44

Pengurusan Prasekolah

  • Upload
    myupsi

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PENGURUSAN PRASEKOLAHFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

• Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Dasar Pendidikan Prasekolah• Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550) Seksyen 21 -“Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika .”

Seksyen 15 - Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada:a. Pendidikan Prasekolah b. Pendidikan Rendahc. Pendidikan Menengahd. Pendidikan Lepas Menengahe. Pendidikan Tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan Sekolah Expetriate dan Sekolah Antarabangsa.

Seksyen 2. • “Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun.”

• “Tadika ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk 10 orang murid atau lebih.”

Seksyen 24 – “ Menteri boleh membuat peraturan berhubung dengan pendidikan prasekolah .”

• Dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas.

Prinsip-prinsip asas dasar ialah :1. Kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun.

2. Semua institusi prasekolah menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

3. Kerajaan memastikan aspek-aspek penting berikut dilaksanakan:

3. Kerajaan memastikan aspek-aspek penting berikut dilaksanakan:

a. Kelas prasekolah yang dianjurkan oleh agensi kerajaan hendaklah diselaras oleh Kementerian Pelajaran

b. Guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam pendidikan prasekolah

c. Kemudahan fizikal dan peralatan yang berkualiti disediakan.

d. Satu mekanisme naziran dan penyeliaan diwujudkan .

e.Kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak keperluan pendidikan khas.

f. Kerajaan mewujudkan satu sistem kawal selia dan penguatkuasaan.

g.Menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan Prasekolah Membolehkan Murid :

a. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif.

b. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik untuk komunikasi.

c. Menggunakan Bahasa Cina/ Bahasa Tamil untuk komunikasi .

d. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi sebagai bahasa kedua.

e. Mengamalkan nilai-nilai Islam / nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.

f. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

g. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

h. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan.

i. Mengamakan nilai-nilai Islam / nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.

j. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

k. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

l. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan.

m.Daya kreativiti dan nilai estetika menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

STRUKTUR ORGANISASI SEKTOR PENGURUSAN PRASEKOLAH, BPSH, KPM

KETUA PENOLONG PENGARAH

(SEKTOR PENGURUSAN PRASEKOLAH)

(DG52)

PENOLONG PENGARAH (DG41)

PENOLONG PENGARAH (DG41)

PENOLONG PENGARAH (DG41)

KETUA UNIT

(UNIT PENGURUSAN KO AKADEMIK) (DG44)

KETUA UNIT

(UNIT PENGURUSAN PRASEKOLAH) (DG44)

PENOLONG PENGARAH (DG41)

TIMBALAN PENGARAH (SEKOLAH)

(DG54)

PENGARAH (JUSA B)

PENOLONG PENGARAH (DG41)

PENOLONG PENGARAH (DG41)

PENOLONG PENGARAH (DG41)

STRUKTUR ORGANISASI UNIT PENGURUSAN PRASEKOLAH, SPS, JPN

STRUKTUR ORGANISASI UNIT PENGURUSAN PRASEKOLAH, SPS, JPN

PENGURUSAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH

Peranan & Bidang Tugas Guru Besar/Pentadbir

• Guru besar adalah bertanggungjawab kepada perkara-perkara berikut:

• Bertanggungjawab kepada kelas prasekolah di bawah jagaannya secara menyeluruh meliputi bidang pentadbiran , kebajikan , keselamatan , kewangan , kurikulum dan kokurikulum.

• Memastikan guru yang mempunyai opsyen prasekolah mengajar di kelas prasekolah.

• Memastikan setiap kelas prasekolah di bawah jagaannya mempunyai seorang Pembantu Pengurusan Murid yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

• Memastikan kelas prasekolah di bawah jagaannya berada dalam keadaan selamat , ceria dan semua peralatan berfungsi.

• Menyediakan anggaran belanja mengurus tahunan seperti gaji , elaun , bantuan makanan , PCG dan penyelenggaraan/baik pulih.

• Memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan sepenuhnya dan pemantauan hendaklah dibuat secara berterusan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun .

• Menjalin hubungan baik antara pihak sekolah, prasekolah jagaannya dengan komuniti .

• Memastikan tatacara pengurusan aset alih kerajaan dilaksanakan seperti yang dikehendaki.

Tugas-Tugas Lain• Memberi bimbingan dan khidmat bantu.

• Membuat penyeliaan dan pemantauan yang berterusan

• Taklimat dan penerangan kepada ibu bapa pada awal persekolahan.

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Syarat Kemasukan Murid Prasekolah Surat Pekeliling atau Surat Siaran yang dikeluarkan oleh semua agensi pelaksana prasekolah hendaklah berasaskan kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

a. Taraf Kewarganegaraani) Penerimaan masuk murid ke prasekolah perlu diselaraskan kerana pendidikan prasekolah telah mula diterima masuk dalam sistem arus pendidikan perdana.ii) Bagi Prasekolah Swasta, murid warganegara dan bukan warganegara boleh diterima masuk.

b. Umuri. Kanak-kanak yang mencapai umur

empat (4) tahun pada hari pertama bulan Januari pada tahun persekolahan semasa. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang tidak genap umur pada tarikh tersebut juga boleh diterima tetapi hanya untuk mereka yang lahir selewat-lewatnya pada 15 Januari

(contohnya : bagi kemasukan tahun 2011 - murid lahir pada atau sebelum 15 Januari 2007).

ii.Asas pengiraan umur hendaklah dikira dari 1 Januari tahun persekolahan semasa.

iii.Keutamaan kemasukan kanak-kanak ke kelas prasekolah adalah kanak-kanak yang berumur 5-6. Sekiranya masih terdapat kekosongan tempat, kanak-kanak berumur 4-5 tahun boleh diberi peluang berdasarkan permohonan dan merit.

Catatan:  Dalam isu ini, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) tafsiran kepada “pendidikan prasekolah” ‘ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun’ hendaklah dijadikan rujukan.

c. Pendapatan Keluarga

Keutamaan kepada Ibu-bapa/penjaga yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan dengan mengambilkira daftar e-kasih dan bilangan tanggungan.

Pemilihan Muridi. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah yang diwujudkan di bawah pentadbiran prasekolah masing-masing. Bagi KPM. jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap I & II, Pembantu Pengurusan Murid dan seorang wakil Komuniti.

Pemilihan Murid

ii. Semua keputusan pemilihan yang telah dibuat hendaklah dibawa ke peringkat pegawai di daerah masing-masing untuk diperaku sebelum surat kelulusan dikeluarkan.

- Prasekolah KPM ke PPD.

2. Siaran Permohonan Kemasukan Murid hendaklah disebar luas dan menerima seberapa banyak permohonan sehingga tarikh tutup

3. Semua permohonan hendaklah diperakui (berjaya/gagal) oleh jawatankuasa pemilihan.

4. Keputusan semua permohonan sama ada berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pemohon.

5. Surat tawaran dan borang penerimaan tawaran kemasukan murid prasekolah hendaklah dikeluarkan.

6. Sekiranya terdapat penolakan tawaran, AJK pemilihan berhak memilih calon simpananmengikut senarai keutamaan.

PERATURAN DAN DISIPLIN

1.Tempoh PembelajaranRujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/2010 – Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. No. Rujukan KP(BPSH-SPDK) 201/005/01 /Jld.2(20) bertarikh 4 Ogos 2010

2. Aktiviti Prasekolah Surat kebenaran keluar untuk aktiviti luar sekolah perlu ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga

3. Siaran Kemasukan Prasekolah - Rujuk Minit Mesy. J/K Penyelarasan Kemajuan Prasekolah Kebangsaan Bil 2/2010a. Hebahan boleh dibuat melalui:

•Kemudahan komuniti•Kain Rentang•Media elektronik dan media cetak•Website sekolah•Lain-lain

b. Bermula pada bulan Julai setiap tahun.

c. Tempoh permohonan ialah sebulan.

d. Menghantar senarai nama murid yang terpilih/tidak terpilih ke JPN dan PPD untuk makluman.

KESELAMATAN4. Keselamatan Prasekolah• Keselamatan lalulintas• Keselamatan bangunan dan perabot• Keselamatan kawasan permainan• Keselamatan peralatan elektrik, suis dan pendawaian.

• Kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad

• Menggalakkan skim perlindungan (Insurans)

• Penggunaan alat pencegahan kebakaran dan peti pertolongan cemas

5. Maklumat (Biodata Murid)• Maklumat murid guna borang khas yang disediakan dan perlu dibawa pada hari pendaftaraan

• Maklumat Kesihatan Murid• Sistem Fail

SUB-NKRA-PRASEKOLAH KPM

• NKRAs : • MELUASKAN AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI DAN

BERKEMAMPUAN.• (Widening Access to Affordable and Quality Education).

KPI : Peningkatan Kadar Penyertaan Murid Prasekolah Sebanyak 20% pada Akhir Tahun 2012 Dengan Memasukkan Semua Prasekolah Kerajaan dan Swasta Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

SUB-NKRA PRASEKOLAH Tujuh teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

1.Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan

4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru

5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman

6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.

7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan