaik sebagai seorang suami yang

bertanggungjawab. Baginda selalu membantu isteri-isterinya melakukan kerja rumah dan tidak

menyusahkan mereka dengan melakukan pekerjaan yang boleh dilakukannya sendiri seperti

menjahit pakaian yang koyak dan membasuh perkakas di dapur (Mustafa 1995: 190).

Haruslah difahami bahawa kepimpinan suami ke atas keluarga tidak menghilangkan hak-hak

isteri dalam berbagai hal. Islam memberikan hak kepada isteri untuk membubarkan perkahwinan

13 Muhamad bin Ismail al-Bukhari (w. 256H), Sahih Bukhari (No: 3104, No: 4812). Muslim bin al-Hajjaj (w. 261H), Sahih Muslim (No: 2679). Abu Nuaim al-Asbahani (w. 430H), al-Musnad al-Mustakhraj ala Sahih Muslim li Abi Nuaim (No: 3179). 14 Nahju al Balaghah, Syarhu al-Ustaz al-Imam al-Syaikh Muhamad Abduh, Jilid 4, t.t, hlm: 42. Beirut: Dar al-Makrifah.

13

melalui proses khulu’ atau fasakh jika dibimbangi berlaku ketidakadilan dan pengabaian. Khulu’

mahupun fasakh adalah dua bentuk pembubaran perkahwinan yang dikategorikan atas inisiatif

pihak isteri. Sungguhpun demikian, hak ini bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya

oleh isteri bagi menuntut perceraian.

4.2 Kepimpinan Isteri Terhadap Suami

Antara sikap kepimpinan isteri terhadap suami ialah mengiktiraf suaminya sebagai ketua

keluarga, membantu dan mentaatinya dalam hal yang tidak bertentangan dengan agama. Isteri

juga bertanggungjawab menjaga maruah diri semasa ketiadaan suami, firman Allah (al-Quran,

al-Nisa’ 4: 34):

فالصالحات قانتات حافظات للغيب بما حفظ الله

Maksudnya: Maka wanita yang baik itu ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika

suaminya tiada, kerana Allah telah memelihara (mereka).

Selain mengasuh dan mendidik anak-anak agar menjalankan segala kefardhuan Islam, seorang

isteri juga harus membantu suaminya untuk taat kepada Allah dan memberinya nasihat demi

mencari keredhaan Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:

قظت زوجها، فإن أىب نضحت يف وجهه الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيـ

Maksudnya: Allah merahmati seorang wanita yang bangun tengah malam untuk solat, lalu dia

membangunkan suaminya agar ikut solat, dan jika suaminya tidak mahu bangun, maka ia

memercikkan air pada wajahnya.15

Bahkan tidak menjadi kesalahan bagi seorang isteri yang berkemampuan untuk membantu

suaminya dalam memberi nafkah kepada anak-anak. Sifat berkebajikan ini dijanjikan Rasulullah

s.a.w dengan ganjaran pahala, sebagaimana contoh yang telah dilakukan oleh Ummu Salamah

15 Abu Daud al-Sijistani (w. 275H), Sunan Abi Daud (No: 1114, No: 1240). Ibnu Majah al-Qazwani (w. 275H), Sunan Ibnu Majah (No:1326). Al-Nasa’ie (w. 303H), Sunan al-Nasa’ie al-Sughra (No: 1600).

14

r.ah ketika beliau memberikan harta perbelanjaan kepada anak-anaknya hasil daripada

perkahwinan dengan Abu Salamah. Rasulullah s.a.w menegaskan:

نـعم، لك أجر ما أنـفقت عليهم Maksudnya: Benar (wahai Ummu Salamah), bagimu ganjaran pahala kepada harta yang telah

engkau belanjakan kepada mereka. 16

Selain melayani suami, isteri juga wajar melayani ibu bapa mertua seperti melayani ibu bapa

sendiri, kerana pengalaman-pengalaman yang dimiliki oleh ibu bapa mertua sangat penting untuk

dipelajari oleh pasangan baharu mendirikan rumah tangga.

4.3 Kepimpinan Ibu Bapa Terhadap Anak

Keluarga mesti memainkan peranan untuk menentukan perasaan anak sama ada mereka rasa

disayangi, diperlukan ataupun sebaliknya. Anak-anak akan menilai sendiri menerusi tindak balas

fizikal dan emosi berpandukan teladan dan gaya asuhan yang mereka terima daripada ibu bapa.

Setiap arahan dan tegahan haruslah dengan mengimplementasikan kandungan bicaya yang

rasional, bukannya emosional (Zalikhah 1992: 37).

Oleh kerana itu, ibu bapa haruslah bersikap adil dengan anak-anak. Islam tidak hanya

menekankan keadilan dalam persoalan politik dan pemerintahan semata-mata, keadilan juga

wujud dalam pendidikan kasih sayang kepada anak. Tingkah laku yang boleh menyebabkan

anak-anak merasakan ibu bapa tidak adil hendaklah dielakkan. Sabda Rasulullah s.a.w:

نكم يف الرب اعدلوا بـني أوالدكم يف النحل، كما حتبون أن يساووا بـيـMaksudnya: Bersikap adillah kamu antara anak kamu dalam memberi hadiah, sebagaimana

kamu suka mereka berlaku adil antara kamu dalam mencurahkan kebaktian. 17

16 Muhamad bin Ismail al-Bukhari (w. 256H), Sahih Bukhari (No: 1380, No: 4975). Muslim bin al-Hajjaj (w. 261H), Sahih Muslim (No: 1674). Ahmad bin Hanbal (w. 241), Musnad Ahmad bin Hanbal (No: 25911). 17 Muhamad bin Ismail al-Bukhari (w. 256H), Sahih Bukhari (No: 2409, No: 2410, No: 2469).

15

Didikan pertama yang perlu ditekankan kepada anak-anak ialah pendidikan al-Quran. Al-Quran

menjelaskan bahawa solat merupakan satu bentuk peribadatan yang sangat berpotensi untuk

membentuk peribadi dan menjauhkan seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.

Kewajipan solat merupakan tanggungjawab individu muslim yang paling asas sebelum

memenuhi kewajipan lain dalam rukun Islam.

ها وأمر أهلك بالصالة واصطرب عليـ

Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun

bersabar menunaikannya. (al-Quran, Taha 20: 132)

Didikan melaksanakan solat perlu diasah sejak kecil lagi, sabda Rasulullah s.a.w:

ها وهم أبـناء عشر سنني مروا أوالدكم بالصالة وهم أبـناء سبع سنني، واضربوهم عليـ

Maksudnya: Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat apabila mereka mencapai usia tujuh

tahun, dan apabila mereka telah berusia sepuluh tahun, maka pukullah mereka (apabila tidak

mahu mendirikan solat).18

Menurut Fathi Yakan (2004: 27), doa merupakan kaedah yang berkesan untuk membentuk

keyakinan tauhid kepada Allah. Maka, pengajaran doa kepada anak-anak secara tidak langsung

sebagai satu cara meneguhkan akidah mereka. Ketika Hassan r.a dan Hussin r.a masih kanak-

kanak lagi, Rasulullah s.a.w membacakan kepada mereka doa agar dipelihara Allah sebagaimana

yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya, Ismail a.s dan Ishak a.s:

هكذا كان إبـراهيم : بكلمات الله التامة، من كل شيطان وهامة، ومن كل عني المة، ويـقول أعيذكما يـعوذ إسحاق وإمساعيل عليهم السالم

18 Abu Daud al-Sijistani (w.275H), Sunan Abi Daud, (No: 417). Ahmad bin Hanbal (w.241H), Musnad Ahmad bin Hanbal, (No:6514, 6579). Al-Hakim al-Nisaburi (w.405), al-Mustadrak ‘ala Sahihain, (No:662). Al-Baihaqi (w.458H), al-Sunan al-Kubra lil Baihaqi, (No: 2968, 2969, 2970, 2971).

16

Maksudnya: Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna untuk kamu

berdua (Hassan r.a dan Hussin r.a) daripada gangguan syaitan, daripada binatang dan

daripada mata yang berniat jahat. Sabda Rasulullah; Beginilah yang dilakukan Ibrahim a.s

memohon perlindungan untuk keselamatan Ishak a.s dan Ismail a.s. 19

4.4 Kepimpinan Anak Terhadap Keluarga

Ketaatan dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah keutamaan bagi seorang anak selepas

mengabdikan diri kepada Allah. Anak-anak yang ditanamkan dengan pendidikan al-Quran,

pastinya menyedari perintah Allah yang dirakamkan di dalam surah al-Isra’ 17: 23.

لغن عندك الكبـر أحده ما أو وقضى ربك أال تـعبدوا إال إياه وبالوالدين إحسانا إما يـبـ

هرهما وقل لهما قـوال كريما كالهما فال تـقل لهما أف وال تـنـ

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan kamu supaya jangan menyembah selain Dia

dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa dengan sebaik-baiknya sama ada salah

seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai lanjut usia dalam pemeliharaanmu,

maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah

kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa tidak terhenti dengan kematian salah seorang

atau kedua-duanya, malah anak-anak masih memiliki tanggungjawab selepas ketiadaan ibu bapa

mereka. Antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh anak-anak ialah mendoakan

kesejahteraan, memohon keampunan serta menziarahi kubur mereka. Sabda Rasulullah s.a.w:

نسان انـقطع عمله إال من ثالث، صدقة جارية، وعلم يـنتـفع به، وولد صالح إ يدعو له ذا مات اإل

19 Muhamad bin Ismail al-Bukhari (w. 256H), Sahih Bukhari (No: 3143). Muhamad bin Isa al-Tirmizi (w.256H), Jami’e al-Tirmizi (No: 1986). Abu Daud al-Sijistani (w. 275H), Sunan Abi Daud (No: 4114). Ahmad bin Hanbal (w.241H), Musnad Ahmad bin Hanbal (No: 2036, No: 2337). Abu Hatim bin Hibban (w. 354), Sahih Ibn Hibban (No: 1025). Al-Hakim al-Nisaburi (w.405), al-Mustadrak ‘ala Sahihain (No: 4724).

17

Maksudnya: Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang berfaedah atau anak soleh yang mendoakannya. 20 Anak-anak juga bertanggungjawab menjelaskan hutang-piutang serta menggantikan puasa ibu

bapa yang telah meninggal dunia. Islam menyarankan anak-anak supaya meneruskan hubungan

silaturahim dengan saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai kepada ibu bapa. Hubungan

tersebut boleh dijalinkan dengan cara bertegur sapa, bertanya khabar, hormat menghormati dan

membantu mereka ketika diperlukan.

إن أبـر الرب صلة الولد أهل ود أبيه

Maksudnya: Kebajikan yang terbesar ialah seorang anak yang mempereratkan hubungan

dengan kerabat yang paling disukai ayahnya. 21

5. ISU-ISU KEPIMPINAN RUMAH TANGGA

Adakalanya isu kepimpinan rumah tangga didorong anggapan bahawa kaum lelaki lebih unggul

daripada kaum wanita. Sebenarnya, kaum wanita turut menganggotai peranan penting sebagai

seorang isteri yang berfungsi mendidik anak-anak dalam mencorak masa depan negara.

Meskipun demikian, al-Nawawi (2012: 28-29) mengakui bahawa suami memiliki kelebihan

daripada isteri. Kelebihan tersebut bukan bererti suami berhak melakukan apa sahaja berbanding

isteri, bahkan suami wajib melayani isteri dengan baik dan tidak menyakitinya serta harus

memberinya nafkah sesuai dengan kemampuannya.

Konsep ini dibentuk berasaskan kepada petunjuk daripada wahyu Allah antaranya yang

terpenting ialah (al-Quran, al-Nisa’ 4: 34):

بـعضهم على بـعض وبما أنفقوا من أموالهم الرجال قـوامون على النساء بما فضل الله

20 Abu Daud al-Sijistani (w. 275H), Sunan Abi Daud (No: 2497). Al-Nasa’ie (w. 303H), Sunan al-Nasa’ie al-Sughra (No: 3610). Abdullah bin Abd al-Rahman al-Darimi (w. 255H), Sunan al-Darimi (No:560). 21 Muslim bin al-Hajjaj (w. 261H), Sahih Muslim (No: 3414, No: 4636, 4637). Mohamad bin Isa al-Tirmizi (w. 256H), Jami’e al-Tirmizi (No:1821). Abu Daud al-Sijistani (w.275), Sunan Abi Daud (No:4479).

18

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yangbertanggungjawab terhadap

kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa

keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja

(memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Kepimpinan lelaki dalam ayat ini sama sekali bukanlah bererti kedikdaktoran dan tindakan

sewenang-wenangnya; tetapi merupakan kepimpinan yang dibangunkan atas dasar karismatik,

tanggungjawab dan fitrah keupayaan yang dimiliki oleh kaum lelaki sebagai pelindung kaum

wanita. Kerana itulah kewajipan berjihad (berperang) itu dibebankan kepada kaum lelaki dan

tidak kepada kaum wanita (Ahmad Sonhadji 2012: 34).

Sejak dahulu, kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal (املهارات الذاتية) selalunya dirujuk kepada

kaum lelaki. Namun sekarang hal-hal yang mendasari bidang tersebut telah dibantu jentera yang

lebih sofistikated. Justeru, kebanyakan kerja tidak lagi diklasifikasikan mengikut jantina.

Perindustrian yang membangun ideologi kapitalisme, meletakkan output material sebagai

objektif tertinggi sehingga mengenepikan persoalan kemanusiaan. Kilang-kilang sebagai contoh,

memaksa kerja dijalankan selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu, sehingga menyebabkan

masa kerja tidak lagi fleksibel.

Perubahan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada struktur kehidupan bagi kebanyakan

ahli keluarga yang terlibat dalam bidang yang berlatar belakang industri. Ibu bapa yang kedua-

duanya bekerja dalam waktu yang ditetapkan berhadapan dengan kemahiran menyusun masa

untuk kerja dan pembangunan sakhsiyah keluarga. Adakalanya perihal keluarga terabai dan tidak

diambil peduli. Akibatnya, rentetan gejala sosial yang berpunca daripada masalah rumah tangga

kerap berlaku dan dilaporkan meningkat saban tahun.

Di Malaysia, Women’s Aid Organisation (WAO) melaporkan pada tahun 2011, sebanyak 75 kes

keganasan rumah tangga berlaku, dan pada tahun 2012 jumlah tersebut meningkat sebanyak 82

kes. Walaupun terdapat “Akta Keganasan Rumah Tangga”, ia masih juga berlaku. Tidak adil

jika kita menyelar undang-undang yang wujud langsung tidak memberikan sebarang kesan.

19

Hakikatnya keganasan rumah tangga berlaku akibat kejahilan masyarakat yang tidak

melaksanakan ajaran-ajaran Islam dengan sempurna.

Dalam Islam, pendidikan kepada isteri dan anak-anak adalah satu kewajipan syara’ yang tidak

boleh disia-siakan oleh ketua keluarga. Oleh kerana itu, intitusi rumah tangga adalah sasaran

dakwah yang mesti mendapat perhatian serius oleh setiap umat Islam sebagai tapak semaian bagi

tumbuhnya sebuah masyarakat yang beriman. Allah berfirman:

يا أيـها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada

neraka. (al-Quran, al-Tahrim 66: 6)

Islam mengajar para suami menasihati isterinya yang berkelakuan tidak wajar dengan cara

berhikmah, iaitu mengawal perasaannya daripada terjerumus di luar tabiat kemanusian. Apabila

isteri melakukan kesalahan dan kemudian meminta maaf, maka suami wajar melupakan dan

memaafkannya dan tidak memanjangkan masalah tersebut. Seorang suami mestilah tabah dan

sabar apabila berlaku perkara yang tidak menyenangkan, hasil perbuatan isterinya. Tidak harus

sama sekali si suami menghina isterinya dengan apa cara sekalipun, baik melalui perkataan

mahupun perbuatan. Firman Allah:

را كثيرا فإن كرهتموهن فـعسى أن تكرهوا شيئا ويجعل الله فيه خيـ

Maksudnya : Jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-laku isteri, janganlah

terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak

menjadikan apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak. (al-Quran, al-Nisa’ 4: 19)

6. IMPLIKASI KEPIMPINAN ISLAM YANG DIAMALKAN

DALAM RUMAH TANGGA

Institusi rumah tangga merupakan institusi yang wujud sejajar dengan penciptaan manusia, ia

adalah unit asas kepada pembentukan komuniti, masyarakat dan negara. Kira-kira satu pertiga

20

daripada hukum-hakam dalam al-Quran adalah berkaitan dengan masalah yang berkait dengan

isu kekeluargaan. Rangkaian hak dan tanggungjawab dibekalkan sebagai asas kehidupan

berkeluarga adalah bertujuan untuk melahirkan corak kelakuan dan sikap seperti yang

dikehendaki oleh ajaran Islam (Khurshid, 1996: 14).

Dalam Islam, institusi rumah tangga dianggap sebagai suatu bentuk perlindungan, jaminan sosial

serta pengagihan tanggungjawab, kerana melalui perkahwinan seseorang wanita berhak

mendapat dan menuntut nafkah daripada suaminya. Seorang anak yang lahir daripada

perkahwinan yang sah dijamin keperluan, perwalian diri dan harta serta berhak mendapat pusaka

daripada keluarganya (Zalikhah 1992: 2). Oleh kerana itu, kepimpinan rumah tangga penting

untuk melahirkan insan yang bertingkahlaku selaras dengan norma dan harapan sosial.

Keharmonian atau kegelisahan yang wujud dalam masyarakat berkait rapat dengan agenda yang

di bawa oleh kepimpinan rumah tangga. Banyak nas-nas syarak yang menekankan fungsi

pemimpin sebagai penggerak sosial dan mengakui pemimpin mempunyai implikasi besar kepada

corak atau pola perlakuan pengikutnya. Jika setiap individu berjaya mencernakan kepimpinan

yang berkesan, dan ahli keluarga menyedari tanggungjawab dan peranan, maka sumber manusia

yang sedia ada dapat digembelengkan dan melahirkan insan yang dinamik.

Antara faktor yang menyebabkan kegagalan dunia Islam, kemunduran tamadun dan terlerainya

kesatuan ialah kerana hilangnya peranan kepimpinan rumah tangga yang menggerakkan proses

tarbiyah (pendidikan) bagi menyediakan generasi Islam yang mampu mengembalikan maruah,

kekuatan dan kemuliaan ummah ini. Kegagalan dalam memainkan peranan tarbiyah, akan

memberikan peluang kepada pihak musuh meracuni pemikiran dan gaya hidup anak-anak

muslim. Kita wajar menyedari tentang mustahaknya kepimpinan rumah tangga bagi melindungi

generasi hari ini (Nafisah 2011: 68).

7. KESIMPULAN

Institusi rumah tangga mesti dibentuk berdasarkan kepada agama, jika perkara agama tidak

dititik beratkan pada peringkat awal pembinaannya, maka institusi keluarga akan menghadapi

masalah yang besar. Bermula daripada persoalan jodoh, Rasulullah s.a.w telah mendeklarasikan

21

bahawa agama mestilah menjadi asas utama kepada pemilihan tersebut. Ini kerana, banyak

keruntuhan rumah tangga berlaku berpunca daripada sikap mengenepikan asas agama dalam

kehidupan. Peranan kepimpinan dalam menterjemahkan penghayatan agama dalam soal

kekeluargaan adalah jalan penyelesaian yang paling ampuh menangani masalah rumah tangga.

7. RUJUKAN

Abdullah Nasih Ulwan. 2010. Tarbiyah al-Aulad fi al-Islam, Cetakan Ketujuh (1431H), Jilid

Pertama, Kaherah: Dar al-Salam.

Ahmad Sonhadji Mohamad. 2012. Tafsir al-Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Bayanuni, Ahmah Izz al-Din. 1988. Min Hadyi al-Islami: Minhaj al-Tarbiyah al-Solihah,

Cetakan Ketiga (1409 H), Kaherah: Dar al-Salam

Al-Tahir Ahmed al-Zawi. 1970. Tartib al-Qamus al-Muhit ala Thoriqat al-Misbah al-Munir wa

Asas al-Balaghah, Jilid Ketiga, Kaherah: Isa al-Halabi wa Syurakah.

Al-Nawawi, Mohamad bin Umar al-Bentani al-Jawi. 2012. Uqud al-Lujjayn fi Bayan Huquq al-

Zaujain, Cetakan Pertama, Dar al-Kitab al-Ilmiyah.

Andrew F Sikula. 1992. Management in America: Crisis in Ethics, Bend, Oregon, Daniel

Spencer Publishers.

Baalbaki, Rohi. 2001. al-Mawrid al-Muyassar a Simplified Arabic-English Dictionary, Cetakan

Kelima, Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin.

Daft, Richard L. 1999. Leadership: Theory and Practice, The Dryden Press.

Fathi Yakan. 2007. Musykilat al-Dakwah wa al-Da’ieah, Cetakan Pertama, Beirut: Mu’assasah

al-Risalah Nasyirun.

__________. 2004. Maza Ya’ni Intima’ie lil Islam, Cet. ke-26, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

22

Husin @ Ibrahim Mamat. 2007. Pemimpin Era Globalisasi, Cetakan Pertama, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Ishak Ahmad Farhan. 1991. al-Tarbiyah al-Islamiyah baina al-Asalah wa al-Mu’asirah, Cetakan

Ketiga, Yarmouk: Dar al-Furqan.

JAKIM. 2008. Memasuki Gerbang Perkahwinan (Edisi Kedua), Terbitan JAKIM dan Persatuan

Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Putrajaya.

Jamal Madhi. 1994. Qiyadah al-Mu’atharah, Kaherah: Dar al-Tauzi’e wa al-Nashr al-Islamiyah.

Khurshid Ahmad. 1996. Kekeluargaan Dalam Islam, Edisi Bahasa Malaysia, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM).

Mustafa Hj. Daud. 1995. Budi Bahasa dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur: DBP

Nafisah Md Tahir. 2011. Keluarga Muslim dan Tarbiyah: 8 Jalan Menuju Syurga, Majalah

Tarbawi, Bilangan 2, Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Rasid Muhamad. 2010. Merintis Kecemerlangan Islam, Shah Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd

Said Hawwa. 2007. Qawanin al-Bait al-Muslim, Cetakan Kedua, Kaherah: Dar al-Salam.

Tahtush, Hael Abd al-Mawla. 2009. Asasiyyat fi al-Qiyadah wa al-Idarah, Cetakan Pertama,

Irbidh: Dar al-Kindi.

WAO- Women’s Aid Organisation, WAO Annual Statistics 2011 & 2012, Selangor: Women’s

Aid Organisation. (www.wao.org.my) [16.4.2014]

Yasir Sayyid Ahmed. 2009. al-Qiadah Fann wa Maharah, Kaherah: Dar al-Bayan.

Zalikhah Md Nor. 1992. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam, Petaling Jaya:

Budaya Ilmu Sdn. Bhd.