80
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RENTAK ZAPIN MELALUI TEORI KECERDASAN PELBAGAI BAGI MURID TAHUN LIMA MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG SEPTEMBER 2013

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RENTAK ZAPIN MELALUI TEORI KECERDASAN PELBAGAI BAGI MURID TAHUN LIMA

Embed Size (px)

Citation preview

i

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RENTAK ZAPIN MELALUI TEORI

KECERDASAN PELBAGAI BAGI MURID TAHUN LIMA

MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

SEPTEMBER 2013

ii

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RENTAK ZAPIN MELALUI TEORI

KECERDASAN PELBAGAI BAGI MURID TAHUN LIMA

MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

SEPTEMBER 2013

i

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

Pendidikan Muzik”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. TOH LAI CHEE

Tarikh : SEPTEMBER 2013

ii

PENGAKUAN PENULIS

“ Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama : MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI

Tarikh : SEPTEMBER 2013

iii

DEDIKASI

Untuk Abah dan Emak,

SHUHAIMI BIN SETAPA & NORIAH BT ABDUL GHANI

Untuk Kakak dan Adik,

NUR SYAHIRAH & AHMAD SYAHMAN

Untuk Peneman Setia,

SITI JAMILAH BINTI ZULKEFLI

Untuk Teman Sebilik,

MUHAMMAD YUSOFF BIN SULAIMAN

Untuk Rakan Sekelas,

HASNOR RIZMAN, MOHAMMAD FAIZZULHELMI, MOHD RIDZAL, MUHD AFIQ,

NOORFAWWAZ, WAN RAFIUDDIN

ZAHIDAH, THEFANNY, NURUL HIDAYAH, NUR SYAHIRA, NUR MELISSA, NUR

AMALINA, KHOR LING HUI, CHAN JIE XING

Terima kasih atas segala-galanya.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, kajian tindakan ini berjaya disempurnakan

dalam tempoh yang ditetapkan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan ikhlas

kepada Dr. Toh Lai Chee selaku pensyarah penyelia di atas bimbingan dan

dorongan yang diberi sepanjang tempoh kajian tindakan ini.

Selain itu, ucapan setinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah dari

Jabatan Muzik, IPG Kampus Pulau Pinang yang banyak memberi bantuan dalam

bentuk tunjuk ajar mahupun dorongan dalam menyiapkan kajian tindakan ini. Tidak

dilupakan juga ucapan setinggi penghargaan kepada rakan seperjuangan dari

kumpulan PISMP ambilan Januari 2010 yang turut sama menyumbang idea dalam

menyiapkan kajian tindakan ini.

MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI

2013

v

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RENTAK ZAPIN MELALUI TEORI

KECERDASAN PELBAGAI BAGI MURID TAHUN LIMA

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. Responden terdiri daripada 16 orang murid tahun lima, di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan Pulau Pinang. Teknik kutipan data yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen serta instrumen Ujian Kecerdasan Pelbagai untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai murid. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran murid dalam memainkan rentak zapin dengan betul. Secara keseluruhan, strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan membolehkan murid memainkan rentak zapin dengan betul dengan menggunakan alat perkusi untuk mengiringi lagu. Cadangan kajian seterusnya ialah menjalankan stesen pelbagai kecerdasan di dalam bilik darjah untuk membantu pelajar menguasai konsep muzik dalam pengajaran dan pembelajaran.

vi

THE TEACHING AND LEARNING OF THE RHYTHM OF ZAPIN THROUGH

THE THEORY OF MULTIPLE INTELLIGENCES AMONG YEAR FIVE

STUDENTS

ABSTRACT

This action research is carried out to enhance the students‟ skills in playing the rhythm of zapin through the multiple intelligence teaching and learning strategy. The respondents are 16 Year 5 students, from a school in Nibong Tebal, Southern Province Wellesley. The methods used in collecting the data for this research are interview, observation, and document analysis as well as the Multiple Intelligence Test to determine the students‟ various intelligences. The result shows increment in the students‟ skills in playing the rhythm of the zapin. Overall, the multiple intelligence teaching and learning strategy enables the students to play the rhythm of the zapin correctly by using percussions to accompany a song. It is suggested that further research is needed in carrying out intelligence station in the classroom and in teaching and learning.

vii

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN PENULIS ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 2

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 3

2.0 FOKUS KAJIAN 5

2.1 Isu Kajian 5

2.1.1 Tinjauan Awal 6

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal 7

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian 9

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 10

2.2.1 Teori 10

2.2.2 Kajian Lepas yang berkaitan 13

2.3 Istilah Kajian 16

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 17

3.1 Objektif Umum 17

3.2 Objektif Khusus 17

3.3 Soalan Kajian 17

viii

4.0 KUMPULAN SASARAN 18

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 20

5.1 Gelungan Tindakan 1 20

5.1.1 Perancangan 22

5.1.2 Tindakan 22

5.1.3 Pemerhatian 25

5.1.4 Refleksi 26

5.2 Gelungan Tindakan 2 26

5.2.1 Perancangan 27

5.2.2 Tindakan 27

5.2.3 Pemerhatian 29

5.2.4 Refleksi 30

5.3 Gelungan Tindakan 3 31

5.3.1 Perancangan 31

5.3.2 Tindakan 32

5.3.3 Pemerhatian 33

5.3.4 Refleksi 33

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 35

6.1 Instrumen Pengumpulan Data 35

6.1.1 Pemerhatian 35

6.1.2 Temu Bual 36

6.1.3 Analisis Dokumen 36

6.2 Cara Menganalisis Data 36

6.2.1 Pemerhatian (Senarai Semak) 36

6.2.2 Temu Bual 37

6.2.3 Analisis Dokumen 37

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN / INTERPRETASI DATA 38

7.1 Pemerhatian Sebelum Intervensi 39

7.2 Keputusan Penilaian Selepas Intervensi pada

Gelungan Pertama

39

ix

7.3 Keputusan Penilaian Selepas Intervensi pada

Gelungan Kedua

42

7.4 Keputusan Penilaian Selepas Intervensi pada

Gelungan Ketiga

44

7.5 Analisis Temu Bual 46

7.6 Analisis Dokumen 48

8.0 RUMUSAN 52

8.1 Rumusan Dapatan 52

8.2 Refleksi Selepas Kajian 54

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 56

SENARAI RUJUKAN 57

LAMPIRAN 59

x

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

Jadual 7.1 Senarai Semak Gelung 1yang dijalankan ke atas murid

39

Jadual 7.2 Peratusan Gelung 1 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid

41

Jadual 7.3 Senarai Semak Gelung 2 yang dijalankan ke atas murid

42

Jadual 7.4 Peratusan Gelung 2 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid

43

Jadual 7.5 Senarai Semak Gelung 3 yang dijalankan ke atas murid

44

Jadual 7.6 Peratusan Gelung 3 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid

45

Jadual 7.7 Hasil Analisis Dokumen 46

xi

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

Rajah 4.1 Peta lokasi sekolah 18

Rajah 4.2 Keputusan ujian kecerdasan pelbagai 19

Rajah 5.1 Kitaran kajian tindakan Kemmis & McTaggart 20

Rajah 5.2 Carta corak irama rentak zapin 23

Rajah 5.3 Kad huruf bagi tak dan dung 23

Rajah 5.4 Corak irama rentak zapin yang dibunyikan 24

Rajah 5.5 Contoh lukisan untuk corak irama zapin 24

Rajah 5.6 Carta untuk tepukan rentak zapin 24

Rajah 5.7 Kad d dan Kad t 25

Rajah 5.8 Carta nilai not 28

Rajah 5.9 Latihan nilai not di carta corak irama zapin 28

Rajah 7.1 Peratus murid melakukan aktiviti kecerdasan visual-spatial

50

Rajah 7.2 Hasil lukisan M2 rentak zapin yang betul 50

Rajah 7.3 Hasil lukisan M4 rentak zapin yang salah 51

Rajah 7.4 Hasil lukisan M14 rentak zapin yang salah 51

xii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

Lampiran A Soal Selidik 59

Lampiran B Ujian Kecerdasan Pelbagai 60

Lampiran C Rubrik pemerhatian senarai semak 1 62

Lampiran D Rubrik pemerhatian senarai semak 2 63

Lampiran E Rubrik pemerhatian senarai semak 3 64

Lampiran F Rubrik senarai semak analisis dokumen 65

Lampiran G Soalan temu bual 66

2

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini adalah mengenai penggunaan teori kecerdasan pelbagai untuk

meningkatkan kefahaman pembelajaran rentak zapin bagi murid tahun lima.

1.1 Pengenalan

Tujuan mata pelajaran Pendidikan Muzik di Malaysia adalah untuk membentuk

sebuah masyarakat yang kreatif dan secara tidak langsung dapat meningkatkan

kreativiti seseorang. Tujuan ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid agar

lebih peka terhadap perkembangan kreatif dengan harapan dapat melahirkan

masyarakat yang mempunyai kecenderungan terhadap perkembangan seni muzik.

Sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang lebih ke arah amali,

membolehkan murid mengunakan alatan muzik untuk membuat improvisasi dalam

penghasilan corak irama dan rentak, dan dapat mengendalikan alat muzik dengan

betul.

Satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan untuk

menarik minat murid serta merangsang minda murid untuk mencintai mata pelajaran

muzik. Guru yang bijak akan menggunakan peluang dengan cara memahami minat

serta kecenderungan muridnya. Guru harus kreatif dalam memberi murid peluang

pembelajaran dengan memilih dan menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai

dengan tahap kebolehan dan minat mereka.

Kajian ini adalah mengenai penggunaan teori kecerdasan pelbagai secara

kreatif untuk pengajaran dan pembelajaran rentak tradisional bagi murid tahun lima.

Kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi

oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran

dan lain-lain. Pendapat yang dikemukakan oleh Gardner (1983) menunjukkan

bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan dengan pendidikan dan juga

latihan.

Penyelidikan tindakan ini ialah untuk mengatasi masalah pembelajaran

murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin. Murid telah melibatkan diri dalam

aktiviti yang dijalankan mengikut teori kecerdasan pelbagai di dalam kelas dan

untuk lebih memahami pembelajaran rentak zapin yang merupakan subtopik di

1

2

dalam huraian sukatan pelajaran Pendidikan Muzik Tahun Lima. Melalui

pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai, murid bukan sahaja boleh menghasilkan

rentak zapin, malah juga merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menyeronokkan serta menghiburkan.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Ketika pelaksanaan praktikum fasa tiga pada semester tujuh, pengkaji telah

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran rentak zapin bagi kelas murid tahun

lima yang merupakan kelas yang terakhir daripada tiga kelas. Kelas ini merupakan

kelas yang lemah dari segi pembelajaran. Masa yang diperuntukkan ialah selama

sejam.

Pada permulaan sesi pengajaran, pengkaji memperkenal rentak zapin

kepada murid. Seterusnya, pengkaji mengarahkan murid untuk menyebut corak

irama zapin seperti dan mengaplikasikan

kepada tepukan tangan dan juga peha. Murid mengimitasi guru dalam aktiviti yang

dijalankan. Penggunaan loceng sebagai alat perkusi juga diperkenalkan oleh guru

untuk memainkan rentak zapin kerana di dalam pengajaran lagu “Anak Ayam”.

Pengkaji telah menghadapi beberapa masalah yang agak ketara untuk

pengajaran rentak zapin kepada murid. Masalah yang pengkaji hadapi ialah pada

permulaan pengajaran, murid menghadapi masalah untuk mengenali rentak yang

dimainkan. Masalah seterusnya berlanjutan kepada murid tidak dapat menghasilkan

rentak zapin dengan menggunakan mulut, tepukan dan alat muzik seperti loceng.

Hal ini menyebabkan rentak zapin tidak dapat dimainkan dengan betul.

Masalah ini wujud hasil daripada perancangan yang kurang rapi dan perinci

dari segi penerangan mengenai rentak zapin; sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung tanpa bahan bantu mengajar; dan aktiviti yang dijalankan kurang

menarik minat murid untuk mempelajari rentak zapin.

Menerusi pengalaman yang telah dilalui sepanjang mengajar di kelas ini,

pengkaji dapati murid tahun lima ini memerlukan beberapa keperluan strategi

pengajaran yang bertumpu kepada rentak zapin untuk membantu mereka

meningkatkan lagi keupayaan dalam memainkan rentak zapin. Hal ini adalah kerana

rentak zapin merupakan rentak yang baru dan harus dipelajari oleh murid tahun

lima. Dengan memilih teori kecerdasan pelbagai untuk diaplikasikan di dalam

pengajaran dan pembelajaran rentak zapin, pengkaji berharap dapat

3

menyumbangkan satu hasil yang bermakna. Pengkaji mempercayai bahawa seluruh

murid tahun lima ini mempunyai kecerdasan yang berbeza. Aktiviti yang dirancang

dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah dapat memenuhi keperluan

kecerdasan murid.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Gardner (1983) mengatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-

kurangnya lapan kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan logik-

matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik,

kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, dan kecerdasan naturalis.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (2001),

guru boleh mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

Teori Kecerdasan Pelbagai.

Melalui teori kecerdasan pelbagai, murid dapat mengenal pasti minat mereka

dan cara mereka belajar dengan lebih berkesan. Kajian Norazura Tukiran et al.

(2010) menunjukkan bahawa dengan pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan minat, keyakinan

serta mencungkil kecenderungan dan kebolehan pelajar dalam sesi pembelajaran.

Gabungan pergerakan, permainan dan kemahiran menjadikan sesi pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik.

Guru haruslah mengenalpasti kecerdasan yang dimiliki oleh murid supaya

dapat membantu mereka memajukan diri dalam pelbagai aspek. Pengkaji

menggunakan pelbagai kecerdasan iaitu verbal-linguistik, visual-ruang, muzikal,

logik-matematik, intrapersonal dan interpersonal mengikut kesesuai aktiviti dan

tahap kebolehan pelajar. Menurut kajian Ikhsan Othman et al. (2010), guru tidak

perlu meragui akan kesan yang berlaku daripada pengintegrasian unsur kecerdasan

di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebaliknya guru wajar untuk

mencuba pelbagai variasi kaedah atau teknik pengajaran bagi membantu

mengelakkan pelajar daripada mengalami kebosanan ketika proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

Guru sebagai tenaga pengajar harus peka dengan kebolehan dan potensi

yang ada pada diri pelajar agar dapat disesuaikan dengan pengajaran. Kajian Toh

Lai Chee (2012) menunjukkan bahawa strategi dan pendekatan yang sesuai

4

dengan kecerdasan pelajar memainkan peranan penting dalam melibatkan pelajar

dalam pembelajaran konsep muzik dan dapat menunjukkan kefahaman melalui

komposisi muzik mereka sendiri secara tidak langsung dapat meningkatkan

kecerdasan muzik pelajar.

Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai ke

dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membolehkan murid

memainkan rentak zapin dengan betul melalui kecerdasan yang dimiliki oleh murid.

Penggunaan teori kecerdasan pelbagai digunakan untuk memberi peluang kepada

murid untuk mempelajari rentak zapin melalui kecenderungan terhadap kecerdasan

yang dimiliki murid. Strategi pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan supaya

lebih ramai murid boleh belajar dan menunjukkan kefahaman mereka.

5

2..0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ialah mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai untuk meningkatkan

kemahiran bermain rentak zapin bagi murid tahun lima.

2.1 Isu Kajian

Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pengkaji mendapati

murid tahun lima ini masih tidak dapat menguasai rentak zapin yang diajar. Murid ini

mempunyai kecerdasan yang berbeza dan masalah yang dihadapi ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung ialah murid tidak dapat menghasilkan

rentak tradisional dengan melakukan aktiviti yang hanya berasaskan kecerdasan

verbal-linguistik sahaja seperti aktiviti mengimitasi rentak zapin melalui sebutan

corak irama oleh guru.

Aktiviti yang dirancang harus mengakui bahawa setiap murid adalah unik

dan belajar dengan cara yang berlainan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran (2001), murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan

cara yang selesa dengannya dan guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran

dan pembelajaran supaya lebih ramai murid dapat belajar dan bukannya semua

murid boleh belajar dengan cara yang sama.

6

2.1.1 Tinjauan Awal

Kajian tindakan pengkaji berfokus kepada masalah ketika memainkan rentak zapin

berdasarkan kepada refleksi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semasa

praktikum fasa 3. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 16 orang murid dari murid

tahun lima.

Melalui pengalaman pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

dengan masalah yang dihadapi ialah murid tidak dapat memainkan rentak zapin

dengan betul. Perlaksanaan aktiviti bagi setiap langkah pengajaran merupakan

masalah utama yang menyebabkan murid tidak dapat memainkan rentak zapin.

Melalui tinjauan awal ini, banyak masalah yang dihadapi ketika pengajaran

rentak zapin. Pengkaji membunyikan rentak zapin

dan murid membunyikan rentak zapin dengan melakukan kesalahan irama seperti

dan

.

Pengkaji juga menggunakan kaedah menepuk rentak zapin dengan mengimitasikan

rentak zapin melalui bunyi mulut. Masalah berlaku apabila murid membunyikan

rentak zapin dengan tempo yang laju dan tidak dapat menghasilkan irama zapin

melalui kaedah tepukan.

Tinjauan awal ini telah mendorong pengkaji untuk mengaplikasikan

pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan yang bersesuaian dengan

murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaedah pengajaran yang

dicadangkan adalah kepada semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.

Dari segi pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan kaedah

pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk mengesan masalah dan

kelemahan yang dihadapi oleh murid.

7

Pemerhatian

Menurut Chow Fook Meng et.al (2011), pemerhatian merupakan suatu aktiviti

pengumpulan data dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah

pemerhatian yang terancang dan sistematik, pelbagai data dapat diperoleh untuk

membantu pengkaji memahami tindakan yang dilaksanakan.

Melalui pemerhatian ini, senarai semak telah digunakan untuk

mendokumentasikan data melalui pemerhatian. Data yang dicatat ialah penghasilan

rentak zapin dengan mulut dan menepuk rentak zapin menggunakan tangan dan

peha. Penilaian senarai semak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan

bagi mencatat keupayaan murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan

melakukan aktiviti yang dijalankan.

Temu bual

Pengkaji juga mengunakan kaedah temu bual sebagai satu intrumen untuk

mengumpul data. Menurut Ting Len Siong et.al (2013), temu bual merupakan

kaedah pengumpulan data yang melibatkan interaksi face-to-face antara pengkaji

dengan responden atau orang yang ditemubual. Menurut Chow Fook Meng et.al

(2011), temu bual adalah suatu teknik yang berkesan untuk meninjau persepsi

sesorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui temu bual,

pengkaji dapat memahami seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan

tertentu. Pengkaji menggunakan temu bual berstrukur untuk menemu bual guru

pembimbing muzik untuk mengetahui latar belakang dan perkembangan muzik

murid. Temu bual juga dilaksanakan di antara pengkaji dan murid untuk mengetahui

perasaan mereka mengenai pengajaran rentak zapin.

Dapatan kajian awal inilah yang telah memberi idea kepada pengkaji untuk

melakukan kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran rentak zapin melalui teori

kecerdasan pelbagai oleh Gardner (1983).

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal

Berdasarkan isu yang telah dikenal pasti semasa pelaksanaan pengajaran rentak

zapin iaitu murid tidak dapat menghasilkan rentak zapin ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran. Pengkaji memperkenal corak irama zapin kepada murid dengan

menggunakan mulut. Pengkaji menyebut rentak zapin seperti

tanpa pengenalan ikon dan

8

mengarahkan murid untuk mengimitasi rentak zapin yang dilakukan oleh pengkaji.

Kesemua murid tidak dapat membunyikan rentak zapin dengan corak irama yang

betul.

Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa aktiviti yang dilakukan

tanpa menggunakan bahan bantu mengajar bagi setiap langkah pengajaran kurang

mendapat tumpuan dari murid. Pengkaji hanya membunyikan rentak zapin tanpa

menggunakan sebarang paparan visual yang menunjukkan rentak zapin. Terdapat

murid yang tidak dapat mengimitasikan bunyi rentak zapin dengan menggunakan

mulut dan hanya meniru pergerakan mulut murid yang lain.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan hanya dua orang murid yang

dapat memainkan rentak zapin dengan betul. Kebanyakkan murid tahun lima ini

tidak dapat melakukan aktiviti yang dijalankan tanpa pengenalan ikon, bahan bantu

mengajar yang betul dan contoh yang betul untuk memainkan rentak zapin.

Masalah ini disokong dengan temu bual yang menunjukkan 14 orang murid

mempunyai masalah untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Dua orang murid

dapat membunyikan rentak zapin dengan betul tetapi mereka tidak dapat

mengaplikasikan kepada tepukan. Menurut Lazear (2000), berkemungkinan murid

ini lebih kepada kecerdasan verbal-linguistik iaitu mereka dapat mengingati bunyi

atau rentak zapin yang dipelajari dan tidak dapat mengaplikasikan bunyi yang

disimpan di dalam otak kepada penggunaan psikomotor melalui haluan kinestetik.

Pengkaji juga sedar bahawa murid tidak mengenali notasi bagi corak irama

zapin tetapi hanya mengimitasi bunyi yang dihasilkan oleh pengkaji. Dapatan temu

bual juga menunjukkan keseluruhan murid tidak mengenali nilai not dan hanya

membunyikan rentak zapin secara imitasi.

Setelah menganalisis keseluruhan kaedah pengajaran yang diajar kepada

murid pada sesi yang pertama, pengkaji mendapati bahawa pemilihan langkah dan

aktiviti yang dijalankan tidak menjurus kepada kekuatan kecerdasan murid terhadap

pembelajaran rentak zapin. Menurut Lazear (2000), kecerdasan boleh diaktifkan di

dalam sistem badan,otak dan fikiran manusia dan diperkembangkan dan

dipertingkatkan. Oleh itu, pemilihan aktiviti yang dijalankan harus sejajar dengan

kecerdasan kanak-kanak.

Temu bual dengan guru pembimbing menunjukkan murid kelas ini tidak

mempunyai sebarang latar belakang muzik. Guru yang mengajar murid ini juga tidak

mengajar rentak zapin kepada mereka. Menurut guru pembimbing, kelas ini

9

mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengkaji juga mendapati murid

mempunyai minat dalam muzik seperti menyanyi dan bermain alat muzik.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

Fokus kajian ini ialah adalah sesuai untuk dijalankan kerana kumpulan sasaran

merupakan murid di dalam kelas pengkaji dan ia dapat dijalankan dengan lancar.

Pengkaji juga berpengetahuan dalam bidang yang dikaji iaitu pembelajaran rentak

zapin serta menggunakan kaedah pengumpulan data yang sesuai dengan untuk

tujuan kesahan dan kebolehpercayaan. Masalah pembelajaran rentak zapin dapat

diatasi oleh pengkaji dengan menjalankan intervensi berdasarkan teori kecerdasan

pelbagai kerana keseluruhan murid mempunyai kecerdasan yang berbeza.

Kajian ini adalah penting untuk membolehkan murid menghasilkan rentak

zapin dengan betul. Kajian ini juga dapat meningkatkan kebolehan murid

menghasilkan rentak zapin dengan mengaplikasikan teori kecerdasan oleh Gardner

di dalam aktiviti yang dijalankan. Sekiranya aktiviti yang dirancang mengikut teori

kecerdasan pelbagai berjaya membolehkan murid menghasilkan rentak zapin

dengan betul, maka hasil pembelajaran akan tercapai. Justeru, fokus kajian ini

adalah penting untuk diberi penekanan. Hasil kajian ini dapat membantu guru

mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pelbagai mata pelajaran yang diajar.

Skop kajian adalah kecil iaitu hanya melibatkan murid pengkaji sendiri.

Pengkaji menjalankan intervensi dengan menggunakan masa interaksi pengkaji

bersama kelas tahun lima ketika waktu mata pelajaran Pendidikan Muzik. Intervensi

ini dijalankan di bilik muzik sekolah tersebut. Ia juga tidak melibatkan kos yang tinggi

kerana bahan bantuan yang digunakan ialah kad imbasan dan kad carta.

Pengkaji telah bekerjasama dengan rakan praktikum dari segi pengumpulan

data iaitu pemerhatian penghasilan rentak zapin dengan betul oleh murid. Pengkaji

juga berkolaboratif dengan guru pembimbing untuk mengetahui latar belakang dan

pengetahuan sedia ada murid. Pengkaji juga dapat berkolaboratif dengan guru

penolong kanan pentadbiran untuk membenarkan pengkaji mengambil alih semula

kelas tahun lima untuk meneruskan kajian serta pelaksanaan intervensi.

Pengkaji merasakan bahawa pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai di

dalam intervensi yang dijalankan amat releven kepada sekolah. Teori kecerdasan

pelbagai dapat diaplikasikan oleh guru di dalam setiap intervensi yang dijalankan.

10

Intervensi berdasarkan teori kecerdasan pelbagai dapat membantu meningkatkan

kefahaman dan pencapaian akademik murid dan sekali gus dapat meningkatkan

tahap kecemerlangan sekolah.

2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian

2.2.1 Teori

Gardner (1983) telah mengasaskan teori kecerdasan pelbagai pada tahun 1983.

Menurut Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi dan kecerdasan boleh

dipengaruhi oleh persekitaran, budaya, makanan, peluang pendidikan, suasanaa

pembelajaran dan lain-lain. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh

Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan

sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.

Menurut Gardner (1983) dalam Frames of Mind, kecerdasan adalah

keupayaan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan sesuatu produk yang

dinilai dalam satu masa atau lebih mengikut ketetapan budaya. Menurut Gardner

(1983), setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan

kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang

bersesuaian. Kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang

terhadap seseorang individu melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan.

Berikut adalah jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

Kecerdasan kinestetik ialah kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam

menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi

atau menyelesaikan masalah. Kecerdasan kinestetik juga merupakan kecekapan

menginteprestasikan pergerakan anggota atau tubuh. Kanak-kanak yang

mempunyai kecerdasan kinestetik berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang

cergas.

Kecerdasan interpersonal berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini

berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat

orang lain dan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara

berkesan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal mempunyai

keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea

dan pendapat.

11

Kecerdasan intrapersonal adalah kebolehan seseorang mengenali diri

sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri,

mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi,

kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Murid yang memiliki kecerdasan ini adalah cenderung untuk berdikari, lebih suka

bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta

mempunyai keperibadian yang tertutup.

Kecerdasan logik-matematik melibatkan individu yang pintar dalam

penguasaan ilmu matematik. Indivdu yang cemerlang dalam bidang matematik

boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul

dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan

mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Individu ini lebih

berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir

dengan aktif seperti catur, teka-teki, penyelesaian masalah dan pencarian formula

baru.

Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan

penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan

bahasa yang kompleks. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu

memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam

bahasa. Mereka mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa

yang baru dan unik.

Kecerdasan visual-ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang

individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai

kecerdasan ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta

sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka

juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk

gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta,

dan lukisan.

Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan

tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat prihatin

terhadap alam dan mempunyai sikap penyayang yang tinggi. Mereka juga

mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda

hidup serta mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut

urutan, membina klasifikasi ata kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep

yang diketahui.

12

Kecerdasan muzikal adalah kebolehan untuk mengesan irama dan lagu,

mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam

melodi mudah. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi

yang dihasilkan dan membezakan setiap not muzik yang didengari. Kecerdasan ini

melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap muzik.

Dalam konteks pendidikan, guru perlu memainkan peranan penting untuk

merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi

keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada lapan kecerdasan yang

diperkenalkan oleh Gardner.

Model teori kecerdasan pelbagai membantu murid memperoleh keperluan

untuk hidup di abad akan datang melalui kemahiran berfikir, perancangan reflektif,

kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi dan kolaboratif dan juga

dari segi mencintai dan menjaga alam sekitar (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001).

Kaedah pengajaran guru kebanyakkan masih lagi menggunakan kaedah

lama iaitu dengan penggunaan kapur dan percakapan. Melalui kaedah ini, kaedah

yang digunakan hanya melibatkan dua kecerdasan iaitu kecerdasan verbal linguistik

dan kecerdasan logikal matematik. Menurut Lazear (2000), pengajaran yang hanya

melibatkan kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik tidak akan mendapat

gambaran yang sebenar tentang pembelajaran dan kefahaman murid di dalam

kelas. Kaedah pengajaran yang diperlukan mestilah melibatkan kesemua

kecerdasan untuk memenuhi peluang pembelajaran murid.

Pelbagai cara untuk melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lazear (2000), ramai orang sering

melakukan kesilapan apabila mula menggunakan kecerdasan pelbagai kerana isi

kandungan yang selaras dengan kecerdasan sedia ada. Sebagai contoh apa yang

diperkatakan oleh Lazear, guru menggunakan kecerdasan visual-ruang di dalam

kelas seni, kecerdasan kinestetik ketika waktu pendidikan jasmani dan kecerdasan

muzik di dalam waktu pendidikan muzik. Ini menunjukkan kecerdasan ini hanya di

ajar mengikut mata pelajaran yang selaras dengan kecerdasan.

Sebagai titik permulaan, pengkaji perlu mengenal kekuatan sendiri dalam

kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Maka pengkaji dapat memilih

strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan

kecerdasan murid. Dengan ini pengkaji boleh memperkembangkan potensi murid

dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Pengkaji boleh melakukan beberapa

13

aktiviti khas yang selaras dengan kecerdasan murid. Teori kecerdasan pelbagai

penting untuk pengajaran dan pembelajaran kerana teori ini dapat dijadikan

petunjuk kepada potensi murid, menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang

pengajaran mereka, membangunkan bidang akademik dan kokurikulum serta

mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.

2.2.2 Kajian Lepas yang berkaitan

Pendidik memainkan peranan yang penting untuk mencungkil dan membantu murid

belajar dengan menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka.

Maklumat tentang potensi individu juga amat penting supaya bersesuai dengan

minat, bakat dan keupayaan murid semasa merancang pengajaranran sebelum sesi

pengajaran. Pendidik akan menjadi lebih perihatin dan memahami pengaruh

kecerdasan pelbagai terhadap murid semasa mengajar serta merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Salhah, 2009).

Kajian terhadap penggunaan teori kecerdasan pelbagai dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran juga telah banyak dijalankan oleh para pengkaji.

Kajian Toh Lai Chee (2012a) menunjukkan strategi dan pendekatan yang

berpadanan dengan kecerdasan murid memainkan satu peranan yang penting

dalam memupuk murid mempelajari konsep muzik dan mempersembahkan

kefahaman mereka melalui komposisi muzik mereka sendiri dan dapat

memperkembangkan kecerdasan muzikal mereka. Kajian ini menunjukkan

peningkatan dalam penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta

peningkatan dalam motivasi diri murid. Tahap keyakinan murid meningkat melalui

kesedaran kendiri serta apresiasi terhadap kebolehan diri masing-masing di dalam

persekitaran pembelajaran yang positif.

Pengajaran dan pembelajaran rentak tradisional dengan mengaplikasikan

teori kecerdasan pelbagai dapat membantu murid untuk menguasai rentak

tradisional dengan betul. Lebih ramai pelajar mempunyai pelbagai kekuatan

kecerdasan menunjukkan persembahan pemahaman konsep muzik (irama,pic dan

warna ton) melalui strategi dan pendekatan melalui kecerdasan (Toh Lai Chee,

2012b).

Dalam kajian lain bertajuk Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam

Pelaksanaan Kurikulum yang dijalankan oleh Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub

(2010) pula membuktikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang

14

mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan suasana

pengajaran yang kondusif untuk berlakunya pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini

juga menyatakan bahawa pengajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan

pelbagai tidak menyekat perkembangan sikap dan nilai murni daripada berlaku.

Kajian ini bercadang supaya guru mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai variasi kaedah pengajaran bagi

mengelakkan murid daripada mengalami kebosanan ketika proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung selain dari memperkembangkan potensi kecerdasan

pelbagai murid.

Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Johari Bin Hasaan & Nur Aimi Binti

Mohd Idrus (2008) menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai dalam kalangan

kanak- kanak pra sekolah dapat dikenal pasti dengan majoriti kanak-kanak

mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi. Dua set soal selidik dengan dengan

nilai kebolehpercayaan = 0.925 bagi pelajar dan 0.971 bagi guru telah digunakan

untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Kecerdasan

pelbagai dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah dikenal pasti dengan

memperolehi maklumat daripada guru yang mengajar dengan mengambil kira

pemerhatian dan rekod sepanjang persekolahan kanak-kanak pra sekolah tersebut.

Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi

(2010) juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Teori Kecerdasan Pelbagai

Untuk meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas. Hasil kajian mereka

mendapati bahawa strategi pengajaran yang digunakan iaitu gabungan kaedah,

pendekatan, teknik dan aktiviti yang dijalankan dapat membantu meningkatkan

penguasaan murid dalam mata pelajaran tertentu hasil daripada penglibatan aktif

mereka serta peningkatan kecenderungan dan minat semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dapat dijadikan satu

media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak-kanak.

Siti Nurul Mahfuzah & Mohd Azran (2010) dalam kajian mereka ke atas

pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah menunjukkan terdapat peningkatan dalam

penguasaan pembelajaran Teknologi Maklumat dalam ujian pos selepas pengajaran

menggunakan perisian interaktif berasaskan Kecerdasan Pelbagai. Kecerdasan

pelbagai dilaksanakan dengan melalui pembelajaran berkumpulan yang

merangkumi kecerdasan intrapersonal dan interpersonal serta penggabungan

antara kecerdasan verbal-linguistik dan visual-ruang. Pelajar didapati seronok

15

belajar menggunakan perisian yang dibangunkan serta mampu merangsang

kemahiran dan ilmu pelajar berbanding pengajaran tradisional.

Campbell, B. (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple Intelligences In The

Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian akademik murid.

Dalam kajian ini, Campbell menggunakan muzik bagi membantu respondennya

mengingat fakta. Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid yang sebelum ini

merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang murid yang

berjaya dalam pelajaran. Maklum balas positif juga diterima daripada responden

ialah mereka merasa terhibur belajar dengan kaedah ini. Keyakinan serta motivasi

diri murid juga meningkat.

Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The

Classroom yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi

muzik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat efektif dan pendekatan

muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Menurut kajian yang

dijalankan oleh beliau, penggunaan kaedah muzik dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang

dilalui disamping dapat menggalakan penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan

pembeljaran. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap

dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran.

Kajian bertajuk Research on Multiple Intelligences Teaching and Assesment

oleh Jingchen Xie dan Ruilin Lin‟ (2009) di Taiwan menegaskan bahawa guru dan

murid perlu memahami akan kecerdasan diri sendiri terlebih dahulu dan

menggunakan kecerdasan dominan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru akan dapat memahami kepentingan pelbagai kecerdasan dan

memperkayakan kandungan kursus.

Ternyata pelbagai kajian mengenai teori kecerdasan pelbagai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan selama ini dan menunjukkan respon

yang positif. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai yang sesuai dapat memupuk dan

mencungkil kecerdasan yang diingini dengan pelbagai cara. Teori ini juga dapat

membantu pendidik mengendalikan serta menyesuaikan diri dengan

kecenderungan murid yang pelbagai dan suasana pembelajaran. Justeru, pengkaji

akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai pengaplikasian teori

kecerdasan pelbagai untuk mengajar rentak zapin, sejajar dengan usaha menjadi

guru yang kreatif.

16

2.3 Istilah Kajian

Definisi bagi istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah :

Teori Kecerdasan Pelbagai

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), teori kecerdasan pelbagai ialah

kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan yang

sebenar, kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang baru, dan kebolehan untuk

membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan

sesuatu budaya melalui kecerdasan.

Corak Irama

Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap (rehat) disusun menggunakan

berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2003).

Zapin

Zapin merupakan lagu dan tarian yang berasal dari Tanah Arab (Kamus Dewan,

2007).

17

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :

3.1 Objektif umum kajian tindakan ini ialah untuk :

1. Meningkatkan kebolehan murid memainkan rentak zapin melalui teori

kecerdasan pelbagai.

3.2 Objektif khusus kajian tindakan ini ialah untuk :

1. Membolehkan murid tahun lima mengenal rentak zapin melalui strategi

pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan.

2. Meningkatkan kemahiran murid tahun lima memainkan rentak zapin

dengan betul melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai

sudut kecerdasan.

3. Membolehkan murid tahun lima menghasilkan rentak zapin dengan

menggunakan alat perkusi (kayu tik-tok dan kompang) untuk mengiringi

lagu.

3.3 Persoalan Kajian ialah :

1. Bolehkah murid tahun lima mengenal rentak zapin melalui strategi

pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan?

2. Bolehkan murid tahun lima meningkatkan keupayaan memainkan

rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai

sudut kecerdasan?

3. Adakah murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan

alat perkusi (kayu tik-tok dan kompang) untuk mengiringi lagu?

18

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid di sebuah sekolah di kawasan Nibong Tebal,

Seberang Prai Selatan Pulau Pinang. (rujuk Rajah A untuk lokasi sekolah).

Rajah 4.1 : Peta Lokasi Sekolah

Kumpulan murid yang terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada murid yang

berada dalam di sebuah kelas tahun lima. Murid yang terlibat terdiri daripada enam

belas orang murid (dua belas orang murid lelaki dan empat orang murid

perempuan). Murid secara keseluruhannya dari kaum Melayu. Mereka berasal dari

keluarga yang berpendapatan rendah iaitu kebanyakkan ibu bapa murid bekerja

sebagai buruh, nelayan, petani dan juga peniaga kecil-kecilan seperti penjual air.

Murid ini juga berada di kelas yang akhir sekali daripada tiga kelas. Satu soal selidik

telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat pengetahuan awal murid ini dalam

bidang muzik. Data soal selidik menunjukkan bahawa kesemua murid ini tidak

mengambil sebarang kelas tambahan muzik di luar waktu persekolahan dan tidak

19

mempunyai kepakaran dalam memainkan alat muzik secara khusus (rujuk Lampiran

A).

Murid ini juga mempunyai kecerdasan yang berlainan. Setiap murid

dikehendaki untuk menjawab ujian kecerdasan “The Connell Multiple Intelligence

Questionnaire for Children” yang dimuat turun dari laman sesawang

http://printables.scholastic.com/printables/home/. Ujian ini bertujuan untuk mengenal

pasti kecerdasan pelbagai setiap murid (rujuk Lampiran B dan Rajah 4.2 untuk

kecerdasan pelbagai murid).

Murid

Kecerdasan Pelbagai

MUZIK

VISUAL-SPATIAL

VERBAL-

LINGUISTIK

NATURALIS

LOGIK-

MATEMATIK

KINESTETIK

INTERPERSONAL

INTRAPERSONAL

M1 3 4 3 5 3 5 5 1

M2 5 5 2 5 2 6 6 1

M3 5 4 3 6 3 5 6 1

M4 2 3 3 5 2 5 4 1

M5 5 5 3 5 3 5 4 2

M6 6 5 4 6 4 6 6 3

M7 5 6 4 5 2 5 6 1

M8 5 5 3 6 3 5 5 3

M9 5 5 2 3 4 6 5 2

M10 5 5 5 4 2 5 5 3

M11 5 5 2 5 3 6 4 2

M12 5 5 3 3 3 5 3 1

M13 5 6 5 3 5 6 4 3

M14 5 3 4 3 2 5 5 4

M15 5 5 3 3 4 6 4 3

M16 5 5 3 3 5 5 5 3

Rajah 4.2 : Keputusan ujian kecerdasan pelbagai

Rajah 4.2 menunjukkan keputusan ujian kecerdasan pelbagai murid tahun

lima ini. Skor 5 dan ke atas menunjukkan kekuatan kecerdasan murid, skor 3 dan 4

menunjukkan kecerdasan murid yang sederhana dan skor kurang daripada 3

menunjukkan kecerdasan murid yang tidak begitu aktif.

Merujuk kepada Rajah 4.2, kecerdasan yang mendapat skor yang tertinggi

ialah kecerdasan kinestetik dan kecerdasan yang mendapat skor yang terendah

ialah kecerdasan verbal-linguistik.

20

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Gelungan Tindakan 1

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988). Model

ini melibatkan aspek merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi (rujuk

rajah 5.1).

Rajah 5.1: Kitaran Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

Model ini adalah sesuai untuk melaksanakan amalan kajian tindakan seperti

yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Model

kajian tindakan yang awal dicadangkan oleh Kurt Lewin merupakan empat langkah

lingkaran (spiral) iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Berdasarkan

21

idea Lewin, Kemmis & McTaggart (1988) telah memperkenalkan suatu model

gelungan kajian tindakan seperti di Rajah 2.

Berdasarkan Model Kemmis & McTaggart, pengkaji melaksanakan kajian ini

berdasarkan langkah berikut iaitu :

MENGENAL PASTI MASALAH Pengkaji membuat tinjauan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran rentak zapin.

MEMBUAT PERANCANGAN

Merancang untuk membantu pelajar menggunakan strategi dan kaedah berdasarkan pelbagai sudut kecerdasan untuk memainkan rentak zapin.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan memperkenalkan kaedah memainkan rentak zapin mengikut pelbagai sudut kecerdasan.

PENGUMPULAN DATA

Mengumpul data dan menganalisis data

REFLEKSI Membuat refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang diambil.

22

Berikut merupakan perancangan keseluruhan proses perlaksanaan yang

dikenali sebagai Gelung Pertama mengikut model Kemmis & McTaggart.

5.1.1 Merancang

Dalam kajian ini pengkaji merancang untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan teori kecerdasan pelbagai. Menggunakan teori

kecerdasan pelbagai ini, pengkaji merangsang pengalaman murid melalui

pertuturan mewakili kecerdasan verbal-linguistik, lukisan mewakili kecerdasan

visual-ruang dan juga tepukan yang merangkumi pergerakan psikomotor bagi

mewakili kecerdasan muzik dan kinestetik. Pengkaji memulakan pengajaran

dengan menunjukkan carta corak irama zapin kepada murid dan seterusnya

menyebut irama rentak zapin seperti

atau

.

Seterusnya pengkaji mengarahkan murid untuk melukiskan bunyi yang

dihasilkan oleh mereka secara visual. Selepas itu pengkaji mengajar murid

menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha. Tepuk tangan

bagi bunyi „tak‟ dan tepuk peha bagi bunyi „dung‟. Pengkaji meneruskan pengajaran

dengan penggunaan kad t dan d untuk murid menepuk. Kad t menunjukkan bunyi

„tak‟ dan kad d menunjukkan bunyi „dung‟. Pengkaji meletakkan kad t dan d di atas

lantai. Strategi ini ialah untuk menggalakkan murid menggunakan kedua belah

tangan memainkan rentak zapin supaya mudah untuk diaplikasikan ke alat

tradisional seperti kompang. Selepas murid dapat memainkan rentak, Pengkaji

memberikan mereka alat perkusi seperti kayu tik-tok untuk mereka memainkan

sambil mengiringi lagu.

5.1.2 Bertindak

Setelah perancangan dibuat, pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran

seperti yang dirancang. Pengkaji melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

dengan aktiviti dan penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai.

23

Langkah 1

Pengkaji menunjukkan carta corak irama rentak zapin dan menggalakkan

murid untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan rentak zapin seperti tarian

zapin (rujuk Rajah 5.2).

Rajah 5.2 : Carta Corak Irama Rentak Zapin

Selepas itu, pengkaji menunjukkan kad untuk murid supaya lebih mudah

memahami corak irama rentak zapin (rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3 : Kad huruf bagi tak dan dung

Pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan dengan menyebut corak

irama rentak zapin. Selepas itu, pengkaji mengarahkan murid untuk mengikut untuk

menyebut dan membunyikan corak irama zapin dengan menggunakan mulut (rujuk

Rajah 5.4).

Rajah 5.4 : Corak irama rentak Zapin yang dibunyikan

24

Seterusnya, pengkaji mengarahkan murid untuk melukiskan apa yang telah

dibunyikan oleh mereka (rujuk Rajah 5.5).

Contohnya :

Rajah 5.5 : Contoh lukisan untuk corak irama zapin

Langkah 2

Apabila murid sudah melukiskan corak irama bagi rentak zapin, pengkaji

menunjukkan cara untuk menepuk corak irama rentak zapin dan menerangkan

kepada murid untuk menepuk bagi bunyi „tak‟, murid diminta untuk menepuk tangan

dan bagi bunyi „dung‟, murid diminta untuk menepuk peha (rujuk Rajah 5.6).

Rajah 5.6 : Carta untuk tepukan rentak zapin

Langkah 3

Seterusnya apabila murid telah mampu menghasilkan rentak zapin melalui

tepukan tangan dan peha, pengkaji memberikan murid sepasang kad yang

diletakkan di atas lantai juga untuk tujuan tepukan. Kad ini ialah kad t dan kad d.

Sebelum memulakan tepukan, pengkaji mengarahkan setiap murid untuk

menunjukkan rentak zapin melalui sebutan corak irama dan tepukan tangan dan

25

peha. Pengkaji memberikan setiap murid sepasang kad iaitu „dung‟ (d) dan „tak‟ (t).

Pengkaji juga menerangkan kepada murid tentang susunan kad d dan kad t dan

mengarahkan mereka untuk menggunakan dua belah tangan untuk memainkan

rentak zapin dan bukan menggunakan hanya sebelah tangan (rujuk Rajah 5.7)

Rajah 5.7 : Kad d dan Kad t

5.1.3 Pemerhatian

Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji melihat perubahan yang dialami oleh

murid melalui permainan rentak zapin dengan menggunakan Kad d dan t. Murid

memainkan rentak zapin sambil membunyikan corak irama zapin dengan

menggunakan mulut. Strategi ini menunjukkan mereka dapat membunyikan rentak

zapin dan dapat memainkan rentak zapin di atas Kad d dan Kad t.

Pengkaji memberikan peluang kepada setiap murid untuk tampil ke hadapan

dan menunjukkan rentak zapin sama ada dengan menggunakan kad d dan kad t.

Terdapat tiga orang murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin dengan

menggunakan Kad d dan kad t tetapi mereka dapat memainkan rentak zapin

dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dan tepuk peha. Seorang murid pula

langsung tidak dapat menepuk irama zapin melalui kedua-dua aktiviti.

Mereka juga boleh membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut

sambil menepuk tangan dan menepuk peha untuk memainkan rentak zapin.

Pengkaji mengarahkan murid memainkan rentak zapin secara berhadapan dengan

murid yang lain. Murid yang memainkan kad d dan t memainkan rentak zapin sambil

menghadap murid yang menggunakan kaedah tepuk tangan dan tepuk peha.

26

5.1.4 Refleksi

Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa strategi pengajaran

berdasarkan teori kecerdasan pelbagai amat sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran rentak zapin. Murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan

menggunakan Kad d dan Kad t. Namun mereka masih tidak dapat memainkan

rentak zapin sambil mengiringi lagu. Murid merasakan susah untuk memainkan

rentak zapin sambil mengiringi lagu berbanding dengan hanya memainkan rentak

zapin.

Pengkaji tidak menggunakan kaedah yang lain dan hanya menggunakan

kaedah yang sama iaitu aktiviti menepuk kad d dan kad t untuk mereka mengiringi

lagu. Murid juga kelihatan tidak berminat untuk memainkan rentak zapin sambil

mengiringi lagu dan permainan rentak zapin tidak mengikut lagu yang dimainkan

guru. Selain itu, murid sudah bersemangat untuk mempelajari rentak yang baru

yang akan diperkenalkan kepada murid menerusi kaedah yang dirancangkan.

Kaedah ini memudahkan murid untuk menghasilkan rentak zapin serta memberi

keyakinan kepada murid.

Pengkaji mendapati bahawa masih terdapat kelemahan yang perlu diatasi.

Masih terdapat tiga orang murid yang masih tidak dapat menghasilkan rentak zapin

dengan menggunakan Kad d dan Kad t dan seorang murid yang tidak dapat

memainkan rentak zapin mengikut kedua-dua aktiviti. Refleksi pengkaji bahawa

murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan betul dan secara keseluruhannya,

pelaksanaan intervensi ini berjalan dengan lancar.

5.2 Gelungan Tindakan 2

Pelaksanaan intervensi kitaran pertama telah menjadi satu titik tolak untuk pengkaji

melakukan kitaran kedua. Gelungan tindakan kedua ini pengkaji masih lagi

menggunakan teori kecerdasan pelbagai tetapi menukarkan kaedah dari segi

kecerdasan. Pengkaji menggunakan kaedah berdasarkan kecerdasan logikal-

matematik, intrapersonal dan interpersonal.

5.2.1 Perancangan

Bagi gelungan tindakan kedua ini pengkaji merancang untuk melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tiga jenis kecerdasan iaitu kecerdasan

27

logikal-matematik, intrapersonal dan interpersonal untuk melakukan intervensi.

Melalui tiga jenis kecerdasan ini, pengkaji merangsang pengalaman murid melalui

kebolehan menggunakan nombor, kebolehan memahami diri dan kebolehan

memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Pengkaji memulakan

pengajaran dengan menunjukkan carta corak irama zapin kepada murid. Pengkaji

mengeluarkan carta nilai not untuk diajar kepada murid.

Seterusnya pengkaji mengarahkan murid untuk mempersembah rentak

zapin di hadapan kelas. Semasa mereka mempersembah rentak zapin, pengkaji

memerhati beberapa orang murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk

mempersembah rentak zapin dengan betul di hadapan kelas. Seterusnya, beberapa

orang murid yang tersebut dipilih oleh pengkaji untuk menjadi ketua kumpulan.

Pengkaji akan mengarahkan setiap ketua kumpulan untuk mengajar ahli kumpulan

rentak zapin yang betul untuk dipersembahkan secara berkumpulan. Strategi ini

bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli kumpulan yang masih lagi tidak dapat

memainkan rentak zapin dengan betul untuk belajar dengan rakan mereka. Ini juga

akan menjadikan satu persaingan yang sihat dalam pembelajaran.

5.2.2 Bertindak

Setelah perancangan dibuat, pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran

dengan apa yang telah dirancangkan dengan harapan agar empat orang murid

yang masih tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul ini berjaya

memainkan rentak zapin.

Langkah 1

Pengkaji menunjukkan carta corak irama rentak zapin yang sama dan

menggalakkan murid untuk menepuk corak irama zapin dengan betul (rujuk Rajah

5.2).

Selepas itu, pengkaji menunjukkan carta nilai not kepada murid. Pengkaji

mengajar empat jenis not kepada murid iaitu not semibrif, minim, krocet dan kuaver.

Pengkaji memberikan sedikit latihan bahan bantu mengajar yang sama supaya

murid dapat melihat dengan jelas nilai not untuk dijawab (rujuk Rajah 5.8)

28

Rajah 5.8 : Carta nilai not

Pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan latihan bagi mengenal not

yang terdapat di dalam corak irama zapin. Pengkaji mengosongkan beberapa not di

dalam carta corak irama zapin untuk murid menampal not yang betul di carta corak

irama zapin ini (rujuk Rajah 5.9)

Rajah 5.9 : Latihan nilai not di carta corak irama zapin

Langkah 2

Apabila murid sudah tahu nilai not bagi corak irama bagi rentak zapin,

pengkaji memanggil setiap murid untuk mempersembah rentak zapin secara

individu di hadapan kelas. Pengkaji meletakkan kad t dan kad d di hadapan kelas

dan murid memainkan rentak zapin.

29

Murid yang dapat memainkan rentak zapin dengan baik dan yakin diletakkan

di sebelah kanan pengkaji dan murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin

dengan baik dan kurang berkeyakinan diletakkan di sebelah kiri pengkaji.

Langkah 3

Pengkaji memilih ketua kumpulan dan membentuk kumpulan berdasarkan

murid yang dipilih oleh pengkaji. Tugas ketua kumpulan ialah mengajar ahli

kumpulan yang lain akan rentak zapin yang betul.

Pengkaji mengarahkan ketua kumpulan untuk mengajar setiap ahli

kumpulan untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Setiap kumpulan mesti

membuat persembahan di hadapan kelas untuk ditonton oleh rakan yang lain.

5.2.3 Pemerhatian

Tiga aktiviti telah dilaksanakan pada gelungan tindakan kedua. Pada aktiviti

pertama, pengkaji mendapati kebanyakkan murid masih lagi tidak mengenal nilai

not. Kebanyakkan murid sukar untuk menjawab soalan yang diberikan oleh

pengkaji. Terdapat murid yang tahu akan nilai not tetapi keliru dengan lambang

setiap not.

Pada aktiviti kedua, kebanyakkan murid dapat memainkan rentak zapin

dengan baik. Namun, mereka kurang berkeyakinan untuk mempersembahkan di

hadapan kelas. Terdapat dua orang murid yang mampu membunyikan rentak zapin

dengan betul dan masih tidak dapat mengaplikasikan kepada tepukan rentak zapin.

Selain itu, masih terdapat dua orang murid yang memainkan rentak zapin

dengan kurang tepat. Selepas membuat refleksi kendiri, pengkaji berpendapat

bahawa latihan perlu ditambah supaya murid dapat memainkan rentak zapin

dengan baik dan lancar.

Pada aktiviti ketiga, pengkaji membentuk kumpulan bagi murid. Pengkaji

mendapati kumpulan yang diberikan tidak menepati ciri yang mereka mahukan.

Terdapat di antara mereka yang tidak sukakan ahli masing-masing. Pengkaji

terpaksa mengubah setiap ahli mereka mengikut kesesuaian tahap untuk

memainkan rentak zapin.

Kerjasama yang diberikan dalam kumpulan amat bagus dan pengkaji

mendapati hanya dua orang yang masih tidak dapat memainkan rentak zapin.

Pengkaji mengambil keputusan untuk setiap ketua kumpulan mestilah mengajar dua

30

orang murid ini akan rentak zapin. Terdapat beberapa orang murid yang bertungkus

lumus mengajar rakan mereka rentak zapin.

5.2.4 Refleksi

Tiga intervensi telah dilaksanakan pada gelungan tindakan kedua. Pada intervensi

pertama bagi gelungan tindakan kedua ini, pengkaji mendapati murid langsung tidak

mengetahui nilai not yang di ajar. Murid begitu lambat untuk memahami nilai not.

Walaupun sudah diajar berulang-ulang, murid masih lagi tidak dapat memberikan

jawapan yang tepat terhadap soalan yang diberikan.

Pengkaji berpendapat bahawa intervensi ini tidak berkesan untuk murid

tahun 5 ini. Ini berkemungkinan cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan

oleh pengkaji tidak bersesuaian kepada murid. Pengkaji mengambil keputusan

untuk meneruskan intervensi yang kedua supaya dapat memberi pengukuhan

kepada murid untuk menguasai rentak zapin. Masalah yang berlaku kerana bahan

bantu mengajar yang disediakan oelh pengkaji kurang sesuai. Pengkaji tidak

mengajar not yang terdapat di dalam rentak zapin iaitu not semikuaver dan pengkaji

mengajar not yang tidak terdapat di dalam rentak zapin iaitu not semibrif dan not

minim.

Pada intervensi yang kedua, pengkaji mendapati murid menunjukkan sifat

berkeyakinan tinggi untuk membuat persembahan di hadapan kelas. Secara

keseluruhan, murid dapat memainkan rentak zapin dengan baik dan betul. Guru

mengambil kira keyakinan, kebolehan dan sikap dedikasi untuk menjadi ketua

kumpulan bagi intervensi yang ketiga. Masih terdapat dua orang murid yang tidak

dapat memainkan rentak zapin dengan betul walhal mereka dapat menyebut rentak

zapin dengan betul.

Pada intervensi yang ketiga, pengkaji mengarahkan ketua kumpulan untuk

mengajar ahli masing-masing. Oleh kerana terdapat ahli yang sudah boleh

memainkan rentak zapin dengan betul, maka mereka cenderung untuk membuat

bising di dalam kelas. Pengkaji mengambil keputusan untuk setiap ketua kumpulan

mesti mengajar dua orang rakan mereka yang masih belum dapat memainkan

rentak zapin dengan betul.

Pengkaji mendapati bahawa terdapat dua hingga tiga orang pelajar yang

bertungkus lumus mengajar rakan mereka akan rentak zapin. Dua orang murid itu

menunjukkan kemajuan jika dibandingkan dengan intervensi yang kedua. Ini

31

menunjukkan dua orang murid itu dapat memainkan rentak zapin hasil bantuan

rakan mereka.

5.3 Gelungan Tindakan 3

Pelaksanaan intervensi kitaran pertama dan kitaran kedua telah menjadi satu

kesinambungan untuk pengkaji melakukan gelungan tindakan ketiga. Dalam

gelungan tindakan ketiga ini pengkaji menggunakan kaedah yang sama dengan

gelungan tindakan yang sama iaitu aktiviti berdasarkan muzikal sebagai permulaan

sebelum memperkenal dengan alat perkusi.

5.3.1 Merancang

Bagi gelungan tindakan ketiga ini pengkaji merancang untuk melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi yang telah dilakukan di

gelungan tindakan 1 dengan menggunakan aktiviti kecerdasan muzikal iaitu

menepuk kad d dan kad t dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan

ini untuk memantapkan lagi permainan rentak zapin sebelum diaplikasikan ke alat

perkusi seperti kayu tik-tok.

Seterusnya pengkaji mengarahkan murid untuk menyanyikan lagu “Anak

Ayam” mengikut kumpulan yang telah diberikan sebelum ini. Kemudian, pengkaji

mengarahkan murid untuk menepuk irama zapin pada kad d dan kad t yang telah

disediakan. Seterusnya, pengkaji akan membahagikan murid kepada dua kumpulan

iaitu satu kumpulan akan menyanyikan lagu “Anak Ayam” manakala satu kumpulan

lagi akan menepuk irama zapin pada kad d dan kad t. Strategi ini bertujuan untuk

melatih murid mengiringi lagu dengan memainkan rentak zapin pada alat perkusi.

5.3.2 Bertindak

Pengkaji melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti dan

penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai.

32

Langkah 1

Pengkaji menunjukkan carta corak irama rentak zapin dan menggalakkan

murid untuk menepuk corak irama zapin (rujuk Rajah 5.2). Selepas itu, pengkaji

menunjukkan carta lagu “Anak Ayam” kepada murid. Pengkaji mengarahkan murid

untuk menyanyikan lagu “Anak Ayam” dengan iringan gitar.

Langkah 2

Pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan menepuk corak irama

zapin pada kad d dan kad t seperti gelungan tindakan 1. Murid diberi kad d dan kad

t dan menepuk secara kumpulan yang diberikan oleh pengkaji (rujuk Rajah 5.3)

Apabila murid sudah berjaya untuk memainkan irama zapin pada Kad d dan

Kad t, pengkaji membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan

menepuk corak irama zapin dan satu kumpulan lagi akan menyanyikan lagu “Anak

Ayam”.

Langkah 3

Seterusnya pengkaji memperkenal alat perkusi kepada murid. Pengkaji telah

menukarkan alat perkusi iaitu kompang untuk dimainkan oleh murid kerana kayu tik-

tok telah digunakan oleh murid lain. Pengkaji mengarahkan murid menyanyikan lagu

“Anak Ayam” dan menunjukkan contoh yang betul untuk memainkan rentak zapin

pada kompang.

Pengkaji terpaksa memilih murid untuk memainkan kompang oleh

disebabkan hanya terdapat tiga kompang yang dibekalkan. Penggunaan kompang

kerana kompang merupakan alat muzik tradisional yang boleh diperkenalkan

kepada murid. Pengkaji memanggil murid-murid lain menyanyi lagu “Anak Ayam”.

Murid yang dipilih memainkan iringan rentak zapin pada kompang.

5.3.3 Pemerhatian

Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji dapat melihat perubahan yang dialami

oleh murid. Murid dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan Kad d dan

kad t dengan baik. Dua orang murid yang sebelum ini tidak dapat memainkan rentak

zapin sudah dapat memainkan rentak zapin dengan baik walaupun dengan

menggunakan kad d dan kad t dan juga tepukan tangan dan peha. Murid juga

dapat menyanyikan lagu “Anak Ayam” dengan baik walaupun terdapat iringan

daripada tepukan kad yang dapat menganggu tumpuan murid.

33

Pengkaji memberikan peluang kepada murid yang ingin cuba memainkan

rentak zapin dengan menggunakan kompang sebelum pengkaji memilih tiga orang

murid untuk mempersembah rentak zapin dengan memainkan kompang. Murid

dapat memainkan rentak zapin dengan baik menggunakan kompang.

Pada langkah ketiga, pengkaji memilih murid yang berkeyakinan terlebih

dahulu untuk memainkan rentak zapin di hadapan kelas. Seterusnya, murid yang

lain diberi peluang untuk memainkan rentak zapin dengan menggunakan kompang.

Murid yang tidak memainkan kompang menyanyikan lagu “Anak Ayam”. Pengkaji

mendapati murid kelihatan bosan kerana pada langkah ketiga ini, murid menyanyi

lagu “Anak Ayam” secara berulang. Murid yang dipilih untuk memainkan kompang

bersemangat untuk memainkan rentak zapin manakala murid yang lain pula tidak

sabar untuk memainkan kompang.

5.3.4 Refleksi

Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa strategi pengajaran

berdasarkan teori kecerdasan pelbagai amat sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran rentak zapin dan murid dapat menunjukkan hasil permainan rentak

zapin dengan betul. Murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan

kompang sebagai alat iringan. Pada gelungan tindakan 1, murid pernah

mengatakan bahawa mereka berasa sukar untuk memainkan rentak zapin sambil

mengiringi lagu dan pada gelungan tindakan ketiga ini, murid menunjukkan

kemajuan yang positif kerana dapat memainkan rentak zapin sambil mengiringi

lagu.

Pengkaji tidak menggunakan kaedah yang lain dan hanya menggunakan

kaedah yang sama iaitu aktiviti yang dijalankan di gelungan tindakan 1 untuk

mereka mengiringi lagu. Murid juga kelihatan sungguh berminat untuk memainkan

rentak zapin sambil mengiringi lagu. Pengkaji berasa sungguh terkejut kerana

peningkatan yang ditunjukkan oleh murid tahun lima ini. Murid ini pada asalnya akan

diperkenalkan dengan kayu tik-tok dan pengkaji berasa tidak yakin yang murid ini

dapat memainkan rentak zapin pada alat perkusi yang lain seperti kompang.

Pengkaji menggunakan kompang sebagai ganti kepada kayu tik-tok adalah

kerana kesemua kayu tik-tok telah digunakan oleh guru muzik sekolah itu. Guru

tersebut telah membawa kesemua alat perkusi yang lain dan hanya meninggalkan

34

beberapa kompang di dalam bilik muzik. Pengkaji tidak mahu membuang masa dan

terus menggunakan kompang sebagai alat perkusi untuk memainkan rentak zapin.

Murid kelihatan sungguh semangat untuk memainkan rentak zapin pada

kompang dan tidak menunjukkan rasa semangat untuk menyanyikan lagu “Anak

Ayam”. Masalah ini adalah kerana pengkaji memanggil murid untuk mengulangi

nyanyian. Dua orang murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin di gelungan

tindakan kedua juga menunjukkan peningkatan yang baik. Seorang murid dapat

menghasilkan corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha manakala

seorang lagi dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d dan

kad t. Strategi ini menunjukkan aktiviti kecerdasan interpersonal di gelungan kedua

dapat meningkatkan kebolehan dua orang murid ini untuk memainkan rentak zapin

dengan betul.

Kaedah ini secara tidak langsung dapat memudahkan murid untuk

menghasilkan rentak zapin dan memberi keyakinan kepada murid untuk memainkan

rentak zapin untuk mengiringi lagu.

35

6.0 Cara Pengumpulan Data

Bahagian ini menerangkan teknik pengumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji.

Pengumpulan data bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci

berdasarkan fokus kajian pengkaji.

6.1 Instrumen Pengumpulan Data

6.1.1 Pemerhatian

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid semasa murid mengikuti

sesi pengajaran dan pembelajaran pada kitaran pertama, kedua dan ketiga.

Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati tahap permainan irama zapin dalam bilik

darjah dengan mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai. Instrumen yang diguna

pakai bagi melaksanakan pemerhatian pengkaji ialah borang senarai semak.

Melalui kaedah pemerhatian yang terancang, pelbagai data yang berguna

dapat diperoleh untuk pengkaji memahami tindakan yang dilaksanakan. Jenis

pemerhatian yang telah dilaksanakan ialah pemerhatian peserta pemerhati.

Pemerhatian jenis ini melibatkan pengkaji sebagai pemerhati dan pada masa yang

sama pengkaji menjalankan pengajaran. Pengkaji memainkan dua peranan iaitu

sebagai peserta dan pemerhati melalui kaedah pemerhatian ini.

Pemerhatian berstruktur yang dipilih oleh pengkaji kerana pemerhatian jenis

ini lebih berfokus, bersistematik dan dikawal oleh jadual pemerhatian. Dalam

pemerhatian berstruktur, pengkaji terlebih dahulu menetapkan perkara atau tingkah

laku yang ingin diperhatikan berbanding dengan kaedah pemerhatian tanpa struktur,

pengkaji tidak menetapkannya (Chow Fook Meng, 2011). Pengkaji telah

menyediakan satu senarai semak yang berfokus kepada aktiviti yang dilaksanakan

melalui pelbagai sudut kecerdasan. Senarai semak ini mengandungi tujuh aktiviti

yang melibatkan kecerdasan verbal-linguistik, logikal-matematik, muzikal,

ruang/spatial, interpersonal dan intrapersonal. Melalui senarai semak, pengkaji

dapat meninjau kewujudan perlakuan tertentu berdasarkan senarai perlakuan yang

ditetapkan mengikut kriteria fokus penyelidikan.

36

6.1.2 Temu bual

Pengkaji juga melaksanakan temu bual ke atas murid selepas murid mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran pada kitaran ketiga. Temu bual ini bertujuan untuk

meneroka dan memperoleh maklumat mengenai keberkesanan pendekatan yang

pengkaji guna secara mendalam.

Pengkaji menggunakan temu bual berstruktur kerana soalan ditentukan dan

disediakan terlebih dahulu. Temu bual ini juga telah dilaksanakan secara

bersemuka dan pengkaji telah membuat catatan ke atas setiap temu bual yang

dijalankan (rujuk Lampiran G).

6.1.3 Analisis dokumen

Semasa melaksanakan intervensi, pengkaji telah mengumpulkan contoh kerja

murid. Contoh kerja murid adalah berbentuk lukisan visual untuk corak irama zapin.

Strategi ini bertujuan untuk meninjau kefahaman murid mengenai corak irama zapin

dari segi kefahaman murid dan juga untuk mengesan kekerapan kesalahan yang

dilakukan oleh murid.

6.2 Cara Menganalisis Data

Pengkaji telah memilih tiga cara dan instrumen pengumpulan data. Hasil daripada

data yang diperolehi ini, pengkaji perlu memilih kaedah yang paling sesuai untuk

menganalisisnya. Analisis data ini dilaksana berdasarkan tiga aspek kaedah

pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji iaitu pemerhatian, temu bual dan

alat perakam.

6.2.1 Pemerhatian (senarai semak)

Bagi menganalisis senarai semak, pengkaji menggunakan jadual untuk mengenal

pasti keberkesanan intervensi dalam penguasaan murid memainkan irama zapin.

Pengkaji menandakan (/) bagi setiap aktiviti yang berjaya dilakukan dan (x) bagi

setiap aktiviti yang tidak berjaya dilakukan. Setelah pengkaji meneliti dan

menganalisis instrumen ini, pengkaji dapat mengetahui kemampuan murid dalam

memainkan rentak zapin. Pengkaji telah membuat penilaian dan perbandingan

37

senarai semak bagi setiap intervensi yang dijalankan untuk mengetahui sama ada

murid dapat belajar dengan lebih berkesan dengan mengaplikasikan teori

kecerdasan pelbagai. Murid yang dapat memainkan rentak zapin dan ditandakan (/),

murid kekal dengan aktiviti yang dijalankan manakala murid yang ditandakan (x),

pengkaji menggunakan aktiviti yang berasaskan kecerdasan yang lain untuk

membantu murid memainkan rentak zapin (rujuk Lampiran C).

6.2.2 Temu bual

Bagi menganalisis data temu bual, pengkaji membuat temu janji dengan murid

selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Temu bual yang dilaksanakan

ialah temu bual berstruktur iaitu susunan perkataan dan cara soalan yang

dikemukakan ditentukan terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan fenomena pilih

kasih dan supaya pengkaji boleh menilai dengan lebih adil dan saksama. Pengkaji

juga merakam seluruh proses temu bual dengan alat perakam suara dan

menghasilkan transkripsi maklumat yang diperolehi daripada temu bual. Pengkaji

membahagikan soalan temu bual kepada tiga aspek iaitu tahap kesukaran untuk

mempelajari rentak zapin, aktiviti di dalam intervensi dan perasaan murid selepas

memainkan rentak zapin dengan betul.

6.2.3 Analisis dokumen

Bagi menganalisis data bagi analisis dokumen, pengkaji menyediakan senarai

semak untuk menilai hasil lukisan murid terhadap rentak zapin. Data diambil melalui

contoh lukisan murid tentang irama zapin yang diperincikan di dalam senarai semak

bagi menyokong hasil dapatan pengkaji.

Analisis data dari hasil kerja murid dibuat daripada pengiraan peratus murid

yang dapat melukiskan corak irama zapin dengan betul. Data yang dianalisis adalah

berdasarkan kepada hasil lukisan corak irama zapin bagi menilai kefahaman murid

terhadap intervensi yang dijalankan.

38

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN / INTERPRETASI DATA

Berikut adalah dapatan kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan teori

kecerdasan pelbagai. Bahagian ini melaporkan keputusan kajian daripada analisis

data yang telah dilakukan.

7.1 Pemerhatian sebelum intervensi

Sebelum kajian tindakan dijalankan, pengkaji telah menjalankan satu sesi

pengajaran dan pembelajaran rentak zapin kepada murid. Melalui pemerhatian

pengkaji, banyak masalah yang dihadapi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Perlaksanaan aktiviti bagi setiap langkah pengajaran merupakan

masalah utama yang menyebabkan murid tidak dapat memainkan rentak zapin.

Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa setiap aktiviti yang

dijalankan tanpa menggunakan bahan bantu mengajar kurang mendapat tumpuan

dari murid. Pengkaji hanya membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut

dan mengarahkan murid untuk mengimitasi bunyi rentak zapin.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa

hanya dua orang murid daripada 16 orang murid yang dapat memainkan rentak

zapin dengan betul. Ini adalah kerana kebanyakkan daripada murid tahun lima ini

tidak dapat melakukan aktiviti yang dijalankan tanpa pengenalan ikon, bahan bantu

mengajar yang betul dan contoh yang betul untuk memainkan rentak zapin.

Pengkaji hanya menekankan tepukan zapin dengan dinamik kuat dan

lembut. Aktiviti ini telah mengambil masa yang lama dan murid tidak dapat

memahami dengan jelas tentang rentak zapin kerana pengkaji menambahkan

pengajaran dinamik ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

39

7.2 Keputusan penilaian selepas intervensi pada gelungan pertama

Selepas melaksanakan intervensi pertama, data direkodkan dengan menggunakan

senarai semak (rujuk Jadual 7.1).

Jadual 7.1

Senarai semak Gelung 1 yang dijalankan ke atas murid

Murid Aspek yang dinilai

Verbal-Linguistik Ruang-Spatial Muzikal

Murid dapat membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut

Murid dapat melukis corak irama zapin dengan mengikut corak irama yang

betul

Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan

tangan dan peha

Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad

d dan kad t

M1 / X / X

M2 / / / /

M3 / / / /

M4 / X X X

M5 / / / /

M6 / / / /

M7 / / / /

M8 / X / /

M9 / / / /

M10 / X / /

M11 / X / X

M12 / / X /

M13 / X / /

M14 / X / /

M15 / X / X

M16 / X / /

Seterusnya, pengkaji mendapatkan jumlah murid yang mengikuti setiap

kriteria yang telah ditentukan dan jumlah ini dipindah dalam bentuk jadual 7.2

seperti di bawah. Hal ini adalah bagi melihat keberkesanan langkah pengajaran

dengan mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai. Dengan ini, pengkaji dapat

membuat rumusan berdasarkan data yang telah diperolehi.

Pengkaji telah menjalankan analisis pemerhatian untuk memastikan

keputusan yang diperoleh adalah lebih tepat untuk menjawab persoalan kajian.

Pemerhatian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui

strategi pelbagai sudut kecerdasan. Bagi gelungan pertama, tiga kecerdasan telah

diaplikasikan di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Senarai semak

seperti di jadual 7.1 telah digunakan dan satu rubrik pemerhatian senarai semak di

lampiran C telah digunakan oleh pengkaji.

Aspek pemerhatian pertama adalah untuk melihat kebolehan murid

membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut. Daripada rujukan jadual

7.2, bagi aspek yang pertama, semua murid (100%) dapat membunyikan rentak

zapin dengan menggunakan mulut. Hal ini disebabkan pengkaji menggunakan

bahan visual iaitu carta corak irama zapin seperti di Rajah 5.2 dan kad huruf bagi

tak dan dung seperti di Rajah 5.3 untuk rentak zapin dan pengkaji mengarahkan

40

murid untuk mengimitasi bunyi rentak zapin yang dibunyikan oleh pengkaji. Melalui

aktiviti untuk kecerdasan verbal-linguistik, ternyata murid sudah mengenali rentak

zapin dan dapat membunyikan rentak zapin dengan betul. Berdasarkan ujian

kecerdasan yang telah dilakukan, skor bagi kecerdasan verbal-liguistik iaitu seramai

15 orang murid berada di tahap sederhana. Hal ini menunjukkan aktiviti untuk

kecerdasan verbal-linguistik ini dapat menunjukkan murid menggunakan

kecerdasan verbal-linguistik mereka.

Aspek pemerhatian yang kedua pula merangkumi aspek kecerdasan ruang-

spatial untuk meninjau kebolehan murid untuk melukiskan corak irama zapin

dijelaskan di bab 7.6 iaitu analisis dokumen.

Seterusnya, aspek pemerhatian yang ketiga untuk gelungan pertama ini

ialah aktiviti bagi kecerdasan muzikal iaitu menepuk corak irama zapin dengan

menggunakan tangan dan peha dan menepuk corak irama zapin dengan

menggunakan kad d dan kad t. Hasil pemerhatian menunjukkan 87.5 peratus murid

dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha dan 75

peratus murid dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d dan

kad t. Melalui senarai semak pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, M1, M11

dan M15 dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha

akan tetapi mereka tidak berjaya untuk mengaplikasikan tepukan tangan dan peha

itu kepada tepukan kad d dan Kad t. Hal ini berdasarkan ujian kecerdasan yang

telah dilakukan, M1, M11 dan M15 mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi

dan boleh melakukan aktiviti dengan menggunakan tangan dan peha.

41

Jadual 7.2

Peratusan bagi Gelung 1 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid

Kecerdasan pelbagai

Aspek yang dinilai Bilangan murid yang boleh

melakukan aktiviti N=16

Peratus (%)

Verbal-Linguistik

Murid dapat membunyikan rentak

zapin dengan menggunakan mulut

16

100

Ruang-spatial

Murid dapat melukis corak irama zapin dengan mengikut corak irama yang

betul

7

43.75

Muzikal Menepuk corak irama zapin dengan

menggunakan tangan dan peha

14

87.5

Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad D

dan kad T

12

75

Sebagai rumusan bagi analisis gelungan pertama, hasil pemerhatian

memberi kesan yang positif terhadap pengkaji dan membuktikan bahawa strategi

pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat memberi

pengenalan rentak zapin kepada murid dan dapat meningkatkan kebolehan murid

untuk memainkan rentak zapin. Melalui pemerhatian pengkaji, seramai dua orang

murid yang masih belum boleh memainkan rentak zapin melalui strategi pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan di gelungan pertama.

42

7.3 Keputusan penilaian selepas intervensi pada gelungan kedua

Selepas melaksanakan intervensi kedua, data yang direkodkan dengan

menggunakan senarai semak ditunjukkan di jadual 7.3.

Jadual 7.3

Senarai semak Gelung 2 yang dijalankan ke atas murid

Murid Aspek yang dinilai

Logikal-matematik Intrapersonal Interpersonal

Menampal nilai not yang betul di carta nilai not dan di carta corak

irama zapin

Yakin untuk memainkan rentak zapin di hadapan kelas

Mengajar rentak zapin kepada rakan di dalam kumpulan

M1 X / /

M2 X / /

M3 / / /

M4 X X X

M5 X / /

M6 / / /

M7 X / /

M8 X / /

M9 X / /

M10 X / /

M11 X / /

M12 X / /

M13 / / /

M14 X / /

M15 X X X

M16 X / /

Pengkaji telah menjalankan analisis pemerhatian bagi gelungan kedua. Bagi

gelungan kedua ini, tiga kecerdasan yang lain telah diaplikasikan di dalam strategi

pengajaran dan pembelajaran iaitu logikal-matematik, interpersonal dan

intrapersonal. Senarai semak seperti di jadual 7.3 telah digunakan dan satu rubrik

pemerhatian senarai semak di lampiran D telah digunakan oleh pengkaji.

Aspek pemerhatian yang pertama bagi gelungan kedua ini ialah untuk

meninjau murid melakukan aktiviti menampal nilai not betul di carta nilai not dan di

carta corak irama zapin. Aktiviti ini dianggarkan tidak berjaya kerana hanya tiga

daripada 16 orang murid iaitu 18.75 peratus yang boleh menampal nilai not yang

betul di carta nilai not dan di carta corak irama zapin. Hal ini menunjukkan strategi

yang digunakan oleh pengkaji tidak dapat menggalakkan murid untuk meningkatkan

kefahaman murid terhadap rentak zapin dan juga nilai not yang diajarkan.

Keputusan ujian kecerdasan murid juga menunjukkan hanya tiga orang murid yang

berada di skor yang tinggi untuk kecerdasan logikal-matematik.

Seterusnya, aspek pemerhatian kedua ialah untuk melihat keyakinan murid

untuk memainkan rentak zapin dengan betul secara individu di hadapan kelas.

Aktiviti ini merangkumi kecerdasan intrapersonal murid. Hasil pemerhatian yang

dijalankan, 87.5 peratus murid dapat menunjukkan keyakinan yang baik sewaktu

mempersembah irama zapin dengan betul di hadapan kelas. Seramai dua orang

43

murid yang masih lagi tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul dan

langsung tidak mempunyai keyakinan untuk memainkan rentak zapin di hadapan

kelas. Berdasarkan keputusan ujian kecerdasan yang telah dilakukan, keputusan

murid bagi kecerdasan intrapersonal kebanyakkannya mendapat skor yang rendah.

Ini menunjukkan aktiviti seperti ini telah dapat meningkatkan kecerdasan

intrapersonal murid.

Aspek pemerhatian yang ketiga ialah untuk melihat kebolehan murid untuk

mengajar rakan mereka rentak zapin dengan betul. Aktiviti ini merangkumi

kecerdasan interpersonal murid. Hasil pemerhatian yang dijalankan, 87.5 % murid

dapat mengajar rakan mereka dengan baik untuk memainkan rentak zapin dengan

betul. Murid mengajar ahli kumpulan mereka dengan bersungguh-sungguh dan

menunjukkan kebolehan mengajar mereka. Sementara itu, 12.5 % murid yang tidak

dapat mengajar rentak zapin ini merupakan murid yang masih lagi tidak dapat

memainkan rentak zapin dengan betul. Murid ini diajar oleh rakan mereka untuk

memainkan rentak zapin dengan betul (rujuk Jadual 7.4).

Jadual 7.4

Peratusan Gelung 2 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid

Kecerdasan pelbagai

Aspek yang dinilai

Bilangan murid yang

boleh melakukan

aktiviti N=16

Peratus (%)

Logikal-matematik

Menampal nilai not yang betul di

carta nilai not dan di carta corak irama

zapin

3

18.75

Intrapersonal

Yakin untuk memainkan

rentak zapin di hadapan kelas

14

87.5

Interpersonal Mengajar rentak zapin kepada

rakan di dalam kumpulan

14

87.5

Rumusan bagi analisis gelungan kedua, hasil pemerhatian memberi kesan

yang positif terhadap pengkaji dan membuktikan bahawa strategi pengajaran dan

pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat memberi peluang murid untuk

44

mempersembah rentak zapin dan dapat meningkatkan kebolehan mengajar murid

kepada murid yang masih belum dapat memainkan rentak zapin. Melalui

pemerhatian pengkaji, seramai dua orang murid yang masih belum boleh

memainkan rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan di gelungan kedua. Selepas aktiviti bagi kecerdasan interpersonal, dua

orang murid ini menunjukkan peningkatan untuk memainkan rentak zapin dengan

betul. Dua orang murid ini diperhatikan lagi di gelungan yang ketiga.

7.4 Keputusan penilaian selepas intervensi pada gelungan ketiga

Selepas melaksanakan intervensi kedua, data yang direkodkan dengan

menggunakan senarai semak ditunjukkan di jadual 7.5.

Jadual 7.5

Senarai Semak Gelung 3 yang dijalankan ke atas murid

Murid Aspek yang dinilai

Muzikal

Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan

dan peha

Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d

dan kad t

Memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi

sambil mengiringi lagu

M1 / / /

M2 / / /

M3 / / /

M4 x / x

M5 / / /

M6 / / /

M7 / / /

M8 / / /

M9 / / /

M10 / / /

M11 / / /

M12 / / /

M13 / / /

M14 / / /

M15 / x x

M16 / / /

Seterusnya, pengkaji mendapatkan jumlah murid yang mengikuti setiap

aspek yang telah ditentukan dan jumlah ini dipindah dalam bentuk jadual 7.6 (rujuk

Jadual 7.6). Hal ini adalah bagi melihat keberkesanan langkah pengajaran dengan

mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai. Dengan ini, pengkaji dapat membuat

rumusan berdasarkan data yang telah diperolehi.

Pengkaji telah menjalankan analisis pemerhatian bagi gelungan ketiga. Bagi

gelungan ketiga ini, hanya satu kecerdasan muzikal diaplikasikan di dalam strategi

pengajaran dan pembelajaran. Senarai semak seperti di jadual 7.5 telah digunakan

45

dan satu rubrik pemerhatian senarai semak di lampiran E telah digunakan oleh

pengkaji.

Aspek pemerhatian yang pertama bagi gelungan ketiga ini merupakan

aktiviti yang sama bagi gelungan tindakan 1. Hasil pemerhatian menunjukkan

peningkatan daripada 87.5 peratus di gelungan tindakan 1 ke 93.75 peratus. Hanya

seorang murid yang tidak dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan

peha dan tangan iaitu M4. Berdasarkan ujian kecerdasan, M4 mempunyai

kecerdasan muzikal yang lemah dan boleh diperkembangkan. Hal ini adalah kerana

M4 telah berjaya memainkan rentak zapin dengan menggunakan kad d dan kad t.

Seterusnya, aspek pemerhatian kedua ini juga merupakan aktiviti yang sama

bagi gelungan tindakan 1. Hasil juga menunjukkan peningkatan dari 75 peratus di

gelungan tindakan 1 ke 93.75 peratus. Hanya seorang murid yang tidak dapat

melakukan aktiviti ini iaitu M15. Berdasarkan ujian kecerdasan, M15 mempunyai

kecerdasan muzikal dan kecerdasan kinestetik yang tinggi, tetapi tidak pada

kecerdasan intrapersonal. Hal ini berkemungkinan M15 tidak yakin untuk

memainkan rentak zapin pada kad d dan kad t.

Aspek pemerhatian yang ketiga ialah untuk melihat kemampuan murid untuk

memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi sambil mengiringi lagu.

Peratusan menunjukkan kadar yang amat baik iaitu sebanyak 87.5 peratus murid

dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi iaitu kompang

serta dapat mengiringi lagu “Anak Ayam”.

Jadual 7.6

Peratusan Gelung 3 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid

Kecerdasan pelbagai

Aspek yang dinilai Bilangan murid yang boleh melakukan

aktiviti N=16

Peratus (%)

Muzikal Menepuk corak irama zapin dengan

menggunakan tangan dan peha

15

93.75

Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad

D dan kad T

15

93.75

Memainkan rentak zapin dengan

menggunakan alat perkusi sambil mengiringi lagu

14

87.5

46

Sebagai rumusan bagi analisis yang dijalankan, hasil pemerhatian memberi

impak yang positif terhadap pengkaji dan membuktikan bahawa strategi pengajaran

dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat meningkatkan kebolehan murid

untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Strategi pengajaran dan pembelajaran

ini telah membina keyakinan mereka untuk memainkan rentak zapin dengan betul.

7.5 Analisis Temu Bual

Temu bual telah dijalankan ke atas murid untuk mendapatkan pandangan mereka

terhadap aspek 1) tahap kesukaran untuk mempelajari rentak zapin, 2) aktiviti di

dalam intervensi dan 3) perasan murid selepas memainkan rentak zapin dengan

betul. Contoh soalan temu bual di lampiran G.

Hasil dapatan menunjukkan kebanyakkan murid mengatakan rentak zapin

senang untuk dipelajari (rujuk contoh dapatan temu bual di bawah).

―Kacang ja cikgu.. mudah ja zapin ni cikgu.‖ (M11)

Berdasarkan ujian kecerdasan bagi M11, murid ini mendapat skor yang

tinggi untuk kecerdasan muzik dan kecerdasan kinestetik. M11 dapat memainkan

rentak zapin dengan betul pada intervensi gelungan kedua dan gelungan ketiga.

Sebaliknya, terdapat murid yang turut memberikan pendapat yang negatif

tentang tahap kesukaran untuk mempelajari rentak zapin ini (rujuk contoh dapatan

temu bual di bawah).

―Susah cikgu.... Tangan main tak sama dengan mulut.‖ (M4)

Ujian kecerdasan menunjukkan M4 merupakan murid mendapat skor yang

rendah iaitu dua bagi kecerdasan muzikal, skor yang sederhana iaitu tiga bagi

kecerdasan verbal-linguistik dan skor yang tinggi iaitu lima bagi kecerdasan

kinestetik. M4 tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul ketika intervensi

gelungan pertama dan kedua. Jawapan M4 menunjukkan murid ini tidak dapat

menggunakan kecerdasan kinestetik dan kecerdasan verbal-linguistik secara

serentak. M4 dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan kad d dan Kad t

selepas intervensi yang kedua.

Hasil dapatan temu bual seterusnya menunjukkan beberapa orang murid berasa

seronok untuk melakukan aktiviti menepuk kad d dan kad t. Rujuk contoh di bawah.

―Saya suka tepuk kad cikgu...Tapi.. Sakit tangan.‖ (M6)

47

“Tepuk kad cikgu.. Sebab cikgu asyik suruh saya tepuk kad ja..‖ (M9)

M6 dan M9 mendapat skor yang tinggi untuk kecerdasan muzikal dan

kecerdasan kinestetik. M6 dan M9 dapat memainkan rentak zapin dengan betul dari

intervensi gelungan pertama hingga intervensi gelungan ketiga. Mereka juga dapat

memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi iaitu kompang untuk

mengiringi lagu “Anak Ayam” di intervensi gelungan ketiga.

Terdapat juga murid yang berasa seronok dengan aktiviti membunyikan

rentak zapin dengan menggunakan mulut. Berdasarkan ujian kecerdasan, murid ini

mendapat skor yang tinggi bagi kecerdasan verbal-linguistik. Murid ini berasa

seronok dengan aktiviti yang melibatkan kebolehan diri murid. Rujuk contoh di

bawah.

―Kalau ikut suka, saya suka sebut ‗tak‘ ‗tak‘ tu cikgu. Sebutan tu paling

senang.‖ (M10)

Hasil dapat seterusnya menunjukkan murid memberikan pendapat yang

berlainan terhadap aktiviti yang mereka rasa sukar untuk melakukan.

―Saya rasa semua susah cikgu sebab saya jarang mai sekolah‖. (M4)

Berdasarkan senarai semak pemerhatian, M4 langsung tidak dapat

memainkan rentak zapin ketika di intervensi gelungan pertama. Oleh itu M4

merasakan aktiviti yang dilakukan oleh pengkaji susah untuk dilakukan.

Selain itu, terdapat murid merasakan aktiviti menepuk kad ialah aktiviti yang

susah untuk dilakukan.

―Mula-mula susah yang tepuk kad sebab saya suka pakai satu tangan ja..‖ (M5)

―Saya susah nak tepuk kad cikgu. Time tepuk tangan dengan peha boleh ja

tapi bila tepuk kad jadi tak sama.‖ (M15)

Berdasarkan ujian kecerdasan murid, M5 dan M15 mendapat skor yang

tinggi bagi kecerdasan muzikal dan kecerdasan kinestetik. M5 dapat memainkan

rentak zapin dengan betul walaupun murid ini menggunakan sebelah tangan untuk

menepuk kad d dan kad t. M15 pula tidak dapat memainkan rentak zapin pada kad

d dan kad t sehingga intervensi gelungan ketiga.

Terdapat murid yang berasa susah untuk aktiviti bagi kecerdasan logik-

matematik. Rujuk contoh di bawah.

―Susah yang cikgu suruh tampal not muzik tu, saya tak faham apa.‖ (M12),

48

―Saya tak suka tepuk kad sebab sakit tangan dengan tampal-tampal benda

muzik tu cikgu.‖ (M14)

Berdasarkan jawapan M12, murid berasa susah untuk melakukan aktiviti ini

adalah kerana bahan bantu mengajar pengkaji yang tidak menjurus kepada rentak

zapin. Pengkaji mengajar not yang tidak berkaitan dengan rentak zapin kepada

murid. Ini menyebabkan murid tidak faham dengan aktiviti ini. Berdasarkan ujian

kecerdasan pula, M12 mendapat skor sederhana iaitu tiga dan M14 mendapat skor

rendah iaitu dua untuk kecerdasan logik-matematik.

Hasil dapatan seterusnya menunjukkan semua murid yang ditemu bual

mengatakan perasaan seronok selepas berjaya memainkan rentak zapin dengan

betul. Rujuk contoh di bawah.

―Saya betul-betul gembira cikgu. Cikgu ajaq mudah,‖ (M2)

―Suka cikgu, cara cikgu ajaq senang ingat.‖ (M10)

Melalui jawapan M2 dan M10, ini menunjukkan intervensi yang dijalankan oleh

pengkaji dapat meningkatkan kefahaman dan mudah untuk murid mengingati rentak

zapin.

―Suka tapi cikgu selalu suruh saya main kat depan.‖ (M16)

Berdasarkan ujian kecerdasan, M16 mendapat skor yang sederhana iaitu 3

bagi kecerdasan intrapersonal. M16 berasa tidak begitu yakin untuk memainkan

rentak zapin di hadapan kelas secara indivdu dan secara berkumpulan.

7.6 Analisis dokumen

Setiap murid telah diberikan tugasan untuk melukiskan corak irama zapin untuk

mengukur tahap perkembangan murid sewaktu dalam proses intervensi yang

dijalankan terhadap mereka. Tugasan ini memerlukan murid untuk melukiskan corak

irama zapin dengan betul mengikut kreativiti masing-masing.

Pengkaji telah menjalankan analisis dokumen untuk memastikan keputusan

yang diperoleh adalah lebih tepat untuk menjawab persoalan kajian. Pemerhatian

dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui strategi pelbagai

sudut kecerdasan. Senarai semak seperti di jadual 7.7 telah digunakan dan satu

rubrik senarai semak di lampiran F telah digunakan oleh pengkaji.

49

Berdasarkan kepada jadual 7.7 di bawah, didapati seramai tujuh orang murid

telah menunjukkan kefahaman terhadap intervensi yang dijalankan melalui hasil

analis lukisan corak irama zapin di dalam tugasan yang diberikan. Tujuh orang

murid ini telah melukiskan corak irama zapin dengan betul mengikut rubrik yang

telah disediakan oleh pengkaji. Hal yang demikian memberikan petunjuk bahawa

murid tahu dan boleh mengaplikasikan lukisan kepada permainan rentak zapin.

Jadual 7.7

Hasil yang dijalankan ke atas murid

Kecerdasan pelbagai

Aspek yang dinilai

Murid M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16

Visual-spatial

Murid dapat

melukis corak irama zapin

dengan mengikut

corak irama yang betul

X

/

/

X

/

/

/

X

/

X

X

/

X

X

X

X

Seterusnya, pengkaji mendapatkan jumlah murid yang boleh melukiskan

corak irama yang betul yang telah ditentukan dan jumlah ini dipindah dalam bentuk

carta pai seperti rajah di bawah. Hal ini adalah bagi mengukur kefahaman murid

terhadap intervensi yang dijalankan oleh pengkaji. Dengan ini, pengkaji dapat

membuat rumusan berdasarkan data yang telah diperolehi.

Jumlah yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.1 di bawah menunjukkan

sebanyak 43.75 peratus murid yang dapat melukiskan corak irama zapin dengan

betul oleh pengkaji di dalam aktiviti yang dilaksanakan. Sebanyak 56.25 peratus

yang melakukan kesalahan untuk melukiskan corak irama zapin. Hasil ini

menunjukkan tentang kefahaman murid terhadap rentak zapin yang dipelajari dan

diadaptasikan ke dalam bentuk lukisan (rujuk Rajah 7.1)

50

Rajah 7.1 : Peratus murid melakukan aktiviti kecerdasan visual-spatial

Melalui pemerhatian pengkaji, murid dapat menghasilkan lukisan yang kreatif

tetapi tidak berjaya untuk melukiskan irama zapin dengan betul. Murid tidak dapat

melukiskan rentak zapin dengan betul walaupun pengkaji telah menunjukkan contoh

lukisan bagi irama zapin kepada murid. Hal ini menunjukkan murid masih tidak

dapat mengintepretasikan bunyi rentak zapin kepada lukisan.

Rajah 7.2 menunjukkan hasil lukisan murid yang betul dan rajah 7.3 dan 7.4

menunjukkan hasil lukisan murid yang salah. Lukisan ini dilakukan oleh murid ketika

di intervensi gelungan pertama. Lukisan pada rajah 7.2 dihasilkan oleh M2 ini

merupakan contoh hasil lukisan rentak zapin yang betul. Berdasarkan ujian

kecerdasan yang dilakukan oleh pengkaji, M2 mendapat skor yang tinggi iaitu lima

untuk kecerdasan visual-spatial. Ini menunjukkan M2 dapat melukiskan dan

menunjukkan kefahaman terhadap aktiviti bagi kecerdasan visual-spatial (rujuk

Rajah 7.2)

Rajah 7.2 : Hasil lukisan M2 rentak zapin yang betul

43.75%

56.25%

Hasil analisis tugasan murid berdasarkan kecerdasan visual-

spatial

Betul Salah

51

Lukisan pada Rajah 7.3 menunjukkan hasil lukisan M4 dan rajah 7.4

menunjukkan hasil lukisan M14. Murid ini dapat menghasilkan lukisan yang kreatif

tetapi tidak menepati corak irama zapin dengan betul. Berdasarkan keputusan ujian

kecerdasan, M4 dan M14 mendapat skor yang sederhana iaitu tiga bagi kecerdasan

visual-spatial.

Rajah 7.3 : Hasil lukisan M4 rentak zapin yang salah

Rajah 7.4 : Hasil lukisan M14 rentak zapin yang salah

52

8.0 RUMUSAN

8.1 Rumusan Dapatan

Persoalan kajian 1 : Bolehkah murid tahun lima mengecam rentak zapin

melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan?

Bagi menjawab persoalan kajian ini, data senarai semak pemerhatian telah

digunakan. Sebelum tindakan intervensi dijalankan, murid tahun lima langsung tidak

mengenali dan mengetahui serta mengecam rentak zapin. Masalah ini dapat

dikesan melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Melalui refleksi

pengkaji, keseluruhan murid tidak mengetahui rentak zapin. Oleh itu, strategi

pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan telah dirancang dan

dilaksanakan untuk membantu murid untuk mengecam dan mengetahui rentak

zapin dengan betul. Dalam kitaran pertama, murid telah diperkenalkan dengan

aktiviti melalui kecerdasan verbal-linguistik iaitu dengan mengarahkan murid untuk

membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut. Keputusan kajian yang

diperolehi adalah sangat memberangsangkan iaitu seramai 16 orang murid (100%)

telah dapat membunyikan serta mengecam rentak zapin dengan betul.

Lantaran itu, dapatan kajian dalam kitaran pertama jelas menunjukkan

bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan memang

dapat membantu murid dalam mengecam dan mengetahui rentak zapin dengan

betul. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Norazura

Tukira et.al (2010). Menurut beliau, melalui strategi pengajaran pelbagai sudut

kecerdasan yang digunakan, ianya dapat membantu meningkatkan penguasaan

murid dalam aktiviti tertentu hasil daripada penglibatan aktif serta peningkatan

kecenderungan dan minat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Persoalan kajian 2 : Bolehkah murid tahun lima meningkatkan keupayaan

memainkan rentak zapin dengan betul melalui strategi pengajaran dan

pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan?

Bagi menjawab persoalan kajian ini telah dijawab melalui keputusan data

temu bual dan senarai semak pemerhatian apabila peningkatan keupayaan murid

untuk memainkan rentak zapin jelas disebut melalui kedua-dua keputusan analisis

53

ini. Daripada data yang dikumpul melalui senarai semak pemerhatian pada ketiga-

tiga gelungan, murid dapat memainkan rentak zapin dengan betul melalui strategi

pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. Data yang dikumpul

melalui aspek kecerdasan muzikal iaitu dapat menepuk corak irama zapin dengan

menggunakan kad d dan kad t menunjukkan peningkatan daripada 87.5 peratus di

gelungan tindakan satu kepada 93.75 peratus di gelungan tindakan ketiga. Ini

menunjukkan murid tahun lima ni dapat meningkatkan keupayaan memainkan

rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut

kecerdasan.

Sehubungan dengan itu, dapatan kajian dalam gelungan tindakan pertama

dan ketiga jelas menunjukkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran

pelbagai sudut kecerdasan dapat membantu murid meningkatkan keupayaan

memainkan rentak zapin dengan betul. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan

kajian Ikhsan dan Rohizani (2010). Kajian Ikhsan dan Rohizani mendapati

peningkatan sikap saitifik murid seiring dengan pemerolehan ilmu yang dipelajari.

Demikian juga peningkatan keupayaan murid dalam kajian ini semakin bertambah

baik daripada gelungan tindakan pertama hingga gelungan tindakan ketiga kajian.

Persoalan kajian 3 : Adakah dengan mengaplikasikan teori kecerdasan

pelbagai, murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan alat

perkusi untuk mengiringi lagu?

Hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah menunjukkan

persoalan kajian ketiga pengkaji terjawab. Murid yang dapat memainkan rentak

zapin dengan menggunakan alat perkusi iaitu kompang untuk mengiringi lagu “Anak

Ayam”. Keputusan kajian yang diperolehi adalah sangat memberangsangkan iaitu

seramai 14 orang murid (87.5%) telah dapat menghasilkan rentak zapin dengan

menggunakan alat perkusi untuk mengiringi lagu dan hanya dua orang sahaja yang

tidak dapat memainkan alat perkusi untuk memainkan rentak zapin dengan betul.

Dapatan kajian dalam ketiga-tiga kitaran jelas menunjukkan bahawa

pengajaran rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai

sudut kecerdasan dapat membantu murid dalam memainkan rentak zapin dengan

betul serta dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi

untuk mengiring lagu. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh

Toh Lai Chee (2012). Menurut beliau, strategi dan pendekatan yang bersesuaian

dengan kecerdasan murid memainkan satu peranan penting untuk memupuk murid

mempelajari konsep muzik. Hal ini adalah kerana dalam kajian beliau, beliau

54

mendapati bahawa murid menglibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti yang

dianggap kebolehan pembelajaran yang terbaik bagi murid.

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga persoalan kajian dapat dijawab dengan

menggunakan data yang diperoleh daripada instrumen pengumpulan data. Kajian

ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

8.2 Refleksi Selepas Kajian

Selepas perlaksanaan kajian dan memperoleh dapatan yang sedemikian,

saya sebagai pengkaji mendapati bahawa kajian ini sekiranya pelaksanaan kajian

dapat diberi tempoh masa yang lebih panjang lagi bagi mendapat keputusan yang

lebih ketara lagi. Pelaksanaan tindakan yang mengalami kesuntukan masa memberi

tekanan kepada pengkaji terutama bagi murid yang tidak pernah mempunyai

sebarang pengalaman muzikal dan memberi impak terhadap ketepatan hasil

dapatan kajian tindakan secara langsung.

Melalui dapatan kajian tindakan ini, pengkaji boleh merumuskan bahawa

pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai di dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran dapat memanfaatkan murid untuk belajar melalui kecerdasan yang

dimiliki oleh murid dan dapat membantu murid untuk mengaktifkan kecerdasan yang

lain.

Masih terdapat ruangan penambahbaikan seperti mengubah cara

mengemukakan soalan temu bual yang lebih membina dan teliti dengan meminta

pendapat daripada pengkaji lain yang lebih berpengalaman sebelum memberi

kepada murid. Pengkaji juga boleh mengubahsuai senarai semak untuk lebih

menekankan kepada aspek yang dinilai seperti aktiviti yang lain daripada yang

sedia ada untuk mendapat keputusan yang lebih teliti.

Sebelum intervensi dilaksanakan, pengkaji telah mengajar murid memainkan

rentak zapin dengan kaedah pengajaran tanpa menggunakan bahan bantu

mengajar, pengenalan ikon dan contoh yang betul untuk memainkan rentak zapin.

Didapati bahawa murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan menganggap

memainkan rentak zapin adalah sesuatu kemahiran yang susah untuk dikuasai.

Tambahan pula, komunikasi hanya satu hala berlaku antara pengkaji dan murid iaitu

murid langsung tidak bertanya soalan apabila tidak memahami dan hanya bertindak

mengikut arahan pengkaji.

55

Selepas strategi pembelajaran dan pengajaran pelbagai sudut kecerdasan

digunakan untuk mengajar rentak zapin, murid kelihatan lebih menumpukan

perhatian pada kemahiran yang disampaikan. Murid adalah sangat aktif semasa

berada dalam ketiga-tiga gelungan tindakan. Contohnya, apabila pengkaji

mengarahkan murid untuk memainkan rentak zapin dengan menggunakan

kompang, murid berebut untuk dipilih oleh pengkaji untuk memainkan rentak zapin

dengan menggunakan kompang.

Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila objektif kajian yang telah ditetapkan

iaitu dapat memainkan rentak zapin dengan betul serta dapat menghasilkan rentak

zapin dengan menggunakan alat perkusi untuk mengiringi lagu oleh pengkaji dapat

dicapai. Pengkaji berpendapat pencapaian objektif ini adalah satu kejayaan yang

besar pengkaji kerana pengkaji perlu berdepan dengan murid yang berlainan

kecerdasan. Tetapi dengan intervensi yang telah dijalankan dan hasil keputusan

kajian ternayata strategi pembelajaran dan pengajaran pelbagai sudut kecerdasan

berjaya membantu murid untuk memainkan rentak zapin dengan betul.

Berdasarkan keputusan ujian kecerdasan murid, adalah kurang sesuai untuk

guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kecerdasan

verbal-linguistik dan logik-matematik. Murid kini mempunyai kecerdasan kinestetik

dan kecerdasan muzik yang tinggi. Pengajaran dan pembelajaran yang dirancang

oleh guru harus berdasarkan kecerdasan yang dimiliki murid. Murid dapat

menunjukkan minat dan kefahaman mereka jika guru dapat mengajar mengikut

kesuaian mereka.

Pengkaji berpendapat jika guru dapat membahagikan murid kepada

mengikut kecerdasan yang dimiliki untuk setiap langkah pengajaran, murid lebih

cepat faham dan dapat menunjukkan minat yang lebih mendalam untuk mengikuti

setiap aktiviti yang dijalankan.

Strategi pembelajaran dan pengajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat

meningkatkan kecerdasan pelbagai murid. Kecerdasan murid dapat dipupuk dan

dipengaruhi oleh faktor pengalaman, budaya serta motivasi. Strategi pembelajaran

dan pengajaran pelbagai sudut kecerdasan boleh membuatkan murid lebih

bermotivasi untuk belajar dengan cara yang selesa dengan mereka. Natijahnya,

pendidik perlu mengambil inisiatif untuk mendalami teori kecerdasan pelbagai dan

menerapkan serta mengaplikasikan dalam pembelajaran muzik demi kejayaan anak

bangsa kita pada masa hadapan.

56

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Selepas pelaksanaan kajian tindakan ini bagi murid tahun lima, pengkaji

berharap dapat melaksanakannya dengan lebih luas lagi untuk murid seluruh

sekolah atau beberapa buah sekolah untuk meninjau keberkesanan strategi

pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat dikelolakan dengan

berkesan bagi guru yang bukan beropsyen muzik.

Selain itu, pengkaji juga merancang untuk menghadiri bengkel atau seminar

mengenai teori kecerdasan pelbagai supaya dapat memperkembangkan lagi

pengajaran berasaskan teori kecerdasan pelbagai dengan mendalami dan

menggabungjalinkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Gardner dalam

teori kecerdasan pelbagai.

Pada kajian seterusnya cadangan untuk menjalankan stesen kecerdasan di

dalam bilik darjah. Sebagai contoh, stesen mempunyai unsur kecerdasan tersebut

seperti mengadakan flora dan fauna untuk stesen naturalis. Sudut boleh diwujudkan

mengikut tema atau kecerdasan secara bergilir untuk mengatasi kekangan ruang.

Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pula, pengkaji bercadang untuk

menjalankan stesen kecerdasan mengikut kemahiran yang diajar. Sebagai contoh,

pengkaji mengajar corak irama, dan pengkaji mengarahkan murid ke stesen

kecerdasan yang mereka cenderung untuk belajar corak irama. Di stesen unsur

kecerdasan visual-spatial, murid akan melukiskan corak irama yang diajar mengikut

kreativiti murid.

57

SENARAI RUJUKAN

Buku

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (2007). Kamus dewan (edisi keempat). Selangor: Percentakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011). Kajian tindakan : konsep & amalan dalam pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Chee Kim Mang (2010). Kajian tindakan dari proses ke produk. Pulau Pinang: Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Gardner, H. (1983). Frames of mind. New York: Harper & Row

Lazear, D. (2006). The intelligent curriculum using multiple intelligences to develop your students‘ full potential. Selangor: Masterpiece Publication Sdn Bhd.

Patricia Matusky & Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia : tradisi klasik, rakyat dan sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah pendidikan muzik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Buku sumber guru pendidikan muzik kbsr. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan pelbagai aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Ting Len Siong, Ahamd Sabry Othman & Ting Hun Yong (2013). Penyeldikan tindakan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.

Jurnal

Brewer, C.B. (2007). The effectiveness of integrating music in the classroom. Diakses pada 15 Julai 2013 dari http://education.jhu.edu/PD/newhorizons/

Campbell, B. (1990). Research on multiple intelligences in the classroom. Diakses pada 13 Julai 2013 dari http://www.context.org/iclib/ic27/campbell/

Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub (2010). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pelaksanaan kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21-32.

Jing Chen Xie & Rui Lin Lin‟ (2009). Research on multiple intelligences teaching and assessment. Asian Journal of Management and Humanity Science, Vol. 4, 106-124

Johari Bin Hassan & Nur Aimi Binti Mohd Idrus (2008). Kecerdasan pelbagai di aklangan kanak-kanak prasekolah serta strategi pengajaran yang digunakan

58

untuk mengajar dalam kanak-kanak prasekolah. Suatu kajian kes. Diakses pada 13 Mac 2013 dari http://eprints.utm.my/11983/

Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi (2010). Teori kecerdasan pelbagai untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. Diakses pada 21 Febuari 2013 dari http://www.scribd.com/doc/31126414/Teori-Kecerdasan-Pelbagaian-untuk-penglibatan-Aktif-Pelajar

Rohizani Yaakub & Norlida Ahmad (2003). Teknik alternatif menilai dalam bilik darjah. Diakses pada 10 Mac 2013 http://web.usm.my/education/publication/

Siti Nurul Mahfuzah & Mohd Azran (2010). Penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah. Diakses pada 22 Jun 2013 dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/88/PENGGUNAAN-KECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-IBADAH

Toh Lai Chee (2012a). Engaging students in learning and creating music through multi modal strategies and approaches : using the theory of multiple intelligences. Clute Institute International Conference, March 2012.

Toh Lai Chee (2012b). Pengajaran dan pembelajaran komposisi muzik kolektif melalui teori kecerdasan pelbagai untuk memperkembangkan kecerdasan muzikal dan mengaktifkan kecerdasan lain. Diakses pada 21 Febuari 2013 dari http://fmsp.upsi.edu.my/index.php/cover-jurnal

Media Elektronik

Connell. J. D. (n.d.). The connell multiple intelligence questionnaire for children. Diakses pada 8 Ogos 2013 dari http://printables.scolastic.com/printables

59

LAMPIRAN

LAMPIRAN A

SOAL SELIDIK (LATAR BELAKANG MURID)

Jantina :

Pekerjaan bapa :

Pekerjaan ibu :

Bulatkan jawapan ya atau tidak dan seterusnya perlu menulis pada ruangan yang disediakan berdasarkan soalan- soalan yang berikut.

1. Adakah kamu berminat untuk belajar muzik ? ( ya ) atau ( tidak )

2. Adakah anda suka menyanyi? Jika tidak nyatakan sebab. ..........................................................................................................

3. Adakah anda berminat untuk bermain alat muzik? ( ya ) atau ( tidak )

4. Adakah ibu bapa anda seorang guru muzik? ( ya ) atau ( tidak )

5. Adakah anda mempunyai sebarang asas dalam bidang muzik? Kalau ada sila nyatakan. ...................................................................................................................

6. Adakah anda mengikuti kelas muzik di luar ? ( ya ) atau ( tidak )

7. Pernahkah anda mengikuti aktiviti nyanyian di luar sekolah? Jika ada sila nyatakan. ..........................................................................................................................

8. Adakah anda mempunyai sebarang alat muzik di rumah? Jika ada sila nyatakan alat muzik tersebut. ..........................................................................................................................

9. Apakah bidang yang anda minati? (Tandakan (/) jika anda berminat) Sukan ( )

Lukisan ( )

Matematik ( )

Muzik ( )

Bahasa Melayu ( )

Lain – lain ( sila nyatakan)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

60

LAMPIRAN B The Connell Multiple Intelligence

Questionnaire for Children

Put a check next to each sentence that describes you.

Area 1 _____ I like to listen to songs on the radio or a CD. _____ I like to watch music videos on TV.

_____ I like to go to music concerts and hear live music. _____ I can easily remember tunes, raps, or melodies. _____ I take music lessons, singing lessons, or play a musical intrument.

_____ I can learn new songs easily. _____ I like to sing.

Area 2 _____ I like art classes. _____ I like to draw, paint, and make things with clay. _____ I enjoy putting puzzles together. _____ I like to build things using blocks, Legos, and models. _____ It is fun to play video games. _____ I can create a picture in my mind to help me think things through. _____ I notice the different styles of things, such as clothes, cars, and hairstyles. Area 3 _____ I like to read books, magazines, and comic books. _____ I have a good vocabulary and like to learn new words. _____ I enjoy writing e-mails to my friends. _____ I like to write. _____ It is fun to play word games such as Scrabble and Mad Libs, do

crossword puzzles, and acrostics. _____ I think it would be fun to keep a journal of my thoughts and ideas. _____ I like to talk to my friends on the telephone.

Area 4 _____ I like to play with animals and take care of them. _____ I like going to zoos, parks, or aquariums. _____ I like being outside. _____ I like to hike, walk, or run outdoors. _____ I like to observe nature‟s changes, such as thunderstorms, rain,

snow, and sunshine _____ I help to recycle and take care of our environment. _____ I pay close attention to things in my environment such as trees,

rocks, flowers, birds, bugs, and squirrels. Area 5 _____ I like to do science experiments and go to science museums. _____ I find arithmetic and math problems interesting. _____ It is fun to solve mysteries. _____ Numbers are really interesting to me. _____ I like games like chess or computer games where you have to think a lot. _____ I like TV shows like ZOOM, National Geographic, and Nova that talk

about science and math. _____ I can do math problems in my head and make good estimates.

61

Area 6 _____ I like to dance. _____ I like to play sports such as baseball, soccer, hockey, or football. _____ I like to build models or do beading, sewing, macramé, or carpentry. _____ I enjoy acting in plays or skits or playing charades. _____ I like to move when I am thinking about things. _____ I like activities such as the martial arts, tennis, running, jogging, biking,

skateboarding, or gymnastics. _____ I can sometimes “feel” the right answer. Area 7 _____ I like to be with my friends often. _____ I like to help those who need help. _____ I like to read books or see movies about people and their lives. _____ I can usually tell how other people are feeling. _____ It is fun for me to organize activities at home and at school. _____ I would rather spend time with others than spend time alone. _____ I like to talk in class discussions. Area 8 _____ I like doing things by myself. _____ I would rather work by myself than with other students. _____ I like to spend time thinking or writing about things that matter to me. _____ I like to play computer games. _____ I usually know what my feelings are. _____ I like to write my thoughts and feelings in a diary or journal. _____ I know what things I am good at, and what things I am not so good at. Scoring—Count up the number of responses you had for each area.The areas that you check show how you are smart in the different areas. _____ = Area 1 (Music Smart) _____ = Area 5 (Math Smart) _____ = Area 2 (Picture Smart) _____ = Area 6 (Body Smart) _____ = Area 3 (Word Smart) _____ = Area 7 (People Smart) _____ = Area 4 (Nature Smart) _____ = Area 8 (Self Smart) A score of 5 or more indicates a very strong area; a score of 3–4 indicates a moderate area; and a score of less than 3 indicates a developing area.

62

LAMPIRAN C

Rubrik senarai semak pemerhatian gelungan tindakan 1

Kecerdasan pelbagai

Aspek yang dinilai

Cara penilaian dilaksanakan

Verbal-Linguistik

Murid dapat membunyikan rentak zapin

dengan menggunakan

mulut

Dapat membunyikan rentak zapin

dengan betul dan tempo yang konsisten.

Ruang-spatial

Murid dapat melukis corak irama zapin

dengan mengikut

corak irama yang betul

Dapat melukiskan corak irama zapin dengan betul

mengikut kreativiti murid.

Contoh :

Muzikal Menepuk corak irama

zapin dengan menggunakan

tangan dan peha

Dapat menepuk corak irama zapin dengan tempo

yang konsisten menggunakan tangan dan peha.

Menepuk corak irama

zapin dengan menggunakan kad d dan kad

t

Dapat menepuk corak irama zapin pada kad d dan

kad t dengan menggunakan kedua belah tangan.

63

LAMPIRAN D

Rubrik senarai semak pemerhatian gelungan tindakan 2

Kecerdasan pelbagai

Aspek yang dinilai

Cara penilaian dilaksanakan

Logikal-matematik

Menampal nilai not yang betul di carta nilai not dan di carta corak irama zapin

Dapat menampal not yang betul pada carta nilai not dan pada carta corak irama zapin.

Interpersonal Mengajar rentak zapin

kepada rakan di dalam kumpulan

Dapat mengajar setiap ahli di dalam kumpulan masing-masing untuk menguasai rentak zapin.

Intrapersonal Yakin untuk memainkan rentak zapin di hadapan

kelas

Dapat memainkan rentak zapin dengan betul di hadapan kelas dengan penuh keyakinan.

64

LAMPIRAN E

Rubrik senarai semak pemerhatian gelungan tindakan 3

Kecerdasan pelbagai

Aspek yang dinilai

Cara penilaian dilaksanakan

Muzikal

Menepuk corak irama

zapin dengan menggunakan

tangan dan peha

Dapat menepuk corak irama zapin dengan tempo yang konsisten menggunakan tangan dan peha.

Menepuk corak irama

zapin dengan menggunakan kad d dan kad

t

Dapat menepuk corak irama zapin pada kad d dan kad t dengan menggunakan kedua belah tangan.

Memainkan rentak zapin

dengan menggunakan

alat perkusi sambil

mengiringi lagu

Dapat memainkan rentak zapin dengan betul serta tempo yang konsisten dengan menggunakan

kompang sambil mengiringi lagu “ Anak Ayam “

65

LAMPIRAN F

Rubrik senarai semak analisis dokumen

Kecerdasan pelbagai

Aspek yang dinilai

Cara penilaian dilaksanakan

Ruang-spatial

Murid dapat melukis

corak irama zapin

dengan mengikut

corak irama yang betul

Dapat melukiskan corak irama zapin dengan betul mengikut kreativiti murid.

Contoh :

66

LAMPIRAN G

Soalan Temu Bual kepada Murid

1. Adakah kamu rasa rentak zapin sukar atau tidak untuk dipelajari?

2. Apakah aktiviti yang kamu rasa seronok semasa cikgu mengajar?

3. Apakah aktiviti yang kamu rasa susah untuk kamu lakukan?

4. Apakah perasaan kamu selepas berjaya memainkan rentak zapin dengan

betul?