10
1 DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN SUATU TUNTUTAN (TEKS KHUTBAH JUMAAT 26 OGOS 2022)

MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN SUATU TUNTUTAN

Embed Size (px)

Citation preview

1

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN SUATU

TUNTUTAN

(TEKS KHUTBAH JUMAAT 26 OGOS 2022)

2

MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN SUATU TUNTUTAN

ن ه نحمد ه للهالحمد ناش ر ورهمهنبهاللون ع وذ ونست غفهر هونستعهي أعمالهنا،سيئاتهومهنأن ف سه

ل فلالل ي هدهههمن لوحده الل إهل إهلههل أنأشهد له ،هادهيفلي ضلهله ومنله م ضه

ورس ول ه عبد ه م حم داأن وأشهد له ،شرهيك آلهههوعلىم حم د علىوسلمصلالل ه م .

يني ومهاهلىبهاهحسان تبهعه مومنوأصحابههه ولت قاتهههحقاللهات ق واآمن واالذهينيأي ها. الد

رالل،كهتاب الحدهيثهأصدقفاهن ب عد ،أم ا.مسلهم ونوأن ت مإهلتم وت ن هدي الهديهوخي

بهدعة وك ل بهدعة،م حدثة وك ل م حدثات ها،األ م ورهوشر وسل م،عليههالل صل ىم حم د

.الن ارهفهىضللة وك ل ضللة،

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, Marilah kita sama-sama

mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh

melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan

keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredaan hidup di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan membincangkan tajuk khutbah mengenai;“ MEMPERTAHANKAN

KEMERDEKAAN SUATU TUNTUTAN”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bersempena dengan hari kemerdekaan pada hari Rabu 31 Ogos bagi tahun 2022 ini, , maka

mimbar pada hari ini menyeru kepada para jemaah sekalian, marilah kita bersama-sama bersatu

hati dan berusaha membina sebuah masyarakat yang cintakan agama, bangsa dan negara kerana

3

Allah SWT, mudah-mudahan dengan usaha ini kita dapat mempertahankan nikmat kemerdekaan,

keamanan dan kemakmuran negara yang kita kecapi pada hari ini.

Maksudnya: Dan Allah memberikan satu contoh: sebuah negeri yang aman damai dan

tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Untuk menjadikan kita umat Islam yang seaqidah ini teguh bersama mempertahankan

kemerdekaan dan nikmat keamanan ini maka hendaklah kita kembali kepada petunjuk yang

berlandaskan Al Quran dan Assunnah, sepertimana Nabi SAW telah meneguhkan serta

menyatukan jantung hati dan jiwa ummat ini dengan kekuatan tauhid yang berlandaskan dua

petunjuk tersebut, sepertimana Allah SWT berfirman dalam surah Al-An’am ayat 153:

Maksudnya:“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus,

maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari

Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan

yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Dengan keadaan dan suasana yang aman dan makmur di negara kita pada hari ini, dapat kita

mentauhidkan Allah dan melaksanakan segala titah perintahnya dengan sempurna dan dengan

sebab nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikurniakan Allah ini juga dapat kita mencari

rezeki dan kemewahan yang halal lagi diredhai Allah SWT, sepertimana Allah SWT berfirman

dalam surah an-Nahl ayat 112 :

4

Dan Rasulullah SAW bersabda:

يان يشد ب عضه ب عضا المؤمن للمؤمن كالب ن

Ertinya:"Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah

bangunan yang mana sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain". (Hadis Riwayat

Muslim)

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Jika kita mengkaji sejarah riwayat hidup Rasulullah SAW, maka kita akan mendapati bahawa

baginda nabi SAW bersungguh-sungguh menyatukan hubungan sesama umat Islam di atas dasar

tauhid tanpa mengira latar belakang keturunan, bangsa, warna kulit dan kedudukan mereka.

Sejarah telah membuktikan bahawa belum pernah berlaku penyatuan umat sehebat kejayaan

yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Baginda Rasulullah SAW telah berjaya membina tamadun yang hebat dan menggabungkan

pelbagai budaya di bawah panji-panji Islam. Malah, golongan bangsawan dipersaudarakan

dengan golongan hamba dan golongan kaya dipersaudarakan dengan golongan miskin di atas

dasar tauhid atau keimanan kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW dan Para Sahabat RadiyallahhuanhumAjmaiin juga sanggup berkorban harta,

dan jiwa raga mereka untuk menegakkan agama tauhid di atas muka bumi ini dan membela

saudara mereka yang seaqidah, sepertimana contoh yang ditunjukkan oleh Abu Bakar As-Siddiq

RA dengan membeli Bilal bin Rabbah RA dan memerdekakannya. Malah setiap sahabat dapat

merasai nikmat persaudaraan yang melambangkan kesatuan hati dan jiwa mereka yang dibina

berteraskan Agama yang metauhidkan Allah SWT.

5

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita juga perlu sama-sama berwaspada terhadap sifat-sifat tercela yang bersarang dalam diri,

seperti buruk sangka, hasad dengki, riyak, takabbur, keras kepala, tidak boleh ditegur dan

seumpamanya. Kesemua sifat buruk inilah yang menjadi punca kepada terjejasnya perpaduan

dan kesatuan dalam masyarakat Islam dan negara. Sifat-sifat seperti ini, merupakan penyakit

umat masa kini yang semakin parah. Akibatnya, umat Islam kini menderita dan terus dibelenggu

perpecahan dan kehinaan. Baginda Rasulullah SAW telah bersabda :

رحة والفرفة عذاب الماعة

Ertinya: "(Kesatuan) jemaah (umat islam mendapat) rahmat (daripada Allah) dan perpecahan

(membawa) azab (sengsara)". (Hadis Hasan Sahih, Riwayat Ahmad)

Musuh-musuh Islam sentiasa bersatu dan berusaha mencari jalan bagi menggagalkan

persaudaraan dan perpaduan yang dibina. Umat Islam sentiasa dilempar dengan pelbagai

tohmahan dan fitnah agar bersengketa dan bermusuhan sesama sendiri. Akibatnya, umat Islam

menjadi kacau bilau, huru hara dan mudah dikuasai oleh musuh Islam. Oleh sebab itu, marilah

kita teguh bersama di atas nama Islam.

Kita tanamkan azam dalam diri kita dengan bertekad untuk mengembalikan kekuatan umat Islam

dan marilah sama-sama kita membina kembali hubungan persaudaraan serta memeliharanya

dengan bersungguh-sungguh. Sebagaimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW

dan para sahabatnya sehingga terbentuk satu umat yang sangat kuat kesatuanya dan mampu

menghadapi pelbagai cabaran daripada musuh-musuh Islam. Maka dengan hal yang sedemikian,

dapatlah kita umat Islam membina peradaban Islam yang unggul dan cemerlang serta mampu

menjadi penyelesai kepada pelbagai persoalan dan permasalahan semasa yang berlaku.

6

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Antara perkara yang perlu diambil perhatian untuk kita memantapkan persaudaraan sesama umat

Islam yang seakidah dan menjadikan kita ini umat yang sentiasa bersatu padu, berkasih sayang,

dan merapatkan hubungan sesama kita ialah :

Yang Pertama: Membudayakan ucapan salam apabila bertemu antara satu sama lain,

sepertimana Rasullullah SAW telah bersabda:

عل والذي ن فسي بيده ل تدخلوا النة حت ت ؤمنوا ول ت ؤمنوا حت تابوا أول أدلك

نك أفشوا السلم ب ي شيء إذا ف علتموه تاب بتErtinya : "Demi Allah yang diriku berada dalam tangan-Nya, kamu tidak akan dapat masuk

syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna

sehinggalah kamu berkasih sayang antara kamu.Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu

apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkan ucapan salam

dalam kalangan kamu" . (Hadis sanadnya Sahih, Riwayat Attirmizi)

Yang Kedua: Tidak bersangka buruk dan hasad dengki sesama umat islam. Rasulullah SAW,

bersabdanya:

عل ب يع ب عض وكونوا ع باد الله إخوانال تاسدوا ول ت ناجشوا ول ت باغضوا ول تداب روا ول يبع ب عضك

Ertinya: “Janganlah kamu semua saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling

memutuskan hubungan. Dan janganlah kamu semua menjual sesuatu yang telah dijual

kepada orang lain. Jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara..” (Hadis

Riwayat Muslim).

7

Saranan serta anjuran Rasulullah SAW ini hendaklah kita semua junjung dan terjemahkan dalam

kehidupan harian kita. Ia penting bagi mengukuhkan kesatuan dan perpaduan ummah demi

kelangsungan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perpecahan dan perbalahan yang berlaku sesama kita umat islam yang seakidah boleh

menyebabkan maruah kita tergadai dan menjadi hina. Kelemahan ini akan digunakan oleh pihak

tidak bertanggungjawab dan membenci kedamaian sebagai punca bagi pertelagahan sesama

saudara Islam yang seakidah. Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru sidang jemaah

sekalian, marilah kita sama-sama kembali dan beramal dengan petunjuk Al Quran dan As sunnah

untuk kita memperolehi nikmat persefahaman, keamanan dan perpaduan dalam usaha

mempertahankan agama Islam, bangsa dan negara. Allah SWT berfirman dalam surah Ali ‘

imran ayat 103 :

Mafhumnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan

janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu

bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu

(sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat

Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang

neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari

neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu

ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

با فيه من اآليات والذكر ال ون فعن وإياك ف القرآن العظي بارك اهلل ل ولك .كي

8

KHUTBAH KEDUA

. أشهد أن ممدا رسول اهللأن ل إله إل اهلل و أشهد المد لله وحده و وبارك صل وسل اللهصحبه أجعي، أما ب عد، ف يا أي ها المسلمون، ات قوا اهلل حق ت قاته ول عل ممد وعل آله و مسلمون .توتن إل وأن ت

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Amalan berdoa untuk perlindungan diri dari mara bahaya yang paling terbaik ialah, apabila

seseorang itu melafazkan doa-doa yang ma’thur, iaitu yang diambil daripada al-Quran dan hadis-

hadis yang sahih. Ada antara kalimah-kalimah doa yang dinyatakan oleh Nabi SWT akan

fadilatnya dan menjadi amalan baginda. Antaranya ialah satu riwayat daripada Abu Hurairah RA

dia berkata :

ف قال يا رسول اهلل ما لقيت من : جاء رجل إل النب صل اهلل عليه وسلأعوذ بكلمات اهلل : و ق لت، حي أمسيت أما ل : عقرب لدغتن البارحة، قال

التامات من شر ما خلق، ل تضرك

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah,

ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW

bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:

أعوذ بكلمات اهلل التامات من شر ما خلق

Ertinya; “(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan

yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan

kamu”. (Hadis Riwayat Muslim)

Marilah kita mengamalakan doa perlindungan diri yang diajarkan oleh baginda Rasulululah

SAW ini, mudah-mudahan kita menjadi hambanya yang sentiasa berdoa kepadanya, serta

diselamatkan dari segala mara bahaya atau dari musibah yang tidak diingini.

9

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai

orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang sahih, daripada Anas Bin Malik RA;

من صل علي واحدة صل اهلل عليه عشرا ، وحط عنه عشر خطيئات

Yang bermaksud;“Barangsiapa berselawat ke atas aku satu kali, maka Allah membalasnya

(dengan merahmatinya dan Allah memberi ganjaran pahala kepadanya sebanyak) 10 kali dan

(Allah) menghapuskan dosa-dosanya”.(Hadis Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabulmufrad)

وعل آل إب راهي صل عل ممد وعل آل ممد كما صليت عل إب راهي الله ف وعل آل إب راهي وبارك عل ممد وعل آل ممد كما باركت عل إب راهي

يد ميد اغفر للمسلمي والمسلمات والمؤمني والمؤمنات، . العالمي إنك ح ألله واألموات األحياء ه عوات وقاض الاجات . من يع قريب ميب الد .إنك س

Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah

mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian hamba-

hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku Syed

Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed

Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya

sentiasa beramal dengan kitabMu dan sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau

lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan

kesihatan yang baik yang telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah

pemerintahan yang adil lagi diredhai olehMu.

10

Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diri sebagai

hambaMu, Engkau indahkanlah akhlak kami, Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau

peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Rahman, Ya Wadud! Engkau baikilah keluarga kami, anak isteri kami, saudara mara

kami, jiran tetangga kami dan seluruh urusan mereka yang kami kasih. Engkau jadikanlah kami

umat yang mempunyai ketinggian akal dan budi, mempunyai minda yang unggul dalam

menguruskan kehidupan ini dan menjadi teladan yang baik kepada manusia yang lain.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah

nikmatmu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari

akhirat.

. ن اهلل يأمر بالعدل إه عن الفحشاء والمنكر والب غي واإلحسان وإي تاء ذي القرب وي ن ، يعظك

تذكرون .لعلك