13
1 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019 KERTAS MODEL SET 2 STPM 946/3 Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Jawab soalan 11 dalam Bahagian B. Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 atau 13 tetapi hanya satu jawapan yang akan diperiksa. KERTAS 3 (1 jam 45 minit) PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS MODEL SET 2

PENGAJIAN PERNIAGAAN

Embed Size (px)

Citation preview

1ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

KERTAS MODEL SET 2

STPM946/3

Arahan:

Jawab semua soalan dalam Bahagian A.

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B.

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B.

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 atau 13 tetapi hanya satu jawapan yang akan diperiksa.

KERTAS 3(1 jam 45 minit)

PENGAJIANPERNIAGAAN

KERTAS MODEL SET 2

KERTAS MODEL SET 22 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

Bahagian A

[50 markah]

Jawab semua soalan.

1 Terangkan tiga faktor kejayaan seimbang. [6]

2 Jelaskan bagaimana pelanggan dan jururunding profesional dapat membantu memberikan idea baharu tentang perniagaan. [5]

3 Perihalkan dua kelebihan perniagaan francais. [4]

4 Program mentor-mentee merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh usahawan yang berjaya untuk membantu melahirkan lebih banyak usahawan.

Huraikan dua kaedah lain yang dapat digunakan bagi tujuan tersebut. [4]

5 Encik Sulaiman ingin memulakan perniagaan menjual perabot di Ipoh, Perak. Sebelum memulakan perniagaan, beliau perlu menyediakan rancangan perniagaan.

Huraikan tiga tujuan Encik Sulaiman menyediakan rancangan perniagaan. [6]

6 Terangkan dua elemen yang perlu dinyatakan dari aspek pengeluaran dalam sesuatu rancangan perniagaan yang baik. [4]

7 Bincangkan cabaran-cabaran yang lazim ditempuhi oleh syarikat multinasional dari aspek yang berikut:(a) Sistem ekonomi(b) Sosiobudaya [4]

8 Jelaskan tiga jenis perlindungan perdagangan bukan tarif. [6]

9 Nyatakan lima peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani isu-isu kepenggunaan di Malaysia. [5]

10 Jelaskan dua peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di premis menjual makanan di Malaysia. [6]

KERTAS MODEL SET 2 3ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.

11 7-ELEVEN Malaysia Sdn. Bhd., kini menawarkan program francais kepada usahawan tempatan yang berminat untuk menjadi rakan kongsi rangkaian kedai serbaneka 24 jam terbesar di dunia, 7-Eleven yang kini memiliki kira-kira 36 000 buah cawangan di 16 buah negara. Ketika ini, 7-Eleven Malaysia mempunyai 1 050 buah cawangan di seluruh negara dan merancang untuk membuka 90 buah cawangan baharu tahun ini, yang mana sehingga 50 buah daripadanya akan ditawarkan secara francais. Syarikat ini merancang untuk membuka 2 000 buah cawangan 7-Eleven di seluruh negara dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 50 peratus daripadanya dikendalikan oleh francaisi.

Mengenai program francais 7-Eleven, syarikat ini tidak mengenakan bayaran royalti, sumbangan pemasaran dan pengiklanan serta bayaran perkhidmatan seperti kebanyakan francaisor lain. Hal ini tidak membebankan francaisi dengan kos tetap yang tinggi seperti pelaburan untuk memiliki bangunan dan peralatan. Sebaliknya, 7-Eleven berkongsi keuntungan kasar dengan francaisi, pada nisbah 50 : 50 bagi kos penyelenggaraan dan bil elektrik. Program francais 7-Eleven adalah berdasarkan model sokongan yang menyeluruh. Daripada perkongsian keuntungan kasar itu, 7-Eleven akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan seperti lesen hartanah, peralatan, insurans am, royalti, audit inventori dan perkhidmatan barangan.

Untuk menjadi francaisi 7-Eleven, bakal francaisi perlu melabur RM250 000 dengan RM100 000 adalah untuk yuran permulaan yang digunakan bagi sistem, penjenamaan dan latihan, manakala RM100 000 lagi untuk yuran pelesenan bagi menjalankan operasi perniagaan selama 10 tahun (perjanjian francais untuk selama lima tahun dengan kontrak secara automatik diperbaharui selama lima tahun lagi). Sebanyak RM50 000 pula akan digunakan sebagai deposit sekuriti bagi stok barangan. Selepas 10 tahun, francaisi yang ingin memperbaharui kontrak mereka hanya perlu membayar yuran pelesenan.

7-Eleven Malaysia menyediakan semua keperluan termasuk latihan, rancangan pemasaran, pembekalan dan peralatan. Hal ini bagi membolehkan mereka menumpukan operasi perniagaan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Bakal francaisi turut menjalani latihan antara enam hingga lapan minggu di samping menyediakan bantuan perunding bagi membincangkan pelbagai isu dan peluang untuk meningkatkan perniagaan dengan francaisi selama dua jam dalam seminggu. Selain itu, 7-Eleven Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan AmBank untuk menyediakan pinjaman sehingga RM200 000 kepada francaisi. Syarikat itu sedang memuktamadkan perbincangan dengan OCBC Bank untuk menyediakan kemudahan yang sama.

Program francais 7-Eleven tersebut dibuka kepada mereka yang berusia antara 25 hingga 60 tahun dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini juga dibuka kepada pemilik kedai yang mahu menukarkan perniagaan mereka kepada kedai 7-Eleven. Dalam hal ini, francaisi akan ditawarkan dengan kedai 7-Eleven untuk menjalankan operasi selain latihan bagi memastikan mereka berjaya dalam perniagaan. Daripada pengalaman 7-Eleven global, francaisi kebiasaannya mampu meraih keuntungan jualan antara 30 hingga 50 peratus selepas beroperasi dua hingga tiga tahun.

(Sumber: Disesuaikan daripada Artikel ‘Peluang Perniagaan 7-Eleven’ di www.usahawan.com)

Bahagian B

[50 markah]

KERTAS MODEL SET 24 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

Berdasarkan kes di atas,(a) jelaskan faktor kejayaan perniagaan 7-Eleven sebagai rangkaian kedai

serbaneka 24 jam terbesar di dunia, [13](b) terangkan syarat atau kelayakan bagi bakal usahawan untuk mengikuti

Program Francais 7-Eleven, dan [9](c) huraikan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh 7-Eleven kepada

bakal francaisi yang mengikuti Program Francais 7-Eleven. [13]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau soalan 13.

12 Terangkan tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha restoran terhadap pihak primernya. [15]

13 Sediakan rancangan perniagaan mengenai pemasaran sebuah restoran di tempat anda. [15]

KERTAS MODEL SET 2 5ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

Bahagian A

Rangka jawapan

Soalan 1Faktor kejayaan seimbang:(a) Jasmani – Sihat, makanan seimbang dan cergas(b) Rohani – Perlu santapan, penilaian dan ibadat(c) Emosi – Tidak tertekan, tidak terlalu ikut perasaan(d) Intelek – Mencari ilmu, pengalaman, pembacaan dan pengetahuan

Mana-mana tiga jawapan

Soalan 2(a) Pelanggan sebagai sumber idea baharu:

(i) Maklum balas pelanggan tentang keluaran yang digunakan/komen/kritikan produk sedia ada (ii) Pandangan dan idea pelanggan terhadap sesuatu keluaran (produk tiada dalam pasaran) (iii) Melihat gelagat pengguna, komposisi pengguna, perubahan cita rasa serta keperluan dan

kehendak pengguna melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik atau penyelidikan pemasaran(b) Jururunding profesional sebagai sumber idea baharu:

(i) Memberi khidmat nasihat dan pendapat berkaitan bidang tertentu mengikut bidang kepakaran masing-masing

(ii) Mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian tertentu yang boleh digunakan oleh usahawan dalam situasi tertentu.

Soalan 3Kelebihan perniagaan francais:(a) Berisiko rendah Berisiko rendah berbanding dengan perniagaan lain kerana kebanyakan produk yang tersenarai

dalam sistem francais telah lama bertapak dan telah mendapat tempat di hati pengguna.

(b) Jenama telah dikenali Usahawan berpeluang untuk memperdagangkan atau memasarkan barang atau perkhidmatan

yang sudah terkenal jenamanya/imej dan pulangan yang diperoleh adalah baik.

(c) Mengembangkan perniagaan Dapat membantu francaisor mengembangkan perniagaan dan meningkatkan bilangan usahawan

yang menceburi perniagaan secara francais.

(d) Menikmati faedah ekonomi bidangan Francaisor dapat membeli barang secara pukal dan membekalkannya kepada francaisi. Oleh

itu, francaisi dapat membeli bahan mentah pada harga yang lebih rendah. Hal ini dapat mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan francaisi.

(e) Panduan perniagaan yang lengkap Terdapat panduan perniagaan yang lengkap disediakan untuk usahawan yang tidak mempunyai

pengalaman. Francaisor juga turut memberi bantuan dari segi pengurusan, nasihat dan modal.

Mana-mana dua jawapan

JAWAPAN CADANGAN

KERTAS MODEL SET 26 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

Soalan 4Kaedah lain yang digunakan oleh usahawan yang berjaya untuk membantu melahirkan lebih banyak usahawan:

(a) Program pembangunan vendor Bertujuan untuk mewujudkan hubungan antara industri kecil dan sederhana (IKS) dengan

syarikat besar. Dalam program ini, IKS menjadi sokongan kepada syarikat besar. Syarikat besar menyediakan pasaran/membeli produk keluaran IKS.

(b) Program pembangunan francais Syarikat induk (francaisor) memberikan hak kepada usahawan (francaisi) untuk menjalankan

perniagaan atau memasarkan produk yang sama dengan syarikat induk. Francaisi menggunakan jenama, resipi, reka bentuk sama dengan syarikat induk.

(c) Intrapreneur Idea perniagaan daripada staf dalaman yang dikembangkan menjadi sebuah perniagaan dan

diuruskan sendiri oleh staf berkenaan sebagai seorang usahawan tanpa pemilikan ekuiti. Sebagai contohnya, Metro Parking dan KPJ Healthcare.

(d) Konsep payung Produk-produk usahawan kecil dijenamakan dengan satu nama yang sama dan dipasarkan

oleh syarikat/agensi tertentu (pemasaran bersepadu). Sebagai contohnya, Besta Distributor dan Guthrie Furniture.

(e) Subkontrak Pengagihan projek perniagaan kepada usahawan kecil oleh kontraktor utama. Sebagai

contohnya, Alam Flora, Propel, Telekom dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat lain.

(f) Konsep inkubator Sekumpulan usahawan yang diselia, dipantau oleh agensi kerajaan sehingga mereka dapat

berdikari dalam tempoh tertentu.

Mana-mana dua jawapan

Soalan 5Tujuan Encik Sulaiman menyediakan rancangan perniagaan:

(a) Sebagai garis panduan Rancangan perniagaan yang disediakan oleh Encik Sulaiman berfungsi sebagai satu garis

panduan untuk beliau memulakan perniagaan bagi menentukan hala tuju perniagaan tersebut. Hal ini disebabkan oleh rancangan perniagaan menjelaskan secara terperinci misi, matlamat, objektif, belanjawan dan ramalan kewangan sesuatu aktiviti perniagaan.

(b) Mengurangkan kesilapan Rancangan perniagaan mengandungi misi dan matlamat tersendiri bagi memandu Encik

Sulaiman dan pekerjanya ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Hal ini dapat mengurangkan risiko berlaku kesilapan dan penyelewengan dalam proses mencapai matlamat perniagaan tersebut.

(c) Sebagai alat kawalan Rancangan perniagaan dapat memastikan segala aktiviti perniagaan dilaksanakan mengikut

perancangan. Selain itu, sebarang penyelewengan dapat dikenal pasti dan tindakan pembetulan dapat diambil dengan segera.

(d) Penggunaan sumber dengan cekap Rancangan perniagaan menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh perniagaan

serta jenis dan jumlah kos yang akan dilibatkan bagi setiap aktiviti tersebut. Maklumat ini

KERTAS MODEL SET 2 7ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

membolehkan organisasi mengambil langkah-langkah wajar untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan pengeluaran. Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan kos dan membantu firma mencapai matlamatnya.

(e) Menilai prestasi Penilaian prestasi boleh dilakukan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Hasil

penilaian prestasi dapat membantu organisasi untuk mengenal pasti sama ada matlamat rancangan perniagaan telah dicapai atau sebaliknya.

(f) Alat komunikasi Bagi meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan seperti bank, pemegang saham dan

pembekal.

Mana-mana tiga jawapan

Soalan 6Elemen yang perlu dinyatakan dari aspek pengeluaran dalam sesuatu rancangan perniagaan yang baik:

(a) Produk yang dikeluarkan (i) Senaraikan jenis-jenis produk yang dikeluarkan/ditawar/dijual (ii) Anggaran pengeluaran untuk tempoh masa tertentu

(b) Proses pengeluaran (i) Melukis atau menyatakan carta proses pengeluaran dan kaedah pemprosesan (ii) Menyatakan jangka masa proses pengeluaran tersebut

(c) Kapasiti pengeluaran (i) Keupayaan pengeluaran/jualan/tawaran untuk sebulan atau setahun (ii) Menyatakan faktor yang menentukan keupayaan pengeluaran seperti pekerja, pembiayaan,

kemampuan syarikat, syer pasaran dan lain-lain

(d) Rancangan volum pengeluaran (i) Menerangkan jumlah pengeluaran yang dirancang untuk sebulan atau setahun (ii) Ditentukan oleh faktor-faktor seperti hari bekerja dalam sebulan, permintaan daripada

pelanggan, kapasiti maksimum kilang dan lain-lain

(e) Mesin dan peralatan (i) Senaraikan mesin dan peralatan yang digunakan seperti gergaji, mesin pemotong kayu

dan lain-lain (ii) Menyatakan harga, keupayaan, kegunaan dan pembekal peralatan

(f) Perabot dan alat kelengkapan (i) Senaraikan perabot dan kelengkapan pejabat atau kilang yang diperlukan untuk tujuan

melicinkan pentadbiran dan keselesaan (ii) Tidak digunakan secara langsung dalam proses pengeluaran

(g) Lokasi Menyatakan lokasi pengeluaran dan menerangkan faktor-faktor pemilihan lokasi

(h) Susun atur loji dan mesin (i) Lakaran pelan kedudukan ruangan susun atur tempat pengeluaran (ii) Susun atur loji dan mesin meliputi susun atur untuk mesin yang digunakan secara

langsung dalam proses pengeluaran, pejabat operasi, sektor penyimpanan bahan mentah atau barang siap, dan sebagainya

(i) Bahan mentah yang diperlukan (i) Menyatakan jenis-jenis bahan mentah yang diperlukan seperti kayu, bahan kemasan dan

lain-lain serta pembekalnya (ii) Menyatakan jumlah kuantiti dan harga bahan mentah

KERTAS MODEL SET 28 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

(j) Tenaga kerja bahagian pengeluaran Senaraikan pekerja yang terlibat untuk mengeluarkan produk seperti bilangan yang diperlukan,

sumber buruh (asing atau tempatan), gaji, jawatan, tugas-tugas dan tanggungjawab dan lain-lain

(k) Kos teknikal/kos pengeluaran Menyatakan kos pengeluaran atau kos teknikal seperti kos bahan mentah, kos pembungkusan,

gaji buruh dan lain-lain

(l) Jaminan kualiti Menyatakan kaedah yang digunakan untuk menentukan kualiti pengeluaran seperti TQM,

JIT, ISO dan lain-lain

Mana-mana dua jawapan

Soalan 7Cabaran syarikat multinasional:

(a) Sistem ekonomi (i) Permintaan berkesan bergantung pada kuasa beli penduduk (ii) Kitaran ekonomi akan mempengaruhi pelaburan di luar negara (iii) Keadaan inflasi dan kemelesetan ekonomi akan mempengaruhi permintaan terhadap

barangan (iv) Inflasi akan meningkatkan kos dan mempengaruhi keuntungan syarikat (v) Kemelesetan ekonomi akan mengurangkan untung syarikat dan menjejaskan perkembangan

syarikat

Mana-mana dua jawapan

(b) Sosiobudaya (i) Budaya yang berbeza menyulitkan pengurusan syarikat (ii) Bahasa yang berbeza menyukarkan proses komunikasi (iii) Strategi pemasaran harus berbeza dan mengikut budaya negara berkenaan (iv) Corak pembelian berbeza antara negara (v) Pengurus syarikat perlu mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang sosiobudaya

sesebuah negara

Mana-mana dua jawapan

Soalan 8Jenis perlindungan perdagangan bukan tarif:

(a) Kuota (i) Kuota ialah had amaun kemasukan produk dalam kuantiti tertentu dalam tempoh

tertentu. (ii) Tindakan ini dilakukan untuk mengelakkan penawaran keluaran yang berlebihan dalam

negara yang akan menjejaskan operasi pengeluaran firma-firma tempatan.

(b) Embargo (i) Embargo merupakan satu sekatan perdagangan ke atas sesebuah negara sama ada eksport

atau import. (ii) Sebagai contohnya, negara Malaysia melarang mengimport barang buatan negara Israel

kerana Kerajaan Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

(c) Subsidi eksport (i) Subsidi eksport merupakan bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeksport

supaya dapat mengurangkan kos pengeluaran mereka.

KERTAS MODEL SET 2 9ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

(ii) Tujuannya adalah untuk merendahkan harga keluaran dan meningkatkan daya saing pengeluar tempatan.

(d) Kawalan tukaran asing (i) Kawalan tukaran asing merupakan campur tangan kerajaan dalam pasaran pertukaran

mata wang asing. (ii) Tujuannya adalah untuk mengurangkan kemasukan barangan import. (iii) Sekiranya pengimport ingin mengimport barangan dari negara lain, mereka perlu membeli

mata wang negara tersebut. Kerajaan boleh mengehadkan penawaran mata wang negara tersebut kepada para pengimport atau menjual mata wang negara tersebut dengan harga yang lebih tinggi.

(iv) Langkah ini menyebabkan harga barang import lebih mahal dan mengurangkan kemasukan barang import.

(e) Polisi bekalan kerajaan (i) Kerajaan mengutamakan pembelian barangan tempatan oleh agensi kerajaan. (ii) Menetapkan pembelian barangan yang mempunyai kandungan bahan tempatan untuk

kegunaan agensi.

Mana-mana tiga jawapan

Soalan 9Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani isu kepenggunaan di Malaysia:

(a) Memberi perlindungan mengenai hal-hal kepenggunaan

(b) Membanteras penyelewengan dalam perdagangan yang boleh memberi kesan kepada pengguna

(c) Mengawal dan menyelia perdagangan dalam negeri dalam aspek harga, pemantauan dan penguatkuasaan serta mengeluarkan lesen

(d) Membuat pemantauan dan pengawalan bekalan barang-barang

(e) Memantau dan mengawal hak-hak dalam harta intelek melalui pencegahan cetak rompak, mendaftar cap dagangan dan paten

(f) Mencegah amalan perniagaan yang tidak sihat dengan melaksanakan sistem metrik dalam timbangan dan sukatan

(g) Memberi pendidikan dan maklumat kepenggunaan

Mana-mana lima jawapan

Soalan 10Peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di premis menjual makanan:

(a) Menerima laporan daripada pengguna berkaitan dengan sijil halal di premis menjual makanan

(b) Menyiasat kes yang berkaitan dengan sijil halal di premis menjual makanan

(c) Bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengadakan pemantauan atau serbuan ke premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal yang sah

(d) Menyebarkan maklumat kepada pengguna tentang premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal yang sah

(e) Mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik premis makanan yang mempunyai masalah sijil halal bagi pihak pengguna

KERTAS MODEL SET 210 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

(f) Menyediakan khidmat guaman kepada pelanggan yang telah menghadapi masalah berkaitan dengan sijil halal di premis menjual makanan

Mana-mana dua jawapan

Bahagian BRangka jawapan

Soalan 11(a) Faktor kejayaan perniagaan 7-Eleven:

Fakta Huraian Fakta Huraian (Daripada Kajian Kes)

Perkongsian untung kasar secara sama rata

• Untungkasarialahperbezaanantara jualan bersih dengan belanja langsung

• Apabilabelanjalangsungdikongsi antara francaisor dengan francaisi, maka keadaan ini akan mengurangkan beban kewangan/kos pengeluaran francaisi

7-Eleven berkongsi keuntungan kasar dengan francaisi pada nisbah 50 : 50 bagi kos penyelenggaraan dan bil elektrik.

Tiada bayaran royalti, sumbangan pemasaran dan pengiklanan

• Secaraumumnya,royaltiialahbayaran yang dikenakan oleh francaisor kepada francaisi atas pemberian hak francais

• Sumbanganpemasarandanpengiklanan ialah bayaran untuk program promosi secara nasional

• Bayaranroyaltidanpemasaranadalah tinggi dan mahal, tetapi promosi yang dibuat adalah terlalu umum

• Francaisor(7-ElevenMalaysia) tidak mengenakan bayaran royalti, sumbangan pemasaran dan pengiklanan serta bayaran perkhidmatan.

• Selepas10tahunberoperasi,francaisi hanya dikenakan bayaran pelesenan sekiranya mereka ingin memperbaharui kontrak.

Terdapat banyak cawangan francais di seluruh negara

• Kedai7-Eleventerdapatdilokasiyang strategik

• Antaranyaterletakberhampirandengan rumah pengguna

• Perkhidmatan24jamsehari• Kedaiserbanekayang

menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai untuk kegunaan dan keselesaan pengguna

Ketika ini, 7-Eleven Malaysia mempunyai 1 050 buah cawangan di seluruh negara dan merancang untuk membuka 90 buah cawangan baharu tahun ini, dengan 50 buah daripadanya akan ditawarkan secara francais.

(b) Syarat atau kelayakan yang harus dipenuhi untuk mengikuti Program Francais 7-Eleven:

Fakta Huraian

Kelayakan asas

• Berumur25tahunhingga60tahun• KelayakanakademikminimumialahSPM• Terbukakepadausahawanyangmemilikikedaiatautidakmemiliki

kedai • Bakalusahawanyangterpilihharusmenghadirilatihanyang

ditetapkan oleh francaisor

KERTAS MODEL SET 2 11ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

Keperluan modal

• BakalusahawanperlumenyediakanmodalsebanyakRM250000• Daripadajumlahberkenaan,RM100000digunakanuntukyuran

permulaan yang digunakan bagi sistem, penjenamaan dan latihan• RM100000lagiuntukyuranpelesenanbagimenjalankanoperasi

perniagaan selama 10 tahun• SebanyakRM50000pulaakandigunakansebagaidepositsekuriti

bagi stok barangan • Sumbermodaldiperolehdaripadasimpananataupinjaman• Francaisormenyediakankemudahanpinjamanmelaluikerjasama

dengan AmBank dan OCBC Bank

(c) Kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh 7-Eleven sebagai francaisor kepada bakal francaisi yang mengikuti Program Francais 7-Eleven:

Fakta Huraian Fakta Huraian (Daripada Kajian Kes)

Bantuan kewangan

• Bantuankewanganialahkemudahanyang disediakan oleh francaisor kepada francaisi

• Bantuankewanganinidisediakanuntuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh francaisi

• Bantuankewanganadalahdalambentuk pinjaman pada kadar faedah yang kompetitif

• Pihakbankmengambilkirafaktor5C(capital, condition, collateral, capacity and character) sebelum meluluskan pinjaman

• Sumberkewanganbolehdiperolehdaripada sumber formal (institusi kewangan) dan sumber bukan formal

• 7-ElevenMalaysiamenjalinkan kerjasama dengan AmBank Berhad untuk menyediakan pinjaman sehingga RM200 000 kepada francaisi yang layak

• Dalamperbincangandengan OCBC Bank untuk menyediakan kemudahan yang sama

Khidmat latihan dan rundingan

• Kemudahanyangdisediakanuntuk memastikan bakal usahawan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan

• Pengetahuandankemahiranpentingkepada bakal usahawan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul apabila menjalankan perniagaan

• Khidmatnasihatdanrundinganbolehdiperoleh daripada pihak kerajaan, badan berkanun dan swasta

• Bentukkhidmatnasihatdanrundinganyang boleh diperoleh oleh bakal usahawan ialah cara mengendalikan perniagaan, pemasaran, perakaunan, teknikal dan lain-lain

• 7-ElevenMalaysiamenyediakan semua keperluan termasuk latihan, rancangan pemasaran, pembekalan dan peralatan

• 7-ElevenMalaysiaturut menyediakan bantuan perunding bagi membincangkan pelbagai isu dan peluang meningkatkan perniagaan dengan francaisi selama dua jam dalam seminggu

KERTAS MODEL SET 212 ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

Soalan 12Tanggungjawab sosial pengusaha restoran kepada pihak-pihak yang berkepentingan:

(a) Pelanggan/pengguna (i) Perlu memberi layanan yang mesra kepada pelanggan seperti memberikan senyuman (ii) Mempercepat pesanan pelanggan (iii) Menyediakan kemudahan seperti tempat mencuci tangan dan tandas (iv) Harga berpatutan (v) Kualiti makanan yang baik (vi) Menu yang pelbagai

(b) Pekerja (i) Perlu menjaga kebajikan pekerja (ii) Mengagihkan kerja secara adil tanpa pilih kasih (iii) Mengamalkan sistem penggajian dan ganjaran yang seimbang dengan bebanan kerja (iv) Memberi faedah sampingan seperti tempat tinggal, kemudahan rawatan dan cuti

(c) Pembekal (i) Mewujudkan syarat kontrak yang jelas dan sesuai (ii) Tidak menipu atau mengelirukan pembekal (iii) Membuat bayaran tepat pada masa dan jumlah (iv) Tidak mengeksploitasi pembekal kecil (v) Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup

(d) Pembiaya atau bank (i) Memastikan bayaran yang dibuat menepati masa (ii) Menggunakan dana dengan cekap, berkesan dan sesuai dengan objektif pelaburan yang

ditetapkan (iii) Memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur

(e) Pemegang saham/pemodal (i) Memaksimumkan keuntungan pemegang saham (ii) Memberi pulangan yang berpatutan kepada pemegang saham restoran (iii) Menggunakan sumber kewangan dengan cekap (iv) Menyediakan laporan kewangan yang adil dan benar kepada para pemegang saham (v) Memberi maklumat yang betul tentang perniagaan kepada pemegang saham/pemodal (vi) Menjaga imej perniagaan pada setiap masa (vii) Menjaga hak-hak pemegang saham

Soalan 13Rancangan perniagaan mengenai pemasaran sebuah restoran di Sitiawan, Perak tertumpu pada strategi pemasaran yang bertujuan untuk mencapai objektif perniagaan. Bahagian ini meliputi aspek-aspek yang berikut:

(a) Sasaran pasaran (i) Sasaran restoran ini ialah menyediakan perkhidmatan makanan kepada penduduk yang

tinggal di Sitiawan dan bandar-bandar berhampiran seperti Seri Manjung, Lumut dan Ayer Tawar.

(ii) Kumpulan sasaran ialah golongan pekerja, pelajar kolej dan pelajar sekolah. (iii) Populasi penduduk daerah Manjung lebih kurang 250 000 orang dan kebanyakannya

golongan yang bekerja. (iv) Penduduk di kawasan ini mempunyai pendapatan boleh guna yang tinggi, mempunyai

pekerjaan yang tetap serta sibuk dengan pekerjaan masing-masing. (v) Makanan dan minuman yang disediakan dapat memenuhi kehendak dan keperluan

penduduk dalam segmen ini.

KERTAS MODEL SET 2 13ACE AHEAD Pengajian Perniagaan: Keusahawanan Semester 3© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2019

(b) Persaingan (i) Di kawasan ini, terdapat banyak restoran yang menyediakan pelbagai menu makanan

dan pelbagai perkhidmatan untuk pelanggan masing-masing. (ii) Restoran ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan pesaing dari segi

campuran pemasaran seperti yang berikut:• Strategi harga

– Harga produk adalah berpatutan– Menawarkan kad keahlian percuma kepada pelanggan yang berbelanja lebih daripada

RM50.00 dalam sehari– Pemegang kad ini layak untuk menikmati potongan harga sebanyak 5% setiap kali

berbelanja di restoran– Pelanggan yang menyambut hari kelahiran juga layak menikmati diskaun sebanyak

15% dengan syarat menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti

• Strategi produk– Menu yang disediakan ialah makanan berasaskan mi dan makanan barat serta

pencuci mulut– Minuman pula berasaskan buah-buahan dan minuman panas– Keistimewaan restoran ini ialah mi dibuat sendiri oleh pengusaha dan rasanya

berbeza dengan mi yang dijual di pasaran– Bahan masakan yang disediakan adalah halal dan berkualiti agar makanan yang

dihasilkan lazat dan sedap– Pelanggan juga boleh memilih makanan berdasarkan pakej yang disediakan

bergantung pada bilangan pelanggan

• Strategi promosi– Menyediakan ruang makan yang berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan– Pada awal penubuhan, risalah-risalah diedarkan kepada pelanggan dari rumah ke

rumah– Maklumat mengenai restoran juga didapati di media sosial seperti Facebook untuk

makluman pelanggan– Pelanggan juga boleh mengisi borang aduan yang disediakan di kaunter pembayaran

sebagai langkah untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pada masa hadapan

• Strategi pengedaran– Makanan yang dipesan akan sampai kepada pelanggan dalam masa selewat-lewatnya

20 minit selepas pesanan– Pihak restoran juga menyediakan perkhidmatan pesanan melalui panggilan telefon

dan secara dalam talian– Pesanan melalui panggilan telefon dan secara dalam talian boleh diambil di restoran

dalam masa satu jam selepas membuat pesanan– Bercadang untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah

pada masa hadapan